The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ngiengkiky, 2022-06-08 22:46:57

DIALOG PERADABAN

DIALOG PERADABAN

MPU23012 (PENGAJIAN ISLAM)

SESI 2 2021/2022
TAJUK: DIALOG PERADABAN

NAMA PENSYARAH: MOHD NORFAEEZWAN BIN BUANG
NAMA AHLI KUMPULAN:

1. NURUL DIYANA BINTI AMIR (20DAT21F1026)
2. SITI AINA NGIENG (20DAT21F1034)
3. NURUL ERNA ERMYZA BINTI MOHD ZAIM ZUHAIRY (20DAT21F1036)

PENGENALAN

Apa itu dialog peradaban?

Menurut Mohd Shauki Abd Majid (2008), perkataan ‘dialog’ ialah istilah
daripada bahasa inggeris iaitu dialogue. Maksud perkataan tersebut ialah
perbicaraan, perbualan, percakapan, pertukaran pendapat, dan tanya jawab.
Berasaskan maksud tersebut, dialog boleh diertikan sebagai “suatu percubaan
antara dua belah pihak yang berlainan pendapat , kepercayaan atau
pandangan untuk melakukan satu aktiviti pertukaran pendapat , dengan tujuan
menambahkan pengetahuan, meningkatkan kefahaman dan seterusnya
membolehkan wujudnya sikap saling memahami antara kedua-dua belah
pihak”. Menurut Kamus Dewan (2005) , dialog boleh didefinisikan sebagai
perbincangan atau perundangan antara kedua pihak yang bertelingkah
kepentingannya. Peradaban pula boleh didertikan sebagai “adab” yang bererti
tingkahlaku serta tutur kata yang halus, budi Bahasa, budi pekerti yang halus,
kesopanan. Menurut Muhammad Naquib al-Attas, peradaban ialah kehidupan
insan yang bermasyarakat yang mencapai taraf kehalusan tatasusila dan
kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakatnya. Terdapat juga definisi
yang diberikan kepada dialog peradaban dari perspektif islam. Menurut Osman
Bakar (1997) menyatakan, “ komuniti dari pelbagai latar belakang bersama
untuk berinteraksi dan mengenali antara mereka untuk mencari kebaikkan
bersama kerana dipaksa oleh keadaan untuk hidup bersama walaupun
mempunyai kepercayaan agama, cara kehidupan beragama, dan ideologi
politik yang berbeza”. Daripada pendapat bertokoh ini, kita boleh
menyimpulkan bahawa dialog peradaban merupakan satu perbincangan yang
diadakan bertujuan menukar pendapat serta menghapuskan dan
mengurangkan kecurigaan, buruk sangka dan salah faham terhadap penganut
agama atau kepercayaan lain.

TEorI HUNTINGToN Tamadun merupakan
entiti budaya yang
terbesar. Dan
perbezaan budaya
membawa kepada
pertembungan antara
tamadun.

Selepas perang dingin,
perbezaan yang paling
ketara antara
masyarakat sejagat
bukan lagi ideology,
politik dan ekonomi
tetapi budaya.

Teras utama kepada isu-
isu yang berkaitan
dengan agenda
antarabangsa
sebenarnya berkaitan
dengan perbezaan yang
wujud antara pelbagai
tamadu.

FAkTor yANG MENyEbAbkAN bErLAkUNyA
kErETAkAN & PErTEMbUNGAN ANTArA
PErAdAbAN.

 Peradaban dibezakan antara satu sama lain oleh sejarah, Bahasa, budaya,
tradisi dan juga ugama.

 Interaksi antara manusia daripada berlainan peradaban semakin
bertambah kerana dunia kini makin mengecil.

 Proses permodenan ekonomi dan perubahan sosial di seluruh dunia
dimana telah memisahkan orang daripada identity tempatan yang telah
lama berakar umbi.

 Ciri-ciri perbezaan kebudayaan dan juga agama merupakan tekanan ynag
hebat di kalangan umat manusia.

dIALoG PErAdAbAN SEbAGAI MEkANISME
MENGHAdAPI CAbArAN

a. Pada tahun bilakah Pertubuhan-Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB)
mengishytiharkan Tahun Dialog Tamadun dan siapakah yang
mencadangkan ia?
- Pertubuhan-Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) mengishytiharkan
Tahun Dialog Tamadun pada tahun 2001 dan ianya dicadangkan oleh
Presiden Iran iaitu Mohammad Khatimi.

b. Mengapakah Dialog Peradaban perlu dilaksanakan?
- Dialog Peradaban perlulah dilaksanakan kerana ianya dapat
membantu dalam menangani permasalahan hasil pertembungan
tamadun secara aman dan bukan secara keganasan atau konfrontasi.

c. Apakah manfaat yang diperolehi daripada Dialog Peradaban?
- Antara manfaat yang akan diperoleh daripada Dialog Peradaban ini
ialah segala masalah global seperti pencemaran alam sekitar,
pemupusan sumber alam, keretakan perhubungan dan perpaduan
dalam masyarakat, perpecahan hubungan keluarga, penyalahgunaan
kuasa dan rasuah, penyalahgunaan dadah dan lain-lain dapat
dibincangkan bersama jalan penyelesaiannya.

d. Bagaimanakah cara untuk membentuk dan mengekalkan nilai moral
dalam masyarakat yang berbilang kaum, agama, etnik dan
kebudayaan?
- Antara cara untuk membentuk dan mengekalkan nilai morak dalam
masyarakat yang berbilang kaum, agama, etnik dan kebudayaan
adalah dengan mengadakan Dialog Peradaban secara berterusan.

ANTArA dIALoG ISU-ISU

Keganasan dan ketidakadilan. Isu ini berpunca daripadakegagalan
pelbagai golongan yang terlibat untuk mengatasimasalah yang
dihadapi melalui meja rundingan

Perebutan kuasa ekonomi dan politik. Terdapat masalah yang
berpunca daripada perebutan kuasa politik atau ekonomi antara
duniaIslam dengan Barat seperti perebutan telaga minyak di Teluk
Parsi.

Layanan buruk. Layanan buruk terhadap orang Islam yg tinggal
dinegara Barat boleh mengakibatkan tindak balas yg tidak terkawal.

Hak asasi.

Teologi/agama.

PrINSIP dAN AdAb dALAM dIALoG PErAdAbAN

 PrINSIP:

o Memahami dan menyedari tujuan dialog yang menjurus
kepada kebaikan

o Memberi manfaat kepada kedua-dua pihak
o Dijalankan dengan penuh keihklasan
o Mampu menjelaskan pandangan dengan baik
o Hendaklah berhemah semasa memberikan pandangan

terhadap tamadun orang lain

 AdAb:

o Menghormati perbezaan fikiran dan keyakinan orang lain
o Memelihara adab dan sopan santun
o Berilmu
o Tiidak mengguna pendekataan

HALANGAN dALAM dIALoG PErAdAbAN

 Bimbang bertukar agama. Keadaan ini berlaku jika perbincangan
berkaitan perbandingan agama menjadi topik utama.

 Merasa rendah diri. Ini menyebabkan ramai tidak bersedia untuk
berdialog.

 Sindiran sosial. Iaitu ada pihak-pihak dalam kalangan penganut atau
kaum yang sama mempertikaikan ketulinan atau pegangan agamanya atau
budayanya jika dia berbaik-baik dengan penganut atau kaum lain.

 Interaksi yang terhad. Iaitu wujud rasa curiga terhadap penganjur dan
pendialog terhadap tujuan dialog diadakan.

kESIMPULAN

Umat Islam sedang berhadapan dengan cabaran yang sangat hebat
samada dari aspek dalaman dan luaran. Kejahilan umat Islam terhadap ajaran
Islam yang menyeluruh menyumbang kepada kemunduran umat Islam di
seluruh dunia. Peluang ini telah membuka ruang luas kepada musuh Islam untuk
menyerang dan melemahkan umat Islam. Sekularisme, Liberalisme dan
Pluralisme menjadikan pemikiran umat Islam jauh dari Al-Quran dan agenda
globalisasi di seluruh dunia menjadikan penaklukan dan pencerobohan kepada
pemikiran masyarakat semakin rancak. Namun begitu, Islam telah meletakkan
kaedah tertentu dalam menghadapi cabaran tersebut.

Rujukan

 https://images.app.goo.gl/ujPgUsHfDVJRwBon6
 https://youtu.be/wP_nu4qWz50
 https://pengajianislam.pressbooks.com/chapter/dialog-peradaban/
 https://youtu.be/3_-Xv_TYxeM
 https://youtu.be/F_BUbzu2eq0


Click to View FlipBook Version