KAWASAN RUKUN TETANGGA (KRT)
KAMPUNG PETALIN,
35500 BIDOR,
PERAK DARUL RIDZUAN.
No. Tel. Pengerusi : 012-7736381/ Setiausaha : 016-4606740
______________________________________________________________________________
MINIT MESYUARAT KRT KAMPUNG PETALIN BIL. 2/2020
Tarikh : 25 Oktober 2020 (Ahad)
Masa : 9.00 malam
Tempat : Surau Al- Taqwiyah, Kg. Petalin Baru
35500 Bidor,Perak
Kehadiran : 17/25 orang
1. Tn. Hj. Zaharin bin Jalaludin
2. En. Mohd Riduan bin Badaruddin
3. En. Saiful Azhar Bin Shaari
4. En. Ramlan bin Samaie
5. En. Dinmid bin Kechil
6. En. Muhammad Salleh Bin Hj. Alang
7. En. Adnan Bin Ismail
8. Ustaz Awaluddin Bin Hj. Ismail
9. En. Halim Bin Abdul Aziz
10. En. Khairul Azlan bin Hj. Ahmad
11. En. Nordin bin Ismail
12. En. Mohd Azuan bin Harudin
13. En. Mohammad fairul Fadeley bin mohammad Shafie
14. En. Mohammad Amirul Fithri bin Dinmid
15. En. Shahrunizam bin Zaharin
16. En. Muhammad Syukri Asraf bin Hashim
17. En. Ahmad Sarifuddin bin abdul Rashid
AGENDA 1
1.0 Ucapan Pengerusi KRT (Tn. Haji Zaharin Bin Jalaludin)
1.1 Pengerusi memberikan salam dan ucapan selamat datang kepada semua Ajk yang hadir
dan seterusnya menjemput Ustaz Awaludin bin Haji Ismail memimpin bacaan doa agar
semua mendapat barakah ada malam yang indah ini.
1.2 Pengerusi menyampaikan makluman terkini seperti ketetapan berikut:
1.2.1 Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para ambia
kaum muslimin dan muslimat yang terdahulu pergi meninggalkan kita. Al- fatihah.
1.2.2 Tahniah dan Syabas diatas kehadiran dalam keadaan mengikut SOP Norma Baharu
arahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN)
1.2.3 Mohon berikan kerjasama sebaik mungkin dan jadikan kerja buat kita satu ibadah.
1.2.4 Pegawai Perpaduan dan Penolong Pegawai Perpaduan tidak dapat hadir dan
mereka menyampai ucapan salam dan mesyuarat boleh dijalankan. Sekiranya ada
masalah atau perkara berbangkit boleh terus berhubung kepada mereka
1.2.5 Memaklumkan ini merupan Mesyuarat AJK kali kedua dengan kebenaran pihak
Jabatan Perpaduan.
Tindakan : Makluman
1.2.6 Sempena ulang tahun kelahiran Nabi Muhammad S.A.W pada 29 Oktober 2020
bersamaan hari Khamis , Pihak Surau Al- Takwiyah akan mengadakan Program Gotong
Royong kebersihan luaran dan dalaman surau, mohon AJK KRT turut hadir bersama
membantu.
1.2.7 Urusan akaun bank KRT di Maybank Bidor telah selesai sepenuhnya dan secara
automatiknya urusan pengurusan terdahulu terbatal. No. Akaun : 158109229050
1.2.8 kemas kini Bil Air daripada Lembaga Air Perak dan elektrik daripada Tenaga
Nasional Berhad (TNB) bagi bilik gerakan Skim kejiranan dan KRT Kg. Petalin telah
diusahakan oleh pengerusi pada pagi 15 Sertember 2020. tunggakan bermula bulan Ogos
2019 sehingga 15 September 2020. Ini merupakan perkara utama yang perlu diselesaikan
dahulu, setelah menerima kunci dari pihak pengurusan terdahulu dan sekiranya telah
turun dana dari pihak kerajaan.
1.2.8 Terima kasih kepada pihak Surau Al Takwiyah Kg. Petalin kerana memberi
kebenaran menggunakan sementera surau untuk aktiviti KRT Kg. Petalin. Jika ada
peruntukan dari kerajaan Pihak KRT akan memberi sedikit sumbangan kepada pihak surau
atas kerjasama ini.
1.2.9 Jika ada aktiviti masyarakat demi perpaduan kampung boleh dimaklumkan kepada
setiausaha di sertakan tajuk dan gambar untuk dimaksukkan dalam aktiviti KRT dengan
syarat kita hadir bersama.
1.2.10 Penggunaan wang sendiri ketika ini untuk pengurusan urusan rasmi boleh dibuat
tuntutan kepada bendahari selepas pihak kerajan meluluskan peruntukan dalam masa
terdekat. Perlu bersertakan resit atau tintatif Program atau gambar sekurang-kurangnya.
1.2.11 Mohon maklum dan merayu kepada golongan muda mendaftarlah dengan
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) segera mungkin, bagi yang telah berumur 21 tahun.
Pendaftaran percuma di semua pejabat pos berdekatan dan pihak yang diberi kebenaran
oleh pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).
Tindakan : Semua AJK
1.2.12 Luangkan masa selama 10 minit periksa sekeliling rumah tuan/puan.cari dan
musnah tempat pembiakan nyamuk Aedes.
1.2.13 Memaklumkan peruntukan dan bantuan yang telah diterima olek kampung
Petalin :
a) Unit kerusi roda untuk insan kurang upaya peruntukan dari Ahli Parlimen Tapah.
b) Unit Katil dan tilam untuk pesakit terlantar peruntukan dari Ahli Parlimen Tapah.
c) Cek bernilai Rm30 000 tujuan membina menara dan baik pulih Surau Al-Ikhlasiah
peruntukan Ahli Parlimen Tapah melalui ICU Negeri Perak.
d) Jalan kampung berhampiran rumah En. Asri bin Saidi peruntukan Pembangunan Luar
Bandar(PLB).
e) Menurap jalan kampung dan menukar Calvert di Lorong Pak Uda peruntukan
Pembangunan Luar Bandar(PLB).
f) Set pembesar suara di Surau Al-Taqwa Kampung Bertuah bernilai RM2500 peruntukan
dari Ahli Parlimen Tapah.
g) Baik pulih Benteng aliran longkang berhadapan rumah cik Normaliza binti Mohamed
peruntukan Pembangunan Luar Bandar(PLB).
h) Membaik pulih pagar dan bumbung Tadika Islam Perak peruntukan Majlis Agama
Islam Perak (MAIPk).
Tindakan : Makluman
1.2.14 Mohon jasa baik semua AJK memberi saiz Baju Koperat dan t-shirt kepada
setiausaha untuk tindakan awal sekiranya permohonan kita diluluskan oleh pihak pejabat
Pusat Khidmad Ahli Parlimen Tapah atau Pejabat Dun Ayer Kuning.
1.2.15 Memaklumkan bahawa Jawatankuasa Pembagunan dan Keselamatan Kampung
(JPKK) yang sebelum ini dikenali sebagai Ahli Jawatan Kuasa Sementara Pengurusan
Kampung (JSPK) telah dilantik sepenuhnya terdiri daripada tiga komponen parti yang di
bentuk Perikatan Nasional
a) Tn. Haji Zaharin Bin Jalaludin mewakili UMNO.
b) Ustaz Awalludin bin Haji Ismail mewakili PAS.
c) Tn. Haji Zamiran bin M.Sahid@ MD. Said mewakili BERSATU
d) En. Halim bin Abdul Aziz telah di lantik sebagai setiausaha oleh YM Penghulu Mukim
Bidor. Tahniah kepada semua yang telah dilantik. Berkhidmadlah sebaik mungkin untuk
kampung kita.
Tindakan : makluman
AGENDA 2
2.0 Ucapan Pemimpin Masyarakat (Jika ada)
2.1 Tiada
Tindakan : Makluman
AGENDA 3
3.0 Mengesahkan Minit Mesyuarat KRT Kg. Petalin Bil 1/2020
3.1 En. Saiful Azhar bin Shaari membentangkan Minit Mesyuarat KRT Bil. 1/2020 untuk di
sahkan.
DIcadang : En. Halim bin Abdul Aziz.
Disokong : En. Mohammad fairul Fadeley bin Mohammad Shafie.
AGENDA 4
4.0 Perkara Berbangkit/Maklum Balas
- Tiada -
Tindakan : Makluman
AGENDA 5
5.1 Isu-isu/ Aktiviti/ Program yang dibincangkan
- Tiada
Tindakan : Makluman
AGENDA 6
6.0 Hal-hal Lain
6.1 Pn. Hjh Faizah binti Ariff mencadangkan beberapa program untuk dirancang yang mungkin
sesuai dilaksanakan selepas wabak Pandemik Covid 19 yang melanda negara berakhir kelak;
6.1.1 Program gotong Royong membersih dan men ceriakan kampaung
6.1.2 Pertandingan Memasak masakan tradisional
6.1.3 Kelas mengaji dan Tadabbur Surah Lazim bagi kaum ibu dan bapa. (perkongsian ilmu
dan mendalami ilmu)
6.1.4 Pertandinan Bola Jaring dan Futsal antara KRT atau kampung.
6.1.5 kelas membuat baja DIY jika ada kepakaran boleh juga dibuat secara online.
6.2 En. Halim bin Abdul Aziz memaklumkan bahawa beliau ada berjumpa dan berbincang
dengan Unit Tindakan Khas Mukim Bidor Perihal bumbung rumah beliau yang rosak dan
mohon bantuan jika ada peruntukan.
6.3 En. Dinmid bin Kechil mencadangkan bila mana pihak pengurusan terdahulu menyerahkan
kunci bilik Gerakan KRT perlu ada saksi dan akuan bertulis tanda butiran penerimaan.
6.4 Ustaz Awaludin bin haji Ismail mencadangkan disediakan tabung sumbangan ketika mana
kita mengadakan mesyuarat bulanan untuk kita menampung kos perbelanjaan bagi
mengadakan sebarang bentuk aktiviti.
6.5 En. Saiful Azhar bin Shaari memohon agar sebarang bentuk aktiviti beserta gambar dihantar
kepada beliau untuk dimasukkan kedalam laporan KRT online.
6.6 En. Muhd. RIduan bin Badaruddin mencadangkan agar mengadakan gotong royong
menyelesaikan masalah pokok durian yang tumbang kerumah En. Mohd Ghazali bin Bikman
tempohari.
6.7 En. Muhd Azuan bin Harudin memaklumkan banyak anjing liar di Kg. Bertuah. Cadangan
pengerusi agar hal ini dibawa ke pihak Majlis Daerah Tapah kerana Kg. Bertuah di bawah
kawal selia MDT.
6.8 En. Adnan bin Ismail menyarankan agar Setiausaha Jawatankuas Pembangunan dan
Keselamatan Kampung yang baru dilantik melakukan tranfomasi perubahan penampilan diri
agar dipandang hormat penduduk setempat.
6.9 En. Halim bin Abdul Aziz memaklumkan bahawa pihak pengurusan terdahulu telah
berbincang dengan En. Abdul Malik bin Mohamad perihal serahan kunci bilik gerakan dan
sebagainya kepada pengurusan baru. Serahan kunci tersebut akan akan diberi melalui En.
Abdul Malik Bin Mohamad pada tarikh dan masa yang akan dimaklumkan kemudian.
6.10 Tn. Haji Zaharin Bin Jalaludin memaklumkan bahawa nama lorong kampung yang terkini
Lorong Pak Uda adalah sempena nama salah seorang peneroka awal yang membuka
kampung ini . Untuk makluman Kordinat( longitude dan latitude) jalan ini di rujuk melalui
Pejabat Daerah dan Tanah Batang Padang Tapah untuk Rekod dan rujukan di masa depan.
6.11 Tn. Haji Zaharin Bin Jalaludin mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan
berdoa agar apa yang dibincangkan hari ini memjadi lebih baik dari sebelumnya. Beliau
yakin AJK yang dilantik mampu memberi sepenuh khidmad bakti kepada masyarakat
kampung ini.
Tindakan : Makluman
7.0 Ucapan Penangguhan
Tn. Haji Zaharin Bin Jalaludin mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dengan idea-
idea yang baru. Memohon maaf sekiranya semasa mengendalikan mesyuarat ini ada terkasar
bahasa dan menyinggung perasaan yang hadir harap dapat di maafkan segala kelemahan. Sekian.
Akhir kata di sudahi dengan Surah Al - Asri
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.07 malam.
Di sediakan oleh: Di sahkan oleh
......................................… ………………………………………………………
(Saiful Azhar bin Shaari) (Tn. Haji Zaharin Bin Jalaludin )
Setiausaha Pengerusi
KRT Kg. Petalin Baru KRT Kg. Petalin Baru