PELAPORAN KAJIAN KES SEJARAH TINGKATAN 4 TAHUN 2021 1.0 TAJUK LAPORAN Sistem Ahli (Usaha Ke Arah Kemerdekaan) 2.0 OBJEKTIF KAJIAN Pertama, dari segi pengetahuan ialah menyenaraikan usaha pemimpin terdahulu menuju ke arah berkerajaan sendiri. Kedua, dari segi kemahiran ialah meneroka bukti iaitu dapat menganalisis dan mengenal pasti kepentingan usaha pemimpin terdahulu dengan keperluan sistem politik pada masa ini. Ketiga, dari segi nilai ialah menanam semangat cinta akan negara. Selain itu, negara kita tanggungjawab kita. Seterusnya memupuk semangat permuafakatan. 3.0 KAEDAH KAJIAN Pertama, saya menggunakan kaedah pembacaan buku teks untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan latar belakang/ pembentukan, ciri-ci dan pentingan Sistem Ahli ke arah kemerdekaan. Kedua, saya mengunakan kaedah media massa iaitu media elektronik seperti video pembelajaran berkaitan dengan Sistem Ahli di Malaysia. Ketiga, saya menggunakan kaedah melayari internet dengan melayari laman web rasmi berkaitan dengan Sistem Ahli dan Sistem Jemaah Menteri. 4.0 DAPATAN KAJIAN / PELAPORAN Dari segi latar belakang atau pengenalan pembentukan Sistem Ahli ialah selepas Perang Dunia Kedua, British menjalankan dasar dekolonisasi, iaitu menyediakan langkah berkerajaan sendiri secara beransur-ansur kepada tanah jajahannya. Kekurangan pegawai tempatan dalam perkhidmatan kerajaan menyebabkan Dato’ Onn Jaafar meminta agar tindakan diambil untuk menambah peluang pentadbiran kepada wakil tempatan dalam usaha menyediakan Tanah Melayu ke arah Kemerdekaan. Cadangan beliau yang selari dengan dasar British membawa kepada pembentukan Sistem Ahli. Pada tahun 1951, Sir Henry Gurney,Pesuruhjaya Tinggi British mengumumkan senarai anggota Sistem Ahli. Sistem Ahli merupakan suatu sistem yang melatih penduduk tempatan menerajui pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu. Beberapa orang anggota Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) diberikan tanggungjawab terhadap beberapa jabatan dan agensi kerajaan. Sistem Ahli ini bertujuan untuk memberikan latihan kepada penduduk tempatan berkaitan dengan pentadbiran negeri sebelum British
memberikan kemerdekaan. Sistem Ahli dilaksanakan pada bulan April 1951 hingga bulan Jun 1955, iaitu sebelum pilihan raya MPP yang diadakan pada bulan Julai 1955. Berikutan itu, tiga portfolio kekal di bawah pentadbiran British iaitu Hal Ehwal Ekonomi, Perindustrian dan Perhubungan Sosial dan Perumahan dan Kerja Raya.Pada tahun 1954 pula, berlaku rombakan Sistem Ahli. Beberapa portfolio baharu diwujudkan dan dijawat oleh warganegara Persekutuan Tanah Melayu yang menjadi anggota MPP. Ciri pertama Sistem Ahli ialah ahli bertaraf “Menteri” dan bertanggungjawab menjaga portfolio yang mengandungi jabatan dan agensi kerajaan. Ciri kedua Sistem Ahli ialah ahli dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi British dengan persetujuan Majlis Raja-raja. Ciri ketiga Sistem Ahli pula, ahli bertanggungjawab mencadangkan undang-undang yang berkaitan dengan jabatannya untuk dibentangkan dalam MPP. Ciri keempat Sistem Ahli ialah ahli diletakkan di bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi. Ciri kelima Sistem Ahli ialah satu sistem kabinet bayangan yang terdiri daripada beberapa pegawai tadbir dan tokoh masyarakat. Antara kepentingan Sistem Ahli ialah menyediakan asas penting dalam melatih orang tempatan ke arah berkerajaan sendiri. Selain itu, penduduk tempatan diberikan pendedahan untuk belajar mentadbir dan menerajui kerajaan. Seterusnya,Sistem Ahli penting dalam proses memupuk perpaduan kerana ahlinya terdiri daripada gabungan pemimpin pelbagai kaum. Akhir sekali,Sistem Ahli penting dalam menentukan Kemerdekaan yang diperoleh mendapat sokongan seluruh penduduk Persekutuan Tanah Melayu. Perbezaan antara sistem pentadbiran dalam Sistem Ahli dengan sistem pemerintahan di negara kita kini (Sistem Jemaah Menteri masa ini). Dari aspek nama keanggotaan, Sistem Ahli anggotanya dikenali sebagai Ahli. Manakala Sistem Jemaah Menteri masa ini anggotanya dikenali sebagai menteri. Dari aspek cara pemilihan pula, Sistem Ahli terdiri daripada pegawai tadbir dan tokoh masyarakat yang dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi, diperkenankan oleh Yang diPertuan Agong. Manakala Jemaah Menteri kini dipilih oleh rakyat melalui sistem pilihanraya. Dilantik oleh Perdana Menteri dan diperkenankan oleh Yang diPertuan Agong. Dari aspek peranan , Sistem Ahli memainkan peranan dalam menguruskan pentadbiran jabatan dan mencadangkan undang-undang. Manakala peranan Jemaah Menteri kini ialah menjadi badan pelaksana kerajaan persekutuan. Boleh mencadangkan, membahaskan dan meluluskan undang-undang. Dari aspek tempoh jawatan , Sistem Ahli dilaksanakan pada tahun 1951-1955. Manakala Jemaah Menteri kini ditentukan melalui keputusan pilihanraya lima tahun sekali.
Dari aspek bilangan ahli atau anggota, Sistem Ahli mempunyai 8 ahli. Manakala Sistem Jemaah Menteri pula mempunyai antara lebih kurang 20 hingga 40 orang Menteri. Antara iktibar atau nilai daripada kerjasama politik pelbagai kaum ialah tanggungjawab terhadap masa depan negara merupakan amanah bagi setiap warganegara. Selain itu, pengamalan sikap berwibawa penting dalam mengukuhkan pembinaan negara bangsa. Seterusnya, kerjasama setiap warganegara amatlah penting kerana ia merupakan benteng pertahanan negara daripada diceroboh oleh kuasa asing. Akhir sekali, semangat perpaduan dan permuafakatan antara kaum penting dalam mewujudkan keamanan negara. Kesimpulan/Rumusan dan Cadangan Pengetahuan yang saya peroleh dari kajian ini ialah berkaitan dengan usaha dan tindakan pemimpin terdahulu dalam mencari jalan mendapatkan kemerdekaan negara daripada penjajah British. Nilai / iktibar yang terdapat dalam membuat kajian kes ini ialah kesanggupan pemimpin terdahulu dalam mengetepikan kepentingan peribadi melahirkan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat. Selain itu, nilai kesungguhan setiap kaum di negara ini untuk mencapai keharmonian dan kesejahteraan. Seterusnya, aspek pendidikan amat penting dalam melahirkan modal insan yang dapat membangunkan negara dipersada antarabangsa. Tambahan lagi, kepentingan bertindak dengan bijak dan telus apabila berdepan dengan sebarang konflik. Harapan saya ialah agar Malaysia dapat mengekalkan kedaulatan negara daripada ancaman luar dan memastikan kejayaan serta kemakmuran negara bangsa tercapai.
5.0 LAMPIRAN
6.0 SUMBER RUJUKAN Buku Ridzuan bin Hasan, Sejarah Tingkatan 4, 2019, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur Nora Johnday,OMG 5.0 Sejarah Tingkatan 4,2021,Myteach Sdn.Bhd. Internet https://prezi.com/p/q6o6t8a8dbv4/wubba-lubba-dub-dub/ http://mohdradzuan.blogspot.com/2011/01/bab-5.html http://yasodra97.blogspot.com/2016/02/jemaah-menteri-kabinet-jemaah-menteri.html http://sistem-kabinet.blogspot.com/ https://online.anyflip.com/mcpkk/egrf/mobile/index.html http://www.kabinet.gov.my/bkpp/index.php/anggota-pentadbiran/menteri Video https://www.youtube.com/watch?v=U1-EsCT-6wM https://www.youtube.com/watch?v=DnlAFRhVLuY https://www.youtube.com/watch?v=johhRT4dlCk