The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

ULASAN BUKU BULAN OKTOBER 2022- CAWANGAN BEAUFORT

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by pnscawbeaufort, 2022-10-31 23:19:14

ULASAN BUKU BULAN OKTOBER 2022- CAWANGAN BEAUFORT

ULASAN BUKU BULAN OKTOBER 2022- CAWANGAN BEAUFORT

Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort

ULASAN BUKU BULAN OKTOBER 2022

ULASAN 50

TAJUK : DEAR FIRST LOVE
PENULIS : SUHAILAH SELAMAT
TERBITAN : SYKT FAJAR
MUKA SURAT : 597
ISBN : 9789838221160
HARGA : RM 30.34
NO.RUJUKAN : MAF SUH

Ulasan :

Kata orang cinta monyet sekadar angan-angan budak sekolah! Tapi, cinta dia pada Alex Kim
bukan sekadar angan-angan. Ia satu realiti yang suatu hari nanti akan dibuktikan melalui
perbuatan.
Itulah yang terjadi pada Myria Ayunina. Dia gemar membaca buku di perpustakaan sehingga
mendapat jolokan ‘kutu buku’. Namun, pertemuan yang tidak dijangka telah membuatkan dia
jatuh cinta pandang pertama pada Alex Kim.

Kematian ayah Myria telah mengungkap sebuah rahsia yang tersimpan rapi daripada
pengetahuan gadis itu. Ternyata dia dan Alex Kim dari dua dunia yang berbeza. Dunia hitam
yang sentiasa dikotori dengan darah manusia. Dunia kelam yang menyebabkan permusuhan
sehingga nyawa jadi mainan.

Kerana rahsia itu juga, nyawa Myria diancam bahaya. Kerana rahsia itu juga, Alex Kim dan
Myria terpisah.

Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku
berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email:
[email protected].

Diulas oleh
Muhammad Wali An Nur Bin Ismail
PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH

CAWANGAN BEAUFORT

51

Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort

ULASAN BUKU BULAN OKTOBER 2022

ULASAN 51

TAJUK : KISAH HIDUP ALI BIN ABU TALIB
PENULIS : ILYAS SAAD & MK RIZA
TERBITAN : BLINK BOOK SDN BHD
MUKA SURAT : 112
ISBN : 978-967-2040-88-0
HARGA : RM13.32
NO.RUJUKAN : MTN 297.18 ILY

Ulasan :
“Saya masih bayi ketika Rasulullah mengambil saya.Biasa memeluknya,baginda lalu

menidurkan di tempat tidurnya.Menekankan badan kepada baginda..Membuatkan saya dapat
mencium keharuman bau dan merasakan kehangatan tubuhnya.Baginda memberi makan.Bagi
saya,Rasulullah S.A.W adalah bintang petunjuk bagi diikuti tindakan dan perbuatannya.Saya
berpaut pada baginda seperti anak unta kepada ibunya”

Itulah pengakuan Sayidina Ali yang dibesarkan di bawah payung kehidupan baginda
Rasul dan keluarganya.Sayidina Ali mewarisi kepribadian mulia,akhlak cukup indah,seindah
akhlak nabi.Hal ini terjadi kerana beliau menerima tarbiah dan bimbingan secara langsung
daripada kekasih Ilahi.Seumpama seorang bapa yang membentuk sifat anak sendiri.

Ketika Nabi Muhammad SAW diutuskan menjadi rasul buat sekalian manusia,Syaidina
Ali sentiasa bersama-sama.Malah menjadi kanak-kanak pertama yang memeluk Islam dan
yang terawal bersolat.Beliau menjadi penyokong utama,walaupun berumur 11 tahun,syaidina ali
sudah berani membantu dan membela.

Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku
berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email:
[email protected].

Diulas oleh
Rizwan Mohd Jidi
PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH

CAWANGAN BEAUFORT

52

Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort

ULASAN BUKU BULAN OKTOBER 2022

ULASAN 52

TAJUK : KELUARGA YANG SETIA
MENYAYANGI DALAM AL-QURAN
PENULIS
TERBITAN : SYAARI AB RAHMAN
MUKA SURAT : IMAN PUBLICATION
ISBN : 270
HARGA
NO.RUJUKAN : 978-967-2459-21-7
: RM 38.85
: MAN 297.577 SYA

Ulasan :

Keluarga yang bahagia bukanlah keluarga yang tiada masalah. Bahagia bukanlah beerti
tiada anak yang tidak mendengar kata. Ia hadir apabila ibu bapa tidak putus asa dan terus
mendidik, seperti Nabi Nuh AS dengan anaknya. Bahagia bukanlah bermakna tiada konflik
antara suami dengan isteri. Ia datang ketika pasangan itu berusaha bersama-sama mengatasi
masalah dengan penuh sabar, umpama Nabi Muhammad SAW dengan para isterinya. Bahagia
bukanlah bermaksud tiada adik beradik yang menyakitkan hati. Ia muncul saat kita percaya
bahawa perubahan memerlukan masa, laksana Nabi Yusuf AS dengan adik-beradiknya.
Hakikatnya, tiada sebuah keluarga yang sempurna di dunia ini. Mengharapkan sempurna itu
memeritkan. Kaerana itu, kita harus memilih untuk terus menyanyangi, walau apa jua cabaran
yang melanda keluarga kita.

Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku
berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email:
[email protected].

Diulas oleh

Dwi Farahna Dawit
PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH

CAWANGAN BEAUFORT

53

Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort

ULASAN BUKU BULAN OKTOBER 2022

ULASAN 53

TAJUK : BERTEDUH UNTUK KETENANGAN
HATI
PENULIS
TERBITAN : PAHROL MOHAMAD JUOI
MUKA SURAT : IMAN PUBLICATION
ISBN : 263
HARGA
NO.RUJUKAN : 978-967-2459-09-5

: RM 36.26
: MAN 158.1088297 PAH

Ulasan :

Di manakah sebenarnya ketenangan? Saban hari, dari pagi hingga ke malam kita
mencari dan mengimpikan rasa tenang. Ia sentiasa datang dan pergi dengan sendiri.
Ketenangan itu tidak pernah kekal dengan kita, dan akan selalu didamba. Mungkin sebenarnya,
ketenangan hakiki itu tidak terletak di dunia. Tenang hadir hanya sementara, cukup untuk
membuatkan kita ternanti-nanti bila ia akan hadir semula.

Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku
berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email:
[email protected].

Diulas oleh
Dwi Farahna Dawit
PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH

CAWANGAN BEAUFORT

54

Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort

ULASAN BUKU BULAN OKTOBER 2022

ULASAN 54

TAJUK : BERTEDUH KERANA KEKOSONGAN
HATI
PENULIS
TERBITAN : PAHROL MOHAMAD JUOI
MUKA SURAT : IMAN PUBLICATION
ISBN : 267
HARGA
NO.RUJUKAN : 978-967-2459-11-8
: RM 36.26
: MAN 158.1088297 PAH

Ulasan :

Ada waktunya kita rasa hidup ini kurang bermakna, sedangkan segala-galanya nampak
cukup dan sempurna. Seharusnya kecukupan ini mendatangkan bahagia yang didamba.
Namun, hati kita tetap berasa kosong. Mengapa? Ternyata, bahagia yang sebenar bukanlah
terletak pada nilaian kerjaya, wang dan harta. Bahagia, terletak pada bahagianya sebuah hati.

Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku
berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email:
[email protected].

Diulas oleh
Dwi Farahna Dawit
PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH

CAWANGAN BEAUFORT

55

Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort

ULASAN BUKU BULAN OKTOBER 2022

ULASAN 55

TAJUK : PENDERAAN SEKSUAL
KANAK-KANAK
PENULIS
: ROSANIDA ANANG, NORHAYATI
TERBITAN IBRAHIM
MUKA SURAT
ISBN : UKM
HARGA
NO.RUJUKAN : 146

: 978-967-412-293-5

: RM 28.00

: MAN ROS

Ulasan :

Penderaan seksual kanak-kanak bukan satu fenomena baru, malah berlaku pada
peringkat global. Kanak-kanak dan remaja adalah golongan yang paling mudah terdedah
kepada jenayah seksual kerana mereka adalah golongan yang lemah, memerlukan bimbingan
serta bergantung sepenuhnya kepada orang yang lebih dewasa. Masalah penderaan seksual
kanak-kanak juga dianggap sebagai satu epidemik dan setiap kanak-kanak serta remaja
berisiko untuk berhadapan dengan masalah tersebut. Berdasarkan jumlah kajian yang amat
terhad oleh pengkaji tempatan, kefahaman terhadap impak psikologikal yang dialami mangsa
sehingga menjejaskan kehidupan serta kesihatan mental dapat difahami dengan jelas dan agak
terbatas. Secara tidak langsung ia tidak dapat memberikan gambaran kepada para professional
kesihatan mental khususnya bagi menangani kes ini dengan lebih sempurna dan berkesan
terutama dalam usaha untuk merangka rawatan yang bersesuaian berdasarkan keperluan
semasa. Justeru, buku ini mengulas beberapa aspek psikologi untuk mengenal pasti corak
simptom trauma yang dialami mangsa penderaan seksual kanak-kanak intrakeluarga dan
ekstrakeluarga yang mempengaruhi kehidupan mereka untuk jangka masa panjang. Buku ini
juga mengupas perkaitan antara pertalian mangsa-pendera dengan simptom trauma di samping
menentukan faktor-faktor yang boleh menyumbang kepada implikasi psikologi yang dialami
mangsa.

Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku
berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email:
[email protected].

Diulas oleh

Nuramalina binti Ahammad
PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH

CAWANGAN BEAUFORT

56

Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort

ULASAN BUKU BULAN OKTOBER 2022

ULASAN 56

TAJUK : BIOGRAFI KHULAFA’ AR-RASYIDIN
THE GREAT LEADERS
PENULIS
TERBITAN : MAHMUD AL-MISRI
MUKA SURAT : AL-HIDAYAH PUBLICATION
ISBN : 339
HARGA
NO.RUJUKAN : 978-967-368-290-4
: RM 31.82
: MAN 297.648 ALM

Ulasan :

Biografi Khulafa’ Ar-rasyidin, sebuah buku sejarah mengenail tokoh-tokoh Islam
seperjuangan Nabi Muhammad SAW dalam era memperkenalkan tauhid Allah yang Maha Esa,
melalui agama suci Islam sewaktu tahun-tahun awal Hijriyyah.

Buku ini merupakan himpunan latar belakang sahabat Nabi SAW yang utama iaitu Abu
Bakar As-Siddiq, Umar Al-Khattab, Uthman bin ‘Affan dan Ali bin Abi Talib beserta hadis-hadis
sahih yang menceritakan keteladanan mereka di samping Nabi SAW.

Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku
berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email:
[email protected].

Diulas oleh

Dwi Farahna Dawit
PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH

CAWANGAN BEAUFORT

57

Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort

ULASAN BUKU BULAN OKTOBER 2022

ULASAN 57

TAJUK : AIR MATA KESENGSARAAN
ROHINGYA
PENULIS
TERBITAN : AZAHRUDIN MOHAMED DALI
MUKA SURAT : INTEAM PUBLISHING
ISBN : 229
HARGA
NO.RUJUKAN : 978-967-0326-47-4

: RM 20.00
: MAN AZH

Ulasan :

ROHINGYA barangkali tidak keterlaluan jika ia dianggap sebagai kaum yang paling malang dan
dilupakan di planet ini. Berasal dari Myanmar, hidup secara diaspora selepas lari akibat ditindas dan
diseksa oleh tentera yang memerintah. Bukan itu sahaja, sejarah yang mengaitkan mereka berasal dari
Arakan, sebuah pusat penyebaran Islam suatu ketika dahulu, tidak membolehkan mereka mendapat
kerakyatan di negara sendiri disebabkan penggubalan undang-undang berhubung kewarganegaraan.
Keadaan ini menyebabkan mereka menjadi pelarian, dibelenggu masalah identiti, hidup penuh duka
nestapa dan menjadi minoriti Muslim Myanmar yang sentiasa bertemakan air mata kesedihan serta
meratapi nasib yang menimpa mereka.

Namun ramai dari masyarakat dunia yang tidak mengetahui masalah akar daripada kasih
Rohingya ini. Adakah Rohingya didera secara berterusan disebabkan agama yang dianuti oleh mereka?
Atau mungkin apa yang menimpa Rohingya sejak tahun dahulu sehingga kini adalah sebahagian
daripada perancangan licik kerajaan yang memerintah untuk menghapuskan etnik minoriti? Dengan
mengetahui akar kepada masalah ini akan melorongkan Rohingya ke jalan penyelesaian.Buku ini
menjawab semua persoalan mengenai asas masalah Rohingya bermula dengan sejarah hingga kepada
isu pelarian yang kemudiannya berkait pula dengan soal hak asasi. Atas sifatnya itu, buku ini sangat
sesuai dijadikan bahan rujukan untuk pelajar di pusat pengajian tinggi yang mengikuti kursus sejarah,
etnik dan minoriti, para guru dan pelajar sekolah menengah atas dan peminat sejarah Asia Tenggara,
bidang etnik dan minoriti, serta cabang hak asasi manusia.

Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku
berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email:
[email protected].

Diulas oleh

Nuramalina binti Ahammad
PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH

CAWANGAN BEAUFORT

58

Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort

ULASAN BUKU BULAN OKTOBER 2022

ULASAN 58

TAJUK : SEJARAH DAN KUPASAN
PENDEKATAN AKIDAH
PENULIS
: NIK MUHAMMAD SYUKRI NIK WAN @
TERBITAN MASAKAREE ARDAE Ph.D
MUKA SURAT
ISBN : PTS PUBLISHING HOUSE
HARGA
NO.RUJUKAN : 224

: 978-967-481-640-7

: RM 23.68

: MAN 297.2112 NIK

Ulasan :

Akidah yang tepat adalah kunci kebahagiaan seseorang hamba Allah SWT di dunia dan
akhirat. Tanpa akidah yang benar, tepat, dan jelas, segala amalan yang dilakukan tidak akan
diterima oleh Allah SWT.

Akidah adalah tumpuan utama wahyu Ilahi kepada setiap nabi-Nya. Penumpuan
diberikan supaya setiap umat selamat dan sejahtera dalam kehidupan mereka sepanjang
zaman. Sirah mencatatkan bahawa Nabi Muhammad SAW selama 13 tahun berada di Kota
Makkah semata-mata bagi membentuk akidah dalam masyarakat jahiliah ketika itu. Oleh yang
demikian, akidah yang teguh dan mantap menjadi dambaan kepada setiap manusia yang
bergelar dirinya sebagai mukmin kepada Allah SWT.

Kini, umat islam terdedah kepada pelbagai cabaran fahaman luaran dan dalaman yang
menguji akidah mereka. Umat Islam perlu menjernihkan kembali akidah keimanan daripada
segala kekeliruan dengan mengenali Allah SWT serta sifat-Nya. Berpegang teguh kepada-Nya
menerusi bukti-bukti dan hujah yang nyata, terang, tepat, jelas serta berpaksikan Al-Quran dan
hadith berasaskan keterangan para ulama muktabar.

Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku
berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email:
[email protected].

Diulas oleh

Dwi Farahna Dawit
PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH

CAWANGAN BEAUFORT

59

Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort

ULASAN BUKU BULAN OKTOBER 2022

ULASAN 59

TAJUK : MUKJIZAT RASULULLAH SAW
PENULIS
: USTAZ HAJI JAFRI ABU BAKAR
TERBITAN MAHMOODI
MUKA SURAT
ISBN : GALERI ILMU SDN BHD
HARGA : 310
NO.RUJUKAN
: 978-983-097-935-9
: RM 40.70
: MAN 297.63 JAF

Ulasan :

Mukjizat merupakan kejadian luar biasa yang tidak mampu diterima oleh akal, yang
terjadi pada diri nabi dan rasul sebagai bukti kerasulan mereka. Sebagai penutup para nabi,
Nabi Muhammad SAW memiliki ribuan mukjizat anugerah daripada Allah Ta’ala.

Menurut Imam as-Suyuti, mukjizat ialah satu perkara luar biasa yang ada hubungannya
dengan cabaran dan bebas daripada segala penentangan. Manakala Muhammad Ali as-Sobuni
pula berpendapat bahawa mukjizat merupakan perkara yang menyalahi adat yang berlaku
kepada mereka yang mendakwa dirinya sabagai rasul semasa mencabar penentangnya. Dan
para penentangnya gagal untuk mengadakan yang seumpamanya.

Himpunan mukjizat Nabi Muhammad SAW di dalam buku Mukjizat Rasulullah SAW ini
adalah untuk kita mengenali kehebatan yang telah Allah berikan kepada Nabi Muhammad SAW.
membaca kisah-kisah hebat ini juga dapat menimbulkan rasa cinta kepada Nabi Muhammad
SAW dalam kehidupan kita.

Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku
berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email:
[email protected].

Diulas oleh

Dwi Farahna Dawit
PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH

CAWANGAN BEAUFORT

60

Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort

ULASAN BUKU BULAN OKTOBER 2022

ULASAN 60

TAJUK : FATASYABBAHU TELADANILAH
MEREKA
PENULIS
TERBITAN : USTAZ MUHADIR HAJI JOLL
MUKA SURAT : GALERI ILMU SDN BHD
ISBN : 130
HARGA
NO.RUJUKAN : 978-983-097-835-2
: RM 28.86
: MAN 297.18 MUH

Ulasan :

Imam Ibnu Jarir ath-Thabari adalah ulama yang paling banyak menulis dan
menghasilkan karangan. Beliau sangat teliti dalam penulisannya dan ramai yang mendapat
manfaat daripada tulisannya. Semua karangan Imam Ibnu Jarir berjumlah 350 ribu helai. Oleh
kerana memiliki karangan yang luar biasa, beliau dipanggil dengan dua gelaran, iaitu
“Al-Mu’alla” dan “Ar-Raqib”. Syaikh Abdul Fattah Abu Ghuddah mengatakan tidak pernah ada
seorang pun daripada ulama dahulu yang tulisannya sebanyak dan sesempurna karangan
Imam Ibnu Jarir.

Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku
berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email:
[email protected].

Diulas oleh

Dwi Farahna Dawit
PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH

CAWANGAN BEAUFORT

61

Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort

ULASAN BUKU BULAN OKTOBER 2022

ULASAN 61

TAJUK : BERJUANG URUS EMOSI
PENULIS : FATIMAH SYARHA
TERBITAN : PTS PUBLICATION SDN BHD
MUKA SURAT : 426
ISBN : 978-967-481-639-1
HARGA : RM 44.40
NO.RUJUKAN : MAN 158.1 FAT

Ulasan :
Apabila kita diuji sakit, ada pujukan dan motivasi yang menyentuh hati dalam zikir

Al-Quran dan As-Sunnah bersama kefahaman yang mendalam pada maknanya. Selain dalam
zikir-zikir pagi dan petang yang biasa diamalkan oleh Nabi SAW ( Al-Ma’thurat), terdapat juga
dalil-dalil yang dekat untuk memujuk situasi stress seharian khususnya ketika diuji dengan berat
saat mengandung, melahirkan, menyusukan dan mendidik anak.

Buku ini dengan kerdilnya mengalirkan kesejukan ayat-ayat yang Maha Besar dan
pesan Nabi SAW tersebut yang memujuk dan mengusap jiwa kita ketika diuji sakit. Berusahalah
membaca setiap ayat suci meskipun merangkak bacaan kita. Mudah-mudahan bacaan kita itu
menghilangkan dahaga emosi kita, serta merawat segumpal darah bak raja bernama hati. Insya
-Allah, dengan izin Ilahi.

Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku
berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email:
[email protected].

Diulas oleh

Dwi Farahna Dawit
PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH

CAWANGAN BEAUFORT

62

Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort

ULASAN BUKU BULAN OKTOBER 2022

ULASAN 62

TAJUK : REHATKAN HATI DENGAN SOLAT
PENULIS : PAHROL MOHAMAD JUOI
TERBITAN : IMAN PUBLICATIONS SDN BHD
MUKA SURAT : 257
ISBN : 978-967-2459-03-3
HARGA : RM33.30
NO.RUJUKAN : MAN 297.3822

Ulasan :
Saban hari,rutin harian yang kita lalui menemukan kita dengan masalah dan cabaran

yang membuatkan hati kita berasa letih dan penat.Kita mencari kerehatan dengan
hiburan,makan-makan,jalan-jalan,bahkan solat.Tetapi rehatnya hati ini cuma sementara.Selang
beberapa ketika,ia kembali lesu dengan masalah dunia.Solat yang seharusnya menjadi
kerehatan,dirasakan seperti beban.

Takbir,rukuk,sujud dan salam,hanya tinggal gerakan dan ucapan kosong tanpa kesan
dan impak pada hidup.Ketenangan yang dicari masih belum dirasai.Melalui buku ini,Ustaz
Pahrol membawa pembaca ke alam solat yang mampu merehatkan hati yang semakin gusar
dengan dunia.Hakikatnya,jarak di antara hati dengan ketenangan yang diinginkannya ialah
sebuah solat yang tulus penuh makna.

Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku
berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email:
[email protected].

Diulas oleh

Rizwan Mohd Jidi
PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH

CAWANGAN BEAUFORT

63

Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort

ULASAN BUKU BULAN OKTOBER 2022

ULASAN 63

TAJUK : PENYULUH BUAT PENUNTUT
PENULIS : DR.AYMAN AL-AKITI
TERBITAN : GALERI ILMU SDN.BHD
MUKA SURAT : 158
ISBN : 978-983-097-926-7
HARGA : RM21.46
NO.RUJUKAN : MAN 297.57 AHM

Ulasan :

Penyuluh buat penuntut,buku ini mensyarahkan 77 bait syair bahasa Arab berkenaan
adab dan etika yang mesti dimiliki pelajar atau penuntut ilmu agar ilmu yang dipelajari bukan
sahaja kekal diingati bahkan bermanfaat dan mendapat keberkatan.Ini kerana adab berada
pada kedudukan yang lebih tinggi daripada ilmu.

Penterjemah memberikan nilai tambah yang besar dengan mendatangkan ulasan dan
keterangan daripada pelbagai sumber serta berkongsi pengalaman berharganya untuk
menambahkan kefahaman pembaca.

Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku
berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email:
[email protected].

Diulas oleh
Rizwan Mohd Jidi
PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH

CAWANGAN BEAUFORT

64

Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort

ULASAN BUKU BULAN OKTOBER 2022

ULASAN 64

TAJUK : 66 HADIS FADHILAT RAMADHAN
PENULIS : USTAZ MUHADIR HAJI JOLL
TERBITAN : GALERI ILMU SDN BHD
MUKA SURAT : 150
ISBN : 978-983-097-929-8
HARGA : RM28.86
NO.RUJUKAN : MAN 297.125 MUH

Ulasan :

Satu-satunya nama bulan yang disebut secara khusus di dalam Al-Quran ialah bulan
Ramadhan.Ini sahaja sudah cukup menggambarkan keistimewaan Penghulu segala bulan
ini.Bulan yang mulia ini juga menyediakan ganjaran berlipat kali ganda bagi amalan-amalan
soleh yang dilakukan,sama ada wajib,sunat atau amalan khusus yang dilakukan pada bulan
Ramadhan sahaja.Semuanya dijelaskan dengan hadits yang lengkap bersumber.Buku ini turut
memuatkan beberapa hadis yang menceritakan amalan-amalan Rasulullah SAW dalam bulan
Ramadhan.

Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku
berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email:
[email protected].

Diulas oleh

Rizwan Mohd Jidi
PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH

CAWANGAN BEAUFORT

65

Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort

ULASAN BUKU BULAN OKTOBER 2022

ULASAN 65

TAJUK : MISS DUCATI
PENULIS : SUFEA HAREEZ
TERBITAN : IDEA KREATIF PUBLICATION
MUKA SURAT : 608
ISBN : 978-967-2803-05-8
HARGA : RM 30.34
NO.RUJUKAN : MAF SUF

Ulasan :
Siapa yang tak kenal Tuan CEO muda yang tampan dan segak bergaya bernama Amir

Luqman? Dan kelebihan yang dimilikinya telah digunakan untuk menakluki seorang Miss
Ducati. Hanya di bilik persalinan, segalanya bermula dan berakhir dengan sejarah yang tak
termampu dilupakan. Dua tahun berlalu, mereka dipertemukan semula. Maka terjadilah adegan
Tuan CEO mengejar Miss Ducati.

Perkahwinan yang sarat dengan kasih sayang, bersulam indah dengan cinta tiba-tiba
diragut sekelip mata oleh Ahmad Adwa. Parut yang ditinggalkan berdarah kembali. Dan sekali
lagi MIss Ducati terpaksa lari. Sekali lagi dia pergi membawa diri. Apa yang Luqman lakukan
apabila isterinya menghilang? Adakah dia akan akur dengan permintaan ibu kesayangannya
supaya menceraikan Nabila? Atau sebaliknya, menjadi Mr. Ninja kepada Miss Ducati yang
malang itu.

Dan siapa sebenarnya Ahmad Adwa yang tak pernah senang melihat Nabila hidup
bahagia?

Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku
berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email:
[email protected].

Diulas oleh

Dwi Farahna Dawit
PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH

CAWANGAN BEAUFORT

66

Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort

ULASAN BUKU BULAN OKTOBER 2022

ULASAN 66

TAJUK : CUBA BUAT KRAF KERTAS
PENULIS
TERBITAN : ROHANIDA MAT HASSAN
: UTUSAN PUBLICATIONS &
MUKA SURAT
ISBN DISTRIBUTORS SDN BHD
HARGA : 73
NO.RUJUKAN
: 978-967-61-2736-5
: RM22.90
: MAN 745.54 ROH

Ulasan :
Kraf kertas sangat popular dan digemari semua orang. Ini kerana ia mudah untuk

dihasilkan dan bahannya senang didapati. Anda hanya perlukan kreativiti bagi menghasilkan
kraf yang cantik

Buku Cuba Buat Kraf Kertas-Kertas Quilling,Foam Sheet dan Kad Pop Up
merupakan cetusan idea Rohanida Mat Hassan dalam menghasilkan kraf kertas dengan
menggunakan kertas quilling dan foam sheet serta cara-cara untuk menghasilkan kad pop up.

Buku ini memaparkan pelbagai koleksi dan cara untuk menghasilkan kraf kertas. Ia
dilengkapi dengan langkah demi langkah,penerangan dan gambar yang jelas. Mudah dan
comel untuk dihasilkan oleh kanak-kanak mahupun dewasa.

Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku
berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email:
[email protected].

Diulas oleh

Rizwan Mohd Jidi
PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH

CAWANGAN BEAUFORT

67

Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort

ULASAN BUKU BULAN OKTOBER 2022

ULASAN 67

TAJUK : LASKAR CINTA
PENULIS : ISMA AE MOHAMAD
TERBITAN : PTS POP SDN BHD
MUKA SURAT : 218
ISBN : 978-967-5136-65-8
HARGA : RM 9.70
NO.RUJUKAN : MAF ISM

Ulasan :
Rimba sempadan Thai-Myanmar mungkin seindah Kashmir, ibarat syurga yang

tersembunyi, “kaw thoo lei”. Namun, syurga ini tidak pernah damai. Sengketa telah sekian lama
menodai keamanannya. Kaum Karen terpaksa menjadi pelarian di bumi sendiri dan mereka
sentiasa mendambakan kembali tanah air mereka. Nadine, seorang gadis Malaysia yang patah
hati kerana putus tunang telah membawa diri ke sempadan Thai-Myanmar dan menjadi
sukarelawan di sebuah kem pelarian kaum Karen. Dia mengharapkan dapat menemui
ketenangan, namun yang terzahir indah khabar dari rupa. Kerana pertelagahan dan dendam,
Nadine menjadi mangsa culik kumpulan pengedar dadah.

Kim, seorang remaja kaum Karen yang tidak percayakan perang dapat menyelesaikan
masalah. Dia berhasrat membantu kaumnya dengan cara lain, dan bercita-cita berhijrah ke
Amerika melalui program penempatan semula pelarian. Namun, apabila permohonannya gagal,
dia memberontak. Kim akhirnya menyertai rakan-rakannya menyertai kumpulan pejuang geril.
Setelah seorang rakan mereka dibunuh dengan kejam di hadapan mata, akhirnya mereka sedar
identiti sebenar pejuang geril yan Kim dan rakan-rakannya sertai.

Bagai serigala berbulu kambing, atas nama perjuangan mereka mengangkat senjata!

Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku
berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email:
[email protected].

Diulas oleh

Nuramalina binti Ahammad
PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH

CAWANGAN BEAUFORT

68

Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort

ULASAN BUKU BULAN OKTOBER 2022

ULASAN 68

TAJUK : JAHITAN LANGSIR 2
PENULIS : AZLINDA DEBAB
TERBITAN : GRUP BUKU KARANGKRAF SDN BHD
MUKA SURAT : 221
ISBN : 978-967-86-0633-2
HARGA : RM26.40
NO.RUJUKAN : MAN 747.5 AZL

Ulasan :
Naskhah ini memaparkan kaedah menghasilkan langsir eyelet dan pelmet.Terdapat

pelbagai teknik yang berbeza dalam menghasilkan kedua-dua langsir tersebut. Idea-idea yang
dikongsikan di dalam buku ini dapat membantu pembaca menghasilkan langsir dengan
pelbagai rekaan.Turut dimuatkan dalam buku ini ialah cara menghasilkan aksesori hiasan
langsir seperti bunga rosset,bow dan sebagainya.

Variasi Jahitan Langsir 2 memberikan idea kreatif dalam menghasilkan langsir yang
lebih menarik dan bergaya.Pasti kediaman anda lebih menyerlah dengan adanya langsir yang
menawan.Buku ini sesuai dijadikan panduan dalam menjahit langsir.

Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku
berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email:
[email protected].

Diulas oleh

Rizwan Mohd Jidi
PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH

CAWANGAN BEAUFORT

69

Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort

ULASAN BUKU BULAN OKTOBER 2022

ULASAN 69

TAJUK : THE SHOW AT RICKETY BARN
PENULIS : BEEKE,JEMMA
TERBITAN : GULLANE CHILDREN”S BOOKS
MUKA SURAT :-
ISBN : 1-86233-633-4
HARGA : RM43.90
NO.RUJUKAN : EJF BEE

Ulasan :
Jesper the cat has had a wonderful idea,he will put on a show for all his friends at Ricky

Barn.Just as he”s practising some tuneful miaows,Sniggle the pig appears and persuades
Jasper to let him take part.More and more animals muscle in on the act,until they are all
gathered in the Rickety Barn,nervously waiting for their audience…But where is everyone?

Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku
berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email:
[email protected].

Diulas oleh
Rizwan Mohd Jidi
PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH

CAWANGAN BEAUFORT

70

Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort

ULASAN BUKU BULAN OKTOBER 2022

ULASAN 70

TAJUK : SATU ETERNITI
PENULIS : KUSYI HIRDAN
TERBITAN : PTS FORTUNA
MUKA SURAT : 349
ISBN : 978-967-5136-30-6
HARGA : RM18.90
NO.RUJUKAN : MTF KUS

Ulasan :

Jasad Urana sudah mati. Hati Exham turut mati. Namun cerita ini tidak lagi bertemu
penamatnya.

Bangsa Miri adalah golongan yang selama ini ditindas. Namun era kebangkitan mereka telah
tiba. Kehebatan bangsa Miri telah mencetuskan rasa iri hati kepada puak lain. Terjadilah konflik
politik dunia Oshab di bawah pimpinan Exham. Konflik ini membawa kepada ancaman yang
tidak di sangka. Dalam kekalutan itu, Exham telah dibayangi kisah lampaunya bersama Urana.
Mungkinkah apa yang dihajati oleh Exham dapat dizahirkan?

Apakah Urana dapat mengubah segala-galanya buat Exham? Apakah cinta mampu melawan
yang sudah tersurat dalam destini?

Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku
berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email:
[email protected].

Diulas oleh
Nuramalina binti Ahammad
PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH

CAWANGAN BEAUFORT

71

Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort

ULASAN BUKU BULAN OKTOBER 2022

ULASAN 71

TAJUK : TIRANI
PENULIS : BEB SABARIAH
TERBITAN : DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
MUKA SURAT : 352
ISBN : 978-983-62-9813-3
HARGA : RM22.00
NO.RUJUKAN : MAF BEB

Ulasan :

Kecantikan adalah naluri semesta; ia bagaikan suatu kekuasaan yang boleh membuka pintu
yang tertutup. Kecantikan juga ialah tirani yang berumur pendek. Kecantikan selalunya
disinonimkan dengan wanita. Cantik dan cerdik adalah pakej lengkap seseorang yang bergelar
wanita. Namun, kecantikan jualah yang menyebabkan berlakunya suatu petaka. Mengapakah
Waheeda yang cantik, cerdik dan berjaya itu tidak bahagia hidupnya? Apakah yang diinginkan
oleh Zahid, suaminya. Mungkin benarlah kata orang, kecantikan itu takkan kekal lama.

Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku
berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email:
[email protected].

Diulas oleh
Nuramalina binti Ahammad
PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH

CAWANGAN BEAUFORT

72

Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort

ULASAN BUKU BULAN OKTOBER 2022

ULASAN 72

TAJUK : IT”S MY LIFE
PENULIS : STACIE RAMEY
TERBITAN : SOURCEBOOKS FIRE
MUKA SURAT : 317
ISBN : 978-1–4926-9452-6
HARGA : RM51.34
NO.RUJUKAN : ETF RAM

Ulasan :
Jenna”s had cerebral palsy since birth,and she”s discovers that her condition was

actually caused by an injury,she”s furios with her parents,who withheld the truth.And as they
push her to get yet another difficult procedure,Jenna feels the control over her own life starting
to slip away.

Enter Julian,Jenna”s childhood crush.He just moved back to town,and he”s struggling in
school,so Jenna reaches out to him anonymously to help.Soon,their conversations are about so
much more than class.She”s falling for him all over again,hard and fast.But Jenna knows if she
wants a relationship with him,she needs to reveal who she really is.Can she find a way to take
back her own narrative before she pushes away everyone she loves?

Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku
berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email:
[email protected].

Diulas oleh

Rizwan Mohd Jidi
PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH

CAWANGAN BEAUFORT

73

Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort

ULASAN BUKU BULAN OKTOBER 2022

ULASAN 73

TAJUK : SAYAP-SAYAP SELEPAS SENJA
PENULIS : AZIZI HJ ABDULLAH
TERBITAN : GOAL INTELLIGENT PUBLISHING
MUKA SURAT : 282
ISBN : 978-3730-77-3
HARGA : RM 22.00
NO.RUJUKAN : MAF AZI

Ulasan :

Sayap-sayap selepas senja mendedahkan satu pembongkaran habis-habisan segala
kegiatan maksiat: perjudian, minum arak, perilaku seks dan pelacur, gay, lesbian dan pondan;
GRO, massage, urut, lulurhabis serta mandi wap secara sulit di bandar-bandar besar seperti
Johor Bahru, Ipoh, Penang dan Kuala Lumpur selepas senja.

Ia melibatkan orang kenamaan, Dato’-Dato’ dan Datin-Datin, ahli perniagaan, artis,
selebriti, pegawai eksklusif, pengarah dan korporat serta buruh kasar tanpa segan silu turut
bergelumang dengan segala kegiatan maksiat ini di hotel-hotel besar. Pendedahan dan
pembongkaran segala perilaku kemaksiatan ini demi untuk menyedarkan orang ramai betapa
jijiknya perilaku yang tersembunyi, yang jarang diketahui umum. Sewajarnya segala perilaku
kemaksiatan yang tersembunyi ini perlu dibanteras dengan penggemblengan semua pihak.

Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku
berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email:
[email protected].

Diulas oleh
Nuramalina binti Ahammad
PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH

CAWANGAN BEAUFORT

74

Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort

ULASAN BUKU BULAN OKTOBER 2022

ULASAN 74

TAJUK : PRIIIT!
PENULIS
TERBITAN : ALIAS ISMAIL
: UTUSAN PUBLICATIONS &
MUKA SURAT
ISBN DISTRIBUTORS
HARGA : 282
NO.RUJUKAN
: 967-61-1765-X
: RM 21.00
: MTF ALI

Ulasan :

Hidup ini padang uji. Laksana perlawanan bola sepak yang menguji kehandalan seorang
pemain, kemantapan sebuah pasukan dan lebih daripada itu, menguji kedirian insan telus tulus,
jujur,setia kawan.

Nizam terasuh oleh prinsip. Biar dia harus berhadapan dengan siapapun. Ibarat
perlawanan di padang yang diadilinya, hidup fitrahnya menuntut keadilan, walau ditentang,
walau dihalang. Tidakkah hairan, YB merayu agar kekerasan yang berlaku atas nama sukan
disenyapkan daripada penguasa undang-undang?

Antara rasa hormat dan tertindas, dia bingkas bertindak. Gumpalan akhbar, kad nama,
nombor siri pada bingkai kaca mata, rakaman suara, gambar foto, kesan tayar serta banyak lagi
dikumpul sebagai bukti….. Kerana perlawanan bagi mereka hanyalah perlagaan, bola sepak
bukan lagi lapangan sukan arena laba dan kuasa bahkan.

Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku
berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email:
[email protected].

Diulas oleh
Nuramalina binti Ahammad
PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH

CAWANGAN BEAUFORT

75

Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort

ULASAN BUKU BULAN OKTOBER 2022

ULASAN 75

TAJUK : WORRY WARRIORS JITTERY JAKE
CONQUERS STAGE FRIGHT
PENULIS
TERBITAN : MARNE VENTURA
MUKA SURAT : PENERBITAN ILMU PINTAR
ISBN : 90
HARGA
NO.RUJUKAN : 978-967-2235-16-3
: RM29.23
: EJF VEN

Ulasan :
Jake has just gotten the lead role in the fourth-grade play.Great,right? Not so great.

Jake has no interest in acting. He's saving up for a robot race car by helping out one of his
neighbors. Practicing for the play takes up a lot of time. Now he”s worried how will he earn
enough money to buy his race car if he”s practicing all the time? Plus,what if he makes a fool of
himself in front of his friends?

Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku
berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email:
[email protected].

Diulas oleh

Rizwan Mohd Jidi
PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH

CAWANGAN BEAUFORT

76

Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort

ULASAN BUKU BULAN OKTOBER 2022

ULASAN 76

TAJUK : VOCABULARY ENHANCER
PENULIS : JANE AUSTEN
TERBITAN : PENGUIN RANDOM HOUSE SEA
MUKA SURAT : 324
ISBN : 978-9-814-86729-0
HARGA : RM56.27
NO.RUJUKAN : ETN 372.44 AUS

Ulasan :
Word power is an integral part of being able to express yourself whether you”re in

college,appearing for competitive exams or attending a job interview.It makes you an effective
and confident communicator.This handy guide brings to you an abridged version of the timeless
novel Pride and Prejudice by Jane Austen to familiarize you with a must read and equip you
with new words.

Accessible and engaging,each book in the Vocabulary Enhancer series simplifies a
classic and helps you memorize a list of carefully curated,frequently used words through their
definitions,antonyms,examples of usage as well as word exercises and puzzles to recap your
learning.

So what are you waiting for?strengthen your understanding of the English language and
enhance your vocabulary with this unique companion

These books are from the Beaufort Branch of Sabah State Library collection. For any
inquiries, please don’t hesitate to call us at 087222 679 or email us at
[email protected]

Diulas oleh

Rizwan Mohd Jidi
PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH

CAWANGAN BEAUFORT

77

Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort

ULASAN BUKU BULAN OKTOBER 2022

ULASAN 77

TAJUK : SHADOW AND BONE
PENULIS : LEIGH BARDUGO
TERBITAN : ORION PUBLISHING GROUP
MUKA SURAT : 307
ISBN : 978-1-78062-141-8
HARGA : RM29.40
NO.RUJUKAN : ETF BAR

Ulasan :
The Shadow Fold,a swathe of impenetrable darkness,is slowly destroying the once

great nation of Ravka.

Alina,a pale,lonely orphan,discovers a unique power that thrusts her into the world of
the kingdom's magical elite the Grisha.Could she be the key to setting Ravka free?

The Darkling,a man of seductive charm and terrifying power.If Alina is to fulfil her
destiny,she must unlock her gift and face up to her dangerous attraction to him.

But what of Mal,Alina's childhood best friend?As Alina contemplates her dazzling new
future,why can”t she ever quite forget him?

These books are from the Beaufort Branch of Sabah State Library collection. For any
inquiries, please don’t hesitate to call us at 087222 679 or email us at
[email protected]

Diulas oleh
Rizwan Mohd Jidi
PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH

CAWANGAN BEAUFORT

78

Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort

ULASAN BUKU BULAN OKTOBER 2022

ULASAN 78

TAJUK : KAEDAH PENANAMAN HALIA
PENULIS
: FARRY
TERBITAN B.PAIMIN/MURHANATO/FAZURA
MUKA SURAT ABDULLAH
ISBN
HARGA : SYNERGY MEDIA
NO.RUJUKAN
: 83

: 978-967-322-093-9

: RM17.91

: MAN 633.83 PAI

Ulasan :
Halia merupakan tanaman rempah yang mempunyai nilai exsport yang cukup

tinggi,tetapi ia mungkin belum diketahui oleh para pemilik modal. Halia muda dan semua produk
hasilnya banyak diminati. Namun,sayangnya peluang itu masih belum dimanfaatkan secara
optimum.

Halia boleh ditanam dimana-mana kawasan. Sebelum menanamnya anda mestilah
menentukan dahulu produk sasaran yang ingin dicapai. Ini kerana,produk sasaran akan
menentukan pemilihan jenis halia yang akan ditanam dan juga cara menanamnya.Untuk
membuat halia asin misalnya,lebih sesuai jika anda memilih jenis halia badak dengan jarak
tanam yang rapat. Halia untuk keperluan ini sudah boleh dipasarkan pada usia 3-4 bulan.

Dalam buku ini anda boleh menanamnya dengan jarak tanam yang sederhana dan
boleh memasarkannya pada usia tua. Anda boleh memanfaatkan buku ini sebagai panduan
untuk menceburi perusahaan penanaman halia. Semua permasalahan telah dikupas secara
menyeluruh di dalam buku ini.

Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku
berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email:
[email protected].

Diulas oleh

Rizwan Mohd Jidi
PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH

CAWANGAN BEAUFORT

79

Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort

ULASAN BUKU BULAN OKTOBER 2022

ULASAN 79

TAJUK : KELIWON
PENULIS : ILYA ABDULLAH
TERBITAN : KARNADYA PUBLISHING SDN BHD
MUKA SURAT : 359
ISBN : 978-967-406-301-6
HARGA : RM20.72
NO.RUJUKAN : MAF ILY

Ulasan :
Sekian lama tidak pulang ke kampung,Aariz kembali setelah menerima berita kematian

ibunya.Harta peninggalan arwah ibunya Puan Mastura dimiliki Aariz.Kejadian pelik yang berlaku
di banglo peninggalan Puan Mastura menyebabkan Aariz tidak jadi kembali ke bandar
semula.Awalnya dia mengesyaki kejadian pelik dan menyeramkan itu kerja ayah tirinya
Norden.Sangkaan Aariz meleset.

Kematian dan kehilangan mula menghantui penduduk kampung semula.Kisah Mbah
Esah dan keturunannya dibangkitkan.Mbah Esa pengamal ilmu hitam yang ditakuti penduduk
kampung.Asal usul keturunannya,ilmu yang dimilikinya harus diwariskan kepada yang waris
perempuan.Puan Massuri cucu kedua Mbah Esah sudah menunjukkan taring.Tidak
berselindung.Penduduk kampung dalam ketakutan.Aariz menjadi penghalang.Tegar menolak
ilmu hitam turun-temurun itu.Namun,ada rahsia lain yang tersingkap satu persatu yang bakal
memberikan kejutan kepada Aariz.

Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku
berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email:
[email protected].

Diulas oleh

Rizwan Mohd Jidi
PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH

CAWANGAN BEAUFORT

80

Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort

ULASAN BUKU BULAN OKTOBER 2022

ULASAN 80

TAJUK : DIA..SI PERANCANG HATI
PENULIS : NONA ADARA
TERBITAN : FAJAR PAKEER
MUKA SURAT : 597
ISBN : 978-983-822-114-6
HARGA : RM 28.12
NO.RUJUKAN : MAF NON

Ulasan :
Putus tunang? Bukanlah penyebab untuk Firyal Aleyna tunjuk rasa kecewanya walau

dilabel sebagai perempuan tidak bersyukur.

Impiannya hanya ada dua, keluarga dan perniagaan Rumah Hati. Tapi, siapa sangka akibat
insiden tercampak kasut dalam tren mengubah segalanya.

Selepas kejadian cinta tren tak jadi, mereka ditemukan lagi… Tak sangka pulak, Alyan Izz dan
Firyal Aleyna ni berjiran.

Bila dah berjiran lagi mudah nak atur strategi memikat. Siap ada nama ‘Projek 6 Bulan’ lagi.
Projek memikat Firyal Aleyna untuk dilamar sebagai isteri. Isteri tau! Bukan girlfriend!

Baru hati Firyal Aleyna rasa nak kembang setaman, muncul pula ribut taufan bila Aleeya yang
simpan perasaan cinta pada Alyan Izz merasakan Firyal Aleyna tak layak untuk jejaka itu. Firyal
Aleyna pula tak nak mengalah. Dia akan pastikan projek enam bulan itu berjalan dengan
berjayanya sampai Alyan Izz genggam tangan tok kadi.

Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku
berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email:
[email protected].

Diulas oleh
Saunah Binti Musah
PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH

CAWANGAN BEAUFORT

81

Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort

ULASAN BUKU BULAN OKTOBER 2022

ULASAN 81

TAJUK : BILA CINTA MILIK DIA
PENULIS : SHARINA ELISA
TERBITAN : KARNADYA
MUKA SURAT : 492
ISBN : 978-967-406-245-3
HARGA : RM 24.00
NO.RUJUKAN : MAF SHA

Ulasan :
Gadis genius secantik Rania tidak mengimpikan jejaka macho sebagai pelengkap

hidup. Demi mencari cinta yang suci, dia menukar identiti menjadi gadis montel 130kg. Raqib,
jejaka yang diminati Rania dalam diam bertindak mengherdik dan mencaci saban hari kerana
bimbang gadis itu menyimpan rasa di hati.

Adel Hauzan, doktor kosmetik muncul menawarkan peluang kepada Rania supaya mampu
menjadi kurus dan jelita. Lima tahun Rania bersabar dengan kata-kata makian, dia jadi lelah
dan mula membuat keputusan untuk menerima tawaran Adel Hauzan.

Meski Raqib membenci, Rania tetap menjadi yang teristimewa di hati lima jejaka bersaudara.
Kasih yang tulus itu meletakkan Rania sebagai yang teratas dalam carta hidup mereka. Sesiapa
yang berani menyentuh si adik maka, buruk padahnya! Sehingga Adel bimbang hendak
mendekat. Awal-awal sudah diberi peringatan.

Pernah beberapa kali Rania muncul mempamerkan wajahnya yang sebenar. Kononnya, dia
adalah Raudhah dan merupakan teman serumah Rania. Raqib yang tidak mengenali, mula
jatuh hati. Mulalah dia hendak merisik perihal Raudhah daripada Rania tanpa mengesyaki
kedua-dua pemilik nama itu adalah orang yang sama.

Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku
berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email:
[email protected].

Diulas oleh

Saunah Binti Musah
PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH

CAWANGAN BEAUFORT

82

Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort

ULASAN BUKU BULAN OKTOBER 2022

ULASAN 82

TAJUK : TUHAN BERIKAN AKU CINTA
PENULIS : SOPHILEA
TERBITAN : KARNADYA
MUKA SURAT : 385
ISBN : 978-967-406-285-9
HARGA : RM 18.75
NO.RUJUKAN : MAF SOP

Ulasan :
Cinta itu satu anugerah memiliki atau tidak itu adalah takdir.

Pertemuan itu Cuma seketika di tengah bandar asing, hati Engku Fadhli jatuh cinta pada seraut
wajah manis milik Nadia Arisya. Betullah kata orang cinta itu tak perlu ada sebab untuk memiliki
dan di miliki kerana cinta itu unik ia hadir tanpa pernah kita sedari. Tanpa perlu memandang
siapa dia atau siapa aku.

Keikhlasan Engku Fadhli buatkan Nadia menerima lelaki itu menjadi imamnya di tengah bandar
England meski di tentang keluarga Engku Fadhli. Takdir juga menentukan Nadia pulang ke
tanahair bersama Engku Fadhlina benih cinta dari Engku Fadhli yang telah pergi buat
selamanya. Bertahun-tahun Nadia menyelusuri hidup dalam kenangan yang tak pernah putus. ,
meski sekejap dia menjadi seorang makmum buat Engku Fadhli.

Antara dua jiwa yang berdiri di hadapan lelaki yang pernah dia cintai dan lelaki yang menyintai
perlukah dia tinggalkan kenangan semalam untuk dia cipta impian hari esok. Cinta itu bukan
mudah tidak selalu indah sakit dan menyakitkan tapi cinta itu ada manis dan bahagia meski ada
derita yang pernah menyinggah.

Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku
berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email:
[email protected].

Diulas oleh

Saunah binti Musah
PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH

CAWANGAN BEAUFORT

83

Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort

ULASAN BUKU BULAN OKTOBER 2022

ULASAN 83

TAJUK : KAU ANTARA BINTANG
PENULIS : WANNIE NORDIN
TERBITAN : LOVE NOVEL
MUKA SURAT : 517
ISBN : 978-967-2185-62-8
HARGA : RM 24.42
NO.RUJUKAN : MAF WAN

Ulasan :
Iskandar, macam nama yang dah biasa dengar. Tak ada apa-apa yang istimewa pun.

Nothing special! Apa yang spesialnya, nama Iskandar itu maksudnya nama seorang raja kalau
merujuk dalam Islam. Dan Iskandar muncul dalam hidup Anum Danisha sebagai raja di hati
Anum Danisha. Tak perlu Iskandar susah-susah pasang umpan, mudah saja Anum Danisha
terpikat.

Tapi masalahnya sekarang, Iskandar yang Anum Danisha gila-gilakan ini suka main
nyorok-nyorok. Sekejap ada, sekejap hilang. Sekejap muncul, sekejap ghaib. Misteri sangat
orangnya. Bila dicari, langsung tak jumpa. Bila tak dipanggil, tahu-tahu dah ada depan mata.
Iskandar ni manusia ke hantu? Orang ke bunian? Human or vampire?

Persoalannya sekarang, apa yang berlaku antara Iskandar dan Anum Danisha, realiti atau
fantasi? Siapakah sebenarnya Iskandar di mata Anum Danisha? Wujudkah Iskandar yang
dimaksudkan? Bersambutkah cinta yang dirasai oleh Anum Danisha? Akan adakah bintang
yang bakal menyinar antara mereka?

Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku
berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email:
[email protected].

Diulas oleh

Saunah binti Musah
PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH

CAWANGAN BEAUFORT

84

Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort

ULASAN BUKU BULAN OKTOBER 2022

ULASAN 84

TAJUK : PARASIT MAYA
PENULIS : EB REEZA
TERBITAN : KARYA PUBLIKA
MUKA SURAT : 303
ISBN : 978-967-17244-2-2
HARGA : RM 28.12
NO.RUJUKAN : MAF EB

Ulasan :
Dia pembisik cinta....

Dia mampu menarik wanita ke dalam pelukannya....

Dia tidak akan lepaskan wanita yang berkerjaya.....

DIa sandarkan harapan palsu...

DIa ber manis mulut dalam mengatur ayat cinta...

Dia adalah pemusnah...

Mampukah yang terjebak dengannya menarik diri?

Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku
berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email:
[email protected].

Diulas oleh
Saunah bunti Musah
PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH

CAWANGAN BEAUFORT

85

Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort

ULASAN BUKU BULAN OKTOBER 2022

ULASAN 85

TAJUK : My Wife My Princess
PENULIS : M. Irfan Hidayatullah
TERBITAN : My Synergy
MUKA SURAT : 200 muka surat
ISBN : 978-967-371-255-7
HARGA : RM14.06
NO.RUJUKAN : MAN 297.577 IRF

Ulasan :

Wanita bekarier adalah fenomena yang tidak bisa dielakkan di masa sekarang ini. Karier
yang dilakukan wanita dalam masyarakat saat ini merupakan perkembangan yang penting dan
serius. Dampaknya hampir menjangkau semua aspek kehidupan sosial dan ekonomi,
khususnya eksistensi keluarga yang merupakan bangunan dasar bagi masyarakat. Akankah
keluarga ini menjadi keluarga yang baik atau justru terpuruk?

My Wife My Princess buku karya M. Irfan Hidayatullah ini, membahas soal bagaimana
seorang suami menyikapi diri terhadap istri yang berkarier untuk membantu perekonomian
keluarga. Buku ini menuturkan pengalaman yang wajib diketahui bagi yang akan menikah, baru
menikah, mahupun yang sedang merajut cinta dalam rumah tangganya.

Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku
berkenaan, anda boleh membuat pinjaman secara pandu lalu dengan menekan link berikut:
https://forms.gle/iaHHg6wMeDNP9iGp9 atau boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan
page perpustakaan / email: [email protected].

Diulas oleh
Norfatheehah Syaheera binti Junai
PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH

CAWANGAN BEAUFORT

86

Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort

ULASAN BUKU BULAN OKTOBER 2022

ULASAN 86

TAJUK : SENI SULAMAN REBEN
PENULIS
: AJ. BOESRA
TERBITAN NUNI DALINA M.JAMALUDDIN
MUKA SURAT
ISBN : SYNERGY MEDIA
HARGA : 48
NO.RUJUKAN
: 978-967-322-074-8
: RM15.40
: MAN 746.44 BOE

Ulasan :
Rasa kagum akan kecantikan dunia flora dan fauna sering memberikan inspirasi di

dalam diri kita untuk menghasilkan suatu karya seni yang dapat mengabadikan keindahan alam
semulajadi itu.Salah satu caranya adalah melalui seni sulaman reben.

Sulaman klasik ini menggunakan teknik yang cukup sederhana dan mudah
dipelajari.Hanya dengan beberapa tusukan,anda dapat melahirkan keindahan bunga dalam
bentuk tiga dimensi yang unik dan menarik.

Melalui buku ini,anda akan mempelajari kaedah menghasilkan pelbagai sulaman reben
yang menarik melalui penerangan yang disampaikan secara berperingkat.Foto-foto tahap
pembuatannya pula akan memudahkan lagi pemahaman anda,sekaligus membolehkan anda
untuk mempraktikkannya,Anda pasti terpegun dengan hasilnya.

Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku
berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email:
[email protected].

Diulas oleh

Rizwan Mohd Jidi
PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH

CAWANGAN BEAUFORT

87

Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort

ULASAN BUKU BULAN OKTOBER 2022

ULASAN 87

TAJUK : REKAAN AKSESORI YANG UNIK DAN
MENARIK
PENULIS
: MARCELLA MARINGKA
TERBITAN NOR FARIDAH SHARUDDIN
MUKA SURAT
ISBN : SYNERGY MEDIA
HARGA
NO.RUJUKAN : 60

: 978-967-322-080-9

: RM16.50

: MAN 745.5942 MAR

Ulasan :
Sekarang ini,aksesori dari bahan manik semakin mendapat tempat di hati penggemar

aksesori perhiasan.Ke mana sahaja kita pergi baik di pasaraya mahupun di kaki lima,pasti akan
menemui peniaga yang menjual pelbagai aksesori dalam pelbagai bentuk dan warna.Ada
kalanya kita terpaksa mengeluarkan belanja yang agak besar untuk memiliki perhiasan yang
kita minati demi memenuhi permintaan aliran gaya yang terkini.

Menerusi buku ini,anda mampu menghasilkan sendiri aksesori yang unik dan
menarik,setanding dengan apa yang kita temui di pasaran.Melalui keterangan yang dijelaskan
secara berperingkat dan mudah difahami,disertai pula dengan gambar-gambar tahap
pembuatan,anda akan dapat menghasilkan rekaan aksesori yang mampu mencuri pandangan
mata yang memandang.

Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku
berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email:
[email protected].

Diulas oleh

Rizwan Mohd Jidi
PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH

CAWANGAN BEAUFORT

88

Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort

ULASAN BUKU BULAN OKTOBER 2022

ULASAN 88

TAJUK : PENANTIAN
PENULIS : PHAKINAI
TERBITAN : PELANGI NOVEL SDN BHD
MUKA SURAT : 424
ISBN : 978-967-0973-00-5
HARGA : RM18.75
NO.RUJUKAN : MAF PHA

Ulasan :
Semua orang menyimpan kisah silam yang ingin dilupakan. Begitu juga dengan

Son,seorang pakar sakit jiwa. Kisah mak cik Chaba yang membunuh suami sendiri sebelum
menanam mayat lelaki itu di belakang rumah,masih menghantui doktor muda itu. Kehilangan
ibunya,Chuan Som,Son yakin juga angkara Mak Cik Chaba.Demi membongkar rahsia
kisahsilam,Son kembali ke kampung halaman dan menjadi doktor pakar sakit jiwa di hospital
tempat Mak Cik Chaba dirawat sebagai pesakit mental. Ketakutan membuat Son ingin lari.

Namun rasa ingin tahu akan apa yang terjadi kepada ibunya,membuat dia bertahan.
Haruskah dia meneruskan pencarian demi suatu kebenaran?Atau dia sepatutnya berhenti demi
nyawa sendiri? Kejadian yang menimpa Dr Wathi,semakin menyulitkan keadaan. Kisah silam
memang menyakitkan. Namun,yang berlaku hari ini lebih mengerikan lagi.Kepulangannya
sememangnya ditunggu-tunggu.

Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku
berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email:
[email protected].

Diulas oleh

Rizwan Mohd Jidi
PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH

CAWANGAN BEAUFORT

89

Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort

ULASAN BUKU BULAN OKTOBER 2022

ULASAN 89

TAJUK : CINTA TANPA NIKAH TANPA CINTA
PENULIS : DR.ADIL SHADIQ
TERBITAN : SYNERGY MEDIA
MUKA SURAT : 247
ISBN : 978-967-371-528-2
HARGA : RM14.06
NO.RUJUKAN : MAN 306.8 ADI

Ulasan :
Setiap orang berharap memiliki cinta.Tapi mungkinkah setiap cinta dapat dibingkai

dengan bunga-bunga pernikahan?Ya,dalam kehidupan ini kadangkala ada cinta tanpa
nikah.Ada pula nikah tanpa cinta.

Buku ini sangat istimewa bagi anda untuk mengenal secara lebih mendalam seberapa
jauh cinta memerlukan ikatan pernikahan dan pernikahan memerlukan bunga-bunga cinta.Cinta
sesungguhnya hanya dapat dinyatakan dengan menjalani kehidupan bersama.Namun,seiring
dengan berjalannya bahtera rumah tangga kadangkala cinta itu tidak dapat lagi bersemi
lantaran diterpa badai persoalan yang menghempas.

Setiap cinta adalah cinta itu sendiri.Setiap pernikahan adalah pernikahan itu
sendiri.Sesebuah hubungan sangat khusus.Susah sekali untuk diterangkan.Apa terjadi jika
cinta tanpa nikah atau nikah tanpa cinta.

Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku
berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email:
[email protected].

Diulas oleh

Rizwan Mohd Jidi
PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH

CAWANGAN BEAUFORT

90

Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort

ULASAN BUKU BULAN OKTOBER 2022

ULASAN 90

TAJUK : PERCATURAN HIDUPKU
PENULIS : NORHAZREEN HAMZAH
TERBITAN : SYNERGY MEDIA
MUKA SURAT : 259
ISBN : 978-967-322-10-1
HARGA : RM 11.61
NO.RUJUKAN : MTF NOR

Ulasan :

Cerita ini mengisahkan tentang seorang pesakit skizofrenia bernama Johan yang menghadapi
pelbagai rintangan hidup disebabkan oleh penyakitnya itu. Penyakitnya itu berpunca daripada
ibunya yang sering menderanya sewaktu dia masih kecil lagi. Sadisnya, ibunya itu mengalami
gangguan mental. Akibat penyakitnya itu, Johan dihantar ke Hospital Sakit Jiwa Tanjung
Rambutan, Ipoh. Di sana, dia mengharungi pelbagai arca kehidupan dan menjalani kehidupan
saban harinya dengan menelan bermacam-macam ubat untuk menyembuhkan penyakitnya itu.
Namun, di sebalik semua suasana di hospital itu, dia masih terbelenggu dengan rasa ketakutan
serta fobia yang menyebabkan dirinya sering meronta-ronta supaya dilepaskan seolah-olah dia
terkurung di suatu tempat dan sedang dianiaya oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Pada
satu peringkat kehidupanya, dia ‘bebas’ dari ‘cengkaman’ yang menghantui fikirannya dan
berusaha untuk memulakan kehidupan baru. Dia bergelar penuntut Open Kolaj dan bermulalah
satu episod baru dalam kehidupannya seperti mana yang diharapkan serta ‘bersaing’ dengan
insan-insan yang normal.

Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku
berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email:
[email protected].

Diulas oleh

Nuramalina Binti Ahammad
PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH

CAWANGAN BEAUFORT

91

Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort

ULASAN BUKU BULAN OKTOBER 2022

ULASAN 91

TAJUK : GHAIRAHKAN KEMBALI SEKSUAL
SUAMI ISTERI
PENULIS
TERBITAN : DR.MA”MUN AL-MUBAYYAH
MUKA SURAT : SYNERGY MEDIA
ISBN : 438
HARGA
NO.RUJUKAN : 978-967-371-523-7
: RM21.46
: MAN 306.7 MUB

Ulasan :
Anda memiliki masalah sekitar hubungan seksual dengan pasangan?Jika ya,sejauh

manakah beratnya masalah anda dalam isu ini?Adakah anda berharap dapat melepaskan diri
daripada masalah ini?

Memandangkan pentingnya masalah ini,buku ini diterbitkan bagi membantu anda
menyelesaikan masalah anda.Semoga anda memperoleh pelbagai manfaat dan maklumat
berguna untuk kebaikan hubungan rumah tangga.Semoga anda berbahagia di dalam syurga
rumah tangga anda.

Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku
berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email:
[email protected].

Diulas oleh

Rizwan Mohd Jidi
PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH

CAWANGAN BEAUFORT

92

Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort

ULASAN BUKU BULAN OKTOBER 2022

ULASAN 90

TAJUK : TOPENG
PENULIS : NORHAZREEN HAMZAH
TERBITAN : SYNERGY MEDIA
MUKA SURAT : 219
ISBN : 978-967-3225-15-6
HARGA : RM 8.01
NO.RUJUKAN : MTF NOR

Ulasan :

Kisah ini berkisar pada kehidupan seorang anak gadis bernama Balqis bersama-sama
rakan-rakannya yang telah merancang untuk berkhemah untuk mengisi masa cuti sekolah.
Namun, perkhemahan ke Intan Suraya di Teluk Intan merubah segala-galanya apabila nyawa
Balqis hampir melayang. Dia berjuang bersama dengan rakan-rakanya untuk menyelamatkan
diri daripada orang-orang yang ingin membunuhnya. Apa yang pasti, Balqis sendiri tidak tahu
mengapa ada orang ingin melihat dia mati. Lebih dahsyat lagi, rumah serta rakan-rakanya turut
dijadikan mangsa oleh penjenayah dalam menjayakan rancangan mereka.

Balqis tidak gentar untuk menghadapi semua ini, malah mengambilnya sebagai cabaran
untuk terus mara, menundukkan orang yang tidak berperkemanusiaan itu. Rakan-rakannya itu
memberi sokongan kepadanya. Pelbagai andaian dan spekulasi dilakukan demi merungkai
kejadian misteri ini. Namun, ibu bapanya tidak membenarkannya untuk terus ‘berjuang’,
melemahkan para penjenayah tersebut. Apakah Balqis akan ‘berundur’ daripada
‘perjuangannya’ yang dianggapnya seperti perjuangan di medan perang? Apakah Balqis akan
menyerah kalah? Mampukah dia melindungi rakan-rakannya daripada penjenayah yang tidak
berperikemanusiaan itu?

Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku
berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email:
[email protected].

Diulas oleh

Nuramalina binti Ahammad
PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH

CAWANGAN BEAUFORT

93

Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort

ULASAN BUKU BULAN OKTOBER 2022

ULASAN 93

TAJUK : MERTUAKU SAYANG
PENULIS : LILY HASLINA NASIR
TERBITAN : ALAF 21 SDN BHD
MUKA SURAT : 319
ISBN : 978-983-124-400-5
HARGA : RM7.40
NO.RUJUKAN : MAN 306.87 LIL

Ulasan :

Kata orang kalau kita sudah berkahwin,keluarga pasangan adalah keluarga kita
juga.Malah,kalau kita berjaya membeli jiwa mertua,kita juga mampu menakluki sepenuhnya
cinta suami,maklumlah ibu suami sudah menjadi ibu kita.Memang begitulah sepatutnya.

Namun,ada kalanya tidak semua yang diimpikan manis belaka.Pernah dengar
perumpamaan,pukul anak sindir menantu,biar banyak rumah,jangan banyak serumah atau isteri
boleh diganti,ibu tiada galang gantinya.Hakikatnya,pelbagai kisah samada lucu,pilu,penuh tawa
atau hiba boleh terjadi apabila kita berhadapan dengan ibu mertua.

Mertuaku sayang memuatkan catatan dan rakaman
pengalaman,pemerhatian,pengamatan dan kisah-kisah rumah tangga yang sering berlaku di
sekeliling kita.Ambillah yang naik sebagai teladan dan yang buruk sebagai sempadan.

Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku
berkenaan, anda boleh membuat pinjaman secara pandu lalu dengan menekan link berikut:
https://forms.gle/iaHHg6wMeDNP9iGp9 atau boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan
page perpustakaan / email: [email protected].

Diulas oleh
Rizwan Mohd Jidi
PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH

CAWANGAN BEAUFORT

94

Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort

ULASAN BUKU BULAN OKTOBER 2022

ULASAN 94

TAJUK : Anger management
PENULIS : Dr Teoh Hsien-Jin, Cheong Sau Kuan
TERBITAN : Oak Enterprise
MUKA SURAT : 82 muka surat
ISBN : 983-2652-83-8
HARGA : RM17.90
NO.RUJUKAN : EAN 152.47 TEO

Ulasan :

Anger is an emotion characterized by antagonism toward someone or something you
feel has deliberately done you wrong. Anger can be a good thing. It can give you a way to
express negative feelings, for example, or motivate you to find solutions to problems. But
excessive anger can cause problems.Some people face problems controlling their anger, they
may be a threat to others.

This book outlines the kinds of therapies that can be used to help control a person's anger. Both
awareness and self-control skills are suggested for the person in need of anger.

These books are from the Beaufort Branch of Sabah State Library collection. For any
inquiries, please don’t hesitate to call us at 087222 679 or email us at
[email protected]

Diulas oleh
Norfatheehah Syaheera binti Junai
PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH

CAWANGAN BEAUFORT

95

Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort

ULASAN BUKU BULAN OKTOBER 2022

ULASAN 95

TAJUK : My Husband My Prince
PENULIS : Ifa Avianty
TERBITAN : My Synergy
MUKA SURAT : 198 muka surat
ISBN : 978-967-371-254-0
HARGA : RM14.06
NO.RUJUKAN : MAN297.577 IFA

Ulasan :

Selalu menginginkan kesempurnaan merupakan fitrah manusia. Namun, kita harus
sedar bahawa tiada yang sempurna di dunia ini. Sama halnya dengan pasangan hidup. Para
perempuan terkadang sering membayangkan suami idaman bak pangeran yang dapat
mendampingi hidupnya. Namun demikian, seorang laki-laki yang ditakdirkan Allah untuk
menjadi suami kita juga lah manusia biasa yang tidak sempurna. Ia memiliki kelebihan dan
kekurangan yang menjadikannya istimewa, menjadikannya pelengkap hidup sang istri.Bersama
buku My Husband My Prince inilah, Ifa Avianty berbagi pada para Muslimah–baik yang akan
menikah maupun yang telah menikah.

Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku
berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email:
[email protected].

Diulas oleh

Norfatheehah Syaheera binti Junai
PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH

CAWANGAN BEAUFORT

96

Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort

ULASAN BUKU BULAN OKTOBER 2022

ULASAN 96

TAJUK : SANDERA
PENULIS : ZULFADHLI ISHAK
TERBITAN : SYNERGY MEDIA
MUKA SURAT : 214
ISBN : 978-967-7332-504-0
HARGA : RM 11.61
NO.RUJUKAN : MTF ZUL

Ulasan :

Pergaduhan Pakcik Nazim dengan Makcik Linda dan ugutan untuk bercerai telah
melukakan hasil Alisa, anak tunggal mereka. Pergolakan rumah tangga yang dulunya sangat
bahagia dan harmoni menjadi misteri buat Nabila, anak gadis berani yang juga kawan rapat
Alisa. Perubahan sikap Pakcik Nazim daripada seorang yang penyayang kepada seorang yang
panas baran dan tidak berhati perut sangat mengejutkan. Kerana kecewa, Makcik Linda pulang
ke tanah airnya, England bersama-sama ibunya dan Alisa. Alisa yang pada mulanya enggan
mengikutinya, akhirnya mengalah apabila mendapat tahu sesuatu. Sifat ingin tahu yang
mendalam telah mendorong Nabila menyisat kebenaran serta kisah di sebalik apa yang
berlaku. Bersama rakan-rakannya yang lain, Ikmal, Yusri, Rina dan Suhaida, Nabila mengorek
satu-persatu rahsia sehingga membawanya kepada kegiatan satu sindiket mafia yang
berbahaya. Mr.Black atau Tuan Helmi, ketua mafia tersebut sangat menghendaki Nabila.
Persoalannya, apakah puncanya Nabila diburu Mr.Black? Apakah kaitan Pakcik Nazim dengan
kumpulan mafia tersebut dan dapatkah Nabila merungkai segala misteri atas apa yang berlaku
kepada keluarga Alisa? Ikuti kesudahannya di dalam Sandera, novel aksi misteri ini.

Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku
berkenaan, anda boleh membuat pinjaman secara pandu lalu dengan menekan link berikut:
https://forms.gle/iaHHg6wMeDNP9iGp9 atau boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan
page perpustakaan / email: [email protected].

Diulas oleh

Nuramalina binti Ahammad
PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH

CAWANGAN BEAUFORT

97

Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort

ULASAN BUKU BULAN OKTOBER 2022

ULASAN 97

TAJUK : KASIHKU KESEPIAN
PENULIS : HUMAIZAH MUKHTAR
TERBITAN : SYNERGY MEDIA
MUKA SURAT : 296
ISBN : 978-967-3225-07-1
HARGA : RM 13.41
NO.RUJUKAN : MTF HUM

Ulasan :
Mengisahkan kehidupan seorang remaja, Imran yang terpaksa mengharungi kepayahan

hidup dalam kesempitan wang setelah ayahnya meninggal dunia akibat barah paru-paru.
Ibunya, Maryam yang masih dalam kesedihan, tidak dapat berbuat apa-apa walaupun
mempunyai segulung ijazah kerana umur yang lanjut dan tidak pernah bekerja. Bagi
menampung perbelanjaan, ibunya telah meminjam wang daripada Makcik Sapura, adik kepada
arwah ayah Imran yang sombong dan tidak berniat membantu keluarga mereka. Kesannya,
Imran mula membenci sepupunya,Liya yang juga anak tunggal Makcik Sapura. Bertekad
merubah nasib keluarganya, Imran berniat berhenti sekolah dan mencari pekerjaan walaupun
ditentang oleh ibunya. Nasibnya baik apabila ditawarkan pekerjaan oleh Rahmat, bekas senior
di sekolahnya.

Meskipun telah ditawarkan pekerjaan, masalah Imran semakin bertambah kerana
pekerjaan yang dilakukannya menimbulkan syak. Keadaan semakin meruncing apabila dia
menjadi buruan polis disebabkan pekerjaannya. Imran juga tersepit apabila menjadi buruan
majikannya. Bebannya bertimpa-timpa apabila ibunya meninggal dunia akibat kemalangan jalan
raya. Tidak lama selepas itu, Ain adik kesayangannya pula diculik oleh majikannya. Dapatkah
Imran menyelamatkan adiknya? Ikuti kesudahan kisah hidup Imran di dalam novel remaja Islam
ini

Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku
berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email:
[email protected].

Diulas oleh

Nuramalina binti Ahammad
PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH

CAWANGAN BEAUFORT

98

Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort

ULASAN BUKU BULAN OKTOBER 2022

ULASAN 98

TAJUK : Rentak Sumbang Tiada Berirama
PENULIS : Mansor Bin Man
TERBITAN : Penerbitan Zharfan
MUKA SURAT : 180
ISBN : 9789673132416
HARGA : 26.20
NO.RUJUKAN : MTF.MAN

Ulasan :

Buku Siri Pengharapan hasil tulisan Mansor Bin Man mengisahkan bagaimana
sukarnya seorang bekas banduan untuk berhadapan dengan masyarakat namun dengan
kesedaran dan usahanya beliau dapat memberi keyakinan kepada masyarakat sekeliling
,bahawa seseorang itu akan bangkit dari kesilapan dan berjaya menemui kemanisan dalam
hidup.

Judul-judul dalam Siri Pengharapan:
● Ada Sinar di balik penjuru
● Jangan diundang derita yang panjang
● Ke mana dan dimana
● Rentak Sumbang Tiada Berirama
● Terpaku di ruang yang membeku
● Usah biarkan derita berulang

Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku
berkenaan, anda boleh membuat pinjaman secara pandu lalu dengan menekan link berikut:
https://forms.gle/iaHHg6wMeDNP9iGp9 atau boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan
page perpustakaan / email: [email protected].

Diulas oleh

Karuysop Musri
PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH

CAWANGAN BEAUFORT

99

Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort

ULASAN BUKU BULAN OKTOBER 2022

ULASAN 99

TAJUK : YANG BAIK HARUS DIBELA
PENULIS : ADAM SHAZANI
TERBITAN : PENERBITAN INSPIRASI CEMERLANG
MUKA SURAT : 136
ISBN : 978-967-0354-18-7
HARGA : RM18.50
NO.RUJUKAN : MTF ADA

Ulasan :
Buku ini mengisahkan seorang pelajar yang bernama Amirul. Amirul merupakan

seorang pelajar yang serba kekurangan tetapi memiliki kesungguhan yang tinggi untuk berjaya.
Bakat yang ada digunakan sebaik mungkin untuk mengharumkan nama sekolah.

Amirul juga seorang yang baik hati dan memiliki budi pekerti yang disenangi oleh guru
dan rakan-rakan. Namun,Amirul terpaksa berhadapan dengan rasa cemburu dan iri hati di
kalangan rakan-rakannya terutama Danial. Sudah lumrah kehidupan,yang baik pasti dibela
manakala yang sengaja melakukan kesilapan pasti mendapat pembalasan.

Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku
berkenaan, anda boleh membuat pinjaman secara pandu lalu dengan menekan link berikut:
https://forms.gle/iaHHg6wMeDNP9iGp9 atau boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan
page perpustakaan / email: [email protected].

Diulas oleh

Rizwan Mohd Jidi
PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH

CAWANGAN BEAUFORT

100


Click to View FlipBook Version