KIMIA TINGKATAN 4
BAB 5 : IKATAN KIMIA
Nuryn Aqeelah Binti Noor Hisham
4 Aman
5.1 ASAS PEMBENTUKAN SEBATIAN
• Gas adi wujud sebagai gas monoatom dan tidak reaktif secara kimia kerana
telah mencapai susunan elektron duplet atau oktet yang stabil
• Ikatan kimia terbentuk apabila berlakunya pemindahan atau perkongsian
elektron
• Ikatan kimia hanya melibatkan elektron valens sahaja
• Ikatan kimia terdiri daripada dua jenis, iaitu ikatan ion dan Ikatan kovalen
5.2 IKATAN ION
• Ikatan ion terbentuk melalui pemindahan elektron antara atom logam
dengan atom bukan logam
• Ikatan ion atau ikatan elektron valens adalah daya tarikan elektrostatik
yang kuat antara ion yang berlawanan cas hasil daripada pemindahan
elektron
PEMBENTUKAN ION
• Atom logam menderma elektron valens untuk membentuk
ion positif atau kation
• Apabila atom menderma elektron, ia akan bercas positif
kerana bilangan proton adalah lebih daripada elektron
didalamnya
• Atom bukan logam menerima elektron daripada atom logam
untuk membentuk ion negarif atau anion
• Apabila atom menerima elektron, ia akan bercas negatif
kerana bilangan elektron adalah lebih daripada proton
didalamnya
PEMBENTUKAN IKATAN ION
• Sebatian ion terbentuk apabila ion yang berlainan cas tertarik antara satu sama lain untuk
membentuk ikatan ion
• Ion positif dan negatif diikat bersama oleh daya tarikan elektrostatik yang kuat
• Daya tarikan elektrostatik yang kuat antara ion dengan cas yang bertentangan dikenali
sebagai ikatan ion
5.3 IKATAN KOVALEN
• Ikatan kovalen terbentuk apabila atom-atom bukan logam berkongsi
elektron untuk mencapai susunan elektron duplet atau oktet yang stabil
• Ikatan kovalen antara dua atom membentuk molekul
• Terdapat 3 jenis ikatan kovalen, iaitu ikatan tunggal, ikatan ganda dua dan
ikatan ganda tiga
IKATAN TUNGGAL
Ikatan tunggal terbentuk apabila dua atom berkongsi
sepasang elektron
Struktur lewis
• Pembentukan ikatan kovalen boleh digambarkan
dengan menggunakan struktur lewis
• Struktur lewis hanya menunjukkan elektron valens
bagi atom yang terlibat
• Sepasang elektron yang dikongsi boleh diganti
dengan satu garisan antara dua atom
IKATAN GANDA DUA
IKATAN GANDA TIGA
Ikatan ganda tiga terbentuk apabila dua atom
berkongsi tiga pasang elektron
Ikatan ganda dua terbentuk apabila dua
atom berkongsi dua pasang elektron
PERBANDINGAN IKATAN ION DENGAN IKATAN KOVALEN
5.4 IKATAN HIDROGEN
• Ikatan hidrogen adalah daya tarikan antara atom hidrogen,H yang
mempunyai ikatan dengan atom yang tinggi keelektronegatifan
• Atom yang tinggi keelektronegatifan adalah nitrogen,N, oksigen,O atau
fluorin,F dengan atom nitrogen,N, oksigen,O atau fluorin,F didalam molekul
lain
PERANAN IKATAN HIDROGEN DALAM KEHIDUPAN HARIAN
• Membentuk dimensi molekul protein
• Mewujudkan ketegangan permukaan
air
• Membolehkan ais terapung
• Menjadi pelarut yang baik
• Apabila rambut basah, molekul protein
membentuk ikatan hidrogen dengan molekul air ,
H2O
• Molekul air, H2O pula membentuk ikatan hidrogen
dengan molekul protein rambut lain
• Hal ini menyebabkan rambut melekat sesama
sendiri
KESAN IKATAN HIDROGEN KEATAS SIFAT FIZIK BAHAN
• Sebatian dalam bentuk cecair mencapai takat didih
apabila daya tarikan antara molekul dapat diatasi
• Tenaga haba yang banyak diperlukan untuk mengatasi
daya tarikan van der waals yang lemah disamping
memutuskan ikatan hidrogen
• Oleh itu, takat didih etanol, C2H5OH adalah tinggi
5.5 IKATAN DATIF
• Ikatan datif atau ikatan koordinat merupakan sejenis ikatan
kovalen yang mana pasangan elektron yang dikongsi berasal dari
satu atom sahaja
5.6 IKATAN LOGAM
• Ikatan logam tersusun rapat dan teratur dalam keadaan pepejal
• Elektron valens atom logam boleh didermakan dengan mudah dan
boleh dinyahsetempatkan walaupun dalam keadaan pepejal
• Ion logam yang bercas positif terbentuk apabila elektron valens
dinyahsetempatkan
• Elektron valens yang dinyahsetempatkan boleh bergerak bebas di antara
struktur logam dan membentuk lautan elektron
• Daya tarikan elektrostatik antara lautan elektron dan ion logam bercas
positif membentuk ikatan logam
KEKONDUKSIAN ELEKTRIK LOGAM
• Apabila elektron pada atom logam dinyahsetempatkan didalam lautan elektron, logam dapat
mengkonduksikan elektrik
• Elektron yang bergerak bebas didalam struktur logam membawa cas dari terminal negatif ke
terminal positif apabila elektrik dibekalkan
5.7 SEBATIAN ION DAN SEBATIAN KOVALEN
SIFAT SEBATIAN ION SEBATIAN KOVALEN
Kekonduksian
Tidak boleh mengkonduksikan Tidakboleh mengkonduksikan
elektrik elektrik dalam keadaan pepejal elektrik dalam semua keadaan
tetapi boleh mengkonduksikan
Keterlarutan dalam elektrik dalam keadaan leburan
air dan atau larutan akueus
pelarut organik Larut didalam air tetapi tidak Tidak boleh larut didalam air
Takat lebur dan boleh larut didalam pelarut tetapi boleh larut didalam pelarut
organik organik
takat didih
Mempunyai takat lebur dan takat Mempunyai takat lebur dan takat
didih yang tinggi. Oleh itu, didih yang rendah. Oleh itu,
sebatian ion tidak meruap dengan molekul ringkas sebatian kovalen
mudah meruap dengan mudah
STRUKTUR SEBATIAN KOVALEN
MOLEKUL RINGKAS SEBATIAN MOLEKUL GERGASI
KOVALEN
CONTOH
Struktur kecil dan ringkas, didapati STRUKTUR Struktur sangat besar, biasanya
dalam bentuk pepejal, cecair atau didapati dalam bentuk pepejal
gas IKATAN
KIMIA Ikatan kovalen yang kuat dalam
Ikatan kovalen yang kuat dalam molekul sahaja. Tiada daya tarikan
molekul dan daya tarikan van der TAKAT LEBUR & van der waals antara molekul
waals yang lemah antara molekul TAKAT DIDIH kerana struktur gergasinya
Rendah kerana hanya sedikit haba Tinggi kerana banyak haba
diperlukan untuk mengatasi daya diperlukan untuk memutuskan
tarikan van der waals yang lemah ikatan kovalen yang kuat
antara molekul
KEGUNAAN SEBATIAN ION DAN SEBATIAN KOVALEN DALAM KEHIDUPAN
1. SEKTOR PERINDUSTRIAN 2. SEKTOR PERTANIAN
- sebatian ion litium iodida, LiI digunakan dalam bateri - sebatian ion ammonium nitrat, NH4NO3 dan kalium
- cat mengandungi sebatian kovalen seperti pigmen dan klorida, KCl digunakan dalam baja
pelarut turpentin - racun perosak yang digunakan untuk membunuh
rumpai dan serangga perosak mengandungi sebatian
kovalen seperti bromoetana, C2H5Br dan kloropikrin,
CCl3NO2
3. KEGUNAAN RUMAH 4. SEKTOR PERUBATAN
- detergen mengandungi sebatian ion natrium klorat - sebatian ion natrium bikarbonat, NaHCO3 digunakan
(V), NaClO3 yang digunakan untuk kerja pembersihan dalam astasid untuk melegakan gastrik
rumah - parasetamol, C8H9NO2 merupakan sebatian kovalen
- gliserol, C3H5(OH)3 merupakan sebatian kovalen yang yang digunakan untuk merawat sakit seperti demam
ditambah kedalam produk penjagaan kulit untuk atau keradangan
melembapkan kulit
Thank you~