The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-46233877, 2024-06-09 04:45:34

Minit mesyuarat Bil 1 2024

Minit mesyuarat Bil 1 2024

1 MINIT MESYUARAT PENGURUSAN TINGKATAN 6 BIL. 1/ 2024 Tarikh : 7 Mei 2024 Masa : 1.30 petang Tempat : Dewan Tn Hj Mohd Noorzam SMK Beaufort II Agenda : 1. Ucapan Pegerusi 2. Pengesahan Minit Mesyuarat Bil 1 / 2023 3. Perkara Berbangkit 4. Analisis Keputusan Semester 1 STPM 2024 5. Program Peningkatan Akademik Semester 2 STPM 2024 6. Sasaran Semester 2 STPM 2024 7. Kerja Kursus Semester 2 8. Pengurusan HEP 9. Pengurusan Ko-Kurikulum 10. Majlis Graduasi Pelajar sesi Tahun 2022 / 2023 11. Hal-hal lain Kehadiran:- 1. En. Matudin Akup - Penolong Kanan Tingkatan 6 2. En. Rahim Ghapar - Guru Kokum Tingkatan 6 3. En. Sani Tari 4. En. Mohd Asneh Awg Abd Rahman 5. Pn. Zaharah Yasin 6. En. Martin Wong 7. En. Leo Ansie 8. En. Vitus Bailen 9. En. Abd Rahman Bujang 10. Cik Rosyati Mat Zaini 11. En. Dainis Odong 12. En. Linus Masingan 13. Pn. Siti Juita Majid 14. Pn. Jainah Hasim


2 1.0 Ucapan Pengerusi 1.1Pengerusi mengucapkan salam keagamaan. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua guru Tingkatan 6 atas pencapaian keputusan Semester 1 STPM 2024 dan Ulangan Semester 1 STPM 2023. (Tindakan: Makluman dan tindakan semua guru Tingkatan 6) 2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Pengurusan Bil 1/2023 2.1 En. Vitus Bailen mencadangkan minit mesyuarat Pengurusan Bil 1/ 2023 disahkan dan disokong oleh semua guru Tingkatan 6 (Tindakan: Makluman semua guru Tingkatan 6) 3.0 Perkara Berbangkit 3.1 Tiada perkara yang dibangkitkan 4.0 Analisis Keputusan Semester 1 STPM 2024 4.1 Pengerusi memaklumkan gred purata yang dicapai dalam Semester 1 STPM 2024 ialah 2.0 menurun sebanyak 0.4 berbanding tahun sebelumnya. Dua mata pelajaran meningkat ( Ekonomi dan Seni Visual), enam mata pelajaran lain menurun. (rujuk lampiran analisis mata pelajaran). Pengerusi juga memaklumkan seramai 3 orang pelajar mendapat A, seorang A- dan 11 orang mendapat B+. Bilangan mendapat A boleh diusahakan sehingga 7 orang. Manakala bilangan F, D, Dt boleh dikurangkan dan diusahakan mendapat C. Pengerusi seterus memaklumkan 5 orang pelajar yang mendapat PNGK di bawah 1.00 ibubapa akan dipanggil pada 8 Mei 2024 (Khamis). Pengerusi berharap pencapaian Semester 2 STPM 2024 boleh ditingkatkan. Tindakan : Makluman dan Tindakan semua guru Tingkatan 6 / KU Akademik / Pk Tingkatan 6 5.0 Program Peningkatan Akademik Semester 2 STPM 2024 5.1 Pengerusi berharap semua unit teah merancang program peningkatan mata pelajaran masing-masing. Program seperti kelas tambahan boleh dimulakan awal dan perhimpunan hari isnin pelajar Tingkatan 6 boleh dikecualikan dan diisi dengan kelas tambahan 5.2 En. Mohd Asneh mencadangkan menjemput pemeriksa kertas dari SMK Beaufort.


3 5.3 Pengerusi juga mencadangkan guru-guru Tingkatan 6 menawarkan diri untuk ‘relief’ kelas Tingkatan 6 jika rakan guru Tingkatan 6 tidak berada di sekolah. Selain itu, beliau juga turut mengingatkan untuk mengadakan program bagi pelajar yang mengulang. Tindakan : Makluman dan Tindakan semua guru Tingkatan 6 /KU Akademik 6.0 Sasaran Semester 2 STPM 2024 6.1 Pengerusi memaklumkan jika keputusan Semester 1 boleh mencapai NGK 2.41, untuk semester 2 diharap boleh mencapai 2.04. Jika boleh dicapai, bilangan F boleh dielak Tindakan : Makluman dan Tindakan semua guru Tingkatan 6 7.0 Pelaksanaan Kerja Kursus STPM 2024 7.1 Pengerusi berharap pelaksanaan kerja kursus untuk Semester 2 berada dalam kerangka. Pelajar perlu dipantau supaya boleh mendapat gred A. pelajar bermasalah pula, boleh disenaraikan dan diserahkan kepada pentadbir Tindakan : Semua Guru Mata Pelajaran 8.0 Pengurusan HEP 8.1 Pengerusi memaklumkan pengurusan HEP akan dkendalikan oleh Puan Rosyati. Beliau juga mengingatkan kehadiran pelajar dipantau. Pelajar yang tidak hadir 3 kali berturut atau 10 hari berkala perlu diberi surat amaran 1. Seterusnya jika berlarutan dan diberi surat amaran 2, ibu bapa perlu dipanggil dan disyorkan berhenti 8.2 En. Vitus meminta semua guru sama-sama memantau dan menegur penggunaan ‘handphone’ dalam kalangan pelajar. Pelajar sepatutnya mengguna secara berhemah bukan menunjuk-nunjuk boleh menggunakan ‘handphone’ sepanjang masa. 8.3 En. Abd Rahman memaklumkan agar semua tingkah laku baik pelajar dilaporkan dalam SSDM. Jika mengikut taklimat yang diberikan oleh En. Agus, nilai yang diperolehi oleh pelajar akan dipertimbangkan ke IPT. Tindakan : Semua Guru Tingkatan 6 9.0 Pengurusan Kokurikulum Tingkatan 6 9.1 En. Rahim selaku Guru Kokum Tingkatan 6 mengucapkan terima kasih kepada semua guru penasihat unit kokum kerana telah membantu menyelesaikan perkara yang dirancang pada tahun 2023. Beliau juga turut mengucapkan terima kasih kepada semua guru kelas sesi


4 tahun 2022/23 kerana telah menyelesaikan PAJKS kelas masing-masing. Beliau memaklumkan pencapaian gred A menurun dari 26 orang pada sesi sebelumnya kepada 20 orang sahaja. 9.2 En. Rahim juga mengingatkan semua guru penasihat menjalankan tanggungjawab dan membantu pelajar menjalankan aktiviti terutamanya unit permainan. Aktiviti boleh dipelbagaikan seperti kemahiran bukannya bermain sahaja. 9.3 En, Rahim turut memaklumkan jadual perjumpaan kokum akan dikeluarkan. Beliau juga meminta agar Pelan Taktikal mengikut unit kokum dihantar. Akhir sekali beliau mengucapkan terima kasih kepada semua guru penasihat unit kokum kerana telah menghantar Laporan Kokum 2023. 9.10 En. Martin memaklumkan agar pelajar boleh mendapat markah dalam kokum, tidak perlu menunggu perjumpaan yang dijadualkan. Pelajar boleh dilibatkan dengan aktiviti luar dan dibuat laporan. Selain itu, disesuaikan dengan keadaan semua aktiviti atau taklimat boleh dijadikan sebagai perjumpaan. Sebagai contoh, beliau menjadikan aktiviti scramble peringkat daerah dan negeri sebagai cara untuk pelajar mendapat markah 9.11 En. Rahim menjelaskan perjumpaan kokum sebenarnya tidak cukup. Untuk mencukupkannya beliau menutupnya dengan semua aktiviti sekolah yang melibatkan pelajar Tingkatan 6. Untuk aktiviti luar pula akan dilaporkan dalam extra kokum. Seterusnya beliau juga meminta senarai nama guru pengiring dimasukan dalam laporan. Begitu juga dengan perjumpaan. 9.12 En Matudin mencadangkan agar taklimat cara mendapat dan peluang mendapat markah diberikan kepada pelajar. Untuk program sekolah pula, pelajar Tingkatan 6 boleh dilibatkan dengan dilantik sebagai pengarah dan AJK pelaksana. Bagaimana pun perlu merujuk kepada pentadbiran Tingkatan 6 terlebih dahulu. 9.13 En Rahim menjelaskan taklimat telah diberikan kepada pelajar Tindakan : Makluman dan Tindakan semua Guru penasihat unit Kokum/Guru Kelas 10.0 Majlis Graduasi Pelajar sesi Tahun 2022 / 2023 10.1 Pengerusi memaklumkan pengarah program ialah En. Linus. Beliau meminta pengarah program mengadakan mesyuarat untuk membincangkan tarikh dan tempat. Tinjauan awal juga sudah boleh dibuat Tindakan : Makluman dan Tindakan Pengarah Program


5 11.0 Hal-hal Lain 11.1 En. Vitus memaklumkan peruntukan untuk sukan dan permainan tiada. Beliau mengucapkan terima kasih atas sumbangan peribadi untuk Petanq. 11.2 Pengerusi memaklumkan tiada peruntukan khusus untuk Tingkatan 6. Jika ingin menyertai sebarang aktiviti, boleh berhubung dengan pihak sekolah (Ketua Kerani). Beliau mencadangkan jika menghantar pelajar, selain dana lain boleh mencuba memohon dari sekolah. 11.3 En. Rahim memaklumkan ada peruntukan tapi untuk penyertaan sahaja, kos lain perlu ditanggung sendiri. Bagaimanapun boleh cuba memohon. 11.4 Pn. Juita ingin tahu jika menggunakan duit sendiri terlebih dahulu dan tuntutan dibuat kemudian . 11.5 Pengerusi menasihatkan jangan guna duit sendiri 11.6 En. Martin mencadangkan buat anggaran belanjawan dalam kertas kerja dan dapatkan kotasi dari kedai. Biarkan kedai yang berurusan dengan sekolah. 11.7 En. Abd Rahman memaklumkan untuk kemungkinan pakej mata pelajaran sedia ada akan diteruskan untuk sesi seterusnya kerana menunjukkan pencapaian pelajar yang baik 11.8 Pengerusi memaklumkan guru Geografi meminta untuk sesi baru bilangan pelajar Geografi dikurang dan diseimbangkan dengan jumlah pelajar 11.9 En. Rahim meminta Bilil Che Rose diselesakan 11.10 En. Asneh memaklumkan guru-guru boleh menggunakan laptop. Beliau juga menawarkan diri menjadi guru jadual waktu Tingkatan 6 11.11 En Martin meminta masalah bekalan elektrik diselesaikan 11.12 Pengerusi memaklumkan isu elektrik sudah dipanjangkan kepada pentadbir. Beliau juga meminta guru-guru menyesuaikan masa 30 minit dengan p&p masing-masing untuk mencapai objektif 11.13 Pengerusi memaklumkan bagi isu relief guru-guru Tingkatan 6 hanya membantu jika guru keluar terlalu ramai dan bukan diberi keutamaan untuk diberi relief. Beliau juga mengingatkan guru Tingkatan 6 yang bertugas sebagai guru relief bertanggungjawab membuat relief dan dipantau oleh pentadbir. 11.14 Pengerusi seterusnya juga memaklumkan peruntukan mata pelajaran (PCG) akan digunakan untuk membeli LCD kecuali Sains Sukan dan sebahagian SV. ( Mata pelajaran yang sudah menggunakan peruntukan PCG Muet, PAM sebahagian. 11.15Pengerusi berharap semua guru dapat menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan dan sama-sama merealisasikan Tingkatan 6 Tindakan : Makluman dan semua guru Tingkatan 6


6 Oleh kerana tidak ada apa-apa yang lagi yang dibincangkan, mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.15 petang Disediakan Oleh: Disemak Oleh: ---------------------------------- -------------------------------- ( PN. JAINAH HASIM ) ( EN. MATUDIN AKUP ) Setiausaha Penolong Kanan Tingkatan 6 Pengurusan Tingkatan 6 SMK Beaufort II SMK Beaufort II Disokong Oleh : Dicadang Oleh :


Click to View FlipBook Version