KOLEJ MATRIKULASI LABUAN
PENULISAN ILMIAH:
TAJUK: KEMUSNAHAN KAUM NABI LUTH A.S ANGKARA LGBT
NAMA PELAJAR NURSYAHIRAH BINTI MURAT
NOMBOR MATRIK MS1815175096
TUTORAN CP3T24
NAMA KURSUS PENDIDIKAN ISLAM (WI001)
NAMA PENSYARAH SHAHIRUL BIN ABDULLAH
SEMESTER DAN SSESI PENGAJIAN 2 (2019/2020)
Sumber Rujukan
Rujukan Yang Relevan
Penapisan Maklumat
Artikulasi
JUMLAH
ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA HALAMAN
1 SEKAPUR SIRIH 1
2 MUKADIMAH 2
3 KAUM NABI LUTH A.S: KAUM SADOM 3
4 KEDATANGAN MALAIKAT SEBAGAI TETAMU NABI LUTH 4
5 KEMUSNAHAN KAUM NABI LUTH A.S ANGKARA LGBT 5
6 PENUTUP 6
7 BIBLIOGRAFI 7
SEKAPUR SIRIH
بِ ْس ِم اللَّ ِه ال َّر ْح َم ِن ال َّر ِحي ِم
Assalamualaikum w.b.t,
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya
dapat saya menyempurnakan tugasan ini dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.
Sehubungan itu, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima
kasih kepada kedua-dua ibu bapa dan ahli keluarga saya yang banyak memberi semangat dan
sokongan kepada saya bagi menyiapkan tugasan ini.
Tidak lupa juga penghargaan kepada pensyarah pendidikan islam, Ustadz Shahirul Bin
Abdullah yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya terutama dalam
penulisan folio bagi melengkapkan tugasan ini.
Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan saya yang
banyak menghulurkan bantuan dalam bentuk idea, pandangan dan tunjuk ajar bagi menyiapkan
tugasan ini.
Akhir sekali, terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat sama ada secara
langsung atau tidak langsung di dalam proses menyiapkan tugasan ini. Tanpa bantuan kamu
semua, mungkin tugasan ini tidak dapat disiapkan dengan sempurna. Semoga Allah membalas
segala budi dan jasa baik kamu semua yang telah dihulurkan.
Sekian, terima kasih.
1
MUKADIMAH
Allah s.w.t menentukan sistem, peraturan dan garis panduan tersendiri bagi setiap
sesuatu yang diciptakan-Nya yang seharusnya dipatuhi oleh manusia untuk memastikan
kesejahteraan hidup mereka.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“(Tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada
perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak
mengetahui.” (Surah al-Rum: 30)
Sejak akhir-akhir ini, gejala LGBT (Lesbian, Gay, Bisexual and Transgender)
merupakan satu fenomena sosial yang semakin ketara dan mula menjadi perbualan dan
perbincangan ramai di Malaysia. Kelompok LGBT ini memperjuangkan hak dan keperluan
khususnya yang berkaitan dengan aspek seksual dan reproduktif di samping tuntutan diberi
layanan saksama tanpa diskriminasi dan penyingkiran.
Sudah terang lagi bersuluh, gejala LGBT ini amatlah bertentangan dengan fitrah yang
telah ditentukan oleh Allah s.wt. Paling menyedihkan, terdapat juga segelintir umat Islam yang
terlibat dalam gejala ini. Hal ini mungkin disebabkan oleh faktor dalaman seperti kurangnya
didikan agama sejak kecil.
Namun yang demikian, sedarkah kita bahawa golongan LGBT ini pernah dilaknat dan
dihancurkan oleh Allah s.w.t pada zaman Nabi Luth a.s semasa baginda diutuskan oleh Allah
s.w.t untuk kaum Sadom yang sangat menyerupai LGBT iaitu golongan yang menyukai sesama
jantina. Sejarah ini membuktikan bahawa golongan LGBT ini dilaknat dan tidak diterima sama
sekali oleh Allah s.w.t. Mari kita bincangkan dengan lebih lanjut mengenai kehancuran kaum
Sadom pada zaman Nabi Luth a.s.
2
KAUM NABI LUTH A.S: KAUM SADOM
Nabi Luth a.s merupakan anak saudara kepada Nabi Ibrahim a.s yang diutuskan oleh
Allah untuk berdakwah kepada kaum yang sangat degil dan selalu membuat kerosakan dan
kemungkaran iaitu kaum Sadom. Bukan sahaja kaum ini gemar melakukan rompakan dan
samun di jalan, tetapi mereka juga menyukai pasangan sesama jantina.
Perbuatan keji yang dilakukan oleh kaum ini amatlah melampaui batas sehingga kisah
bersejarah ini diceritakan dalam Al-Quran, firman Allah yang bermaksud:
“Dan (Kami juga Telah mengutus) Luth (kepada kaumnya). (Ingatlah) tatkala dia Berkata
kepada mereka: “Mengapa kamu mengerjakan perbuatan faahisyah (keji) itu, yang belum
pernah dikerjakan oleh seorang pun (di dunia ini) sebelum mu?” Sesungguhnya kamu
mendatangi lelaki untuk melepaskan nafsumu (kepada mereka), bukan kepada wanita, malah
kamu ini adalah kaum yang melampaui batas.” (Surah al-A’raf: 80-81)
Telah berbagai usaha Nabi Luth a.s untuk menyeru kaumnya untuk menyembah Allah,
tiada sekutu bagi-Nya, serta melarang mereka untuk tidak melakukan perbuatan keji
(homoseksual) tersebut. Namun usaha tersebut menemui kegagalan. Sebaliknya, mereka tidak
mahu berhenti daripada melakukan perbuatan yang dilaknat itu malah mengugut hendak
mengusir baginda daripada negeri tersebut.
Mereka malah berkata kepada Nabi Luth seperti yang dirakamkan ucapan mereka di
dalam Al-Quran, firman Allah yang bermaksud:
“Datangkanlah kepada kami azab dari Allah (yang engkau janjikan itu) jika betul engkau dari
orang0orang yang benar.” (Surah Al-Ankabut: 29)
Lantas, Nabi Luth pun berdoa kepada Allah untuk ditimpakan azab kepada mereka. Maka Allah
pun mengabulkan doanya.
3
KEDATANGAN MALAIKAT SEBAGAI TETAMU NABI LUTH
Allah mengutuskan beberapa malaikat untuk berjumpa dengan Nabi Ibrahim
mengkhabarkan bahawa kaum dan negeri Nabi Luth a.s akan ditimpa bencana dan Nabi Luth
a.s serta ahlinya akan diselamatkan oleh Allah s.w.t kecuali isteri Nabi Luth a.s yang dikatakan
kelak menderhakai Nabi Luth a.s.
Beberapa hari kemudian, Allah mengutus beberapa malaikat untuk menjelma sebagai
pemuda tampan dan mendatangi negeri Sadom sebagai bentuk ujian dari Allah s.w.t atas kaum
Sadom. Mereka menjadi tetamu rahsia dan menziarahi Nabi Luth a.s untuk mengkhabarkan
berita bencana yang akan menimpa kaumnya. Nabi Luth merasa khuatir kerana ujian yang
menimpanya sangatlah berat. Allah berfirman yang bermaksud:
“dan (dia) merasa tidak terdaya untuk mengawal mereka (dari gangguan kaumnya), sambil
berkata: “Ini adalah hari yang amat mencemaskan.”. ” (Surah Hud: 77)
Isteri baginda membocorkan rahsia kedatangan beberapa malaikat yang disangkakan
pemuda tampan tersebut kepada kaumnya sehingga kaumnya beramai-ramai mendatangi
rumah Nabi Luth a.s. Mereka mendesak Nabi Luth a.s untuk menyerahkan pemuda tampan itu
kepada mereka untuk dikahwini.
Firman Allah dalam Al-Quran yang bermaksud:
Nabi Luth berkata: “Wahai kaumku! Di sini ada anak-anak perempuanku mereka lebih suci
bagi kamu (maka berkahwinlah dengan mereka). Oleh itu, takutlah kamu kepada Allah, dan
janganlah kamu memberi malu kepadaku mengenai tetamu- tetamuku. Tidakkah ada di antara
kamu seorang lelaki yang bijak berakal (yang dapat memberi nasihat)?” (Surah Hud: 78)
Berlaku perbalahan di antara Nabi Luth a.s dengan kaumnya yang tetap berdegil
mahukan tetamunya. Serentak dengan itu, para malaikat tersebut telah memberitahu Nabi Luth
a.s untuk meninggalkan negerinya pada malam tersebut kerana Allah akan menurunkan
bencana pada keesokan harinya. Berangkatlah Nabi Luth a.s bersama ahlinya meninggalkan
negeri tersebut kecuali sterinya.
4