Syair
NASIHAT
RANGKAP 1
Hendaklah ingat wahai saudara,
Hidup ini hanya sementara,
Bertaubatlah dengan kadar segera,
Agar hidup beroleh sejahtera
MAKSUD SYAIR:
Jangan terlalu mengejar duniawi
sehingga banyak melakukan
dosa.Oleh sebab itu, seseorang itu
perlulah bertaubat sebelum hari
kematiannya agar memperoleh
ketenangan jiwa
RANGKAP 2
Buana ini banyak cabaran,
Bertujuan untuk memberi pengajaran,
Sambutlah gamitan menara impian,
Pasti ada pelangi selepas hujan.
MAKSUD SYAIR:
Janganlah engkau mengeluh
dengan ujian kehidupan yang
diberikan kerana pasti ada
berita kegembiraan di
pengakhirannya.
RANGKAP 3
Hendaklah ikhlas dalam berkawan,
Jangan menjadi mata duitan,
Kelak nanti kamu ditinggalkan,
Terkapai-kapai kamu bersendirian.
MAKSUD SYAIR:
Jadilah rakan yang baik dan
ikhlas supaya sentiasa
disayangi dan bukannya
berkawan kerana harta yang
dimiliki.
RANGKAP 4
Jika engkau seorang hartawan.
Janganlah engkau melakukan
kesombongan,
Kerana itu amalan syaitan,
Yang akan meranapkan kebaikan.
MAKSUD SYAIR:
Janganlah riak dan sombong
dengan kekayaan yang dimiliki
kerana itu merupakan amalan
syaitan yang mampu membawa
diri ke arah kejahilan
RANGKAP 5
Roda umpama corak kehidupan,
Janganlah cenderung kepada peleseran,
Tanpa diduga engkau kejatuhan,
Barulah tahu erti kesusahan.
MAKSUD SYAIR:
Hidup kita ini kadang kala
berada di atas dan kadang kala
berada di bawah.Oleh sebab itu,
janganlah terlalu berseronok
dengan dunia ini kerana kelak
kita tidak ketahui apa yang
berlaku kepada diri.
Syair
NASIHAT