The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by pnscawbeaufort, 2023-07-12 03:06:38

ULASAN BUKU BULAN MEI 2023

ULASAN BUKU BULAN MEI 2023

Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN MEI 2023 ULASAN 50 TAJUK : RYAN & RAIHAANA :KISAH CINTA DUA DUNIA PENULIS : RAZZLINA RAHMAN TERBITAN : ANGGUN PUBLISHING MUKA SURAT : 148 ISBN : 978-967-5428-03-6 HARGA : RM 16.60 NO.RUJUKAN : 0003048090 NO.ACCESSION : MAF RAZ Ulasan : Ryan menarik nafas, dan tanpa menghiraukan rayuan daripada ekspresi wajahku,dia tekad meneruskan kata-katanya.Dia memandang tepat pada ayah apabila berbicara.”Ryan,no…not now please”,rayuku padanya menghiraukan rayuanku,dia meneruskan.”Tuan,saya ingin kahwin dengan Raihana.Saya sayangkan dia dan saya mahu hidup bersama Raihana,”tutur Ryan dalam bahasa Melayu yang tersekat-sekat dan penuh dengan pelat Inggeris.Entah di mana dia belajar menuturkan kata-kata itu,aku pun tidak tahu…”Kau memalukan aku jika kau teruskan hubungan dengan dia.Apa sudah habiskah lelaki Melayu hingga kau terdesak memilih dia?Dasar anak tak kenang budi”ayah menengking.”Ayah…”rayuku.Ketika ayah mahu melangkah ke depan,aku cuba memaut tangannya.Ayah berpaling pantas ke arahku dan dengan pantas tangannya mengayun satu tamparan ke mukaku. Perit wajahku. Berpinar pandanganku.Sayup-sayup kudengar jeritan ibu.Seseorang menolakku ke tepi.Ryan! Kami saling berpandangan.Kali ini tidak lagi sinar kasih di matanya.Yang ada cumalah rasa kecewa dan penyesalan.Lalu aku hanya mampu menangis.Tangisan tanpa suara,yang datang dari sudut hati yang paling jauh.Aku telah berjaya mengecewakan hati dua lelaki yang aku sayang. Ryan sekadar duduk,tunduk menatap lantai seperti sang panglima yang tewas dalam perang paling agung. Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh Saunah binti musah PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT


Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN MEI 2023 ULASAN 51 TAJUK : KRISIS INTELEKTUAL MUSLIM PENULIS : MALIK BENNABI TERBITAN : KARISMA PUBLICATIONS SDN BHD MUKA SURAT : 140 ISBN : 983-195-114-X HARGA : RM14.90 NO.RUJUKAN : MAN 297.27 BEN NO.ACCESSION : B02384997I Ulasan : Buku ini menyentuh isu keintelektualan dan kebudayaan dari perspektif baru kerana semasa membuat kajian terpengaruh oleh semangat untuk mencari sesuatu yang baru.Ketika itu ahli sosiologi dengan penuh emosi.Pengkaji sosiologi di barat atau eropah timur menyentuh persoalan sosiologi dengan penuh emosi.Pengkaji sosiologi barat memberi deskripsi tentang realiti suatu masyarakat seolah-olah ia dapat dilihat di depan mata pembaca di negaranya dan untuk penilaian masyarakat pembaca tersebut. Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh Rizwan Mohd Jidi PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT


Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN MEI 2023 ULASAN 52 TAJUK : PANTAI SUTERA PENULIS : RAMLAH ABD RASHID TERBITAN : LEMBAGA KEBUDAYAN NEGERI SABAH MUKA SURAT : 135 ISBN : 978-967-10848-4-7 HARGA : RM 10.00 NO.RUJUKAN : MAF RAM NO.ACCESSION : 0003616531 Ulasan : Setelah hampir dua jam setengah menaiki bot,akhirnya kami sampai tempat yang dituju.”Kita sudah sampai Nadia,” ujar Sabri.”Di sini bang?” tanyaku sambil memerhati kawasan pantai yang landai.Airnya telah surut.Namun,ketika bot kecil yang membawa aku dan Sabri berhenti kira-kira 500 meter dari perkampungan di tepi pantai berdindingkan bukit-bukau itu,tiba-tiba hati aku tersentuh.Ada sesuatu yang mungkin mengujakan aku di kampung yang jauh dari bandar ini.Pemandangan yang cantik dan rumah orang kampung yang …ah,masih daif! Aku tidak menyangka mengalami keadaan baru-baru ini.Daripada suasana bandar yang tenang,tidak lumpur selut dan nyamuk,daripada duduk di pejabat yang berhawa dingin,tidak dipanah matahari dalam tempoh yang lama,kini menghadapi kepayahan ,jika jalan bakau ini sahaja membuat aku seperti menganiaya diri sendiri ,apalah lagi jika tiba di kampung itu nanti? Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh Saunah Musa PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT


Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN MEI 2023 ULASAN 53 TAJUK : RINDU DIASPAL MIMPI PENULIS : RADZIEMAH BOLHASSAN TERBITAN : TINTAARONA PUBLICATIONS SDN. BHD. MUKA SURAT : 333 ISBN : 978-983-3514–29-8 HARGA : RM 13.95 NO.RUJUKAN : MAF RAD NO.ACCESSION : B 02949883 j Ulasan : Bagaikan ada rahsia peribadi yang mengheret Hafsam dan ayahnya berkonflik dalam senyap.Rasa yang baru tamat daripada pengajiannya pulang ke kampung dan seolah menjadi pengamat yang jujur.Cuba merungkai kemelut dua beranak itu.Tetapi semakin hari semakin payah dimengertikan.Sedangkan dirinya juga dibumbui gelodak di hati.Sandaran kasih Rasa kepada jejaka idaman juga lebar kerana sikap dingin Azmi.Lebih membakar benci di hati apabila secara tidak sengaja Rosa terserempak dengan Azmi bersama seorang gadis. Akibat sedikit salah faham ikatan kasih menjadi rapuh.Rosa berkelana,mencari hidup yang baru. Berhijrah ke kota dengan harapan akan menemui ketenangan di jiwa.Sebaliknya konflik jua yang mengiringi diri.Lebih memburukkan lagi keadaan apabila abangnya Hamam cuba mempengaruhi aturan hidupnya.Dia menjadi buntu.Pertemuan keluarga di bawah abangnya Hamam Membongkar sejarah hubungan Hafsam dengan bapanya. Hatta kematian adik tersayang Marlia.Hafsam disisih dan dipersalahkan. Begitu juga dengan konflik hubungan intim Rosa. Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh Saunah Musah PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT


Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN MEI 2023 ULASAN 54 TAJUK : Perang Kucing PENULIS : Bahruddin Bekri TERBITAN : PTS One Sdn. Bhd. MUKA SURAT : 297 muka surat ISBN : 978-983-3654-52-9 HARGA : RM18.00 NO.RUJUKAN : MTF BAH NO.ACCESSION : B03102797G Ulasan : Kisah mengenai Penyelamat Dunia dan juga Pemusnah Dunia.. Awal-awal cerita bermula dengan pencarian, kemudian berpindah ke kisah pelajar sekolah yang kena buat projek sains.. Kemunculan sekawan kucing hitam dan seekor kucing putih yang bunting.. Penceritaan bersilih ganti diantara yang mencari dan juga pelajar sekolah.. Konflik zaman sekolah turut diselitkan. Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh Norfatheehah Syaheera binti Junai PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT


Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN MEI 2023 ULASAN 55 TAJUK : You Can Call Me Monster PENULIS : Alien Dhiyauddin TERBITAN : KarnaDya Publication Sdn. Bhd. MUKA SURAT : 525 muka surat ISBN : 978-967-406-288-0 HARGA : RM21.75 NO.RUJUKAN : MAF AEI NO.ACCESSION : 0003749866 Ulasan : Memang susah bila jadi manusia istimewa yang ada deria keenam. atikah, yang digambarkan sewaktu remaja, dia sering terjerit sendirian. orang kampung anggap dia gila tapi sebenar ada benda lain yang dia boleh nampak yang tidak kelihatan di mata manusia biasa. Dan itulah juga dia nampak pertama kali dia terserempak dengan hasnul. dan dia juga terdengar apa saja hasutan 'hantu' yang ada di sisi hasnul. Siapa hasnul? lelaki yang kematian isteri. jiwanya hampir mati kerana terhasut dengan bisikan syaitan yang suka bila dia bersedih hingga lupa akan ketentuan. Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh Norfatheehah Syaheera binti Junai PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT


Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN MEI 2023 ULASAN 56 TAJUK : MENCARI REZEKI DENGAN MUDAH BERPANDUKAN AL-QURAN DAN AL-SUNNAH PENULIS : FUAD SHAH TERBITAN : PENERBIT AL-BAYAN MUKA SURAT : 121 ISBN : 978-967-5360-07-7 HARGA : RM7.30 NO.RUJUKAN : MAN 297.273 FUA NO.ACCESSION : 0003140663 Ulasan : Bukankah kadar rezeki seseorang sudah ditentukan Allah Subhanahu wa Ta”ala semenjak dari alam azali lagi?Bukankah kita disuruh bertawakal atau berserah diri kepada Allah Subhanahu wa Ta”ala?Apakah berusaha mencari rezeki itu menentang qadha dan qadar.Mengapakah Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam menggandingkan kefakiran dan kekafiran.Apakah sebab yang membuat seseorang menjadi fakir dan apa pula jalan keluarnya?Apakah peranan yang perlu dimainkan oleh orang berada dalam meningkatkan martabat dan ekonomi kaum muslimin? Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh Rizwan Mohd Jidi PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT


Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN MEI 2023 ULASAN 57 TAJUK : RIBA KESAN & MUDARATNYA MENURUT AL-QURAN & SUNNAH PENULIS : DR.SAID BIN ALI AL-QAHTANI TERBITAN : AL-HIDAYAH PUBLISHERS MUKA SURAT : 103 ISBN : 983-099-471-6 HARGA : RM7.00 NO.RUJUKAN : MAN 297.273 ALQ NO.ACCESSION : B01962755B Ulasan : Riba merupakan bahaya paling besar bagi kehidupan manusia kerana dapat merosak akhlak dan rohani.Dengan melakukan riba,manusia hanya memikirkan keuntungan diri sendiri dan menghalalkan segala cara asalkan hasrat dan tujuan tercapai.Riba hanya menyuburkan sifat tamak,egoisme dan mementingkan diri sendiri tanpa menghiraukan penderitaan orang lain.Akhirnya sifat tercela ini akan meruntuhkan sendi kehidupan masyarakat dan menyuburkan permusuhan antara sesama manusia. Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh Rizwan Mohd Jidi PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT


Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN MEI 2023 ULASAN 58 TAJUK : MENEMPAH KEJAYAAN DALAM PERNIAGAAN CARA ISLAM PENULIS : MUHAMMAD ISMAIL YUSANTO/MUHAMMAD KAREBET WIDJAJAKUSUMA TERBITAN : SYNERGY MEDIA MUKA SURAT : 259 ISBN : 978-967-371-015-7 HARGA : RM20.72 NO.RUJUKAN : MAN 297.273 MUH NO.ACCESSION : 0003831743 Ulasan : Seiring dengan gerakan islamiah sains yang sedang digalakkan akhir-akhir ini,ada keupayaan dari pelbagai kalangan untuk menggali nilai-nilai islam dalam dunia perniagaan serta menampilkan wajah dunia perniagaan modern dengan mengikut syariat islam.Buku ini didatangkan dari kedudukan praktis perniagaan islam sebenar,dilanjutkan dengan sikap mental keusahawanan,menangkap peluang perniagaan hingga membangunkan profesionaliti dalam perniagaan. Para usahawan modern akan dapat menjadikan buku ini sebagai petunjuk praktis dalam merintis dan menguruskan perniagaan dengan nilai-nilai islam,sedangkan para akademik dan pembaca umum dapat menjadikannya sebagai bahan kajian atau pun rujukan. Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh Rizwan Mohd Jidi PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUF


Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN MEI 2023 ULASAN 59 TAJUK : Panduan Urus Niaga Runcit dalam Talian PENULIS : Carol Fung & Norasurah Abdul Wahab TERBITAN : MPH Group Publishing Sdn Bhd MUKA SURAT : 208 ISBN : 9789674153229 HARGA : 26.10 NO.RUJUKAN : MAN 381.142 FUN NO.ACCESSION : 0003576172 Ulasan : Buku ini, Carol Fung dan Norasurah Abd Wahab berkongsi tips serta maklumat-maklumat terkini yang membolehkan pembaca menjalankan urusniaga runcit dalam talian dengan lancar dan berjaya. Carol telah menjalankan urusniaga runcit dalam talian selama lebih satu dekad dan mempunyai pengalaman sebagai jurulatih eBay bertauliah. Beliau telah mengajar beratus orang tentang bagaimana menjalankan urusniaga runcit dalam talian melalui seminar-seminar dan bengkel-bengkel yang dianjurkan oleh Malaysia Digital Enterprise Exchange (MDEX) dan NGO wanita yang lain.Pastikan membaca buku ini untuk meningkatkan pengetahuan. Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh KARUYSOP MUSRI PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT


Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN MEI 2023 ULASAN 60 TAJUK : Kuras-Kuras Kreatif PENULIS : Aziz Haji Abdullah TERBITAN : DBP MUKA SURAT : 146 ISBN : 9789836297730 HARGA : 12.60 NO.RUJUKAN : MAN 808.3 AZI NO.ACCESSION : B 02955807 Ulasan : Azizi Haji Abdullah menjadikan Kuras-kuras Kreatif ini satu usaha merakamkan kembali olahan dan garapan karya-karya kreatif beliau dari tahun 1970 hingga 1999, yang cukup banyak menyingkap latar, proses, kepayahan dan kejayaan beliau dalam mengharungi dunia penulisan. Sememangnya Azizi seorang yang cukup arif dalam memaparkan latar desa dan mudah menyusun perwatakan hasil daripada pengamatan beliau dengan suasana yang dekat dengan beliau. Penggunaan lenggok bahasa yang menarik dan pemilihan kata yang sesuai membuat karya beliau begitu menyentuh perasaan walaupun ia bertemakan persoalan biasa. Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh KARUYSOP MUSRI PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT ULASAN 61


Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN MEI 2023 TAJUK : Buat duit dengan salun PENULIS : Mahsuri Ayu TERBITAN : PTS MUKA SURAT : 222 ISBN : 9789673690459 HARGA : 10.10 NO.RUJUKAN : MAN 646.72 MAH NO.ACCESSION : 0003164611 Ulasan : Buku ini sangat membantu kita dalam memberi panduan, bagaimana cara mencari atau buat duit dengan “Salun” Langkah-langkah penting telah dimuatkan dalam buku ini ● Trend Bisnes Salun ● Mengapa perlu menjalankan Bisnes Salun? ● Siapa yang Layak? ● Etika Usahawan kecantikan ● Modal bagi bisnes skala kecil ● Panduan khidmat pelanggan ● Strategi promosi bisnes ● Motivasi Bisnes Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh KARUYSOP MUSRI PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT ULASAN 62


Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN MEI 2023 TAJUK : Episod mencemaskan PENULIS : Siti Normah Benga TERBITAN : Penerbit Tetra sinar MUKA SURAT : 62 ISBN : 9789831113479 HARGA : 13.13 NO.RUJUKAN : MJF SIT NO.ACCESSION : B 02815360C Ulasan : Buku bacaan kanak-kanak mengisahkan pelbagai pengalaman untuk membina jati diri yang membacanya. Terdapat beberapa tajuk dalam “siri Ikatan Persahabatan” ● Cabaran di kem cuti sekolah ● Erti sebuah kehidupan ● Episod Mencemaskan ● Erti Sebuah kehidupan ● Insiden pil putih ● Misteri gua di bukit cindai ● Pengalaman tidak ternilai ● Selaut kasih. Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh KARUYSOP MUSRI PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT ULASAN 63


Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN MEI 2023 TAJUK : Nota Jualan Nota Kejayaan PENULIS : Zamri Aminuddin TERBITAN : True Wealth Sdn. Bhd. MUKA SURAT : 279 muka surat ISBN : 978-967-5428-41-8 HARGA : RM45.80 NO.RUJUKAN : MAN 658.85 ZAM NO.ACCESSION : 0003026609 Ulasan : Buku ini adalah antara buku yang terbaik dalam bidang jualan. Notanya yang begitu komprehensif kerana penulisnya mencurahkan ilmu berdasarkan pengalaman yang luas dalam bidang jualan. Buku ini sesuai dijadikan panduan mereka yang mahu menceburkan diri dalam bidang ini dan mampu mempercepatkan kejayaan mereka mencapai sasaran dan membina hubungan yang baik dengan pelanggan. Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh Norfatheehah Syaheera binti Junai PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT ULASAN 64


Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN MEI 2023 TAJUK : Penulisan Teks Ucapan PENULIS : Ab. Rahim Md.Yasin TERBITAN : Penerbitan Multimedia MUKA SURAT : 87 ISBN : 978973743407 HARGA : 13.60 NO.RUJUKAN : MAN 808.5 ABR NO.ACCESSION : 0003587909 Ulasan : Buku ini dapat membantu kita dalam menyediakan teks ucapan serta dapat memberi tunjuk ajar dan rujukan kepada pelbagai pihak .Pastinya kepada para pengacara majlis .Terdapat 7 bab dalam buku ini Bab 1. Latar belakang Teks ucapan Bab 2. keperluan teks Ucapan Bab 3. Kriteria Penulisan Teks Ucapan Bab 4. Organisasi Teks Ucapan Bab 5. Format Ucapan Bab 6. Bahasa Bab 7. Contoh-contoh Teks ucapan Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh KARUYSOP MUSRI PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT ULASAN 65


Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN MEI 2023 TAJUK : Permainan galah panjang PENULIS : Faudzy Nor TERBITAN : Abada Publication MUKA SURAT : 32 ISBN : 9789671842447 HARGA : 20.72 NO.RUJUKAN : MJF FAU NO.ACCESSION : 0003909345 Ulasan : Permainan galah panjang adalah sejenis permainan yang melintasi garisan-garisan berhalang. Tujuan permainan ini adalah untuk menguji kecekapan pemain berlari melepasi halangan. Permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak lelaki dan perempuan dan bilangannya seramai sepuluh orang (boleh berubah-ubah). Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh KARUYSOP MUSRI PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT ULASAN 66


Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN MEI 2023 TAJUK : Membakar Mentari PENULIS : Ruzaini Yahya TERBITAN : ITBM MUKA SURAT : 146 ISBN : 9789674600594 HARGA : 25.50 NO.RUJUKAN : MTF RUZ NO.ACCESSION : 0003686769 Ulasan : Kumpulan cerpen remaja karya Ruzaini Yahya ini menghimpunkan 11 puisi yang mengungkapkan pengalaman pengarangnya dalam bidang perguruan dan pendidikan, sekali gus berkongsi dunia persekolahan menyerlahkan ketekalan dan ketulusan pendidik dalam menangani anak remaja. Sumbangan yang terlindung di mata masyarakat dan peristiwa diungkapkan melalui bahasa yang baik.Satu perkongsian yang sangat baik dan wajar kita membacanya. Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh KARUYSOP MUSRI PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT ULASAN 67


Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN MEI 2023 TAJUK : Kultur Tisu Tumbuhan Berbunga PENULIS : Rosna Mat Taha TERBITAN : Penerbit Universiti Malaya MUKA SURAT : 117 ISBN : 9789831001988 HARGA : 22.00 NO.RUJUKAN : MAN 571.538 ROS NO.ACCESSION : B02347461E Ulasan : Buku ini mendedahkan projek menghasilkan pokok hiasan menggunakan kaedah 'in vitro' atau tisu kultur.Penyelaras Program Biologi UM, Prof Dr Rosna Mat Taha, berkata projek itu bukan saja berjaya menghasilkan tumbuhan dalam saiz kecil, tetapi boleh dikomersialkan sebagai produk cenderamata."Kaedah tisu kultur yang digunakan dapat menjadikan tumbuhan ini berbunga walaupun masih dalam keadaan belum matang dan bersaiz kecil, hasil daripada induksi hormon dalam media tertentu. Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh KARUYSOP MUSRI PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT ULASAN 68


Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN MEI 2023 TAJUK : Coffins: The Vampire Archieves (Volume 3) PENULIS : Otto Penzler TERBITAN : Vintage Books MUKA SURAT : 5020 pages ISBN : 978-0-307-74223-0 HARGA : RM38.80 NO.RUJUKAN : EAF COF NO.ACCESSION : 0003032953 Ulasan : A chill inducing and masterful collection of vampire tales, culled from the dark recesses of the nefarious and world renowned Vampires Archives. Coffins , the third volume in the mass market series, contains some of the best of the best of vampire fiction. Including Harlan Ellison, Robert Bloch, Edgar Allan Poe, and F. Paul Wilson, it takes its readers deep inside the crypts of the living dead, in all their supernatural splendor. Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh Norfatheehah Syaheera binti Junai PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT ULASAN 69


Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN MEI 2023 TAJUK : Immortals After Dark: Dreams of a Dark Warrior PENULIS : Kresley Cole TERBITAN : Pocket Books MUKA SURAT : 515 pages ISBN : 978-1-4391-3680-5 HARGA : RM32.90 NO.RUJUKAN : EAF COL NO.ACCESSION : 0003051911 Ulasan : Murdered before he could wed Regin the Radiant, warlord Aidan the Fierce seeks his beloved through eternity, reborn again and again into new identities, yet with no memory of his past lives. When Regin encounters Declan Chase, a brutal Celtic soldier, she recognizes her proud warlord reincarnated. But Declan takes her captive, intending retribution against all immortals—unaware that he belongs to their world. Yet every reincarnation comes with a price, for Aidan is doomed to die when he remembers his past. To save herself from Declan’s torments, will Regin rekindle memories of the passion they once shared—even if it means once again losing the only man she could ever love? Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh Norfatheehah Syaheera binti Junai PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT ULASAN 70


Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN MEI 2023 TAJUK : Immortals After Dark: Kiss of a Demon King PENULIS : Kresley Cole TERBITAN : Pocket Books MUKA SURAT : 417 pages ISBN : 978-1-4165-8094-2 HARGA : RM30.00 NO.RUJUKAN : EAF COL NO.ACCESSION : 0003003186 Ulasan : Sabine, Sorceress of Illusions: the evil beauty who surrenders her body, but not her heart. Rydstrom Woede: the ruthless warrior who vows to keep her at all costs. With each smoldering encounter, their shared hunger only increases. If they can defeat the sinister enemy that stands between them, will Sabine make the ultimate sacrifice for her demon? Or will the proud king lay down his crown and arms to save his sorceress? Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh Norfatheehah Syaheera binti Junai PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT ULASAN 71


Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN MEI 2023 TAJUK : JANJI KITA BAHAGIA PENULIS : ARSHA TERBITAN : PENERBITAN KAKI NOVEL SDN BHD MUKA SURAT : 407 MS ISBN : 9789670874326 HARGA : RM 18.40 NO.RUJUKAN : MAF ARS NO.ACCESSION : 0003614115 Ulasan : Mat Kacang dan Senah berkawan sejak kecil lagi. Mereka dilanda gosip kerana Mat Kacang sering ke kedai runcit Senah untuk menghantar tempe. Sementelah Senah sekarang sudah bergelar janda. Untuk meredakan gosip, mereka bersetuju untuk disatukan tanpa cinta. Selepas keputusan dibuat dan segala persiapan dilakukan, rasa yang mula memutik di hati masing-masing diuji dengan musibah yang tak terjangka. Timbul keraguan di hati masing-masing walaupun tarikh untuk mereka bersatu semakin hampir. Mat Kacang harus memilih. Persahabatan atau orang tersayang. “ Kalau suka, cakap suka. Tak ada orang terkata-kata.” Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh Muhammad Wali An Nur bin Ismail PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT ULASAN 72


Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN MEI 2023 TAJUK : PATAH SAYAP BERTONGKAT PARUH PENULIS : HANA ILHAMI TERBITAN : PENULISAN ENTERPRISE MUKA SURAT : 501 MS ISBN : 9789672102427 HARGA : RM 20.25 NO.RUJUKAN : MAF HAN NO.ACCESSION : 0003740141 Ulasan : “Kalau Aliah melangkah keluar dari rumah ni, gugur talak!” - HISYAM Dari berterusan menjeruk rasa, lebih baik Aliah mencari bahagia sendiri. Aliah nekad pulang ke kampung bersama tiga orang anaknya untuk membina hidup baru. Rumah tangga yang dibina atas dasar suka sama suka akhirnya runtuh jua. Aliah pasrah. Di kampung, kisah rumah tangganya terbongkar apabila Pak Osman, ayah Aliah yang nyanyuk terlepas cerita kepada Talhah, teman sekampung Aliah sedari kecil. Khabar tentang Aliah yang diabaikan suami mengundang rasa simpati Talhah. Keikhlasan Talhah membantu akhirnya disambut baik oleh Aliah. Dalam diam cinta yang pernah berputik dalam hati Talhah kembali mekar. Namun, amaran daripada Hisyam menyedarkan Talhah tentang status Aliah. Kerana cemburukan hubungan antara Aliah dengan Talhah, Hisyam berbohong dalam mahkamah bahawa dia tidak pernah melafazkan cerai taklik terhadap Aliah, menyebabkan status Aliah kini tergantung. Dugaan yang diterima kali ini berat bukan kepalang. Ia menuntut kesabaran dan kecekalan yang bukan calang-calang. Mampukah Aliah, wanita yang dianggap lemah ini bangkit merubah suratan? Ataupun terus tersungkur menyambut ketentuan? Bagaimana pula dengan Talhah? Apakah dia akan berdiam menyaksikan wanita yang dicintainya sepenuh hati terlepas buat kali kedua? Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh Muhammad Wali An Nur bin Ismail PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT ULASAN 73


Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN MEI 2023 TAJUK : Maksud ibadah solat,puasa&Haji/Umrah PENULIS : As-Sheikh al-izz B Abdul Salam TERBITAN : Al-Hidayah Publishers MUKA SURAT : 202 ISBN : 983-099-433-3 HARGA : Rm13.00 NO.RUJUKAN : Man 297.31 Abd NO.ACCESSION : B01964757F Ulasan : Setiap ibadah yang diturunkan kepada hambanya untuk diamalkan memiliki kelebihannya yang tersendiri.Di dalam ibadah solah disamping dapat memberikan ketenangan dan ketenteraman jiwa bagi yang mengamalkannya.Ia juga mampu mencegah diri seseorang dari melakukan perbuatan keji dan mungkar.Begitu juga ibadah puasa,ia dapat mendidik jiwa untuk menjadi insan yang sabar menahan kelaparan ketika puasa ia mampu memberi keinsafan kepada nafsu agar lebih tawadhuk kepadaNya. Ibadah haji dan umrah menyimpan fadhilat dan rahsia yang sangat besar dalam menjana umat menjadi insan bertaqwa.Ibadah ini memerlukan perjuangan dan semangat tinggi.Disamping menuntut kecergasan fizikal,ia juga memerlukan kesihatan fizikal dan mental yang kuat kerana harus menghadapi berbagai halangan dan rintangan.Jiwa yang bersih dan niat yang ikhlas hendaklah disertakan ketika menjalankannya agar keseluruhan amalan yang mulia ini dapat diterima disisi Allah sebagai satu ibadah yang mabrur. Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh Rizwan Mohd Jidi PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT ULASAN 74


Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN MEI 2023 TAJUK : IZINKAN AKU BAHAGIA PENULIS : AALIN AMILY TERBITAN : DEAR NOVELS SDN BHD MUKA SURAT : 513 MS ISBN : 9789672902140 HARGA : RM 28.12 NO.RUJUKAN : MAF AAL NO.ACCESSION : 0003884874 Ulasan : Awalnya derita, akhirnya bahagia. Beri aku pasti! Apabila Nur Dhiya Fahani bertemu Tengku Fahmi, maka huru-haralah dunia jadinya. Dhiya Fahani, takut untuk bercinta. Tengku Fahmi pula, lelaki yang serik untuk bercinta. Namun, takdir menemukan mereka, lalu berjaya mengundang rasa cinta dalam hati kedua-duanya. Baru saja hati ingin melakar keindahan, dugaan datang bertimpa-timpa. “Tolonglah terima saya semula. Saya janji akan berikan yang terbaik untuk hubungan kita. Saya takkan pergi tinggalkan awak lagi.” - Serra Dhiya rapuh. Membandingkan dirinya yang yatim piatu dengan Serra, membuatkan dia merasa kerdil. Dhiya membuat keputusan untuk mengundur diri. Kemunculan Dato’ Rizman yang mengaku sebagai bapa kandung Dhiya turut mengusutkan lagi keadaan. Lelaki itu mahu kontrol hidup Dhiya macamlah Dhiya hak mutlaknya. Siap tak mahu restu hubungannya dengan Tengku Fahmi lagi. Bahagia, mengapa begitu dekat, tapi terasa jauh? Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh Muhammad Wali An Nur bin Ismail PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT ULASAN 75


Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN MEI 2023 TAJUK : Islam Dan Kebebasan Beragama Menurut Perlembagaan Persekutuan PENULIS : Abdul Monir Yaacob TERBITAN : Techknowlogic Trading Sdn Bhd MUKA SURAT : 160 ISBN : 978-967-10419-1-8 HARGA : Rm21.30 NO.RUJUKAN : Man 297.27 Abd NO.ACCESSION : 0003326055 Ulasan : Isu murtad ialah antara isu yang sensitif yang sering mendapat perhatian dalam masyarakat di negara ini.Buku hasil tulisan Datuk Dr Abdul Monir Yaacob ini ialah satu usaha yang diambil untuk merungkaikan isu ini dengan melihat kepada aspek sejarah dan perkembangan perundangan Islam di Malaysia.Bagi memperincikan perkara ini,buku ini dibahagikan kepada dua bahagian.Bahagian pertama ialah mengenai perkembangan undang-undang di Malaysia sebelum dan selepas kedatangan Inggeris dengan mengupas isu kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan,perkembangan Undang-undang Islam dan pelaksanaannya dalam kerangka perundangan Malaysia. Bahagian kedua pula memberi tumpuan kepada isu pertukaran agama dari perspektif syarak dan undang-undang.Analisa dan kupasan di dalam buku Islam dan Kebebasan Beragama Menurut Perlembagaan Persekutuan ini diharapkan dapat memberi gambaran yang jelas mengenai huraian isu murtad yang hangat diperkatakan di Malaysia. Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh Rizwan Mohd Jidi PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT ULASAN 76


Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN MEI 2023 TAJUK : ELIPSIS CINTA PENULIS : AALIYAADNI TERBITAN : SYKT FAJAR MUKA SURAT : 465 MS ISBN : 9789838221184 HARGA : RM 28.12 NO.RUJUKAN : MAF AAL NO.ACCESSION : 0003898492 Ulasan : Dia menginginkan perkahwinan yang penuh cinta dan dilamar bagaikan seorang puteri. Apabila Camelia menemui calon suami impiannya, dia bertekad membawa hubungan mereka sampai ke syurga. Cita-citanya melangit, lebih tinggi dari Burj Khalifa. Tetapi, tidak bagi Abdul Qayyum, pelajar cemerlang, anak yang taat kepada orang tuanya, seorang profesional yang workaholics. Ikatan perkahwinan baginya, akan mengganggu hidupnya. Sungguh Camelia menaruh kasih pada Qayyum, tetapi lelaki itu nyata tidak memiliki perasaan padanya. Camelia menyimpan sebal sikap Qayum yang dingin, egois dan mementingkan diri. Manakala Qayyum bertahan demi memenuhi impian mamanya. Mampukah Camelia mempertahankan mahligai yang telah dibina, apabila ada petualang yang mahu meroboh dan merampas segala yang dimilikinya? Bagaikan elipsis dalam ayat cinta yang panjang. Mungkinkah ini hanya sebuah interlud luka? Bertahan sedangkan pengkhianatan itu membuka suatu kebenaran yang pahit. Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh Muhammad Wali An Nur bin Ismail PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT ULASAN 77


Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN MEI 2023 TAJUK : Hadiah Puteri Buku PENULIS : Mohd Tajuliqbah TERBITAN : DBP MUKA SURAT : 24 ISBN : 978983619787 HARGA : 8.50 NO.RUJUKAN : MJF MFK NO.ACCESSION : 0003553436 Ulasan : Buku cerita Fantasi kanak-kanak ini sangat sesuai dibaca oleh golongan kanak-kanak yang baharu belajar membaca disamping menambah pengetahuan mereka. Terdapat 27 judul dalam siri ini. Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh KARUYSOP MUSRI PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT ULASAN 78


Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN MEI 2023 TAJUK : MISI BUDAK AJAIB PENULIS : SYAUQIE MK TERBITAN : BOOKIUT MUKA SURAT : 145 ISBN : 978-967-369-421-1 HARGA : RM 9.00 NO.RUJUKAN : MJF SYA NO.ACCESSION : 0003729546 Ulasan : Tanpa Irfan sedari dia dianugerahi ingatan fotografik,suatu kelebihan yang ada pada beberapa orang sahaja di dunia.Adreen Amira,mempunyai mata bak burung helang.Hutan adalah tempat permainannya.Ikhwan amat taksub dengan alam ghaib, dan hijabnya terbuka apabila mereka bertiga tersesat di hutan Hulu Langat. Nasib malang menimpa ketika mereka cuba menjejak rakan mereka Nur Amirah yang ghaib selepas diserang histeria.Mereka tersesat didalam hutan yang sama.Kompas tidak berfungsi,jarum jam tidak bergerak,berulang-alik di laluan yang sama,ditegur makhluk yang pelik,terjumpa kawasan lapang dan bersih,antara tanda-tanda mereka mungkin “ disembunyikan “ makhluk halus.Untuk keluar dengan selamat.mereka perlu bersatu hati.Bagaimana pula nasib Nur Amirah? Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh Saunah binti musah PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT ULASAN 79


Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN MEI 2023 TAJUK : ANDA NAK,ANDA DAPAT! PENULIS : HAZRUL HIZAM KARIM TERBITAN : KARANGKRAF ALAF 21 MUKA SURAT : 259 ISBN : 978-983-124-967-3 HARGA : RM 15.00 NO.RUJUKAN : MAN 158.1 HAZ NO.ACCESSION : 0003480532 Ulasan : Tahukah anda minda manusia mempunyai kekuatan yang hebat ?Buktinya jika fizikal yang menjadi ukuran,pasti manusia hebat seperti Stephen Hawking dan Nick Vujicic tidak akan wujud di dunia.Tanpa anggota badan yang sempurna mereka masih boleh mencapai kejayaan yang belum tentu mampu dilakukan oleh manusia biasa.Jadi,apa lebihnya diri mereka berbanding anda? Dengan kombinasi kekuatan fizikal dan minda, anda tentu boleh menjadi lebih hebat daripada mereka.Bagaimana? Anda Nak, Anda Dapat! Akan mengajar anda meningkatkan potensi diri melalui minda. Semua nya terletak di tangan anda. Yakin dan percaya bahawa anda boleh mencapai apa yang diinginkan.Apa yang penting ,ubah cara usaha dan bersedialah untuk menjadi unggul seperti mereka yang ternama. Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh Saunah binti Musah PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT ULASAN 80


Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN MEI 2023 TAJUK : KOLEKSI CERITA HAIWAN TERBAIK PENULIS : HARPEET KAUR TERBITAN : EDUKID PUBLICATION SDN.BHD MUKA SURAT : 100 ISBN : 978-967-364-324-0 HARGA : RM 27.69 NO.RUJUKAN : MJF HAR NO.ACCESSION : 0003948108 Ulasan : Mari ikuti kisah menarik haiwan-haiwan comel ini dalam pengembaraan mereka yang penuh warna-warni.Setiap kisah penuh dengan teladan yang sangat sesuai untuk dijadikan panduan. Berhiburlah dengan setiap cerita yang mencuit hati ini dan mari ketawa bersama-sama watak-watak comel dalam buku ini! Jadikan koleksi ini salah satu daripada buku kegemaran adik-adik Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh Saunah binti Musah PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT ULASAN 81


Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN MEI 2023 TAJUK : DI LUAR KEMAMPUAN MANUSIA PENULIS : WS UZALA TERBITAN : LATAR ILMU MUKA SURAT : 148 ISBN : 978-967-0628-59-2 HARGA : RM 24.10 NO.RUJUKAN : MTF WSU NO.ACCESSION : 0003658936 Ulasan : Jangan jadi samseng ya!” Adi datang bersama Asraf,Selvam dan Chan Tan Hong. “ Kau siapa hah! Tiba-tiba pukul dia!” seorang lelaki berusia 35 tahun menyerang Adi,namun dapat ditolak oleh Chan Tan Hong.Lelaki itu terduduk di atas bahu jalan. Orang semakin ramai datang mengerumuni.Keadaan agak kecoh apabila ramai penunggang datang untuk melihat keadaan .Jalan di situ sesak.Pemandu kenderaan menghentikan kendaraan masing=masing di mana mereka suka.Langsung tidak memikirkan penggung lalu lintas yang lain.Bunyi hon saling bersahut-sahutan. Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh Saunah binti Musah PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT ULASAN 82


Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN MEI 2023 TAJUK : DI BALIK TABIR MIROSHAKI PENULIS : WS .UZALA TERBITAN : SAM,A PUBLICATIONS & DISTRIBUTORS SDN.BHD. MUKA SURAT : 181 ISBN : 978-967-5084-89-8 HARGA : RM 23.00 NO.RUJUKAN : MJF WSU NO.ACCESSION : 0002876664 Ulasan : Apabila menatap gambar kulit depan buku ini, tekilas di fikiran kita bahawa kandungan buku ini mengisahkan peperangan zaman silam.Zaman silam itulah yang telah mewujudkan diri kita,Malaysia kita hari ini.Peristiwa Zaman Silam itulah yang telah mengubah peta Malaya kemudian menjadi Malaysia serta mengolah diri kita sebagai anak bangsa pada hari ini.Pengorbanan watak di dalam cerita ini wajar dijadikan contoh memandangkan kebanyakan rakyat kita sekarang sudah kurang jati dirinya.Malah,ramai yang telah melupakan sejarah nebara dan tidak menghiraukannya. Siri ini mampu mengimbau sejarah Malaysia dalam bentuk pencerahan dan tidak akan membosan pembaca. Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh Saunah binti Musah PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT ULASAN 83


Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN MEI 2023 TAJUK : TERSALAH ANGGAP PENULIS : WS UZALA TERBITAN : EDDIPLEX SDN.BHD. MUKA SURAT : 118 ISBN : 978-983-880-808-8 HARGA : RM 17.25 NO.RUJUKAN : MJF WSU NO.ACCESSION : B 02862605 G Ulasan : Begitulah hakikatnya, segala kesusahan dalam kehidupan mesti dihadapi dengan penuh ketabahan. Tanpanya, maka kehidupan yang kita layari akan seperti perahu di hempas badai di tengah lautan.Demikianlah cerita dalam siri ini mengisahkan insan-insan yang dibelenggu oleh arus kehidupan penuh dengan segala cabaran.Kita berharap, semoga intipati kisah dalam novel ini dapat dijadikan teladan kepada kita semua. Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh Saunah binti Musah PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT ULASAN 84


Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN MEI 2023 TAJUK : SAINS UNTUK MANUSIA PENULIS : DZULKIFLI ABDUL RAZAK TERBITAN : IIUM PRESS MUKA SURAT : 137 ISBN : 978-967-491-046-4 HARGA : RM 28.80 NO.RUJUKAN : MAN 500 DZU NO.ACCESSION : 0003941601 Ulasan : ‘Sains untuk manusia’ menumpukan kepada kesan terhadap penyelidikan dan pendidikan sains andainya kita tidak berhemah dalam menghadapi cetusan Revolusi Industri ke-Empat (RI4.0) di Malaysia. Tiga cabaran utama bakal dihadapi dalam memajukan ilmu sains pada era RI4.0. Pertama ialah kesan kepada ketamadunan manusia yang bakal diubah oleh ledakan RI4.0, malahan daripada revolusi-revolusi terdahulu yang telahpun merosakkan alam sekitar. Cabaran kedua adalah pemupukan insan seimbang melalui pendidikan sains untuk generasi mendatang. Akhir sekali, kemelut arah penyelidikan sains yang jauh menyimpang dari ‘akar’ ilmu ditekan pula kepincangan yang di’bawa’ oleh RI4.0 kerana hanya menekankan kepada sentuhan teknologi. Lantas meninggalkan masyarakat hanyut dalam gelombang RI4.0 tanpa sebarang sentuhan insani dan hati budi. Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh Dwi Farahna Dawit PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT ULASAN 85


Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN MEI 2023 TAJUK : CERITA DONGENG MENAKJUBKAN PENULIS : NIKHILA KILAMBI TERBITAN : EDUKID PUBLICATION SDN BHD MUKA SURAT : 102 ISBN : 978-967-364-500-8 HARGA : RM 21.30 NO.RUJUKAN : MJF KIL NO.ACCESSION : 0003951078 Ulasan : Mengumpulkan cerita-cerita dongeng terkenal yang penuh fantasi dan padat dengan nilai-nilai moral. Ikuti watak-watak comel dan pengembaraan mereka yang penuh mencabar! Buku ini berfokus suku kata di mana perkataannya dicetak dengan dua warna bagi memudahkan anak-anak yang masih dalam proses belajar membaca. Selamat membaca! Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh Dwi Farahna Dawit PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT ULASAN 86


Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN MEI 2023 TAJUK : 10 BIDADARI DIJANJIKAN SYURGA PENULIS : USTAZ DR.ZAINUDDIN MM TERBITAN : DARUL MUGHNI TRADING MUKA SURAT : 164 ISBN : 978-967-2268-47-5 HARGA : RM 26.98 NO.RUJUKAN : MJN 297.18 ZAI NO.ACCESSION : 0003948008 Ulasan : Buku ini menghimpunkan 10 wanita berani era Nabi Muhammad SAW yang menghadapi banyak cabaran serta menempuh pelbagai dugaan demimemperjuangkan agama Allah. Mereka memiliki akhlak yang terpuji serta sifat mahmudah yang boleh diteladani oleh pembaca. Malah, kanak-kanak digalakkan untuk menjadikan mereka sebagai model dalam mencontohi watak serta kejayaan mereka. Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh Dwi Farahna Dawit PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT ULASAN 87


Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN MEI 2023 TAJUK : Jom kenali KISAH 5 NABI PENULIS : FATIMAH ABDUL NASIR TERBITAN : DARUL MUGHNI TRADING MUKA SURAT : 133 ISBN : 978-967-2972-10-5 HARGA : RM 32.68 NO.RUJUKAN : MJN 297.246 FAT NO.ACCESSION : 0003948058 Ulasan : Buku ini menceritakan pahit manis kisah lima orang iaitu Nabi Adam a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Nuh a.s., Nabi Yunus a.s., dan Nabi Musa a.s.. Ikuti kesudahan setiap kisah dan semoga ia memberi pengajaran sekali gus mendidik diri untuk menjadi hamba Allah SWT yang lebih bertakwa. Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh Dwi Farahna Dawit PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT ULASAN 88


Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN MEI 2023 TAJUK : Hat Yai EXPRESS Lari Gadis Backpackers PENULIS : Syuhada Safian TERBITAN : Ana Muslim Sdn. Bhd. MUKA SURAT : 160 ISBN : 9789674493196 HARGA : RM 11.10 NO.RUJUKAN : MTF SYU NO.ACCESSION : 0003794040 Ulasan : Menjadi gadis backpackers di bumi gajah putih merupakan impian buat Hana, Ekin, Syirah dan Kila. Namun, perjalanan lebih 10 jam bersama Hatyai Ekspress atas tiket persembahan teater yang disertai Syirah berubah menjadi sebuah mimpi ngeri bersiri. Tanpa mereka sedari, wang bernilai ratusan ribu ringgit terus menghantui tanpa henti. Makin jauh dibuang, makin banyak masalah yang datang! Bagaimana dengan nasib mereka? Mampukah kebijaksanaan Hana, Keberanian Kila, Kekalutan Ekin, termasuklah si perfect Syirah membuatkan mereka selamat? Jom ikuti kisah empat gadis backpackers ini! Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh Sazlin Nur Atika Aripin PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT ULASAN 89


Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN MEI 2023 TAJUK : 16 Cerita Terpilih Sahabat Hutan PENULIS : Mohd Zhariff TERBITAN : Edukid Publication Sdn. Bhd. MUKA SURAT : 130 ISBN : 9789673643493 HARGA : RM 27.69 NO.RUJUKAN : MJF MUH NO.ACCESSION : 0003951879 Ulasan : Memuatkan kisah-kisah terkenal sahabat hutan yang sesuai untuk dijadikan teladan kepada generasi pada masa kini. Ikuti antara kisah terkenal seperti Sang Arnab yang Sombong, Sang Semut yang Rajin dan Anak Itik yang Hodoh dalam pengembaraan mereka sepanjang berada di dalam hutan yang menjadi habitat mereka. Watak-watak yang lucu dan penuh warna-warni beserta ilustrasi yang akan menarik minat kanak-kanak untuk membacanya. Buku ini sebuah koleksi yang amat berharga dan menarik untuk dibacanya. Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh Sazlin Nur Atika Aripin PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT ULASAN 90


Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN MEI 2023 TAJUK : SATRIA JUNIOR PENULIS : Norazlan Tungol TERBITAN : Ana Muslim Sdn. Bhd. MUKA SURAT : 79 ISBN : 9789674495374 HARGA : RM 12.95 NO.RUJUKAN : MJF NOR NO.ACCESSION : 0003919580 Ulasan : Apa?! Satria , Pod, dan Tom dikejar mumia? Nampaknya pengembaraan mereka pada kali ini sangat mencabar! Tapi, hero cilik ini tak kan gentar. Mereka mesti kuat seperti seorang hero sejati! Ha, apa tunggu lagi! Jom ikuti misi Satria , Pod dan Tom dalam memburu kisah 12 pejuang Islam di bumi anbiya! Dia hanya seorang kanak-kanak yang begitu patuh dengan peraturan dan sering mengikut sunnah Rasulullah SAW. Tugasnya adalah membetulkan setiap kesalahan yang rakannya lakukan. Walaupun sering dimarahi dan dikatakan sebagai pengganggu, dia tidak pernah berputus asa atau berkecil hati. Jika kawan-kawan hendak mempelajari nilai-nilai murni sambil berhibur dan bergelak ketawa, memperkenalkan hero kanak-kanak pada abad ini, 'Satria Junior'! Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh Sazlin Nur Atika Aripin PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT ULASAN 91


Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN MEI 2023 TAJUK : My Best Buddy PENULIS : Sharina Elisa TERBITAN : Bookiut MUKA SURAT : 137 ISBN : 9789673694235 HARGA : RM 9.00 NO.RUJUKAN : MJF SHA NO.ACCESSION : 0003729576 Ulasan : Yaya, gadis awal remaja yang menjadikan Oci, seekor itik sebagai sahabat. Fizikalnya yang berkulit hitam seperti arang menjadikan dia bahan ejekan. Meskipun miskin, Yaya merupakan pelajar yang pintar. Suatu hari, sekumpulan remaja nakal melastik Oci sehingga cedera dan membunuhnya pada malam kejadian. Keajaiban berlaku. Seorang anak remaja yang tampan, memperkenalkan diri sebagai Koci dan cuba mendampingi Yaya tanpa gadis itu tahu bahawa dia sebenarnya Oci yang menjelma dalam bentuk manusia. Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh Sazlin Nur Atika Aripin PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT


Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN MEI 2023


Click to View FlipBook Version