The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by , 2021-12-08 00:10:08

KK GPIM 1022 (AFIFAH PAI 4)

KK GPIM 1022 (AFIFAH PAI 4)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS TAWAU,
SABAH

KERJA KURSUS

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PPISMP)

AMBILAN JUN 2021

TUGASAN 1
GPIM 1022 PENDIDIKAN ISLAM

NAMA : NUR AFIFAH NABIHAH BINTI YAACOB
ANGKA GILIRAN : 2021052310080
NOMBOR KAD PENGENALAN : 030205 - 03 - 0914
KUMPULAN / UNIT : PPISMP PAI 4
NAMA PENSYARAH : NOR HAFIZAH BINTI AHMAD
TARIKH HANTAR : 8 NOVEMBER 2021

TANDATANGAN TARIKH MARKAH
PENSYARAH

KOMEN PENSYARAH: TARIKH
TANDATANGAN PELAJAR

BIODATA DIRI

NAMA : NUR AFIFAH NABIHAH BINTI YAACOB

NOMBOR KAD PENGENALAN : 030205 – 03 - 0914

TARIKH LAHIR : 05 FEBRUARI 2003

UMUR : 18 TAHUN

ASAL : KELANTAN

BANGSA : MELAYU

AGAMA : ISLAM

ALAMAT RUMAH : LOT 379, JALAN BARUH TIMBUL, CABANG TIGA

BERANGAN, 16200, TUMPAT, KELANTAN.

E-MEL : [email protected]

NO. TELEFON : 019 - 9526447

2

PENGAKUAN CALON

”Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : ...................................................
Nama Penulis : NUR AFIFAH NABIHAH BINTI YAACOB
Tarikh : 08 NOVEMBER 2021

3

Penghargaan
Syukur ke hadrat ilahi atas kesempatan yang diberikan kepada saya untuk menyiapkan kerja

kursus ini dengan jayanya. Jutaan terima kasih juga diberikan kepada Puan Nor Hafizah Binti Ahmad
memberi tunjuk ajar yang sepenuhnya dan dengan sangat jelas dari awal penghasilan kerja kursus
ini sehingga ke akhir. Terima kasih ini juga kerana Puan telah memberikan kepercayaan Puan
kepada sya untuk menyiapkan kerja kursus ini.

Tidak lupa juga kepada ibu bapa saya yang telah memberi sokongan sepenuhnya serta sanggup
mengeluarkan wang ringgit bagi membolehkan saya menyiapkan kerja kursus ini. Tanpa kalian,
kerja kursus ini tidak mungkin dapat disiapkan.

Terima kasih ini juga diberikan kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah banyak berkongsi
pendapat dan memberi idea-idea untuk menambakah lagi isi dalam kerja kursus ini. Mereka juga
turut memberikan sokongan kepada saya secara tidak langsung.

Isi Kandungan 4
Penghargaan

Isi Kandungan 4

Pengenalan 5

Amalan-amalan yang menyeleweng akidah dalam majlis perkahwinan. 5

Faktor-faktor berlakunya penyelewengan akidah 6

Cadangan penganjuran majlis perkahwinan menurut perspektif Islam berpandukan

Al-Quran dan As-Sunnah. 7

Rumusan 8

Rujukan 8

4

Pengenalan

Majlis perkahwinan merupakan anjuran dan sunnah Rasulullah s.a.w sebagai tanda pengumuman
ikatan pernikahan di antara dua pengantin dan ahli keluarga mereka. Namun begitu terdapat
beberapa amalan yang biasa dilakukan tetapi sebenarnya dilarang dan ditegah di dalam Islam.
Amalan-amalan ini mencemarkan sesebuah majlis perkahwinan. Ia juga berisiko untuk merosakkan
akidah seseorang.

Majlis perkahwinan yang diadakan dengan niat dan cara yang betul dapat menambahkan pahala,
manakala kalau sebaliknya akan mendapat dosa dan dikhuatiri menjadi kufur kepada Allah.

Amalan-amalan yang menyeleweng akidah dalam majlis perkahwinan.

Penyelewengan akidah boleh berlaku sebelum dan semasa majlis perkahwinan itu. Contoh yang
berlaku sebelum majlis ialah, mereka tidak memilih tarikh perkahwinan dalam bulan Safar kerana
mempercayai jika berkahwin dalam bulan tersebut akan membawa sial dan pasangan pengantin itu
tidak akan dikurniakan zuriat.

Kepercayaan ini disebut sebagai khurafat. Khurafat ialah cerita sama ada rekaan atau khayalan,
ajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang
daripada ajaran Islam (Jakim,2008).

Kepercayaan ini adalah mengarut kerana yang memberi rezeki zuriat adalah Allah SWT dan
langsung tidak ada kena mengena dengan bulan Safar. Jika seseorang itu tidak dikurniakan zuriat,
ini adalah kerana Allah yang mengkehendakinya bukan kerana perkahwinan yang dilakukan dalam
bulan Safar.

Penyelewengan akidah yang berlaku semasa majlis perkahwinan ialah menabur beras. Menabur
beras adalah adat pada asalnya dan tidak terdapat hukum untuk melakukannya. Namun, jika adat
itu bercampur dengan unsur lain seperti percaya amalan itu dapat menolak bala, atau benda-benda
yang menjadikan ia kepercayaan kepada sesuatu perkara, maka hukumnya adalah haram.

Ini juga adalah menguji keimanan kita terhadap qada’ dan qadar yang merupakan rukun iman
yang keenam. Allah berfirman, yang bermaksud: “Katakanlah (Muhammad), “Tidak akan menimpa
kami melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung kami, dan hanya
kepada Allah bertawakallah orang-orang yang beriman.” (Surah At-Taubah Ayat 51).

5

Keimanan kita dikira sah jika beriman dengan kesemua rukun Iman seperti yang telah ditetapkan,
manakala batalnya iman seseorang dikira jika seseorang itu tidak beriman atau ingkar dengan salah
satu rukun Iman tersebut (Ahmad Najaa’ Mokhtar, 2018).

Faktor-faktor berlakunya penyelewengan akidah

Penyelewengan akidah ini berlaku kerana kurangnya pengetahuan tentang akidah. Hal ini akan
menyebabkan fikiran mereka cetek. Mereka akan mudah terpengaruh dan menerima apa sahaja
yang disampaikan oleh orang lain tanpa periksa secara mendalam tentang maklumat yang diterima.

Mereka juga akan taksub melakukan apa sahaja demi dapat menjauhkan diri daripada perkara-
perkara yang mereka tidak inginkan berlaku seperti ditimpa musibah, mendapat bala dan
sebagainya.

Ini juga kerana mereka terlalu menyanjung tinggi adat mereka. Bak kata pepatah “biar mati anak,
jangan mati adat”. Mereka telah menjadikan adat nombor satu dan meletakkan hukum-hakam Allah
di bawah.

Seterusnya ialah persekitaran yang mempengaruhi pemikiran , keperibadian dan gaya hidup.
Ramai keluarga zaman sekarang yang kurang menerapkan nilai agama dalam diri anak-anak. Anak-
anak diberi kebebasan dalam membuat sesuatu keputusan walaupun ianya bercanggah dengan
agama Islam.

Ia berlaku kerana tinggal bersama keluarga yang telah berpegang dengan kepercayaan tahyul
atau amalan-amalan lain yang menyeleweng akidah yang diterapkan dalam diri keluarga mereka
yang juga merupakan kepercayaan nenek moyang mereka. Mereka lebih percaya kepada apa yang
diceritakan oleh nenek moyang mereka daripada dalil-dalil naqli yang terdapat dalam Al-Quran dan
Hadis.

Anak-anak akan mengabaikan agama dalam kehidupan seharian mereka dan akan terkeluar
daripada Islam tanpa disedari seperti percaya bahawa sesuatu perbuatan dapat menghindarkan diri
daripada terkena bala atau menganggap tauhid ini boleh dijadikan bahan gurauan.

Selain itu, mereka terlalu taksub untuk mempamerkan kemewahan mereka. Sesiapa yang kaya
akan disanjung tinggi, manakala yang miskin akan dipandang hina dan dipulau oleh penduduk

6

setempat. Bagi mereka, seseorang itu telah berjaya dalam kehidupan jika beliau dapat membuktikan
bahawa mereka itu kaya.

Cadangan penganjuran majlis perkahwinan menurut perspektif Islam berpandukan Al-Quran
dan As-Sunnah.

Perkahwinan yang diajarkan oleh Islam sangat mudah, tetapi ia telah ditokok tambah dengan adat
kepercayaan orang terdahulu yang telah mengelirukan orang ramai. Adat perkahwinan yang
sebenar ialah merisik dan meminang. Istiadat ini betujuan untuk memastikan pasangan yang kita
pilih dan keluarganya adalah datang dari orang-orang soleh seperti yang disarankan dalam Islam.
Hal ini bagi memastikan keturunan yang bakal kita lahirkan mempunyai iman yang terjaga hasil
didikan kita dan juga pasangan yang kita pilih.

Islam menganjurkan kita untuk mengadakan majlis perkahwinan secara sederhana. Hal ini kerana
jika kita mengadakan majlis perkahwinan itu secara besar-besaran, ia berkemungkinan besar akan
berlaku pembaziran. Islam amat tidak suka kepada pembaziran. Ia bertepatan dengan firman Allah
yang bermaksud, “Sesungguhnya orang-orang yang pemboros itu adalah saudara setan dan setan
itu sangat ingkar kepada Tuhannya.”

Majlis perkahwinan yang diajarkan oleh Islam ialah sebolehnya hanya buat yang wajib, iaitu
majlis akad nikah dan membuat jamuan secara kecil-kecilan yang bertujuan untuk memaklumkan
kepada orang sekeliling tentang perkahwinan kita supaya tidak timbul fitnah. Islam mengajar kita
untuk mendahulukan golongan fakir miskin dalam mengundang ke majlis perkahwinan.

Jika kita mempunyai wang lebihan daripada simpanan kita untuk perkahwinan, ia boleh digunakan
untuk hal-hal lain seperti menyediakan keperluan selepas nikah contohnya rumah atau kereta. Ia
juga boleh dijadikan simpanan kerana dalam hidup selepas perkahwinan ini, banyak perkara yang
telah diduga atau tak diduga akan berlaku seperti mengandung atau kehilangan pekerjaan yang
menyebabkan hilangnya pendapatan keluarga.

Seterusnya, Islam juga tidak menggalakkan kita untuk meniru adat agama lain dalam
mengadakan majlis perkahwinan. Contohnya, mengadakan karaoke, dan dikir barat dalam majlis
perkahwinan tersebut. Hal ini kerana karoeka dan dikir barat dikhuatiri mengandungi unsur-unsur
negatif yang menyentuh sensitiviti seseorang.

7

Ini juga kerana aktiviti ini juga menyumbang kepada masalah sosial seperti kaum perempuan
tidak lagi berasa malu untuk menyanyi atau berjoget. Ia diharamkan oleh Islam unntuk melakukan
perkara begitu di khalayak ramai kerana dapat menaikkan syahwat para lelaki yang berada di situ.

Rumusan

Kesimpulannya, kita disarankan untuk meninggalkan perkara-perkara yang dilarang dan perkara-
perkara yang syubhah. Hal ini kerana kita dikuatiri akan menjadi kufur dalam tidak sedar. Kita juga
disarankan untuk sentiasa merujuk kepada Al-Quran dan As-Sunnah sebelum melakukan sesuatu
perkara. Ia sebagai jaminan bahawa apa yang kita buat itu mendatangkan faedah dan juga menjadi
ibadah yang akan menambahkan lagi pahala kita bukan menjauhkan kita daripada Allah dan ajaran
sebenar.

Rujukan

Abu Hamdy Muhammad Hatta . (2018) . Asas Fardhu Ain, Johor Bharu: Pustaka Azhar
Al-Quran Al-Hakim
Ahmad Najaa’ Mokhtar, Mohd Radhi Ibrahim, Wan Mohd Fazrul Azdi Wan Razali, Yuseri Ahmad,

Marina Munira Abd Mutalib. (2020) . Pengantar Akidah Islam , Negeri Sembilan, Universiti
Sains Islam Malaysia.
Bani Hidayat Mohd Shafie, Nor Hayati Fatmi Talib. (2020) . Pendidikan Islam, Selangor : Oxford
Fajar Sdn. Bhd..
Earnie Elmie Hilmi, Kamarudin Salleh, Nur Farhana Abdul Rahman. (2019). Vol. 2 No. 1 (2019).

Faktor-faktor Pengaruh Penyebaran Pluralisme Agama di Malaysia.
Melinda. (2015). Pembaziran. Retrieved from

http://ustaznaim.blogspot.com/2015/06/pembaziran.html

8


Click to View FlipBook Version