The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KISAH KERA YANG ANGKUH & KANCIL YANG SOPAN (1)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 780-9-humairah, 2022-06-11 12:59:18

KISAH KERA YANG ANGKUH DAN KANCIL YANG SOPAN.

KISAH KERA YANG ANGKUH & KANCIL YANG SOPAN (1)

BUKU CERITA TAHAP 1

KISAH KERA YANG
ANGKUH & KANCIL

YANG SOPAN

OLEH : HUMAIRAH BINTI HADI
ANGKA GILIRAN : 2021192310111

Di sebuah hutan belantara, tinggal satu
komuniti haiwan yang terdiri daripada
kancil, kera, harimau dan banyak lagi.
Haiwan-haiwan itu hidup dengan aman di
bawah pemerintahan Sang Singa sebagai
Raja Rimba.

Sang Kancil tinggal berdua bersama
ibunya di sebuah gua di hutan tersebut.
Ibunya menjaga Sang Kancil dengan
penuh kasih sayang umpama menatang
minyak yang penuh. Berkat didikan
ibunya, Sang Kancil menjadi haiwan
yang pintar dan baik.

Kehadiran Sang Kancil sangat disenangi oleh
haiwan-haiwan lain. Berbeza dengan sahabat
baiknya, Si Kera. Si Kera mempunyai sikap suka
memandang rendah terhadap haiwan lain. Sikap
hidung tinggi Si Kera menyebabkan haiwan lain
berasa kurang senang dengan kehadirannya.

Walaupun banyak haiwan yang memulau Si Kera,
Sang Kancil tetap setia berkawan dengannya. Bagi
Kancil, Si Kera merupakan kawan yang baik tetapi
sikap angkuhnya lama-kelamaan semakin menjadi-
jadi.

"Dumm! Dumm!" Gong dipukul
sebanyak dua kali menandakan
perjumpaan komuniti haiwan bakal
diadakan sebentar lagi. Semua
haiwan bergegas ke tempat
perhimpunan iaitu di kediaman Raja
Rimba.

Kancil, Kera dan Kura-kura juga menuju ke sana
bersama-sama.

"Wahai Kura-kura, tidak bolehkah engkau bergerak
dengan lebih pantas? Dasar Kura-kura lembab.
Lihatlah diriku berjalan sepantas ini!" Ejek Kera sambil
berlari-lari.

Kura-kura yang tadinya sedang ceria berbual dengan
Sang Kancil pun membisukan diri. Raut wajahnya
bertukar muram. Kura-kura berasa sungguh kecewa
kerana keupayaan semula jadinya dihina.

Sang Kancil berasa kasihan akan nasib Kura-kura
dihina sedemikian rupa.

"Wahai Kera, jagalah tutur katamu. Hormatilah
haiwan lain. Jika kamu masih bersikap seperti
ini, kelak haiwan lain akan menjauh," nasihat
Sang Kancil kepada Kera dengan nada yang
tegas.

Namun, Kera hanya menjelirkan lidah kepada Kancil
lalu beredar. Kancil menemani Kura-kura sehingga
tiba di destinasi yang dituju.

Wahai Kera, jagalah
tutur katamu. Hormatilah

haiwan lain. Jika kamu
masih bersikap seperti
ini, kelak haiwan lain

akan menjauh.

Ikut suka hati aku la,
Kancil. Werkkk !



Haiwan-haiwan yang berada di situ bersorak keriangan. Hadiah yang
ditawarkan sememangnya memerlukan mereka bermandi peluh selama

seminggu, barulah dapat merasainya. Semua haiwan teruja untuk
menyertai pertandingan itu.

"Roarrr...roarrr!" Ngauman Pak
Belang menyebabkan keadaan

kembali sunyi.

"Bolehkah aku turut menyertai pertandingan ini?" Tanya
Pak Belang disertai dengan tawa.


Jenaka Pak Belang membuatkan suasana kembali meriah
dengan tawa haiwan-haiwan lain yang lebih kuat.

"Sudahlah berangan Pak Belang. Pak Belang sudah tua dan berkedut,
bukan? Ada hati mahu mengikuti pertandingan seperti ini!" Herdik Si

Kera dengan angkuh.

Haiwan-haiwan di situ pun terdiam seribu bahasa. Semua mata
tertumpu kepada harimau tua itu.



"Aduh, Kera dengan mulutnya membuat hal lagi!" Sang Kancil
bermonolog sendirian.

Raut wajah Pak Belang segera berubah. Pak Belang tidak
menyangka dia akan dipermalukan disebabkan gurauan
tadi. Pak Belang pun perlahan-lahan mengundurkan diri

daripada perhimpunan tersebut.

Baru beberapa langkah berundur, tiba-tiba Pak Belang
ternampak kelibat bayang-bayang di belakangnya.

"Pak Belang, mari saya temankan Pak pulang. Saya tahu Pak
Belang terkilan dengan kata-kata Kera, tetapi saya tetap
berharap Pak Belang dapat memaafkannya," kata Sang
Kancil.

"Baik sungguh hati kamu, nak. Aku berharap engkau tidak

menjadi seperti Kera. Aku benar-benar kecewa dengan

sikapnya tadi," keluh Pak Belang dalam nada suara yang

sebak. Kancil mengangguk tanda setuju. Baginya, tindakan Si

Kera kali ini benar-benar keterlaluan.

"Belum puas mengutuk Sang Kura-kura, kini dihina pula

Pak Belang yang tua ini!" Bisik Sang Kancil dalam hati

kecilnya.

Haiwan-haiwan lain meninggalkan tapak
perhimpunan tadi dengan perasaan yang
bercampur-aduk. Mereka kecewa dan marah
akan keterlanjuran kata Si Kera. Keterujaan
mereka musnah selepas mendengar kata-kata

Kera kepada Pak Belang tadi.

"Lain kali buatlah lagi ya, Kera," kata Helang
kepada Kera disertai dengan senyuman yang
tampaknya langsung tidak terselit keikhlasan.
Kera hanya mengangguk. Kera belum menyedari
kesilapannya sebelum didatangi oleh Sang Singa.

"Kera, apa yang kamu katakan kepada Pak
Belang tadi cukup melampau. Sebaiknya kamu
pergi menghadap Pak Belang dan memohon maaf
kepadanya," nasihat Sang Singa.

Kera masih dengan sikap kepala
batunya. Nasihat Sang Singa
dihiraukannya. Sang Singa kecewa
dengan sikap haiwan muda seperti Kera.

Seminggu telah berlalu, kini tiba hari
pertandingan berlangsung. Acara akan
segera dimulakan. Haiwan-haiwan saling
membantu umpama aur dengan tebing
untuk memastikan majlis berjalan dengan
lancar.

Acara nyanyian segera dimulakan. Peserta
pertama iaitu Sang Arnab berjaya
menamatkan nyanyian dengan begitu baik.
Tepukan gemuruh daripada para penonton
diberikan kepada Sang Arnab. Suaranya
yang merdu terus menjadi buah mulut
para penonton.

Giliran Kera pula tiba. Kera berdiri di tengah-tengah pentas
seraya berkata dengan sombong, "Saya yakin sayalah yang
akan menjadi juara pertandingan ini."

Para penonton mula berbisik-bisik sesama mereka. Satu-
persatu penonton meninggalkan acara itu.

Di dalam hutan belantara,
Burung belatuk membuat rumah,
Tok...tok...tok bunyi bertukang,
Bekerja pagi sehingga petang.

Si Kera memulakan nyanyiannya. Tanpa diduga oleh Si Kera, pergerakan pulang
para penonton semakin rancak. Malah, Kera turut dilempari ranting-ranting
kayu.

"Sudahlah angkuh, suara pula sumbang!" Ujar salah seekor haiwan di situ. Kera
terdiam dan berasa sungguh malu.

"Tolong jangan malukan saya seperti ini!" Rayu Si Kera kepada para penonton. Kelompak
matanya mulai basah.

"Kura-kura, tunggu dan dengarlah nyanyianku!" Pinta Si Kera disertai dengan tangisan.
Kura-kura pun berlalu pergi tanpa menghiraukan Si Kera.

"Pak Belang, tetaplah berada di sini. Kasihanilah saya," rayu Kera lagi.

"Aku hanya harimau tua yang tidak sesuai berada dalam majlis ini. Terima
kasih kerana telah menyedarkanku," jawab Pak Belang tanpa menoleh sedikit
pun pada Si Kera.

Akhirnya, Kera ditinggalkan berseorangan. Hatinya
remuk setelah diperlakukan sedemikian rupa. Kera
menyesal dengan sikapnya yang angkuh dan suka
memalukan haiwan lain.

"Sudahlah Kera. Aku tahu engkau pasti terkilan. Jadikan
peristiwa ini sebagai pengajaran supaya engkau menghormati
orang lain selepas ini," pujuk Sang Kancil.

"Aku menyesal, Sang Kancil. Aku ingin meminta maaf kepada
Pak Belang dan Kura-kura yang sudah terluka dengan kata-
kataku," kata Kera sambil menangis teresak-esak.

Keesokan paginya, Sang Kancil menemani Si Kera untuk Saya minta maaf,
meminta maaf kepada Pak Belang dan Kura-kura. Kera Pak Belang dan
memohon maaf dengan bersungguh-sungguh dan berjanji Kura-kura.
akan berubah.

Sejak dari hari itu, Si Kera mula bersikap rendah diri dan
menjaga tutur katanya. Kini, kehadiran Si Kera semakin
disenangi dalam kalangan komuniti di hutan itu.

KESANTUNAN

YANG TERKANDUNG DALAM CERPEN

Kesantunan yang terdapat dalam
cerpen

Antara kesantunan yang terdapat dalam cerpen ialah penggunaan
bahasa halus. Bahasa halus merujuk kepada penggunaan ayat yang
sopan dan mampu mendatangkan keharmonian antara penutur dan
pendengar. Sebagai contoh, Sang Singa mendahului pengumumannya
dengan ucapan selamat pagi.

Contoh dialog: Selamat pagi, semua. Wahai warga rimba sekaliannya,
tujuan aku mengumpulkan kalian pada hari ini adalah untuk
memaklumkan bahawa pertandingan menyanyi akan diadakan pada
hujung minggu ini. Jadi, yang berminat boleh berlatih mulai hari ini,"
umum Sang Singa

Penggunaan bahasa KESANTUNAN
terbalik
PENGGUNAAN BAHASA TERBALIK

Bahasa terbalik merupakan

Contoh Dialog:
ragam bahasa yang
Berdasarkan cerpen, terdapat dialog
menggunakan perkataan yang yang memaparkan elemen ini. iaitu
dialog Helang kepada Kera.
berbeza maksudnya daripada
"Lain kali buatlah lagi ya, Kera," kata
apa yang diperkatakan oleh Helang kepada Kera disertai dengan Huraian
senyuman yang tampaknya langsung
penutur. tidak terselit keikhlasan. Dialog "Lain kali buatlah lagi ya,
Kera," bukanlah bermaksud

bahawa Helang menyuruh Kera
mengulangi perbuatannya
mengherdik haiwan lain,

sebaliknya Helang menegur Kera
supaya menghentikan
tindakannya itu.

Model Kesantunan
Lakoff (1975)

KONSEP CONTOH CONTOH
KETIDAKSANTUNAN
Kesantunan diperlukan untuk Sang Kancil menggunakan bahasa yang
mengelakkan perselisihan faham sopan ketika berinteraksi dengan Si Kera membalas jenaka Pak Belang dengan
mana-mana haiwan, termasuklah Si herdikan dan hinaan, mengatakan bahawa Pak
dalam komunikasi. Salah satu Kera. Hal ini adalah kerana Sang Kancil Belang sudah tua dan tidak layak mengikuti
peraturan Model Kesantunan Lakoff tidak mahu menambahkan kedukaan di pertandingan menyanyi yang dianjurkan.
yang diaplikasikan dalam cerpen ini hati Kera yang telah menerima layanan Hinaan ini telah membuatkan Pak Belang malu
buruk daripada warga rimba dan terasa hati. Si Kancil seharusnya tidak
ialah jadikan pendengar selesa. disebabkan sikapnya sendiri. menjadikan kekurangan fizikal seseorang
Contoh dialog: "Sudahlah Kera. Aku sebagai bahan untuk menjatuhkan air muka
tahu engkau pasti terkilan. Jadikan Pak Belang di hadapan haiwan-haiwan lain.
peristiwa ini sebagai pengajaran
supaya engkau menghormati orang 01Contoh dialog: "Sudahlah berangan Pak
lain selepas ini," pujuk Sang Kancil.
Belang. Pak Belang sudah tua dan
berkedut, bukan? Ada hati mahu mengikuti
pertandingan seperti ini!" Herdik Si Kera
dengan angkuh.

KESANTUNAN BERBAHASA

BERDASARKAN MODEL LEECH (1983)

MAKSIM MAKSIM SIMPATI MAKSIM
KEBIJAKSANAAN PENGHARGAAN
Maksim simpati memperlihatkan
Maksim kebijaksanaan yang sikap cakna seseorang akan Maksim penghargaan yang
terdapat dalam cerpen ialah orang lain. Sebagai contoh, Sang terdapat dalam petikan dapat
penggunaan bahasa yang Kancil berasa kasihan melihat dilihat melalui pujian Pak
sopan dan berbudi bahasa. Kura-kura dihina oleh Si Kera, Belang terhadap kebaikan
Sebagai contoh,"Sudahlah lantas menasihati temannya itu Sang Kancil.
Kera. Aku tahu engkau pasti supaya lebih menjaga tutur kata. Contoh dialog: "Baik
terkilan. Jadikan peristiwa sungguh hati kamu, nak.
ini sebagai pengajaran Bukti: Sang Kancil berasa Aku berharap engkau tidak
supaya engkau menghormati kasihan akan nasib Kura-kura menjadi seperti Kera. Aku
orang lain selepas ini," pujuk dihina sedemikian rupa. benar-benar kecewa dengan
Sang Kancil. sikapnya tadi." keluh Pak
"Wahai Kera, jagalah tutur Belang dalam nada suara
katamu. Hormatilah haiwan lain. yang sebak.
Jika kamu masih bersikap seperti
ini, kelak haiwan lain akan
menjauh," nasihat Sang Kancil
kepada Kera dengan nada yang
tegas.

Sistem sapaan yang sesuai

Sistem sapaan merupakan cara seseorang itu menyapa individu lain.
Penggunaan kata sapaan yang kurang sesuai akan dianggap tidak menghormati
pihak yang disapa. Sebagai contoh, Kancil menyapa seekor harimau tua dengan
panggilan Pak Belang.

Bukti dialog: "Pak Belang, mari saya temankan Pak pulang. Saya tahu Pak
Belang terkilan dengan kata-kata Kera, tetapi saya tetap berharap Pak Belang
dapat memaafkannya," kata Sang Kancil.

Penggunaan Kata ganti nama diri yang
bersesuaian

Penggunaan kata ganti nama diri yang sesuai
melambangkan kesantunan yang dimiliki oleh
seseorang. Sebagai contoh, Sang Kancil merujuk
dirinya sebagai "saya" ketika bercakap dengan Pak
Belang. Hal ini menunjukkan bahawa Sang Kancil
mempunyai tatatertib yang baik ketika berhadapan
dengan haiwan yang lebih tua.



Contoh dialog: "Pak Belang, mari saya temankan Pak

pulang,"

Penggunaan

peribahasa

Penulis juga telah menerapkan elemen
peribahasa dalam penulisan ini bagi menonjolkan
nilai kesantunan dalam penulisan. Sebagai
contoh, bagi menggambarkan semangat
bekerjasama antara warga rimba, peribahasa
bagai aur dengan tebing telah digunakan.

Bukti: Seminggu telah berlalu, kini tiba hari
pertandingan berlangsung. Acara akan segera
dimulakan. Haiwan-haiwan saling membantu
umpama aur dengan tebing untuk memastikan
majlis berjalan dengan lancar.

KESANTUNAN DALAM PENULISAN

Pengarang Pengarang sangat teliti Pengarang sangat Penggunaan tanda baca
menggunakan kata dalam menghasilkan menitikberatkan seperti pembuka dan
ganti nama yang sesuai penutup kata, tanda
dalam keseluruhan penulisan ini. Buktinya, penggunaan seru, tanda koma dan
cerpen. Sebagai hampir tiada kesalahan tatabahasa yang betul sebagainya diletakkan
contoh, Sang Singa di tempat yang betul
merujuk warga rimba ejaan yang dikesan. bagi membolehkan bagi mengelakkan
sebagai "kalian" ketika Penggunaan huruf besar pembaca memahami kekeliruan semasa
membuat pengumuman cerita dengan baik. murid-murid membaca
semasa perhimpunan dan huruf kecil juga cerpen.
warga rimba diadakan. diaplikasikan dengan
tepat. Contohnya, Si
Kera dan Sang Kancil.

12

SEKIAN,
TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version