0
1 PENDAHULUAN Bahagian Pendidikan Islam (BPI), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menjalankan program membudayakan kajian tindakan semenjak tahun 2014 dalam kalangan guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Bermula tahun 2015, setiap sekolah dikehendaki membuat kajian tindakan dan menghantar sekurang-kurangnya satu kajian tindakan ke Sektor Pendidikan Islam (SPI), Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) dan BPI. Pada tahun 2016, BPI telah mengumpulkan sebanyak 180 kajian tindakan. Seterusnya 310 pada tahun 2017 dan 675 pada tahun 2018. Simposium Kajian Tindakan Sekolah Agama KPM kali pertama telah diadakan pada 12-13 November 2018 di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. Sebanyak 41 kajian tindakan terpilih telah dibentangkan dengan dihadiri seramai 187 orang peserta daripada pentadbir sekolah, guru, pensyarah universiti dan pegawai-pegawai KPM. Simposium tersebut dilaksanakan dengan kerjasama Fakulti Pendidikan KUIS dan Persatuan Intelektual Muslim Malaysia (PIMM). Pada tahun 2021, pembudayaan kajian tindakan di negeri Sarawak diperluaskan kepada guru pendidikan Islam dan 18 pembentangan kajian tindakan telah dibentangkan pada SimposiumKecemerlangan Pendidikan Islam pada tahun 2021. Pada tahun 2022, Simposium Kajian Tindakan Pendidikan Islam yang dirancang sebagai intervensi untuk memastikan pembudayaan penulisan Kajian Tindakan terhadap guru Pendidikan Islam di Sarawak di laksanakan secara dalam talian dengan penampilan 36 orang pembentang melibatkan 16 daerah. Pada tahun 2023, simposium ini disemarakkan lagi dengan menampilkan 54 orang pembentang dan melibatkan hampir kesemua daerah dengan pelaksanaan secara bersemuka di 3 zon Kuching, Sibu dan juga Miri.
2 ATURCARA MAJLIS Tarikh : 4 Disember 2023 Hari : Isnin Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang Tempat : Penview Hotel, Kuching ********************************************************************************** ATURCARA MAJLIS PENUTUPAN Masa Aktiviti 1600 Ketibaan jemputan Nyanyian lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku Bacaan Ikrar Bacaan doa Ucaptama Ketua Penolong Pengarah SPI Persembahan montaj Penyampaian hadiah Sesi bergambar 1700 Bersurai Masa Aktiviti 0800 - 0810 Bacaan doa 0810 - 0815 Kata aluan 0815 - 1015 Slot pembentangan 1 (6 pembentangan) 1015 - 1030 Rehat (Minum Pagi) 1030 - 1230 Slot pembentangan 2 (6 pembentangan) 1230 - 1400 Rehat (Makan tengahari/solat Zohor) 1400 - 1600 Slot pembentangan 3 (6 pembentangan) 1600 - 1630 Minum Petang 1630 - 1700 Majlis Penutupan 1700 Bersurai
3 JADUAL PEMBENTANGAN *********************************************************** SESI PAGI 0820-0840 : SITI RUHAILA BT ABU BAKAR (SK MATANG JAYA) 0840-0900 : M OHAMMAD FATHULLAH BIN FATIHI (SK AGAMA SRI AMAN) 0900-0920 : Nur AIMUNI BT AZMAN (SK PUGU) 0920-0940 : NUR 'AFRINA BINTI ARIFF(SMK ST DUNSTAN) 0940-1000 : MASITA BINTI MAZANAN (SK SENIBONG SEJIRIN) 1000-1020 : NURHAZIQAH BT HAFIDZ (SK PETRA JAYA) 1020-1040 : REHAT/MINUM PAGI 1040-1100 : SENIAH BINTI SABIAN(SMK PUSA) 1100-1120 : SITI ATIKAH PAUZI (SJK CHUNG HUA BATU 8 ½) 1120-1140 : SITI HADIJAH BINTI HASAN(SK STAPOK) 1140-1200 : MOHD AZZUARL B. MAT YAACOB(SK BAKONG) 1200-1220 : FATEN JALILLAH BINTI JALIL (SK TEMUDOK KEM) 1220-1240 : SITI SYUKRIAH BINTI RAMLEE(SM SAINS KUCHING) 1240-1400 : MAKAN TENGAHARI/SOLAT ZOHOR SESI PETANG 1400-1420 : MUHAMMAD AMIR FARHAN 1420-1440 : DYG.MASRINA MURIFAH BINTI ABANG JAMAIE(SMK MUARA TUANG) 1440-1500 : NASUHA BINTI IBRAHIM(SMK HAJAH LAILA TAIB) 1500-1520 : KARMELLIA BINTI RIDZUAN(SMK SERI SETIA) 1520-1540 : MOHD FATHUL IZDIHAR BIN ABDUL ZAMAN(SMKA TUN AHMAD ZAIDI) 1540-1600 : REHAT/MINUM PETANG
4 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA *********************************************************** Pengerusi Datu Dr. Haji Azhar Bin Haji Ahmad Pengarah Pendidikan Sarawak Pengarah Simposium Tn. Haji Hossen bin Haji Marip Ketua Sektor, SPI, JPNS Timbalan Pengerusi Pn. Julia binti Mohamadin Ketua Penolong Pengarah, SPI, JPNS Timbalan Pengerusi II En. Sulaiman bin Hashim Penolong Pengarah, SPI, JPNS Penyelaras Dr. Siti Nazalia Binti Kiprawi Penolong Pengarah, SPI, JPNS Setiausaha En. Awang Nurizal Bin Awang Kenit Penolong Pengarah, SPI, JPNS Bendahari Pn.Ramona bt Hamden Penolong Pengarah, SPI, JPNS Ahli Jawatankuasa Teknikal dan Siaraya Abdul Wafi Hatim Bin Husaini SMK Tabuan Jaya Ahli Jawatankuasa Cenderamata dan Sijil En.Wan Rushdi Bin Wan Ramli Penolong Pengarah, SPI, JPNS Ahli Jawatankuasa Persiapan Tempat dan Logistik En. Ahmadazra bin Sa’adi Penolong Pengarah, SPI, JPNS Ahli Jawatankuasa Protokol En.Mohamad Bin Solhi Penolong Pengarah, SPI, JPNS Ahli Jawatankuasa Rakaman Hamilan Bin Soni PPD Samarahan Ahli Jawatankuasa Banner, Publisitidan Media En. Kazman Bin Nordin Penolong Pengarah, SPI, JPNS Ahli Jawatankuasa Pendaftaran Nur Shakinah Binti Mohamad SKA Datuk haji Abdul Kadir Hassan Ahli Jawatankuasa Teknikal dan Siaraya Abdul Wafi Hatim Bin Husaini SMK Tabuan Jaya Pengacara Majlis En. Rahmat Bin Mohamad Tahal SK Muara Tuang, Samarahan Zakiah Binti Iee SMKA Tun Ahmad Zaidi
5 BIODATA PEMBENTANG NUR AIMUNI BINTI AZMAN (SEKOLAH KEBANGSAAN PUGU) TEKNIK VIGATU DALAM MEMBANTU MURID MENYAMBUNG HURUF JAWI MENJADI SUKU KATA Berasal dari Melaka, Melaka Tengah,Kini bertugas di SK Pugu, Lundu Sarawak. Pengalaman Mengajar selama setahun 5 bulan di SK Pugu. Berkelulusan Diploma Al-Quran Sunnah di Universiti Islam Selangor (UIS), Ijazah Sarjana Muda Al-Quran Sunnah Dengan Komunikasi di Universiti Islam Selangor (UIS) dan Pascasiswazah Dilploma Pendidikan di OUM MASITA BINTI MAZANAN (SK SENIBONG SEJERIN) MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENYAMBUNG HURUF TUNGGAL JAWI MENGGUNAKAN KAEDAH "J-CARD" DALAM KALANGAN MURID TAHUN 3 Merupakan anak kelahiran Negeri Sembilan. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Arab dan Tamadun Islam dengan Kepujian di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Menyambung pengajian Diploma Pascasiswazah Pendidikan (Pendidikan Islam) di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Kini sedang berkhidmat di SK Senibong Sejerin, Lundu. SENIAH BINTI SABIAN SMK PUSA MENINGKATKAN TAHAP PENGUASAAN MURID TINGKATAN 4 DEDIKASI DALAM TAJUK HAJI DAN UMRAH DENGAN MENGGUNAKAN KAD MAMAHU. Berasal dari Kampung Beladin, Pusa, Sarawak. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Perbankan Islam ) di UiTM Shah Alam. Melanjutkan Pengajian di Peringkat Diploma Pendidikan Lepas Ijazah (DPLI) dalam bidang pengkhususan Pendidikan Islam di IPG Kampus Tun Abdul Razak. Telah mula bertugas di SMK Pusa sebagai Guru Interim bermula Ogos 2017-2021 dan masih mengajar di sekolah yang sama setelah pengesahan pelantikan sehingga sekarang. NUR 'AFRINA BINTI ARIFF SK ST DUNSTAN (M) KEBERKESANAN PENGGUNAAN APLIKASI “JELAJAH NEMOJI” DALAM MEMBANTU MURID TAHUN 5 MEMAHAMI KEFAHAMAN SURAH AL-‘ASR Berasal dari Kuala Nerang, Kedah Darul Aman. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perguruan, Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang (2016-2020). Siswazah lulusan IPG telah berkhidmat di SK St Dunstan(M) sejak 2021 sehingga kini. Diberi amanah untuk mencabar diri mengajar beberapa subjek berlainan bidang seoerti Sains DLP, Sains,PJPK,PSV serta Pendidikan Moral. Pernah menyertai Kolokium Pendidikan anjuran PPD Sri Aman pada tahun 2021. FATEN JALILAH BINTI JALIL( SK TEMUDOK KEM) MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENYEBUT PERKATAAN ASAS BAHASA ARAB DALAM TAJUK 1 BAGI MURID TAHUN 4 SK TEMUDOK KEM MENGGUNAKAN TEKNIK PENGULANGAN BAHAN AUVI. Berasal dari Selangor. Berkelulusan Ijazah sarjana Muda dengan Kepujian dari USIM, Negeri Sembilan. Menyambung pengajian Diploma Pendidikan di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tun Abdul Razak, Sarawak. Mula bertugas di Bumi Kenyalang sebagai Guru Interim. NURHAZIQAH BINTI MOHAMED HAFIDZ (SK PETRA JAYA) KAEDAH "KALAM BERIRAMA" DALAM KEMAHIRAN MENYEBUT DAN MEMBUNYI HURUF HIJAIYAH BERBARIS Berasal dari Johor Bahru. Berkelulusan Ijazah syariah Ussuluddin di Universiti Mu'tah Of Jordan. Menyambung pengajian Diploma Pendidikan di Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak, Sarawak. Berkhidmat di SK Petra Jaya selama 5tahun bermula tahun 2018 sehingga kini.
6 BIODATA PEMBENTANG SITI HADIJAH BINTI HASAN SK STAPOK PERMAINAN BINGO : MEMBANTU MENINGKATKAN HAFALAN KALIMAH TAJUK PEMUDA HARAPAN NEGARA MELALUI PENDEKATAN BELAJAR SAMBIL BERMAIN Berasal Dari Pahang. Berkhidmat Di Sk Stapok, Kuching Sarawak Selama 9 Tahun Bermula 2014 Sehingga Kini. Pendidikan ( 2007-2011 : Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab Sebagai Bahasa Kedua Di Kuis ) , 2012 : Diploma Pendidikan ( Ipbl / Jqaf ), 2017 - 2019 Sarjana Pengajian Islam Di Oum Kuching Sarawak. KARMELLIA BINTI RIDZUAN SMK SERI SETIA KEBERKESANAN PENGGUNAAN KAEDAH MENJAWAB SOALAN "PUJA" (PUKAL JAWAPAN) BAGI KERTAS 1 PENDIDIKAN ISLAM 1223/1 SIJIL PELAJARAN MALAYSIA DALAM KALANGAN MURID TINGKATAN 5E Berasal Dari Sibu, Sarawak. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam Universiti Malaya. Bertugas Di Smk Seri Setia. Mula Mengajar Pada Tahun 2018 Di Kolej Vokasional Betong MOHD FATHUL IZDIHAR BIN ABDUL ZAMAN SMKA TUN AHMAD ZAIDI MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGINGAT TAKRIF DALAM BIDANG AL-TAUHID BAGI MATA PELAJARAN USUL AL-DIN MENGGUNAKAN MODUL “THiKi” Bersal dari Sungai Besar, Selangor. Berkelulusan Diploma Pengajian Islam (Al-Quran Dan Al-Sunnah), Unisza, Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran Dan Sunnah Dengan Kepujian, Usim, Diploma Pendidikan Lepas Ijazah (Dini), Ipg Kampus Pendidikan Islam.Pengalaman Mengajar di Sma Haji Muhamad, Bahau (2017 - 2018) dan Smk Agama Tun Ahmad Zaidi, Kuching (2019 - Kini) MUHAMMAD AMIR FARHAN BIN KHALID SK KAMPUNG BARU MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID DALAM MEMBEZAKAN KATA GANTI DIRI “ISIM DHAMIR” MENGGUNAKAN KAEDAH “DHAMIR CHART” Berasal Dari Perak, Ijazah Sarjana Muda Usuluddin Dari Universitas Islam Negeri Sumatera Utara, Medan. Sudah Bertugas 7 Tahun. DYG.MASRINA MURIFAH BT ABANG JAMAI'E SMK MUARA TUANG PERMASALAHAN MENJAWAB SOALAN ISTILAH DALAM KALANGAN PELAJAR SPM Berasal dari Kuching, Sarawak. Berkelulusan : Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam Dan Bahasa Arab Universiti : Universiti Malaya. Pengalaman Mengajar di Smk Simunjan No. 1 (2008 - 2017) dan Smk Muara Tuang (2018 - Kini). NASUHA BINTI IBRAHIM SMK HAJJAH LAILA TAIB "PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DARI RUMAH BAGI SUBJEK PENDIDIKAN ISLAM DALAM BIDANG SIRAH MELALUI KAEDAH PROJEK PARODI LAGU.” Berasal dari Kota Bharu, Kelantan. Berkelulusan : Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Pengalaman Mengajar di Institut Latihan Perindustrian Kota Samarahan (2013-2018) Smk Seri Ampang, Ipoh Perak (2018-2020), Smk Sadong Jaya (2021-2022), dan SMK Hajjah Laila Taib (2023- Sekarang)
7 BIODATA PEMBENTANG SITI SYUKRIAH BINTI RAMLEE SM SAINS KUCHING MENINGKATKAN PENGUASAAN MENGINGATI TOKOH SAYIDATINA FATIMAH R.A DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH "TEKFLO" BERASAL DARI KEDAH. BERKELULUSAN IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (PENDIDIKAN ISLAM). MULA MENGAJAR PADA TAHUN 2013 DI SMK TAGASAN,SEMPORNA SABAH, SM SAINS KUCHING PADA 2015 HINGGA KINI. SITI ATIKAH BINTI PAUZI " (SJK CHUNG HUA BATU 8 1⁄2") MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN JAWI MURID TAHUN 4 DALAM MENENTUKAN KEDUDUKAN HURUF HAMZAH MENGGUNAKAN LAGU “KAPAL HAMZAH” Berasal dari Besut, Terengganu. Berkelulusan Sarjana Muda Pengajian Islam daripada UKM. Mula berkhidmat di SJK Chung Hua Batu 8 1/2 pada tahun 2020 sehingga sekarang. SITI RUHAILA BINTI ABU BAKAR (SK MATANG JAYA) MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN MURID DALAM MENYEBUT DAN MEMBACA MENGGUNAKAN BAHASA ARAB DALAM KALANGAN MURID TAHUN 6 FIKRAH DENGAN KAEDAH BELAJAR BAHASA ARAB SAMBIL BERMAIN. Berasal dari Kelantan. Berkelulusan Ijazah sarjana Muda dengan Kepujian dari Universiti Islam Antarabangsa. Menyambung pengajian Diploma Pendidikan di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tun Abdul Razak, Sarawak. Mula bertugas di Bumi Kenyalang sebagai Guru Bahasa Arab dari tahun 2007 hingga kini. MOHAMMAD FATHULLAH BIN FATIHI SK AGAMA SRI AMAN "MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA MURID 2 MALIKI SEKOLAH KEBANGSAAN AGAMA SRI AMAN DALAM MATA PELAJARAN BAHASA ARAB MENGGUNAKAN KAEDAH FASIH IQRA’ FASIH ARAB (FAIQFA)." Asal dari Daro, Sar awak. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam (Pengajian Islam) Universiti Malaya (Pendidikan Islam dan Bahasa Arab. Pengalaman mengajar di SK AGAMA SRI AMAN (2022 - KINI) MOHD AZZUARL BIN MAT YAACOB (SK BAKONG) KAJIAN CELIK JAWI Berasal dari Kelantan. Berkelulusan Diploma Perguruan Malaysia Pengajian Islam & PJPK dari Maktab Perguruan Islam Bangi dan menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan OUM . Mula bertugas di Sarawak sebagai Guru Pendidikan Islam pada tahun 2000
8 SEKALUNG PENGHARGAAN Ucapan Sekalung tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua barisan Jawatankuasa Simposium Kajian Tindakan Guru Pendidikan Islam bagi Tahun 2023. Sektor ini berharap simposium ini akan memberikan manfaat kepada peserta yang mengikuti program ini dengan ilmu yang sebaiknya bagi mempersiapkan diri dengan pembangunan pendidikan yang semakin mencabar pada masa hadapan. Ini adalah sebagai usaha-usaha bagi membantu serta membimbing guru-guru Pendidikan Islam ke arah pembentukan guru yang profesional di samping mewujudkan kajian tindakan yang berkualiti dan seterusnya memberikan impak kepada kemenjadian murid di dalam akademik dan juga sahsiah seperti yang dihasratkan di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.