The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by muhammadalif6685, 2022-01-22 12:21:27

FOLIO KPS FINAL

FOLIO KPS FINAL

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

KPS 3014
PENGURUSAN PEMBELAJARAN

(KUMPULAN P)
TUGASAN:
FOLIO

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA NO.MATRIK
MUHAMMAD ALIF BIN RUKMAN D20202097311

HAKIM

PENSYARAH:
ENCIK ABU BAKAR BIN YUSUF

TARIKH HANTAR: 23/1/2022

Isi Kandungan Muka
Surat
TOPIK 1: ORGANISASI DAN KEPIMPINAN
TOPIK 2: PENGURUSAN MURID 1-2
TOPIK 3: STRATEGI MENGURUS BILIK DARJAH 3-6
TOPIK 4: PENGURUSAN SUMBER 7-9
TOPIK 5: PENGURUSAN BILIK DARJAH 10-12
TOPIK 6: PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN 13-17
TOPIK 7: PENGURUSAN PENASIHATAN MURID 18-24
TOPIK 8: PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA 25-34
TOPIK 9: PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA 35-38
TOPIK 10: SEKOLAH DAN PERSEKITARAN 39-42
TOPIK 11: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN 43-45
TOPIK 12: PENGURUSAN BILIK DARJAH ABAD KE-21 46-47

TOPIK 1: ORGANISASI DAN KEPIMPINAN

Pendahuluan

Topik ini membincangkan tentang kepimpinan dan orgnisasi di dalam sebuah sekolah.
Kepimpinan merupakan kemampuan dan keterampilan seseorang yang menduduki jambatan
sebagai pemimpin untuk mencapai suatu tujuan. Organisasi pula ialah suatu badan yang
dianggotai oleh pelbagai individu dengan kelebihan yang pelbagai untuk menjalankan tugas
dan peranan yang berbeza bagi mencapai matlamat yang sama (Robbins, 2003).

Isi Penting

Kepemimpinan memerlukan pelbagai gaya antaranya ialah gaya autokratik. Autokratik ialah
gaya kepemimpinan yang mencorakkan pemimpin yang berkuasa mutlak. Kepemimpinan ini
mengamalkan interaksi secara sehala dengan tidak memberikan guru peluang untuk
mengemukakan pendapat dan memberi pandangan. Hal ini demikian kerana, melalui
kepemimpinan ini pengetua akan memberikan arahan dan guru hanya mendengar dan menurut
sahaja. Hal ini akan memberikan kesan bahawa guru akan terlalu bergantung kepada pengetua.
Seterusnya, gaya kepemimpinan demokratik. Kepemimpinan ini menekankan semua ahli
melibatkan diri dalam sebuah organisasi dengan memberikan peluang untuk setiap ahli
memberikan pendapat dan pandangan sebelum sesuatu keputusan diambil. Dalam hal ini,
interaksi dua hala akan berlaku melalui gaya kepemimpinan demokratik ini. Sehubungan itu,
gaya kepemimpinan ini akan menimbulkan suasana yang kondusif dan harmoni dalam
kalangan warga sekolah kerana sesuatu perkara akan diputuskan melalui suara majoriti. Gaya
kepemimpinan ini juga menggalakkan hubungan mesra, hormat-menghormati dan hubungan
mesra antara satu sama lain.

Seterusnya, gaya kepemimpinan Laissez-faire iaitu bertentangan dengan autokratik
yang merupakan kepemimpinan yang tidak mempunyai matlamat. Dalam konteks ini, pengetua
akam memberikan kebebasan sepenuhnya kepada para guru untuk membuat keputusan. Hal
ini demikian kerana, pengetua tidak menekankan prestasi, pencapaian dan kecemerlangan
guru-guru. Melalui kepemimpinan ini juga pengetua tidak membuat penilaian, tidak
memberikan pujian, kritikan, idea dan nasihat kecuali diminta oleh ahli. Gaya kepemimpinan
yang keempat ialah gaya kepemimpinan kontigensi. Melalui kepemimpinan ini pengetua akan
membuat keputusan mengikut keadaan. Hal ini demikian kerana, gaya kepemimpinan ini
berpendapat bahawa tiada cara khusus yang sama dalam semua keadaan untuk memimpin dan
mentadbir organisasi sekolah.

1

Setiap sekolah mempunyai organisasi sekolah yang terdiri daripada pengetua yang
bertanggungjawab dalam peningkatan kurikulum dan kokurikulum serta memastikan
pelaksanaanya selaras dengan dasar Kementerian Pendidikan Malaysia. Pengetua juga
bertanggungjawab dalm hal pengurusan, pentadbiran dan kewangan sekolah. Seterusnya,
penolong kanan pentadbiran yang membantu pengetua dalam semua aspek perancangan dan
pengurusan sekolah. Penolong kanan pentadbiran ini juga akan membantu pengetua dalam
menyelia dan menilai proses pengajaran serta bertanggungjawab kepada pengetua dalam hal
kurikulum, pentadbiran, hubungan masyarakat dan keselamatan. Selepas itu, penolong kanan
hal ehwal murid yang bertanggungjawab dalam hal-hal kaunseling, keselamatan dan kebajikan
pelajar, buku teks, penerbitan dan pencetakan, perayaan sekolah, koperasi sekolah dan
penyeliaan asrama. Beliau juga akan menjalankan tugas pengetu semasa ketiadaan pengetua
dan penolong kanan pentadbiran serta membantu pengetua dalm semua aspek perancangan dan
pengurusan sekolah. Penolong kanan kokurikulum pula bertanggungjawab dalam menyelia dan
menilai aktiviti kokurikulum serta mengajar sebilangan waktu mengikut arahan pengetua.

Terdapat empat kepimpinan di peringkat sekolah iaitu gaya autokratik, demokratik,
Laissez-faire dan kontingensi. Walau bagaimanapun, gaya kepimpinan yang sering di lakukan
di sebuah sekolah ialah gaya demokrasi. Hal ini demikian kerana, gaya kepimpinan demokratik
ini melibatkan semua kakitangan dalam organisasi. Sehubungan itu, setiap ahli organisasi dapat
memberi pendapat dan pandangan sebelum sesuatu keputusan diambil.

Seorang guru perlu memainkan peranan dalam kepimpinan terutama sekali ketika
berada di dalam bilik darjah. Dalam hal ini, guru dapat menyampaikan visi yang jelas kepada
pelajar dalam bilik darjah serta dapat berkomunikasi dengan pelajar. Selain itu guru juga perlu
menciptakan suasana persekitaran pembelajaran yang selasa untuk menarik pembelajaran
pelajar.

Kesimpulan

Kepimpinan penting dalam sebuah organisasi untuk memastikan visi dan misi tercapai
terutama sekali di dalam sebuah sekolah. Sehubungan itu setiap ahli organisasi haruslah
menjalankan tanggungjawab dengan baik.

Rujukan

Ayu Najwa(2019), Kepimpinan dan organisasi, diperoleh daripada:
https://ayyunajwa.blogspot.com/2019/04/bab-4-kepimpinan-dan-organisasi.html?m=1

2

TOPIK 2: PENGURUSAN MURID

Pendahuluan

Menurut Azman B. Hj Adnan (Institut Aminuddin Baki) dalam Kursus Pengurusan dan
Kepimpinan menyatakan bahawa berlandaskan konsep asas pengurusan, pengurusan murid
merupakan satu proses mengendalikan sama ada manusia atau fizikal dengan tujuan untuk
mencapai matlamat dan objektif pada tahap yang memuaskan. Dalam erti kata lain, pengurusan
murid merupakan proses-proses yang berkaitan dengan perancangan kerja atau program bagi
murid, pengelolaan murid dan program secara berkesan, pengawalan dan penilaian prestasi
murid dan program serta pemilihan cara atau kaedah yang berkesan dalam pengurusan
organisasi.

Isi Penting

Mengurus Rekod Murid

Pengurusan rekod murid yang terancang dan berkesan ini perlu bagi membolehkan guru-guru
mengajar mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan. Dalam buku rekod ini salah satu
perkara yang perlu ada ialah sukatan pelajaran. Sukatan pelajaran ini perlu dimasukkan dalam
buku rekod mengajar. Bukan itu sahaja, huraian sukatan pelajaran juga perlu agar apa yang
diajar bersesuaian dengan kehendak yang ingin dicapai bersama serta merealisasikan hasrat
Falsafah Pendidikan Negara iaitu ingin melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Sekiranya guru tidak mengajar mengikut sukatan yang
ada, maka matlamat yang diharapkan tidak akan tercapai dan kemungkinan pelajar tidak dapat
menjawab soalan peperiksaan awam dengan baik kerana apa yang dipelajari tidak sama dengan
apa yang disoal dalam peperiksaan.

Kedua, pengurusan rekod ini dapat memudahkan murid-murid mempelajari apa yang
diajar. Dalam hal ini guru mesti membuat perancangan pelajaran sebelum memulakan
pengajaran dan pembelajaran. Tugas ini menjadi kewajipan kepada semua guru tidak kira guru
berpengalaman, guru cemerlang mahupun guru pakar. Hal ini kerana guru perlu bersedia lebih
awal agar pencapaian kefahaman murid dapat mencapai tahap maksimum. Persediaan ini
dilihat dapat membolehkan guru memastikan objektif dan isi pelajaran disusun mengikut
keutamaan dan kefahaman murid lebih baik kerana murid memerlukan masa untuk memahami
apa yang disampaikan. Dalam hal ini, guru yang efektif akan bijak menggabungjalinkan
pengetahuan sedia ada serta pengetahuan baru yang akan dapat menambahkan kefahaman para

3

pelajarnya. Bagi mengukuhkan lagi kefahaman mereka, guru boleh mengadakan aktiviti
pengukuhan seperti refleksi pembelajaran yang ringkas mahupun aktiviti-aktiviti yang menarik
seperti mana yang telah dirancang dalam buku rekod pengajaran.

Kesimpulannya, buku rekod pengajaran amat penting untuk dilaksanakan kerana ia
mendatangkan impak yang besar dalam pengajaran dan pembelajaran khususnya bagi
mencapai objektif yang ditetapkan serta memantapkan kefahaman murid.

Kesedian Murid Belajar

Kesediaan Murid Belajar merupakan keadaan dalam individu yang bersedia dan berupaya
untuk mempelajari sesuatu dengan tujuan memperolehi pengalaman pembelajaran yang baru.
Jenis kesediaan pelajar terbahagi kepada tiga aspek iaitu afektif, kognitif dan psikomotor.

Aspek yang pertama ialah aspek kognitif yang merujuk kepada peringkat
perkembangan mental untuk menerima rangsangan dan memahaminya, menaakul dan berfikir
serta dapat menghubungkaitkan pengalaman sedia ada seseorang. Contohnya, ketika kita
membaca bahan dalam bab ini dan cuba memahaminya, kita sedang menekankan aspek
kognitif.

Seterusnya aspek kedua ialah aspek afektif iaitu merujuk kepada sikap, keinginan,
minat dan ketekunan seseorang individu untuk menerima pelajaran yang disampaikan oleh
guru mereka. Apabila pelajar mempunyai kesediaan afektif yang positif, secara tidak langsung
mereka akan menjadi aktif dan mudah untuk menerima pembelajaran.

Aspek ketiga ialah aspek psikomotor yang merujuk kepada kesediaan fizikal pelajar
untuk menjalani latihan yang menggunakan fungsi tubuh badan sebagai penggerak utama.
Sebagai contoh, sumber pengajaran dan pembelajaran yang bergerak hendaklah mengandungi
gambar yang besar dan menarik serta huruf-huruf besar saiznya. Hal ini demikian kerana akan
memudahkan penglihatan murid.

Merujuk kepada potensi atau kematangan fizikal dan kesediaan untuk melakukan
proses pembelajaran yang baru seperti kesediaan psikomotor, kesediaan afektif, kesediaan
kognitif dan jenis kesediaan belajar. Strategi kesediaan belajar seperti gunakan set induksi yang
menarik, rancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kebolehan dan
pengetahuan sedia ada, peringkatkan isi pelajaran mengikut tahap kesediaan belajar murid
(mudah ke kompleks), gunakan pelbagai stimulus dalam mengekalkan minat murid dan banyak
lagi.

4

Memotivasikan Murid

Motivasi merupakan rangsangan yang membangkitkan minat seseorang individu ke arah
mencapai sesuatu matlamat tertentu. Tingkah laku yang berpusatkan pada sesuatu perkara, dan
mampu menghasilkan kepuasan secara berulang-ulang. Naluri ingin tahu mencetuskan tingkah
laku seperti ingin mencuba, menjelajah, mencipta dan mereka bentuk. Dari segi desakan
melibatkan tindakan disebabkan oleh keperluan fisiologi, keperluan melibatkan keinginan
memenuhi kekurangan fisiologi dan psikologi. Sikap pula dibentuk daripada kefahaman,
perasaan dan tindakan, harapan iaitu ramalan subjektif selaras dengan kognitif, aspirasi iaitu
penilaian yang subjektif terhadap tugas yang dilaksanakan.

Para guru boleh meningkatkan motivasi kepada pelajar melalui menyediakan
persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang mampu memberangsang pelajar untuk menjadi
lebih baik. Sebagai contoh persekitaran yang baik ialah menyediakan suasana bilik darjah yang
kondusif untuk pelajarnya, menentukan sasaran dan taraf pencapaian akademik yang perlu
dicapai dan memastikan penglibatan pelajar dalam semua aktiviti pembelajaran di dalam atau
di luar kelas.

Rumusan

Secara keseluruhannya, dalam sesebuah organisasi memerlukan pengurusan murid yang baik
seperti rekod murid yang tersusun dan lengkap, mengetahui tahap kesediaan murid dan akhir
sekali motivasi. Ketiga-tiga pengurusan murid ini mempunyai kepentingan tersendiri sebagai
sumber motivasi yang merupakan satu sesi atau proses yang amat diperlukan dalam mendidik
pelajar. Tanpa motivasi sudah tentu pelajar sukar dikawal, contohnya pelajar yang kurang
pandai akan berasa semakin tidak bersemangat kerana tiada kata-kata semangat serta dorongan
dari para tenaga pengajar.

Rujukan

Etum, S. (2021, August 10). Hubungan Pengurusan Disiplin Sekolah dan Kualiti Kehidupan
Murid di Semenanjung Utara Malaysia | Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities
(MJSSH). Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH).
https://www.msocialsciences.com/index.php/mjssh/article/view/925

5

Ghani, F. M. A. (2017, October 24). PENGURUSAN DISIPLIN MURID DI SEKOLAH
KAWASAN BANDAR DAN LUAR BANDAR:PERSPEKTIF PEMIMPIN SEKOLAH |
JuPiDi: Jurnal Kepimpinan Pendidikan. JuPiDi.
http://mjs.um.edu.my/index.php/JUPIDI/article/view/8282

6

TOPIK 3: STRATERGI MENGURUS BILIK DARJAH

Pendahuluan

Strategi membawa maksud pelbagai cara untuk mencapai tujuan dan dapat didefinisikan
sebagai perilaku yang diambil oleh seseorang yang menggambarkan berbagai tindakan berkait
dengan keadaan atau permainan. Bilik darjah merupakan medan perjuangan utama seorang
guru menjalankan tugas, peranan dan tanggungjawab. Seseorang guru akan diklasifikasikan
sebagai tidak melaksanakan tugas sekiranya amanah ini diabaikan walaupun beliau merupakan
seorang juara masyarakat yang paling komited di luar bilik darjah atau di luar sekolah.
Pengurusan bilik pembelajaran juga merupakan proses perancangan, perorganisasian dan
kawalan pelajar serta proses pembelajaran uuntuk memastikan suasana yang berkesan.

Richards menyatakan bahawa pengurusan bilik darjah sebagai organisasi dan kawalan
guru ke atas tingkah laku, pergerakan serta interaksi murid semasa pembelajaran berlangsung
supaya pengajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan (Ahmad Zabidi Abdul Razak,2006).

Pengurusan bilik darjah hendaklah berdasarkan fungsi dan matlamat yang hendak
dicapai melalui penggunaan bilik darjah. Tujuan yang ditekankan untuk mencapai objektif
adalah masa, tenaga, alat pengajaran yang dapat digunakan dengan baik. Kemudahan
digunakan secara berkesan dan susunan menggalakkan untuk pembelajaran. Pengurusan bilik
darjah sering dikaitkan dengan usaha-usaha mengendalikan proses pengajaran dan
pembelajaran dengan cekap dan berkesan di sekolah. Ia juga seringkali digunakan bagi merujuk
kepada kemampuan mengurus perlakuan murid supaya tidak mengganggu proses pengajaran
dan pembelajaran yang berlangsung.

Isi Penting

Unsur Fizikal Bilik Darjah

Faktor yang mempengaruhi strategi mengurus bilik pembelajaran ialah faktor fizikal bilik
darjah. Fizikal bilik darjah ini menitikberatkan penyusunan bilik darjah. Penyusunan bilik
darjah amat penting dalam situasu pembelajaran pelajar, keadaan ini dapat menggalkkan atau
menghalang sesuatu pembelajaran. Pengurusan bilik darjah memerlukan rutin bilik darjah.
Rutin bilik darjah dapat menimbulkan rasa tanggungjawab, perasaan seronok dan bekerjasama
di kalangan pelajar. Kegiatan rutin bilik darjah adalah seperti membuat pemeriksaan tentang
keadaan fizikal bilik darjah, menyediakan bahan pengajaran dan menyusun dengan betul dan
mudah dicapai, menetapkan waktu yang sesuai untuk melakukan rutin bilik darjah dan

7

merancang sesuatu ruitn itu dengan sempurna dan bersistem. Faedah rutin bilik ialah proses
pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan teratur, pengurusan rutin yang teratur
dapat menjimatkan masa guru dan pelajar, rutin akan menyemai nilai-nilai murid dalam
kalangan pelajar. Dengan ini, proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan
cekap dan dapat menimbulkan rasa selamat kepada pelajar.

Interaksi Dalam Bilik Darjah

Interaksi dalam bilik darjah juga merupakan salah satu faktor mempengaruhi strategi mengurus
bilik darjah. Terdapat beberapa jenis interaksi bercorak lisan iaitu interaksi sehala atau
tradisional, interaksi dua hala antara guru dan murid, interaksi dua hala antara murid dan murid,
interaksi pelbagai hala antara guru dengan murid dan murid dengan murid, interaksi pelbagai
hala antara guru dengan murid dan murid dengan murid dan akhir sekali interaksi berkomputer.
Interaksi sehala ialah interaksi bilik darjah di mana guru mengawal segala aktiviti pengajaran
dan pembelajaran yang berlaku di dalam kelas. Interaksi dua hala antara guru dan murid ialah
guru menggunakan pendekatan kumpulan, kaedah main, kertas kerja dan lakonan sebagai
aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Interaksi pelbagai hala antara guru dengan murid dan
murid dengan murid ialah guru menggunakan kaedah dan teknik pengajaran seperti simulasi,
main peranan, pendekatan kumpulan, perbincangan, ujikaji dan kaedah penyelesaian masalah.

Mengurus Iklim Pembelajaran Positif

Faktor yang terakhir adalah iklim bilik darjah. Iklim sekolah menggambarkan personaliti
seseorang individu sendiri dan bagaimana guru berusaha untuk mencapai tahap organisasi
iklim sekolah berkenaan. Iklim blik darjah dibahagikan kepada 3 iaitu suasana fizikal, suasana
sosial dan suasana emosi. Suasana fizikal melibatkan unsur fizikal bilik darjah. Perancangan
dan penyusunan ini melibatkan mengorgaanisasi, merancang dan penggunaan alat bantu
mengajar (ABM), alat pelindung diri (APD), kerusi, meja, papan tulis dan sebagainya. Suasana
sosial pula guru akan mengkaji melalu pemerhatian biasa teknik sosiometri. Sosiometri
merupakan teknik untuk mencari dan menunjukkan perhubungan individu dengan pelajar.
Yang terakhir, suasana emosi melibatkan gabungan berbagai-bagai perkara iaitu suara,
kelucuan, penggunaan pujian, kawalan, kepimpunan dan kaedah mengajar.

Rumusan

Kesimpulannya, guru memainkan peranan penting untuk memastikan proses pengajaran dan
pembelajaran berjalan seiring dengan matlamat dan objektif pembelajaran. Jelaslah bahawa

8

pengurusan bilik darjah merupakan tugas penting yang memerlukan pengetahuan, kemahiran,
kesabaran dan komitmen yang optimum bagi memperoleh kesan yang maksimum. Harus
diingat bahawa guru pelatih perlu mendapat maklumat secukupnya tentang bilik darjah dan
pelajar-pelajarnya terlebih dahulu sebelum menjejakkan buat pertama kali ke dalam bilik
darjah berkenaan. Persediaan JERISAH (Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek, Sosialisasi, Alam,
Hamba-Allah) guru pelatih yang lengkap akan membolehkan pengajaran dan pembelajaran
dijalankan dengan jaya, ceria dan cemerlang.
Rujukan
Mohd Hasani Dali & Mohamad Johdi Salleh (2009). ‘Pengurusan Bilik Darjah’. Dalam Noraini
Idis dan Shuki Osman, Pengajaran dan Pembalajaran: Teori dan Praktis. Kuala Lumpur:
McGraw Hill. Pps 161 – 188. ISBN 978-983-3850-54-9.
Ahmad Zabidi Abdul Razak. (2006). Ciri Iklim Sekolah Berkesan: Implikasinya Terhadap
Motivasi Pembelajaran. Jurnal Pendidikan, 31, 3-19,
http://ejournal.ukm.my/jpend/article/view/14749
Nurul Ain Shahira Rosman. (2018). Strategi Mengurus Bilik Pembelajaran (bilik
darjah/makmal/studio/dll). Diperoleh daripada
http://missminarmy.blogspot.com/2018/12/kps3014-bab-8-strategi-mengurus-bilik8.html

9

TOPIK 4: PENGURUSAN SUMBER

Pendahuluan

Pengurusan sumber amat penting bagi sebuah institusi pendidikan dan sebagainya. Hal ini,
pengurusan sumber merupakan salah satu tempat atau medium rujukan untuk mencari
maklumat. Sumber pula membawa maksud, sesuatu yang menjadi rujukan untuk kesahihan
sesuatu maklumat atau carian. Selain itu, sumber juga boleh digunakan dalam kehidupan
seharian. Sumber juga boleh diklasifikasikan sebagai bahan atau tenaga yang diperlukan bagi
melaksanakan sesuatu. Terdapat pelbagai kategori sumber antaranya, dari alam atau semulajadi
, manusia, serta kewangan dan teknologi.

Terdapat beberapa jenis sumber atau alat bantu mengajar yang digunakan dalam
membantu proses pembelajaran guru. Antara sumber yang digunakan ialah bahan bercetak,
bahan teknologi maklumat dan juga bahan maujud. Walaupun jenis- jenis ini mempunyai ciri
yang berbeza, namun ianya boleh digunakan bagi memastikan murid- murid memahami akan
isi kandungan pelajaran serta mencapai objektifnya.

Isi Penting

Peranan Dan Fungsi Sumber Pembelajaran

Tidak disangkal lagi bahawa sumber merupakan satu bahan yang penting bagi memudahkan
pelajar untuk memahami sesutau topik dengan lebih mudah. Salah satu sumber pembelajaran
adalah pusat sumber sekolah. Pusat sumber merupakan suatu gedung, ruang atau sejumlah
ruangan yang mempunyai banyak koleksi buku yang dijaga dengan baik dan digunakan oleh
masyarakat. Selain itu, pusat sumber juga merupakan pusat media, pusat pelajar, pusat
pendidikan, pusat informasi dan pusat rujukan. Pusat sumber berkembang dengan pesat dengan
pelbagai fungsi dan peranan mengikut kesesuaian perkembangan pola kehidupan masyarakat,
keperluan dan teknologi maklumat. Dari segi teknologi maklumat, pusat sumber virtual dan
perkembangan ini sejajar dengan fungsi dan peranannya.

Pusat sumber mempunyai peranan yang penting, antaranya ialah pusat kegiatan belajar
dan mengajar. Para guru dan pelajar akan sentiasa membuat rujukan dan mencari bahan
daripada perpustakaan. Para guru akan mencari bahan-bahan yang bersesuaian bagi membuat
persediaan. Dalam proses pengajaran di bilik darjah, pelbagai sumber rujukan di pusat sumber
juga dapat membantu pelajar dalam mengulangkaji pelajaran mereka dan mencari bahan
rujukan tambahan untuk meningkatkan kefahaman atau menambahkan maklumat yang telah

10

didapati di dalam kelas. Pelajar tidak dapat mengetahui dengan mendalam sesuatu pelajaran
itu jika hanya bergantung pada guru sahaja tanpa membuat rujukan tambahan.

Seterusnya, fungsi dan peranan pusat sumber juga berperanan sebagai tempat untuk
mengisi masa lapang dengan melakukan perkara yang berfaedah. Hal ini kerana, dengan
adanya pusat sumber mereka terutamanya pelajar yang mempunyai masa yang terluang akan
mempunyai tempat bagi mengisi masa mereka. Mereka tidak akan membazirkan masa di
tempat yang tidak berfaedah seperti di pusat membeli- belah, kedai makan dan sebagainya.
Apabila mereka melepak di pusat sumber bersama kawan, mereka bukan sahaja dapat mengisi
masa lapang dengan baik tetapi dapat menambahkan maklumat melalui pembacaan pelbagai
bahan rujukan ilmiah yang telah disediakan.

Akhir sekali, pusat sumber juga menjadi pusat bagi perkembangan idea dan kreativiti.
Hal ini kerana pusat sumber sekolah bukan sahaja berperanan sebagai pusat ilmu, tetapi turut
berupaya membekalkan kemudahan dan perkhidmatan bagi guru-guru yang kreatif dan
inovatif. Pusat sumber yang aktif bukan sahaja menyediakan bahan-bahan bacaan semata-mata
tetapi turut menganjurkan pelbagai aktiviti yang berterusan bagi mengembangkan daya
pemikiran, kreativiti dan imaginasi para pelajar dan guru. Contohnya dengan penganjuran
pelbagai pertandingan seperti pertandingan bercerita dan banyak lagi. Sebagai kesimpulannya,
penggunaan sumber dalam bidang pendidikan mampumeningkatkan kepahaman pelajar
terhadap pengajaran yang telah diajar kepada mereka.

Kemahiran Akses Sumber Pembelajaran

Akses merupakan proses atau cara memperolehi sesuatu data atau maklumat, manakala
maklumat pula adalah pemberitahuan atau pengumuman. Pembelajaran berasaskan sumber
kebanyakkannya bergantung kepada keupayaan pelajar untuk mendapatkan maklumat yang
tepat. Oleh itu, para pelajar perlulah memiliki kemahiran dalam mengakses sumber
pembelajaran. Terdapat kemahiran yang diperlukan untuk memastikan matlamat pembelajaran
berasaskan sumber itu tercapai.

Kemahiran yang pertama ialah kemahiran menggunakan teknologi. Kemahiran ini
merupakan kemahiran yang sangat penting dan wajib digunapakai dalam pembelajaran dan
juga kehidupan seharian. Pelajar perlu memahirkan diri mereka dalam menggunakan teknologi
bagi urusan mendapatkan maklumat pembelajaran. Kemahiran ini boleh dipelajari dengan
menghadiri kelas kemahiran atau mempelajarinya daripada atas talian seperti di ‘Youtube’.

11

Akhir sekali, kemahiran membuat tinjauan dan temuduga juga penting kepada pelajar.
Kemahiran ini dapat membentuk sifat berani dan yakin terhadap diri sendiri. Pelajar sering
tidak yakin dengan diri sendiri dan takut untuk mencuba sesuatu yang baru, jadi kemahiran ini
secara tidak langsung dapat mengasah bakat lain dalam diri pelajar.
Rumusan
Kesimpulannya, pengurusan sumber terdiri daripada beberapa jenis sumber yang dapat
diaplikasikan semasa proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Oleh itu pengurusan sumber
memainkan peranan penting dalam memastikan pengurusan sumber organisasi berjalan lancar
dan berdaya saing untuk mencapai matlamat tersebut. Pengurus dan juga setiap pekerja perlu
memahami apa yang dimaksudkan dengan pengurusan sumber.
Rujukan
Binti Kamarudin, M, & Bin Hussin, M. (2019). PENGAPLIKASIAN TEORI PERUBAHAN
FULLAN DI PUSAT SUMBER SEKOLAH: SATU REFLEKSI TERHADAP
PELAKSANAAN PEMBELAJARAN ABAD KE 21. In INTERNATIONAL CONFERENCE
ON GLOBAL EDUCATION (pp. 859–866).
Ismail, M. (2020). CABARAN KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN PEMBELAJARAN
DIGITAL. Jurnal Refleksi Kepemimpinan, (JILID III).
https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jrk/article/view/9184

12

TOPIK 5: PENGURUSAN BILIK DARJAH

Pendahuluan

Bilik darjah merupakan medan perjuangan utama seorang guru dalam menjalankan tugas,
peranan dan tanggungjawab. Pengurusan bilik darjah bermaksud bagaimana guru dan pelajar
bekerja, bagaimana mereka saling berkerjasama dan bagaimana pengajaran dan pembelajaran
berlaku (Bosch, 2006). Hal ini adalah pakatan di antara guru dan pelajar untuk mengurus segala
aspek yang terdapat di dalam bilik darjah yang melibatkan pengurusan pelajar, kemudahan
fizikal serta aktiviti yang dilaksanakan agar satu alam belajar yang kondusif untuk sesi
pengajaran dan pembelajaran dapat diwujudkan (Mok Soon Sang, 2011).

Pengurusan bilik darjah merupakan sebahagian dari proses pengajaran dan
pembelajaran bertujuan untuk membina serta memupuk tingkah laku pelajar di dalam bilik
darjah agar proses pengajaran dapat dilaksanakan dengan lancar, manakala aktiviti
penyampaian ilmu bertujuan pelajar dapat mencapai objektif spesifik sesuatu pembelajaran.
Suasana pembelajaran yang berkesan tidak mungkin terbina dengan hanya memberi tumpuan
pada proses penyampaian isi pengajaran guru sahaja. Ia turut melibatkan aspek pengurusan
bilik darjah serta tingkah laku pelajar. Maka, bilik darjah yang diurus dengan baik dapat
membentuk satu budaya pengajaran dan pembelajaran yang positif dan kondusif. Guru-guru
boleh mempelbagaikan kemahiran pengajaran dalam menjalankan tugas harian mereka di
sekolah. Sekiranya ia wujud dalam bilik darjah, pelajar akan berminat mengikuti proses
pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan tanpa gangguan atau halangan. Sehubungan
ini, pengetua perlu memastikan para guru memahami tugas dan peranan mereka dalam
menentukan disiplin pelajar di bilik darjah agar berada dalam keadaan baik dan terkawal pada
setiap masa.

Isi Penting

Dalam pengurusan bilik darjah, corak dan suasana di dalam kelas dipengaruhi oleh pelbagai
faktor. Guru-guru hendaklah mempunyai ilmu bagi mengawal faktor-faktor tersebut. Faktor
yang boleh mempengaruhi corak dan suasana interaksi di dalam bilik darjah pada lazimnya
boleh diklasifikasikan kepada tiga kategori iaitu faktor fizikal, faktor kemanusiaan yang boleh
di lihat dari segi faktor sosial dan emosi, dan faktor teknikal (Mak Soon Sang, 2008).

Faktor Fizikal

13

Susunan dan reka bentuk fizikal dalam bilik darjah menampakkan autoriti, gaya pengajaran
seseorang guru dan membolehkan interaksi di dalam kelas serta bilik darjah yang teratur,
kemas dan bersih dapat memberikan gambaran keselesaan kepada pelajar malah
memotivasikan pelajar untuk merangsang minat serta semangat di dalam kelas. Suasana bilik
darjah mesti memberikan peluang guru memantau dengan mudah dan cepat. Selain itu,
pemandangan pelajar mestilah jelas dan tidak terhalang. Hal ini kerana apabila guru mengajar,
pelajar mesti dapat melihat guru dengan mudah tanpa mengalih kerusi atau beriri.

Selain itu, sumber bahan pembelajaran harus ada malah pelajar mesti mempunyai akses
yang mudah kepada sumber bahan pembelajaran. Hal ini akan memudahkan pelajar mengambil
bahan pembelajaran dan menggunakannya. Dalam pada itu, memberikan peluang kepada guru
untuk mengajar pelajar cara bertanggungjawab ke atas bahan pembelajaran di dalam kelas.
Selain itu, ruang pada dinding di sebelah kiri serta di sebelah kanan boleh dijadikan papan
kenyataan yang boleh mengisi maklumat murid, jadual kelas atau jadual bertugas. Sudut
belakang papan kenyataan boleh digunakan untuk menampal hasil pelajar dan nota ringkas
pelbagai subjek. Guru dan pelajar harus berkerjasama dalam menjaga keceriaan kelas serta
boleh menyediakan sudut khas seperti mini perpustakaan di sudut belakang kelas.

Seterusnya, pengcahayaan, pengudaraan dan perabot dalam kelas amatlah penting. Hal
ini kerana, amat mempengaruhi proses pembelajaran dalam kelas dan guru haruslah
memastikan alat elektrik (lampu dan kipas) berfungsi dengan baik. Selain itu, guru juga harus
memastikan perabot dalam kelas mencukupi dan berada dalam keadaan yang baik serta selamat
digunakan. Hal ini kerana, faktor keselamatan dalam kelas amat penting, untuk mengelakkan
perkara yang tidak dingini. Seterusnya, kebersihan bilik darjah merupakan tanggungjawab
bersama guru dan murid. Hal ini kerana, sebagai guru harus memastikan kelas mempunyai alat
untuk membersih seperti penyapu, bulu ayam, tong sampah dan penyodok serta pemadam
papan putih kerana tanggungjawab pelajar pula ialah mematuhi jadual bertugas serta
berkerjasama dalam menjaga kebesihan bilik darjah. Akhir sekali, bilik darjah yang memiliki
suasana persekitaran yang baik mempangaruhi corak pengajaran dan pembelajaran antara guru
dan pelajar. Guru harus mempunyai wawasan yang jelas serta peka terhadap pengurusan bilik
darjah dari segala aspek agar matlamat dan objektif pendidikan dapat dicapai.

Faktor Sosial

Faktor sosial merujuk kepada hubungan antara keperluan emosi individu dengan persekitaran
sosialnya. Persekitaran sosial yang sihat di dalam bilik darjah mempunyai ciri-ciri seperti

14

suasana selesa dan mesra, bebas daripada ancaman dan bahaya fizikal, suasana yang
merangsang pembelajaran, menggalakkan pembelajaran koperatif dan memberi peluang yang
sama untuk semua murid. Faktor yang memberi kesan kepada persekitaran sosial yang sihat
adalah melalui pendekatan pengajaran, gaya kepimpinan guru, bentuk komunikasi dan corak
interaksi yang guru wujudkan di dalam bilik darjah. Jika persekitaran sosial ini tidak
dititikberatkan oleh guru, masalah disiplin akan berlaku dalam kalangan murid.

Faktor Emosi

Dalam konteks pembelajaran, faktor emosi merupakan perasaan pelajar terhadap guru di dalam
bilik darjah semasa proses PdPC. Dalam faktor emosi, guru yang bersifat demokratik akan
mempengaruhi emosi pelajar dari segi cara menerima pendapat pelajar, menggalakkan
penyoalan daripada mereka dan memuji mereka dengan cara yang baik. Hal ini akan dapat
membina suasana emosi yang menyenangkan dan selesa untuk pembelajaran. Apabila guru
menggunakan kaedah demokratik ianya dapat mewujudkan keadaan di mana pelajar akan
belajar dalam suasana yang tenang dan selesa untuk pembelajaran. Manakala suasana bilik
darjah tidak akan tenang jika guru menggunakan kaedah autokratik iaitu selalu memarahi,
memberi amaran, arahan dan selalu mengkritik pelajar.

Faktor Teknikal

Faktor teknikal merupakan teknik yang digunakan oleh guru semasa di dalam kelas. Teknik ini
merangkumi aspek kemahiran guru serta penggunaan bahan bantu mengajar di dalam bilik
darjah. Bahan bantu mengajar yang dipilih oleh guru sekurang-kurangnya mestilah merupakan
bahan yang terbaru yang menarik dan diminati pelajar, dapat membantu mempercepatkan
proses pengajaran dan pembelajaran yang releven dengan isi pengajaran yang ingin
disampaikan. Pelajar akan lebih tertarik dan seronok untuk belajar jika guru menunjukkan
bahan bantu mengajar yang menarik seperti simulasi berkomputer, gambar animasi, model
yang menarik, bahan atau gambar yang diakses daripada internet. Dalam zaman teknologi
sekarang, penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) banyak membantu kerana
guru boleh menyediakan atau mendapatkan berbagai bahan terbaru untuk proses pengajaran
dan pembelajaran dan mengubahnya untuk disesuaikan dengan nilai dan minda pelajar.

Selain itu, faktor teknikal juga adalah kejelasan suara serta gaya pengajaran yang
menarik serta teknik-teknik yang digunakan untuk merangsang semangat dan kesediaan
belajar. Faktor ini merangkumi aspek kemahiran guru, kecekapan penggunaan alat bantu
mengajar mengikut peruntukan masa serta aktiviti-aktiviti yang boleh merangsang aktiviti

15

pembelajaran seperti pertandingan perbahasan, teka-teki, lakonan, kuiz, nyanyian dan
sebagainya. Bukan itu sahaja, kejelasan serta nada suara yang digunakan oleh guru juga
merangkumi faktor teknikal di dalam bilik darjah.

Faktor Kemanusiaan

Faktor kemanusiaan merangkumi sifat kasih sayang, keadilan, demokrasi, dan bertimbang rasa
daripada guru. Di dalam bilik darjah, seorang guru perlu mempunyai sifat-sifat tersebut supaya
pelajar akan berasa selesa dan rasa dihargai oleh guru. Melalui aspek kasih sayang, guru serta
pelajar perlu mempunyai sifat menyayangi di antara satu sama lain. Contohnya, guru tidak
menunjukkan sifat marah serta memarahi pelajar yang tidak bersalah. Bagi keadilan pula, guru
perlu bersikap adil kepada semua pelajar di dalam bilik darjah dengan tidak terlalu memilih
kasih terhadap pelajar. Guru yang cemerlang merupakan guru yang dapat memupuk sikap adil
di dalam diri dan melayan setiap pelajar sama rata tidak kira berbeza dari segi bangsa dan
agama.

Selain itu, demokrasi pula seperti guru tidak memberi arahan serta membuat keputusan
sendiri semasa di dalam bilik darjah. Contohnya, semasa proses untuk melantik ketua kelas,
guru meminta para pelajar untuk memberi cadangan serta para pelajar juga yang memilih ketua
kelas mereka sendiri. Melalui sikap demokrasi ini, pelajar akan lebih selesa dan berani untuk
memberi pandangan mereka sendiri terhadap sesuatu proses pengajaran yang dijalankan.
Seterusnya, bertimbang rasa adalah sikap seorang guru yang peka terhadap keadaan pelajar di
dalam bilik darjah. Contohnya, jika terdapat pelajar yang sakit di dalam bilik darjah, guru
seharusnya bertanya tentang keadaan pelajar dan menyuruh pelajar untuk rehat di bilik sakit
yang disediakan di sekolah atau membawa pelajar ke klinik. Seorang guru yang bertimbang
rasa juga tidak menghukum pelajar sesuka hati tanpa usul periksa.

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, bilik darjah memainkan peranan penting terhadap tingkah laku dan
juga pencapaian akademik pelajar. Hal ini demikian, bilik darjah yang positif dan kondusif
akan memberi keselesaan kepada para pelajar untuk belajar dan menggelakkan pembelajaran
yang aktif kerana proses komuniksi antara guru dan pelajar dan juga antara pelajar dan pelajar
berjalan dengan baik. Pengurusan bilik darjah dinamik ke arah pembinaan modal insan yang
seiring dengan falsafah pendidikan negara iaitu pembinaan jasmani, emosi, rohani, intelek dan
sosial. Pengurusan bilik darjah memerlukan pelbagai pengetahuan, kemahiran, prosedur,
teknik dan strategi. Guru seharusnya memiliki gaya kepimpinan, kemahiran merancang,

16

kecekapan mengurus, kepelbagaian dalam pengajaran dan pembelajaran, kebijaksanaan
interpersonal, kemahiran berkomunikasi, kemahiran kaunseling dan mampu mengendalikan
teknologi maklumat dan komunikasi.
Rujukan
Ang, J. J. E. & Ed.D. (2014). Pegurusan bilik darjah: strategi-strategi mewujudkan komuniti
pembelajaran berkesan. Selangor: PTS ACADEMIA.
Evertson, C. M. & Emmer, E.T. (2013). Classroom management for elementary teachers.
United State, America: Pearson Education.
Haliza Hamzah & Samuel, J.N. (2014). Pengurusan bilik darjah dan tingkah laku. Shah Alam,
Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Nur Hanani Hussin & Ab Halim Tamuri. (2017). Pendidikan Abad ke 21 Dalam Kepelbagaian
Budaya: Cabaran dan Harapan.
Rohami Shafie. (2016, Mac 30). Bilik darjah dan generasi masa depan. Utusan Online,
Diperoleh daripada:
http://www.utusan.com.my/rencana/utama/bilik-darjah-dan-generasi-masa-depan-1.206451

17

TOPIK 6: PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISPLIN

Pendahuluan

Definisi Tingkah Laku

Tingkah laku didefinisikan sebagai semua tindakan manusia yang boleh diperhati, diukur dan
dinilai. Tingkah laku juga adalah perbuatan fizikal sebarang sikap yang berasaskan nilai-nilai
tertentu dan sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar
atau separa sedar. Definisi Menurut Garry Martin & Joseph Pear (2003), tingkah laku juga
merangkumi aktiviti, aksi, prestasi, bertindakbalas, tindakan, dan reaksi. Dari segi teknik pula,
tingkah laku merupakan aktiviti yang melibatkan otot-otot, kelenjar dan aktiviti elektrik oleh
setiap organ. Pada dasarnya tingkah laku adalah apa sahaja yang diperkatakan atau dilakukan
oleh seseorang individu.

Manakala, Pengurusan Tingkah Laku ialah tingkahlaku yang dilakukan oleh guru, ibu
bapa atau pihak-pihak tertentu untuk membentuk perlakuan luaran dan dalaman individu atau
kumpulan supaya individu tersebut mempunyai tingkahlaku yang bermanfaat, produktif, dan
diterima oleh masyarakat. Menurut Dr. Ragbir Kaur a/p Joginder Singh (2005), Pengurusan
tingkah laku juga boleh ditakrifkan sebagai satu rancangan untuk memodifikasikan tingkah
laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik yang sesuai. Setiap guru
mesti mempunyai satu bentuk sistem pengurusan tingkah laku untuk kawalan kelas,
pembelajaran yang sihat dan produktif untuk membimbing tingkah laku positif dan
menghentikan tingkah laku negatif supaya bebas gangguan.

Definisi Disiplin

Menurut Kamus Dewan, disiplin merujuk kepada latihan pemikiran dan kelakuan supaya boleh
mengawal diri sendiri dan patuh pada tatatertib. Disiplin juga merupakan peraturan atau
undang-undang yang bertujuan untuk membentuk para pelajar selari dengan kehendak agama,
norma-norma masyarakat dan undang-undang sesebuah negara. Menurut T.Rusyandi (1997),
Disiplin didefiniskan sebagai suatu sikap atau tingkah laku dan perbuatan yang sesuai dengan
tata aturan atau norma yang digariskan. Disiplin memainkan peranan yang penting iaitu ke arah
pembentukan sahsiah para pelajar.

Peraturan Dan Disiplin Murid

Definisi Peraturan

18

Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, peraturan ialah segala yang telah ditentukan dan
semestinya dituruti. Oleh itu di sekolah, segala jenis peraturan sekolah yang telah ditetapkan
hendaklah di patuhi oleh semua pelajar dan guru juga.

Konsep Asas Pengurusan Tingkah Laku

1. Perancangan yang rapi
2. Tentukan individu atau kumpulan
3. Teknik intervensi yang berkesan
4. Penilaian yang berkesan

Bentuk Disiplin

1. Disiplin asas melibatkan individu dalam masyarakat yang lebih besar
2. Disiplin instrinsik atau kendiri, merupakan disiplin yang lahir daripada dalam individu

Disiplin Yang Dijalankan Di Sekolah

1. Mengadakan jadual waktu
2. Buku kedatangan
3. Pakaian seragam
4. Peperiksaan

Kaedah dan Teknik Modifikasi Tingkah laku

Antara teknik yang boleh digunakan oleh guru adalah seperti berikut:

1) Peneguhan positif

Pemberian peneguhan selepas sesuatu tingkah laku yang diingini ditunjukkan supaya tingkah
laku itu dikekalkan atau ditingkatkan lagi,

2) Pembentukan (shaping)

Pemberian peneguhan kepada perlakuan-perlakuan yang dilakukan oleh murid yang menjurus
kepada pembentukan perlakuan yang dikehendaki.

3) Kontrak (lisan/bertulis)

19

Persetujuan di antara dua pihak atau lebih (guru dan murid) secara lisan atau bertulis. Murid
dipertanggungjawabkan terhadap perkara atau aktiviti yang dipilih. Kontrak akan berjaya jika
murid faham akan tingkah laku yang hendak diubah dan murid faham akan kesan yang akan
berlaku.

4) Token Ekonomi
Peneguhan diberi dalam bentuk token seperti syiling atau sticker, dan sebagainya apabila
tingkah laku yang diingini ditunjukkan. Token ini boleh ditukarkan dengan benda-benda atau
bentuk ganjaran lain yang disediakan oleh guru.

5) Modeling
Menggunakan watak-watak (murid, guru ) yang disukai dan dihormati untuk diteladani oleh
murid.

6) Rantaian (chaining)
Merujuk kepada siri tingkah laku yang ditunjukkan dalam bentuk rantaian atau berurutan.
Pembentukan rantaian tingkah laku atau rantaian kemahiran lain, dikenali juga sebagai analisis
tugasan.

7) Reverse Psychology
Ia adalah kaedah menggunakan psikologi untuk memodifikasikan tingkah laku negatif kepada
positif. Ia bertujuan agar murid-murid dapat melupakan tingkah laku negatif dan beralih kepada
tingkah laku positif.
Pengurusan Devian Dan Salah Laku
Definisi:
Menurut kamus dewan edisi keempat, tingkah laku devian didefinisikan sebagai perlakuan
yang dianggap tidak bermoral atau tidak beretika dimana seseorang itu sering melakukan
perkara yang bercanggah atau menyimpang dari perkara yang betul. Manakala, menurut

20

Syazwana Aziz, Salina Nen, Suzana Mohd Hoesni & Jamiah Manap (2019), tingkah laku
devian yang berlaku dalam kalangan remaja melibatkan sebarang tingkah laku yang tidak
mematuhi peraturan norma hidup masyarakat, tingkah laku yang boleh menyebabkan berlaku
masalah sosial, tingkah laku yang memberi kesan negatif kepada kesihatan, tingkah laku yang
menyebabkan kepada kematian serta tingkah laku yang menyebabkan remaja disabit bersalah
dalam kes undang-undang.

Teori Punca Salah Laku Pelajar:

1) Teori Fungsionalisme

Menganggap devian sebagai disfungsi pada struktur sosial. Devian adalah satu bentuk
gangguan disebabkan murid-murid tidak berperanan seperti yang dijangkakan berlaku di
sekolah.

2) Teori Konflik

Devian merupakan tindakan golongan tertindas terhadap pihak minoriti yang menindas. Di
sekolah, devian adalah tindak balas anak-anak kelas pekerja menentang dominasi pihak
berkuasa.

3) Teori Interaksionisme

Devian merupakan suatu proses sosial. Pelajar sengaja memilih tingkah laku mengikut
kemahuan mereka yang sesuai dengan cara mereka mentafsirkan sesuatu situasi.

Contohnya:

-Pelajar mentafsirkan bahawa gurunya adalah seorang yang tidak adil menyebabkan mereka
melakukan devian.

- Pelajar menafsir bahawa gurunya tidak pilih kasih hanya mengajar pelajar yang pandai dan
dia terpinggir, oleh itu pelajar tesebut berlaku devian dengan ponteng kelas guru tersebut.

Jenis-Jenis Devian:
1. Devian Inovasi

21

- Suatu cara memenuhi matlamat dengan cara yang salah.
- Contoh: meniru sewaktu peperiksaan agar semua soalan dapat dijawab dan mendapat markah
yang diinginkan oleh pelajar tersebut,

2. Devian Ritual
- Tindakan mengulang-ulang suatu perbuatan.
- Contohnya: pelajar yang selalu kecewa akan mengulang-ulang tingkah laku yang sama.

3. Devian Undur
- Seseorang yang tidak lagi berminat dengan matlamatnya lalu melakukan alternatif lain
sebagai tindakan.
- Contoh: Pelajar yang sudah kecewa dengan pelajaran misalnya akan melakukan ponteng
sekolah.

4. Devian Menentang
- Menolak matlamat persekolahan dan menggantikannya dengan matlamat lain
- Contoh: seperti mencuri.

Faktor Salah Laku Devian

1. Individu
- Pelajar sendiri berpotensi dalam mempengaruhi tahap disiplin pelajar.
- Ahli psikologi mengistilahkan alam remaja sebagai ‘umur emosi’ (emotional age).
- Remaja mencari identiti mereka sering berhadapan konflik diri.

22

2. Ibu bapa
- Didikan yang salah oleh ibu bapa akan melahirkan anak yang membentuk tingkah laku yang
bemasalah (sering berkata kasar atau terlalu memanjakan anak ).
- Pendidikan yang diterima dalam sesebuah keluarga berperanan besar dalam membentuk
individu untuk menjadi manusia yang berguna atau sebaliknya.

3. Guru
- Guru merupakan pendidik yang akan membimbing pelajar dari segi pembelajaran dan rohani
terutamanya di sekolah.
- Guru tidak menegur dan tidak memberikan perhatian sepenuhnya terhadap pelajar yang
melakukan kesalahahan.
- Guru mengganggap pelajar akan memberikan masalah kepada mereka.

4. Rakan sebaya
- Remaja banyak meluangkan masa bersama rakan berbanding keluarga di rumah.
- Remaja memperoleh pengetahuan serta mempelajari tingkah laku tertentu adalah melalui
pemerhatian tingkah laku sahabatnya.
- Remaja juga berkecenderungan tinggi untuk terikut dengan tingkah laku rakan sebaya serta
rakan-rakan yang telah membentuk hubungan rapat.

5. Media sosial
-Remaja banyak menghabiskan masa dengan media sosial kerana dengan menggunakan telefon
pintar, mereka dapat melayari internet dengan mudah walau di mana sahaja mereka berada.
-Sembilan daripada sepuluh remaja di Malaysia terdedah kepada perkara negatif daripada
penggunaan media sosial.
Kesimpulan

23

Pengurusan tingkah laku dan disiplin sekolah memerlukan kemahiran yang tinggi . Sesebuah
sekolah perlu memainkan peranan yang penting agar tingkah laku dan disiplin pelajarnya
terjaga. Sesebuah sekolah mestilah memahami pekeliling disiplin sebelum membuat hukuman
kepada seseorang pelajar. Justeru, tanggungjawab pengurusan tingkah laku dan disiplin pelajar
bukan hanya terletak pada bahu seorang pengetua / guru besar sesebuah sekolah semata-mata.
Tanggungjawab ini merupakan tanggungjawab semua pihak khususnya guru-guru yang ada
disesebuah sekolah. Pengurusan masalah disiplin juga harus dilaksanakan dengan telus dan
amanah oleh pihak sekolah sesuai dengan apa yang terkandung dalam pekeliling ikthisas dan
peraturan sekolah.
Rujukan
Halim, H. A., & Ismail, Z. (2015). Pendekatan pencegahan kaunselor Muslim dalam
menangani salah laku pelajar sekolah menengah di Daerah Klang, Selangor. International
Journal of Islamic Thought, 8, 17.
https://www.coursehero.com/file/p6rtqc7c/Rajah-11-Jenis-Kelakuan-Devian-dan-Ciri-ciri-
Jenis-Kelakuan-Devian-Ciri-ciri/
https://www.scribd.com/document/349968105/Definisi-Tingkah-Laku-Devian

24

TOPIK 7: PENGURUSAN PENASIHATAN MURID

Konsep bimbingan

Crow dan crow (1960) Menyatakan bimbingan ialah bantuan oleh seseorang baik lelaki atau
perempuan yang memiliki peribadi dan pendidikan yang memadai kepada seseorang individu
dari setiap peringkat usia. Tujuannya adalah untuk menolong mengarahkan hidupnya sendiri,
membuat pilihannya sendiri dan menanggung akibatnya sendiri. Shertzer dan stone (1971)
mendefinisikan bimbingan sebagai 1 proses menolong individu untuk memahami diri dan alam
sekelilingnya. Bimbingan dilihat sebagai usaha memberi perkhidmatan yang normal. Guru
perlulah melengkapkan diri mereka dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang dapat
memperkemaskan sahsiah yang sihat serta memperkembangkan potensi murid untuk berjaya
dalam pelbagai bidang penghidupan.

Konsep mentoring

Mentoring adalah proses yang dilaksanakan oleh mentor terhadap mantee. Dalam konsep
mentoring, mentor perlu membimbing mantee untuk menjadi individu yang mampu
mengembangkan potensi diri, sikap dan memberi panduan kepada mantee dalam mencari arah
panduan yang betul dan siapa yang boleh membantu mereka dalam menyelesaikan sebarang
konflik yang dihadapi sama ada akedemik mahupun personal. Selain itu, pelbagai kaedah boleh
dilakukan oleh mentor sebagai panduan untuk mencapai objektifnya. Antara aktiviti yang boleh
dilakukan dalam proses mentoring adalah aktiviti yang terancang di dalam dan di luar bilik
darjah, permainan serta membentuk kumpulan kecil untuk membincangkan sesuatu topik atau
permasalahan. Motif utama dalam proses mentoring adalah memberi peluang kepada mentee
untuk menimba, mencuba dan menggunakan kemahiran yang mungkin kurang didedahkan
dalam bilik darjah untuk panduan kepada mereka yang menjalani kehidupan sebagai pelajar
yang bertanggungjawab serta membolehkan mantee untuk meneroka idea-idea baru dengan
yakin.

Konsep penasihatan

Zuraidah (1994), berpendapat memberi nasihat adalah strategi menyelesaikan masalah tanpa
memikirkan perasaan individu yang terlibat. Strategi ini merupakan 1 cara yang mudah untuk

25

mengelakkan diri daripada memahami, memeriksa dan menjelajah masalah yang dihadapi.
Gibson dan Mitchell (1999), menyatakan nasihat digunakan bagi menyediakan klien dengan
maklumat baru dan berguna. Ia juga mengajar bagaimana untuk berfikir dan bertindak.
Menurut Kamus Dewan (1994), nasihat ialah ajaran, petunjuk yang baik, peringatan,
mengusulkan, mengesyorkan atau menganjurkan kepada seseorang tentang pelbagai hal.

Mentoring, bimbingan dan penasihatan

Keperluan memberi bimbingan dan nasihat daripada situasi guru kepada pelajarnya dapat
dilihat daripada beberapa faktor. Pelajar-pelajar pada masa ini mempunyai kebebasan untuk
memilih dan menerima pendidikan. Dalam membuat pilihan tersebut, pelajar berkemungkinan
juga meminta bimbingan dan nasihat daripada gurunya di samping mendapat pandangan,
pendapat dan dorongan daripada pihak keluarga. Selain itu, bimbingan, nasihat serta mentoring
bukan sahaja dari sudut pelajaran. Kadang- kadang ada juga yang merasakan guru ini orang
yang paling terdekat dengannya dan dia memilih seorang guru untuk dijadikan tempat luahan
rasa hati dan perasaan. Jadi, guru sangat memainkan peranan yang penting bukan sahaja dari
segi seorang guru malah ibu, kakak atau kawan kepada anak muridnya.

Bimbingan, penasihatan dan mentoring diyakini dapat membantu pelajar dalam proses
membuat pilihan ke dalam program pendidikan yang betul. Seorang pelajar yang berminat dan
berpotensi dalam kerjaya perubatan, perlu dibimbing dan berpotensi dalam kerjaya perubatan,
perlu dibimbing mengikuti program pendidikan beraliran sains. Pelajar juga memerlukan
pendedahan berkenaan proses perkembangan kerjaya terutama sekali pada peringakat
pertumbuhan dan penerokaan dengan menggunakan cara yang membolehkan pelajar tersebut
memperoleh pengetahuan tentang dirinya, kebolehan, minat dan keperluannya dari satu aspek
dan pengetahuan tentang alam pekerjaan dari aspek yang lain (Suradi,1997).

5 Fasa dalam proses bimbingan dan penasihatan

Fasa 1: kesedaran guru sebagai pembimbing dan penasihat pelajar

Fasa pertama berkait rapat dengan kesedaran guru dan pihak yang terlibat sebagai pembimbing
dan penasihat pelajar. Pihak pengurusan iaitu guru perlu terlebih dahulu menerima konsep ini.
Namun demikian, penekanan perlulah diberikan kepada guru yang mengajar mata pelajaran
program kerana mereka tentunya lebih rapat dan arif dengan pelajar mereka berbanding guru-
guru yang lain. Selain itu, lazimnya, guru yang mengajar mata pelajaran program akan

26

meluangkan lebih banyak masa bersama pelajar, hal ini secara tidak langsung dapat
mengeratkan lagi hubungan antara pelajar dan guru. Pihak pelajar juga harus disedarkan
tentang kepentingan perkhidmatan bimbingan, penasihatan dan mentoring sebagai pengelola
dan sumber rujukan model. Guru juga perlulah mempunyai sikap kerahsiaan bagi memastikan
kepercayaan pelajar terhadap guru. Teori kung fu tze ada menyatakan bahawa sesuatu
pendidikan harus berasaskan kepada prinsip kebenaran dan segala aspek kebaikan.

Fasa 2: menguasai kemahiran asas bimbingan dan penasihatan

Guru sebagai penasihat dan pembimbing perlulah terlebih dahulu menguasai kemahiran bagi
memudahkan untuk mereka berkomunikasi melalui kaedah yang paling baik dengan pelajar.
Pada tahap ini, guru-guru dibantu dan diterapkan dengan beberapa kemahiran asas bimbingan,
penasihatan dan mentoring melalui kursus, seminar dan bengkel khas. Selain itu, kemahiran
ini secara tidak langsung akan memudahkan guru untuk menyelami masalah pelajar dan
mencari jalan bagaimana ingin menyampaikan nasihat yang terbaik mengikut tahap
penerimaan dan emosi pelajar. Antara beberapa kemahiran yang dicadangkan ialah seperti
kemahiran perkembangan personaliti, kemahiran melayan dan mendengar, kemahiran lisan
dan bukan lisan, kemahiran mengenal pasti pelajar yang bermasalah, dan kemahiran asas teori
dan teknik kaunseling dalam proses menolong. Melalui teknik ini, guru akan lebih mendalami
latar belakang hidup pelajar dan akan mencuba untuk meneroka dunia pelajar. Kemahiran
melayan dan mendengar akan lebih memudahkan guru untuk berkomunikasi dengan pelajar
seandainya guru memberi lebih perhatian kepada pelajar. Komunikasi bukan sahaja boleh
berlaku dalam bentuk lisan, malah ia juga boleh ditonjolkan melalui bahasa isyarat dan
sebagainya. Penguasaan kemahiran awal dalam proses ini boleh dijalankan secara berperingkat
untuk memudahkan penerapan kemahiran.

Fasa 3: proses mengenali pelajar

Pada tahap ini, pihak guru dapat mengaplikasikan kemahiran asas kaunseling dan mampu
mengenalpasti pelajar yang memerlukan bimbingan dan penasihatan. Secara amnya, pelajar
yang memerlukan bimbingan ini dapat dibahagikan kepada tiga katogeri utama iaitu pelajar
yang datang secara sukarela, pelajar yang di bawah pemerhatian dan pelajar yang dikenalpasti
sendiri oleh guru memerlukan bimbingan melalui pemerhatian dan ujikaji. Pelajar yang datang

27

secara sukarela untuk mendapat bimbingan daripada guru lazimnya merupakan pelajar yang
tidak agresif. Manakala pelajar yang berada di bawah pemerhatian pula merupakan mereka
yang memerlukan perhatian dari pihak-pihak tertentu. Terdapat juga dalam kalangan mereka
yang mempunyai masalah dan tidak mempunyai kesedaran untuk meluahkan kepada orang
lain. Guru haruslah bijak membantu menyelesaikan masalah pelajar. Dengan berusaha
membantu orang lain, sebenarnya kita sedang membantu diri kita dalam mencapai matlamat.

Fasa 4: proses membimbing pelajar
Pelajar akan dibimbing melalui tiga cara iaitu menjalankan bimbingan secara individu,
bimbingan secara kelompok dan juga konsultansi yang melibatkan ibu bapa. Oleh kerana
pelajar memerlukan perhatian yang khusus, guru pembimbing lebih dapat mendekati pelajar
melalui bimbingan secara individu kerana pelajar merasakan dapat diberi perhatian sepenuhnya
oleh guru.

Fasa 5: analisis penilaian
Fasa ini melihat keberkesanaan perhubungan bimbingan dan penasihatan itu sama ada berkesan
atau tidak berkesan. Hasil analisis ke atas pelajar dibahagikan kepada dua kategori iaitu berjaya
dibimbing atau tidak berjaya dibimbing. Keputusan dari fasa ini akan dijalankan ke dalam fasa
berikutnya jika perlu.
Model Kaunseling Sekolah
Objektif utama model kaunseling sekolah adalah melahirkan pelajar cemerlang akedemik dan
cemerlang sahsiah diri. Terdapat lima bidang tumpuan akademik iaitu psikososial dan
kesihatan mental, kerjaya, keibubapaan, masalah pelajar.

Model pendekatan 4P
Model pendekatan 4P terdiri daripada pendekatan krisis, pendekatan pemulihan, pendakatan
pencegahan dan pendekatan perkembangan. Pencegahan adalah usaha untuk menghalang
masalah sebelum ianya terjadi, contohnya mengadakan ceramah, kempen motivasi jaya diri
dan lain-lain. Pemulihan adalah memberi fokus kepada usaha untuk memberi pemulihan

28

kepada kekurangan yang dapat dikenal pasti dari masa ke semasa. Ia juga dijalankan dengan
harapan dapat mengubah masalah tingkah laku yang dihadapai, contohnya merokok.

Pendekatan krisis; mengendalikan krisis yang timbul secara mendadak dan
memerlukan perhatian serta tindakan segera kaunselor. Kaunselor boleh bertindak sebagai
orang tengah atau perunding bagi mengatasi krisis yang berlaku, pendekatan ini bertujuan
untuk menangguhkan tindakan yang boleh memudaratkan klien. Perkembangan; adalah usaha
untuk mengenal pasti kebolehan dan keperluan pelajar di alam persekolahan, institusi, individu
seperti psikososial, seksual, agama, moral vokasional kerjaya, kognitif dan afektif.
Kesimpulan
Suasana pembelajaran sekolah boleh meninggalkan kesan secara positif apabila semua pihak
termasuk guru, kaunselor, pentadbir dan pelajar bekerjasama. Apa yang penitng adalah setiap
guru menghayati etia-etika sebagai pembimbing dan penasihat di dalam melasanakan tugas
mereka sepenuhnya sebagai seorang pendidik. Justeru, dalam usaha untuk melaksanakan tugas-
tugas dengan baik, guru bimbingan hendaklah memahami dan memastian apakah yang boleh
dan tidak boleh dilakukannya. Apabila guru bimbingan dihormati di sekolah, dia boleh
menjalankan tugas dan tanggungjawabnya dengan lebih beresan di sekolah. Program
bimbingan dan kaunseling sesebuah sekolah amat penting dalam usaha institusi terbabit untuk
melahirkan modal insan yang berminda kelas pertama seterusnya akan dapat menerajui tampuk
kepimpinan Negara dengan baik pada masa hadapan.

Rujukan
Arthur P. Lloyd Aminah Hj. Hashim, (1992), Bimbingan dan Kaunseling di Malaysia, dewan
bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia.
Amla Salleh. (2006), bimbingan dan kaunseling sekolah, Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Mizan adiliah Ahmad Ibrahim, (1992), perlaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kauseling
di sekolah, Percetakan Naz sdn.bhd.

29

TOPIK 8: PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA

Pendahuluan

Pengurusan pelbagai budaya merupakan kaedah penyusunan dan perancangan sesebuah kelas
yang terdiri daripada pelajar pelbagai budaya. Pengurusan pelbagai budaya adalah sangat
penting dalam menguruskan sesebuah sekolah kerana pengurusan pelbagai budaya mampu
memberi implikasi kepada semua warga di dalam sekolah, termasuklah pendidik dan pelajar.
Selain itu, di dalam sesebuah sekolah akan wujud pelbagai budaya yang telah dipraktikan oleh
pelajar dan mampu mempengaruhi suasana pembelajaran. Budaya merupakan sesuatu yang
dikongsi oleh sekumpulan masyarakat dan sesuatu budaya dipelajari melalui proses
pembelajaran. Bukan itu sahaja, sekolah juga merupakan sebuah tempat khas untuk
memberikan pendidikan kepada pelajar. Setiap sekolah juga biasanya mempunyai beberapa
tenaga pengajar atau guru yang berperanan untuk mendidik dan membimbing pelajar.

Kepelbagaian Budaya Murid
• Kepelbagaian budaya telah membentuk satu identiti yang harmonis dan bersama-sama
berganding bahu untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan dalam aspek politik, ekonomi
dan sosial. Ia merangkumi kepelbagaian pengetahuan, kepercayaan, seni, sikap, undang-
undang, adat resam dan kebolehan lain serta tingkah laku yang diperolehi oleh manusia.
• Terdapat beberapa keperluan kepelbagaian budaya dalam kalangan murid, antaranya adalah
untuk:

i. menyedari dan menghargai kepelbagaian budaya dalam kalangan murid

ii. mewujudkan keterbukaan dan membina hubungan dan interaksi antara pelbagai kaum dalam
bilik darjah

iii. mencapai matlamat akademik dan tuntutan sosial murid

iv. mengelakkan mempromosikan perspektif sendiri sebagai pandangan universal

v. merapatkan jurang pendidikan antara kaum

Pengurusan Merentas Budaya

Pengurusan merentas budaya ialah pengurusan pelbagai budaya dalam kalangan murid di
sekolah. Dalam hal ini, di sebuah sekolah semestinya mempunyai murid yang terdiri daripada
pelbagai budaya, agama dan bangsa. Oleh itu, sekolah, guru dan murid itu sendiri perlu

30

memainkan peranan dalam pengurusan pelbagai budaya di sekolah. Pihak sekolah dapat
mengadakan aktiviti atau program seperti sambutan perayaan dalam pengurusan pelbagai
budaya.

Dalam hal ini, sambutan perayaan seperti hari raya, tahun baru cina dan deepavali
diadakan di sekolah dengan kehadiran pelajar daripada pelbagai bangsa dan agama. Hal ini
akan menyebabkan pelajar mempelajari budaya daripada kaum atau bangsa yang lain.
Seterusnya, pihak sekolah juga dapat mengadakan Rancangan Integrasi Murid Untuk
Perpaduan (RIMUP). Dalam konteks ini, RIMUP merupakan program yang menggalakkan
penglibatan murid daripada pelbagai kaum untuk mengikuti program yang dijalankan di
sekolah. Sebagai contoh, aktiviti perkhemahan,persembahan dan sebagainya. Melalui
program ini perpaduan dalam kalangan murid akan dikecapi.

Selain itu, mengikut responden kami, sekolah beliau ada mewujudkan pasukan
inovasi. Pasukan inovasi ini merupakan sekumpulan pelajar yang akan menyertai suatu
pertandingan namun dengan syarat bahawa dalam kumpulan tersebut perlulah terdiri daripada
pelbagai kaum. Hal ini dapat memupuk pelajar untuk bekerjasama dalam sebuah kumpulan
dengan pelbagai kaum. Di samping itu, guru juga memainkan peranan yang penting dalam
pengurusan pelbagai budaya. Seorang guru perlulah mengetahui latar belakang setiap pelajar
kerana ia memberikan impak kepada gaya dan corak pembelajaran mereka. Guru perlulah
mewujudkan kelas mesra budaya dengan penyusunan kedudukan pelajar di dalam kelas secara
tidak berkelompok. Sebagai contoh, pelajar berbangsa Melayu duduk bersama pelajar
berbangsa India agar mereka dapat mengenali suatu kaum dan budaya dengan lebih baik dan
tidak hanya bergaul dengan kaum mereka sahaja.

Pengisian papan maklumat di dalam kelas juga perlu diberi perhatian oleh guru.
Papan maklumat dapat di isi dengan maklumat berkaitan pelbagai budaya seperti pakaian
tradisional daripada pelbagai budaya. Pengisian papan maklumat akan memberikan pelajar
pengetahuan tentang kepelbagaian budaya yang terdapat di Malaysia. Seorang guru harus
mempunyai ciri-ciri dalam pengurusan pelbagai budaya iaitu peka terhadap pelajar dan tidak
membezakan status sosial, budaya dan kaum seseorang. Guru juga perlu adil dalam mengurus
murid pelbagai budaya memerlukan teknik penmbelajaran secara koperatif iaitu secara
berkumpulan. Ketika di dalam kelas, guru dapat melakukan aktivit dengan membahagikan
pelajar kepada beberapa kumpulan yang terdiri daripada pelajar pelbagai kaum dan budaya.

31

Teknik pembelajaran ini mengetengahkan interaksi antara pelajar dan akan wujudnya
pergaulan yang tidak berkelompok.

Seterusnya, guru juga perlulah sensitif terhadap pembelajaran terutama sekali berkaitan
bangsa dan agama. Hal ini untuk mengelakkan pelajar berasa terasa hati dan rendah diri.
Selanjutnya, murid juga memainkan peranan dalam pengurusan pelbagai budaya. Murid dapat
melakukan aktiviti seperti mengurus program untuk pelajar pendidikan khas seperti melakukan
persiapan untuk sukan bagi murid pendidikan khas. Sehubungan itu, percampuran antara
murid biasa dan murid pendidikan khas dapat berlaku. Hal ini sekaligus dapat merapatkan
jurang antara murid biasa dan murid pendidikan khas serta mengelakkan rasa tersisih. Alumni
juga dapat mengikuti program yang dijalankan di sekolah sebagai fasilitator. Hal ini dapat
mewujudkan budaya alumni berbakti dan menyumbangkan tenaga kepada sekolah.

Kepelbagaian budaya murid secara tidak langsung menjadi cabaran utama dalam
menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Oleh itu, Pengurusan pelbagai
budaya di sekolah perlu dititikberatkan untuk mengekalkan perpaduan antara kaum yang
berbeza. Kerjasama daripada pelbagai pihak tidak mengira kaum, bangsa dan agama yang
berbeza sangat penting bagi menjayakan matlamat sekolah dan negara.

ISU KEPELBAGAIAN BUDAYA

Antara isu kepelbagaian budaya di sekolah termasuklah;

1. Mempunyai masalah dalam kerja kumpulan.

2. Aktiviti kumpulan yang dijalankan pasti menghadapi masalah apabila pelajar mula
mempersoalkan isu kepelbagaian bangsa.

3. Pelajar yang memilih ahli-ahli kumpulan dari bangsa yang sama akan menimbulkan rasa
tidak puas hati di kalangan pelajar yang berkenaan.

4. Matlamat utama kumpulan sudah pasti tidak akan dapat dicapai.

5. Masalah komunikasi dan bahasa Masalah komunikasi akan timbul sekiranya seseorang
pelajar tidak dapat menguasai Bahasa Melayu dengan baik.

6. Pelajar yang tidak dapat menguasai Bahasa Melayu dengan baik sudah pasti akan merasa
tersisih dan rendah diri bila berkomunikasi dengan rakan mereka. Ini akan mewujudkan jurang
pemisah yang besar di kalangan pelajar.

32

7. Sukar mewujudkan persefahaman. Persefahaman tidak dapat diwujudkan apabila timbul
persepsi negatif terhadap rakan-rakan yang berlainan agama, budaya dan bangsa.

8. Pelajar seharusnya tidak bersikap “memilih” kawan kerana kita semua adalah rakyat
Malaysia. Penguasaan Bahasa Melayu bagi setiap pelajar juga penting memandangkan Bahasa
Melayu merupakan bahasa rasmi.

9. Wujud rasa rendah diri dan tidak yakin pada diri sendiri Pelajar yang disisihkan oleh kawan-
kawannya sudah pasti akan berasa rendah diri dan kurang keyakinan diri.

10. Masalah rendah diri dan kurang keyakinan diri akan mempengaruhi aspek-aspek yang lain
seperti masalah komunikasi, tidak ramai kawan, takut dan sukar memberikan pandangan dan
pendapat.

Cara Mengatasi Isu Kepelbagaian Budaya

Sebagai seorang guru, beliau perlulah mengajar murid-murid di sekolah tanpa mengambil kira
kelas sosial dan harus bijak mengendalikan kelas sosial yang wujud di kelas supaya satu
suasana pembelajaran yang interaktif akan terbentuk dan pembelajaran akan menjadi
menyeronokkan. Contohnya, seorang guru seharusnya memastikan murid-muridnya
ditempatkan dalam satu kumpulan murid dari pelbagai latar belakang semasa melakukan
sesuatu aktiviti kumpulan. Ini secara langsung akan memberi peluang kepada murid-murid
untuk berinteraksi antara satu sama lain sekaligus mewujudkan pergaulan yang tidak
berkelompok dan tanpa sekatan budaya serta masyarakat. Suasana pembelajaran yang
menyeronokkan akan terbentuk dan ini dapat membantu guru mengawal persekitaran bilik
darjah dengan berkesan.

Selain itu, guru juga pandai merancang aktiviti p&p yang boleh disertai oleh semua
murid di dalam kelas dan isu yang mempunyai unsur bias kepada mana-mana jantina mesti
dielakkan supaya dapat memberi peluang pendidikan yang saksama kepada semua murid tanpa
mengira kaum dan jantina. Bagi murid yang menghadapi kecelaruan jantina, menjadi
tanggungjawab guru untuk membentuk persepsi yang positif dalam kalangan murid supaya
mereka tidak terus hidup dengan kecelaruan sedemikian.

Sebagai seorang guru, beliau perlu menunjukkan teladan yang baik kepada murid.
Contohnya, guru datang awal ke bilik darjah, sentiasa bersikap adil dan sentiasa berdisiplin
dalam apa jua hal pun. Perkara ini akan meningkatkan rasa hormat murid terhadap guru dan
menjadikan guru sebagai idola mereka. Hubungan guru dengan murid dapat dipereratkan lagi

33

dan ini akan mendorong kepada p&p yang menarik dan berkesan. Guru seharusnya tidak
melengah-lengahkan waktu untuk memulakan p&p. Masa pengajaran dapat digunakan
semaksimumnya untuk melakukan banyak aktiviti merangsangkan minda. Guru juga perlu
menghormati murid seperti orang lain, bersikap adil kepada semua, hukuman berbentuk deraan
tidak seharusnya dilaksanakan kerana menyebabkan hubungan guru dengan murid akan
renggang dan menghilangkan minat murid untuk meneruskan pembelajaran.

Guru juga perlu memberi peluang sama rata kepada semua murid untuk mengambil
bahagian dalam aktiviti pembelajaran. Aktiviti PnP perlulah dipastikan tidak mempunyai unsur
bias kepada mana-mana murid bagi memberi peluang kepada setiap murid untuk menerokai
aktiviti pembelajaran. Guru perlu menggunakan bahasa standard kebangsaan yang boleh
diterima oleh semua lapisan murid dan bukannya menggunakan dialek bahasa yang sedikit
sebanyak memberikan impak terhadap pembelajaran. Penggunaan bahasa yang standard
memberi peluang kepada semua murid untuk mengambil bahagian dalam PnP. Kemajuan dan
kelemahan setiap murid perlu dicatat dan diambil tindakan dengan cara membuat
penambahbaikan terhadap mutu PnP selain daripada membimbing murid untuk
mempertingkatkan prestasi tanpa membezakan di antara satu sama lain. Guru boleh meminta
pandangan murid-murid mengenai masalah pembelajaran yang mereka hadapi dan aktiviti-
aktiviti yang ingin mereka lakukan secara bersama-sama. Guru perlu sentiasa memikirkan
kaedah pengurusan bilik darjah yang berkesan.

Selain daripada itu, guru juga perlu mengetahui dan memahami bidang kerjayanya dan
bijak dalam mengendalikan anak-anak muridnya. Dalam memastikan perancangan yang
dilakukan selaras dengan kepelbagaian sosiobudaya masyarakat, guru perlu sentiasa
meningkatkan kualiti, kemahiran, keupayaan diri dan sebagainya bagi memastikan kejayaan
tersebut.

Rujukan
Datz Leo, implikasi kepelbagaian budaya Edu3106 diperoleh dari
https://zdocs.tips/doc/implikasi-kepelbagaian-budaya-edu3106-8p5mw8w59x1q

34

TOPIK 9: PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA

Pendahuluan

Definisi Pengurusan Murid Pelbagai Upaya

Pengurusan murid pelbagai upaya ialah program-program pendidikan yang menggunakan
kaedah-kaedah khusus dan sesuai untuk memenuhi keperluan-keperluan perkembangan fizikal,
intelek, emosi dan sosial individu-individu yang berkeperluan khas serta membincangkan
bagaimana pengurusan yang khusus kepada pelajar yang berkeperluan khas. Pengurusan murid
pelbagai upaya adalah untuk membantu pelajar-pelajar yang mempunyai masalah dalam
pembelajaran. Pendidikan khas itu merujuk kepada satu pendekatan, rancangan pendidikan,
strategi, kaedah dan teknik untuk mengajar murid-murid istimewa kerana mereka tidak
berupaya untuk mencapai target yang sepatutnya daripada program sekolah aliran perdana.
Kajian mengenai pengurusan murid pelbagai upaya ini memfokuskan kepada empat topik
perbincangan iaitu pemulihan, pengayaan, pelbagai kecerdasan dan berkeperluan khas.

Definisi Murid Pelbagai Upaya

Kekurangan atau kehilangan fungsi anggota badan atau organ yang sering digunakan secara
sinonim dengan mereka yang mempunyai ketidakupayaan atau ketidaksempurnaan.
Ketidakupayaan ini menghalang dan menghadkan keupayaan mereka dalam melaksanakan
tugas-tugas yang dapat dilakukan oleh orang biasa.

Definisi Dan Konsep Pendidikan Khas

Pendidikan khas ialah pendidikan yang disediakan untuk kanak-kanak dengan keperluan khas.
Mereka termasuklah golongan yang mempunyai masalah penglihatan, pendengaran serta yang
mempunyai masalah dalam pembelajaran dan pintar cerdas. Pendekatan definisi baharu kanak-
kanak dengan keperluan khas menekankan kepada kebolehan, kefungsian, kemahiran,
perkembangan, penguasaan, dan pencapaian kanak-kanak tersebut dalam kemahiran
perkembangan (developmental skills).

Isi Penting

Konsep Pemulihan

1. Program pemulihan merupakan “satu program pendidikan untuk murid yang
mengalami masalah dalam penguasaan kemahiran 3M yang kompleks disebabkan oleh
faktor persekitaran.

35

2. Murid pemulihan merupakan “Murid yang menghadapi kesukaran dalam penguasaan
kemahiran asas 3M disebabkan oleh faktor persekitaran dan bukan kognitif”.

3. Perbezaan minat, pengalaman, bakat dan gaya belajar mengakibatkan segolongan
mereka lebih lambat menguasai sesuatu kemahiran berbanding rakan sebayanya.

4. Melalui program pemulihan khusus, keperluan–keperluan murid berpencapaian rendah
dapat dikenal pasti dan dipenuhi.

Ciri-Ciri Kanak-Kanak Pemulihan

Peranan Guru Dalam Perlaksanaan Pemulihan
1. Mengatur langkah-langkah yang sesuai dalam pengelolaan sesi pemulihan
2. Menguruskan aktiviti pengajaran pemulihan.
3. Menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran.
4. Menyediakan aktiviti penilaian unttuk sesi pemulihan.
5. Mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.

Langkah-Langkah Khusus Dalam Pengelolaan Sesi Pemulihan Kelas

36

Konsep Pengayaan

• Satu proses di mana aktiviti-aktiviti tambahan yang mempunyai aras kesukaran yang
lebih tinggi daripada aras aktiviti-aktiviti pembelajaran yang dijalankan di dalam bilik
darjah. Murid-murid dapat meluaskan pengetahuan berhubung dengan perkara-perkara
yang berkaitan dengan unit pembelajaran secara mendatar.

• Konsep Pengayaan melibatkan murid-murid yang berpencapaian melebihi sederhana
dalam penguasaan kemahiran asas. Ia dilaksanakan melalui aktiviti-aktiviti tambahan
kepada aktiviti-aktiviti asas di dalam atau luar kelas dan juga bercorak belajar sendiri
dan bimbingan guru pada tahap minima.

Jenis Pengayaan

Kesimpulan

37

Secara kesimpulannya, semua pihak perlulah peka terhadap persekitaran pelajar pelbagai
upaya. Kewujudan minoriti komuniti kurang upaya di Malaysia perlu diiktiraf dan
menerima kesamarataan dengan masyarakat biasa. Sistem Pendidikan yang sedia ada perlu
diperkembangkan dan menggunakan sepenuhnya perkembangan teknologi dalam proses
pengajaran dan pembelajaran mereka. Keadaan persekitaran bagi pelajar yang berkeperluan
khas seperti mereka turut perlu diperkemaskan bagi menjamin keselesaan pelajar.
Contohnya, persekitaran kelas bagi pelajar pelbagai upaya perlu menarik dan bilangan
pelajar juga tidak terlalu ramai bagi mengelak pelajar menjadi malu atau tertekan.

Rujukan

Sue Tiha. (2011). Pengurusan Murid Pelbagai Upaya. Dicapai pada Mac 25, 2019,
daripada https://www.scribd.com/doc/46991216/20100405150416EDU3034-Bab-11-
Pengurusan-Murid-Pelbagai-Upaya

The Tulip Biru. (2017). Pelan Strategik Program Pemulihan Khas. Dicapai pada Mac 30,

2019, daripada https://www.scribd.com/document/345262961/PELAN-

STRATEGIK-Program-Pemulihan-Khas-2017

38

TOPIK 10: SEKOLAH DAN PERSEKITARAN

Pendahuluan

Sekolah merupakan satu institusi pendidikan yang berfungs sebagai tempat pemberian ilmu
dan maklumat dilaksanakan. Ianya juga sebagai tempat anak-anak menimba ilmu sejak dari
kecil lagi. Definisi sekolah menurut Akta Pendidikan 1996 ialah sekolah merupkan tempat
di mana sepuluh orang atau lebih diajar di dalam satu kelas atau lebih dan tidak terbatas
kepada mana-mana agama. Sekolah juga tempat bagi pelajar mempelajari perkara yang
formal dan informal tentang sesuatu yang baru mahupun perkara yang sudah diketahui oleh
mereka.

Persekitaran sekolah pula bermaksud suatu hubungan antara ahli komuniti di
sekolah dengan faktor struktur, peribadi dan fungsi pendidikan yang memberi sesuatu yang
amat istimewa kepada sekolah. Menurut Kamus Dewan Edisi keempat, persekitaran
bermaksud kawasan di sekeliling sesuatu tempat atau kawasan sekitar. Persekitaran di
sekolah amat penting kerana ia dapat memberi impak dan perbezaan terhadap tahap
pembelajaran dan kesahjetaraan pelajar apabila berada di kawasan sekolah. Terdapat dua
jenis persekitaran sekolah, iaitu:

1. Persekitaran Fizikal (keadaan fizikal sekolah seperti bangunan sekolah)
• Kawasan aktiviti sekolah
• Perabot dan alatan
• Reka bentuk dan susunan sekolah
• Keberkesanan sudut dan ruang pembelajaran
• Kepadatan
• Kebersihan
• Privasi
• Pengudaraan

2. Persekitaran Psikosial (merujuk kepada hubungan antara keperluan emosi
individu dengan persekitaran sosial yang mampu memberi kesan kepada cara
pembelajaran diberi dan diterima.)
• Hubungan yang bagus antara pelajar dengan ahli komuniti sekolah
• Suasana yang dapat merangsangkan aktiviti pembelajaran
• Suasana yang kondusif
• Bebas daripada ancaman dan bahaya fizikal
39

• Pemberian peluang yang sama rata kepada semua pelajar

Isi Penting

Hubungan Sekolah Dan Masyarakat

Sekolah dan masyarakat mempunyai kaitan hubungan yang dapat mencerminkan satu sama
lain. Sistem pendidikan yang bagus di sesebuah sekolah dapat membetuk satu masyarakat yang
baik dan dapat membangunkan negara kea rah kemajuan. Malaysia merupakan satu negara
yang mempunyai masyarakat terdiri daripada pelbagai kaum, bangsa dan agama. Sekolah
membantu pelajar dalam memahami persepsi terhadap nilai, kepercayaan, dan norma
masyarakat yang akan diterapkan ke dalam diri mereka supaya mereka dapat berfikir dan
bertindak sepertimana dengan anggota masyarakat yang berakhlak. Di samping itu, sekolah
membentuk pelajar untuk menjadi insan muda dalam menguasai pelbagai kemahiran serta
pengetahuan yang seseorang individu perlukan dalam menghadapi cabaran di luar sekolah.
Oleh itu, persiapan seperti ini dapat dibantu oleh masyarakat dalam menunjukkan contoh yang
baik kepada pelajar supaya pelajar dapat memberikan sesuatu yang lebih baik dari yang
sebelumnya. Hal ini dapat merealisasikan pencapaian objektif sekolah.

Guru Dan Ibu Bapa

Guru dan ibu bapa juga merupakan satu topik yang penting dalam konteks tajuk sekolah dan
persekitaran. Hal ini kerana tahap perkembangan pendidikan pelajar serta kejayaan mereka di
institusi pendidikan dipengaruhi juga oleh hubungan di antara guru dan ibu bapa. Bagi anak-
anak, ibu bapa merupakan contoh atau role model bagi mereka kerana mereka memandang
tinggi terhadap ibu bapa semasa anak-anak membesar. Oleh yang demikian, ibu bapa perlu
memberi semangat kepada pelajar supaya berusaha dalam pelajaran mereka. Selain itu,
penglibatan ibu bapa dalam aktivit sekolah pelajar amat digalakkan bagi menjalinkan hubungan
yang lebih baik bersama pelajar dan guru di sekolah. Ibu bapa juga boleh memberi sumbangan
kepada sekolah dalam apa jua bentuk sekali pun. Sebagai contoh, ibu bapa dapat memberi
sumbangan untuk menceriakan kelas atau sumbangan dalam bentuk kewangan iaitu
sumbangan dana untuk meningkatkan fasiliti di sekolah. Program yang dilaksanakan di sekolah
di mana penglibatan ibu bapa diperlukan adalah Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru atau
ringkasnya PIBG adalah satu organisasi yang dibentuk oleh pihak pentadbir sekolah dengan
kerjasama ibubapa di mana anak-anak mereka belajar di sekolah berkenaan. Ibu bapa dapat
memberi idea serta sumbangan mereka melalui program ini.

40

Isu-Isu Pendidikan Semasa

Sistem pendidikan mempunyai tanggungjawab dalam mempersiapkan generasi muda pada
zaman kini dengan pelbagai kemahiran, pengetahuan, dan nilai dalam menghadapi dunia luar.
Walaubagaimanapun, masih terdapat isu-isu yang membabitkan pendidikan mahupun pada era
yang maju ini. Antara isu pendidikan ialah masih terdapat sunber pengajaran atau kelengkapan
buku teks yang masih berkurangan di sekolah, terdapat juga kekurangan dalam tenaga mahir
engajar di sekolah yang mengajar subjek-subjek tertentu di mana ia menjadi isu dalam
melaksanakan satu sistem pendidikan yang berkesan. Selain itu, terdapat juga isu terhadap
kesan globalisasi di mana ramai yang terpengaruh dengan nilai barat yang mementingkan
materialistik serta budaya cosmopolitan dan ianya bercanggah dengan nilai yang sepatutnya
diterap dalam diri masyarakat. Seterusnya ialah isu dalam sahsiah pelajar yang merangkumi
tentang tingkah laku pelajar di sekolah. Sebagai contoh, tabiat merokok, vandalism, melepak,
memonteng kelas serta sekolah dan sebagainya semakin menjadi-jadi.

Pendidikan Dan Globalisasi

Globalisasi merupakan proses penyingkiran batasan atau sekatan kerajaan mengenai
pergerakkan antara negara supaya mewujudkan ekonomi dunia terbuka dan tanpa sempadan
(Scholte 2006:16). Secara ringkasnya globalisasi merentas sempadan dan media melalui
pelbagai cara moden seperti penggunaan teknologi. Hal ini telah membawa pelbagai faedah
dalam pelaksanaan pendidikan terkini sekali gus meningkatkan kualiti hidup masyarakat.
Antara faedahnya ialah membantu serta memudahkan pengurusan sekolah dan meningkatkan
kecekapan pengurusan sekolah. Ianya mengurangkan beban pengurusan, dapat meyimpan
semua data stok serta inventori sekolah dengan cermat. Selain itu, penggunaan teknologi
memberi peluang kepada guru untuk memperkembangkan cara pengajaran di dalam kelas
supaya dapat menarik perhatian pelajar di mana sesuai dengan era masa kini. Guru juga akan
mempunyai satu sifat berani dalam mencuba sesuatu yang baru dan kreatif.

Rumusan

Kesimpulanya, sekolah dan persekitaran amat penting kerana ia merupakan dua elemen yang
berkait rapat. Persekitaran yang aman dan positif dapat meningkatkan kualiti pendidikan
pelajar. Apabila pelajar berasa selesa dengan keadaan sekolah dan persekitarannya, maka tiada
masalah bagi pelajar untuk lebih fokus. Oleh itu, sekolah perlu berusaha dalam mengekalkan
serta memperbaiki dengan lebih baik hubungan antara masyarakat dan ibu bapa dalam
mencapai matlamat pendidikan.

41

Rujukan
Akta Pendidikan 1996. (1997). Akta Pendidikan 1996 (Akta 550). Diperoleh daripada
http://docplayer.info/48289894-Akta-pendidikan-1996-akta-550.html
Mohd Fazli Hasan, Suhaida Abdul Kadir & Soaib Asimiran, (2013). Hubungan persekitaran
sekolah dengan penglibatan pelajar dalam aktiviti. Jurnal Pendidikan Malaysia, 38(2), 1-9.
Diperoleh daripada http://www.ukm.my/jurfpend/JPM%2038(2)2013/1mohdfadli.pdf
International Bureau of Education. (2020). The Psychosocial Environment. Diperoleh daripada
http://www.ibe.unesco.org/en/geqaf/annexes/technical-notes/psychosocial-environment

42

TOPIK 11: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN

Pendahuluan

Pengurusan adalah suatu proses merancang, memimpin dan mengawal usaha ahli-ahli
organisasi dengan menggunakan sumber secara cekap dan berguna bagi mencapai
matlamat sesebuah organisasi it uke arah yang lebih positif. Pengurusan alam pembelajaran
pula bermaksud cara atau langkah yang berkesan bagi meningkatkan pencapaian
pengajaran dan pembelajaran di mana pengurusan tersebut dapat memenuhi objektif
pembelajaran dan pengajaran. Menurut Lee Shok Mee (1993), alam pembelajaran
bermaksud keadaan atau suasana belajar yang dapat merangsang minat belajar kanak-kanak
dalam mencapai matlamat perubahan tingkah laku ke arah positif dan daripada tidak tahu
kepada tahu. Pengurusan tersebut perlu dikuasai oleh guru supaya dapat menarik perhatian
pelajar terhadap pembelajaran. Guru harus mempunyai plebagai kemahiran serta
persediaan bagi menguruskan sesebuah bilik darjah di mana ianya melibatkan persediaan
ke alam persekolahan. Guru harus tahu bagaimana untuk membahagi masa yang
diperuntukkan untuk mengajar dengan tepat supaya matlamat pembelajaran juga tercapai
dalam melahirkan pelajar yang cemerlang sahsiah dan akademik.

Isi Penting

Persedian Ke Alam Sekolah

Seorang guru harus bersedia dari segi mental dan fizikal sebelum memulakan hari dengan
memasuki langkah ke sekolah sama seperti murid bersedia sebelum memasuki sekolah.
Guru perlu meneliti dan menyediakan perancangan, pelaksanaan, penyeliaan, penilaian dan
refleksi subjek yang ingan di ajar sebelum memulakan sesi pengajaran bersama pelajar di
dalam bilik darjah. Guru juga mesti bijak dalam merancang untuk memilih sumber bagi
menyediakan bahan mengajar dan melibatkan kreativiti tersendiri dalam pengajaran dan
pembelajaran. Dengan menggunakan pelbagai cara seperti penggunaan teknologi, aplikasi
dan permainan, ia dapat menarik perhatian pelajar untuk lebih fokus di dalam kelas. Pelajar
juga dapat berasa seronok menimba ilmu pengetahuan di dalam kelas bersama guru dan
pelajar kurang untuk berasa bosan. Hasil pembelajaran seterusnya perlu direkodkan di
dalam buku rekod mengajar sebagai bukti. Terdapat tiga perkara penting di dalam
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran iaitu set induksi, penyampaian isi dan penutup.
Set induksi bermaksud guru harus merancang permulaan pembelajaran, penyampaian isi

43

bermaksud ianya diberikan mengikut susuna serta teratur dan penutup pula adalah guru
membuat kesimpulan topik sebelum menamatkan sesi pengajaran dan pembelajaran.

Kajian Di Sekolah

Kajian-kajian dilaksanakan di sekola adalah untuk mengumpul maklumat yang bermutu
bagi memyelesaikan masalah yang terdapat dalam pengajaran dan pembelajaran. Tujuan
kajian dijalankan di sekolah adalah untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan
pembelajaran selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Contoh-contoh
kajian:

• Perlaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu:Kajian Kes
Di Sebuah Sekolah Rendah Di Daerah Jerantut, Pahang Darul Makmur.
Oleh Dr. Seman Salleh.

• Satu Kajian Kes Tentang Jenis dan Kekerapan Penggunaan Kaedah
Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Oleh Guru Pelatih KDPM
Semester Empat (Ambilan Julai 1999). Oleh Choy Sau Kam, Khaw Ah
Hong, dan Lai Kim Leong.

• Faktor-Faktor yang Menghalang Penglibatan Pelajar Dalam Kegiatan
Kokurikulum Sukan Di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Daerah
Seremban. Oleh Mohd Jaflus Bahari.

Aksi Guru Di Sekolah

Guru merupakan contoh teladan yang dipandang oleh pelajar di sekolah dan guru yang
mahir dalam mendidik dan mempertingkatkan perhatian murid untuk belajar dapat dilihat
dari beberapa segi. Antaranya ialah:

1. Strategi yang berkesan
Sebagai seorang guru yang bijak, perlu ada strategi yang tersendiri dalam
merancang sesuatu aktiviti bagi menarik minat pelajar dan pandai berinteraksi
bersama pelajar di dalam bilik darjah.

2. Alat Bantu Mengajar
Penyediaan alat bantu mengajar yang terdiri daripada pelbagai sumber seperti
sumber teknologi mahupun sumber bercetak dapat membantu meningkatkan
konsentrasi pelajar di dalam bilik darjah. Penggunaan bahan visual dapat membantu
pelajar untuk lebih memahami topik dan pelajar juga dapat berinteraksi dengan
44

guru. Selain itu, pelajar juga dapat didedahkan dengan penggunaan teknologi di
samping meningkatkan tahap inovasi dan kreativiti mereka.
3. Sistem Maklumat Pelajar
Maklumat pelajar perlu diketahui oleh guru supaya guru dapat menjejak tahap
prestasi pelajar dalam pembelajaran. Oleh itu, guru harus tahu cara mengurus dan
mengemaskini sistem maklumat pelajar supaya guru dapat melaksanakan strategi
pembelajaran yang berkesan terhadap pelajar.
4. Pencapaian Cemerlang
Pencapaian yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum yang
seimbang dapat diperoleh oleh seorang guru yang berdedikasi dalam kerjayanya
untuk mendidik pelajar.

Refleksi

Tugas sebagai seorang guru tidak mudah kerana ia dipenuhi dengan pelbagai cabaran dan
halangan kerana cabaran yang dihadapi seiring dengan perkembangan teknologi pada zaman
kini. Oleh itu, persediaan dari segi mental dan fizikal amat penting sebelum guru berhadapan
dengan pelajar.

Rumusan

Kesimpulannya, semua pihak yang bertanggungjawab dalam pengurusan yang menyeluruh
terhadap pelajar juga harus berganding bahu dalam mencapai matlamat sekolah. Dengan
persediaan rapi yang bukan sahaja disediakan oleh guru tapi daripada pihak lain juga dapat
melahirkan insan yang boleh membawa perubahan terhadap masa depan negara untuk menjadi
negara yang lebih maju ke hadapan.

Rujukan

Mohamad Johdi Salleh. (2007). Guru efektif dan peranan guru dalam mencapai objektif
persekolahan sekolah rendah: Perspektif Guru Besar. Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut
Perguruan Batu Lintang Tahun 2007. Diperoleh daripada:

//www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/seminarpapers/2007/Edmanagement/mohdjohdiUIA
Mfp.pdf

Ng Seng Wei et al. (n.d.). Persediaan Ke Alam Persekolahan. Scribd.:

https://www.scribd.com/document/95105967/Persediaan-Ke-Alam-Persekolahan

45

TOPIK 12: PENGURUSAN BILIK DARJAH ABAD KE-21

Pendahuluan

Pengurusan bilik darjah abad ke-21 merupakan suatu tindakan yang dilakukan untuk
mengekalkan peraturan di dalam bilik darjah yang melibatkan pengurusan secara fizikal dan
komunikasi serta interaksi antara murid dalam bilik darjah supaya bilik darjah menjadi lebih
konduktif dalam pengajaran dan pembelajaran

Isi Penting

Bilik darjah merupakan suatu ruang pembelajaran murid ketika di sekolah. Oleh itu,
persekitaran fizikal dalam bilik darjah penting kerana persekitaran kondusif boleh
menggalakkan atau menghalang pembelajaran. Sehubungan itu, suasana bilik darjah dapat
merangsangkan murid untuk bersaing, belajar secara koperatif dan memperoleh kemahiran
kolaboratif. Bilik darjah haruslah di transformasikan dengan ruang pembelaaran yang kreatif
serta memaparkan hasil usaha murid agar lebih menarik dan bermakna.

Guru perlulah mengetahui tentang bilik darjah abad ke-21 dengan menjadikan pelajar
sebagai pusat pembelajaran. Oleh itu, murid haruslah melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran
dan pembelajaran bagi membolehkan pengjaran berkesan. Seterusnya, guru perlulah
mengetahui bahawa pemntuk pengaaran dan pemelajaran perlulah disesuaikan dengan
perkembangan teknologi dn persekitaran murid agar seiring dengan peredaran zaman.

Seorang guru perlulah mempunyai kemahiran dalam pengurusan bilik darjah abad ke-
21. Antaranya ialah berkemahiran dalam penggunaan teknologi. Dalam hal ini, pembelajaran
abad ke-21 melibatkan penggunaan ICT dalam mendapatkan maklumat pembelajaran. Selain
itu, guru perlulah lebih kreatif dalam pembelajaran di dalam bilik darjah dengan
mempelbagaikan teknik pembelajaran seperti melakukan aktiviti seperti kuiz dan sebagainya.
Seterusnya, guru perlulah mahir dalam berkomunikasi dalam bilik darjah dengan
menggunakan komunikasi secara dua hala melibatkan murid dan guru serta murid dan murid

Seterusnya, guru perlu memiliki strategi pembelajaran dan pengajaran melalui
pengurusan bilik darjah abad ke-21. Oleh itu perkara yang perlu di ambil perhatian ialah
menghasilkan persekitaran bilik darjah yang kondusif seperti kebersihan. Dalam hal ini, bilik
darjah perlulah berada dalam keadaan bersih untuk memastikan keselesaan bagi murid di dalam

46

bilik darjah. Selain itu, susunan meja dan kerusi didalam kelas juga penting. Dalam konteks
ini, penyusunan secara berkumpulan dapat membantu murid untuk lebih berkomunikasi dan
dapat berbincang dengan baik antara satu sama lain serta memudahkan proses aktiviti
pembelajaran yang di lakukan di dalam bilik darjah. Hal ini demikian kerana, perbincangan
secara berkumpulan dapat melatih minda dan pemikiran pelajar dengan bertukar-tukar idea
antar satu sama lain.
Rumusan
Guru memainkan peranan penting dalam pengurusan bilik darjah abad ke-21 untuk
mendedahkan murid dengan pengajaran dan pembelajaran moden. Oleh itu, guru perluah
berkemahiran serta mengetahui tentang bilik darjah abd ke-21.
Rujukan
Mohd Ariffin Bin Abdul Latif (2016), Kelas abad ke-21 diperoleh daripada
https://www.slideshare.net/pkgmuda/kelas-abad-ke-21-6127121

47


Click to View FlipBook Version