PANDANGAN SERONG MASYARAKAT NON MUSLIM TERHADAP MUSLIM DI MALAYSIA AL-ABRAR P E N G A J I A N I S L A M EDISI TERHAD 2024 • ISLAM MENYEMBAH BANGUNAN BATU? muslim • MASYARAKAT NON MUSLIM TERPENGARUH DENGAN AGENDA BARAT • CABARAN MUSLIM BEEHADAPAN DENGAN NON MUSLIM • BAGAIMANA SIKAP LAYANAN MUSLIM TERHADAP TEMAN NON MUSLIM MAJALAH
ISI KANDUNGAN 1 1. Sidang Redaksi 2 -Tintaeditor -Karyawan 2. Pengenalan 3 3. Artikel -Islam menyembahbangunanbatu? 4 -Masyarakatnon muslim terpengaruhdengan agendabarat 6 -C- abaran muslim berhadapandengannon muslim -Bagaimanasikaplayanan muslim terhadapteman non muslim? 9 10 4. Rujukan -Senarai 12
SIDANG REDAKSI •TINTA EDITOR DI RUANG REDAKSI YANG PENUH DENGAN KEBERKAHAN DAN CAHAYA ILAHI, SEORANG EDITOR DUDUK DENGAN PENUH TAWADHU DI BALIK MEJA KERJANYA. DENGAN HATI YANG TULUS, DIA MEMILAH-MILAH TULISAN-TULISAN YANG AKAN DISAJIKAN KEPADA PEMBACA DENGAN PENUH KEIKHLASAN. DIA ADALAH SEORANG EDITOR, PENJAGA KEBENARAN DAN KEINDAHAN YANG TERSEMBUNYI DI ANTARA BARISBARIS HURUF. DENGAN TELITI, DIA MENYUNTING SETIAP KATA DEMI KATA AGAR MEMBAWA MANFAAT DAN KEBAIKAN BAGI YANG MEMBACANYA. DIA TIDAK HANYA MENGEDIT, DIA MENYEMPURNAKAN SETIAP KALIMAT AGAR MENGALIR SEIRING DENGAN PETUNJUK ALLAH SWT. SETIAP KATA YANG DISUSUNNYA ADALAH DOA YANG TERUCAP, AGAR MEMBAWA RAHMAT DAN KEBERKAHAN KEPADA PEMBACA YANG MENGAMATINYA. KETIKA MAJALAH TERBIT, SETIAP HALAMAN ADALAH CERMIN DARI KEBAIKAN DAN KEBENARAN. MEREKA MENJADI SUMBER ILMU DAN INSPIRASI, MENGANTARKAN PEMBACA PADA PERJALANAN ROHANI YANG MEMBAWA MEREKA LEBIH DEKAT KEPADA-NYA. DAN DI BALIK SETIAP TERBITAN YANG MELAMBANGKAN KEINDAHAN, ADA SEORANG EDITOR YANG BERUSAHA DENGAN SUNGGUH-SUNGGUH, TERUS MENERUS MENJAGA AGAR SETIAP KATA DAN KALIMAT YANG TERPAMPANG ADALAH SEJALAN DENGAN AJARAN-NYA, MEMBERIKAN PENCERAHAN DAN HIDAYAH KEPADA MEREKA YANG MEMBUTUHKANNYA. FAKHRUL ARIF MUHAMMAD ANAS NOH AZEEM ADAM HAFIY 23DIB23F1062 23DIB23F1044 23DIB23F1012 23DIB23F1070 •KARYAWAN 2
Masyarakat kini lebih mempercayai media sosial berbanding dengan ulama' dengan itu banyak salah faham berlaku apabila ada pendapat yang terpesong daripada akidah islam. Mereka tidak sedikit pun tergerak hati untuk menyelidik lebih dalam tentang isu yang berkaitan dengan agama islam. Sebagai sebuah negara islam kita memegang prinsip yang diajarkan oleh agama islam iaitu untuk menerima kehadiran agama lain serta berbuat baik sesama manusia. Sebagai masyarakat muslim di malaysia,marilah kita lihat dengan lebih mendalam berkenaan dengan tanggapan atau pemikiran rakyat non muslim terhadap islam secara keseluruhan PENGENALAN Islam merupakan agama yang sering disalah faham oleh masyarakat terutamanya yang bukan islam (non muslim). Pelbagai tuduhan, salah anggapan dan kata- kata keji terhadap islam. Ini menyebabkan keunggulan islam tidak terserlah dan indah. Ini menjadi punca orang bukan islam tidak tertarik untuk mendekati bahkan memusuhi islam dan lebih malang lagi ada dikalangan umat islam meragui dan keliru terhadap islam. Islam adalah agama yang indah dalam kehidupan. Justeru, umat islam perlu ada kesedaran untuk memperbetulkan keadaan. "Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam" -Surah Ali Imran 19- Firman Allah: 3
aripada dalil ini jelaslah menyebutkan bahawa perintah tersebut adalah kebenaran yang datang dari Allah. Pada tahap pertama disebutkan bahwa kiblat Kaabah tersebut sesuai dengan apa yang diinginkan oleh Rasul SAW sendiri dan padanya disebutkan bahawa hal tersebut merupakan kebenaran yang disukai dan diredai oleh Allah Abu Aliyah telah menafsirkan ayat ini dengan menyatakan : Orang Yahudi mempunyai arah yang ditujuinya, orang Nasrani pun mempunyai yang ditujuinya. Tetapi kamu wahai umat Islam, telah ditunjukkan Allah kepadamu kiblatmu yang sebenar." Di dalam tafsir al-Azhar menyatakan bahawa Nabi Ibrahim a.s berkiblat ke arah Kaabah, ummat Yahudi berkiblat ke Baitul Maqdis, umat Nasrani berkiblat ke sebelah Timur, dan nabi-nabi yang lain juga mempunyai arah kiblat mereka sendiri. Kaabahlah kiblat umat Nabi Muhammad SAW yang tidak berubah hingga hari kiamat, samada kita berada di manapun samada di timur, barat, utara mahupun selatan, hadaplah ke arah kaabah. ISLAMMENYEMBAHBANGUNANBATU? Ramai orang beranggapan terutamanya masyarakat yang bukan beragama islam bahawa orang islam menyembah bangunan yang diperbuat daripada batu di Mekkah ataupun memyembah kaabah. Perkara ini adalah salah kerana Islam tidak mengajarkan umatnya untuk menyembah sesuatu selain Allah SWT. َّوَل َوْجَهَك َشْطَر اْلَمْسِجِد اْلَحَرام َوِمْن َحْيُث َخَرْجَت َف FIRMAN ALLAH SWT : صىل Dan dari mana sahaja engkau keluar (untuk mengerjakan sembahyang), maka hadapkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haraam (Kaabah). Al Baqarah 149 TAFSIRAN DALIL. KAABAH DAN BERHALA akkah adalah kota suci bagi umat islam dan dikunjungi setiap tahun oleh berpuluh juta umat islam dari seluruh dunia untuk menunaikan ibadah haji dan umrah. Setiap hari umumnya umat islam menghadap "Kaabah" untuk menunaikan solat fardhu 5 waktu sehari semalam. Kaabah merupakan kiblat dan lambang perpaduan umat islam. Tegasnya kaabah hanyalah arah bagi umat islam untuk mendirikan solat dan bukanlah satu entiti yang diagungkan dan disembah oleh umat islam sejagat Manakala hampir semua agama seperti hindu dan kristian yang menjelmakan tuhan dan dewa mereka dalam bentuk fizikal untuk disembah dan dipuja. Sebagai contoh agama hindu membentuk dewa mereka yang dikenali sebagai Dewa Brahma didalam bentuk berhala atau patung untuk dipuja dan menjalankan aktiviti spritial mereka seperti ketika perayaan thaipusam dan deepavali. Bagi agama kristian pula mereka menjelmakan tuhan (Nabi Isa) mereka untuk sebagai lambang kebanggaan dan keagungan. Mereka mempercayai bahawa tuhan telah menjelmakan diri di dalam bentuk manusia sebagai juru selamat dan menyalib dirinya untuk menebus dosa umat manusia. D M Penulis : Fakhrul Arif 4
ISLAMMENYEMBAHBANGUNANBATU? UMAT ISLAM TERLALU MEMPERTIKAIKAN TUHAN ORANG KAFIR mat islam pada waktu kini terlalu mempersoalkan tuhan dan kepercayaan orang bukan islam sehingga membawa kepada penghinaan. Sebagai contohnya menghina berhala sembahan agama lain secara terbuka seperti di media sosial ataupun ketika perucapan awam. Perkara ini menyebabkan mereka turut mempersoalkan umat islam yang menghadap kaabah dan menawafnya. Tanpa soal selidik mereka menghujahkan bahawa umat islam pula menyembah bangunan batu atau menyembah dinding di masjid. Allah menegaskan supaya tidak mencela sembahan orang kafir sesuai dengan firmannya: َيُسُّبوا َهللا َعُدًوا ِبَغْيِر ِعْلٍم َف ِذيَن َيْدُعوَن ِمْن ُدوِن هلِلا َّل َواَل َتُسُّبوا ا Maksudnya: “Dan janganlah kamu memaki dan mencela sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana nanti mereka akan membalas dengan cara memaki Allah melampau-lampau pula tanpa ilmu.” Surah Al An'am 108 U erdasarkan ayat ini amat besarlah akibatnya apabila kita berlebihan ketika berkata-kata. Dr. Wahbah alZuhaili menyebutkan, Allah SWT melarang Rasul-Nya dan orang beriman daripada mencela sembahansembahan orang Musyrikin sekalipun dalam hal itu adanya maslahah. Akan tetapi mafsadah daripada perbuatan tersebut adalah lebih besar daripada maslahahnya iaitu orang-orang Musyrikin akan membalas kembali dengan mencela Tuhan orang-orang beriman yakni Allah, tiada tuhan yang sebenar-benarnya berhak disembah melainkan Dia. Oleh itu kita haruslah menjaga setiap tutur kata kita. Orang islam yang baik adalah umat islam yang juga menjaga setiap percakapannya. Tidak salah bagi kita untuk menyampaikan kebenaran kepada orang bukan islam tetapi kita perlulah menjaga hati dan perasaan mereka supaya mereka boleh menerima islam dengan hati terbuka. Ingatlah setiap percakapan kita akan mencerminkan diri kita yang sebenar. B 5 CABARAN UMAT ISLAM PADA HARI INI abaran terbesar umat islam yang terkini bukanlah sahaja datang dari musuh musuh bukan islam tetapi datang juga dari kalangan orang islam itu sendiri. Mereka lebih memilih untuk berfikir menggunakan logik akal berbanding berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah. Mereka dikenali di Malaysia sebagai penganut "islam liberal" Mereka inilah yang menentang sesuatu ajaran islam supaya dapat menjadikan ajaran itu sesuai dengan nafsu mereka. Lebih sukar untuk kita melawan "gunting dalam lipatan" ini berbanding musuh yang jelas lagi nyata. Merekalah yang akan merosakkan agama dari dalam kerana mereka menyampaikan fahaman mereka dengan bertopengkan agama islam itu sendiri. Penulis ingin mengaitkan fahaman islam liberal ini berdasarkan pandangan mereka terhadap bangunan suci umat islam ini. Sebahagian besar golongan ini beranggapan bahawa Kaabah ini adalah simbol semata dan menghadapnya dan mengelilinginya adalah sebagai ritual agama sahaja. Sebaliknya bagi kita, menghadapnya untuk menunaikan solat dan mengelilinginya untuk menunaikan haji. Kedua-dua ibadah ini adalah perkara paling mulia kerana terdapat di dalam rukun islam ke dua dan ke lima. Perkara yang paling parah, mereka merasakan orang kafir bebas untuk masuk ke tanah suci ini sewenang-wenangnya. Fahaman golongan liberal ini tidak harus dipamdang enteng kerana ia akan mengganggu kesucian agama islam itu sendiri. Akhirulalkalam, sebagai orang islam yang memegang amanah terhadap agamanya haruslah melindungi diri dan keluarga daripada terjebak dengan fahaman islam liberal ini. Jika bukan kita siapalah yang akan melindungi mereka. Sekian. Asaf Ali Ashgar Fyzee Pengasas Islam Liberal C
MASYARAKATNONMUSLIMTERPENGARUH DENGANAGENDABARAT Penulis : Adam Hafiy MASYARAKAT NON-MUSLIM TERPENGARUH DENGAN AGENDA BARAT Kita dapat lihat bagaimana pihak Barat menggunakan media bagi mengecam orang Islam dan negara-negara Islam dengan pelbagai istilah. Mereka menggambarkan Islam sebagai penghalang kepada kemajuan dan kerana itulah masyarakat Islam dilihat sebagai ortodoks, fundamental dan konservatif. Istilah-istilah tersebut kemudiannya menjadi lebih keras dan kasar sehingga menampakkan setiap tindakan yang diambil oleh orang Islam sebagai menakutkan. Manakala, di atas dasar perasaan takut, mereka kemudian mencipta pula persepsi Islamofobia dan mengaitkannya dengan keganasan, pembunuhan, rampasan kuasa dan lain-lain tindakan jenayah. Sehinggakan, mereka membentuk persepsi bahawa pakaian yang digunakan sebahagian masyarakat Islam sebagai amat menakutkan atau ditafsirkan mempunyai kaitan dengan penjenayah. Oleh yang demikian, ikon Islam sudah dilihat sebagai suatu perkara yang salah dan bertentangan dengan kebebasan manusia. Selain itu, menara masjid juga dilihat sebagai faktor yang mendorong kepada keganasan. Perspektif yang salah ini semakin berkembang dalam masyarakat Barat sehinggakan terdapat negara yang berusaha untuk menggubal undang-undang mereka bagi melarang apa sahaja unsur yang berkaitan dengan Islam (Aziz Jamaludin, 2011). Tambahan pula, terdapat penerbitan beberapa filem berunsur Islamofobia seperti filem ‘Innocence of Muslim’ arahan Sam Becille yang secara jelas menghina Islam dan Rasulullah s.a.w. serta menunjukkan salah faham terhadap agama Islam itu sendiri (Azizan Baharuddin el at, 2014). Filem-filem lain seperti ‘Taken’ dan ‘Escape Plan: Hades’ pula menggambarkan imej orang Islam yang membawa watak yang jahat. Menurut Azizan Baharuddin el at (2014), Perkara seperti ini terjadi berikutan dengan beberapa insiden keganasan yang berlaku di dunia seperti peristiwa 11 September 2001 di New York sebagai pencetus kepada fenomena Islamofobia. Pada hari tersebut, kira-kira 2,996 nyawa telah terkorban. Selain itu, peristiwa pengeboman di Madrid pada 11 Mac 2004 melibatkan kematian 191 orang juga pengeboman di London pada 7 Julai 2005 yang meragut 52 nyawa oleh pengganas yang disyaki Muslim. Peristiwa-peristiwa seperti ini akhirnya menyebabkan umat Islam dikaitkan dengan keganasan (terrorisme). TANGGAPAN BURUK TERHADAP IMEJ ISLAM Masyarakat non-Muslim bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia melihat akan perpecahan yang berlaku dalam kalangan umat Islam. Hal ini berlaku adalah kerana,negara Islam sendiri kian lama semakin berpecah kepada kumpulan-kumpulan tertentu. Akibat daripada perpecahan ini, banyak masalah yang timbul dan mendapat lebih banyak pandangan negatif daripada masyarakat Non-Muslim. Walaupun Islam sangat mengambil berat kepada perpaduan, tetapi masyarakat Islam terus berpecah dan menjadi lemah. Di antara punca umat Islam berpecah ialah kerana terdapat banyak ajaran sesat yang muncul di Malaysia . Contohnya , ajaran pegangan Arifin bin Mohd atau lebih dikenali sebagai Ayah Pin yang merupakan ajaran palsu , sesat menyeleweng , bertentangan dengan akidah , syariat dan akhlak Islam serta boleh membawa ancaman kepada ummah, negara dan ketenteraman orang awam kerana kepercayaan, ajaran, amalan yang disebarkan . Hakikatnya, ia telah menyebabkan masyarakat Non-Muslim memandang serong terhadap Muslim di Malaysia kerana mengamalkan ajaran yang bertentangan dengan ajaran agama Islam yang sebenarbenarnya 6
MASYARAKATNONMUSLIMTERPRNGARUH DENGANAGENDABARAT GAYA HIDUP SEORANG MUSLIM DI MALAYSIA Tidak dapat dinafikan bahawa segelintir gaya hidup seorang Muslim di Malaysia jauh lebih mengikut gaya hidup Non-Muslim . Disebabkan cara didikan oleh ibu bapa yang bebas dalam mendidik anak-anak tanpa mengikut ajaran Islam menyebabkan anak-anak tidak mendalami ajaran agama Islam dengan betul . Contohnya , dari segi pemakaian , pergaulan dan lain-lain lagi. Memang tidak dapat dinafikan bahawa , ibu bapa pada zaman sekarang tidak menitik beratkan ajaran Islam kepada anak-anak mereka sedangkan anak-anak dapat mendalami ajaran Islam bermula dengan ibu bapa mereka sendiri . Selain itu , pada zaman sekarang kita dapat melihat bahawa ramai Muslim yang jauh tidak mengambil berat mengenai hukum Islam . Seperti , banyak di media sosial gambar yang tidak menutup aurat dan bertentangan dengan hukum Islam lakonan antara perempuan dan lelaki yang ajnabi . Oleh sebab itu , ia menyebabkan masyarakat Non-Muslim memandang serong terhadap seorang Muslim. Seterusnya, disebabkan faktor rakan sebaya yang mengundang pandangan negatif terhadap Muslim di Malaysia . Pergaulan antara rakan Non-Muslim boleh menyebabkan seorang Muslim terpengaruh . Contohnya , pada zaman sekarang kita dapat lihat di media sosial bahawa ramai remaja pergi ke kelab malam kerana terpengaruh .Sebagai Muslim kita tahu bahawa melakukan perkara yang dilarang dalam agama Islam itu berdosa , tetapi sebaliknya dengan rakan Non-Muslim kerana mereka tidak mendalami Islam . Mereka beranggapan bahawa jika seorang Muslim melakukan perkara yang dilarang dalam Islam itu tidak mengapa .Oleh sebab itu , lebih ramai Non-Muslim yang memandang serong terhadap Muslim di Malaysia. CADANGAN BAGI MENGELAKKAN MASYAKARAT NON-MUSLIM MEMANDANG SERONG TERHADAP MUSLIM DI MALAYSIA : 1) MENGADAKAN SEMINAR KEFAHAMAN AGAMA & BUDAYA Oleh kerana banyak kekeliruan yang timbul apabila seseorang itu memeluk Islam seperti istilah ‘masuk Melayu’, maka seminar ini hendaklah juga dianjurkan terutama sasarannya kepada ahli-ahli badan dakwah. Seminar ini bertujuan untuk mendedahkan bahawa saudara baru masih kekal dengan identitinya bangsa walaupun telah memeluk Islam selagi mana adat budayanya tidak bercanggah dengan Islam. Identiti Saudara Baru dan Pengamalan Adat Budaya. 2) MELAKUKAN DAKWAH MELALUI MEDIA ELEKTRONIK Satu perbincangan khas hendaklah dibuat dengan stesen-stesen TV dan radio di negara kita untuk mendapatkan beberapa slot khas misalnya, TV1,TV2, TV3, NTV7, TV8 dan TV9. Isuisu yang boleh dibincangkan berkaitan isu-isu agama Islam yang disalah fahamkan dan isuisu semasa kontroversi yang memerlukan penerangan dari perspektif Islam. Stesen-stesen TV ini janganlah terlalu bersifat komersial, terutama stesen TV swasta. Sudah sampai masanya kita berfikir untuk memanfaat alat ini demi kepentingan masa depan agama dan dakwah. 3) MENGADAKAN SAMBUTAN PERAYAAN YANG TIDAK BERTENTANGAN DENGAN ISLAM Antara perayaan besar negara yang perlu disambut oleh jabatan agama dan pertubuhan dakwah dengan melibatkan jemputan pelbagai kaum ialah sambutan bulan puasa, hari raya puasa, hari raya Quran, tahun baru Cina, pesta tanglung (Moon Cake Festival), dan sebagainya. Acara-acara yang boleh diselitkan adalah jamuan makan melibat jemputan parti politik dan NGO-NGO bukan Islam. Atur cara jamuan tersebut boleh diselitkan program kefahaman Islam, forum antara budaya dan persembahan lagu-lagu memuji tuhan dalam pelbagai bahasa dan sebagainya 7
kefahaman yang rendah oleh masyarakat bukan islam terhadap ajaran islam menimbulkan salah faham. Ajaran Islam yang disampaikan kepada masyarakat Islam hanyalah secara umum seperti tidak boleh minum arak , tidak boleh makan babi, sehinggakan hendak menyebut perkataa babi pun takut dan digantikan dengan perkataan khinzir. Apabila ini berlaku, maka orang bukan islam akan memandang serong kepada agama Islam keran mereka tidak memahami mengapa dan kenapa sesuatu perkara itu dilarang kerana tidak mendapat penjelasan yang terperinci. kefahaman rendah masyarakat terhadap bukan islam CABARANMUSLIMBERHADAPANDENGAN NONMUSLIM PENULIS BY: ANAS 8
Masyaraat bukan islam bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia melihat akan perpecahan yang berlaku dalam golongan islam. Hal ini kerana negara Islam sendiri telah berpecah belah. Akibat daripada perpecahan itu ini banyak masalah tidak dapat diselesaikan . Walaupun Islam sangat ambil berat kepada perpaduan, tetapi masyarakat Islam terus berpecah dan menjadi lemah. Diantara sebab umat Islam berpecah ialah kerana lahirnya pelbagai parti politik dan pertubuhan dakwah serta sifat ketaksuban terhadap pemimpin . tanggapan buruk terhadap islam Dari sini kita dapat lihat bagaimana pihak barat menggunakan media massa bagi mengecam orang Islam dan negara-negara Islam sebagai penghalang kepada kemajuan. Manakala, di atas dasar perasaan takut, mereka kemudiannya mencipta pula persepsi islamfobia dan mengaitkannya dengan keganasan, pembunuhan, rampasan kuasa dan lain-lain tindakan jenayah. Masyarakat bukan islam terpengaruh dengan agenda barat Hal ini menyebabkan, proses dakwah menghadapi masalah kerana sesuatu kumpulan tidak akan senang untuk menerima idea selain dari kumpulannya. Peristiwa sebegini akhirnya menyebabkan masyarakat bukan islam menjauhkan diri dengan umat islam CABARANMUSLIMBERHADAPANDENGAN NONMUSLIM 9
BAGAIMANASIKAPLAYANANMUSLIM TERHADAPTEMANNON-MUSLIM? Sebagai seorang Muslim, mungkin seringkali muncul di benak kita tentang pertanyaan bagaimana seharusnya sikap yang sebaiknya diambil terhadap teman non-Muslim ? Seperti yang kita ketahui, menjaga hubungan yang baik dengan sesama manusia termasuk dari berbagai latar belakang agama, dianggap sesuatu yang sangat penting dalam Islam. Lantas, bagaimana seharusnya kita bersikap dengan mereka? Nah, mari kita bahas lebih lanjut. Menghormati perbezaan agama Sebagai seorang Muslim, langkah awal yang perlu kita ketahui adalah memahami bahwa dalam Islam kita diajarkan untuk menghormati perbedaan. Allah SWT berfirman dalam Al-Quran (Q.S. Al-Hujurat :13) Dalam hubungan dengan teman non-Muslim, kita harus memperlakukan mereka dengan hormat dan menghargai keyakinan agama mereka sebagaimana kita menghargai keyakinan kita sendiri. Tidak hanya mencerminkan sikap yang baik, hal ini juga menjadi bagian dari akhlak yang diajarkan oleh Islam. "Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lakilaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal." 10
Seorang Muslim memiliki tanggung jawab untuk memberikan contoh yang baik dan menyebarkan nilai-nilai Islam kepada orang lain. Tidak terkecuali kepada teman-teman non-Muslim kita. Dengan begitu, kita sedang menjalankan peran untuk berkontribusi dalam membangun hubungan yang baik dan saling menghormati dengan orang lain dari berbagai latar belakang agama. Allah SWT berfirman dalam Al-Quran (Q.S. Al-Imran [3]:110) Berbagi-bagi nilai Islam Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya ahli kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka." Dengan menjalani kehidupan yang sesuai dengan ajaran Islam dan menunjukkan akhlak yang baik kepada teman-teman non-Muslim, kita dapat membantu mereka memahami dan menghargai nilai-nilai yang kita anut. BAGAIMANASIKAPLAYANANMUSLIM TERHADAPTEMANNON-MUSLIM? Membantu tanpa menyebarkan agama Meskipun penting untuk berbagi nilai-nilai Islam dengan teman non-Muslim, namun kita harus tetap melakukannya tanpa merasa perlu menyebarkan agama kita secara paksa. Dengan menjalani kehidupan yang sesuai dengan ajaran agama Islam serta memberikan contoh yang baik dalam berperilaku, dapat menjadi salah satu cara pendekatan yang paling efektif. Allah SWT berfirman dalam Al-Quran (Q.S. AlBaqarah [2]:256) Dalam hubungan dengan teman non-Muslim, kita harus tetap menghormati kebebasan mereka untuk memilih keyakinan mereka sendiri. Kita dapat berbagi pengetahuan tentang Islam jika mereka tertarik, kita tidak boleh memaksa atau mengkritik keyakinan agama mereka. Tidak ada paksaan dalam beragama. Sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat." 11
RUJUKAN Artikel 1 : https://zulkiflialbakri.com/8-penghinaan-terhadap-agamaislam/#:~:text=Maksudnya%3A%20%E2%80%9CDan%20janganlah%20kamu %20memaki,%2Dlampau%20pula%20tanpa%20ilmu.%E2%80%9D https://www.ibnukatsironline.com/2015/04/tafsir-surat-al-baqarah-ayat149-150.html?m=1 Artikel 2: https://issuu.com/dynashmsul04/docs/mpu23032_pengajian_islam_efolio_. docx/s/25022148 Artikel 3: https://fliphtml5.com/puntg/hrem/basic https://www.rumahzakat.org/id/teman-non-muslim Artikel 4: SENARAI