Lambang Lencana Pandu Puteri Malaysia Menurut persetujuan Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS - World Association of Girl Guides and Girl Scouts) pada tahun 1928, semua negara bersetuju untuk menerima trefoil sebagai lencana ikrar, sebagai lambang cita-cita Pandu Puteri. Rekabentuk lencana Pandu Puteri Malaysia mula-mula diperkenalkan pada bulan Januari 1962. la dicipta oleh Cik Mary Bowers, seorang Pesuruhjaya Latihan, Ibu Pejabat. Semasa berkhemah dengan pasukannya, beliau telah memungut sehelai daun yang jatuh ke tanah. Daun itu menarik perhatian beliau kerana bentuknya. Berikutan satu perbincangan sesama ahli-ahli kadetnya, mereka telah mencapai kata putus untuk memohon kepada Ibu Pejabat supaya rekabentuk daun tadi digunakan sebagai rekabentuk trefoil. Ini meggantikan lencana trefoil Inggeris yang telah digunakan sebelum tahun 1962. Lencana Pandu Puteri Malaysia terdiri daripada tiga rangkaian daun atau cantuman daun yang terdapat bintang pecah 14 di tengahnya serta perkataan Pandu Puteri di bawahnya. Pemimpin akan menyemat lencana ini pada skaf ahli semasa Upacara Pelantikan yang diadakan setelah lulus Ujian Pra Persetiaan. Jadi lencana ini juga dikenali sebagai Lencana Pelantikan. 50
Lencana Dunia Lencana Trefoil Dunia (World Badge) ialah lambang WAGGGS. Lencana ini hanya boleh digunakan oleh ahli Pandu Puteri dalam kumpulan tenderfoot atau ahli penuh yang telah melafazkan ikrar. Di peringkat dunia, Lencana ini merupakan simbol perpaduan di kalangan Pandu Puteri sedunia. 51
Prinsip Asas Pandu Puteri Isyarat dan hormat Pandu Puteri 52
Isyarat dan Hormat Pandu Puteri Isyarat Pandu Puteri Isyarat Pandu Puteri digunakan semasa : (i)Seseorang itu diterima sebagai ahli Pandu Puteri (ii) Ahli Pandu Puteri membaharui ikrar. Cara Membuat Isyarat Pandu Puteri: (i)Ahli Pandu Puteri berada dalam kedudukan sedia. (ii)Tangan kanan dinaikkan ke aras bahu dan tangan kiri (di sisi) dirapatkan lurus ke badan. (iii)Kedudukan tangan kanan adalah pada jarak 15 25cmdari telinga kanan.Kira masa 1, 2, 3 dan turun 3, 2, 1. Hormat Pandu Puteri Hormat Pandu Puteri ialah tabik Pandu Puteri yang dilakukan kapada Pegawai Pandu Puteri seperti pemimpin, ketua dan juga sesama ahli kumpulan. Ia juga diberi kepada ketua negara, ketua negeri, pembesar dan tetamu kehormat dalam upacara rasmi. 53
Prinsip Asas Pandu Puteri Berjabat tangan dan khidmat Pandu Puteri 54
Berjabat tangan ialah tanda persahabatan bagi Pandu Puteri. Pandu Puteri Malaysia menggunakan kedua-dua belah tangan apabila berjabat tangan dengan orang kenamaan dan orang yang tidak berpakaian seragam, bersesuaian dengan budaya kita. Pandu Puteri berjabat tangan menggunakan tangan kiri dengan ahli berpakalan seragam yang lain. Khidmat Pandu Puteri Berjabat tangan Catatan khidmat yang diberi kepada orang lain selama 2 minggu: • Format mengikut kreativiti masing-masing (contohnya buku kecil, peta minda dan lain-lain) • Mesti ada tarikh, khidmat yang diberi, tandatangan orang berkenaan. Contoh khidmat: i) Menolong ibu mencuci pinggan selepas makan malam. ii) Menolong ayah membersihkan kereta. iii) Menolong jiran yang tua memotong rumput. iv) Menolong guru mengangkat buku. 55
Prinsip Asas Pandu Puteri Isyarat wisel serta isyarat tangan 56
Isyarat Tangan Isyarat Wisel 57
Prinsip Asas Pandu Puteri Lagu Pandu Puteri 58
Lagu Pandu Puteri Lagu Dunia Versi Bahasa Melayu Arah kita jelas ke depan, Bendera berkibar; Tidak berlipat di dunia Harapan abadi; Bersatu untuk kebenaran, Persahabatan kukuh; Selagi dunia masih ada Akan nyanyi lagu ini. Yang cintakan kebenaran, Menetapkan janji; Dengan rela berjasa, setia abadi; Kebebasan kita tepati, Bersedia sama; Untuk semua miskin kaya, kita beri, yang terdaya. Lagu Dunia English Version Our way is clear as we march on, And see our flag on high Is never furled throughout the world For hope shall never die We must unite for what is right In friendship true and strong Until the earth in its rebirth Shall sing our song. Shall sing our song. All those who loved the true and good Whose promises we were kept With humble minds whose acts were kind Whose honour never slept Those were the free and we must be Prepared like them to live To give to all, both great and small All we can give All we can give. 59
Prinsip Asas Pandu Puteri Bendera Malaysia, Bendera Persatuan Pandu Puteri Malaysia(PPPM) dan Bendera Dunia 60
Bendera Malaysia (Jalur Gemilang) Bendera Malaysia merupakan identiti unik negara kita Malaysia. Dikenali dengan nama Jalur Gemilang, simbol, warna dan lambang yang ada pada bendera ini mempunyai maksud tertentu yang melambangkan jati diri rakyat Malaysia secara amnya. Biru: Latarbelakang bulan sabut dan bintang yang berwarna biru pula melambangkan perpaduan rakyat Malaysia. Kuning: Warna kuning pada bintang dan bulan sabit ialah warna diraja raja-raja Melayu. Merah: Melambangkan keberanian rakyat Malaysia mengharungi pelbagai cabaran demi negara tercinta Putih: Melambangkan kesucian dan keluhuran hati rakyat Malaysia yang berbilang kaum Maksud Corak dan Rekabentuk Bendera Malaysia 14 jalur, dengan lebar yang sama, mewakili status yang sama dalam persekutuan 13 negara anggota dan wilayah persekutuan, manakala 14 titik bintang mewakili perpaduan antara entiti ini. Bulan sabit mewakili agama Islam sebagai agama negara. Maksud Warna pada Jalur Gemilang 61
Bendera Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) Bendera Pandu Puteri Malaysia dikibarkan pada setiap perhimpunan Pandu Puteri peringkat kebangsaan, negeri, daerah mahupun sekolah. la juga dikibarkan di Rumah Pandu Puteri atau Pejabat Pandu Puteri kebangsaan atau negeri. Latar belakang keseluruhan bendera ini berwara biru. Lencana Pandu Puteri Malaysia yang berwarna kuning emas diletakkan di tengah-tengahnya. Perkataan Persatuan Pandu Puteri Malaysia mengelilingi lencana tersebut. 62
Trefoil Tiga Blok Bendera Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) Bendera Dunia ialah bendera rasmi WAGGGS. Penggunaannya diluluskan pada tahun 1930 di Persidangan Dunia yang diadakan pada tahun itu. Pepina dan Bendera Dunia yang baru ini diterima pada Mac 1991 selepas Upacara Perasmian PAX LODGE. Tiga petak kuning menyerong sederet di bahagian kanan bawah. Bahagian Putih di penjuru melambangkan komitmen semua ahli PanduPuteri dan Pengakap Puteri terhadap keamanan. Bahagian Putih 63
Sejarah Perkembangan dan Struktur Organisasi Sejarah Perkembangan dan Struktur Organisasi 64
Sejarah perkembangan 65
Sejarah Perkembangan Riwayat Hidup Pengasas Olave St. Clair Soames atau lebih dikenali sebagai Lady-Baden Powell iaitu beliau adalah isteri kepada Lord Robert BadenPowell telah mengetuai pertubuhan "Girl Guides" dengan bantuan adik Lord Robert Baden-Powell, Agnes Baden Powell pada tahun 1910 yang sebelumnya dikenali sebagai "Girl Scouts". Pada tahun 1916, beliau telah dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Pandu Puteri atau "Girl Guides". Kemudian pada tahun 1918, beliau telah dilantik menjadi Ketua Pandu Puteri atau "Chief Guide". Beliau telah diberi gelaran "World Chief Guide" pada tahun 1930. Beliau hidup sehingga 25hb Jun 1977 pada umur 88 tahun. Pengasas Pandu Puteri Olave St.Clair Soames (Lady Baden Powell) 66
Sejarah Penubuhan Pandu Puteri Tahun 1909 Sejumlah kecil gadis hadir untuk Perhimpunan Pengakap "Scout Rally" pertama di Crystal Palace, memanggil diri mereka Pengakap Puteri. Mereka telah menarik perhatian pengasas pergerakan Pengakap, Lord Robert Baden-Powell. Lord Robert Baden-Powell menubuhkan Pandu Puteri sebagai pergerakan selari bagi mereka, diselenggarakan oleh adiknya Agnes Baden-Powell. Lord Robert Baden-Powell bimbang sekiranya mereka dikenali sebagai pengakap akan menyebabkan kanak-kanak lelaki menjauhi diri, dan juga kelarga gadis. Oleh itu, Lord Robert BadenPowell memilih nama "Girl Guides" atau" Pandu Puteri" dengan rujukan kepada Guides Corps di India. Dalam masa beberapa bulan, kumpulan perempuan ini telah mempunyai nama dan programnya sendiri. Agnes Baden-Powell, mengadaptasikan buku "Scouting for Boys" untuk kegunaan Pandu Puteri dan seterusnya, pergerakan Pandu Puteri dilahirkan. Lord Robert Baden-Powell yang baru bersara mula bergerak secara sepenuh masa dalam Pengakap dan Pandu Puteri. Semasa satu lawatan promosi untuk Pengakap dan Pandu Puteri, beliau berjumpa dengan Olave Soames dan seterusnya berkahwin dengannya. Tahun 1910 67
Sejarah Penubuhan Pandu Puteri Tahun 1912 Di serata dunia Walaupun pergerakan Pandu Puteri dilahirkan di Britain, tetapi perkembangannya ke tempat lain amat pantas. Sebelum persatuan ini ditubuhkan, telah wujud beberapa kumpulan. Pandu Puter telah bertapak di 10 negara. Kumpulan-kumpulan ini mempunyai pakaian seragam, lencana, peraturan dan nama yang berbeza tetapi mereka berkongsi prinsip dan cita-cita yang sama. Gambar Olave St Clair Soames yang menjadi Ketua Pandu Puteri Sementara Agnes Baden-Powell memainkan peranan utama sehingga kematiannya. Olave Baden-Powell, menjadi Ketua Pandu Chief Guide England. Olave dilantik sebagai Ketua Pandu Puteri United Kingdom dan meneruskan usahanya dengan Lord Robert Baden-Powell dalam mengembangkan Pandu Puteri di seluruh dunia. Tahun 1918 68
Sejarah Penubuhan Pandu Puteri Tahun 1919 Oleh sebab Pergerakan ini terus berkembang, satu badan rasmi diperlukan untuk menyatukan semua ahli dan pada tahun 1919, Olave Baden-Powell membentuk Majlis Antarabangsa (International Council), perintis kepada WAGGGS. Robert Baden-Powell dilantik sebegai Ketua Pengakap Sedunia. Setahun kemudian, Persidangan Antarabangsa yang pertama telah diadakan. Persidangan ini merupakan satu peristiwa yang bersejarah dan memberi peluang kepada dunia Pandu Puten dan Pengakap Puteri untuk berjumpa dan bertukar fikiran dan pengalaman, Buat kali pertamanya, kumpulan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri mula merancang lawatan ke luar negara. Tahun 1920 Tahun 1924 Perkhemahan Sedunia yang pertama diadakan dan pada tahun berikutnya, Buletin Dunia dikeluarkan. Buletin ini kini dikenali sebagai "Our World News". Sementara itu, pasangan BadenPowell meneruskan usaha mereka dalam mempromosikan Pengakap dan Pandu Puteri / Pengakap Puteri di seluruh dunia. 69
Sejarah Penubuhan Pandu Puteri Tahun 1928 Selepas Persidangan Antarabangsa Keempat yang diadakan di Amerika Syarikat pada tahun 1926, wakil dari beberapa negara berjumpa dengan BadenPowell untuk bertanya tentang pembentukan satu persatuan. Sebelum Persidangan Antarabangsa Kelima di Hungary pada tahun. 1928, Baden-Powell mendapatkan pendapat semua pertubuhan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri yang terkenal dan meminta mereka mempertimbangkan perkara ini secara serius. Akhirnya, perwakilan persidangan dar 26 negara membuat keputusan untuk membentuk Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia. Biro Dunia (World Bureau) Persatuan ini akan bertempat di London dan berfungsi sebagai urusetia. Selepas itu, keputusan diambil untuk pemilihan satu Jawatan kuasa Dunia. Lord dan Lady Baden-Powell serta Pengarah Biro Dunia akan menjadi ahli exofficio kepada Jawatan kuasa ini. Satu draf perlembagaan telah disetujui dan Pandu Puteri menjadi satu persatuan yang berpusat. Perang Dunia Pertama tidak menghalang perkembangan Pergerakan ini. Banyak kumpulan yang menawarkan diri sebagai sukarelawan, 15 lagi negara yang memperkenalkan kumpulan Pandu Puteri, termasuklah Brazil, China dan Estonia. Olave Baden-Powell menjadi Ketua Pandu Chief Guide England dan Ketua Pandu Puter Sedunia. Tahun 1930 Tahun 1931 Sementara itu, Pergerakan ini terus berkembang dengan pesat. Pada tahun 1931, keahlian persatuan ini melebihi satu juta. 70
Tahun 1966 Setelah tergendala sementara disebabkan oleh peperangan, pergerakan ini dihidupkan semula pada tahun 1945 dan terus berkembang. Walau bagaimanapun, Lord Baden-Powell telah meninggal dunia pada masa itu. Walaupun bersedih atas pemergian suaminya, Olave meneruskan kerja beliau dalam Pandu Puteri. Sejarah Penubuhan Pandu Puteri Tahun 1932 Pusat dunia yang pertama dibuka. Tahun 1945 Tahun 1957 Pembukaan Our Cabaa Tahun 1939 Perkemahan Sedunia Pandu Puteri/ Pengankap Puteri diadakan di Hungary Pembukaan Sangam 71
Sejarah Penubuhan Pandu Puteri Tahun 1977 Olave Baden-Powell meninggal dunia pada Jun 1977. Bagi mengingati beliau, WAGGGS memulakan Projek Pusat Olave (Olave Centre Project) dan meletakkan semula Biro Dunia (urusetia WAGGGS) bersama Pusat Dunia London (Pax Lodge). Pertumbuhan pesat ini adalah disebabkan oleh usaha ramai wanita yang bersemangat, mempunyai sumber dan berpandangan jauh. Mereka semua melihat ini sebagai peluang yang baik untuk pendidikan remaja wanita. Nama seperti Juliette Low (pengasas Pengakap Puteri di Amerika Syarikat), Olga Malkowska (pengasas di Poland) dan Antoinette Butte (pengasas di Perancis) membantu membentuk pergerakan yang kita kenali hari ini. Sehingga Hari ini: 72
Asia Pasifik Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Tengku Puan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti AlMutawakkil 'Alallah Sultan Iskandar Al-Haj, Timbalan Yang Di Pertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia, telah dilantik sebagai Penaung Diraja Asia Pasifik WAGGGS pada Ogos 2005. Rantau Asia Pasifik Rngkaian kepulauan Benua dan lautan Yang beragaman Mari kita nyanyikan Lagu kepanduan Rantau Asia Pasifik Adalah tempat kita Pandu Puteri, Pramuka Berbilang negara Lain bangsa, budaya Sama bersetuju Satukan suara Nyanyikan lagu ini Rantau Asia Pasifik Lagu Rantau Asia Pasifik 73
1917 Pasukan Pandu Puteri Pertama telah ditubuhkan oleh Cik Gertrude Ballard di Perempuan Methodist, Kuala Lumpur, dibantu oleh tiga orang pemimin berpangkat Leftenan iaitu Cik Ford, Cik King dan Cik Pykett. Pasukan ini telah didaftarkan di Ibu Pejabat Pandu Puteri India dan dikelolakan di bawah YWCA. Lady Guillemard dilantik Yang Di Pertua dan Puan Cavendish dilantik sebagai Pesuruhjaya Penyelaras untuk Malaya. 1919 Penubuhan Pasukan Pandu Puteri Pulau Pinang 1920 Pek Tunas Puteri yang pertama pula ditubuhkan di Sekolah Perempuan Kampung Baru, Kuala Lumpur. 1921 Penubuan Pasukan Pandu Puteri Perak 1923 Penubuhan Pasukan Kadet Pandu Puteri Pulau Pinang 1924 Pasukan Pandu Puteri Negeri Sembilan ditubuhakan pada tahun 1924 1925 Pasukan Pandu Puteri Melaka ditubuhkan 1925 Penubuhan Unit Renjer Puteri Pulau Pinang. Puan P.M Robinson dilantik sebagai Ketua Unit Renjer Puteri Malaya. 1928 Kepanduan mula mendapat perhatian pihak kerajaan, yang berkuasa pada masa ini. Kerajaan Negeri-Negeri Selat serta Kerajaan Persekutuan telah memberi pengiktirafan rasmi dalam bentuk sokongan dan kerjasama seterusnya memberi sumbangan dan peruntukan tahunan sebanyak dua ribu ringgit. 1932 Pasukan Pandu Puteri Johor dan Pasukan Pandu Puteri Kedah ditubuhkan dan merupakan Pasukan Pandu Puteri yang pertama mengadakan kegiatan dalam bahasa Melayu. 1934 Ketua Pengakap Lord Baden Powell Dan Ketua Olave, Lady Baden Powell telah mengadakan lawatan ke Malaya. 1937- 1946 Kegiatan kepanduan di Malaya tergendala disebabkan perubahan takhta pemerintahan kerajaan yang mana Malaya mula diperintah oleh kerajaan Jepun. 1947 Kegiatan kepanduan yang tergendala telah dihidupkan semula dengan usaha-usaha menggalakkan lebih ramai lagi penyertaan gadis-gadis remaja apabila penubuhan Pasukan Pandu Puteri dilancarkan di semua negeri Persekutuan Tanah Melayu. Beberapa orang ahli pandu puteri dan pemimpin dari PPPM telah mengambil bahagian dalam perhimpunan antarabangsa bua pertama kalinya. Sejarah Penubuhan Pandu Puteri Di Malaysia 74
1948- 1960 Sekali lagi kegiatan kepanduan tergendala akibat pengisytiharan darurat di seluruh negara. 1957 Persatuan Pandu Puteri Malaya diterima bergabung dengan WAGGGS (Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Sedunia). Perjanjian Pandu Puteri yang diubahsuai untuk memenuhi keperluan negara mula digunakan. 1960 PPPM telah diterima sebagai Ahli Tenderfoot WAGGGS, dalam Persidangan Dunia ke-17 di Athens, Greece. 1962 PPPM telah diberi penghormatan menjadi penganjur dan tuan rumah Persidangan Pemimpin Pandu Puteri Sedunia yang diadakan di Kuala Lumpur pada bulan Disember. 1963 Dame Leslie Whateley, Pengarah Biro Dunia telah memberi Pengiktirafan Persatuan Pandu Puteri Malaysia, gabungan Persatuan Pandu Puteri Sabah, Sarawak, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) hasil dari pembentukan negara Malaysia pada 1963. 1967- 1976 Sambutan Tahun Jubli Emas 50 Tahun disambut meriah dengan aktiviti - aktiviti Perkhemahan Jubli Emas. 1969 Perletakkan Batu Asas Bangunan Ibu Pejabat dan Perasmian Bangunan Ibu Pejabat dan Perasmian Bangunan Ibu Pejabat, Wisma Pandu Puteri oleh DYMM Sri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Intan Zaharah Ibni Almarhum Tengku Seri Setia Raja Terengganu. 1977- 1986 Sambutan Tahun Jubli Intan disambut dengan Jambori Jubli Intan, Penubuhan Guild Trefoil Malaysia, Bengkel Penyediaan Buku Dasar Pertubuhan dan Undang-Undang (DPU) Perkhemahan dan Perkhemahan Antarabangsa KEMMAS. Majlis Kebangsaan bersetuju menukarkan BROWNIE kepada TUNAS PUTERI. Pakaian seragam baru untuk Pandu Puteri, Tunas Puteri dan Pemimpin mula digunakan di seluruh negara. 1986 PPP Selangor dipecahkan untuk membentuk PPP Wilayah Persekutuan dan PPP Selangor. 1987- 1996 Merupakan tahun-tahun Kepanduan sebagai satu cabaran yang dimulakan dengan sambutan 70 Tahun Kepanduan di Malaysia secara besar-besaran di seluruh negara. PPPM telah menjadi tuan rumah kepada Mesyuarat Jawatankuasa Asia Pasilik, Persidangan Ketua Pesuruhjaya Komanwel dan Jambori pandu Puteri Kebangsaan. Satu lagi detik sejarah PPPM ialah penubuhan Majlis Kadet Pandu Puteri Maktab Perguruan Malaysia di mana semua urusan latihan dan program kepanduan guru-guru pelatih dipertanggungjawabkan kepada Pesuruhjaya Kadet Pandu Puteri yang setaraf dengan Pesuruhjaya Negeri. Pelbagai Projek seperti Our Water Our World, Cleanathon, Round Robin, Kem Cabaran 96 telah dilaksanakan. Sejarah Penubuhan Pandu Puteri Di Malaysia 75
1997 Sambutan 80 tahun PPPM dengan Semangat Keamanan dan Harmoni bermula. 1998 Sempena Sukom ‘98 di Malaysia, PPPM telah menganjurkan Perkhemahan Komanwel ‘98. 1999 Bagi menyahut cabaran perkembangan era ICT, Laman Web PPPM telah mula dilancarkan dengan peningkatan maklumat dari semasa ke semasa. 2000 8 - 15 Febuari - Laporan Kemajuan WAGGGS ke atas Persatuan Pandu Puteri Malaysia oleh Jan Mac Intyre. Lawatan ke Selangor, Johor, Sabah, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang. Melancarkan Projek Biskut dan Penyerahan Jalur Gemilang - Ketua Kontinjen Bilateral Exchange Programme with China. Majlis Menandatangani Laman Web Persatuan Pandu Puteri Malaysia Pesta Tunas Puteri Antarabangsa 2000 / Intemational Brownies Festival 2000. di UITM Shah Alam Selangor. Tema Kerjasama Sejagat Ke Arah Kesejahteraan Sedunia' (Global Cooperation For A Better World) 11 negara mengambil bahagian. 20 - 26 November - Aktiviti Antarabangsa: ‘Bilaterial Exchange Programme Between Girl Guides Association Malaysia with The Chinese Young Pioneers’ (Program Pertukaran Malaysia - China) 2001 7-12 September - Kem Integrasi 2001: Kem ini yang disertai oleh peserta dari dalam dan luar negara dari Maldives, Korea dan Pakistan telah diadakan di Pusat Keemerlangan dan Pembangunan Insan YPJ, Sekakap, Mersing, Johor. Projek Asia Pasifik: PPPM - Fiji GGA: Lend A Hand 2002 April - Majlis Menjunjung Kash ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Siti Aishah, Bekas Penaung Di Raja Persatuan Pandu Puteri Malaysia Sambutan menyambut sempena 85 tahun Kepanduan di Malaysia. Sambutan menyambut sempena 85 tahun Kepanduan di Malaysia. Sejarah Penubuhan Pandu Puteri Di Malaysia 76
2003 Projek Khidmat Hospital Majlis Renjer Puteri Kebang saan telah dilancarkan di Hospital Besar Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang. Projek berterusan ini akan diadakan di setiap cawangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia pada bulan Oktober sempena Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia. Tema yang ditetapkan ialah "Kami Membawa Keriangan". Ahli Pandu Puteri Renjer akan berkhidmat di wad kanak-kanak (pediatrik). Projek "Lids for Limbs" telah diterima untuk dijalankan di setiap cawangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Projek Bungkusan Kasih atau "Peace Packs" telah diterima untuk dijalankan di setiap cawangan Persaluan Pandu Puteri Malaysia. 2004 Seramai 55 orang ahli Renjer Puteri dan Pemimpin mencipta sejarah mendaki Gunung Kinabalu dengan menyertai Ekspedisi Kinabalu Rakan Muda yang bertemakan "Menuju ke Puncak". Seramai 49 ahli berjaya ke Puncak. Persatuan Pandu Puteri Malaysia dipilih sebagai salah satu organisasi ahli WAGGGS untuk projek International Signature Programme (ISP), satu kerjasama antara The UPS Foundation, WAGGGS dan PPPM. Melalui projek ini, PPPM menerima geran daripada The UPS Foundation selama tiga tahun untuk mencapal beberapa matlamat. Cycleton Puteri Terengganu (Ogos 2004) - 290 ahli Pandu Puteri dan Renjer Puteri berbasikal 300 km merentasi negeri Terengganu bagi menjana dana untuk kanak-kanak kurang upaya dan sakit kronik. Hasil kutipan dana telah dimasukkan ke Tabung Amal Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Terengganu. Ekspedisi Berbasikal Pulau Pinang (Oktober 2004) berjaya memasuki Malaysian Book of Records sebagai "Ekspedisi Berbasikal Wanita yang Terbesar di Malaysia". 2005 21 - 23 Februari - Pada pertama kalinya 'GirlGuides' Summit" diadakan di Hotel Kuala Lumpur International untuk ahli-ahli kepanduan lepasan sekolah. Seramai 105 orang peserta mengambil bahagian. Sambutan Hari Peringatan Sedunia Peringkat Kebangsaan dengan tema "Makanan" turut diadakan i acara ini. Sebanyak 4,581 "Peace Packs" telah dihantar ke Iraq. Pengurusan penghantaran dibuat oleh Kementerian Luar Negeri dan kos penghantaran diblayai oleh Kementerian Pertahanan. 16 - 17 April - Kursus Jurulatih Kurikulum Lencana HIVIAIDS WAGGGS diadakan di Wisma Pandu Puteri dengan kerjasama Majlis AIDS Malaysia. Seramal 23 orang Jurulatih Kurikulum Lencana HIV/AIDS berjaya dihasilkan. Sejarah Penubuhan Pandu Puteri Di Malaysia 77
16-19 Ogos - Malaysia menjadi Tuan Rumah kepada Perhimpunan Agung Pertama Sahabat Asia Pasifik WAGGGS (Friends of Asia Pacific WAGGGS) yang diadakan di Kuantan, Pahang dan disertai oleh 190 orang peserta darl 12 negara. 17 Ogos - Majlis Pelantikan KDYTM Tengku Puan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj, D.K.; D.K. (Johor); S.P.M.J. sebagai Penaung Di Raja Sahabat Rantau Asia Pasifik WAGGGS di Kuantan, Pahang September - Mesyuarat Meja Bulat di Sungai Petani, Kedah bagi membincangkan Perlembagaan baru PPPM 20 Oktober - YABhg Datin Paduka Seri Endon Mahmood. Yang Di Pertua PPPM kembali ke Rahmatullah. 2006 Januari - Perubahan nama bahagian dalam PPPM berkuatkuasa: Pek Tunas Puteri / Pasukan Pandu Puteri / Unit Renjer Puteri diubah kepada Pasukan Pandu Puteri Tunas, Pasukan Pandu Puteri Remaja dan Pasukan Pandu Puteri Renjer. 13-17 Mac - Perkhemahan Pandu Puteri Remaja Peringkat Kebangsaan diadakan di Kem Bina Negara, Kaki Bukit, Perlis dan dihadiri oleh 600 orang peserta. 1 - 6 April - Malaysia menjadi Tuan Rumah kepada Seminar Penilaian Signature Programme Volunteerism yang dihadiri 27 peserta dari Malaysia, Hong Kong, Mexico, Afrika Selatan serta pegawai dari Biro Dunia WAGGGS, APCO Worldwide dan Points of Lights Foundation. Ketua Eksekutif WAGGGS, Lesley Bulman-Lever dan Pengarah Global Projek, Brenda Fitzpatrick bersama dengan rombongan PPPM mengadakan kunjungan hormat kepada YAB Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia dan YB Puan Komala Devi, Setiausaha Parlimen Kementerian Pelajaran Malaysia. Para peserta juga menghadiri Majlis Santapan bersama SPB Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah, Penaung Di Raja PPPM. 26 April - 1 Mei -Ekspedisi Berakit Menyusuri Sungai Pahang. Ekspedisi 5 hari 4 malam sejauh 180 km disertai 140 orang ahli dan sukarelawan Pandu Puteri. PPPM. mendapat hadiah Penyertaaan Terbanyak. Nama Lama Nama Baru Tunas Puteri Pandu Puteri Tunas Pandu Puteri Pandu Puteri Remaja Renjer Puteri Pandu Puteri Renjer Kadet Puteri Pandu Puteri Kadet Sejarah Penubuhan Pandu Puteri Di Malaysia 78
9 Jun - Perlembagaan baru Persatuan Pandu Puteri Malaysia dibentang dan diluluskan oleh Majlis Kebangsaan, berkuat kuasa serta-merta. 9 Jun - Pelancaran projek khidmat masyarakat yang baru *Program Etika Bendera: Kesedaran dan Penjagaan" telah disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah binti Al-Marhum Tengku Abdul Rashid, Penaung Di Raja Persatuan Pandu Puteri Malaysia di Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan di Hotel Sutera Harbour, Kota Kinabalu. Julai - Modul Program Pandu Puteri Siswi dimantapkan Oktober - Projek Perintis Kempen Pendaftaran Pasukan dan Ahli dijalankan di kesemua 9 daerah di negeri Selangor. 2007 Januari - Pelaksanaan Perlembagaan baru Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Januari & Februari - Siri Bengkel Berfikir secara Kreatif "Scientific Creative Thinking"diadakan untuk ahli lepasan sekolah dengan kerjasama Empowering Potential Consultancy. 19 Januari - Majlis Persembahan Selepang kepada SPB Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah sebagai Penaung Di Raja Persatuan Pandu Puteri Malaysia di Istana Negara 1 April - PPPM menerima tawaran daripada WAGGGS untuk menjadi Tuan Rumah Persidangan Rantau Asia Pasifik WAGGGS yang ke-9 3 - 9 Jun - Malaysia menjadi Tuan Rumah kepada "9th Asia Pacific Regional Conference and 3rd Friends of Asia Pacific WAGGGS Gathering". Kedua-dua acara ini diadakan di Sunway Resort dan dihadiri oleh 200 orang dari 22 negara di Rantau Asia Pasifik. Seramai 50 orang ahli dan sukarelawan PPPM berkhidmat sebagai sukarelawan di acara ini. Delegasi Malaysia ke Persidangan Rantau Asia Pasifik dianggotai oleh enam orang, termasuk dua orang Pemimpin Muda. 6 Jun - Forum Belia bertajuk "Voice of Girls and Young Women* diadakan sempena Persidangan Rantau Asia Pasifik. 100 orang ahli Pandu Puteri Remaja dari Malaysia dan Singapura mengambil bahagian. 7 Jun - Perjumpaan Ketua Eksekutif WAGGGS, Mary McPhail dengan ahli PPPM 6 September - Kunjungan Hormat kepada YABhg Datin Seri Jeanne Abdullah, Yang Di Pertua baru PPPM 9 Oktober - Lawatan Mesa YB Dato' Seri Azalina binti Dato' Othman Said, Menteri Belia dan Sukan bersama rombongan Kementerian Belia dan Sukan ke Wisma Pandu Puteri 25 November - Majlis Makan Malam sempena Ulang Tahun Ke-90 Persatuan Pandu Puteri Malaysia Sejarah Penubuhan Pandu Puteri Di Malaysia 79
2008 19 Januari - Pelancaran "Kempen Mega Pendaftaran Keahlian Peringkat Kebangsaan* di Sungai Petani, Kedah 6 - 12 Julai - Delegasi Persatuan Pandu Puteri Malaysia menghadiri Persidangan Dunia WAGGGS Ke-33 di Afrika Selatan dan membentangkan pembidaan untuk Persidangan Dunia Ke-34, tahun 2011 17 - 22 0gos - Perkhemahan Antarabangsa Pandu Puteri Remaja diadakan di Kem Bina Negara, Ulu Kenas, Kuala Kangsar, Perak. Perkhemahan ini dihadiri oleh 500 peserta dari Malaysia, Maldives, Singapura, Sri Lanka, Hong Kong dan United Kingdom Sehingga kini Untuk mencapai hasrat membentuk ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin yang berkualiti, bersemangat kental, progresif, dinamik dan mampu menangani pelbagai saingan dan perubahan dunia di alaf baru, PPPM telah merancang, melaksana dan melibatkan semua pihak dalam pelbagai program baru. Kecemerlangan PPPM semakin meningkat dan terserlah di bawah kepimpinan Ketua Pesurujaya dan pemimpin-pemimpin yang berpengalaman dan gigih. Dengan kerjasama dan sokongan pelbagai pihak, sama ada secara langsung atau pun tidak, PPPM akan terus memajukan serta meningkatkan kepimpinan dan penglibatan gadis dan wanita dalam aktiviti-aktiviti tempatan dan antarabangsa. Sejarah Penubuhan Pandu Puteri Di Malaysia Pandu Puteri Malaysia 80
Tujuan Penubuhan Persaruan Pandu Puteri Malaysia Menerapkan sifat-sifat kepimpinan yang tulen dan nilai-nilai murni melalui program-program kepaduan. Mendidikan, melatih dan mengembangkan potensi ahli-ahli persatuan agar dapat menjadi warganegara yang peka, berwibawa, berketerampilan dan berdisplin. Menjadi sebuah organisasi yang dinamik dan efektif untuk remaja dan wanita dewasa dalam menyediakan mereka untuk menjadi pemimpin berwibawa pada masa hadapan. Melahirkan golongan remaja dan wanita dewasa yang berkaliber melalui penerapan ilmu, kemahiran, dan nilai Pandu Puteri demi kepentingan nusa, bangsa dan masyarakat sejagat. 81
Hari Peringatan Pandu Puteri Sedunia jatuh pada 22 Februari pada setiap tahun dan tibalah masa untuk keluarga kepanduan menyambut hari peringatan ini. Hari peringatan disambut untuk mengingati jasa Pengasas Pandu Puteri iaitu isteri kepada Lord Baden- Powell, pengasas pasukan Pengakap. Sejarah sambutan Hari Peringatan ini bermula sejak tahun 1932 di Poland. Dan pada setiap tahun kita menyambut dan meraikan hari ini mengikut tema yang telah ditetapkan oleh WAGGGS (World Association of Girl Guides and Girl Scouts) iatu Persatuan Pandu Puteri Pengakap Puteri Sedunia. 2011 - "Meningkatkan Kesaksamaan Gender dan Memperkasakan Wanita" 2010 - "Bersama kita membasmi Kemiskinan dan Kelaparan." 2009 - "Kita boleh mencegah AIDS, malaria dan penyakit lain daripada berleluasa". 2008 "Fikirkan Tentang Air". 2007- "Kenali Potensi Anda dengan mengambil peluang meminpin, mengembangkan persahabatan dan berani bersuara" Tema tahun ini ialah: "Gender Equality and Empowering Women" - "Meningkatkan Kesaksamaan Gender dan Memperkasakan Wanita". Tema ini adalah MDG 3, satu daripada 8 United Nations Millennium Development Goals (MDGs.) Setiap tahun WAGGGS akan menetapkan tema untuk dijadikan panduan kepada aktiviti aktiviti yangakan di jalankan oleh ahli-ahli WAGGGS. Tema tahun ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada kaum wanita akan situasi dan penindasan yang berlaku kepada ramai anak-anak gadis dan remaja serta kaum wanita dewasa. Seterusnya agar dapat mengupayakan mereka supaya dapat bertindak mengatasi penindasan yang berlaku dan menuntut kesaksamaan hak serta bebas daripada cengkaman kaum lelaki. Sejarah Hari Peringatan Pandu Puteri Sedunia 82
Struktur organisasi 83
84
Struktur Organisasi Persatuan Pandu Puteri Malaysia Lembaga Eksekutif Kebangsaan (LEK) 85
Struktur Organisasi Persatuan Pandu Puteri Malaysia Lembaga Eksekutif Kebangsaan (LEK) DDeennggaann PPoorrttffoolliioo 86
Struktur Organisasi Persatuan Pandu Puteri Malaysia Peringkat Kebangsaan Majlis Ketuaa Persuruhjaya Cawangan 87
Struktur Organisasi Persatuan Pandu Puteri Malaysia Peringkat Cawangan 88
Struktur Organisasi Persatuan Pandu Puteri Malaysia Peringkat Cawangan 89
Struktur Organisasi Persatuan Pandu Puteri Malaysia Majlis Persuruhjaya Daerah 90
Struktur Organisasi Persatuan Pandu Puteri Malaysia Lembaga Eksekutif Daerah 91
Struktur Organisasi Persatuan Pandu Puteri Malaysia Pandu Puteri Kadet Kadet (IPG) Yang Dipertua Cawangan IPG Dr. Siti Rosni binti Mohamad Yusoff Pemimpin Puan Shahaliza binti Halim Pemimpin Cik Nik Noor Najmi Binti Md Ibrahim Pengerusi Nur Aliah Insyirah binti Md Zaman Setiausaha Nurul Ufairah binti Mahmud 92
Struktur Organisasi Persatuan Pandu Puteri Malaysia Di Peringkat Sekolah 93
Penuang: Guru Besar Struktur Organisasi Persatuan Pandu Puteri Malaysia Pandu Puteri Tunas Penasihat: GPK KOKU Kakak Berenam: Siantan Kesidang Teratai Cempaka Melor Kenanga Setiausaha Pengerusi Naib Pengerusi Ketua Pasukan Ahli Jawatankuasa Utama Bendahari 94
Penuang: Pengetua Struktur Organisasi Persatuan Pandu Puteri Malaysia Bahagian Pandu Puteri Penasihat: PK HEM Kapten: Pemimpin Dewasa Leftenan: Pemimpin Dewasa (Pembantu-pembantu Kapten Ketua Pasukan: Ahli PP Ahli-ahli PP Ketua Kumpulan: 4 Kumpulan Penolong Kumpulan: Seorang bagi setiap kumpulan (Patrol) 95
Penuang: Pengetua Struktur Organisasi Persatuan Pandu Puteri Malaysia Pandu Puteri Renjer Penasihat: PK HEM Kapten: Pemimpin Dewasa Leftenan: Pemimpin Dewasa (Pembantu-pembantu Kapten Ketua Unit: Ahli PP Renjer Bendahari Penolong Ketua: Ahli PP Renjer Setiausaha AJK: Khidmat Masyarakat, Keceriaan Buliten Ahli-ahli Renjer Puteri 96
Bahagian D Orientasi Kurikulum Unit Beruniform di Sekolah Rendah 97
Orientasi Kurikulum Unit Beruniform di Sekolah Rendah Program Pandu Puteri 98
Pandu Puteri Tunas selalu menurut ajaran orang yang tertua daripadanya. 1. Pandu Puteri Tunas tidak menurut kehendak hati sahaja. 2. Seorang Pandu Puteri Tunas bersahabat dengan semua orang dan bersaudara dengan pandu puteri lain. 3. 4.Seorang pandu puteri sentiasa bersopan santun. 5.Seorang pandu puteri sentiasa berjimat cermat. Undang-Undang Pandu Puteri Tunas “Tolong Orang Selalu ” (TOS) Cogan Kata Pandu Puteri Tunas Prinsip Pandu Puteri Tunas Cogan Kata ini disebut setiap kali Pandu Puteri Tunas selesai membuat istiadat Lingkungan Pandu Puteri Tunas dan Istiadat Hormat Besar. 99