NUTFAH : Iaitu peringkat pertama bermula selepas persenyawaan atau minggu pertama. Ianya bermula setelah berlakunya percampuran air mani ALAQAH : Peringkat pembentukan alaqah ialah pada hujung minggu pertama / hari ketujuh . Pada hari yang ketujuh telor yang sudah disenyawakan itu akan tertanam di dinding rahim (qarar makin). Selepas itu Kami mengubah nutfah menjadi alaqah.
MUDGHAH : Pembentukan mudghah dikatakan berlaku pada minggu keempat. Diperingkat ini sudah berlaku pembentukan otak, saraf tunjang, telinga dan anggota-anggota yang lain. Selain itu sistem pernafasan bayi sudah terbentuk.Vilus yang tertanam di dalam otot-otot ibu kini mempunyai saluran darahnya sendiri. Jantung bayi pula mula berdengup. Untuk perkembangan seterusnya, darah mula mengalir dengan lebih banyak lagi kesitu bagi membekalkan oksigen dan pemakanan yang secukupnya. Menjelang tujuh minggu sistem pernafasan bayi mula berfungsi sendiri. IZAM DAN LAHM : Pada peringkat ini iaitu minggu kelima, keenam dan ketujuh ialah peringkat pembentukan tulang yang mendahului pembentukan otootot. Apabila tulang belulang telah dibentuk, otot-otot akan membungkus rangka tersebut NASY'AH KHALQAN AKHAR : Pada peringkat ini iaitu menjelang minggu k-8 , beberapa perubahan lagi berlaku. Perubahan pada tahap ini bukan lagi embrio tetapi sudah masuk ke peringkat (janin).Pada bulan ketiga, semua tulang janin telah terbentuk dengan sempurnanya Kuku-kukunya pun mula tumbuh. Pada bulan keempat, pembentukan uri menjadi cukup lengkap menyebabkan baki pranatel bayi dalam kandungan hanya untuk menyempurnakan semua anggota yang sudah wujud. Walaupun perubahan tetap berlaku tetapi perubahannya hanya pada ukuran bayi sahaja.
NAFKHUR-RUH : Iaitu peringkat peniupan roh. Para ulamak Islam menyatakan bilakah roh ditiupkan ke dalam jasad yang sedang berkembang? Mereka hanya sepakat mengatakan peniupan roh ini berlaku selepas empat puluh hari dan selepas terbentuknya organ-organ tubuh termasuklah organ seks. Nilai kehidupan mereka telah pun bermula sejak di alam rahim lagi. Ketika di alam rahim perkembangan mereka bukanlah proses perkembangan fizikal semata-mata tetapi telahpun mempunyai hubungan dengan Allah s.w.t melalui ikatan kesaksian =Sumber rujukan= https://www.studocu.com
KEJADIAN MANUSIA MENGIKUT PERSPEKTIF BARAT Manusia merupakanmakhluk istimewa yangwujud di atas muka bumi ini .Keunikan dari segi kemampuanakal yang membezakan manusiadaripada makhluk yang lain. Wujud fahaman berbezaberkaitan falsafah asal usulkejadian manusia itu sendiri. Kajian demi kajian dilakukan bagi mencari jawapan kepada persoalan mengenai asal usul manusia
ASAL KEJADIAN MANUSIA MENURUT AHLI FALSAFAH BARAT PLATO ( SM) Alam idea (intellectual world) vs alam indera (sensual world). Asal kewujudan manusia: wujud di alam idea dan alam nyata. Manusia berasal dari dunia idea. ARISTOTLE ( SM) Menentang teori dunia idea kerana tidak dapat dibuktikan secara empirikal. Hanya wujud alam indera (dunia nyata). Manusia terangkum dalam semua sifat benda wujud: benda keras(jamadat), hidup vegetatif (tumbuhan) dan hidup vegetatifsensetif (haiwan) dan rasional. ARISTOTLE ( SM) Semua benda yang wujud akan mati kecuali yang rasional kerana ia merupakan roh yang akan terus ada setelah manusia meninggal dunia. Menurut Aristotle lagi, manusia hidup mencari kebahagiaan. Kekayaan, kesenangan material, kemuliaan dan lain-lain bukanlah kebahagiaan sejati. LA METTRIE (1709-1751 M) Manusia hanyalah ibarat mesin. Begitu juga halnya dengan binatang sehingga tiada bezanya antara manusia dan binatang.
Bahan tanpa jiwa boleh bergerak tetapi jiwa tanpa bahan tidak mungkin bergerak. Manusia hanyalah bahan benda atau material semata-mata. FEUERBACH (1804-1812 M) Menurut beliau yang wujud hanyalah alam. Manusia merupakan benda alami, iaitu yang berasal daripada alam semulajadi. Pengetahuan manusia adalah berdasarkan pengalaman. Aliran falsafah ini dinamakan naturalisme dan ia boleh bertukar menjadi materialisme. KARL MARX (1818-1883 M) Manusia tidak bererti tanpa masyarakat. Kekuatan-kekuatan material adalah faktor yang mendorong dan menentukan sejarah masyarakat manusia. Manusia hidup ditentukan oleh keadaan ekonomi. Agama adalah candu masyarakat. Menjadi antara faktor lahirnya fahaman komunisme dan sekularisme. SIGMUND FREUD ( M) Adanya alam bawah sedar yang mengendalikan sebahagian besar perilaku. Tingkah laku manusia didorong oleh hasrat seksualiti yang permulaannya dialami manusia semenjak kecil ketika disusui ibunya.
SIGMUND FREUD (1856-1939 M) Jiwa memiliki tiga peringkat kesedaran: sedar (conscious), prasedar (preconscious), dan tidak sedar (unconscious). Mengatakan bahawa satu-satunya kecenderungan manusia adalah asmara (seks) yang menjadi pendorong kepada segala perkembangan manusia dan tingkah lakunya. 2= Kejadian manusia mengikut Barat Teori Darwin Manusia merupakan salah satu makhluk ciptaan untuk melengkapi kehidupan di muka bumi ini. Manusia mempunyai keistimewaan yang tersendiri berbanding kehidupan lain kerana manusia dikurniakan dengan akal fikiran untuk berfikir dan bertanggungjawab untuk mentadbir alam ini. Manusia terdiri daripada tiga unsur, antaranya ialah: mind, body, dan spiritual. Dengan kata lain, manusia terdiri daripada akal/minda, biologikal/fizikal, dan roh. Dengan adanya otak yang dapat berfikir dengan baik, manusia menjadi pemimpin di kalangan semua haiwan/makluk yang ada di alam/bumi. Komponen fizikal merangkumi semua organ/anggota tubuh manusia serta
bahagian lain yang zahir/dapat dilihat dan dipegang secara langsung. Manakala komponen roh(hani) pula komponen yang wujud tetapi tidak dapat diperhatikan secara zahir/fizikal yang kekal ada dalam setiap manusia. Roh yang mendorong manusia mencipta/mencari sistem kepercayaan. Fikiran pula merupakan kebolehan untuk menilai dan bertindak secara logik/rasional. Terdapat dua teori yang membincangkan falsafah kejadian manusia. Antaranya ialah teori mengikut agama Islam dan teori evolusi Darwin dari Barat. Kedua-dua teori ini mempunyai pandangan yang berbeza berkaitan dengan falsafah kejadian manusia. Teori mengikut agama Islam telah dijelaskan di atas. Seterusnya pula kita bincangkan teori evolusi Darwin dari Barat. Di Barat, falsafah kejadian manusia dikaji melalui teori Darwin. Charles Darwin adalah dari lingkungan orang yang taat beragama Kristian dan merupakan sarjana muda teologi. Charles Darwin mengemukakan teori proses evolusi makhluk hidup sehingga menghasilkan makhluk tertinggi yang disebut manusia. Teori evolusi ini ditunjang oleh bukti-bukti yang kukuh, cukup banyak dan menyakinkan. Bukti berupa fosil adalah makhluk yang berupakan antara beruk dan manusia. Ini menunjukkan bukti bahawa evolusi demikian pernah terjadi. Pada saat manusia meragui teori tersebut, di Trinil, Ngawi menemui fosil manusia kera yang merupakan penghubung antara bentuk kera dengan manusia sempurna yang selama ini dicari. Ini terjadi pada tahun 1891. Dunia ilmu pengetahuan menjadi gempar, kerana dengan demikian cukuplah bukti yang diperlukan untuk melengkapi teori Darwin. Manusia Trinil ini bentuknya adalah gabungan manusia dan kera. Oleh sebab itu ia disebut Pithecantrophus erectue (Pithecus bermaksud kera, antrophus adalah manusia manakala erectus bermaksud berdiri.). Jelas di sini, makhluk ini berdiri tegak seperti manusia dan tingginya kurang dari manusia kerdil namun otaknya jenis kera kerana ia kurang dari 1000cc. Demikianlah fosil tersebut melengkapi bukti
teori bahawa manusia itu marupakan hasil evolusi. Sesudah itu, fosil demi fosil yang ditemui memperkuatkan teori Darwin. Rujukan https://people.utm.my Jamiah HJ manap. 2007. Asas Biologi, Prenatal, Baby & Kanak-kanak. Universiti Kebangsaan Malaysia: Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan. Zulkifli Mohamad, Nasruddin Yunas dan Mohamad Sabri Haron. 2006.Tamadun Islam Dan Tamadun Asia. Universiti Kebangsaan Malaysia: Pusat Pengajian Umum. Jafar Mahmud. 2004. Development Psychology. New Delhi:APH Publishing Corporation. Eckartdt, G and Sprung, L. 1992. Contributions To A History Of Development Psychology.New York: Mouton Publishers. http://www.utusan.com.my http://www.bharian.com.my
Konsep kejadian manusia daripada perspektif biologi LELAKI PEREMPUAN SPERMA OVUM ZIGOT EMBRIO FETUS BAYI