LAMPIRAN 2-11 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 22 JUN 2023 Masa : 9.00 PAGI Tajuk / Perkara : PENGALAMAN PEMBELAJARAN DI SEKOLAH BAGI MURID TAHAP 2 Isi Perbincangan Cadangan Tindakan ● Murid sentiasa berasa teruja untuk datang ke sekolah. ● Guru di Sekolah Kebangsaan Bukit Baru (SKBB) dikatakan sangat berdedikasi dan baik. Menurut Nalishah, sepanjang enam tahun dia bersekolah di situ, seseorang guru itu tidaklah bersikap garang terhadap anak muridnya dan sentiasa mengambil berat terhadap perkembangan pembelajaran anak didiknya. Sikap tegas dalam diri guru membuatkan mereka akur terhadap arahan dan sekaligus dapat mencoret kejayaan yang cemerlang. ● Nalishah menyatakan bahawa guru-guru di SKBB ini juga sentiasa meraikan kejayaan yang diperoleh oleh anak didiknya dengan memberi kata-kata semangat kepada murid-murid yang lain. ● Nalishah bercita-cita untuk menjadi seorang doktor pakar bedah suatu hari nanti. Nalishah berhasrat untuk membantu menyelamatkan nyawa orang ramai kerana baginya itu merupakan salah satu tanggungjawab yang amat besar dan satu pekerjaan yang amat mulia. Menurutnya, cita-cita ini diinspirasikan berpaksikan kepada salah satu drama Korea yang bertajuk ‘Dr Romantic’. ● Sebagai seorang bakal guru, saya perlulah mencontohi perwatakan mulia yang ditonjolkan oleh guru-guru di SKBB dan mengimplementasikan satu pembaharuan terhadap diri saya sendiri agar saya berupaya menjadi seorang guru yang berkualiti kelak. ● Penghargaan terhadap murid-murid merupakan salah satu peneguhan positif yang boleh diterapkan oleh guru sebagai dorongan kepada mereka untuk terus cemerlang pada masa hadapan. ● Kerjaya sebagai seorang doktor sememangnya tidak lari dengan topik kesihatan. Justeru itu, pihak sekolah boleh mewujudkan satu kerjasama antara Jabatan Kesihatan dengan Jabatan Pendidikan dalam usaha menggalakkan amalan kesihatan yang baik di kalangan murid-murid dan juga para guru. Hal ini sekaligus dapat meningkatkan sikap cakna warga sekolah terhadap kepentingan menjaga kesihatan supaya dapat mendorong mereka ke arah amalan gaya hidup sihat. Tandatangan : Nama : QASEH NALISHAH BINTI MOHD SHAHRUDI Jawatan : PENGAWAS SEKOLAH
LAMPIRAN 2-11 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 22 JUN 2023 Masa : 12.45 TENGAH HARI Tajuk / Perkara : PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH (TS25) Isi Perbincangan Cadangan Tindakan ● Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakam sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah yang berkualiti tinggi agar selaras dengan keperluan semasa pendidikan di Malaysia. ● Program TS25 memfokuskan terhadap dua elemen, iaitu kemenjadian murid dan sekolah berkualiti. ● Antara program yang dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Bukit Baru yang telah mewujudkan kolaborasi antara ibu bapa dan komuniti dengan pihak sekolah adalah seperti Program Pelita Hati, Program Rebung dan juga Program Zero Iqra’. ● Program-program ini bertujuan untuk membantu murid-murid yang mempunyai masalah dalam kemahiran membaca dan program Zero Iqra ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan murid dalam menguasai bacaan Iqra’ 1 hingga 6. ● Murid Sekolah Kebangsaan Bukit Baru yang menyertai Pertandingan Cabaran Minecraft Malaysia Techlympics pada peringkat negeri dan mendapat johan. ● Pihak sekolah boleh menggalakkan murid untuk menyertai pertandingan-pertandingan sama ada dalam bidang kurikulum mahupun kokurikulum yang dijalankan agar dapat membantu murid untuk meningkatkan kompetensi digital secara kemahiran komputasional mereka secara maksimum selaras dengan keperluan pendidikan masa kini. ● Guru boleh menggalakkan murid untuk menggunakan aplikasi seperti Minecraft Education agar dapat membantu mereka untuk belajar dalam suasana yang menyeronokkan. Guru juga dapat mengasah kemahiran berfikir murid secara kreatif dan komputasional melalui aktiviti pembelajaran yang dibina pada aplikasi tersebut. Tandatangan : Nama : ADILA ABDUL SOMAD Jawatan : GURU PENYELARAS TS25
LAMPIRAN 2-11 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 19 JUN 2023 Masa : 1.00 PETANG Tajuk / Perkara : PENGURUSAN DISIPLIN SEKOLAH Isi Perbincangan Cadangan Tindakan ● Umum mengetahui bahawa ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku secara dalam talian. Namun, apabila pembelajaran kembali secara bersemuka, masalah ponteng sekolah kerap berlaku kerana mereka memerlukan masa untuk menyesuaikan diri. ● Pihak sekolah sering berhubung dengan pihak ibu bapa bagi memastikan anak-anak mereka tidak melakukan masalah disiplin yang serius. ● Kerjasama daripada guru-guru lain yang baik dalam membantu mengawal disiplin sekolah. ● Sebagai seorang bakal guru, saya perlu sentiasa mengambil berat terhadap keadaan murid-murid supaya masalah disiplin tidak menjadi serius. ● Bimbingan kaunseling perlu menjadi keutamaan bagi murid-murid yang sering melakukan masalah disiplin.
LAMPIRAN 2-11 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 20 JUN 2023 Masa : 11.00 PAGI Tajuk / Perkara : PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) Isi Perbincangan Cadangan Tindakan ● Penghapusan UPSR menyebabkan tiada penilaian yang telus terhadap murid. ● Kemahiran belajar murid terbantut kerana guru mengambil masa untuk menghabiskan setiap silibus. Silibus yang agak tinggi menyebabkan murid-murid berasa malas dan tidak bermotivasi. ● Tahap penguasaan bagi kemahiran membaca murid-murid masih lemah. Murid-murid masih tidak berupaya untuk mengecam dan mengenal huruf. ● Guru buat penilaian sepanjang sesi kelas berlangsung bagi memastikan tahap perkembangan pembelajaran murid-murid. ● Pihak sekolah mengadakan bengkel tulisan cantik bagi membantu meningkatkan kemahiran menulis. ● Mengaplikasikan teknik pengajaran yang lebih menarik bagi membantu murid-murid yang masih lemah. ● Konsultasi guru bersama murid yang bermasalah dalam pembelajaran. ● Memberi perhatian dan menerapkan kaedah pengajaran yang bersesuaian dengan tahap murid. Tandatangan : Nama : MASHITA BINTI BACHIK Jawatan : GURU BAHASA MELAYU
LAMPIRAN 2-11 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 14 JUN 2023 Masa : 12.30 TENGAH HARI Tajuk / Perkara : KOKURIKULUM SEKOLAH Isi Perbincangan Cadangan Tindakan ● Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di SKBB berjalan dengan lancar dan tiada masalah kehadiran yang teruk. ● Pada tahun 2022, seorang murid telah mewakili SKBB di peringkat kebangsaan dalam pertandingan Taekwondo Global Malaysia dan meraih tempat keempat. ● SKBB juga aktif dalam bola jaring kerana mempunyai seorang guru yang merupakan jurulatih bola jaring. ● 1 Murid 1 Sukan mewajibkan semua murid terlibat dalam kokurikulum bergantung kepada bakat dan minat mereka. ● Program Kecergasan 1Murid 1Sukan turut disertai oleh SKBB dalam acara cabaran lompat tali pada peringkat negeri Melaka. ● SKBB turut bergiat aktif dalam gimnastik artistik pada peringkat MSSM dan mendapat naib johan. Kejayaan ini hasil kerjasama daripada pihak ibu bapa yang membantu dari segi sokongan dan kewangan. ● Merentas desa akan dijalankan pada awal bulan Julai ini. ● Mengadakan aktiviti senamrobik setiap minggu. ● Mengadakan latihan secara berterusan untuk mencapai KPI. ● Pihak sekolah perlulah sentiasa memastikan prasarana di sekolah berada dalam keadaan baik supaya murid-murid dapat menggunakan peralatan sukan. Tandatangan : Nama : NORAISYAH BINTI YAKOOP Jawatan : PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
LAMPIRAN 2-11 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 19 JUN 2023 Masa : 12.30 TENGAH HARI Tajuk / Perkara : Kebersihan dan Keceriaan Sekolah Isi Perbincangan Cadangan Tindakan ● Guru besar amat mementingkan kebersihan sekolah dan kami akan dibahagikan tugasan pada setiap hari untuk membersihkan kawasan sekolah. ● Kebersihan kelas bagi murid-murid tahap 1 akan dibersihkan oleh para pekerja pada setiap hari selepas murid-murid pulang. ● Interaksi antara staf dan guru-guru di sekolah ini amat baik. ● Persiapan sesuatu program yang dilaksanakan di sekolah akan dibantu oleh semua staf. ● Tingkah laku staf dan kehadiran staf diambil kira oleh guru besar dan tindakan akan dikenakan jika mereka tidak dapat hadir tanpa sebab. ● Sebagai seorang bakal guru, sikap tegas yang ditonjolkan oleh pihak pentadbir wajar dicontohi supaya pengurusan sekolah berjalan dengan lancar tanpa sebarang permasalahan berlaku. Tandatangan : Nama : HAIRIL BIN OTHMAN Jawatan : PEKERJA AM
LAMPIRAN Berikut merupakan gambar-gambar bersama responden ketika melaksanakan temu bual.