The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

eBook Keterangan Program Ujian HPV DNA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Yati Eunos, 2023-06-05 23:15:16

UJIAN HPV DNA

eBook Keterangan Program Ujian HPV DNA

eBook Program Saringan Kanser Serviks (Ujian HPV DNA) BIRO AGAMA, KEBAJIKAN DAN PENDIDIKAN PEWAKAS NEGERI JOHOR DENGAN KERJASAMA LPPKN NEGERI JOHOR


Program Saringan Kanser Serviks (Ujian HPV DNA) 1. 2. Ujian HPV DNA merupakan kaedah baharu bagi pengesanan awal kanser serviks yang lebih berteknologi tinggi di mana dengan mengambil sampel DNA pada bahagian vagina boleh mengesan jangkitan HPV berisiko tinggi sebelum ia bertukar menjadi sel-sel pra kanser dan kanser serviks. 3. Kajian menunjukkan bahawa hampir semua kes kanser serviks adalah disebabkan oleh jangkitan Human Papillomavirus (HPV). Virus ini lazimnya disebarkan melalui hubungan seksual ke pangkal rahim. 4. Peserta akan dibekalkan dengan kit ujian HPV DNA dan mereka boleh mengambil sampel menggunakan kaedah persampelan sendiri. 5. Ujian ini percuma kepada peserta kursus yang berumur 30 tahun ke atas, dalam golongan B40 atau M40, sudah atau pernah berkahwin Ujian HPV digunakan untuk mengesan kewujudan virus HPV pada serviks. Ini kerana, virus HPV berisiko menyebabkan ketuat kelamin, sel serviks yang tidak normal serta kanser serviks.


3. Saya pernah berkahwin dan telah berpisah dengan pasangan beberapa tahun yang lalu. Adakah saya juga perlu menjalani ujian HPV DNA? 2. Sekiranya keputusan ujian HPV DNA saya disahkan positif HPV berisiko tinggi, adakah saya menghidap kanser serviks? SOAL JAWAB UJIAN HPV DNA 1. Saya telah melakukan ujian Pap smear, adakah saya masih perlu melakukan ujian HPV DNA? Keputusan positif jangkitan HPV jenis berisiko tinggi bagi ujian HPV DNA tidak menunjukkan anda menghidap kanser serviks, tetapi ia adalah tanda amaran yang menunjukkan bahawa anda mempunyai risiko untuk mendapat kanser serviks. Sila dapatkan nasihat daripada doktor untuk rawatan susulan selanjutnya. Ya, perlu. Ini kerana ujian Pap smear dilakukan bagi mengesan kehadiran sel-sel pra kanser atau sel-sel kanser di serviks. Manakala ujian HPV DNA pula adalah lebih berteknologi tinggi di mana dengan mengambil sampel DNA pada bahagian vagina boleh mengesan jangkitan HPV berisiko tinggi sebelum bertukar menjadi sel kanser. Ya. Setiap wanita yang telah melakukan hubungan seksual adalah berisiko untuk dijangkiti HPV. Jangkitan HPV boleh kekal di dalam badan untuk satu tempoh tanpa menunjukkan sebarang gejala. Jangkitan HPV hanya boleh dikesan setelah wanita tersebut melakukan ujian HPV DNA.


4. Saya telah melakukan ujian HPV DNA pada tahun lepas, adakah saya perlu melakukan sekali lagi pada tahun ini? BIRO AGAMA, KEBAJIKAN DAN PENDIDIKAN PEWAKAS NEGERI JOHOR DENGAN KERJASAMA LPPKN NEGERI JOHOR Sila hubungi Puan Noryati Binti Mat Yunus( (0127035406) untuk keterangan lanjut program . Kekerapan saringan ujian HPV DNA adalah bergantung kepada keputusan ujian. Sekiranya keputusan normal, ujian HPV DNA boleh dilakukan secara berkala 5 tahun sekali. Jika keputusan abnormal, wanita tersebut akan dirujuk untuk rawatan susulan bergantung kepada jenis HPV yang dijangkiti.


Click to View FlipBook Version