The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

LAPORAN KIK TECHNO-PRO 2023 - ABANG FADZLI BIN ABANG MAHMUD (Q-PPDKUCHING)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-38301568, 2023-10-23 04:11:51

LAPORAN KIK TECHNO-PRO 2023 - ABANG FADZLI BIN ABANG MAHMUD (Q-PPDKUCHING)

LAPORAN KIK TECHNO-PRO 2023 - ABANG FADZLI BIN ABANG MAHMUD (Q-PPDKUCHING)

0 LAPORAN KUMPULAN INOVASI DAN KREATIF (KIK) PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUCHING


1 LAPORAN KUMPULAN INOVASI DAN KREATIF (KIK) PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUCHING ISI KANDUNGAN PERKARA MUKA SURAT RINGKASAN EKSEKUTIF 1 1.0 PENGENALAN 2 1.1 Penglibatan Pihak Pengurusan 2 1.2 Kumpulan Techno-Pro 3 1.3 Logo Kumpulan dan Huraian 4 2.0 SIGNIFIKASI PEMILIHAN PROJEK 2.1 Kriteria Pemilihan Projek 5 2.2 Kaedah Pemilihan Projek 7 3.0 TINDAKAN PENYELESAIAN 3.1 Strategi Penyelesaian 9 3.2 Pelan Tindakan 11 3.3 Penghasilan Aplikasi dan Pengujian 12 3.3.1 Kronologi Penghasilan Aplikasi 12 3.3.2 Penghasilan Aplikasi 12 3.3.3 Modul PPE 13 4.0 OUTCOME PROJEK DAN PEMBUKTIAN 17 4.1 Pencapaian 17 4.2 Impak Projek 18 5.0 POTENSI PERKEMBANGAN INOVASI 19 i


2 LAPORAN KUMPULAN INOVASI DAN KREATIF (KIK) PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUCHING RINGKASAN EKSEKUTIF Pembudayaan dan Pemerkasaan Inovasi dalam Sektor Awam melalui Kumpulan Inovasi dan Kreatif (KIK) adalah satu revolusi usaha kearah menyampaikan perkhidmatan awam dengan kaedah dan prinsip yang lebih baik melalui pemikiran yang kritis dan kreatif. Budaya ini disambut baik oleh Pejabat Pendidikan Daerah Kuching untuk menjayakan matlamat dan memacu perkhidmatan yang berorientasikan modal insan yang berintegriti dan berprestasi tinggi bagi melahirkan masyarakat yang lebih maju. Pelaksanaan Perkhdimatan Teknikal ICT ini merupakan salah satu program di bawah Inisiatif A7 Pelan Transformasi ICT (ITP) 2019-2023 Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu memperkasa struktur organisasi ICT baharu dan merubah model operasi ICT untuk menyokong pembuatan keputusan dan memacu operasi selaras dengan Pelan Pendidikan Digital KPM yang telah diperkenalkan pada 2022. Kementerian Pendidikan Malaysia telah bersetuju untuk Pemusatan Perkhidmatan Teknikal ICT di Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah dilaksanakan secara task force. Projek ini merupakan hasil usaha sama semua pihak dalam Kumpulan KIK Techno-Pro menjana pelaporan gerak kerja di sekolah-sekolah. Cadangan projek ini adalah disebabkan faktor terdapat 8 zon pemusatan Juruteknik Komputer berada di lokasi berlainan dan jarak jauh daripada Pejabat Pendidikan Daerah Kuching. Projek Penjana Pelaporan Efektif (PPE) dikategorikan sebagai inovasi pelaporan gerak kerja yang efektif, pelaporan dijana lebih cepat, sistematik, selaras dan lebih teratur. 1


3 LAPORAN KUMPULAN INOVASI DAN KREATIF (KIK) PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUCHING 1.0 PENGENALAN Laporan ini adalah untuk menyampaikan informasi yang berguna dan mendokumentasikan hasil kerja kumpulan Techno-Pro. Laporan ini mendokumentasikan proses kerja penghasilan aplikasi pelaporan yang berkesan iaitu Penjana Pelaporan Efektif (PPE). Tujuan utama aplikasi ini diwujudkan adalah untuk menjana pelaporan secara sistematik, teratur dan selaras di semua peringkat zon pemusatan Juruteknik Komputer yang terlibat. Dengan adanya aplikasi ini, proses pengumpulan laporan hasil gerak kerja teknikal ICT yang telah dilaksanakan menjadi lebih mudah. 1.1 PENGLIBATAN PIHAK PENGURUSAN Aplikasi Penjana Pelaporan Efektif (PPE) yang diusahakan oleh pasukan teknikal telah dirintis dan dikongsikan sejak tahun 2022. Projek rintis PPE mendapat sambutan yang baik dan positif. Justeru itu, Pejabat Pendidikan Daerah Kuching menggalakkan projek inovasi PPE diperkasakan dan dipertandingkan ke peringkat yang lebih tinggi. Pejabat Pendidikan Daerah Kuching juga menghasratkan gerakan inisiatif daripada projek inovasi ini dengan penubuhan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) pada tahun 2023. Oleh itu, satu perbincangan dan cadangan telah diadakan pada 8 Mei 2023 untuk memaklumkan serta mencadangkan Kumpulan Techno-Pro untuk menyertai KIK dan melaksanakan projek yang diberi nama Penjana Pelaporan Efektif (PPE). Sesi perbincangan yang diadakan pada 8 Mei 2023 di Bilik Mesyuarat Pejabat Pendidikan Daerah Kuching


4 LAPORAN KUMPULAN INOVASI DAN KREATIF (KIK) PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUCHING 1.2 KUMPULAN TECHNO-PRO Ahli kumpulan Techno-Pro terdiri daripada 5 orang ahli, merangkumi pegawai teknikal dan pegawai ikhtisas daripada Pejabat Pendidikan Daerah Kuching. "TechnoPro" merujuk pada sebuah nama kumpulan yang berkaitan dengan teknologi profesional atau teknologi tinggi. Kata "Techno" merupakan singkatan dari teknologi, manakala "Pro" merujuk kepada profesional. Dalam konteks penggunaan sebagai nama kumpulan, "Techno-Pro" menunjukkan bahawa kumpulan tersebut adalah kelompok profesional yang ahli dalam teknologi dan terampil dalam memproduksi teknologi canggih. AHLI KUMPULAN TECHNO-PRO


5 LAPORAN KUMPULAN INOVASI DAN KREATIF (KIK) PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUCHING 1.3 LOGO KUMPULAN DAN HURAIAN 1. Techno-Pro merupakan gabungan perkataan teknologi dan profesional. 2. Warna merah melambangkan tenaga, keberanian, dan kekuatan. 3. Warna kelabu melambangkan kesederhanaan dan ketenangan. Ia mencerminkan kesan yang tenang dan stabil. 4. Garisan dari bawah ke atas sebelah kanan bermaksud pandangan ke hadapan dan ke arah aura kerja yang positif.


6 LAPORAN KUMPULAN INOVASI DAN KREATIF (KIK) PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUCHING 2.0 SIGNIFIKASI PEMILIHAN PROJEK 2.1 KRITERIA PEMILIHAN PROJEK Pemilihan awal cadangan inovasi Penjana Pelaporan Efektif adalah berkenaan penstrukturan semula pelbagai sektor dan unit pejabat pendidikan daerah. Hasil daripada penstrukturan tersebut, pemusatan Juruteknik Komputer telah mewujudkan lokasi-lokasi Kumpulan Zon pemusatan Juruteknik Komputer yang terletak berjauhan antara satu sama lain. Penstrukturan ini seterusnya menyukarkan proses penyelarasan pelaporan, di mana juruteknik-juruteknik yang telah melawat dan memberi perkhidmatan ke sekolah-sekolah perlu berulang-alik untuk penyerahan laporan perkhidmatan teknikal ICT. Selain itu juga, dasar digital masa kini semakin meningkat penggunaannya. Atas dasar itu, cadangan konsep untuk membangunkan aplikasi dibentangkan dan pihak pengurusan PPD bersetuju agar Techno-Pro menyahut cabaran membangun Aplikasi Penjana Pelaporan Efektif melalui kriteria pemilihan seperti berikut: a) Fungsi utama Jabatan Pembangunan aplikasi ini dilihat selaras dengan dasar digital masa kini terutamanya dari aspek pemberi perkhidmatan teknikal ICT bertaraf dunia melalui modal insan yang kreatif dan inovatif serta teknologi terkini. Pelaporan yang tepat dan mudah amatlah dititikberatkan. Proses kerja yang diringkaskan juga diperlukan bagi memastikan pulangan modal yang tinggi kepada tenaga kerja dan masa. Dari segi pentadbiran, penyelarasan laporan menjadi semakin penting memandangkan penstrukturan semula organisasi telah mengubah tanggungjawab Pejabat Pendidikan Daerah Kuching dalam pemantauan dan jejakan perkhidmatan teknikal ICT ke sekolah-sekolah. Aplikasi yang dibangunkan perlu membantu memastikan jabatan tidak terlepas pandang akan hal ini seiring dengan penggunaan teknologi masa kini sangat membantu dan memudahkan proses pelaporan ICT.


7 LAPORAN KUMPULAN INOVASI DAN KREATIF (KIK) PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUCHING b) Agenda dan matlamat nasional Pendekatan pembangunan aplikasi merupakan salah satu usaha untuk menyahut saranan negara dalam membudayakan kemahiran baru berasaskan teknologi maklumat dan ke arah pendigitalan. Usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah pengintegrasian teknologi bukan sahaja setakat pengajaran dan pembelajaran, tetapi juga dari segi pengurusan dan pentadbiran. c) Mendapat pengiktirafan di peringkat Jabatan dan Kementerian Penjana Pelaporan Efektif telah dibentangkan dan dikongsikan kepada Teknikal ICT seluruh Pejabat Pendidikan Daerah di Sarawak dan Jabatan Pendidikan Negeri seluruh Malaysia. Selain itu juga, aplikasi ini telah dibentang kepada Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Maklumat Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu Puan TS. Azlina Azman semasa lawatan beliau ke lokasi Pemusatan Juruteknik Komputer Pejabat Pendidikan Daerah Kuching. Surat pembentangan dan perkongsian Penjana Pelaporan Efektif (PPE) di peringkat Pejabat Pendidikan Daerah seluruh Sarawak dan Jabatan Pendidikan Negeri seluruh Malaysia.


8 LAPORAN KUMPULAN INOVASI DAN KREATIF (KIK) PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUCHING 2.2 KAEDAH PEMILIHAN PROJEK Pemilihan Projek PPE telah dibuat melalui proses dan kaedah seperti berikut: a) Punca-punca masalah Mengenalpasti punca-punca masalah yang dihadapi Pemusatan Juruteknik Komputer dari segi mendapatkan pelaporan gerak kerja Teknikal ICT. i. Jarak di antara lokasi pemusatan yang jauh merupakan salah satu masalah untuk penghantaran pelaporan. ii. Pembaziran tenaga dan masa jika penghantaran pelaporan secara manual ke Pejabat Pendidikan Daerah. iii. Ketidakseragaman pelaporan yang akan dihantar zon-zon pemusatan. iv. Penghantaran pelaporan agak lewat jika dibuat secara manual atau bertulis. v. Pengesahan gerak kerja di lokasi kunjung bantu Teknikal ICT agak terhad. vi. Masa dan tarikh gerak kerja Teknikal ICT tidak dapat direkodkan.


9 LAPORAN KUMPULAN INOVASI DAN KREATIF (KIK) PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUCHING b) Faedah Projek PPE Membuat laporan mempunyai pelbagai faedah dan manfaat yang penting dalam berbagai untuk organisasi. Berikut adalah beberapa faedah Projek PPE. i. Laporan memaparkan data dan informasi yang relevan sehingga membantu dalam pengambilan keputusan yang lebih tepat dan berdasarkan fakta. ii. Laporan dapat digunakan untuk memantau dan menilai hasil kerja organisasi atau individu. Ini membantu meningkatkan kemahiran dan merujuk kembali hasil kerja yang telah dilaksanakan. iii. Melalui pelaporan dapat mengesan masalah dan risiko dengan cepat. Oleh demikian, langkah-langkah pencegahan atau perbaikan dapat diambil sebelum masalah berkembang menjadi lebih serius. iv. Penjimatan masa dan tenaga dengan penghantaran pelaporan lebih cepat dan efektif. v. Berbentuk Paperless dan ini dapat menjimatkan penggunaan kertas dan mesin cetak selaras dengan penjimatan kos pentadbiran. vi. Keseragaman pelaporan di seluruh lokasi Pemusatan Juruteknik Komputer mengikut format yang telah ditetapkan di dalam PPE.


10 LAPORAN KUMPULAN INOVASI DAN KREATIF (KIK) PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUCHING 3.0 TINDAKAN PENYELESAIAN 3.1 STRATEGI PENYELESAIAN Kumpulan Techno-Pro menggunakan kaedah Design Thinking iaitu Emphatize, Define, Ideate, Prototype dan Test analisis bagi mengenalpastikan dan menetapkan kaedah penambahbaikan yang paling sesuai, praktikal serta cekap. Emphatize: Penstrukturan semula organisasi mengubah peranan jabatan dan juga sekaligus mengumpul semula tenaga teknikal ICT kepada zon-zon berpusat. Kos dan masa untuk pelaporan ke Pejabat Pendidikan Daerah Kuching meningkat. Define: Perbincangan antara pasukan teknikal ICT dan jabatan mengenalpasti isu dan kekangan utama penstrukturan semula. Proses kerja dan cara pelaporan sedia ada perlu ditambahbaik dan ubahsuai. Ideate: Idea dan konsep aplikasi merupakan satu kaedah yang telah mengambilkira faktor kos, masa, dan tenaga kerja yang sedia ada. Di samping itu, penyelesaian yang dicadangkan perlu mencapai pulangan kos dan masa yang tinggi dalam masa yang singkat memandangkan pemantauan proses kerja tidak dapat ditangguhkan. Prototype: Prototaip PPE hanya mengandungi agenda lawatan, tarikh lawatan, sekolah yang dikunjungi dan keputusan selepas lawatan. Test: Aplikasi telah diujilari sebanyak 3 kali dan dibentang 3 kali. Aplikasi telah diperbaiki dari segi nama pegawai lain, isu dikenal pasti, tindakan susulan, gambar kerja yang dilaksana, pengesahan pegawai, pengesahan pelapor dan maklum balas pelanggan.


11 LAPORAN KUMPULAN INOVASI DAN KREATIF (KIK) PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUCHING Berdasar kitaran Design Thinking, kaedah yang paling sesuai adalah dengan menggunakan Penjana Pelaporan Efektif (PPE) bagi menggantikan kaedah manual yang merekodkan pelaporan secara bertulis. Aplikasi ini mampu mempercepatkan masa merekod pelaporan, menjimatkan masa dan meningkatkan ketelusan ketika bertugas di lokasi kunjung bantu Teknikal ICT. Gambarajah Design Thinking


12 LAPORAN KUMPULAN INOVASI DAN KREATIF (KIK) PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUCHING 3.2 PELAN TINDAKAN MEI 2022 Mengenalpasti masalah dan memilih masalah. MEI 2022 Menganalisa masalah. JUN 2022 Membangun sistem pelaporan melalui Google Form dan melaksana pengujian. JUN 2022 Mencari solusi penyelesaian masalah. JULAI 2022 Pelaksanaan Percubaan dan Pengujian. JUN 2022 Penggunaan Google Form kurang berkesan. Membangun PPE menggunakan Apps Sheet. NOVEMBER 2022 Pembentangan PPE di peringkat Pengurusan Tertinggi Pejabat Pendidikan Daerah Kuching OKTOBER 2022 Perkongsian dan pembentangan PPE ke seluruh Pejabat Pendidikan Daerah negeri Sarawak JANUARI 2023 Pembentangan PPE kepada Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Maklumat Kementerian Pendidikan Malaysia. FEBRUARI 2023 Perkongsian dan pembentangan PPE ke seluruh Jabatan Pendidikan Negeri seluruh Malaysia MAC 2023 Tindakan susulan (Pemantauan)


13 LAPORAN KUMPULAN INOVASI DAN KREATIF (KIK) PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUCHING 3.3 PENGHASILAN APLIKASI DAN PENGUJIAN 3.3.1 KRONOLOGI PENGHASILAN APLIKASI 3.3.2 PENGHASILAN APLIKASI Aplikasi PPE merupakan penjana pelaporan kerja Teknikal ICT di Pejabat Pendidikan Daerah Kuching yang dibangunkan sendiri oleh Kumpulan Techno-Pro dengan konsep hubungan kerja yang interaktif. Aplikasi ini diwujudkan bertujuan untuk menjana pelaporan kerja dan kunjung bantu yang dilaksana oleh Teknikal ICT ke sekolah-sekolah dibawah seliaan Pejabat Pendidikan Daerah Kuching. Setiap ketua Zon pemusatan Juruteknik Komputer diberi akses untuk membuat pelaporan setelah bertugas ke sekolah yang telah diberi perkhidmatan Teknikal ICT. PPE dibangunkan dengan menggunakan platform Google AppSheet. Pada Julai 2022, PPE telah dilancarkan dan diaktifkan secara dalam talian untuk kegunaan pelaporan pemusatan Juruteknik Komputer. Platform Appsheet digunakan untuk membangun Aplikasi PEP


14 LAPORAN KUMPULAN INOVASI DAN KREATIF (KIK) PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUCHING 3.3.3 MODUL PENJANA PELAPORAN EFEKTIF (PPE) Ikon Aplikasi PPE pada Telefon Pintar. Paparan Modul Menu System. Masuk ke Sub Modul SOKONGAN ICT Paparan SOKONGAN ICT. Masuk ke Sub Modul LAPORAN KERJA ICT PPD KUCHING


15 LAPORAN KUMPULAN INOVASI DAN KREATIF (KIK) PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUCHING Modul antara muka pertama untuk Aplikasi PPE. 1. Pengguna boleh melihat paparan pelaporan yang telah diisi oleh Juruteknik Komputer Pemusatan. 2. Pengguna boleh membuat pelaporan dengan menekan butang + pada paparan sebelah kanan bawah aplikasi. Modul antara muka Pengisian Pelaporan. 1. Timestamp – Untuk mengisi masa ke lokasi kunjung bantu. 2. Agenda/Objektif Lawatan – Tujuan lawatan. 3. Zon – Zon pemusatan 4. Masa Mula – Masa mula bertugas. 5. Masa Akhir – Masa akhir bertugas. 6. Sekolah Yang Dikunjungi – Nama sekolah yang diberi perkhidmatan Teknikal ICT.


16 LAPORAN KUMPULAN INOVASI DAN KREATIF (KIK) PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUCHING Modul antara muka Pengisian Pelaporan. 7. Lokasi Selain Sekolah – Nama lokasi kunjung bantu selain daripada sekolah. 8. Nama Pegawai Ikut Serta – Nama pegawai Teknikal ICT yang menyertai kunjung bantu. 9. Nama Pegawai Lain Yang Ikut Serta – Nama pegawai selain dari pegawai Teknikal ICT. 10. Isu Yang Dikenal Pasti – Mengenalpasti isu atau masalah ICT. 11. Keputusan Selepas Lawatan – Hasil penyelesaian masalah yang dapat diselesaikan di lokasi. 12. Tindakan Susulan – Tindak susul jika isu tidak dapat diselesaikan pada hari tersebut. Modul antara muka Pengisian Pelaporan. 13. Gambar / Eviden – Gambar gerak kerja yang dilaksana. 14. Gambar / Eviden 2 – Gambar gerak kerja yang dilaksana. 15. Gambar / Eviden 3 – Gambar gerak kerja yang dilaksana. 16. Gambar / Eviden 4 – Gambar gerak kerja yang dilaksana.


17 LAPORAN KUMPULAN INOVASI DAN KREATIF (KIK) PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUCHING Modul antara muka Pengisian Pelaporan. 17. Pengesahan Pegawai Di Sekolah – Tandatangan pegawai di sekolah yang diberi perkhidmatan Teknikal ICT. 18. Nama Pegawai – Nama pegawai yang menandatangan. 19. Nama Pegawai Pelapor – Nama pegawai yang mengisi pelaporan kunjung bantu Teknikal ICT. 20. Tandatangan Pelapor – Tandatangan pegawai yang mengisi pelaporan. Modul antara muka Borang Kepuasan Perkhidmatan. 1. Pengguna boleh menunjukkan kod QR kepada pihak sekolah untuk memberi tahap kepuasan perkhidmatan yang telah diberi.


18 LAPORAN KUMPULAN INOVASI DAN KREATIF (KIK) PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUCHING 4.0 OUTCOME PROJEK DAN PEMBUKTIAN Penghasilan projek ini telah menambahbaik pelaporan Pejabat Pendidikan Daerah Kuching iaitu dari segi penyampaian perkhidmatan Teknikal ICT melalui pelaporan digital dan pengesahan gerak kerja yang dilaksanakan di sekolah-sekolah. Projek ini telah diuji dari segi kesahihan penerimaan dan kebolehpercayaan pelaporan oleh Pemegang Taruh. 4.1 PENCAPAIAN MASA Tempoh menjana pelaporan mengambil masa kurang 1 hari dapat dilaksana. KOS Penjimatan kos dari segi cetakan kerana pelaporan kerja boleh dilihat melalui PPE. TENAGA MANUSIA Pegawai tidak perlu ke Pejabat Pendidikan Daerah Kuching untuk menghantar pelaporan kunjung bantu ke sekolah-sekolah. PENGESAHAN KEBERADAAN Pengesahan bertandatangan oleh pegawai di sekolah yang menerima kunjung bantu menjadi bukti kunjung bantu yang dilaksana. PELAPORAN YANG SELARAS Pelaporan yang dihasilkan adalah selaras, nampak lebih teratur dan kemas.


19 LAPORAN KUMPULAN INOVASI DAN KREATIF (KIK) PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUCHING 4.2 IMPAK PROJEK a) Memudahkan proses pelaporan di mana pelapor boleh menggunakan telefon sahaja untuk membuat pelaporan di lokasi kunjung bantu. b) Menjimatkan masa pengurusan pelaporan. c) Pelaporan bergambar dan pemantauan gerak kerja pemusatan Juruteknik Komputer di lokasi kunjung bantu. d) Pelaporan Teknikal ICT lebih mudah disemak. e) Meningkatkan penggunaan pelaporan secara digital.


20 LAPORAN KUMPULAN INOVASI DAN KREATIF (KIK) PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUCHING 5.0 POTENSI PERKEMBANGAN INOVASI Projek Penjana Pelaporan Efekif (PPE) boleh dimuat turun melalui pautan seperti berikut http://tiny.cc/PPE_UTICT a) Dengan aplikasi pelaporan dalam talian, Penjana Pelaporan Efektif (PPE) dapat mengakses laporan dari mana saja melalui telefon pintar sahaja. Ini akan memudahkan dan menjimatkan masa untuk menyemak pelaporan kerja yang telah dilaksanakan. b) Proses pelaporan dapat menjadi lebih berkesan dan cepat dengan menggunakan aplikasi pelaporan dalam talian. Pelaporan yang dihasilkan adalah secara real-time dan laporan dapat dihasilkan dalam waktu singkat. c) PPE dapat menjana pelaporan secara bergambar yang dapat memantau gerak kerja dan bukti kesahihan berapa di lokasi kunjung bantu. d) Pada masa ini, penggunaan aplikasi PPE hanya digunakan oleh Unit Teknikal ICT Pejabat Pendidikan Daerah Kuching. Namun, aplikasi PPE berpotensi untuk diperluaskan untuk segala jenis pelaporan atau jejakan perkhidmatan yang diberi kepada sekolah-sekolah. e) Aplikasi PPE mempunyai nilai komersial yang boleh digunakan oleh manamana agensi yang terlibat dengan bekalan perkhidmatan. Menu dan konteks PPE boleh diubahsuai dengan mudah untuk memenuhi kriteria-kriteria tertentu.


21 LAPORAN KUMPULAN INOVASI DAN KREATIF (KIK) PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUCHING


Click to View FlipBook Version