The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Laporan Komprehensif STORM - Aminah Salleh (1)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-38301568, 2023-10-23 05:47:53

Laporan Komprehensif STORM - Aminah Salleh (1)

Laporan Komprehensif STORM - Aminah Salleh (1)

LAPORAN KOMPREHENSIF Pejabat Pendidikan Daerah Meradong Jalan Berjaya 96500 Bintangor, Sarawak No. Tel / Faks: 084-692858 Laman Web: www.moe.gov.my


K A N D U N G A N I S I Profil Pasukan Sokongan Jabatan Signifikasi Pemilihan Projek Reka Bentuk Pemikiran Keberhasilan Projek Potensi Pengembangan Projek Rujukan Perkara Halaman Dari Meja Ketua Jabatan Latar Belakang STORM Logic Tindakan Penyelesaian 5 6 12 32 35 36 2 3 4 11


serta berupaya menghasilkan inovasi yang memberi manfaat kepada semua pihak khususnya warga pendidikan di daerah Meradong. Pada kali pertama pasukan STORM Logic membentangkan draf projek mereka kepada saya, saya yakin bahawa STORM akan dapat membantu memudahkan tugas-tugas semua staf dan pegawai di Pejabat Pendidikan Daerah Meradong, sama ada dari aspek perancangan, pelaksanaan, pemantauan, maklum balas malah pengurusan dokumentasi dengan lebih kemas dan teratur. Pelbagai isu, masalah, aduan serta rungutan dari pelbagai pihak turut diambil kira dalam proses mengenal pasti isu yang dihadapi oleh semua pegawai dan staf semasa melaksanakan kerja buat masing-masing. Keutamaan terhadap sesuatu isu turut dikenalpasti bagi memastikan projek ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak. Sepanjang tempoh percubaan STORM, pelbagai penambahbaikan yang telah dibuat beberapa kali. Ini bukanlah suatu proses yang mudah - pengubahsuaian, perubahan, proses tambah baik, memadam dan membina semula fitur-fitur di dalam aplikasi ini mengingatkan saya bahawa yang pipih tidak datang melayang, yang bulat tidak datang bergolek. Cara kerja dan sifat dinamik serta keseronokan bekerja yang ada pada diri ahli pasukan STORM Logic yang sentiasa berusaha ke arah penambahbaikan dan kecemerlangan seharusnya menjadi satu budaya yang diterapkan dalam satu-satu organisasi. Semoga dengan terhasilnya aplikasi STORM ini dapat menyuntik semangat kepada semua khususnya seluruh warga pendidikan di daerah Meradong untuk terus giat berinovasi dalam usaha meningkatkan mutu kerja dan produktiviti. Sekian, wassalam. DARI MEJA Sharifah Idawati binti Wan Ahmad Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Meradong KETUA JABATAN Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam menjulang pendidikan negeri Sarawak. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Yang Maha Esa kerana dengan izin-Nya maka terhasillah inovasi STORM dengan hasil usaha dan penat lelah ahli pasukan STORM Logic Pejabat Pendidikan Daerah Meradong. Tahniah saya ucapkan kepada ahli pasukan STORM Logic atas usaha gigih mereka dalam memastikan projek ini dapat dilaksanakan dengan baik 2 SHARIFAH IDAWATI BINTI WAN AHMAD Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Meradong


LATAR BELAKANG STORM Logic Mendukung aspirasi “Menggapai Keterbilangan Meradong”, pasukan STORM Logic bekerjasama, inisiatif menyumbang idea, tenaga serta saling menjadi inspirasi terhadap satu sama lain dalam membangunkan aplikasi STORM dengan harapan agar ia dapat menjadi satu medium yang boleh membantu serta memudahkan kerja semua staf dan pegawai ikhtisas di Pejabat Pendidikan Daerah Meradong. Kami di STORM Logic juga berharap agar usaha kami memberi inspirasi kepada semua warga pendidikan untuk terus giat berinovasi bagi menyelesaikan masalah. 3


PROFIL PASUKAN STORM Logic Ting Sii Ung Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (DG44) Sektor Perancangan Pejabat Pendidikan Daerah Meradong Pembangunan Aplikasi dan Perhubungan Koh Ing Sing Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (DG44) Sektor Perancangan Pejabat Pendidikan Daerah Meradong Pembangunan Aplikasi dan Teknikal Aminah binti Salleh Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (DG48) Sektor Pembelajaran Pejabat Pendidikan Daerah Meradong Ketua Pasukan, Grafik dan Montaj Dayang Norhayati binti Abang Halill Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (DG44) Sektor Pembangunan Murid Pejabat Pendidikan Daerah Meradong Grafik, Dokumentasi dan Teknikal 4 Pengesahan Ketua Jabatan: Tandatangan Nama Jawatan Tarikh SHARIFAH IDAWATI BINTI WAN AHMAD Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Meradong 04 September 2023 : : : :


SOKONGAN JABATAN 5 Penggunaan STORM oleh Pegawai Pendidikan Daerah bagi memantau tahap kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan jabatan. Perbincangan Pegawai Pendidikan Daerah Meradong, Puan Sharifah Idawati binti Wan Ahmad bersama pasukan STORM Logic untuk menambah baik inovasi.


Ketiadaan satu sistem komprehensif bagi memudahkan tugasan harian staf banyak melambatkan proses kerja dan lebih buruk lagi menyebabkan tertundanya satu-satu aktiviti. Keperluan kepada sistem dokumentasi serta kehendak audit semasa memerlukan staf sentiasa bersedia dengan pelbagai laporan serta dokumentasi yang lengkap. Malangnya, acap kali staf terpaksa menyelongkar semula fail-fail fizikal di samping tercari-cari fail demi fail di dalam simpanan maya masing-masing. Pemilihan projek STORM bersesuaian dengan keperluan semasa jabatan bagi memenuhi keperluan-keperluan berkaitan pengurusan projek dan dokumentasi di samping mengurus sistem maklum balas di peringkat jabatan dengan lebih efektif. Dengan cara ini, semua maklumat boleh dicapai dengan mudah. Bukan itu sahaja, sistem maklumat ini juga bersifat 'real time', di mana maklumat sentiasa dikemaskini dan terkini. SIGNIFIKASI PEMILIHAN PROJEK STORM dibangunkan sebagai menyokong fokus utama, dasar serta fungsi utama jabatan. Fokus utama Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak menjadi asas kepada penetapan 7 Fokus Utama Pejabat Pendidikan Daerah Meradong bagi tempoh 2023 - 2025. MEMANTAPKAN KUALITI KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN MENINGKATKAN KUALITI PDPC GURU MEMAKSIMUMKAN HASIL PEMBELAJARAN MURID MEMPERKASAKAN SAHSIAH DAN DISIPLIN MURID BERTERASKAN NILAI MURNI MEMPERKASAKAN BAKAT MURID SECARA HOLISTIK MENGUKUHKAN PELIBATAN IBU BAPA, KOMUNITI DAN PIHAK SWASTA MENGOPTIMUMKAN PRASARANA DAN INFRASTRUKTUR 1 2 3 Fokus 5 4 6 7 Fokus Fokus Fokus Fokus Fokus Fokus 1. SELARAS FOKUS UTAMA JABATAN 7 Fokus Utama PPD Meradong dalam Dokumen Pelan Strategik Pejabat Pendidikan Daerah Meradong 2023-2025 6


KUNJUNG BIMBING DTP SISC+ SIPartners+ Pembangunan HEM Pemulihan PPKI Menurut Pembentangan Laporan School Improvement Partners+ (SIPartners+) dan School Improvement Specialist Coaches (SISC+) dalam Dialog Prestasi Bil.2/2023 Pejabat Pendidikan Daerah Meradong, menunjukkan pengurusan sekolah, panitia mata pelajaran, Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), pedagogi guru, pembangunan profesionalisme, perancangan panitia dan beberapa aspek yang lain memerlukan bimbingan daripada semua pegawai ikhtisas dari pelbagai sektor di PPD Meradong. 2. SOKONGAN KEPADA PROGRAM KUNJUNG BIMBING KE SEKOLAH Contoh surat Lawatan Kunjung Bimbing Pegawai SISC+ ke sekolah yang menunjukkan jadual kunjung bimbing bagi tempoh Mac sehingga Mei 2023 7


Berdasarkan Laporan Setengah Tahun District Transformation Pragramme (DTP)/Mid Year Report – MYR 2023 bagi Programme Manager (PM) dan Work Stream Leader (WSL) Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) pula, KPI Jurang SES menunjukkan trend dua (2) buah sekolah sedikit melebar, manakala sebuah sekolah lagi belum mencapai KPI jurang jantina di daerah Meradong. Berdasarkan analisis terhadap justifikasi dan punca jurang berkenaan, beberapa tindakan susulan telah dicadang dan dirancang iaitu Bimbingan Pengurusan PIBKS dan Bimbingan Pengurusan Guru Bimbingan dan Kauseling selain bimbingan kepada pentadbir sekolah. Oleh itu, bimbingan daripada pihak PPD Meradong kepada pihak sekolah amatlah perlu bagi merapatkan jurang ini. Laporan Setengah Tahun DTP (Mid Year Report – MYR) 2023 bagi Programme Manager (PM) dan Work Stream Leader (WSL) Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), PPD Meradong Oleh itu, data di atas menunjukkan bahawa jabatan sentiasa merancang dan menjalankan perkhidmatan kunjung bimbing ke sekolah dan ini memerlukan tindak susul serta tindak ikut yang terancang juga. 8


MENGUPAYA JPN, PPD & SEKOLAH UNTUK MENYEDIAKAN PENYELESAIAN KHUSUS BERDASARKAN KEPERLUAN Mempercepatkan penambahbaikan prestasi sekolah melalui program yang sistematik dan dipimpin PPD di semua negeri menjelang 2014 MAKLUM BALAS PERKHIDMATAN TAKWIM PERANCANGAN DOKUMENTASI PENGURUSAN MESYUARAT PEMANTAUAN FUFT* Menurut Sarabiah Jusoh (2018), bimbingan yang diberikan oleh SISC+ berkesan dalam meningkatkan kualiti pengajaran guru yang dibimbing. Berdasarkan pembentangan pelaporan Sektor Pembelajaran PPD Meradong dalam Mesyuarat Pengetua dan Guru Besar Bilangan 1/2023, pelbagai aspek bimbingan di sekolah dirancang seperti pembudayaan KBAT, pengurusan panitia, pemerkasaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), DLP, pemulihan, prasekolah dan pendidikan khas. Kunjung bantu melibatkan hampir semua sekolah di daerah Meradong dengan fokus yang berbeza-beza berdasarkan keperluan sekolah. Ini seiring dengan anjakan keenam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. 3. MEMENUHI KEPERLUAN PENGGUNA STORM menyelami dan memenuhi keperluan staf di Pejabat Pendidikan Daerah Meradong seterusnya mengambil langkah penyelesaian. 4. SEJAJAR DENGAN ANJAKAN KE-6 PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA *FUFT- Follow Up Follow Through 9


PANTAS PENDIGITALAN MUDAH CAPAI STORAN DATA KESELAMATAN AKSES DATA MESRA PENGGUNA MESRA ALAM 5. MEMENUHI KEPERLUAN EKOSISTEM SEMASA STORM memenuhi keperluan kepada suatu penyelesaian yang sistematik, mudah dicapai, pantas, ruang penyimpanan yang efektif dengan ciri keselamatan akses data. Dalam masa yang sama, STORM turut seiring dengan keperluan kepada dunia pendigitalan. PENYATAAN SASARAN OUTCOME DAN IMPAK Masalah pengurusan takwim jabatan yang kurang teratur dapat diatasi. Masalah pertembungan tempahan dan penggunaan Bilik Mesyuarat dapat diselesaikan. Kesukaran mendapatkan maklum balas terhadap perkhidmatan jabatan yang meliputi semua sektor dan jenis perkhidmatan dapat diatasi. Ketua jabatan dapat memperoleh analisis maklum balas dengan mudah bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan dan bimbingan. Berikut merupakan sasaran outcome inovasi: 1. 2. 3. 4. Perancangan aktiviti jabatan lebih teratur dan efektif. Peningkatan prestasi kerja jabatan. Bimbingan dan tindak susul serta tindak ikut (FUFT) berimpak tinggi. Kualiti perkhidmatan jabatan dapat dipantau dan meningkat secara berterusan. Berikut merupakan sasaran impak inovasi: 1. 2. 3. 4. 10


Pasukan STORM Logic membina aplikasi STORM dengan meneliti serta menyelami pelbagai aspek seperti isu dan masalah yang dihadapi oleh pengguna, ciri-ciri, bentuk modul dan aplikasi yang boleh membantu pelaksanaan tugas semua staf di Pejabat Pendidikan Daerah Meradong serta mengenal pasti langkah-langkah penghasilan produk. STORM Logic menggunakan model rekabentuk pemikiran (design thinking tool) dalam mengenal pasti masalah, langkah penyelesaian serta penghasilan produk terakhir. “Design thinking menjadi alat penghasilan STORM oleh pasukan STORM Logic.” Penjelasan mengenai langkah-langkah penghasilan dijelaskan dengan lebih lanjut dalam aspek rekabentuk pemikiran. TINDAKAN PENYELESAIAN STRATEGI PENGHASILAN MENGUJI EMPATI MENTAKRIF MENJANA IDEA MEMBINA PROTOTAIP 11


REKABENTUK 1. Empati (Empathize) PEMIKIRAN Mengenal pasti keperluan pengguna Bagi mengenal pasti isu di peringkat jabatan, kami telah menggunakan dua kaedah iaitu soal selidik dan temu bual bersama pegawai yang menguruskan Bilik Mesyuarat. Soal selidik telah dibuat terhadap semua staf di Pejabat Pendidikan Daerah Meradong. Soalan adalah berbentuk open-ended question supaya staf dapat menyenaraikan sebanyak mungkin masalah yang dihadapi. Hasil soal selidik dan temu bual mendapati bahawa, terdapat beberapa isu yang dihadapi oleh staf di PPD Meradong. Antaranya ialah: Staf kerap menghadapi masalah pertembungan masa/tempoh bagi mesyuarat dan aktiviti jabatan. Tempahan bilik mesyuarat sukar dipantau dan berlaku pertindanan. Kekurangan atau tiada maklum balas oleh pihak sekolah mengenai bimbingan pegawai. Oleh itu FUFT sukar dirancang. Staf sukar memperoleh semula gambar-gambar serta bahan-bahan dokumentasi berkaitan dengan program dan aktiviti yang telah dijalankan bagi tujuan laporan. Staf tidak tahu tahap kepuasan orang ramai terhadap kualiti perkhidmatan. Oleh itu, peningkatan kualiti tidak dapat dibuat secara berfokus atau khusus. 2. Mentakrif Masalah (Define) Menyatakan Keperluan dan Masalah Pengguna Berdasarkan dapatan soal selidik, beberapa isu telah dikenalpasti. Daripada isu-isu di atas, kami telah mengenal pasti beberapa penyataan masalah sebagaimana yang berikut: Kesukaran staf mengesan takwim, lokasi, tarikh dan tempahan bilik mesyuarat menjejaskan prestasi kerja. Kesukaran mengesan semula dokumentasi serta bahan program/aktiviti menyebabkan pelaporan dan perancangan kurang berkesan. Kegagalan mengenal pasti kelemahan dan kekurangan dalam bimbingan menyebabkan Follow Up Follow Through (FUFT) tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan. 1. 2. 3. Penyataan Masalah: 12


Akses Keselamatan data Penambahbaikan kualiti perkhidmatan Pengurusan maklum balas Komprehensif Selamat Mudah dicapai Pengurusan dokumentasi dan laporan Tarikh/Masa/ Peserta Sektor bertanggungjawab/ Maklumat Aktiviti a. Kalendar Perancangan program/projek/ aktiviti BRAINSTORMING SCAMPER INOVASI 3. Penjanaan Idea (Ideate) Pasukan STORM Logic melalui proses brainstorming dan perbincangan bagi menjana idea ke arah penyelesaian isu di atas. Kami telah menyenaraikan dan menganalisis semua isu ini serta cuba untuk menyelesaikannya dengan pendekatan-pendekatan yang pelbagai. Hasil daripada cadangan ahli pasukan melalui kaedah brainstorming tadi, kami telah menyenaraikan tujuh (7) cadangan penyelesaian iaitu penghasilan modul Kalendar, Sistem Tempahan, Borang Maklum Balas, Google Form, Google Sheet, Website dan Cloud. Setelah itu, kami membuat beberapa perubahan dan modifikasi terhadap kesemua idea asal ini dengan menggunakan kaedah SCAMPER. Pada akhir proses penjanaan idea ini, kami mengambil keputusan untuk menghasilkan dua (2) modul sahaja iaitu Modul Takwim dan Modul Maklum Balas. c. Borang maklum balas f. Website d. Google sheet e. Google form g. Cloud combine adapt MODUL MAKLUM BALAS modify & combine Pengurusan tempahan Bilik Mesyuarat Batal/Ubah Bertindih ‘Real time’ b. Sistem Tempahan MODUL TAKWIM 1 2 Kaedah penjanaan idea 13


4. Membina Prototaip Perisian STORM boleh dicapai melalui laman web www.ppdmeradong.com atau lebih mudah lagi melalui aplikasi telefon mudah alih. Terdapat 25 modul yang dibina. Walau bagaimanapun, dua modul diuji, ditambahbaik dan dibincangkan dalam dokumentasi ini iaitu modul Takwim Organisasi dan Maklum Balas Organisasi. Projek ini dikenali sebagai STORM, merupakan sebuah pelantar yang menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada pegawai dan staf di Pejabat Pendidikan Daerah Meradong serta orang awam. Jenis data dan maklumat yang boleh dicapai adalah ditentukan mengikut kumpulan pengguna. STORM adalah aplikasi yang boleh dipertingkat dari semasa ke semasa sesuai dengan keperluan dan perubahan secara berterusan. Dalam modul Takwim Organisasi jabatan, ikon kalendar digunakan sebagai simbol visual yang mewakili aktiviti dan peristiwa berjadual. Kalendar dapat dianggap sebagai pengingat penting mengenai tarikh dan masa aktiviti jabatan. Ini dapat membantu pengguna iaitu staf PPD Meradong untuk merujuk dan memastikan mereka dapat merancang kerja dengan lebih berkesan. Modul Maklum Balas pula digunakan untuk mengumpul maklum balas pelanggan terhadap perkhidmatan semua sektor dan pegawai serta staf di Pejabat Pendidikan Daerah Meradong. Orang ramai yang menerima perkhidmatan kaunter, perpindahan dan lain-lain perkhidmatan di PPD Meradong boleh mengisi borang maklum balas di dalam sistem ini. Manakala pihak sekolah yang menerima bimbingan oleh pegawai-pegawai seperti SISC+, SIPartners+ dan lain-lain pegawai boleh melengkapkan borang maklum balas melalui imbasan kod QR pada aplikasi STORM. Terdapat beberapa fungsi dalam kedua-dua modul ini. Apa itu STORM? Prototaip 1 Rajah 1: Paparan Prototaip 1 STORM dalam peranti telefon mudah alih dan skrin komputer 14


Butang "+”untuk mendaftar aktiviti baharu dalam Takwim Organisasi Aktiviti dalam Takwim Organisasi dikategorikan mengikut tahun. Pencarian aktiviti boleh dilakukan dengan sebarang maklumat yang terkandung dalam aktiviti tersebut. Maklumat aktiviti boleh dimuat turun dalam format .csv Menu tahun Fungsi carian Fungsi muat turun 4.1. Prototaip 1: Modul Takwim Organisasi Bagi aktiviti dalaman sektor atau pengguna tidak ingin maklumat aktiviti dilihat oleh pegawai berlainan sektor, boleh pilih untuk hadkan maklumat terperinci dipapar kepada pegawai dalam sektor yang sama sahaja Input data Borang Takwim Status Bilik mesyuarat PPD Meradong terus terpapar mengikut tarikh dan masa aktiviti. Tempahan akan ditolak sekiranya tempoh tersebut dalam status 'Not Available’ 4.1.1 Fungsi Takwim Organisasi dalam STORM Rajah 2: Menu tahun dan fungsi carian Modul Takwim Rajah 3: Fungsi pengisian maklumat takwim Rajah 4: Fungsi pengisian maklumat takwim mengikut sektor atau aktiviti 15


Selain paparan mengikut tarikh, Takwim Organisasi turut menapis dan menyusun aktiviti mengikut label tag atau mana-mana yang melibatkan penggunaan Bilik Mesyuarat PPD Meradong Tagging Contoh paparan untuk aktiviti yang mempunyai label tag “Pendidikan Islam”. Input data 4.1.2 Fungsi Tagging dalam Takwim Selain fungsi carian mengikut tarikh dan tahun seperti di atas dalam Takwim Organisasi STORM, fungsi tagging disediakan bagi memudahkan carian aktiviti mengikut unit, sektor atau program di bawah seliaan organisasi. Memandangkan terdapat banyak unit serta sektor di bawah Pejabat Pendidikan Daerah Meradong, fungsi tagging ini sangat membantu semua pegawai dalam mengurus dan mengendalikan aktiviti dalam sektor dan unit masing-masing. Rajah 5: Fungsi berdasarkan penggunaan Bilik Mesyuarat Rajah 6: Contoh paparan aktiviti dalam Takwim 16


4.1.4 Fungsi Kemaskini Mengikut Bulan Aktiviti dalam Takwim Organisasi dikategorikan mengikut bulan selain disusun mengikut tahun. Tapisan bulan Contoh paparan aktiviti yang berkaitan dengan DTP bagi bulan April 2023. Tagging aktiviti Rajah 7: Contoh paparan aktiviti dalam Takwim berdasarkan tagging bulan dan aktiviti 17


Ruang rekod maklum balas yang diterima setelah memberi perkhidmatan di kaunter PPD Meradong. Perkhidmatan Ruang rekod maklum balas yang diterima setelah memberi perkhidmatan di kaunter PPD Meradong. Bimbingan 4.2.1 Fungsi Kemaskini dan Storan Dokumentasi 4.2 Prototaip 1: Modul Maklum Balas Platform maklum balas bersepadu yang memudahkan pelanggan untuk menyampaikan maklum balas dan membolehkan pengurusan pantas tindak balas terhadap isu-isu yang timbul. Borang maklum balas untuk perkhidmatan yang sering dipakai boleh disediakan dalam bentuk prefill. Borang prefill memudahkan pelanggan sewaktu pengisian di mana maklumat perkhidmatan telah diisi. Pelanggan hanya perlu isi skala kepuasan dan cadangan penambahbaikan jika ada. Rajah 8: Contoh paparan Maklum Balas Rajah 9: Paparan kod QR dalam Maklum Balas 18


Pelanggan boleh isi terus menggunakan komputer atau telefon bimbit pegawai. QR Code disediakan untuk pelanggan mengisi menggunakan telefon bimbit sendiri. Sekiranya pengisian segera tidak dibenarkan, pegawai boleh menghantar pautan borang kepada pelanggan untuk diisi pada bila-bila masa. Setiap borang prefill dibenarkan untuk diisi melalui tiga (3) cara: Kaedah Pengisian Isi terus di STORM Kod QR Perkongsian pautan Kaedah Pengisian 4.2.2 Fungsi Pengisian Maklum Balas Pelanggan Bagi memudahkan pengisian maklum balas oleh pelanggan, STORM menyediakan tiga (3) kaedah pengisian maklum balas iaitu; Rajah 10: Kaedah pengisian Maklum Balas pelanggan 19


Bahan rujukan berkaiKtaenmaskini aktiviti dimasukkan sebagai lampiran. Storan bahan 4.3.1 Fungsi Storan Dokumentasi Paparan pengisian bahan dan dokumentasi. Kebenaran untuk kemaskini hanya diberi kepada pendaftar aktiviti tersebut sahaja. Paparan 4.3 Prototaip 2: Modul Takwim Organisasi STORM Logic telah membuat penambahbaikan kepada prototaip pertama Takwim dengan menambah fungsi storan dokumentasi. Ini bertujuan untuk memudahkan staf membuat rujukan terhadap dokumentasi dan bahan berkaitan dengan aktiviti. Rajah 11: Contoh paparan pengisian dokumen dan bahan berkaitan aktiviti Rajah 12: Contoh paparan bahan yang telah dimasukkan dalam Takwim 20


Perincian skala dan maklumat dalam maklum balas pelanggan hanya dapat dicapai oleh PPD dan Timbalan PPD. Namun untuk program atau aktiviti yang melibatkan sekumpulan pegawai, ketua boleh memantau kualiti bimbingan ahli kumpulan berdasarkan kategori program tersebut. Bagi menjamin kesulitan maklumat dalam maklum balas, pendaftaran sebagai ketua kumpulan hanya dapat dilakukan oleh penyelaras modul. Nama pegawai pembimbing Pelbagai bentuk laporan atau rumusan disediakan untuk memudahkan pemantauan pihak atasan dan semakan bersama. Jenis laporan boleh diperkembangkan dari semasa ke semasa untuk memenuhi keperluan organisasi. Laporan 4.4.1 Penambahan Fungsi Rumusan Laporan 4.4 Prototaip 2: Modul Takwim Organisasi Rajah 13: Contoh paparan rumusan pelaporan dalam Maklum Balas Rajah 14: Contoh paparan bagi ketua pasukan dalam Maklum Balas 21


Pangkalan maklumat utama organisasi membolehkan akses mudah kepada maklumat seperti dasar, pekeliling, surat siaran, perkongsian maklumat, dokumentasi dan analisis data yang berkesan. Data dilabel dalam kategori Terhad atau Umum. Data Terhad hanya dapat dicapai oleh PPD dan Timbalan PPD. Data Umum boleh dicapai oleh semua orang. Semua pegawai di PPD boleh menyumbang kepada koleksi maklumat dalam Modul Pusat Data. 4.5.1 Modul Pusat Data - one stop centre 4.5 Prototaip 3: Penambahan Modul Pusat Data dalam STORM (Luar Jangka) Maklumat yang diperlukan secara berkala akan dikemaskini oleh penyelaras maklumat berkenaan. Paparan ini turut memaklumkan nama pegawai mana yang perlu dirujuk sekiranya maklumat lanjut diperlukan. Hanya pegawai yang didaftarkan dapat mencapai dan mengemaskini maklumat dalam tapak. Rajah 15: Paparan Modul Pusat Data Rajah 16: Tagging pegawai bertanggungjawab (PIC) dalam Modul Pusat Data 22


Pembinaan aplikasi Pengujian Maklum balas Kenalpasti isu Ubahsuai Pengujian melibatkan 59 orang staf PPD Meradong bermula 23 November 2021 hingga 22 Februari 2023 5. Uji (Test) 5.1 Pengujian Produk Item soal selidik semasa pengujian STORM mudah digunakan. Paparan muka STORM sesuai. Modul Takwim dan Maklum Balas memenuhi keperluan pengguna. Modul Takwim dan Maklum Balas menjimatkan masa. Modul Takwim dan Maklum Balas memudahkan urusan/kerja buat. Cadangan penambahbaikan (item terbuka) 1. 2. 3. 4. 5. 6. 47 orang staf PPD Meradong menjawab soal selidik 23


Penolong PPD 38.3% Lainlain 21.3% Pembantu Tadbir 17% Timbalan PPD 8.5% SIP+/SISC + 8.5% Penolong Pegawai Tadbir 4.3% Ketua Jabatan 2.1% 5.2 Maklum balas responden Selepas proses pengujian STORM, pasukan STORM Logic telah mengeluarkan soal selidik berkaitan penggunaan STORM oleh pengguna. Item-item yang ditanya dalam borang soal selidik ialah mengenai kesesuaian paparan STORM, kesan STORM terhadap pelaksanaan tugas staf, aspek penggunaan seperti mudah digunakan, memenuhi keperluan pengguna dan menjimatkan masa. Seramai 47 responden telah memberi penilaian terhadap STORM dengan menggunakan skala Likert dengan Skala 1 (Sangat Tidak Setuju) sehingga Skala 5 (Sangat Setuju) dalam soal selidik google form. Data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan IBM SPSS versi 26. Soal selidik maklum balas pengguna mengenai tahap kepuasan terhadap aplikasi STORM Rajah di atas menunjukkan taburan responden bagi soal selidik tahap kepuasan pengguna terhadap aplikasi STORM. 24


4.3 Cadangan Penambahbaikan Terdapat beberapa cadangan penambahbaikan oleh responden soal selidik bagi item respon terbuka. Antaranya ialah: Berdasarkan jadual di atas, skor min tertinggi yang diperoleh ialah bagi Item 1: Aplikasi STORM mudah digunakan dengan skor min 4.74 manakala min terendah yang diperoleh ialah bagi Item 4: Modul Takwim dan Maklum Balas memenuhi keperluan pelanggan iaitu pada skor min 4.57. Berdasarkan jadual di atas, skor min menunjukkan bahawa tahap kepuasan responden terhadap STORM berada di antara min 4.57 hingga 4.74 bagi semua item yang disenaraikan di atas. Oleh itu, bolehlah dirumuskan di sini bahawa tahap kepuasan pelanggan terhadap aplikasi STORM adalah pada tahap yang tinggi berdasarkan dapatan maklum balas yang telah dijalankan. Cadangan penambahan fungsi reminder pada takwim. Cadangan supaya maklumat dan perubahan takwim dikemaskini oleh pegawaipegawai berkenaan secara berterusan. Cadangan agar ada ruang penyimpanan dokumentasi dan gambar-gambar berkaitan aktiviti dalam modul Takwim. Cadangan menyediakan kiosk STORM di kaunter pejabat. Cadangan agar diwujudkan fungsi rumusan maklum balas dalam bentuk graf. 1. 2. 3. 4. 5. Jadual di atas menunjukkan skor min tahap kepuasan pelanggan terhadap aplikasi STORM di Pejabat Pendidikan Daerah Meradong. Berikut merupakan rumusan daripada soal selidik berkenaan, 25


PERAKUAN PIHAK BERTAULIAH TINDAKAN PENYELESAIAN Pasukan STORM Logic telah membentangkan inovasi STORM kepada Prof. Madya Ts. Dr. Alan Ting Huong Yong, Dekan School of Computing and Creative Media University of Technology Sarawak pada 9 Oktober 2023 yang lepas untuk mendapatkan pandangan, bimbingan dan maklum balas terhadap STORM. STORM didapati sangat menarik dan praktikal digunakan di peringkat jabatan untuk meningkatkan prestasi kerja. Selain itu, beberapa cadangan penambahbaikan juga dikemukakan demi memastikan keberlangsungan inovasi ini. Sesi perkongsian STORM bersama Prof. Madya Ts. Dr. Alan Ting Huong Yong 26


PELAKSANAAN INOVASI TINDAKANPENYELESAIANModul Takwim Organisasi dalam aplikasi STORM membolehkan pengguna mengautomasikan pengurusan takwim. Ini termasuk penjadualan automatik, peringatan (reminder), penempahan dan pembatalan Bilik Mesyuarat serta meningkatkan kecekapan dan ketangkasan dalam pengurusan takwim selain sebagai platform untuk menyusun dan merekod aktiviti jabatan. Modul Maklum Balas dibina untuk mengumpul maklum balas pelanggan yang terdiri daripada pihak sekolah, ibu bapa dan orang ramai bertujuan untuk menambah baik mutu perkhidmatan dan meningkatkan prestasi PPD dan sekolah-sekolah di daerah Meradong. Modul Maklum Balas Modul Takwim 27 TAKWIM ORGANISASI PPD MERADONG PERANCANGAN AKTIVITI PENGURUSAN MESYUARAT & AKTIVITI UNIT/SEKTOR PENGURUSAN DOKUMENTASI PDCA MAKLUM BALAS PERKHIDMATAN & BIMBINGAN SEKOLAH FUFT IBU BAPA ORANG RAMAI PPD MERADONG PENAMBAHBAIKAN PERKHIDMATAN


TINDAKANPENYELESAIANAplikasi STORM khususnya modul Takwim dan Maklum Balas telah digunakan oleh semua staf di Pejabat Pendidikan Daerah Meradong sejak Februari 2021. Setiap staf PPD Meradong memuat turun aplikasi STORM ke dalam telefon pintar masing-masing. Penggunaan aplikasi STORM adalah sangat mudah iaitu dengan mengetik ikon STORM pada telefon pintar masing-masing. Semua modul yang terdapat dalam STORM akan terpapar dan semua pengguna boleh terus menggunakannya. Walau bagaimanapun akses terhadap modul-modul ini tertakluk kepada fungsi jawatan pegawai. STORM juga boleh dicapai oleh orang awam dengan menggunakan telefon pintar atau komputer. Walau bagaimanapun, paparan bagi pengguna yang tidak didaftarkan email oleh pengurus sistem adalah terhad. Manakala paparan yang lebih komprehensif boleh dicapai berdasarkan fungsi jawatan pegawai dan staf di PPD Meradong yang telah didaftarkan email oleh pengurus sistem. Ini adalah untuk memastikan keselamatan akses terhadap semua data yang terdapat di dalam STORM. Bagi menggunakan modul Maklum Balas pula, pegawai atau staf boleh meminta pelanggan untuk mengimbas kod QR yang terjana di dalam aplikasi STORM masingmasing. Kod QR itu akan membawa pelanggan ke paparan borang maklum balas terhadap pegawai atau staf berkenaan. Selain itu, kod QR juga dicetak dan diletakkan di kaunter pejabat bagi memudahkan proses kerja. Sekiranya tiada kemudahan untuk mengimbas kod, pegawai boleh berkongsi pautan (link) borang maklum balas kepada pelanggan untuk diakses. Sekiranya kedua-dua cara di atas tidak boleh digunakan, pelanggan boleh terus mengisi borang maklum balas di dalam peranti elektronik pegawai berkenaan. Pelanggan tidak perlu mengisi maklumat mengenai perkhidmatan yang diterima kerana borang maklum balas berkenaan sudah sedia diisi (prefilled). Pelanggan hanya perlu memberikan rating kepada perkhidmatan . Penggunaan aplikasi STORM Pasukan STORM Logic menerangkan cara penggunaan modul Takwim kepada Pembantu Tadbir Pelanggan mengimbas cetakan kod QR dengan telefon pintar untuk mengisi Maklum Balas Mengimbas kod QR melalui telefon pintar untuk mengisi Maklum Balas Pegawai ikhtisas yang membuat kunjung bimbing ke sekolah akan meminta guru yang dibimbing untuk menlengkapkan borang maklum balas di dalam STORM. 28


TINDAKANPENYELESAIANPenyebaran STORM Pasukan STORM Logic telah menyebarkan aplikasi STORM kepada masyarakat semasa Hari Terbuka PPD Meradong pada 07 Oktober 2023. Objektif penyebaran pada hari berkenaan adalah untuk: Penerangan inovasi STORM kepada Pegawai Daerah Meradong, Encik Thomas Geoffrey Kendawang yang menyatakan minat terhadap STORM. Dapatan maklum balas agensi dalam tinjauan minat terhadap aplikasi STORM semasa Hari Terbuka PPD Meradong 2023 Menerusi maklum balas dan temu bual, Pejabat Daerah Meradong dan beberapa buah sekolah di sekitar Meradong menyatakan minat terhadap penggunaan STORM di agensi masing-masing. Berikut adalah rumusan soal selidik. 1. Mengumpul maklum balas komuniti terhadap mutu perkhidmatan PPD Meradong. 2. Penyebarluasan STORM kepada agensi luar dan pihak sekolah. 29


Hasil soal selidik mendapati bahawa ketua jabatan dan beberapa pegawai yang bertanggungjawab perlu mempunyai akses terhadap maklum balas oleh pihak sekolah dan orang ramai. Dengan cara ini, kualiti perkhidmatan Pejabat Pendidikan Daerah Meradong dapat ditambah baik dengan lebih berkesan kerana isu dapat dikenal pasti melalui maklum balas ini. Oleh itu, akses terhadap fungsi Laporan dalam modul Maklum Balas perlu diubah dan ditambah baik. Sebagai contoh, Ketua jabatan dapat memantau maklum balas perkhidmatan semua staf di Pejabat Pendidikan Daerah Meradong manakala semua timbalan ketua jabatan dapat memantau maklum balas perkhidmatan semua pegawai dan staf di bawah sektor masing-masing. Penambahbaikan Berdasarkan Tinjauan Terhadap Tahap Kepuasan Pengguna TINDAKANPENYELESAIANLANGKAH PENAMBAHBAIKAN a. Penambahbaikan Fungsi Akses Terhadap Modul Maklum Balas Berdasarkan pelaksanaan Uji Lari (Test) yang telah dibuat terhadap aplikasi STORM, beberapa maklum balas oleh pengguna telah diperolehi. Maklum balas ini telah diperoleh daripada seramai 47 orang responden. Hasil maklum balas ini telah mengenal pasti beberapa isu dalam pelaksanaan STORM serta ruang penambahbaikan yang boleh dibuat. Oleh itu, pasukan STORM Logic telah mengenal pasti beberapa langkah penambahbaikan. Antaranya ialah: Sebagaimana dalam contoh paparan di atas, ketua jabatan dan ketua sektor boleh memperoleh rumusan maklum balas bimbingan dan pementoran oleh pegawaipegawai di bawah seliaan sehingga September 2023. Rumusan maklum balas seperti dibawah boleh digunakan sebagai asas kepada tindakan seterusnya. Fungsi ini juga membolehkan ketua jabatan mengenal pasti pegawai-pegawai yang bertanggungjawab terhadap bimbingan berkenaan tanpa merujuk kepada ketua sektor. Skor maklum balas Item dalam maklum balas Nama program/perkhidmatan 30


Hanya email staf yang berdaftar dengan pengurus sistem sahaja yang boleh mendapatkan akses kepada modul dan sebarang maklumat di dalam sistem ini. Email yang tidak berdaftar akan disekat daripada memperoleh akses. Akses terhadap data perlu ditetapkan mengikut keperluan jawatan. Sebagai contoh, maklum balas terhadap pegawai-pegawai ikhtisas hanya boleh diakses oleh pegawai-pegawai yang berkepentingan seperti Pegawai Pendidikan Daerah dan Timbalan-timbalan Sektor sahaja. TINDAKANPENYELESAIANc. Keselamatan Data b. Keperluan Penambahan Fungsi pada Modul Takwim Selain sebagai takwim perancangan aktiviti dan program jabatan, modul Takwim perlu dipertingkat kepada beberapa fungsi tambahan yang lain: Antaranya ialah: Penambahan fungsi peringatan (reminder) sebelum aktiviti. Penambahbaikan pada tagging aktiviti. Paparan status ‘available/not available’ pada Tempahan Bilik Mesyuarat dalam modul Takwim Storan bahan seperti gambar dan dokumentasi aktiviti. 31


Bil Isu Outcome 1. Masalah pertembungan masa/tempoh/tempat bagi mesyuarat dan aktiviti jabatan. Tidak lagi berlaku pertembungan. Masa menyelesaikan pertembungan tempahan Bilik Mesyuarat hanya 10 saat berbanding 1 jam. Tiada kos kerana tiada borang tempahan. 2. Pegawai sukar menjejak aktiviti dan memperoleh semula gambar-gambar serta dokumentasi berkaitan dengan program dan aktiviti yang telah dijalankan bagi tujuan laporan dan dokumentasi jabatan. Masa menjejak aktiviti dan memperoleh bahan dapat dikurangkan dari satu (1) hari kepada 5 minit sahaja. 3. Pihak sekolah, ibu bapa dan orang ramai tiada medium untuk memberi maklum balas. Maklum balas pihak sekolah dapat diisi serta merta. Ini menjimatkan masa dari satu (1) hari kepada 15 minit sahaja. Tiada kos kerana tidak menggunakan bahan bercetak. 4. Keperluan kepada penambahbaikan perkhidmatan jabatan seiring dengan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 4 Tahun 1991 Garis Panduan Mengenai Strategi-Strategi Peningkatan Kualiti Dalam Perkhidmatan Awam. Modul Takwim dan Maklum Balas memastikan staf melaksanakan tugas mengikut perancangan. Modul Maklum Balas pula membolehkan jabatan mengumpul maklum balas untuk memperbaik kualiti perkhidmatan. OUTCOMEPROJEKOleh itu, rumusan outcome projek telah diperhatikan dan dirumus berdasarkan kepada fokus bagi menyelesai tiga isu di bawah: OUTCOME PROJEK KEBERHASILAN PROJEK 32 Perancangan dan pengurusan aktiviti yang juga secara langsung melibatkan isu penggunaan Bilik Mesyuarat. Ruang maklum balas bagi pengguna perkhidmatan dan bimbingan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Meradong iaitu pentadbir serta warga sekolah, ibu bapa dan orang ramai. Penggunaan maklumat dan analisis maklum balas pengguna perkhidmatan PPD Meradong supaya perkhidmatan dapat ditambah baik, manakala bagi penerima bimbingan, FUFT dapat dibuat. 1. 2. 3.


358 Tempahan Bilik Mesyuarat OUTCOMEPROJEBerdasarkan kepada tiga isu di atas, penyelesaian masalah telah dicapai apabila KSTORM mula dilaksanakan di peringkat Pejabat Pendidikan Daerah Meradong. Impak daripada penggunaan STORM telah dianalisis berdasarkan pengumpulan maklum balas terhadap penggunaan STORM dan data-data yang telah didaftar masuk ke dalam aplikasi STORM oleh pengguna sepanjang tempoh pengujian. Analisis dapatan ini bolehlah dirumuskan seperti berikut: Pengisian Modul Takwim sehingga Disember 2023 Perancangan dan pengurusan program jabatan Penggunaan modul Takwim mengikut sektor-sektor di PPD Meradong PENGGUNAAN MODUL TAKWIM PENGGUNAAN MENGIKUT SEKTOR 1579 Pertindanan tempahan Bilik Mesyuarat dapat dielakkan 100% Penggunaan Modul Maklum Balas daripada 400 3,350 memberikan skala 4 dan 5 dalam maklum balas perkhidmatan PPD Meradong Pengisian Maklum Balas Penggunaan data maklum balas Perancangan dan Pelaksanaan tindak susul dan tindak ikut bimbingan ke sekolah. Tindakan susulan perancangan dan infrastruktur sekolah Laporan berdasarkan maklum balas dalam mesyuarat pengurusan jabatan 91.67% 2,950 Maklum Balas Perkhidmatan Individu 44/47 responden bersetuju modul Takwim memudahkan kerja dan menjimatkan masa Sehingga September 2023 Feb 2021- Dis 2023 orang awam Sehingga September 2023 Sehingga September 2023 1 2 3 RUMUSAN OUTCOME PROJEK 33 Faedah Luar Jangka Nilai tambah pada produk di mana modul Pusat Data telah ditambah ke dalam aplikasi STORM. Kemudahan storan bahan dan laporan program disediakan. Kiosk STORM di lobi jabatan diwujudkan untuk kegunaan pelanggan. STORM terbuka untuk penambahan modul-modul lain mengikut keperluan jabatan. 1. 2. 3. 4.


IMPAKPROJEDaripada pelaksanaan inovasi STORM, beberapa impak telah dikenal pasti. KIMPAK PROJEK IMPAK TERHADAP ORGANISASI DAN STAKEHOLDER Perancangan aktiviti jabatan lebih teratur dan mudah dijejak melalui STORM. Peningkatan prestasi kerja jabatan kerana masa dapat dijimatkan. Bimbingan dan tindak susul serta tindak ikut (FUFT) berimpak tinggi kerana analisis maklum balas dapat diperoleh melalui modul Maklum Balas. Kualiti perkhidmatan jabatan dapat dijamin secara berterusan. 1. 2. 3. 4. CIRI-CIRI KELESTARIAN STORM IMPAK TERHADAP KELESTARIAN ALAM Penggunaan aplikasi mengurangkan kos penggunaan kertas. Penggunaan aplikasi mengurangkan kos pencetakan. Pengurangan kos bahan api pengangkutan kerana dilaksanakan secara atas talian. 1. 2. 3. Faktor pengalaman pengguna atau UX (user experience factor) memastikan kelestarian inovasi STORM. Pengintegrasian dengan Google Calendar khususnya dapat meningkatkan nilai UX STORM dengan adanya sistem reminder untuk mengingatkan pengguna tentang jadual mereka secara ‘real time’. Pengintegrasian bersama ekosistem Google Suite menjamin kelestarian aplikasi STORM kerana penggunaan sistem yang sudah sedia ada, mantap dan terjamin. STORM dapat mengambil faedah daripada ekosistem Google juga dengan mengurangkan kos pengurusan dan penyelenggaraan fizikal. 1. 2. 3. Oleh itu, STORM dapat mengekalkan tahap kepuasan pelanggan dan ini menjamin kelestarian STORM. FAEDAH LUAR JANGKA Jaringan dan jalinan bersama agensi luar dan pihak sekolah dapat diwujudkan. Setakat ini, perkongsian telah dibuat bersama Pejabat daerah Meradong, sekolahsekolah berhampiran dan University of Technology Sarawak, Sibu. STORM membuka peluang pekerjaan kepada individu yang mempunyai kemahiran untuk membangunkan produk ini. STORM juga membuka peluang pekerjaan kepada individu sebagai tenaga kerja untuk melaksanakan latihan kepakaran. STORM memberi ruang pembelajaran yang baharu dan proaktif dalam kalangan staf di Pejabat Pendidikan Daerah Meradong. 34 30


POTENSI Replikasi Aplikasi Pengkomersilan PENGEMBANGAN PROJEK Aplikasi STORM boleh direplikasi dan diubahsuai mengikut keperluan mana-mana jabatan atau institusi. Hanya data dan alamat email staf di satu-satu jabatan yang perlu dikemaskini bagi membolehkan sistem ini digunakan. Modul-modul boleh ditambah atau dikurang mengikut keperluan jabatan atau institusi masing-masing. Melalui perkongsian bersama pihak sekolah dan orang ramai khususnya semasa Hari Terbuka Pejabat Pendidikan Meradong pada 7 Oktober 2023 yang lepas, kami mendapati bahawa terdapat 9 buah sekolah dan sebuah agensi yang berminat untuk aplikasi STORM. Hasil daripada sesi perkongsian bersama sekolah-sekolah dan agensi lain, pasukan kami telah menyedari potensi kebolehpasaran kami dengan memberi latihan kepakaran (expertise commercialization) kepada mana-mana agensi yang berminat untuk menghasilkan replika STORM. Kami ingin memanfaatkan kepakaran kami dalam membangunkan STORM untuk menjana pendapatan melalui latihan kepakaran dan pendedahan kepada agensi lain. Bayangkan betapa mudahnya jika guru-guru di sekolah hanya perlu menggunakan modul Takwim untuk menyemak kesediaan dewan, bilik kuliah, pusat sumber, bilik tayanga dan gelanggang dan terus membuat tempahan tanpa perlu merujuk kepada pegawai bertanggungjawab (PIC). STORM membawakan anda manfaat yang tiada hujungnya! Tahap Ketersediaan Teknologi Kelestarian melalui Penggunaan Ekosistem Google Suite STORM mempunyai ciri kelestarian yang tinggi kerana ia dibangunkan menggunakan asas ekosistem Google Suite. Ini bermaksud aplikasi STORM menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh Google seperti Google Drive, AppSheet, Google Sheets, Google Calendar dan Gmail untuk membangun dan mengurus aplikasi tersebut. Dengan pengintegrasian ekosistem Google Suite, STORM Logic dapat mengurangkan kos pembangunan dan pengurusan sistem serta penyelenggaraan fizikal. STORM memberi pengalaman kepada pengguna menerusi faktor User Experience/UX seperti penggunaan fungsi reminder yang diintegrasikan dengan Google Calendar. Ini menunjukkan bahawa aplikasi STORM memperuntukkan perhatian kepada kualiti antara muka pengguna yang mudah diakses melalui telefon pintar dan seterusnya memudahkan urusan kerja. Kedua-dua faktor di atas menjamin keberlangsungan dan kelestarian STORM sebagai satu aplikasi. 35


Rujukan Sarabiah Jusoh, (2018) Persepsi, Amalan dan Keberkesanan Bimbingan Jurulatih SISC+ dari Perspektif Guru Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ;Malay Language Education (MyLEJ), 8 (1). pp. 42-52. ISSN 2180-4842 Dokumen Pelan Strategik Pejabat Pendidikan Daerah Meradong 2023-2025 Dokumen Pelan Strategik Pejabat Pendidikan Negeri Sarawak 2023-2025 Laporan Setengah Tahun DTP (Mid Year Report – MYR) 2023 bagi Programme Manager (PM) dan Work Stream Leader (WSL) Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), PPD Meradong Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 4 Tahun 1991 Garis Panduan Mengenai Strategi-Strategi Peningkatan Kualiti Dalam Perkhidmatan Awam, Jabatan Perdana Menteri Malaysia 1 April 1991 36


Pejabat Pendidikan Daerah Meradong Jalan Berjaya 96500 Bintangor, Sarawak No. Tel / Faks: 084-692858 Laman Web: www.moe.gov.my STORM


Click to View FlipBook Version