0 \
1 PENDAHULUAN Bahagian Pendidikan Islam (BPI), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menjalankan program membudayakan kajian tindakan semenjak tahun 2014 dalam kalangan guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Bermula tahun 2015, setiap sekolah dikehendaki membuat kajian tindakan dan menghantar sekurang-kurangnya satu kajian tindakan ke Sektor Pendidikan Islam (SPI), Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) dan BPI. Pada tahun 2016, BPI telah mengumpulkan sebanyak 180 kajian tindakan. Seterusnya 310 pada tahun 2017 dan 675 pada tahun 2018. Simposium Kajian Tindakan Sekolah Agama KPM kali pertama telah diadakan pada 12-13 November 2018 di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. Sebanyak 41 kajian tindakan terpilih telah dibentangkan dengan dihadiri seramai 187 orang peserta daripada pentadbir sekolah, guru, pensyarah universiti dan pegawai-pegawai KPM. Simposium tersebut dilaksanakan dengan kerjasama Fakulti Pendidikan KUIS dan Persatuan Intelektual Muslim Malaysia (PIMM). Pada tahun 2021, pembudayaan kajian tindakan di negeri Sarawak diperluaskan kepada guru pendidikan Islam dan 18 pembentangan kajian tindakan telah dibentangkan pada SimposiumKecemerlangan Pendidikan Islam pada tahun 2021. Pada tahun 2022, Simposium Kajian Tindakan Pendidikan Islam yang dirancang sebagai intervensi untuk memastikan pembudayaan penulisan Kajian Tindakan terhadap guru Pendidikan Islam di Sarawak di laksanakan secara dalam talian dengan penampilan 36 orang pembentang melibatkan 16 daerah. Pada tahun 2023, simposium ini disemarakkan lagi dengan menampilkan 54 orang pembentang dan melibatkan hampir kesemua daerah dengan pelaksanaan secara bersemuka di 3 zon Kuching, Sibu dan juga Miri.
2 ATURCARA MAJLIS Tarikh : 6 Disember 2023 Hari : Rabu Masa : 8.00pagi - 5.00 petang Tempat : Mega Hotel, Miri ********************************************************************************** ATURCARA MAJLIS PENUTUPAN Masa Aktiviti 1600 Ketibaan jemputan Nyanyian lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku Bacaan Ikrar Bacaan doa Ucaptama Ketua Penolong Pengarah SPI Persembahan montaj Penyampaian hadiah Sesi bergambar 1700 Bersurai Masa Aktiviti 0800 - 0810 Bacaan doa 0810 - 0815 Kata aluan 0815 - 1015 Slot pembentangan 1 (6 pembentangan) 1015 - 1030 Rehat (Minum Pagi) 1030 - 1230 Slot pembentangan 2 (6 pembentangan) 1230 - 1400 Rehat (Makan tengahari/solat Zohor) 1400 - 1600 Slot pembentangan 3 (6 pembentangan) 1600 - 1630 Minum Petang 1630 - 1700 Majlis Penutupan 1700 Bersurai
3 JADUAL PEMBENTANGAN *********************************************************** SESI PAGI 0820-0840 : NUR ERA SYAFIQA BINTI DOLLAH(SKA MIS LAWAS) 0840-0900 : MUHAMMAD SYAFIQ B ABDULLAH (SKA MIS LAWAS) 0900-0920 : MUHAMMAD 'AZIM BIN MOHD RODHI (SKA MIS LAWAS) 0920-0940 : KHALIJAH BINTI EKHSAN (SK TUDAN) 0940-1000 : NURSHAFIKA BINTI ABDUL MANAF (SKA MIS BINTULU) 1000-1020 : MUHAMMAD ABROR BIN AHMAD SHUHAIMI (SK KUALA TATAU) 1020-1040 : REHAT/MINUM PAGI 1040-1100 : NURFARAH'AIN BINTI ROSMEN (SKA MIS BINTULU) 1100-1120 : NUR AINUS SYAHIRAH BINTI SAARI (SKA MIS BINTULU) 1120-1140 : AWG MOHAMMAD ARIF IKHWAN BIN AWANG SHAHMINAN (SKA MIS BINTULU) 1140-1200 : NOR AKMAR ALIZA BINTI MOHD HUSSIN (SK KELAWIT) 1200-1220 : ZULHUSNI BIN ISHAK (SK SAINT COLUMBA) 1220-1240 : NORMADINI BINTI KAMAH (SK SAINT EDMUND) 1240-1400 : MAKAN TENGAHARI/SOLAT ZOHOR SESI PETANG 1400-1420 : NAZIRAH BINTI JABRI (SK BEKENU) 1420-1440 : NORHAYATI BINTI MOHAMAD HUSIN (SMK LUAK) 1440-1500 : KHAULAH BINTI KAMAL FAUZI (SK ULU SEGAN) 1500-1520 : DAYANG NURFADZLYANNA BT AWANG SAMAT (SMK KUBONG) 1520-1600 : REHAT/MINUM PETANG
4 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA *********************************************************** Pengerusi Datu Dr. Haji Azhar Bin Haji Ahmad Pengarah Pendidikan Sarawak Pengarah Simposium Tn. Haji Hossen bin Haji Marip Ketua Sektor, SPI, JPNS Timbalan Pengerusi Pn. Julia binti Mohamadin Ketua Penolong Pengarah, SPI, JPNS Timbalan Pengerusi II En. Sulaiman bin Hashim Penolong Pengarah, SPI, JPNS Penyelaras Dr. Siti Nazalia Binti Kiprawi Penolong Pengarah, SPI, JPNS Setiausaha En. Awang Nurizal Bin Awang Kenit Penolong Pengarah, SPI, JPNS Bendahari Pn.Ramona bt Hamden Penolong Pengarah, SPI, JPNS Ahli Jawatankuasa Teknikal dan Siaraya Abdul Wafi Hatim Bin Husaini SMK Tabuan Jaya Ahli Jawatankuasa Cenderamata dan Sijil En.Wan Rushdi Bin Wan Ramli Penolong Pengarah, SPI, JPNS Ahli Jawatankuasa Persiapan Tempat dan Logistik En. Ahmadazra bin Sa’adi Penolong Pengarah, SPI, JPNS Ahli Jawatankuasa Protokol En.Mohamad Bin Solhi Penolong Pengarah, SPI, JPNS Ahli Jawatankuasa Rakaman Zulfadhli Al-Fahmi Abdul Hamid PPD Miri Ahli Jawatankuasa Banner, Publisitidan Media En. Kazman Bin Nordin Penolong Pengarah, SPI, JPNS Ahli Jawatankuasa Pendaftaran Siti Aisyah Bt Maasir SK Kelapa Sawit No 2 Ahli Jawatankuasa Teknikal dan Siaraya Abi Sofian Bin Haris PPD Lawas Pengacara Majlis En. Muhammad Asyraf bin Mansor SK Kg Beraya Nurul Iza BintiYatau SMK Luak, Miri
5 BIODATA PEMBENTANG NUR ERA SYAFIQA BINTI DOLLAH (SKA MIS LAWAS) Mari Hafaz Surah : Kemahiran Menghafaz Surah (HAFAZAN TRACKER) Berasal dari Sarawak. Berkelulusan: Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam Sekolah Rendah University: Asia e University. Jawatan terkini: guru pendidikan Islam sekolah Rendah, SK Agama MiS Lawas. Sejarah Perkhidmatan: 2022 hingga kini MUHAMMAD SYAFIQ B ABDULLAH (SKA MIS LAWAS) MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENYAMBUNG HURUF TUNGGAL JAWI MENGGUNAKAN KAEDAH "J-CARD" DALAM KALANGAN MURID TAHUN 3 Berasal dar Terengganu. Berkelulusan : Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab & Kesusasteraan Universiti : Mu'tah University, Jordan. Pendidikan : Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) IPGK SARAWAK, MIRI (Pendidikan Islam) Jawatan terkini : Guru Pendidikan Islam SK Agama (MIS) Lawas, Sarawak . Sejarah Perkhidmatan : 2022 hingga sekarang MUHAMMAD 'AZIM BIN MOHD RODHI (SKA MIS LAWAS) MENINGKATKAN TAHAP PENGUASAAN MURID TINGKATAN 4 DEDIKASI DALAM TAJUK HAJI DAN UMRAH DENGAN MENGGUNAKAN KAD MAMAHU. Berasal dari Kedah. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pendidikan Pengajian Islam. KHALIJAH BINTI EKHSAN (SK TUDAN) PENGGUNAAN EASY IQRA BOX SEBAGAI BAHAN BANTU PDPC DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN BACAAN ASAS AL QURAN YANG TERDAPAT DALAM IQRA 2 DAN 3 MURID TAHUN 1 Berasal dari Kuching, Sarawak. Berkelulusan Sarjana Muda Pendidikan Islam Sekolah Rendah Universiti: IPG Kampus Sarawak Miri . Jawatan terkini : Guru Pendidikan Islam SK Tudan, Miri. Sejarah perkhidmatan : 2016-2023 SK Tudan. Pencapaian : 1. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (2019) 2. Anugerah Emas Kolokium Kajian Tindakan Teknik 12 Langkah 3. Anugerah Emas Simposium Kajian Tindakan Guru Pendidikan Islam Peringkat Negeri Sarawak 2022 4. Tempat keempat dalam 3 Minutes Pitching. NURSHAFIKA BINTI ABDUL MANAF (SKA MIS BINTULU) KAD BINTANG TIGA(BIGA) : MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENGUASAAN 3 ASAS HUKUM MIM SAKINAH DALAM BACAAN AL-QURAN BAGI MURID TAHUN 4 AISYAH Berasal dari Kelantan. Berkelulusan : Sarjana Muda Pengajian Islam Usuluddin Dengan Kepujian Ikhtisas Pendidikan : PDPLI/KDC IPGK BATU LINTANG Pengkhususan : Pendidikan Islam. Jawatan terkini : Guru Pendidikan Islam SK (A) M.I.S Bintulu Sarawak. Sejarah perkhidmatan : 2017 hingga sekarang MUHAMMAD ABROR BIN AHMAD SHUHAIMI (SK KUALA TATAU) PENGGUNAAN MINECRAFT EDUCATION EDITION DALAM BIDANG SIRAH PENDIDIKAN ISLAM Mula berkhidmat pada tahun 2020. Mendapat diploma Pendidikan di IPGK Batu Lintang pada tahun 2022. Tamat sebagai guru COS pada 15 Ogos 2023. Dianugerahkan Guru Inovatif Pendidikan Islam Daerah Tatau Sebauh 2022. Antara panel penulis Modul Pedagogi Terbeza BSBPK terbitan 2022. Sukakan kajian dan inovasi. Sangat dahagakan perkara baharu dalam pendidikan. Pembentang simposium Kecmeerlangan Pendidikan Islam tahun 2022
6 BIODATA PEMBENTANG NURFARAH'AIN BINTI ROSMEN(SKA MIS BINTULU) "KAEDAH AVU ZAR ZAD DAN TWIST TIES DIGUNAKAN UNTUK MEMBANTU MURID MENGENAL HURUF-HURUF JAWI YANG BOLEH DISAMBUNG DAN TIDAK BOLEH DISAMBUNG." Berasal dari Matu, Sarawak . Berkelulusan : Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam Universiti : Asia E University. Jawatan terkini : Guru Pendidikan Islam SK (A) M.I.S Bintulu Sarawak. Sejarah Perkhidmatan : 2022 hingga sekarang NUR AINUS SYAHIRAH BINTI SAARI (SKA MIS BINTULU) TEKNIK "TRAFFIC LIGHT " : SATU KAEDAH MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENYAMBUNG HURUF JAWI TUNGAL Berasal dari Kedah. Berkelulusan : Sarjana Muda Sains Kemanusiaan (Bahasa Arab dan Kesusasteraan) UIAM Ikhtisas Pendidikan : Diploma Pascasiswazah Pendidikan (DPP) Universiti Malaya (UM)Pengkhususan : Pendidikan Islam. Jawatan terkini : Guru Pendidikan Islam SK (A) M.I.S Bintulu Sarawak.Sejarah perkhidmatan : 2022 hingga sekarang AWG MOHAMMAD ARIF IKHWAN BIN AWANG SHAHMINAN (SKA MIS BINTULU) Meningkatkan Pemahaman Murid Kelas 4 Othman Dalam Topik Ibadah, Mari Bersuci Menggunakan Kaedah Permainan Kad Berasal dari Bintulu , Sarawak. Berkelulusan : Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Pengajian Islam Universiti : Universiti Selangor. Jawatan Terkini : Guru Pendidikan Islam SK (A) M.I.S Bintulu.Sejarah Perkhidmatan : 2022 hingga sekarang NOR AKMAR ALIZA BINTI MOHD HUSSIN (SK KELAWIT) PENGGUNAAN KIT JUMMU DALAM PENGUASAAN KEMAHIRAN MENULIS AYAT MUTANASIQAH DALAM KALANGAN MURID TAHUN 4 DI SK KELAWIT,TATAU Berasal dari Kota Bharu,Kelantan. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran Dan Sunnah (USIM) 2006-2010, Diploma Pendidikan IPG Tun Abdul Razak,Kota Samarahan (LPBS-jQAF) 2011- 2012. Pernah berkhidmat di SK Kem Pakit , PPD Sri Aman (2012-2015), SK Pantu, PPD Sri Aman (2015-2017 ), SK Sangan Iban,PPD Tatau (2017-2019) dan SK Kelawit, PPD Tatau/Sebauh (2019- sehingga kini ).Pernah memenangi Anugerah Emas dalam Simposium Kajian Tindakan Guru Pendidikan Islam Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2022. Pemenang anugerah Emas Penulisan Kajian Tindakan dan Anugerah Emas Inovasi kategori Pendidikan (KIT MALABIS JAMILAH BAHASA ARAB TAHUN 3) Kolokium Kajian Tindakan dan Pameran Inovasi Pendidikan Islam dan Bahasa Arab Peringkat Kebangsaan 2023 di Universiti Malaysia Sabah. Pemenang Anugerah Perak Inovasi KIT MALABIS JAMILAH TAHUN 3 di International Conference on Educational Research and Innovation 2023 (ICERI2023) ZULHUSNI BIN ISHAK SK SAINT COLUMBA PENGGUNAAN KAEDAH MIT DALAM HAFALAN MURID TERHADAP SURAH HAFAZAN TAHUN 5 Bersal : dari Selangor Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah (Usuluddin), Universiti : Al -Albayt University, Jordan. Pendidikan : Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) IPGKTAR, Kota Samarahan (Pendidikan Islam). Jawatan terkini : Guru Pendidikan Islam SK Saint Columba, Sarawak Sejarah Perkhidmatan : 2020 hingga sekarang
7 BIODATA PEMBENTANG NORMADINI BINTI KAMAH (SK SAINT EDMUND) " PENGGUNAAN PIRAMID TAJWID BAGI MENINGKATKAN KEMAHIRAN HUKUM NUN SAKINAH DAN TANWIN DALAM KALANGAN MURID TAHUN 3 Berasal dari Raub, Pahang. Berkelulusan : Ijazah Sarjana Muda Da’wah dan Pengurusan Islam Universiti : Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Negeri Sembilan. Pendidikan : Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) IPGKTAR, Kota Samarahan (Pendidikan Islam). Jawatan terkini : Guru Pendidikan Islam SK Saint Edmund, Limbang, Sarawak.Sejarah Perkhidmatan : 2022 hingga sekarang NAZIRAH BINTI JABRI (SK BEKENU) “TASBIH HURUF”: MENINGKATKAN PENCAPAIAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM BAGI MURID PEMULIHAN JAWI” Berasal dari Kedah. Berkelulusan : Sarjana Muda Pentadbiran Muamalat, Universiti: Universiti Sains Islam Malaysia ,USIM. Lanjutan Pengajian : Diploma Pendidikan Lepas Ijazah (DPLI) Pend. Islam di IPG Kampus Pulau Pinang. Jawatan Terkini : Guru Pendidikan Islam SK Bekenu ( DG44 ). Sejarah Perkhidmatan : 2011-2017 SK Machang, Bubok II, P. Pinang 2018 - 2023 SK Bekenu, Sarawak. NORHAYATI BINTI MOHAMAD HUSIN (SMK LUAK) PENGGUNAAN KECERDASAN BUATAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM BAGI PELAJAR TINGKATAN 2 Berasal dari Limbang Sarawak. Berkelulusan : Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam Universiti Malaya Kuala Lumpur. Jawatan terkini : Guru Pendidikan Islam & Guru ICT, SMK Luak Miri. Sejarah Perkhidmatan : 2016 – kini Google Certified Educator L1 & L2. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang [2021]. Silver Medal International Educatioin e-Colloquium [2022]. Anugerah Pencapaian Perak : Kolokium Penyelidikan Kajian Tindakan Dalam Pendidikan [Peringkat Negeri Sarawak] Anjuran Kolej Vokasional [2023] DAYANG NURFADZLYANNA BT AWANG SAMAT(SMK KUBONG) TEKNIK "DENGAR DAN HAFAL LIRIK LAGU" DAPAT MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN HAFAZAN DALAM KALANGAN MURID PENDIDIKAN ISLAM KELAS 5.4/5.5 Berasal dari Kampung Bukit Luba, Limbang, Sarawak. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam Pengkhususan Pengajian Arab dan Tamadun Islam di UKM Bangi Selangor. Melanjutkan Pengajian di Peringkat Diploma Pendidikan Lepas Ijazah (DPLI) dalam bidang pengkhususan Pendidikan Islam di IPG Kampus Tun Abdul Razak. Mula bertugas di SMK Kubong sebagai Guru Interim bermula September 2017- Jun 2021 dan masih mengajar di sekolah yang sama setelah pengesahan pelantikan sehingga sekarang
8 SEKALUNG PENGHARGAAN Ucapan Sekalung tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua barisan Jawatankuasa Simposium Kajian Tindakan Guru Pendidikan Islam bagi Tahun 2023. Sektor ini berharap simposium ini akan memberikan manfaat kepada peserta yang mengikuti program ini dengan ilmu yang sebaiknya bagi mempersiapkan diri dengan pembangunan pendidikan yang semakin mencabar pada masa hadapan. Ini adalah sebagai usaha-usaha bagi membantu serta membimbing guru-guru Pendidikan Islam ke arah pembentukan guru yang profesional di samping mewujudkan kajian tindakan yang berkualiti dan seterusnya memberikan impak kepada kemenjadian murid di dalam akademik dan juga sahsiah seperti yang dihasratkan di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.