M3- Laras Bahasa
&
Komunikasi Lisan
ISMAIL BIN ABDUL SAMAD
LARAS BAHASA AGAMA
Menurut Nik Hassan Basri b. Nik Abdul Kadir,laras agama juga dikenali sebagai laras
doa.
i. Ia menggunakan ragam bahasa yang digunakan dalam lisan dan tulisan
yang berkaitan dengan keagaman dari segi istilah dan diksi.
ii. Dalam konteks agama Islam, kebanyakan pengaruh bahasa yang dipinjam dari
bahasa Arab datangnya daripada bangsa Arab itu sendiri. Hal ini kerana hubungan
orang Islam dari timur tengah dengan penduduk Tanah Melayu menjadi erat dengan
penerimaan agama Islam di rantau ini.Contohnya; sunnah, ibrah, tamsil.
iii. Banyak mengandungi bentuk cerita, kias dan ibarat. Contoh: Syurga dalam bahasa
Arab disebut sebagai ''al-jannah'' yang bermaksdu sebuah taman yang indah, penuh
dengan pelbagai nikmat dan keselesaan....
LARAS BAHASA PANGGILAN
Menurut Awang Sariyan (2007), sistem sapaan bermaksud kaedah yang digunakan oleh
sesuatu masyarakat atau bangsa untuk menegur atau menyapa seseorang, baik dalam
konteks yang rasmi mahupun yang tidak rasmi. Dalam bahasa Melayu, bentuk kata
sapaan yang paling asas dan kerap digunakan ialah penggunaan kata ganti nama diri
sama ada kata ganti nama diri pertama, kata ganti nama diri kedua dan kata ganti
nama diri ketiga. Sistem sapaan dalam aspek panggilan pula merupakan bentuk sapaan
atau rujukan kepada orang tertentu mengikut gelar dan jawatannya.
LARAS PANGGILAN KELUARGA ASAS
Menurut Jariah Mohd Jan (2006), kategori kekeluargaan asas merangkumi perkaitan
persaudaraan yang mempunyai hubungan darah yang ditafsirkan sebagai saudara
darah daging. Hubungan saudara darah daging ini termasuklah hubungan suami –
isteri, adik – beradik, ibu dan bapa kepada ibu dan bapa dan mengunjur ke atas.
Gelaran kekeluargaan asas dalam masyarakat Melayu turut melihat faktor umur dan
pangkat dalam sistem kekeluargaan.
Contoh :
Datuk, nenek, ayah, abah, ibu, emak, kakak, adik
Abang Long, Kak Ngah, Uteh
LARAS PANGGILAN PANGKAT SAUDARA
Lazimnya, kata panggilan yang melibatkan hubungan darah juga melibatkan pertalian
antara keluarga asas dengan adik-beradik serta saudara sebelah ibu dan bapa. Oleh
yang demikian dalam masyarakat Melayu misalnya, saudara terdekat bapa dan ibu
sesuatu keluarga asas yang terdiri daripada adik-beradik bapa dan adik-beradik ibu
disebut ‘ibu saudara’ dan ‘bapa saudara’ manakala anak mereka disebut ‘anak saudara
‘ dan ‘sepupu’.
Biasanya, masyarakat Melayu memanggil bapa saudara sama ada sebelah ibu atau
bapa dengan gelaran yang mengikut urutan.
LARAS PANGGILAN FORMAL
Sapaan dalam situasi formal biasanya ditujukan kepada golongan yang berpangkat
tinggi dan dihormati dalam masyarakat sama ada kepada yang mempunyai gelaran
kurniaan kerajaan seperti Yang Berhormat, Datuk, Datin, pegawai-pegawai tinggi
kerajaan, ketua-ketua kaum, tuan imam, ustaz dan sebagainya.
Panggilan hormat" bagi maksud formal juga merujuk kepada sebutan sebelum
namanya yang digunakan bagi menghormati individu tertentu berdasarkan kedudukan
mengikut keturunan, jawatan, Anugerah Darjah Kebesaran yang diterima dan
keagamaan. Panggilan hormat ini lazimnya digunakan pada surat, sampul surat, kad
jemputan, teks juruacara, teks ucapan dan sebagainya.
LARAS PANGGILAN HORMAT
Panggilan Hormat ini dikategorikan seperti berikut:
Panggilan Hormat Diraja; Panggilan Hormat untuk jawatan;
Panggilan Hormat untuk para penerima Darjah Kebesaran
Persekutuan; Panggilan Hormat untuk keturunan; Panggilan
Hormat untuk ahli agama; dan Kaedah Penggunaan Panggilan
Hormat untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja
Malaysia (PDRM), Ahli Akademik dan Pasukan/Badan-badan
Beruniform
CONTOH :
a. Panggilan Hormat untuk Yang Berhormat Ahli Dewan Negara yang dianugerahkan
Darjah Kebesaran Panglima Jasa Negara (P.J.N.) yang membawa gelaran Datuk
maka Panggilan Hormatnya ialah YB Senator Datuk diikuti dengan nama. Bagi yang
tidak mempunyai gelaran maka Panggilan Hormatnya ialah YB Senator diikuti
dengan nama;
b. Penerima yang dikurniakan Darjah Kebesaran Panglima Sefia Mahkota (P.S M.) yang
membawa gelaran 'Tan Sri' maka Panggilan Hormatnya ialah YM Tan Sri Raja diikuti
dengan nama
c. Keagamaan : Mufti : Sahibus Samahah Kadi Besar/Kadi : Sahibul Fadillah
Ustaz : Al-Fadhil Haji /Hajjah: Tuan /Puan
LARAS BAHASA KANAK-KANAK
Laras Bahasa Kanak-kanak mempunyai ciri-ciri seperti;
• Kosa katanya terdiri daripada kata akar, kata nama konkrit,
kata kerja dan kata adjektif. • Kosa katanya kurang
berbanding dengan kosa kata untuk orang dewasa •
Bilangan imbuhan yang digunakan terhad, dan imbuhan
untuk membentuk kata abstrak tidak terdapat dalam laras ini.
• Struktur ayat yang banyak digunakan ialah struktur ayat
aktif bentuk tunggal. • Bahasa perlambangan langsung tidak
digunakan dan begitu juga dengan bentuk bahasa yang
berbunga-bunga.
LARAS BAHASA KANAK-KANAK
• Contoh Laras Bahasa Kanak-kanak; Suatu ketika dulu, ada seekor arnab dan
seekor kura-kura berselisih pendapat tentang siapa yang boleh berlari lebih pantas.
Kemudian mereka mengambil keputusan untuk menyelesaikan perselisihan itu
dengan mengadakan satu perlumbaan. Mereka bersetuju tentang masa dan
jalan-jalan yang bakal dilalui dalam perlumbaan itu. Pada suatu hari yang sesuai,
perlumbaan tersebut pun dimulakan. Arnab lari selaju-lajunya. Kemudian dia
berhenti dan mendapati kura-kura tertinggal jauh di belakang. Arnab pun
mengambil keputusan untuk berehat sebentar di bawah sebatang pokok di mana
dia akhirnya tertidur dengan nyenyak. Kura-kura mengesot dengan tidak
berhenti-henti dan akhirnya dia memenangi perlumbaan itu. Arnab terjaga dari tidur
tetapi sudah terlambat kerana kura-kura telah sampai ke garisan penamat
LARAS BAHASA UNDANG-UNDANG
LARAS BAHASA UNDANG-UNDANG • Laras
undang-undang ialah sejenis laras teknikal. • Laras
undang-undang mempunyai ciri-ciri kelainannya tersendiri
iaitu tidak mengandungi gambar, jadual, simbol dan
sebagainya serta struktur ayatnya terdiri daripada prinsip
undang-undang diikuti oleh syarat-syarat dan diakhiri oleh
keputusan undang-undang.
• Contoh:
Setelah saman disampaikan dan catatera penyampaian dibuat, pendaftar harus
memberikan notis kepada plaintif atau peguamnya mengenai hal itu dan mengenai
cara saman disampaikan.
TAJUK 3 : KOMUNIKASI LISAN
Apa itu komunikasi lisan?
Komunikasi verbal merujuk kepada jenis komunikasi yang
melibatkan penggunaan tanda-tanda linguistik (huruf dan
fonem). Ini bermaksud bahawa ia semestinya memerlukan
penggunaan kata atau ungkapan bertulis atau lisan.
Komunikasi verbal, bersama dengan komunikasi bukan lisan
adalah dua jenis komunikasi utama. Walau bagaimanapun,
komunikasi lisan adalah unik bagi manusia kerana melibatkan
penggunaan kata.
https://ms.encyclopedia-titanica.com/comunicaci-n-verbal
PERTUKARAN IDEA MELALUI UCAPAN
Ia adalah pertukaran idea melalui ucapan. Agar proses ini berlaku,
mesti ada kod yang umum bagi semua yang terlibat, yang dalam hal
ini adalah bahasa atau bahasa.
Dengan kata lain, tidak boleh ada komunikasi lisan tanpa adanya
bahasa, dan ini pada gilirannya dilaksanakan melalui pertuturan.
Komunikasi lisan tidak hanya merujuk kepada kata-kata dan frasa
yang dinyatakan dalam pertuturan, tetapi juga suara dan nada yang
menyertai komunikasi. Dengan cara ini, jeritan, desahan,
onomatopoeia atau suara khas juga merupakan bentuk komunikasi
lisan.
APAKAH onomatopoeia ?
Onomatopoeia Ia adalah perkataan yang berasal dari bahasa Latin onomatopoeia,
walaupun asalnya berasal dari perkataan Yunani. Ini mengenai tiruan
atau rekreasi bunyi sesuatu dalam istilah yang digunakan untuk maksudnya . Ia juga
boleh merujuk kepada fenomena visual .
Sebagai contoh: "Kenderaannya bergerak di zigzag sehingga ia melanda pokok".
Dalam kes ini, onomatopoeia "Zigzag" merujuk kepada jalan berayun yang dirasakan
dengan rasa penglihatan.
Onomatopoeia juga kata-kata atau ungkapan itu meniru bunyi yang dibuat oleh
binatang , dan ini digunakan oleh anak-anak muda dari banyak dan sangat pelbagai
budaya, walaupun mereka juga sangat biasa dalam kesusasteraan.
"Wow" (anjing), "Meow" (kucing), "Mengintip" (burung), "Quack" (itik), "Kikiriki" (aya
m), "Muu" (lembu) dan "Oink" (babi) adalah yang paling onomatopoeia popular.
Adalah menarik untuk diperhatikan bahawa setiap bahasa mempunyai onomatopoeia
sendiri dan banyak kali perbezaannya agak besar, walaupun hakikatnya istilah-istilah ini
timbul dari tiruan suara yang sama.
https://ms.erf-est.org/13306-onomatopeya.html
CONTOH KOMUNIKASI LISAN
1. TEMURAMAH
Temu ramah ialah proses komunikasi dua hala yang formal. Temu ramah dilakukan secara
terancang. Proses asas dalam temu ramah adalah menyoal (oleh orang yang menemu ramah) dan
menjawab (oleh orang yang ditemu ramah). Tujuan temu ramah adalah untuk mendapatkan
maklumat. Oleh itu, temu ramah selalunya adalah berdasarkan suatu tajuk, isu atau persoalan
yang telah ditetapkan terlebih dahulu...
Temu ramah adalah istilah yang dihubungkan dengan kata kerja wawancara (tindakan
mengembangkan perbualan dengan satu atau lebih orang dengan tujuan untuk membincangkan
topik tertentu dan dengan tujuan tertentu ).
CIRI-CIRI TEMURAMAH
1. Mempunyai objektif mendapatkan maklumat
Temu ramah mempunyai objektif untuk mendapatkan maklumat. Oleh itu semua
soalan soalan yang dikemukakan adalah bersifat soalan yang mengharapkan
jawapan
2. Mempunyai orang yang menyoal vs meenjawab – Contoh :PEMBERITA/PEGAWAI
PENYIASAT/PELAPOR
Temu ramah mempunyai orang yang menyoal. Soalan-soalan tertentu disediakan
oleh orang yang menemu ramah itu. Soalan-soalan dibentuk khas untuk
mendapatkan jawapan dari orang yang ditemu ramah.
3. Dalam erti kata lain , Temu ramah boleh mempunyai tujuan kewartawanan dan
dikembangkan untuk mewujudkan komunikasi tidak langsung antara orang yang
ditemubual dan khalayaknya. Dalam pengertian ini, wawancara dapat dirakam
dengan perekam untuk dibuat semula di radio atau sebagai fail audio, direkam
dengan kamera video untuk menangkapnya di video atau ditranskripsikan ke dalam
teks.
TUGASAN TUTORIAL MINGGU 3
Dengan menggunakan pengetahuan anda tentang Laras Bahasa Undang-Undang,
hasilkan dialog satu sesi perbicaraan di sebuah mahkamah Majistret.
Format :
1. Isi tidak mengandungi bahan yang sensitif yang berkaitan kaum, agama, menyalahi
moral.
2. Mengikut format skrip drama “Satu Babak”
3. Tidak melebihi satu muka surat, Font : ARIAL/Saiz huruf 11. Tuliskan nama dan
opsyen.