The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-38301568, 2023-10-24 13:12:46

inovasi ppd sri aman

inovasi ppd sri aman

1 2.0 LATAR BELAKANG DAN PENGLIBATAN PIHAK PENGURUSAN 2.1 Ahli Kumpulan MERPATI Bil Gambar Maklumat Peribadi Nama Penuh : MUNAU AK BONGSANG Gred : DG48 Jawatan : Timbalan PPD Sektor : Perancangan Peranan : Ketua Kumpulan Nama Penuh : MOHD. AZRI BIN BUNYOK Gred : DG44 Jawatan : PPPD Sektor : Perancangan Peranan : Pembentang Utama Nama Penuh : LEE CHEE KEAN Gred : DG44 Jawatan : PPPD Sektor : Pengurusan Sekolah Peranan : Pembangun sistem Nama Penuh : HEATHER NORA AK DOMINICK Gred : FA29 Jawatan : PEN. PEG. TEKNOLOGI MAKLUMAT Sektor : UPTICT Peranan : Pembangun sistem Nama Penuh : GREGORY ANDERSON AK SAGING Gred : FA29 Jawatan : PEN. PEG. TEKNOLOGI MAKLUMAT Sektor : UPTICT Peranan : Pembangun sistem Nama Penuh : AMI SYARIFF BIN ISMAWIE Gred : FA29 Jawatan : PEN. PEG. TEKNOLOGI MAKLUMAT Sektor : UPTICT Peranan : Pembangun sistem Nama Penuh : KENNETH RAMPING AK KIAI Gred : FT19 Jawatan : PEN. PEG. TEKNOLOGI MAKLUMAT Sektor : UPTICT Peranan : Pembangun sistem Pengesahan Ketua Jabatan:


2 2.2 Logo Kumpulan 2.3 Sokongan dan Kelulusan Pihak Pengurusan Pihak pengurusan telah memberikan komitmen penuh kepada kumpulan MERPATI. Surat permohonan pelaksanaan prototaip MelSA telah dikemukakan dan mendapatkan kelulusan daripada ketua jabatan pada 09 Januari 2023, Ruj surat : PPDSA.100-15/2/15(01). Pada 03 Februari 2023, Ruj surat : PPDSA.100-15/2/15(02), ketua jabatan telah setuju dan memberikan kelulusan kepada kumpulan MERPATI untuk menyebarkan MelSA kepada sekolah-sekolah di bawah seliaan pejabat. Selain itu, ketua jabatan juga memberikan sokongan sepenuhnya untuk megadakan bengkel pemantapan kemahiran ICT kepada ahli kumpulan MERPATI pada 07 April 2023, Ruj surat: PPDSA.100-7/5/1(05). Rujuk Lampiran 1-9 dan Lampiran 13 & 14 tentang surat-surat berkaitan. PENERANGAN LOGO KUMPULAN BURUNG MERPATI: melambangkan Daerah Sri Aman dan merupakan simbol keamanan juga. PERKATAAN MERPATI : setiap huruf melambangkan seorang ahli kumpulan. WARNA BIRU: Biru dikaitkan dengan ruang terbuka, kebebasan, intuisi, imajinasi, luas, inspirasi, dan kepekaan dimana ia merupakan ciri-ciri kumpulan MERPATI dalam menjanakan projek inovasi. WARNA PUTIH: Putih pula melambangkan keharmonian dan keseimbangan dalam penyatuan ahli kumpulan MERPATI.


3 3.0 SIGNIFIKASI PROJEK KUMPULAN MERPATI 3.1 Pernyataan Masalah Surat-menyurat di Daerah Sri Aman dilaksanakan secara manual sebelum ini dan telah digantikan dengan sistem e-surat pada tahun 2020 setelah mendapat persetujuan perkongsian sistem e-surat daripada Pejabat Pendidikan Daerah Batu Pahat (Lampiran 1). Transformasi ini disebabkan pengurusan surat di peringkat pejabat menghadapi beberapa isu seperti terdapat surat yang lewat dihantar ke sekolah, kehilangan surat dan sebagainya yang menyebabkan pelaksanaan program kementerian menjadi cabaran di peringkat pejabat dan sekolah. Pertukaran daripada kaedah secara manual ke kaedah sistem telah menyelesaikan sebahagian isu yang dihadapi oleh pejabat. Antaranya, pengurusan surat-menyurat menjadi lebih sistematik dan teratur. Surat disimpan secara berpusat di samping menjimatkan masa dan kos. Akan tetapi, sistem tersebut kurang mesra pengguna kerana dibangunkan berdasarkan latar belakang kerja PPD Batu Pahat. Fungsi kegunaan sehala hanya membenarkan pejabat hantar surat ke sekolah juga tidak dapat memenuhi kehendak semua pengguna. Pencerobohan sistem e-surat pejabat oleh pihak luar telah berlaku pada bulan April tahun 2021 yang lalu. Pencerobohan tersebut telah menyebabkan pihak pejabat dan pihak sekolah terpaksa berhenti menggunakan sistem e-surat dan menguruskan surat-menyurat secara manual. Selepas kejadian pencerobohan sistem berlaku, barulah pihak sekolah menyedari bahawa sistem e-surat ini sebenarnya banyak membantu mereka terutamanya bagi sekolah yang jauh dari pejabat. Dari sini tersemailah inisiatif untuk membangunkan sistem e-surat di bawah milikan sendiri. Justeru itu, pembangunan sistem e-surat telah bermula pada bulan Disember 2022 selepas mendapatkan sokongan daripada ketua jabatan, Tuan Haji Abdul Rahman Bin Haji Muhiyuddin. 3.2 Kaitan dengan Visi dan Misi Pendidikan Kebangsaan Visi Kementerian Pendidikan Malaysia adalah Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera. Misi Kementerian Pendidikan Malaysia ialah Melestarikan Sistem yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara. Pengurusan sekolah yang sistematik oleh pemimpin merupakan satu faktor penentu kepada kualiti pendidikan. Perancangan Kementerian Pendidikan Malaysia adalah panduan utama kepada pemimpin memastikan pengurusan sekolah yang berkualiti demi menjamin kuantiti dan kualiti


4 pendidikan dapat dicapai seperti yang dihasratkan. Namun, terdapat beberapa persoalan telah timbul: misalnya sejauh manakah sekolah dapat mengambil tindakan sepertimana tarikh yang ditetapkan oleh kementerian. Salah satu gangguan ialah kehilangan surat atau kelewatan surat diterima oleh sekolah. Gangguan ini sama ada berpunca sekolah jauh dari pejabat dan tiada satu simpanan surat yang berpusat. Ini secara langsung telah mengganggu pelaksanaan perancangan kementerian di sekolah yang akan mengurangkan keberhasilan pembelajaran murid. Justeru itu, projek yang dihasilkan oleh kumpulan MERPATI adalah membantu pejabat memastikan sekolah menyokong ke arah Visi dan Misi Pendidikan Kebangsaan. Projek ini juga dapat menjimatkan masa dan kos selain dapat meningkatkan moral ahli-ahli kumpulan selepas melaksanakan projek. 3.3 Projek Berorientasikan Pelanggan Pengalaman penggunaan sistem e-surat pada awal tahun 2020 hingga bulan April tahun 2021 menjadikan kekuatan kepada kumpulan MERPATI dalam membangunkan sistem e-surat yang berorientasi maksimum kepada pelanggan utama iaitu, warga pejabat dan pembantu tadbir sekolah. Ahli-ahli kumpulan bersependapat untuk menghasilkan sistem e-surat dengan prinsip “Inovasi Berteraskan Teknologi Dalam Pengurusan” Berikut adalah kriteria-kriteria untuk memilih projek adalah seperti berikut; ✓ Bersifat dua hala ✓ Boleh dicapai melalui pelbagai peranti ✓ Utama akaun MOE yang dibekalkan oleh kerajaan ✓ Tanpa bayaran ✓ Mesra kepada pengguna PEJABAT Dua Hala SEKOLAH


5 3.4 Pengenalpastian Strategi-strategi Pembangunan Sistem e-Surat Melalui brainstorming, sebanyak 6 strategi telah dikemukakan oleh ahli-ahli kumpulan MERPATI. Sesi percambahan idea ini dikendalikan oleh ketua kumpulan dan ia terbuka kepada semua ahli di mana setiap sumbangan serta idea-idea ahli akan diambil kira tanpa dibuat penilaian awal. Berikut adalah hasil yang diperoleh melalui sesi percambahan minda yang dilaksanakan; Strategi 1: Gmail akaun MOE digunakan secara rasmi dalam pengurusan surat-menyurat pejabat dengan sekolah; Strategi 2: Membuka satu whatsapp group khas untuk penghantaran surat; Strategi 3: Memohon semula sistem e-surat daripada PPD Batu Pahat; Strategi 4: Menyewa hosting dan membangunkan sistem e-surat baharu; Strategi 5: Menggunakan google apps daripada akaun MOE untuk membangunkan sistem e-surat; Strategi 6: Pengurusan surat-menyurat dengan menggunakan group DTP yang sedia ada dengan sekolah rendah dan sekolah menengah. 3.5 Pemilihan Strategi Dengan Menggunakan Kaedah Undian Bil. Kriteria Pemilihan Andaian keupayaan mengatasi halangan Menjimatkan kos dan masa Mudah dilaksanakan Kesesuaian dengan persekitaran terkini Jumlah Skor Keputusan Masalah 10 8 6 4 1 Gmail akaun MOE digunakan secara rasmi dalam pengurusan surat-menyurat pejabat dengan sekolah 6(60) 10(80) 10(60) 4(16) 216 2 2 Membuka satu whatsapp group khas untuk penghantaran surat 2(20) 10(80) 10(60) 2(8) 168 3 3 Memohon semula sistem esurat daripada PPD Batu Pahat 6(60) 0(0) 0(0) 10(40) 100 6 4 Menyewa hosting dan membangunkan sistem e-surat baharu 10(100) 0(0) 0(0) 10(40) 140 5 5 Menggunakan google apps daripada akaun moe untuk membangunkan sistem esurat 10(100) 8(64) 8(48) 10(40) 252 1 6 Pengurusan surat-menyurat dengan menggunakan group DTP yang sedia ada dengan sekolah rendah dan sekolah menengah 0(0) 10(80) 10(60) 2(8) 148 4 Wajaran


6 4.0 TINDAKAN PENYELESAIAN KUMPULAN MERPATI 4.1 Strategi Penghasilan MelSA Kumpulan MERPATI menggunakan Design Thinking untuk menghasilkan sistem e-surat. Carta Perbatuan berikut merupakan perancangan untuk penghasilan Sistem e-surat. 4.2 Milstone Projek Bil Aktiviti Disember Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Ogos September Oktober November 1 Perbincangan dan Perancangan Projek. 2 Kelulusan Projek oleh Ketua Jabatan. 3 Perancangan Projek. 4 Penghasilan prototype sistem e-surat. 5 Menguji sistem e-surat di peringkat pejabat. 6 Menyebarluaskan penggunaan sistem e-surat kepada semua sekolah rintis. 7 Mendapatkan maklum balas penggunaan sistem e-surat melalui soal selidik. 8 Menambahbaikan fungsi sistem e-surat. 9 Penulisan Laporan Projek sistem e-surat. 10 Penghantaran dokumen untuk Konvensyen KIK 2023. 11 Menghadiri Konvensyen KIK di Kuching. Jul. Perbincangan Projek/ Kelulusan Projek Perancangan Projek Penyebaran Penggunaan MelSA kepada Sekolah Rintis (Lampiran 3&4) Dec. 22’ Jan. 23’ Feb. 23’ Mar. 23’ Apr. 23’ May. 23’ Jun. 23’ Jul. 23’ Aug. 23’ Sep. 23’ Okt. 23’ Penghasilan Prototaip MelSA Uji Cuba MelSA di peringkat Pejabat / Memurnikan MelSA (Lampiran 2) Penyebaran Penggunaan MelSA kepada Pembantu Tadbir ikut Sektor (Lampiran 5) Pengumpulan Maklum Balas dari Sekolah Rintis Perkongsian Penggunaan Looker Studio dan Appsheet dalam Kumpulan MERPATI (Lampiran 13) Perkongsian Penggunaan MelSA yang telah imurnikan (Lampiran 7,8&9) Konvensyen KIK Pertambahan Fungsi Penerimaan Maklum Balas daripada Pengguna Menambahkan Butang Daftar dan Butang Penyemakan Penghantaran Laporan KIK Penulisan Laporan KIK Pembentangan projek KIK (Lampiran 14)


7 4.3 Penghasilan dan Pengujian Prototaip MelSA MelSA merupakan sistem e-surat yang dihasilkan daripada gabungan Google Form, Google Sheet dan Looker Studio. MelSA ditempatkan dalam akaun MOE untuk menjamin keselamatan surat yang disimpan. Terdapat beberapa keistimewaan dengan penggunaan google apps dan akaun MOE. Antaranya, google form yang digunakan sebagai platform penghantaran surat adalah mesra kepada pengguna. Pengguna dapat menghantar surat tanpa diberi panduan atau latihan. Ini adalah kerana google form sering dijadikan tool dalam urusan rasmi. MelSA adalah lebih cepat dicapai dan keselamatan juga dapat dijamin walaupun tidak ada lapisan pengesahan yang memerlukan kata nama dan kata kunci. Penggunaan MOE akaun dapat memastikan pengguna yang sah saja diberi kebenaran untuk mencapai ke MelSA. Prototaip MelSA telah diujicuba di kalangan pembantu tadbir pejabat (Lampiran 2) sebelum disebarkan ke sekolah-sekolah Daerah Sri Aman. MelSA berjaya digunakan di pejabat dan semua sekolah selepas satu bengkel secara rasmi (Lampiran 3) telah diberikan kepada pembantu tadbir yang dicalonkan oleh sekolah. 4.4 Pengumpulan Maklum Balas dari Sekolah Rintis Satu tinjauan telah dibuat melalui soal selidik kepada penyelaras MelSA di pejabat dan 41 buah sekolah selepas MelSA telah digunakan selama sebulan (Lampiran 10). Rumusan soal selidik penggunaan MelSA di sekolah adalah seperti berikut: Bil Perkara Ya Tidak 1 MelSA lebih mesra alam? 44 2 2 MelSA sering berlaku keciciran surat? 0 46 3 MelSA lebih mesra pengguna berbanding dengan sistem e-surat 2020? 46 0 4 MelSA menjadikan saya boleh mengambil surat di mana-mana tempat dan bila-bila masa? 42 4 Hasil soal selidik dengan 46 orang responden mendapati MelSA dapat berfungsi dengan sempurna berbanding sistem e-surat tahun 2020 dan pengurusan surat-menyurat secara manual. Surat dari pejabat dapat sampai ke sekolah lebih cepat dan selamat walaupun sekolah jauh dari pejabat. MelSA juga membolehkan sekolah menerima surat dengan tepat masa walaupun staf yang bertanggungjawab sedang bercuti. Melalui komen dan cadangan yang dikumpulkan oleh pengguna, kumpulan MERPATI mengambil keputusan untuk membuat penambahbaikan dengan menambah fungsinya serta mengatasi kelemahan yang sedia ada.


8 Berikut adalah komen pengguna dan cadangan serta penyelesaian yang akan dilakukan oleh Kumpulan MERPATI. Bil Komen/ Cadangan Responden Cadangan Penyelesaian Catatan 1 Surat terkini tidak disusun pada kedudukan paling atas sekali. Kedudukan surat dalam MelSA ditetapkan semula berdasarkan kepada tarikh dan masa surat dimasukkan dalam MelSA. Tarikh surat ditukar kepada Timestamp. 2 Tidak ada bukti walaupun surat telah diambil. Status pengambilan surat diwakili dengan dua warna yang berlainan. Butang memberi maklum balas disediakan untuk menunjukkan tindakan telah diambil oleh pengguna. Warna hijau melambangkan surat telah diambil. Warna jingga melambangkan surat terkini dan belum dimuat turun. 3 Sekolah tidak dapat hantar atau terima surat sekolah lain walaupun dalam daerah yang sama. Fungsi pendaftaran dan penerimaan surat dari sekolah lain ditambahkan. MelSA menjadi berfungsi pelbagai hala 4 Tidak dapat semak status surat semasa yang telah dimasukkan dalam MelSA. Satu paparan khas untuk menyemak status surat terkini disediakan. Hanya surat semasa dipaparkan. 5 Capaian internet sangat lemah atau tiada di sekolah. Sekolah dinasihatkan mengambil surat di tempat berdekatan sekolah yang mempunyai capaian internet yang stabil. MelSA dapat dilaksanakan di semua sekolah Daerah Sri Aman. Pelbagai Hala Pejabat Sekolah A Sekolah B


9 Berikut adalah gambar-gambar perubahan MelSA selepas dimurnikan atas komen/cadangan pengguna: MelSA berjaya disebarkan kepada semua sekolah pada 15 Februari 2023 melalui bengkel selepas mendapatkan kelulusan ketua jabatan. MelSA telah dimurnikan dengan pertambahan MelSA Sekolah ke PPD supaya sekolah juga dapat hantar surat ke PPD melalui MelSA. MelSA telah ditambahbaikan berdasarkan komen dan cadangan pengguna. MeLSA telah disebarkan semula pada 12 Jun 2023 Antaranya: 1. Status pengambilan surat dibezakan dmelalui penggunaan warna hijau dan jingga. 2. Pengguna dapat memberi maklum balas sebagai tanda tindakan memuat turun surat telah dilakukan. 3. Panduan Penggunaan MelSA juga disediakan supaya pengguna dapat menguasai MelSA dengan cepat. 4. Kedudukan surat adalah berdasarkan tarikh kemasukkan surat supaya surat terkini sentiasa disusun pada kedudukan atas sekali. 5. Jumlah Semasa juga telah digantikan dengan Jumlah Selesai yang memaparkan bilangan surat yang telah diambil tindakan. 6. Pertambahan MelSA Sekolah ke Sekolah MelSA telah ditambahbaikan lagi pada bulan Julai 2023 supaya menjadi lebih mesra pengguna. Antaranya: 1. Butang Daftar disediakan supaya pengguna lebih mudah untuk mencapai google form pendaftaran surat. 2. Butang Penyemakan disediakan untuk memudahkan pengguna menyemak status pengambilan surat. MelSA SEKOLAH KE SEKOLAH Paparan Daftar Surat Paparan Status Pengambilan Surat


10 5.0 KEBERHASILAN PROJEK 5.1 Output Projek 5.1.1 Tanpa Melibatkan Kos MelSA dibangunkan secara dalam talian tanpa melibatkan kos. Sebarang pengubahsuaian dan penambahbaikan dapat dilakukan serta merta. 5.1.2 Produktiviti Yang Lebih Tinggi MelSA dapat membantu pejabat menyampaikan arahan kementerian kepada sekolah-sekolah bawah seliaan dengan berkesan. Justeru itu, penglibatan sekolah terus meningkat walaupun banyak sekolah jauh dari pejabat. 5.1.3 Kualiti Kerja Terjamin Pengurusan surat-menyurat oleh PT/PO di pejabat dan sekolah menjadi lebih teratur dan sistematik. 5.1.4 Sebelum Dan Selepas Pelaksanaan Projek Bil Proses Kerja Sebelum Projek Selepas Projek 1 Pengambilan surat di pejabat. Output projek: a. Menjimatkan masa b. Boleh dicapai di mana-mana saja yang ada internet c. Serahan tugas lebih mudah d. Tenaga manusia yang terlibat dapat diminimumkan a. PT/PO sekolah perlu kerap datang ke pejabat untuk menyemak dan mengambil surat. b. PT/PO sekolah mesti datang ke pejabat walaupun jaraknya jauh dari pejabat. c. Surat lambat diambil jika staf yang a. PT/PO sekolah hanya perlu seminggu sekali jika ada urusan dengan pejabat. b. Pengambilan surat boleh berlaku di sekolah atau mana-mana tempat berdekatan sekiranya berlaku ketidakstabilan internet di sekolah. c. Pengambilan surat masih diteruskan seperti biasa kerana


11 bertanggungjawab ambil cuti. d. Biasanya melibatkan dua orang PT/PO di sekolah dimana seorang ambil surat dan sorang sebagai perekod surat. dapat disambung oleh siapa-siapa yang ada di sekolah. d. Dapat dilakukan oleh seorang PT/PO dengan mudah kerana pengambilan dan perekodan surat dapat dilaksana pada masa yang sama. 2 Penyediaan surat di pejabat. Output projek: a. Menjimatkan masa b. Kurangkan penggunaan kertas c. Simpanan surat berpusat d. Keselamatan surat terjamin a. PT/PO pejabat perlukan masa untuk cetak, staple dan masukkan salinan surat dalam pigeon box ikut nama sekolah. b. Banyak kertas A4 digunakan setiap hari. c. Surat disimpan di tempat masingmasing. d. Keciciran surat sering berlaku a. PT/PO pejabat hanya perlu sediakan salinan surat dalam softcopy dan hantar ke MelSA sekolah. b. Salinan original surat saja perlu dicetak dan disimpan. c. Surat akan disimpan dalam sistem selepas surat yang didaftar telah dihantar ke MelSA sekolah. d. Surat yang hilang masih dapat dicetak semula daripada MelSA. 5.1.5 Faedah Sampingan 5.1.5.1 Pemantauan Lebih Mudah Status pengambilan surat dapat disemak oleh ketua jabatan dengan mudah melalui MelSA. Justeru itu, Ketua jabatan di pejabat dan sekolah dapat melaksanakan pemantauan dengan lebih berkesan.


12 5.1.5.2 Keseragaman Format Surat Rasmi Dapat Dijaga Format surat yang tidak tepat dapat dikesan dengan lebih cepat dan dibetulkan dengan lebih berkesan dengan menjadikan PT/PO pejabat dan sekolah dalam pasukan MelSA. Format surat rasmi yang betul dan terkini juga dapat disampaikan kepada PT/PO dengan berkesan melalui Bengkel Pengurusan MelSA. 5.1.6 Gambar-Gambar Pembuktian PERUBAHAN PENGURUSAN SURAT-MENYURAT DI PEJABAT DAN SEKOLAH SEBELUM MelSA SELEPAS MelSA Kekerapan PT SK St Paul berulangalik ke pejabat untuk mengambil surat pada tahun 2022 (Lampiran 15) Kekerapan PT SK St Paul berulangalik ke pejabat untuk mengambil surat pada tahun 2023 (Lampiran 15) Kaedah secara Manual Kaedah sistem Pemantauan status pengambilan surat melalui fail putih Pemantauan melalui paparan analisis pengambilan surat


13 5.2 Impak Projek 5.2.1 Perbelanjaan dapat dikurangkan Perbelanjaan secara automatik dapat dikurangkan sekiranya pengurusan surat-menyurat dapat dilaksanakan di tempat sendiri tanpa pergerakan yang jauh. Sebagai contohnya: Perbelanjaan yang diperlukan oleh SK St Paul Banting untuk pengambilan surat di pejabat: Kos Tambang Bot = RM300.00 (Lampiran 11) Kos Perjalanan dari Pangkalan Lingga ke pejabat = RM82.45 (Jarak pergi balik = 97KM) Pengiraan sebelum MelSA (4 kali sebulan): Jumlah kos = 4 * (RM300.00 + RM82.45) = 4 * (RM382.45) = RM1529.80 Pengiraan selepas MelSA (2 kali sebulan): Jumlah kos = RM1529.80/2 = RM764.90 5.2.2 Mesra Alam Sekitar Pengurusan surat-menyurat tidak dapat elakan daripada penggunaan kertas dengan kuantiti yang besar. Penggunaan kertas di sesebuah pejabat akan meningkat sekiranya sekolah-sekolah di bawah seliaan adalah banyak. Semakin banyak pokok akan ditebang jika kita tidak menggunakan kertas dengan berhemah. MelSA telah membantu pejabat menguruskan surat-menyurat dengan berkesan disamping mengkurangkan penggunaan kertas dengan ketara. Hal ini dapat dibuktikan melalui jumlah surat yang telah berjaya disediakan oleh pejabat dan sekolah-sekolah Daerah Sri Aman (Lampiran 12)


14 Jumlah surat (20.2.2023 sehingga 18.10.2023) MelSA PPD ke Sekolah: Jumlah surat = 1,166 Jumlah keseluruhan = 14,764 MelSA sekolah ke PPD: Jumlah surat = 343 MelSA sekolah ke sekolah: Jumlah surat = 471 Jumlah keseluruhan surat = 14,664+343+471 = 15,578 Andaian: Satu surat = 5 helai Jumlah kertas yang telah digunakan = 15,578 * 5 = 77,890 Satu rim kertas A4 = 500 helai Jumlah rim yang telah digunakan = 77,890/500 ≈ 156 rim 5.2.3 Faedah Sampingan: Celik ICT Pembangunan MelSA secara tidak langsung memberi peluang kepada ahli kumpulan MERPATI untuk belajar ilmu baharu dan kemahiran ICT. Kumpulan MERPATI mesti teruskan belajar dan banyak meneroka jika berhasrat untuk bangunkan MelSA yang dapat memenuhi kehendak semua pengguna. Bengkel Perkongsian Appsheet dan Looker Studio telah dibuat pada bulan April sebagai nilai tambah untuk memantapkan kemahiran ICT agar dapat menambahbaikan MelSA yang sedia ada (Lampiran 13).


15 6.0 POTENSI PENGEMBANGAN INOVASI 6.1 Tahap Ketersediaan MelSA MelSA digunakan secara menyeluruh di pejabat dan sekolah-sekolah Daerah Sri Aman sejak bulan Februari 2023. Penambahbaikan dibuat dari semasa ke semasa dan disusuli dengan Bengkel Pemantapan Pengurusan MelSA. Kegunaan MelSA setakat ini adalah stabil dan belum ada aduan dari PT/PO pejabat dan sekolah. Kumpulan MERPATI juga bersedia mengkongsikan MelSA kepada sekolah atau pejabat dari daerah lain jika berminat. 6.2 Tahap Replikasi atau Pengkomersilan Akaun MOE adalah selamat menjadi hosting kepada MelSA. Akan tetapi, akaun tersebut juga menjadi kekangan kepada Kumpulan MERPATI yang berhasrat menukarkan platform MelSA daripada Looker Studio kepada Appsheet. Justeru itu, MelSA belum bersedia menjadi produk pengkomersilan. Kegunaan sistem e-surat pasaran majoriti adalah sehala dan MelSA adalah percubaan kumpulan MERPATI untuk mengembangkan kegunaannya supaya tidak terhad dalam satu organisasi saja. Masa depan MelSA akan menjadi salah satu apps yang akan disimpan dalam dashboard PPD Sri Aman. Harapan kumpulan MERPATI adalah membangunkan lebih banyak sistem berorientasi web merangkumi pelbagai bidang dan dapat membantu pejabat dan sekolah ke arah pendidikan Transformasi.


16 Lampiran 1


17 Lampiran 2


18 Lampiran 3


19 Lampiran 4


20 Lampiran 5


21 Lampiran 6


22 Lampiran 7


23 Lampiran 8


24 Lampiran 9


25 Lampiran 10


26 Lampiran 11


27 Lampiran 12


28 Lampiran 13


29 Lampiran 14


30 Lampiran 15


Click to View FlipBook Version