The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 780-9-humairah, 2023-03-08 10:58:49

ISU KESALAHAN PENGGUNAAN IMBUHAN BAHASA YUNANI-LATIN-INGGERIS

TUGASAN 2 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

ISU KESALAHAN PENGGUNAAN IMBUHAN BAHASA YUNANI-LATIN-INGGERIS MORFOLOGI BAHASA MELAYU (BMMB3203)


Sekiranya diperhatikan secara teliti, terdapat beberapa kesalahan penggunaan imbuhan Yunani-LatinInggeris yang sering dilakukan dalam penulisan di media sosial. Oleh yang demikian, tugasan ini dilaksanakan bertujuan untuk menghuraikan kesalahan penggunaan imbuhan tersebut dalam bahasa Melayu. Yang berikut menunjukkan beberapa kesalahan penggunaan imbuhan bahasa Yunani-Latin-Inggeris dalam penulisan di media sosial. KESALAHAN PENGGUNAAN IMBUHAN YUNANI-LATININGGERIS DALAM PENULISAN DI MEDIA SOSIAL


IMBUHAN AWALAN


Contoh 1 Awalan antiAwalan anti- menunjukkan ketidaksetujuan atau penentangan terhadap sesuatu pihak. Antara kesalahan penggunaan imbuhan ini yang dikesan di media sosial ialah anti Israel yang seharusnya ditulis sebagai anti-Israel. Penggunaan tanda sempang diperlukan antara imbuhan ' anti' dan 'Israel' kerana ‘Israel’ merupakan kata nama khas. Anti-Israel bermaksud sikap tidak memihak kepada Israel.


Contoh 2 Awalan antiSelain itu, contoh kesalahan kedua ialah anti penjajah yang sepatutnya ditulis sebagai antipenjajah. Hal ini dikatakan demikian kerana ' penjajah' merupakan kata nama am dan harus ditulis secara rapat. Penggunaan tanda sempang juga tidak diperlukan. Antipenjajah merujuk kepada sikap tidak menyokong manamana penjajah.


Awalan pro- berfungsi untuk menggambarkan tanda persetujuan atau sokongan terhadap sesuatu pihak. Antara kesalahan penggunaan imbuhan ini ialah pro-kerajaan yang sepatutnya ditulis sebagai prokerajaan. Cara penulisannya yang sebenar ialah imbuhan ' pro-' dirapatkan dengan perkataan ‘kerajaan ’ tanpa wujudnya tanda sempang kerana 'kerajaan ' merupakan kata nama am. Prokerajaan membawa maksud menyokong kerajaan. IMBUHAN AWALAN PROContoh 1


Di samping itu, contoh kedua kesalahan penggunaan imbuhan pro- ialah pro Barat yang sepatutnya ditulis sebagai pro-Barat. Penggunaan tanda sempang diperlukan kerana 'Barat' merupakan kata nama khas. Pro-Barat bermaksud sikap menyokong Barat. IMBUHAN AWALAN PROContoh 2


AWALAN SUBAwalan sub- digunakan untuk merujuk kepada bahagian-bahagian kecil daripada keseluruhan sesuatu. Misalnya, sub-tajuk merupakan antara kesalahan penggunaan imbuhan ini yang dapat dikesan dalam Internet. Cara penulisan yang betul bagi perkataan ini ialah subtajuk iaitu tanpa tanda sempang dan ditulis secara rapat. Subtajuk merujuk kepada sebahagian daripada keseluruhan tajuk. Contoh 1


AWALAN SUBSelain itu, kesalahan kedua yang dapat dikesan ialah sub kategori yang terdapat dalam penulisan berita Astro Awani. Perkataan tersebut sepatutnya ditulis sebagai subkategori, iaitu ditulis secara rapat. Subkategori ini membawa maksud sebahagian daripada keseluruhan kategori. Contoh 2


Imbuhan awalan poli- membawa maksud suatu kuantiti yang banyak. Antara kesalahan yang terdapat dalam penulisan di platform Google ialah poli-peptida yang sepatutnya ditulis sebagai polipeptida iaitu ditulis secara rapat dan tanpa tanda sempang. Polipeptida membawa maksud peptida yang banyak. IMBUHAN AWALAN POLI-


IMBUHAN AKHIRAN


Antara kesalahan penggunaan imbuhan akhiran -isme ialah gangsterisma dan vandalisma yang sepatutnya masing-masing ditulis sebagai gangsterisme serta vandalisme. Penggunaan imbuhan yang salah ini berkemungkinan besar disebabkan oleh kebiasaan menyebut perkataan tersebut dengan salah iaitu dengan membunyikan fonem ' a ' di hujung perkataan. IMBUHAN AKHIRAN -isme Contoh


IMBUHAN AKHIRAN -KAL CONTOH Antara contoh kesalahan penggunaan akhiran -kal ialah praktikel yang seharusnya ditulis sebagai praktikal. Umumnya, kebanyakan kesalahan penggunaan imbuhan -kal ini adalah disebabkan kebiasaan menyebut perkataan tersebut menggunakan sebutan yang salah iaitu menggunakan fonem ' e ' sedangkan sebutan yang betul menggunakan fonem ' a '.


TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version