The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by najihahmohd29, 2023-10-25 12:00:51

SEJARAH PERKEMBANGAN TULISAN BAHASA MELAYU DARI ZAMAN PRAMERDEKA DAN PASCAMERDEKA SERTA ISU DAN CABARAN KEDUDUKAN BAHASA MELAYU DI MALAYSIA

NAMA PENULIS: NAJIHAH BINTI MOHD TAHIR

NAMA; NAJIHAH BINTI MOHD TAHIR NO. ANGKA GILIRAN:2023162311043 TAJUK:SEJARAH PERKEMBANGAN TULISAN BAHASA MELAYU DARI ZAMAN PRAMERDEKA DAN PASCAMERDEKA SERTA ISU DAN CABARAN KEDUDUKAN BAHASA MELAYU DI MALAYSIA NAMA PENSYARAH:PUAN FARIDAH BINTI MOHAMMAD SAAD KOD KURSUS:BMMB1074


-sistem tulisan pallava -sistem tulisan kawi -sistem tulisan Jawi -sistem ejaan za’ba -sistem ejaan rumi kongres -PENDIDIKAN -EKONOMI -PENTADBIRAN KERAJAAN KERANCUAN BAHASA DI MEDIA SOSIAL -PENCAMPURAN KOD -SLANGA PENERAPAN ELEMEN HAK ASASI -PEJABAT KARANG MENGARANG -PAKATAN BELAJAR MENGAJAR ANGKATAN SASTERAWAN 50 -SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU PASCAMERDEKA -BAHASA MELAYU DALAM SISTEM PENDIDIKAN LAPORAN BARNES -LAPORAN FENN-WU -ORDINAN PELAJARAN -LAPORAN RAZAK -PERLEMBAGAAN PERSEKETUAN PENUBUHAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA -AKTA HASUTAN DAN AKTA PENDIDIKAN -TOKOH BAHASA ZAMAN PASCAMERDEKA


Sebelum menelurusi sejarah berkembangnya tulisan bahasa Melayu,mari kita hayati terlebih dahulu apa yang dimaksudkan dengan bahasa Melayu Secara umumnya, bahasa Melayu merujuk kepada suatu bahasa yang dituturkan oleh orang Melayu daripada satu generasi ke satu generasi. Perwarisan bahasa kepada generasi seterusnya menyebabkan berlakunya beberapa pertukaran dari segi struktur ayat,bunyi bahasa,bentuk kata atau makna.Ini berkemungkinan kerana semasa kedatangan agama hindu,Islam dan Eropah ke Asia Tenggara berlaku perbezaan yang ketara antara Bahasa Melayu Kuno,Bahasa Melayu Klasik dan Bahasa Melayu Moden


Tulisan Pallava ialah suatu sistem tulisan abjad suku kata(abugida) yang berasal daripada tulisan Brahmi dari Indo-Aryan lembah Indus-Kush selatan India dan mula bertapak di Jawa. - Kedatangan orang India ke kawasan tanah Melayu membawa sistem tulisan Pallava yang turut sama dikenali sebagai tulisan bulat kerana tulisannya seakan akan berbentuk bulat yang diasaskan daripada sistem tulisan abad pertama masyarakat India dari abad ke-4 hingga ke-9 masihi yang dinamakan Vatteluttu dan membawa kepada pembentukan sistem tulisan Kawi oleh orang Melayu -Sistem tulisan ini berasaskan kepada masyarakat India dan agama Hindu yang menyebabkan berlakunya kesukaran apabila kedatangan era agama Islam dalam masyarakat Melayu kerana elemen-elemen Sanskrit dan Hindu menyukarkan penterjemahan Al-Quran dan Hadis -Ia digunakan untuk menulis Bahasa Sanskrit kerana pada waktu itu Bahasa Sanskrit telah menjadi bahasa pentadbiran dan ilmu pengetahuan tetapi penyebaran tulisan dan bahasa Hindu hanya terhad kepada golongan Istana sahaja kerana tiada kemudahan asas untuk mengajar kebanyakan orang tentang kemahiran membaca dan menulis s i s t e m t u l i s a n p a l l a v a


- s i s t e m t u l i s a n p a l l a v a -Digunakan untuk menulis Bahasa Sanskrit kerana pada waktu itu Bahasa Sanskrit telah menjadi bahasa pentadbiran dan ilmu pengetahuan tetapi penyebaran tulisan dan bahasa Hindu hanya terhad kepada golongan Istana sahaja kerana tiada kemudahan asas untuk mengajar kebanyakan orang tentang kemahiran membaca dan menulis - ia membahagikan penggunaan simbol hurufnya kepada dua iaitu konsonan dan vokal serta beberapa simbol tambahan bagi mewujudkan bunyi yang berlainaan -Sistem tulisan ini jauh lebih kompleks berbanding sistem rumi kerana memperkenalkan simbol bagi gabungan bunyi seperti-au,- ai,pa,ya,kka,nca dan lain-lain lagi dengan setiap konsonan juga tidak menandakan huruf semata-mata tetapi membawa bunyi berbeza


dijumpai oleh M. Batenburg[1] pada 29 November 1920, di Sumatera Selatan, di Kedukan Bukit di tepi Sungai Tatang yang mengalir ke sungai Musi. Batu Bersurat ini berbentuk batu kecil, berukuran 45 x 80 sentimeter. Tarikh batu bersurat ini ialah 682 masihi menggunakan aksara Pallava bahasa Melayu kuno. Batu bersurat ini telah dijadikan batu keramat oleh penduduk di tepi Sungai ini bagi mendapatkan kekuatan semasa mereka berlumba perahu dengan para pendayung dari kampung-kampung lain Tiang Batu ini terletak di daerah Munan Kaman yang merupakan pertemuan dia antara Sungai Mahakam dengan Kedang Kapala.Pada tahun 1879 ia telah ditemukan oleh pekerja Topografi Belanda.Tujuh yupa tersebut kini berada di Muzium Nasional Jakarta menceritakan tentang pencapaian Raja Mulawarwan, cucu Kudungga. Yupa tersebut berasal dari tahun 400 merupakan tinggalan pemerintahan Hindu


merupakan sebuah batu bersurat yang dijumpai oleh Louis Constant Westenenk yang merupakan Residen Palembang pada 17 November 1920 di kaki Bukit Siguntang, Palembang, Indonesia. Keadaan fizikal batu bersurat ini adalah baik. Saiz batu bersurat ini adalah 67×97×21 cm. Batu bersurat ini kini berada di Muzium Nasional Indonesia


Batu Bersurat Kota Kapur perkataan Bahasa Melayu telah lebih banyak ditemui dan unsur bahasa Sanskrit semakin berkurang.Beberapa perkataan bahasa Melayu Kuno sebahagian telah memperlihatkan irasnya dan sebahagian lagi kekal digunakan hingga kini, seperti: abai, aku, batu.ditemukan oleh J.K. van der Meulen di Kota Kapur, sebuah pekan di Pulau Bangka, pada tahun 1892.Batu Bersurat ini bertarikh 608 tahun Saka (686 Masihi) dan mengandungi 10 baris ayat.Secara ringkasnya, kandungan Batu Bersurat Kota Kapur berkisah tentang sumpahan raja Sriwijaya terhadap kerajaan di Pulau Jawa sebelum Sriwijaya menyerang kerajaan tersebut.


Tulisan Kawi merupakan sistem tulisan yang wuujud selepas tulisan Pallava.Ianya digunakan oleh orang Melayu sejak abad ke-8 dan digunakan serentak dengan bermulanya era permulaan tulisan Jawi dikalangan orang Melayu. -sistem tulisan ini diasaskan oleh orang Jawa dan telah wujud sejak awal abad ke-8 Masihi -Banyak meminjam daripada Istilah Bahasa Sanskrit,serta elemen-elemen Hindu nama ‘Kawi’ itu sendiri diambil daripada perkataan Sanskrit yang membawa maksud penyair ataupun penyajak,melambangkan gaya bahasanya yang cantik.Namun tulisan ini hanya digunakan di Kerajaan Singhasari di Jawa Timur sahaja namun demikian tulisan ini semakin lama tersebar luas hingga ke seluruh Asia Tenggara dan digunakan sehingga abad ke-16 Masihi terutamanya di Borneo,Jawa,Bali dan Sumatera -Berasal darpada huruf Vangki yang dibawa daripada orang India di Coromandel -Pada mulanya tulisan ini hanya ditulis pada sehelai daun lontar dan telah berlakunya proses ubahsuai yang kemudiannya ditulis pada batu -Menurut Nik Safiah(2010),terdapat banyak bahasa daerah yang diturunkan oleh sistem tulisan ini. Antaranya, batak,lampung,rejang,kerinci dan lain-lain -Namun tulisan ini telah pudar dan lenyap pada tahun 1400 Masihi bersama dengan runtuhnya kemaharajaan yang menggunakan tulisan ini iaitu Majapahit s i s t e m t u l i s a n K a w i


Dua artifak lama ditemukan memaparkan tulisan kawi adalah dua batu bersurat yang ditemui di daerah Tapanuli,Sumatera.Batu bersurat yang dikenali sebagai batu bersurat Joreng(1179 M) dan batu bersurat Padang Lawas(1213M) Sebuah batu nisan orang melayu yang dikenali sebagai Ahmad Majnun di Pengkalan Kempas,Sungai ujung,Negeri Sembilan.Batu Nisan yang tertera tahun 1643 memaparkan kedua dua bentuk tulisan iaitu kawi dan jawi melambangkan era tarsisi tulisan orang Melayu kepada tulisan jawi yang ada sekarang serta bukti kedatangan pengaruh Islam yang mula bertapak di Tanah Melayu


Tulisan Jawi merupakan tulisan Arab yang digunakan dalam Bahasa Melayu.Istilah Jawi ini berasal daripada Bahasa Arab.Istilah itu merupakan adjektif kepada kata arab iaitu ‘Jawah’ yang merujuk kepada nama daerah di Asia Tenggara bagi orang arab manakla tulisan jawi pula merujuk kepada nama bagi penduduk-penduduknya -Oleh itu,istilah Jawa atau jawi bukan sahaja merujuk kepada pulau jawa dan orang jawa bahkan merujuk kepada seluruh penduduk di Asia Tenggara -Ia bukan sahaja digunakan oleh orang melayu sebagai bahasa melayu tetapi juga oleh suku kaum melayu lain termasuklah champa,pattani,jawa,bangal,bugis,acheh,minangkabau,bengkulu dan sebagainya dan digunapakai secara meluas sewaktu perkembangan Islam s i s t e m t u l i s a n J a w i


Pada tahun 1899 Masihi,sebuah batu bersurat telah ditemui di Sungai Teresat iaitu kira-kira 32 Kilometer dari sungai Terengganu.Padanya terpahat huruf arab-melayu dan merupakan tulisan jawi tertua di Asia Tenggara bertarikh 22 Februari 1303 Masihi -Kandungannya mengandungi sepuluh fasal”syarat undang-undang” -Catatan yang terpahat pada batu itu menerangkan agama Islam dan undangundang sebagai seorang Raja


Perkataan tulisan jawi yang terdapat huruf nga dan ga yang berderet dieja dengan dua gdalam tulisan rumi Perkataan yang dipinjam daripada bahasa Inggeris yang telah berlakunya penyerapan sepenuhnya dengan bunyi melayu,perlu dieja mengikut sebutan melayu seperti saman,geran dan sain perkataan yang menggunakan huruf r pada suku kata akhir pertama perlu dikekalkan ejaannya menurut sistem ejaan wilkinson jika suku kata akhir tertutup tidak diakhiri dengan konsonan k dan h,maka vokal l digunakan dan bukannya vokal e -Pada tahun 1993, Za’ba telah menghasilkan ejaan rumi bahasa Melayu yang telah disusun pada tahun 1993 untuk memantapkan ejaan rumi dalam bahasa Melayu -Pembaharuan dalam ejaannya ialah dengan membahagikan huruf-huruf bahasa Melayu kepada huruf saksi dan huruf benar atau dikenali sebagai konsonan dan vokal -Terdapat beberapa kelemahan yang terkandung dalam sistem ejaan wilkinson yang dipakai sebelum ini,maka sistem ejaan rumi za’ba telah dihasilkan untuk memperbaiki sistem ejaan rumi dalam bahasa Melayu dan mempunyai 40 peraturan sistem ejaan -Antara peraturan yang terkandung dalam sistem ejaan za’ba ialah s i s t e m e j a a n z a ’ b a


tanda sempang tidak akan digunakan dan dihapuskan mengikut sistem fonologi dan bukannya fonetik,hanya menggunakan satu fonem dan satu grafem atau huruf sahaja berlakunya perubahan dalam pengguaan kata-kata partikel -vokal dalam suku kata awal dan suku kata akhir tertutup telah ditetapkan semula dari segi mengikut keserasian -Ejaan rumi kongres dihasilkan selepas ejaan rumi za’ba dan merupakan hasil daripada salah satu sidang di bawah Jawatankuasa Ejaan dan Bunyi bahasa Melayu pada 16 hingga 21 september 1956. -sidang ini telah membentangkan 3 kertas kerja berkaitan ejaan dan bunyi bahasa Melayu dan telah melakukan 16 ketetapan berkaitan ejaan bahasa Melayu -antara prinsip ejaannya s i s t e m e j a a n r u m i k o ng r e s


HURUF -Sistem ejaan Bahasa Melayu baru yang diselaraskan dengan sistem ejaan Indonesia menggunakan 26 abjad rumi


POLA KELERASAN VOKAL -Digunakan untuk mengeja kata-kata dasar asli bahasa Melayu -Tidak libatkan kata berimbuhan atau kata terbitan -berlaku pada suku kata praakhir dan suku kata akhir PENULISAN KATA KATA DASAR -Ditulis secara terpisah KATA TURUNAN -Imbuhan ditulis serangkai dengan kata dasarnya BENTUK GANDAAN -ditulis secara lengkap dengan menggunakan tanda sempang {-} GABUNGAN KATA -Gabungan kata yang sudah lazim dianggap sebagai satu kata ditulis serangkai


zaman pramerdeka merupakan zaman sebelum negara mencapai kemerdekaan dan dibahagikan kepada dua peringkat iaitu zaman sebelum kolonialisme dan zaman kolonialisme.Sebelum mencapai kemerdekaan,pejabat karang mengarang telah ditubuhknan pada tahun 1923.terletak di maktab perguruan sultan idris, tanjung malim.Pertubuhannya telah dicadangkan oleh za’ba dan o.t dussek.Beroperasi sehingga 1957 dan kemudiannya diambil alih oleh Dewan Bahasa dan Pustaka -mengeluarkan banyak penerbitan ilmiah dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris -mengadakan bengkel-bengkel penulisan dan kursus penterjemahan kepada seluruh masyarakat. -menterjemahkan perkara-perkara yang hendak diterjemahkan oleh pjabatanjabatan kerajaan. -menerbitkan hasil penyeledikan akademik dalam bentuk buku,jurnal dan sebagainya. -Penterjemahan dilakukan oleh Abdul Kudus Muhammad,Abdul Rahman Yusof,Yazid Ahmad,dan Ahmad Murad Nasaruddin -sehingga tahun 1957 sebanyak 64 buku terjemahan telah diterbitkan untuk perpustakaan sekolah dan bacaan umum


-Memelihara serta memodenkan Bahasa Melayu dan memelihara tulisan jawi -Menghasilkan dan mencipta perkataan baru -Menstandardkan perkataan dan ejaan -Menubuhkan perpustakaan kepada masyarakat -berjaya menerbitkan 34 buah buku,16 buah buku daripadanya merupakan buku tentang ilmu bahasa melayu dan selebihnya tentang sejarah,riwayat dan maklumat berkaitan PBmPBD -ditubuhkan pada tahun 1888 di Johor Bahru,Johor -Aktiviti utama mengadakan majlis-majlis ceramah dan perbincangan pelbagai aspek ilmu bahasa Melayu. -Dato’ Seri Amar Diraja Abdul Rahman Andak d an Datuk Muhammad Ibahim Munshi -Kurang mendapat sambutan masyarakat dan mengalami masalah kewangan -Sultan Johor memberi gelaran ‘diraja’kepada pertubuhan ini dan namanya ditukar kepada Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja Johor[PBmPBD]


-Tujuannya untuk memperkuat dan mempertinggi bahasa,kebudayaan dan kesusasteraan melayu -Berjuang dalam bidang kesusasteraan dengan konsep ‘seni untuk masyarakat -menjadikan tulisan rumi sebagai tulisan rasmi agar memudahkan bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan -ditubugkan pada 6 ogos 1950 di Singapura yang merupakan pusat persuratkhabaran dan pelbagai penerbitan dan didaftrakan pada 1951 -pengasanya ialah Muhammad Arif Ahmad[Mas],Kamaluddin Muhammad[Keris Mas],Hamzah Hussein ,Jimmy Asmara dan Rosmera -juga dipanggil sebagai ASAS 50 ’ -mengembangkan bahasa Melayu dari aspek peristilahan dan ejaan -membuat segala perubahan dalam bidang kesusasteraan -menjaga dan melindungi hak penulis dan pengarang


-era selepas merdeka atau dipanggil pascamerdeka bermula pada 31 ogos 1957 sehingga tahun 1967 -Bahasa melayu telah dijadikan sebagai bahasa kebangsaan perseketuan tanah melayu melalui peruntukan undang-undang yang terkandung dalam perkara 152 perlembagan Malaysia yang menyatakan bahawa bahasa kebangsaan merupakan bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan seperti yang diperuntukkan dalam undang-undang oleh parlimen Sejak Perseketuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, bahasa melayu telah menjadi bahasa kebangsaan dan disyorkan oleh suruhanjaya reid.Pengisytiharaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi dalam apa-apa urusan pentadbiran tidak menyekat dan mengganggu penggunaan dan pembelajaran bahasa -bahasa lain dalam urusan bukan rasmi.penggunaannya dikawal oleh dasar bahasa kebangsaan iaitu melalui perlembagaan dan akta


-bahasa melayu digunakan di sekolah Melayu semasa pemerintahan Inggeris -dijadikan bahasa pengantar dan matapelajaran kursus di maktab perguruan sejak tahun 1900 -dalam sistem pendidikan dapat dilihat berdasarkan zaman berikut zaman pramerdeka sebelum tahun 1957 -zaman pascamerdeka iaitu antara tahun 1957 sehingga 1970 -zaman dasar ekonomi baru 1971-1990


-laporan barnes amat penting dan berharga untuk menenetukan sistem pendidikan di Malaysia selepas kemerdekaan. -disediakan oleh L.J Barnes yang merupakan pengarah latihan sosial di Universiti Oxford -Tujuannya adalah untuk menyiasat keudukan dan memperbaiki Pendidikan orang melayu -Jawatankuasa Barnes telah menggariskan sekolah Melayu untuk memupuk perkembangan individu ke arah kecemerlangan yang boleh dicapai dari segi pengetahuan dan kemahiran -Laporan ini ditentang kaum cina dan india yang kemudiannya menghasilkan laporan fenn-wu pada 1951 -menggalakkan serta merangsang komuniti melayu bagi mencapai kedudukannya dalam perhubungan dengan kaum-kaum lain dalam masyarakat majmuk


-menubuhkan sekolah dwibahasa yang menjadikan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar -Bahasa Melayu wajib diajar di sekolah Inggeris manakala bahasa Inggeris wajib diajar di sekolah melayu -Matapelajaran bahasa cina dan tamil disediakan jika 15 orang murid atau lebih yang ingin mempelajarinya -sekolah vernakular melayu,cina dan tamil dibubarkan dan diganti dengan sekolah kebangsaan -bahasa pengantar pada peringkat sekolah rendah ialah bahasa melayu,manakala bahasa inggeris digunakan untuk peringkat sekolah menengah dan peringkat yang lebih tinggi


-dibuat disebabkan masyarakat cina yang tidak puas hati terhadap laporan barnes 1951 kerana ianya menghapuskan bahasa ibunda mereka iaitu bahasa cina -diketuai oleh Dr. Fenn yang merupakan Setiausaha Kerja Bersekutu negara China dan Dr. Wu Teh Yao yang bekerja dengan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu. -Untuk mengkaji semula kewajaran laporan barnes yang kemudiannya diserap dalam Ordinan Pelajaran 1952 - -Sekolah Vernakular Cina,Melayu dan Tamil dibenarkan beroperasi dan menggunakan tiga bahasa iaitu bahasa Melayu,bahasa Ingggeris dan bahasa Tamil. -Sekolah-sekolah aliran jenis kebangsaan dikekalkan -sekolah-sekolah vokasional terus diperkasa bagi memperbanyakkan keperluan tenaga pekerja mahir yang diperlukan untuk pembangunan negara Malaysia.


-turut dikenali sebagai penyata pelajaran 1952 -tujuannya untuk mengkaji cadangan yang dikemukakan laporan Barnes dan Fenn-Wu serta mencari jalan penyelesaian yang lebih baikkerana keduanya mempunyai pandangan yang ketara dan berbeza -Majlis Perundangan Perseketuan telah meluluskan Ordinan Pelajaran 1952 pada 21 September 1952 -Datuk E.E.C Thuraisingham menyatakan tujuan ordinan ini bagi mengukuhkan asas perpaduan negara serta menggabarkan sistem pendidikan vernakular moden MATLAMAT PENUBUHAN -Membekalkan pengetahuan , kemahiran dan perwatakan yang baik dalam diri individu -membolehkan setiap bangsa menyesuaikan diri -membentuk warganegara yang bersatu walaupun berbeza kaum


-sekolah Kebangsaan berfungsi sebagai corak sistem persekolahan kebangsaaan -Sekolah Vernakular Cina dan Tamil tidak diterima sebagai sistem persekolahan kebangsaan -bahasa Tamil dan Cina diajar sebagai bahasa ketiga -Tetapi ordinan ini tidak dapat dilaksanakan akibat darurat dan masalah kewangan -mereka juga kekurangan guru terlatih dan mendapat bantahan daripada orang cina dan India. -Oleh itu, kerajaan telah menubuhkan jawatankuasa khas untuk memutuskan penggunaan dua bahasa di sekolah Melayu dan tiga bahasa di Sekolah Tamil dan Cina untuk diserap masuk ke dalam sistem persekolahan kebangsaan.


-dibuat pada tahun 1956 dan dinamakan bersempena nama Menteri Pelajaran pada waktu itu iaitu Tun Abdul Razak dan matlamatnya adalah untuk membentuk sistem pendidikan Malaysia kearah yang lebih baik. BIDANG TUGAS JAWATANKUASA LAPORAN RAZAK -Mengkaji Ordinan Pelajaran 1952 dan membuat pindaan -Membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan yang bersesuaian untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum. -menjaga dan mengekalkan bahasa serta kebudayaan kaum lain -Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar -menubuhkan sekolah rendah yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar supaya sekolah rendah yang menggunakan bahasa Inggeris ,Cina dan Tamil terus maju -Satu pendidikan yang sama dan satu jenis sekolah sahaja bagi semua kaum -Semua guru sekolahrendah dan menengah dinaung oleh satu perkhidmatan profesional dan Jemaah Nazir Persekutuan -Sistem Pendidikan sekolah Menengah terdapat Sekolah Menengah Rendah [SMR],Sekolah Menengah Atas[SMA] dan Pra Universiti.


-Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan hendaklah ditulis mengikut peruntukan undang-undang yang telah ditetapkan oleh parlimen -Bahasa Melayu merupakan medium untuk melahirkan perpaduan dalam kalangan warganegara -kedudukan Bahasa Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan merupakan satu isu yang sensitif dan tidak boleh dibahaskan di tempat terbuka -Akta ini telah diluluskan oleh parlimen yang pada mulanya dikenali sebagai Ordinan Dewan Bahasa dan Pustaka. -ditubuhkan untuk melaksanakan Dasar bagi mencapai matlamat DBP untuk membangunkan bahasa dan sastera di Malaysia. -Akta Dewan Bahasa dan Pustaka hanya digunakan di Malaysia Barat -Pada 1973 Akta DBP 1959 telah disemak dan dipanggil Akta DBP[Pindaan dan Perluasan]1995.Tujuannya untuk memantapkan dan memperkaya bhaasa kebangsaan dalam semua bidang.


-terbentuk daripada gabungan beberapa buah akta iaitu akta 1963 dan akta 1967 -Pada 1 Julai 1963 , akta ini telah diluluskan tetapi dipinda pada tahun 1983 SYEKSEN 2; Bahasa Kebangsaan merupakan bahasa rasmi SYEKSEN 9;Tulisan rasmi ialah tulisan rumi tetapi penggunaan tulisan jawi masih dibenarkan -SYEKSEN 11; Penterjemahan borang dalam bahasa Melayu boleh digunakan


-ditubuhkan pada 22 Jun 1956 kemudiannya pada tahun 1959 DBP telah dinaiktaraf menjadi sebuah badan berkanun yang bermatlamat. -Bertanggungjawab memperkembang bakat dalam bidang sastera terutamanya dalam bahasa kebangsaan -melaksanakan tanggungjawab dalam urusan mencetak,menerbit,serta membantu dalam proses penerbitan buku-buku,majalah-majalah,risalah-risalah dan sebagainya. -menyeragamkan ejaan dan sebutan serta membentuk istilah perkataan yang sesuai dalam bahasa kebangsaan. -menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan dengan lebih meluas


Akta ini adalah undang-undang yang diisytiharkan di Malaysia untuk menghalang perbincangan yang didakwa berunsur hasutan.Rang Undang-undang telah digubal pada tahun 1948 oleh penjajah British tetapi telah dipinda pada tahun 1970.Kenyataan yang dinyatakan dalam rang undang-undang itu ‘mempunyai kecenderungan untuk menghasut’ yang merupakan kesalahan jenayah AKTA HASUTAN 1970


AKTA PENDIDIKAN 1996 Akta ini adalah lanjutan dan pembaharuan daripada Akta Pendidikan 1961 yang bertujuan untuk memperkukuh sistem pendidikan bagi memenuhi aspirasi dan cita-cita Malaysia untuk menjadi pusat kecemerlangan pendidikan yang berkualiti tinggi dan bertaraf dunia KANDUNGAN AKTA TERSEBUT MENGANDUNGI; -Peraturan Pendidikan -Sistem Pendidikan Kebangsaan -pendidikan khas -Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar -Pengajaran Islam sekolah -kurikulum kebangsaan digunakan untuk semua sekolah -pengajaran agama selain agama Islam


Tokoh Bahasa ZamanPascamerdeka Beliau merupakan lulusan sarjana muda bahasa dan kesusasteraan Indonesia mempunyai kepakaran dalam bidang tatabahasa,bahasa rakyat,pribumi dan perkamusan banyak menulis buku tatabahasa seperti Nahu Melayu Mutakhir[1980],Nahu Kemas Kini;Pedoman Bahasa yang baik dan Asmah Haji Omar betul[2008] dan banyak lagi .


Tokoh Bahasa ZamanPascamerdeka Beliau merupakan lulusan sarjana muda sastera dari Universiti Malaya. Beliau telah menerbitkan tatabahasa dewan yang merupakan karya pertama beliau Antara penulisan buku tatabahasa beliau; Tatabahasa Dewan Jilid 1 bersama 3 orang penulis Tatabahasa Dewan Jilid 2; bersama 3 orang penulis lain Nik Safiah Karim


Tokoh Bahasa ZamanPascamerdeka Beliau mendapat kelulusan Ijazah Kedoktoran Sains Sosial dari Universiti Leiden,Belanda banyak membuat kajian diseluruh pelusuk negara terutamnay pengumpulan cerita penglipur lara antara karyanya ialah keluar jendela,ribu tajuk buku baharu dan sebagainya Hasan Ahmad


PENDIDIKAN -Kualiti pengajaran dan hasil pembelajaran murid boleh terjejas kerana tidak semua guru yang mengajar bahasa Melayu mendapat latihan khusus bidang bahasa -kemahiran bacaan,lisan dan menulis diajar berasingan -jumlah masa pengajaran di SK,SJKC dan SJKT dan pengetahuan murid yang berbeza menyebabkan pengajaran bahasa Melayu menjadi sukar -Murid yang hanya menumpukan perhatian pada Bahasa Inggeris Oleh itu,guru perlulah menjalankan sesi pembelajaran dan pengajaran secara kreatif dan inovatif agar pelajar tertarik dengan keunikan Bahasa Melayu dan perlu bijak menyemai sikap cinta tyerhadap bahasa Kebangsaan CABARAN PENGAJARAN DANPEMBELAJARAN BAHASA MELAYU


EKONOMI -Bahasa Inggeris dijadikan bahasa utama dalam dokumen perniagaan syarikat swasta manakala bahasa Melayu sebagai bahasa kedua -Kebanyakan industri menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya terutamanya industri perolehan dan syarikat jual kenderaan -Hal ini kerana masyarakat kini lebih mementingkan bahasa Inggeris berbanding bahasa ibundanya Jadi, bahasa Melayu mestilah digunakan secara meluas dalam bidang ekonomi agar kedudukan bahasa Melayu setanding dengan perkembangan ekonomi


PENTADBIRANKERAJAAN -Perlembagaan telah menyamakan kedudukan bahasa Melayu dan Inggeris yang akan menyukarkan pembangunan dan meluaskan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan bahasa rasmi negara -golongan yang tidak berkeyakinan terhadap kemampuan bahasa Melayu bagi menggantikan peranan Bahasa Inggeris -dengan mengetahui bahasa Inggeris dan mempunyai kebolehan berbahasa Inggeris memudahkan seseorang mendapat pekerjaan dan melanjutkan pelajaran -Dengan ini,sudah tentu masyarakat berlumba-lumba untuk mempelajari bahasa Inggeris


KERANCUAN BAHASA DI MEDIA SOSIAL Pengguna bahasa rancu di media sosial amat mempengaruhi cara bahasa dalam bahasa Melayu Penggunaan bahasa rancu ini telah membanjiri media sosial.Misalnya perkataan ‘cun’ , ‘boek’ dan sebagainya kerana di media sosial pengguna yang berhak menentukan senndiri bahasa yang hendak digunakan semasa berkomunikasi di atas talian -namun kualiti bahasa di media sukar dikawal kerana tiada peraturan bahasa yang mengikatnya -Sesetengah pengarang juga mengenepikan penggunaan bahasa Melayu yang betul dalam penulisan semata-mata untuk menjadikannya menarik dan sesuai dengan apa yang ditulis. Perkara ini menyebabkan kerosakan dalam bahasa Melayu kerana penggunaan tatabahasa yang salah


-kebiasaannya terjadi kepada mereka yang boleh menuturkan lebih dari satu bahasa atau bertutur dalam dialek seperti bahasa Melayu,Cina dan Tamil -percampuran kod bahasa Inggeris dan Melayu merupakan kebiasaan kepada penutur -contohnya; ‘kau free bila?’ , ’jom guys’ dan banyak lagi jelaslah bahawa masyarakat majmuk di Malaysia mengabaikan unsur seni bahasa Melayu dan melakukan pencampuran kod yang meluas dan tidak terkawal.Ini akan mencemarkan seni Bahasa Melayu kerana tidak menggunakan tatabahasa yang betul yang mungkin akan membawa kepada kepupusan identiti sosial Malaysia yang menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Percampuran kod


-penggantian konsonan m dan n kepada ng -penghilangan konsonan seperti perkataan sampai yang ditukar kepada sapa dalam dialek Terengganu -konsonan s dan t pada akhir perkataan digantikan kepada h Percampuran kod yang sering berlaku


-penggunaan bahasa dan ungkapan tak formal yang tidak dianggap standard dalam dialek atau bahasa -perkataan ini sering muncul dalam bidang kosa kata dan merujuk kepada perkara yang dianggap tabu -Bahasa ini digunakan oleh semua peringkat umur Slanga faktor -pengaruh penggunaan harian oleh persekitaran seperti masyarakat dan keluarga -memudahkan untuk menunjukkan ekspresi yang melibatkan ringkasan kepada sesuatu perkataan -contohnya, tidak apa-takpe -digunakan untuk gurauan ,slogan,identiti dan melahirkan perasaan -terhasil daripada bahasa asing -perkataan yang dibentuk diambil daripada bahasa asing dan dituturkan menjadi bahasa Melayu seperti cute menjadi kiut


-sangat penting bagi memastikan proses pentadbiran berjalan lancar -penubuhanPusat Prihatin Budaya Melayu[PPBM] -melibatkan golongan belia dan dewasa yang dapat membantu meneraokan elemen hak asasi kepada masyarakat kerana lebih bercorak pendidikan informal dalam memantapkan jati diri Melayu Penerapan Elemen Hak Asasi


Asmah Haji Omar(2010),Kajian dan Perkembangan Bahasa Melayu Edisi Kedua ,Dewan Bahasa dan Pustaka Khairuddin Mohammad,Ghazali Ismail & Mastura Mohamed Berawi(2014),Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan dan Penterjemahan,Penerbitan Multimedia Nuraiman Mat Daud (2018),Bahasa Melayu untuk Penutur Asing:Isu dalam Pengajaran dan Pembelajaran,Dewan Bahasa dan Pustaka Namri Sidek(2019),3 Jenis Tulisan Orang Melayu Lama https://iluminasi.com/bm/3-jenis-tulisan-orang-melayu-sebelum-jawi-rencong-pallavi-dankawi.html Siti Hajar Abdul Aziz,(2008),Bahasa Melayu 1,Selangor:Oxford Fajar Sdn Bhd Shamsul Azuwani Nawi,Suhasni Dollah,& Zurihan Yusoff,(2020),Pengenalan Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu,Kuala Lumpur Global Mediastreet Sdn. Bhd.


Click to View FlipBook Version