The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 1115-15-amiera, 2022-03-26 05:30:14

manifestasi akal budi dalam puisi tradisional ( syair perahu )

AMIERA FARHANA BINTI MAHMAD ZAHIR (BM4)

Manifestasi akal
budi dalam puisi

tradisional

AMIERA FARHANA BINTI MAHMAD ZAHIR

Rangkap 1

Hamzah Fansuri menyampaikan sebuah syair dengan kata-
kata yang indah tentang perjalanan hidup manusia yang

mencapai pulau kemenangan iaitu akhirat dan sebagaimana
meningkatkan keimanan agar ketika diri sedang berada dalam

keadaan tersebut, kita dapat melaluinya dengan sebaik-
baiknya. Nilai yang terdapat dalam rangkap 1 ialah nilai tauhid.

Rangkap 2



Syair ini meminta kita agar mengenali tuhan, seperti yang
terdapat dalam hadis dan mengibaratkan tubuh manusia itu
seperti perahu yang menjelajahi laut dan menunjukkan bahawa
hidup tidak akan kekal lama kerana Kita hanya akan kekal di

akhirat sahaja.

Rangkap 3

Golongan muda yang dipanggil sebagai arif budiman
menunjukkan generasi depan akan menjadi pemuda atau
pemudi yang bijaksana serta berbudi. Dalam kehidupan di
dunia, manusia mesti memiliki pegangan hidup berlandaskan
agama Allah iaitu Al-Quran dan Hadis agar tidak mudah
terhasut. Nilai yang terdapat dalam rangka ini ialah nilai sosial.

Rangkap 4

Rangkap ini menunjukkan kepentingan bekalan jika ingin ke
lautan. Hal ini bermaksud manusia hendaklah menyediakan

bekalan pahala semasa berada di dunia untuk sampai di
tempat yang ditujui dengan selamat mencapai akhirat. Nilai

yang terdapat dalam rangkap ini ialah nilai pendidikan.

Rangkap 5

Kehidupan manusia juga memerlukan keperluan yang lain
untuk membantunya di akhirat kelak. Keperluan tersebut
seperti amal kebajikan yang menjadikan manusia bertakwa.
Nilai yang terdapat dalam rangkap ini ialah nilai Pendidikan.

Rangkap 6

Ketika kita sedang mengukuhkan iman dan mengumpul
bekalan akhirat seperti melakukan kebaikan, kita pasti akan

menerima pelbagai dugaan dan juga cabaran yang boleh
membawa ke arah kehancuran dalam diri kita jika kita tidak

dapat menghindarinya.

Rangkap 7

Ketika kita memegang keimanan yang baik dan kuat, semakin
kuat dugaan dan cabaran yang kita hadapi dan boleh
menjadikan manusia semakin lemah dan melemahkan
pegangan imannya.

Rangkap 8



Hidup manusia ibarat perantau. Jika manusia tidak dapat
mengharungi dugaan yang diberikan dengan baik maka

dugaan itu akan menyebabkan manusia melakukan
kemungkaran dan menjadi semakin lalai. Oleh itu, manusia
hendaklah mengumpulkan bekalan akhirat dan tidak lalai

dalam kehidupan.

Rangkap 9



Manusia hendaklah menyedari bahawa kehidupan di dunia
tidak kekal kerana dunia hanya bersifat sementara dan dunia
hanyalah tempat manusia mengumpulkan bekalan amal pahala

untuk diakhirat yang kekal.

Rangkap 10

Manusia hendaklah sentisa menguatkan iman dengan
melakukan amalan kebaikan sebanyak yang mungkin kerana
untuk mendapatkan bekalan akhirat adalah tidak mudah. Jalan
yang jauh harus ditempuh dengan dugaan yang lebih banyak

dan mencabar.

Rangkap 11



Kita mestilah memperbanyakkan amalan kerana kehidupan
tidak akan mudah jika tidak mempunyai pegangan. Oleh itu,
untuk mengukuhkan keimanan manusia hendaklah sentiasa

berselawat.

Rangkap 12

Jika manusia berpegang kepada selawat maka perjalanan
hidup manusia akan menjadi mudah. Manusia akan merasakan
bahawa dunia hanyalah tempat persinggahan sementara dan

sampai ke akhirat dengan tujuan akhir yang baik.

Rangkap 13



Selawat yang dipegang dengan teguh dapat melindungi
manusia daripada dugaan yang dihadapi sepanjang perjalanan
kehidupan. Maka dengan itu, manusia hendaklah tetap berjalan

di jalan yang benar dan tidak menyimpang ke arah
kemungkaran.

Rangkap 14



Dalam perjalanan kehidupan akan ada masanya menghadapi
ujian yang besar dan hebat. Ketika menghadapi ujian, kekuatan

iman kepada Tuhan akan diuji yang banyak menyebabkan
manusia gagal dalam dugaan tersebut.

Rangkap 15



Allah akan memberikan ujian kepada hambaNya yang sedang

berjuang mengumpulkan amalan. Ujian tersebut akan
menyebabkan akidah manusia rosak jika tidak dipegang
dengan teguh namun manusia yang ikhlas akan semakin
mengukuhkan keimanannya dan tidak hanyut dengan dugaan

yang diberikan

Rangkap 16

Rangkap ini menjelaskan bahawa tujuan akhir manusia adalah
di syurga dan sebagai hamba di muka bumi dalam jangka

waktu yang telah ditetapkan. Setelah kematian manusa akan
beralih ke alam yang kekal iaitu akhirat. Jika manusia banyak

melakukan amalan kebaikan semasa kehidupan ia akan
mendapat balasan yang baik manakala orang yang kurang

amal akan menerima balasan yang sebaliknya

Rangkap 17



Dalam kehidupan, dugaan bagi setiap manusia adalah perkara

yang melengkapi sesuatu kehidupan. Meskipun sukar, kita
hendaklah tetap menuju jalan yang benar dan sentiasa
berpegang teguh kepada syariat Allah.

Rangkap 18





Laut Kulzum dalam rangkap ini ialah dugaan hidup yang lain
akan sukar dengan dugaan sebelumnya. Manusia yang lalai
akan terlena dan meninggalkan aqidah syariat Tuhan kerana
lebih mementingkan keduniaan ketika menghadapi dugaan

Rangkap 19





Manusia hendaklah sentiasa mengingat Allah dan juga
pegangan akidahnya agar tidak mudah lalai dalam kehidupan
yang membuat pegangan akidah semakin lemah dan hancur

Rangkap 20





Jika manusia berpegang teguh kepada selawat, dugaan yang
dihadapi tidak akan terasa berat kerana Allah akan
meringankan beban itu sehingga akhir nanti dan dia akhirat

Rangkap 21



Rangkap ini menerangkan tentang Wahdatul Wujud yang
kembangkannya. Apabila sampai waktu manusia dan Allah
bersatu iaitu manusia yang bertakwa dengan sebaik-baiknya
serta mereka berjaya sampai di akhirat dengan amal kebaikan

yang lengkap

Rangkap 22



Rangkap ini menjelaskan bahawa manusia sebagai perahu
yang mempercayai kewujudan Allah dan menjadikan ilmu Allah
sebagai petunjuknya dan iman sebagai pegangan kekuatan

menuju kepada Allah

Rangkap 24



Rangkap ini menjelaskan bahawa kewujudan Allah dengan
alam semesta iaitu kamal Allah sebagai tiang agama, memberi
salam sebagai pengerat silaturahim manakala taat dan ibadah

sebagai penguat akidah agama

Rangkap 25



Rangkap ini menjelaskan tentang ibadah yang diibaratkan
sebagai petunjuk jalan kepada manusia ketika sedang berada
dalam keadaan yang bingung ketika menuju ke arah kebaikan

untuk mengumpul bekalan akhirat kelak


Click to View FlipBook Version