Psikologi Pendidikan PGA101 - PELAJAR DAN KEPERLUAN PEMBELAJARAN A I M I N A J W A - R O S Y A M N O O R - A T I K A H Psikologi pendidikan adalah kajian tentang bagaimana manusia belajar dalam latar pendidikan, keberkesanan campur tangan pendidikan, psikologi pengajaran, dan psikologi sosial sekolah sebagai pertubuhan. Walaupun istilah "psikologi pendidikan" dan "psikologi sekolah" seringnya digunakan sebagai sinonim untuk satu sama lain, para penyelidik dan ahli teori cenderung dikenali sebagai ahli psikologi pendidikan, manakala pengamal di sekolah atau dalam keadaan berkait sekolah dikenali sebagai ahli psikologi sekolah.
DEFINISI PSIKOLOGI Psikologi merupakan bidang akademik dan gunaan yang mengkaji tentang tingkah laku dan minda manusia. Penyelidikan dalam bidang psikologi bertujuan untuk memahami dan menerangkan tentang pemikiran, tindakan, perasaan manusia, dan sebagainya. Aplikasi dalam bidang psikologi merangkumi rawatan kesihatan mental, peningkatan prestasi, bantuan kendiri, ergonomik, dan pelbagai lagi bidang lain yang mempengaruhi kesihatan dan kehidupan seharian. Psikologi berkembang daripada bidang falsafah dan biologi. Perbincangan tentang kedua-dua bidang ini wujud sejak zaman pemikir awal Yunani (Greek) lagi termasuk Aristotle dan Socrates. Perkataan psikologi berasal daripada gabungan dua perkataan Yunani (Greek) iaitu Psyche (Psiko) yang bermaksud jiwa, rohani atau mental, dan -logos (-logi) yang bermaksud kajian. Jadi psikologi bermakna kajian jiwa, mental atau rohani manusia. Daripada makna perkataan ini sahaja, beberapa definisi telah disarankan oleh pakar-pakar psikologi dari seluruh dunia. Mengikut pergerakan sejarah serta perkembangan psikologi, William James (1890) mendefinisikan psikologi sebagai sains kehidupan mental. Beliau menekankan kepentingan unsur-unsur subjektif atau kemanusiaan yang tidak dapat didaftarkan oleh sistem deria manusia. John Watson (1919) pula menyarankan supaya definisi psikologi dikaji semula bagi membolehkannya dilihat dari segi tingkah laku yang berunsur objektif, iaitu yang boleh didaftarkan oleh sistem deria manusia. Daripada dua pandangan tersebut, psikologi moden boleh kita definisikan sebagai satu kajian saintifik tentang jiwa dan tingkah laku manusia.
PENGERTIAN PSIKOLOGI PENDIDIKAN Pada asasnya, psikologi pendidikan adalah sebuah disiplin psikologi yang khusus mempelajari, meneliti, dan membahas seluruh tingkah laku manusia yang terlibat dalam proses pendidikan yang meliputi tingkah laku belajar (oleh siswa), tingkah laku mengajar (oleh guru), dan tingkah laku belajar mengajar (interaksi guru dan murid). Psikologi pendidikan menurut sebahagian ahli psikologi merupakan subdisiplin psikologi dan bukannya psikologi itu sendiri. Menurut Arthur S. Reber (1998) menyatakan psikologi pendidikan adalah sebuah sub disiplin ilmu psikologi yang berkaitan dengan teori dan masalah kependidikan yang berguna dalam hal-hal seperti penerapan prinsip-prinsip belajar dalam kelas, pengembangan dan pembaharuan kurikulum, ujian dan evaluasi bakat dan kemampuan, sosialisasi dan interaksi proses-proses tersebut dengan pendayagunaan ranah kognitif dan penyelenggaraan pendidikan keguruan. Secara praktis, Barlow (1985, dalam Tardif, 1987) mendefinisikan psikologi pendidikan sebagai sebuah pengetahuan berdasarkan reset psikologis yang menyediakan serangkaian sumber-sumber untuk membantu dan melaksanakan tugas sebagai seorang guru dalam proses belajar mengajar secara lebih selektif. Dalam buku Educational Psychology yang diterjemahkan Buchori (1978), psikologi pendidikan adalah studi sistematis tentang proses-proses dan faktor-faktor yang berhubungan dengan pendidikan manusia. ARTHUR S. REBER BARLOW
KONSEP-KONSEP ASAS PSIKOLOGI Dalam kajian psikologi pendidikan terdapat empat konsep asas yang penting diketahui oleh guru-guru. Keempat-empat konsep asas tersebut adalah naluri, motivasi, keperluan dan desakan. Naluri dipunyai oleh setiap individu pelajar. Naluri merujuk kepada suatu kuasa semula jadi yang menjadi pendorong kepada seseorang individu bertingkah laku dalam situasi yang tertentu. Antara naluri-naluri yang biasa dilihat atau boleh diperhatikan adalah naluri ingin tahu, naluri keibubapaan, naluri jantina dan lain-lain lagi. Contohnya, bayi yang baru dilahirkan mempamerkan naluri keinginan memenuhi keperluan kendiri dengan menangis. NALURI Motivasi adalah penggerak penting dalam kehidupan seseorang pelajar atau individu. Motivasi merujuk kepada kecenderungan seseorang melakukan sesuatu aktiviti apabila menerima rangsangan. Matlamat tertentu akan dibentuk dan si pelaku akan melakukan sesuatu tingkah laku atau gerak kerja demi mencapai matlamat itu. Pada kebiasaannya, motivasi wujud apabila keperluan fisiologi dan keperluan psikologi mendesak dalam kehidupan. Tahap motivasi berbeza antara individu. Keperluan pula, manusia mempunyai keperluan tertentu supaya dipenuhi sepanjang kehidupan mereka. Keperluan tersebut perlu dipenuhi bagi menjamin seseorang itu dapat menjalani kehidupan dengan sempurna. Antara keperluan yang penting adalah keperluan fisiologi dan psikologi. Keperluan- keperluan itu adalah keperluan yang tidak stabil. Dari masa ke semasa mereka memerlukan tambahan kerana keperluan yang sedia ada berkurangan daripada segi kuantiti dan kualitinya. MOTIVASI KEPERLUAN DESAKAN Desakan adalah salah satu konsep penting dalam bidang pendidikan. Desakan akan timbul atau muncul apabila berlakunya kekurangan dalam keperluan fisiologi seperti keperluan makanan dan minuman. Kekurangan dalam keperluan fisiologi ini mendorong seseorang individu bertingkah laku bagi menampung kekurangan tersebut.
SEJARAHPERKEMBANGAN @reallygreatsite Aliran Interaksionimse dimulakan oleh Rene Descartes pada tahun 1595-1650. Ahli falsafah dan pakar matematik Perancis memperkatakan tentang manusia terdiri daripada gabungan pemikiran dan badan atau jasad dan roh. Menentang pendapat dualisme yang menyatakan manusia terdiri daripada jasad yang terpisah daripada roh. Aliran Behaviorisme muncul di Amerika Utara yang diasaskan oleh J.B Watson pada tahun 1878- 1958 iaitu popular dengan Teori Pelaziman Klasik. Dalam “Psychology as the Behaviorist Views It” Watson (1913) mengatakan bahawa psikologi ialah ilmu yang mengkaji tingkah laku yang nyata (overt behaviour). Tokoh lain seperti Pavlov, Thorndike, Skinner, Hull dan lain-lain. Aliran Behaviorisme juga dikenali sebagai Associationism iaitu mengkaji kaitan mental antara dua peristiwa atau idea yang membawa kepada terjadinya pembelajaran. Menjalankan kajian ke atas haiwan. Prinsip pembelajaran atau tingkah laku hasil daripada kajian akan diaplikasikan kepada manusia iaitu memfokuskan kajian kepada tingkah laku manusia dan menolak aspek kerohanian. Aliran Behaviorisme dipengaruhi oleh aliran falsafah logik positif (logical positivism) yang berpendapat bahawa semua ilmu atau pengetahuan perlu disahkan melalui cara yang empirikil atau pemerhatian yang sistematik. Mengemukakan konsep saintifik definisi operasional (operational definition) yang merujuk kepada proses pengukuran kepada sesuatu yang dikaji. Behavioris menegaskan bahawa tujuan ilmu psikologi adalah untuk menghurai, menerang, meramal dan mengawal tingkah laku. ALIRAN INTERAKSIONISME ALIRAN BEHAVIORISME ALIRAN HUMANISTIK Aliran Humanistik diasaskan oleh Abraham Maslow pada tahun 1908-1970 dan Carl Rogers pada tahun 1902-1987. Aliran ini menekankan cara fikiran, pengamatan serta interpretasi tentang sesuatu peristiwa atau kejadian. Mempercayai bahawa individu bertanggungjawab ke atas tindakannya (berusaha ke arah pencapaian matlamat hidupnya). Kuasa motivasi individu ialah kecenderungannya untuk berkembang dan mencapai pemenuhan kendiri (selfactuallisation). Konsep ini dipelopori oleh Maslow iaitu individu yang mempunyai keperluan untuk mengembangkan potensinya ke tahap maksima. ALIRAN STRUKTURALISME Aliran Strukturalisme muncul di Jerman dan menumpukan kajian kepada pengalaman sedar (apa yang boleh dinyatakan dalam pengalaman sedarnya) dan afeksi. Tokoh seperti Wilhelm Wundt pada tahun 1832-1920 telah mengkaji perasaan, sikap, persepsi dan tanggapan individu terhadap sesuatu keadaan dan digelar sebagai “Bapa Psikologi”.
PENDEKATAN PSIKOLOGI Ahli-ahli psikologi menggunakan beberapa pendekatan bagi menghuraikan konsep berkaitan tingkah laku manusia. Antara pendekatan yang digunakan adalah pendekatan behaviorisme, pendekatan psikoanalitik atau psikodinamika, pendekatan humanistik atau kemanusiaan dan pendekatan biologi. Pendekatan behaviorisme mengatakan ahli psikologi tidak perlu memberi perhatian kepada peristiwa yang berlaku dalam mental sama ada sedar ataupun tidak sedar, sebaliknya memberi tumpuan kepada tingkah laku yang boleh diperhatikan secara nyata atau tidak nyata. Watson seorang ahli behaviorisme mengatakan aspek yang berkaitan tingkah laku seseorang dipengaruhi persekitaran dan bukannya daripada unsur-unsur dalaman. Ideaidea Watson yang sudah dinyatakan di atas inilah yang mengembangkan pendekatan behaviorisme yang menekankan idea bahawa tingkah laku dan proses mental adalah hasil daripada pembelajaran. Menurut pendekatan ini tingkah laku ialah suatu siri gerak balas yang berlaku dengan wujudnya rangsangan dan pendekatan ini juga dikenali sebagai psikologi rangsangan gerak balas. Selain daripada Watson, ahli-ahli psikologi behaviorisme yang lain ialah Ivan Pavlov, B.F. Skinner dan E.L. Thorndike. Pavlov (1849-1936) dikaitkan dengan konsep pelaziman klasik yang membuat eksperimen ke atas seekor anjing bagi menunjukkan perkaitan antara rangsangan (makanan) dengan gerak balas (air liur). Thorndike (1874- 1949) memperkenalkan Teori Pelaziman Cuba Jaya atau Theory of Trial and Error Conditioning. Baginya, prinsip asas pembelajaran adalah pengaruh ganjaran dan denda. Organisma akan membuat sesuatu yang akan membawa keseronokan. Sebaliknya, organisma berkenaan akan mengelak daripada melakukan sesuatu yang membawa kesakitan atau membahayakan diri. Pendekatan ini berpandangan manusia adalah individu yang bebas dan baik dengan potensi berkembang dan mempunyai sasaran untuk dicapai. Teori ini menyatakan manusia terdorong bertindak melakukan sesuatu kerana mempunyai sesuatu kemahuan atau keperluan. Mengikut pendekatan ini manusia sentiasa aktif dan bukan menunggu untuk dirancang oleh orang lain. Pengajian psikologi berfungsi menolong manusia memaksimumkan potensi bagi perkembangan psikologikal. Roger (1956) mengatakan manusia sentiasa berusaha memahami diri sendiri, mempengaruhi dan mengawal perlakuan dirinya dan orang lain. Rogers berpendapat pada dasarnya manusia baik dan beliau percaya semua manusia dilahirkan dengan kecenderungan mencari kesempurnaan, iaitu motif yang mendorong kita supaya berkembang menjadi manusia yang matang dan sihat. Kesimpulannya, dapat dikatakan pendekatan ini lebih memfokuskan kepada kemahuan seseorang dan menekankan keunikan manusia serta kebebasan mereka memilih matlamat hidup. Psikologi pula berperanan menolong manusia memperkembangkan lagi potensi individu ke tahap maksimum. Berikan contoh dalam kehidupan kamu bagi setiap peringkat dalam hierarki ini. PENDEKATAN BEHAVIORISME PENDEKATAN HUMANISTIK
Pendekatan ini juga dikenali sebagai pendekatan biomedik dan dikenali juga sebagai Model Penyakit atau Model Perubatan. Model ini mengandaikan manusia adalah sistem fizikal dan mesti difahami dari sudut fizikalnya. Antara yang perlu difahami adalah keadaan fisiologi dan sifat-sifat sistem saraf individu. Mengikut sudut pandangan ini, masalah yang kita hadapi adalah hasil kecacatan tubuh badan, kecederaan atau penyakit yang selalunya mempunyai kesan ke atas otak. Dua orang ahli fisiologi Jerman, iaitu Edward Hitzig (1893- 1927) dan Gustav Fritsch (1839-1907) telah menjalankan eksperimen ke atas seekor anjing dengan cara memasukkan dua batang dawai ke dalam permukaan kortikal otak anjing. Melalui eksperimen ini, mereka mendapati struktur otak di mana ia adalah tempat asal-usul urat saraf, berkait rapat dengan tingkah laku manusia. Dengan kata lain, otak boleh memberi tindak balas apabila rangsangan elektrik diberi secara langsung dan ini boleh memberi kesan ke atas tingkah laku individu. Maka, salah satu perkara yang menjadi fokus dalam pendekatan ini adalah peranan sistem saraf pusat yang bertanggungjawab mengawal setiap pemikiran dan pergerakan manusia.. PENDEKATAN BIOLOGI
TUJUANPSIKOLOGI PENDIDIKAN Psikologi pendidikan merupakan bidang psikologi gunaan atau praktikal. Ia membina serta menghasilkan teori-teori serta prinsip-prinsip yang menjadi asas kepada memahami tingkah laku, emosi serta pemikiran belajar. Psikologi pendidikan memberikan banyak panduan kepada pendidik dan calon pendidik untuk meningkatkan kecekapan proses pembelajaran pada keadaan yang berbeza-beza seperti memahami perbezaan individu (para pelajar), mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif di dalam kelas, pemilihan strategi & metode pembelajaran, memberikan bimbingan kepada pelajar dan juga menilai hasil pembelajaran. Bagi tujuan utama iaitu untuk memahami perbezaan individu (para pelajar) membawa maksud seseorang pendidikan harus berhadapan dengan pelbagai tingkah laku, pemikiran serta emosi pelajar di dalam kelas dengan berhati-hati kerana karakter masing-masing adalah tidak sama. Oleh itu, sangat penting untuk memahami perbezaan karakter pelajar-pelajar tersebut dari segi aspek pertumbuhan dan perkembangan pelajar agar proses pembelajaran yang berkesan dan cekap dapat diterapkan. Selain itu, mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif di dalam kelas di mana pemahaman yang baik tentang ruangan kelas yang digunakan dalam proses pembelajaran sangat membantu pendidik untuk menyampaikan ilmu material kepada pelajar dengan lebih berkesan. Suasana pembelajaran yang kondusif haruslah diwujudkan oleh pendidik sehingga proses belajar mengajar dapat berjalan dengan berjaya. Di samping itu, pemilihan strategi dan metode pembelajaran iaitu metod pembelajaran didasarkan pada karakter perkembangan pelajar. Psikologi pendidikan dapat membantu pendidik dalam menentukan strategi atau metod pembelajaran yang tepat dan sesuai, dan mampu mengaitkannya dengan karakter dan keunikan individu, jenis belajar dan gaya belajar dan tingkat perkembangan yang sedang dialami oleh pelajar. Seterusnya, memberikan bimbingan kepada pelajar iaitu seseorang pendidik harus memainkan peranan yang berbeza di sekolah, tidak hanya dalam pelaksanaan pembelajaran, tetapi jugak berperanan sebagai pembimbing bagi pelajar. Bimbingan adalah jenis bantuan kepada pelajar untuk membantu mereka dalam mencari jalan penyelesaian terhadap masalah yang mereka hadapi. Justeru, menilai hasil pembelajaran iaitu pendidik harus melakukan dua kegiatan penting di dalam kelas seperti mengajar dan menilai. Kegiatan tersebut dapat membantu dalam menilai tahap pembelajaran mereka. Psikologi pendidikan dapat membantu pendidik dan pelajar dalam mengembangkan tahap pembelajaran pelajar agar menjadi lebih baik. Golongan guru merupakan anggota sekolah yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaan kurikulum dan program pendidikan di sekolah. Peranan yang dimainkan oleh seseorang guru dalam sesebuah sekolah amat penting, terutama dari segi pencapaian aspirasi dan matlamat sekolah. Oleh kerana guru mendidik generasi baru, guru mestilah juga menguasai aspek psikologi terutamanya yang berkaitan dengan perkembangan manusia. Seseorang murid itu mempunyai masalah tingkah laku positif dan negatif, ia akan membawa kesan yang tidak baik dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
IMPLIKASI PSIKOLOGI PENDIDIKAN KEPADA GURU Implikasi psikologi pendidikan kepada guru iaitu memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran apabila kita sebagai seorang guru telah dapat mengesan pelbagai ciri-ciri yang ada pada murid seperti perbezaan individu, sosial, kognitif, emosi dan sebagainya, kita akan dapat untuk mengambil pendekatan yang sewajarnya dalam menangani masalah dalam bilik darjah. Antara langkah untuk menangani perbezaan kognitif, kita sebagai seorang guru boleh mengasingkan antara murid-murid mengikut tahap kecerdasan dan kebolehannya. Selain itu, implikasi kedua iaitu berfaedah kepada pendidik untuk membolehkan mereka memahami mengapa pelajar bertingkah laku sedemikian, membantu pelajar memahami diri mereka sendiri. Membantu pendidik untuk merancang objektif dan matlamat pembelajaran yang sesuai dengan pelajarnya dan merumuskan langkah-langkah supaya pelajarnya dapat mencapai matlamat dan objektif pembelajaran yang telah ditetapkan. Melalui kajian pertumbuhan dan perkembangan manusia, pendidik dapat mengetahui tahap perkembangan pelajar daripada segi fizikal, kognitif, sosial dan emosi. Dengan ini, pendidik dapat merancang pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap perkembangan pelajar. Di samping itu, guru dapat menjalankan penyelidikan berkaitan isu-isu bidang pendidikan seperti masalah disiplin bilik darjah, ponteng sekolah, merokok dan sebagainya. Data dan maklumat yang diperoleh akan dapat membantu guru membantu pelajar menyelesaikan masalah dan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya, guru akan lebih prihatin kepada individu yang lambat pembelajarannya dan akan lebih sabar apabila membimbing kanak-kanak itu dalam pengajaran dan pembelajaran kerana mereka menyedari aspek kecerdasan dipengaruhi oleh baka dan persekitaran. Dengan adanya ilmu psikologi, para guru bukan sahaja dapat menyampaikan ilmu tetapi dapat melahirkan manusia yang sempurna serta yang baik budi pekertinya dan bertanggungjawab kepada keluarga, bangsa dan agamanya.
RUMUSAN SUBJEK PSIKOLOGI PENDIDIKAN PERLU DIIMPLIKASIKAN KEPADA GURU KERANA TUGAS GURU BUKAN SAHAJA MENYAMPAIKAN ILMU MALAH MELAHIRKAN SESEORANG MANUSIA YANG SEMPURNA DAN BAIK BUDI PEKERTI SERTA BERTANGGUNGJAWAP KEPADA MASYARAKAT, KELUARGA, BANGSA DAN AGAMA.
RUJUKAN Suryabrata, S. (2011). Psikologi pendidikan. Sabri, A. (1996). Psikologi pendidikan. Jakarta: Pedoman Ilmu Jaya. DKB, D. K. B. (2007). Psikologi pendidikan. Definisi Psikologi Pendidikan, PRPM, https://prpm.dbp.gov.my Definisi Psikologi, SlideShare, https://slideshare.net Mohamad Daud Hamzah (1994), Perkembangan Kanak-Kanak dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Rohaty Mohd. Majzub (1992), Psikologi Perkembangan Untuk Bakal Guru. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti. Guru Efektif dan Peranan Guru dalam Mencapai Objektif Persekolahan Sekolah Rendah: Perspektif Guru Besar, http://www.ipbl.edu.my/BM/penyelidikan /seminarpapers/2007/ Edmanagement/mohdjohdiUIAMfp.pdf.