DISEDIAKAN OLEH
EN. MALVIN JOSEPH
PN. ROSITINAH ANDAHANG
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SMK. SEPULOIT
Komunikasi berkesan boleh dilihat
melalui Tingkah laku seseorang
Suara – intonasi atau nada suara seseorang itu dapat
menunjukaan kesungguhan, perasaan, kepentingan info
yang hendak disampaikan semasa berkomunikasi
Mimik Muka – kita dapat menilai perasaan seseorang itu
melalui mimik muka ; marah, sedih, sakit, malu, gembira dll.
Komunikasi mata – mata memainkan peranan yang penting
semasa komunikasi. Isyarat mata membawa maksud yang
berbeza-beza mengikut situasi
Ketrampilan – Ketrampilan sesorang akan mempengaruhi
gambaran awal berkenaan apa yang akan disampaikan
Kedudukan tubuh dan pergerakan – ‘Body Language’ yang
ditunjukkan semasa komunikasi boleh menggalakkan proses
penyampaian informasi kepada orang lain
Komunikasi Berkesan boleh
ditingkatkan melalui teknik menyoal
Teknik menyoal merupakan salah satu kaedah yang boleh
diaplikasi semasa berlakunya komunikasi bagi meningkatkan
kefahaman terhadap topik yang dibincangkan.
Seseorang biasanya memberi soalan untuk mendapatkan
maklumat lanjut berkenaan topik yang diperkatakan tidak kira
ianya merupakan soalan tertutup (soalan dari topik semasa)
atau soalan terbuka (soalan dari keseluruhan topik).
Soalan-soalan sebegini dapat meningkatkan kefahaman
terhadap topik yang dibincangkan.
Pelajar boleh menggunakan teknik menyoal ini semasa
pdpc berlangsung tidak kira la semasa pdpc bersemuka
atau pdpr.
Komunikasi Berkesan : Penyampai
Menimbulkan Minat
Sekiranya kita hendak memulakan satu proses komuniksi, kita
perlu mengenalpasti keistimewaan orang lain. Ianya boleh
menjadikan panduan berkaitan masej yang hendak kita
sampaikan.
Sila pilih topik yang anda mahir. Pastikan anda mempunyai ilmu
yang cukup berkaitan dengan topik yang hendak
dibincangkan. Sila lakukan rujukan tambahan sebelum
memulakan proses komunikasi.
Selitkan info yang boleh menghiburkan audian agar mereka
tidak bosan.
Sekali sekala libatkan pendengar sebagai maklum balas bagi
menilai keberkesanan proses kominikasi anda.
Komunikasi Berkesan : Pendengar
Memberi Perhatian
Semasa proses komunikasi berlangsung, kita seharusnya
memberikan tumpuan sepenuh perhatian agar kita boleh
mendapat input maksima.
Kita boleh bertanya soalan untuk penjelasan sekiranya ada
sebarang keraguan sepanjang proses komunikasi
berlangsung.
Sebagai pendengar yang baik, kita boleh memberi maklum
balas secara lisan dan positif bagi merancakkan lagi proses
komuikasi yang sedang berjalan.
Kita seharusnya mendengar dengan aktif sepanjang
tempoh komunikasi agar tidak tertinggal maklumat.
Ada baik sekiranya kita mengambil tempat duduk di
bahagian hadapan agar kita dapat mendengar dengan
jelas tentang apa yang akan disampaikan
Tips Komunikasi berkesan
Komunikasi akan lebih baik sekiranya kita berbicara dengan
penuh sopan santun, lemah lembut dan beradab tinggi
dengan orang lain.
Selalu memberi bantuan kepada orang yang memerlukan dan
memberi galakkan kepada rakan-rakan sekiranya mereka
terlibat pada sesuatu proses komunikasi.
Kita juga harus ringan hati untuk berkongsi dengan orang lain
agar
Apabila terlibat dengan proses komunikasi, kita harus peka
dengan orang lain. Jangan sampai kata-kata kita menyakitkan
hati mereka. Selalu ungkapkan kemaafaan setelah selesai sesi
komunikasi.
Senyum, bersemangat dan buatlah orang gembira.
Dan jadilah pendengar yang baik
Komunikasi berkesan memerlukan Kerjasama daripada kedua-dua
pihak; penyampai dan pendengar. Sebagai pelajar, kita boleh
mengaplikasikan teknik-teknik komuniksi berkesan semasa tempoh PDP
berjalan. Sekiranya pelajar boleh mempraktikkan teknik ini semasa di
dalam kelas, nescaya prestasi akademik pelajar akan bertambah
baik. Selamat mencuba.
SEKIAN DAN TERIMA KASIH
DARIPADA
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SMK. SEPULOT