The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Laporan Komprehensif Projek E-Pengurusan Sekolah - PPD SERIAN-CM44 KPM

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-38301568, 2023-10-23 05:45:50

Laporan Komprehensif Projek E-Pengurusan Sekolah - PPD SERIAN-CM44 KPM

Laporan Komprehensif Projek E-Pengurusan Sekolah - PPD SERIAN-CM44 KPM

Laporan Komprehensif Projek E-Pengurusan Sekolah 1.0 Latar belakang Kumpulan Kumpulan Serian Innovateam (KSI) merupakan satu pasukan inovasi yangbaharuditubuhkan untuk mewakili Pejabat Pendidikan Daerah Serian dalamPertandinganInovasi Sempena Konvensyen Inovasi Jabatan Pendidikan Sarawak Tahun2023yangdianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dengan kerjasama Institut AminudinBaki Cawangan Sarawak. Penasihat kepada kumpulan kami ialah Pegawai PendidikanDaerah (PPD) Serian, Bunsie Anak Tunton yang juga merupakan mantan Pegawai School Improvement Partners+ (SIP+). KSI terdiri daripada 6 orang ahli yang diketuai olehHaji Rafi Bin Haji Taizel (SIP+) dan lima orang ahli, iaitu Charles Kored Anak Juut (SIP+),Baynard Anak Sawun (Pegawai School Improvement Specialist Coaches PlusatauSISC+), Albert Anak Eng Hock (SISC+) Abang Isaifuddin Bin Abang Noran(PenolongPegawai Pendidikan Daerah) dan Nozfairoline Ezwandy Aidil Fitri Bin Bujang(PenolongPPD). 2.0 Signifikan Pemilihan Projek Projek E-Pengurusan Sekolah (EPS) yang dikategorikan sebagai satu inovasi bidangpengurusan dan pentadbiran dipilih sesuai dengan trend masa kini dan selari dengan7Teras Utama KPM, iaitu meningkatkan pendidikan digital dan anjakan ketujuhPelanPembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM), iaitu memanfaatkan ICT bagi meningkatkankualiti pendidikan di Malaysia. Menurut Kartz Robert (1974) pengurus perlumenguasai kemahiran teknikal, iaitu menggunakan peralatan dan tatacara yang betul adalahpentingdikuasai selain kemahiran kemanusiaan dan kemahiran konseptual. Oleh itu, seseorangpengurus sekolah perlu menyediakan bahan pengurusan yang baik dan ditatakeloladengan berkesan. Projek EPS dipilih bagi membantu pihak pengurusan sekolah, terutamapengurusantertinggi sekolah yang juga dipanggil ‘Senior Leader Team’ (SLT). Senior Leader Team(SLT) terdiri daripada Pengetua atau Guru besar (PGB), Penolong Kanan Pentadbiran,Penolong Kanan Kokurikulum, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan jugaPenolongKanan Petang yang mengurus sekolah berdasarkan perancangan. PengenalanStandardKualiti Pendidikan Malaysia pada tahun 2010 telah memberi panduan kepadapemimpinsekolah untuk membangunkan sekolah berpandukan kepada 9 teras kompetensi yangterkandung dalam Standard Kompetensi Kepengetuaan Sekolah Malaysia. PerubahanSKPM 2010 kepada SKPMg2 pada tahun 2017 dan SKPM Kualiti@Sekolahpadatahun2023 juga telah memberi ruang dan peluang bagaimana EPS dapat dimanfaatkan. Selain itu, kerja buat SLT perlu didasari aspek POLC (Plan, Organise, Lead, Control) danPDCA (Plan, Do, Check, Action). Setiap perancangan projek yang dibuat perludipantaudan inilah yang menjadi tunjang idea EPS diperkenalkan. Projek EPSini jugaselari dengan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) yang mana ukuran kualiti sekolah


diukur dengan melihat aspek pentadbiran dan pengurusan yang terkandungdalamStandard Satu (Kepimpinan) dan Standard Dua (Pengurusan). DalamStandardSatuSKPM, peranan Pengetua dan Guru Besar adalah sebagai peneraju, pembimbingdanpendorong yang perlu mengupayakan barisan penolong kanan (SLT) untukbersama-sama mengurus sekolah secara berkesan. Manakala, Standard Dua berkaitandenganpengurusan organisasi sekolah seperti sumber manusia, aset, kewangan, sumberpendidikan dan pemuafakatan. Kedua–dua standard ini memberi panduanbagaimanaPGB membuat perancangan dan pemantauan di sekolah yang diurus. KandunganEPSmerupakan bahan pengurusan yang perlu ada di sekolah, seperti PerancanganStrategikSekolah (PSS), Pelan Intervensi Sekolah (PIS), One Page Project Manager (OPPM),Panduan Pengurusan Sekolah (PPS), Takwim Sekolah dan seumpamanya. Persoalanyang timbul adalah adakah PGB kita dapat mengintergrasikan bahan-bahanpengurusantersebut dengan berkesan dan adakah selari dengan SKPM? EPSdapat memberi jawapan dan panduan yang dikehendaki oleh PGB. Rajah 1. Perkaitan SKPM dengan E-Pengurusan Sekolah Proses projek EPS adalah berdasarkan maklum balas daripada PGB padaakhir tahun2019 berhubung dengan isu satu bentuk penyimpanan yang lebih mudahbahanpengurusan sekolah selaras dengan kehendak SKPMg2 yang berkehendaksekolahmenyimpan evidens segala kerja-kerja pengurusan berkaitan Standard SatuhinggaEmpat. Namun berdasarkan dapatan bimbingan oleh SIPartners+ pada tahun2017dan2018 menunjukkan bahan-bahan pengurusan yang sepatutnya dijadikan evidenssukardisimpan, sukar diakses atau disediakan apabila diminta. Jelaslah EPSdapat membantubahan pengurusan sekolah ini disimpan tanpa perlunya ruang penyimpanan secarafizikal malah juga mudah diakses. Pada tahun 2019, Pegawai SIPartners+ di Pejabat PendidikanDaerah Serian hanya tinggal seorang berbanding kuota, iaitu tiga orang pegawai apabiladua pegawai SIPartners+ telah dilantik menjadi Pengetua. Hal ini telah menyukarkanbimbingan kepada 85 buah sekolah lebih-lebih lagi untuk membimbing PGBdalamaspekpengurusan dan pentadbiran. Isu ini telah mendorong kepada pengenalanEPSpadatahun 2020. SKPM E-PENGURUSAN SEKOLAHPERANCANGAN STRATEGIK SEKOLAH (1.1.1) PELAN INTERVENSI SEKOLAH (1.1.2) TAKWIM (1.1.3) ONE PAGE PROGRAM MANAGER (1.1.3) PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH (1.2 &2.1)


Pengenalan Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) di PPD Serian padatahun2018melalui pemilihan dua buah sekolah rintis, iaitu SK Tebakang dan SK St DominicPichindan pada tahun 2019 dua buah sekolah telah ditambah, iaitu SMK TebakangdanSKBalai Ringin. Pada tahun 2019, atas inisiatif Pegawai SIPartners+ kesemuaPGBtelahdiupayakan PGB dengan OPPM dan Pelan Intervensi Sekolah juga disebut sebagai PelanIntervensi Transformasi Sekolah atau PInTaS telah dibuat untuk semua 85 buahsekolahdi PPD Serian. Maka pada tahun 2020, EPS telah diperkenalkan bagi memudahkanpemantauan dan bimbingan bahan OPPM dan PInTaS. Dengan adanya EPSini juga,bahan OPPM dan PInTaS lebih mudah dirujuk oleh Pegawai Meja TS25dansemuaRakan Elit TS25 yang terdiri daripada Pegawai SIPartners+ dan SISC+. Selain itu, pertambahan jumlah sekolah di PPD Serian daripada 85 buahkepada108buah pada 1 Januari 2022 juga telah memberi peluang dan ruang EPSuntukdimanfaatkan kerana kebanyakan sekolah yang baharu dimasukkan ke PPDSerianbelum diupayakan dengan Pelan Intervensi Sekolah dan OPPM. Sebelumini adalahsukar untuk para PGB berkongsi bahan-bahan pengurusan sekolah yang dibuat. Mungkinkurang pratikal untuk seorang Pegawai SIPartners+ untuk meminjamkan bahan-bahanpengurusan sekolah seperti Perancangan Strategik Sekolah dari sekolah-sekolahyangterpilih, dibawa bersama semasa bimbingan dan dibincangkan bersama-samaPGBsekolah kerana bahan tersebut masih bukanlah yang terbaik dan agak tebal apabiladibukukan. EPS telah memberi satu penyelesaian terhadap kerja buat bimbinganyanglebih mudah dan pratikal kepada seseorang Pegawai SIPartners+ keranabimbinganberpandukan contoh yang mudah diakses dan dibincangkan penambahbaikanmengikutsituasi sekolah yang dibimbing. 3.0 Tindakan Penyelesaian Rentetan daripada beberapa isu yang diketengahkan dan betapa perlunya satutindakanpenyelesaian dibuat, maka diperkenalkan EPS pada awal tahun 2020 bagi memudahkanPGB menyimpan bahan-bahan pengurusan sekolah, memudahkan seseorangPegawai SIP+ membimbing PGB dan mana-mana pegawai dari PPD membuat pemantauanjikaperlu dan satu medan perkongsian ilmiah yang bermanfaat kepada PGBdi daerahSerian.EPS bermula dengan pengenalan Google Drive : bit.ly/ppdserianPS untuk semua85PGBdi daerah Serian memuat naik bahan-bahan pengurusan di sekolah dan ketetapanyangdibuat adalah memuat naik lima bahan utama, iaitu Perancangan StrategikSekolah,Pelan Intervensi Sekolah, OPPM, Takwim dan Panduan Pengurusan Sekolah. Namunsebagai ujian rintis, empat belas buah sekolah TS25 kohot 3, 4 dan 5 telah dimintauntukmemuat naik bahan tersebut ke dalam EPS tersebut. Daripada 14 sekolahyangterlibatdalam ujian rintis ini, 13 buah tiada masalah memuat naik manakala 1 sekolahgagal memuat naik bahan EPS. Memandangkan tahun 2020 pandemik Covid-19 melanda, kitatidak mewajibkan semua sekolah memuat naik bahan pengurusan sekolah, namun


galakan dan bimbingan berterusan menyebabkan EPS mendapat sambutanpemimpinsekolah. Penilaian kendiri sekolah melalui SKPM juga menimbulkan pelbagai persepsi keranamarkah yang diberi oleh sekolah tidak menggambarkan keadaan sebenar di sekolah.Terdapat sekolah yang memberi markah Standard 1 dan Standard 2 yangtinggi bagi mengambarkan kecemerlangan kepimpinan dan pengurusan. Namun denganadanyaEPS, bahan-bahan pengurusan yang dimuat naik dapat memberi gambaranmengenai hala tuju dan perancangan yang dibuat oleh seseorang PGB. Data sokonganini dapatdijadikan semakan silang markah SKPM yang telah diberikan dan penentuankualiti sekolah lebih relevan. Pegawai SIP+ akan dapat memberi jawapan kepada PPDberkaitandengan keadaan sebenar sekolah berdasarkan kepelbagaian data dan justifikasi. Pandemik Covid-19 telah memberi satu ruang dan peluang untuk melaksanakanbimbingan secara maya dengan menggunakan EPS berkenaan. Tidak terjangkabahawaEPS benar-benar dapat dimanfaat semasa pandemik kerana bimbingan secaramayaantara Pegawai SIP+ dengan PGB boleh diadakan di lokasi capaian internet yangbaiktanpa mengira lokasi. Perbincangan bahan-bahan dalam EPS seperti PInTaSdanOPPMuntuk sepuluh buah sekolah TS25 Kohort 5 masih dapat dilakukan denganbaiksamamenggunakan pelantar Google Meet. Bagi tahun 2021 juga bimbingan secaramayajugamasih dapat diteruskan dengan lebih baik kepada sekolah-sekolah TS25Kohort 6berpandukan perbincangan terhadap bahan PInTaS dan OPPM. 4.0 Keberhasilan projek Impak pertama yang dapat dilihat adalah pada tahun 2020 seramai 62 PGB(73%) berjayamemuat naik bahan ke dalam EPS dan telah meningkat kepada 83 PGB(97.6%) padatahun 2021. Tiada unsur paksaan kepada PGB memuat naik bahan bahanberkenaanmemandangkan suasana pandemik Covid-19 pada tahun 2020 dan 2021, namunberlakukenaikan tahap tindakan PGB pada tahun 2021 jelas menunjukkan penerimaanmerekadan atas dasar kepentingan bahan berkenaan. Pegawai SIP+ juga telah membantuPGByang mengalami kesukaran memuat naik bahan dalam bimbingan juga menyumbangkepada peningkatan angka berkenaan. Kita tidak berjaya mencapai 100 %PGByangmemuat naik bahan EPS pada hujung tahun 2021 kerana berlaku perpindahandanpersaraan dua orang PGB. Rajah 2. Peningkatan pengisian bahan EPS.


Impak yang dapat dilihat pada tahun 2021 melalui perbandingan yang dibuat melalui satuinstrumen yang dibuat oleh Pegawai SIP+ lebih melihat tahap tindakan dantahapkualiti bahan pengurusan yang dibuat. Apa yang lebih penting adalah tahap kualiti kerjabahanyang dibuat akan dinilai oleh Pegawai SIP+ dan ini merupakan data sokonganyangmembantu mereka untuk melakukan tindak susul dan bergerak ke sekolah, terutamaPGByang belum begitu mahir membuat bahan pengurusan tersebut. Pada tahun 2020 dan 2021 kemasukan SIPartners+ baharu berjumlah 22orangtelahmemberi ruang untuk EPS dimanfaatkan. Pada tahun 2021 juga telah dikongsikankepadasemua SIP+ di Negeri Sarawak dalam satu Sesi Perkongsian Amalan Terbaik dansekali lagi dikongsikan pada Perjumpaan SIP+ & SISC+ Peringkat Negeri bersamaPengarahPendidikan Negeri Sarawak. Bersama-sama Pegawai SIP+ yang baharutelahdikongsikan bahan-bahan EPS PPD Serian yang boleh diguna pakai sebagai panduandan rujukan untuk mereka membimbing PGB di daerah masing-masing. MisalnyaPegawai SIP+ PPD Lundu pernah memohon bahan Perancangan Strategik dari beberapabuah sekolah rendah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan untuk dikongsikandi daerah mereka. Sesuai juga dengan Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) yang bermulapadatahun 2016 di negara kita dan pada tahun 2018 di PPD Serian, bahan-bahanpengurusandan pentadbiran telah diberi penekanan. Perancangan Strategik Sekolah danhalatujuyang jelas mampu mentransformasikan sekolah dengan lebih cepat. Sekiranyaprogramyang dirancang kurang berimpak, maka sekolah diminta membuat pelan intervensi jangkapendek agar isu dapat diselesaikan. Pemantauan menggunakan OPPMakanmembantupentadbir sekolah memantau perjalanan program yang dirancang. Kesemuaini jelasmemantapkan kerja buat seseorang pemimpin sekolah. EPS selain digunakanolehPegawai SIP+ di PPD, turut digunakan oleh rakan SISC+ terutama dalammelihatperkembangan perancangan Program TS25. Kedua-dua rakan elit ini akandapatmelakukan bimbingan berkaitan Pelan Intervensi Transformasi Sekolah (PInTaS) danOPPM. Selain itu juga, EPS dapat dijadikan panduan dan rujukan pentadbir di PPD


Serian, oleh Pegawai Pegawai Pendidikan Daerah dan empat orang Timbalandalammembuat justifikasi penilaian kepada kepimpinan sekolah dalamPenilaianBersepaduPegawai Perkhidmatan Pendidik (PBPPP), terutama dalammelihat kriteriaProfesionalisme seperti hala tuju organisasi. Pengenalan My School Governance (MySG) pada tahun 2022 yang sebenar merujukjugakepada Panduan Pengurusan Sekolah telah menyebabkan perlunya bimbinganPegawai SIP+ terhadap penambahbaikan panduan pengurusan sekolah membabitkancartaorganisasi dan jawatankuasa-jawatankuasa mengikut kehendak MySG. Melalui EPS,Panduan Pengurusan Sekolah boleh dirujuk dan sebarang ketidakpatuhanmengikutpanduan MySG akan memudahkan PGB tersebut dikenalpasti dan dibimbing. BukanPegawai SIP+ sahaja yang boleh membantu untuk panduan pengurusansekolahini,tetapi pegawai-pegawai di Sektor Pengurusan Sekolah juga bolehmembantumembimbing dengan merujuk bahan di EPS tersebut. Kajian Impak pada tahun 2023 (sila rujuk Lampiran 3) menunjukkan bahawaEPSsemakin mantap berdasarkan kaji selidik yang diterima daripada 98 orangrespondenPGB di PPD Serian. Seramai 100 % responden bersetuju bahawa EPS memberi manfaatkepada mereka. Kaji selidik membuktikan seramai 87.9 % PGB merujuk bahanrakanrakan di sekolah lain dan memuat turun bahan berkenaan jelas membuktikanEPSdimanfaatkan dengan baik di PPD Serian. Melihat kepada kemahiran membuat limabahan pengurusan yang diminta, seramai 97.8% responden mahir membuat PerancanganStrategik Sekolah, seramai 95.4 % responden mahir membuat Pelan Intervensi Sekolah,seramai 98.9 % responden mahir membuat OPPM, seramai 97.8 %respondenmahirmembuat Panduan Pengurusan Sekolah, seramai 97.8 % responden mahir membuattakwim sekolah. Data yang diperolehi menunjukkan masih terdapat segelintir PGByangkurang mahir membuat bahan berkenaan dan data ini membolehkan Pegawai SIP+melaksanakan tindak susul dan memberi bimbingan. Bahan-bahan EPS ini juga telah dimanfaatkan PGB untuk membimbing barisanpenolongkanan dari segi pengupayaan memahami bahan-bahan pengurusan seperti PelanIntervensi Sekolah dan OPPM dan seramai 96.7 % PGB menyebar bahan-bahankepadabarisan penolong kanan malah kepada guru kanan dan ketua panitia. Bahan-bahanini akan lebih memudahkan para PGB menggunakan bahan dalamEPS yangbanyakdanterbaik untuk diadun dan dihasilkan sesuai dengan keadaan sekolah masing-masingkerana kita percaya setiap sekolah mempunyai keadaan dan situasi yangberbeza.Bimbingan Pegawai SIP+ atau mana-mana pegawai lain di pejabat akan lebihmudahberkaitan pengurusan dan pentadbiran di sekolah. 5.0 Potensi pengembangan projek Projek EPS ini mempunyai potensi untuk dikembangkan dan diperluaskanmanfaatnya.Memandangkan terdapat perkaitan SKPM dan EPS, maka lima bahanyangtelah


dimuatnaik perlu ditambah. Selain daripada lima bahan pengurusan utamayangdimuatkan ke dalam EPS, bahan-bahan tambahan seperti bahan PerkongsianAmalanTerbaik daripada Kolokium dan bahan-bahan evidens untuk SKPMboleh dimuat naikdandisimpan dalam EPS. Bahan-bahan perkongsian amalan terbaik hasil daripadaSLTyangtelah dibentang semasa Kolokium 2.0 PPD Serian telah dimuatnaik dan kaji selidikyangdibuat membuktikan 83.5% PGB kita telah merujuk bahan-bahan kolokiumini. Bahan-bahan ini dapat membantu peserta Program Residensy and Immersion (PRIme) atauPGB baharu untuk menghasilkan satu amalan terbaik. Malah bahan-bahanperkongsianterbaik daripada pelbagai sumber dan dari daerah-daerah lain telah dimuatnaikdanPGBboleh membudayakan perkongsian amalan terbaik kepada warga sekolah. Ini membuktikan bahawa EPS berpotensi menjadi satu bahan pengumpulan bahan-bahanpengurusan dan pentabiran sekolah yang lebih berkesan dan dikongsikandemi kepentingan sekolah-sekolah kita. EPS berpotensi juga diperluaskan bukan setakat di PPD Serian tetapi boleh diperluaskandi peringkat negeri. Ini bagi membolehkan atau memudahkan akses bahan-bahanpengurusan yang perlu kepada mana-mana pegawai di pelbagai peringkat bagi tujuanpemantauan dan bimbingan. Pemantau atau pembimbing luar seperti RakanElit IABpernah menggunakan EPS sebagai rujukan sebelum ke sekolah TS25 di PPDSerian,terutama dalam melihat PInTaS dan OPPM. Malah dalam kursus melibatkanrakan-rakanelit SIP+ dan SISC+ yang diadakan di IAB, EPS juga diguna pakai untuk dijadikancontohdan ditambahbaik dalam sesi bengkel. Selain itu, pegawai-pegawai lain seperti dari IPGM,JPNS mahupun sesiapa sahaja boleh merujuk bahan dalam EPS untuk dijadikanbahanrujukan mereka. Pada tahun 2021 EPS ini pernah dikongsikan sebanyak dua di peringkat negeri dandi peringkat kebangsaan pada 2022. Namun penambahbaikan yang berterusandemi kelestarian dan pemantapan EPS terus berlaku dan kajian impak yang dibuat padatahun2023 menunjukkan penerimaan baik dalam kalangan PGB dan menjadi satudatatambahan untuk bimbingan Pegawai SIP+ dengan lebih berkesan. Dalammasaterdekatkita akan cuba mengintergarasikan I-Kompas 2.0, iaitu penilaian kendiri PGBterhadapkerja buat pengurusan mereka yang didasari 9 kompetensi dalamSKKSM. Kesemuaini jelas menunjukkan potensi pengembangan EPS. Kelebihan dan potensi yangdijelaskantadi telah mendorong EPS dicalon dan diangkat sebagai satu bahan inovasi PPDSerianuntuk dipertandingkan di peringkat negeri. 6.0 Penutup Konklusinya, EPS dapat dikaitkan peranan PGB atau SLT dalamStandard 1dan2sertabudaya 6P (Perancangan, Pelaksanaan, Pemantauan, Penilaian, Penambahbaikan,Pendokumentasian) dalam SKPM. EPS telah menjadi satu bentuk penyimpananbahanpengurusan yang lebih sistematik dan mudah diakses, malah merupakanmedanperkongsian dalam kalangan SLT di PPD Serian. Selain itu, Pegawai SIP+ataumana-mana pegawai lain di PPD Serian, Jabatan Pelajaran malah KementerianPendidikan


boleh mengakses bahan tersebut sebagai satu data sokongan untuk membimbing.Penyediaan bahan pengurusan yang berkualiti, mudah disimpan dan diaksesakanmemastikan PGB terarah ke satu tata kelola pengurusan berkesan ditambahlagi denganhala tuju yang jelas akan mewujudkan sekolah berkualiti selari denganSKPMKualiti@Sekolah dan Program TS25. Kini EPS adalah satu mediumperkongsianSLTdi Pejabat Pendidikan Serian yang berjumlah 108 buah sekolah dan tidak mustahil dapatdijadikan panduan dan rujukan di PPD lain di Sarawak. Rujukan Raja Azhar Bin Raja Sulaiman (2023). Pengurusan SKPM : Evidens dan Penskoran. . Standard Kompetensi Kepengetuaan Sekolah Malaysia (SKKSM) Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) Zainuren Mohd Nor (2020). 9 Strategi Membangunkan Kecemerlangan Sekolah. MSAGraphic Resources.


Click to View FlipBook Version