The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mohd.fadly3938, 2022-03-28 01:58:59

MESYUARAT AGUNG PERSATUAN PENDUDUK KALI 1 2022

PANGSAPURI SRI WIRA

SURAT JEMPUTAN
MESYUARAT AGUNG
PERSATUAN PENDUDUK KALI

1

PERSATUAN PENDUDUK PANGSAPURI
SRI WIRA

PANGSAPURI SRI WIRA JALAN UKAY PERDANA 2 68000 AMPANG
SELANGOR
NO PENDAFTARAN : (PPM-019-10-11032021) Telefon : 01123027175

Emel :

Ruj. Tuan/Puan :
Ruj. Kami : PPPSW2021/01/18

Tarikh : 21 Februari 2022

dan Selamat Sejahtera

Kepada :
Penyewa/pemilik unit
Pangsapuri Sri Wira
Jalan Ukay Perdana 2
68000 Ampang Selangor

Tuan/Puan,

JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG PERSATUAN PENDUDUK PANGSAPURI SRI
WIRA (2021) KALI - 1

Merujuk kepada perkara di atas sukacita dimaklumkan bahawa tuan/ puan dijemput untuk
menghadiri Mesyuarat Agung Persatuan Penduduk Pangsapuri Sri Wira (2021) kali ke-1
yang akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh : 5 Mac 2022 (Sabtu)
Masa : 9:00 pagi
Tempat : Perkarangan Parking Blok C

3. Pihak Jawatankuasa Persatuan menjemput semua warga penduduk untuk sama-
sama menghadirkan diri bagi melancarkan perjalanan majlis disamping mengeratkan
hubungan silaturrahim dan mengenali barisan kepimpinan persatuan yang baru.

4. Bersama-sama surat ini dilampirkan juga borang digital melalui pautan Google Form
bagi jawapan kehadiran dan usul daripada pihak tuan/puan. Borang tersebut hendaklah diisi
sebelum atau pada 2 Mac 2022.

5. Kerjasama dan keperihatinan semua amat dihargai demi kebaikan
bersama.Sebarang pertanyaan boleh menghubungi setiausaha persatuan penduduk En.
Mohd Fadly di talian 01123027175

“BERSEKUTU PENGGERAK WAWASAN”

Saya yang menjalankan amanah,

.........................................................
Pengerusi
Persatuan Penduduk Pangsapuri Sri wira
68000 Ampang Selangor

TENTATIF PROGRAM

8.00 Pagi : Ketibaan para tetamu
8.30 Pagi : Jamuan ringan
9.00 Pagi : Mesyuarat Bermula
12.00 tengahari : Bersurai

AGENDA MESYUARAT AGUNG PERSATUAN PENDUDUK PANGSAPURI SRI WIRA
(2021) KALI -1

1. Ucapan Pengerusi
2. Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Penaja
3. Pembentangan Perlembagaan Persatuan
4. Pembentangan dan Laporan Tahunan Kewangan berakhir 11 Mac 2022
5. Pembubaran dan pelantikan Ahli Jawatankuasa yang baru sesi 2022/2023
6. Perbahasan Usul
7. Hal-hal lain
8. Ucapan Penangguhan.

PENYATA KEWANGAN 2021
HINGGA TAHUN BERAKHIR

11 MAC 2022

PERSATUAN PENDUOUIC PANGSAPURI SRI WIRA (2021 )
PENYATA ICEWANGAN TAHUN 2021

NOTA KPD 1.APORAN PENDAPATAN& PERBElANJAAN BAGI TAHUN BERAKHIR 11 MAC 2022

NOTA P[NERANGAN
Tiada yuran keah1ian dikenakan pada tahun pertama penubuhan

PPPSW liada menerima apa-apa Geran da ri ma na-mana Agensi Kerajaan, Sadan
Berkanun, P.irtiPolitik

Sumbangan diterima dari penduduk untuk aktiviti kebajikan sepanjang t empoh
kewangan

Haslt lebiha n dari aktiviti jualan lemang & rendang semaid i.lmbutan 271.30
Jual.tn lemang & Rend.mg sambutan Hari Raya AidilFitri 2021 214 .80

Hasil Akl iviti "Asah Pisau"

Pendapatan diterima dari hasil sewaan penstrukturan semula parkir berbayar
dengan pembahagian 40:60 dimana 40% kepada PPPSW dan 60% kepada JMB

Perbelanjaan Jamuan untuk Mesyuarat Agung PPPSW 2021 bagi tahun
ke wanganl1Mac2022

Kos bagi aktiviti penstrukturan parkir berbayar adalah dit anggung sepenuhnya oleh
Badan Pengurusan Pangsapuri (JMB) sebanyak RM G,930.80
Perbelanja.ln ditunjukkan untuk Majlis Mesyuarat Agung PPPSW termasuk sewaan
khemah, meja, kerusi, " Banner", kerja-kerja mencetak, sewaan PA System, dsb.

Sumba ngan diterlma daripada penduduk sepanjang tem poh ke wangan dan di-

sumbangkan kemba1i kepada penerima yang 1ayak seperti berikut :

1) Balu arwah Mohd Atm an Ariffi n (0011) 2,8 30

2) M ahadl 8 Hamzah (0008} 200

3) M ohd Fauza Abd Majid (C0 12) 200

4) Hasrin Fa isal Mahmood (ClOS} 200

S) Pn Maslin;, (B0 14) 1300

6) Karim 8 Mat Desa (( 116) soo

7) Food Bank 1360

Pembelian buku resit, ~Payment Voucher", Chop PPPSW, Laman Blog 1.00
Parking utk urusan PPPSW 60.00
ChOp PPPSW, Pengerusl, Setiausaha, Bendahari 10.70
Pembelian Buku resit 150.00
LamanBlogPPPSW

10 Stamp Duty untuk buku eek

11 TIAOA baki terkumpul oleh kerana tahun kewangan pertama bagi PPPSW (2021 )

PERSATUAN PENOUDUK PANGSAPURI SRI WIRA (2021 )

PENYATA KEWANGAN TAHUN 2021

LA PORAN PENOAPATAN & PERBELANJAAN BAGI TA HUN BERAKHIR J1 MAC 2012

P( NYATA PENDAPATAN & PERBELANJ AA N NOTA PP PSW

PENDAPATAN: RM
1.1 PendapatanOperasi:
Yuran Penda ftaranA hli
YuranBulanan/Tahunan
GeranPersatuan( Govt}

1.2 Hasil Aktiviti/M enjana Dana: 6,590 .00
Sumbangan Ah!i/Penduduk
Pendipatandari Akt ivitilaln 48 6. 10
Pendap.atand ari Penstruk tur.ln ParkirBerbayar
5,840.00

1.3Pend apa t an Pelabu ra n
Lain-lain Pendapatan

JUMLAH PENDAPATAN 12,916.10

PERBELANJAAN: 30.00
2.1 Perbelanjaan Operasi:
Pen.daftaran Persatuan 500.00

2.2 Perbe lanjaanAkt ivit i/MenjanaDana : 1,500.00
Jamuan/Ke raianuntukAktiviti 6,590.00
Per belanja a n / K o s A k t i v i t i
Sumb.ing an/AktivitiKebaj ikan 221.70

2. 3 Kos Pen1adbiran: 10 7.50
Peral at an Pejaba t/Stationary
Perbela njaa nPengurusandanlain-lain 8 ,8 49 .20
Caj B a n k 4,066.90

JUMLAH PERBELANJAAN 11

LEB!HAN/ (KEKURANGAN) PENDAPATAN ORP PERBELA NJAAN 4 ,0 6 6 . 9 0

BAKI TE RKUMPUL PADA llHB MAC 2021

BAK/ TERKUMPUL PADA 11-MAC-1022

Penyata Kew angan Ba gi Tah n Berakhir 11 Mac 2022 ini berse rta Nota Ket erangan

t elah disedlakanoleh ah aridan diperi ksaolehPemerik r -kl ra .

BEN DAHAR I P 5W(l 021) (2021)

··············· ··· ····'···· '

omod F01/on BinSuloiman

USUL DAN CADANGAN
PENDUDUK

USUL MESYUARAT AGUNG PERSATUAN PENDUDUK KALI 1

TARIKH : 5 MAC 2021
MASA : 9.00 PAGI
TEMPAT : PARKING KERETA BLOK C

1. Terdapat Pagar yang rosak di depan blok C dan perlu diganti demi keselamatan
penduduk
Maklum balas : Akan dipanjangkan kepada JMB untuk tindakan segera

2. Kawalan kebanjiran remaja dari luar kawasan pangsapuri .
Maklum balas : Pihak PPSW akan melantik jawatankuasa keselamatan penduduk untuk
membuat rondaan malam.

3. Memasang Cermin Cembung di selekoh :
Maklum balas : Akan dipanjangkan kepada JMB untuk tindakan segera

4. Mohon Pihak PPPSW menyelesaikan Masalah Banjir Blok C berikutan kurang
perhatian dari pihak JMB.
Maklum balas : Pihak PPPSW telah menghantar proposal kepada beberapa pihak.
Lawatan tapak telah dibuat oleh pihak berkenaan. Berharap agar pihak tersebut dapat
melaksanakan penambahan “Pembetong air” berhampiran rumah sampah blok C bagi
mengalihkan saluran air supaya tidak berkumpul di satu kawasan yang menyebabkan
banjir. YB Zuraidah tidak dapat membantu berikutan peruntukkan telah diberi kepada
pihak JMB sebelum ini.

5. Kebanyakan Gutter setiap blok telah rosak, mohon diganti .
Maklum balas : akan dipanjangkan kepada pihak JMB. Perlu Plan Strategik kewangan
sekiranya kos penukaran gutter mahal.

6. Mohon sediakan WIFI percuma untuk penduduk Sri Wira
Maklum balas : Pihak PPPSW akan menghantar surat permohonan cadangan kepada
pihak berkenaan

7. Memohon sediakan tapak futsal dan bola jaring. Cadangan di tepi blok C. Ahli sebulat
suara bersetuju pembinaan kawasan tesebut untuk tujuan riadah.
Maklum balas : Pihak PPPSW akan menghantar kertas cadangan pada pihak YB. Pihak
PPPSW juga akan menyediakan maklumbalas persetujuan penduduk bagi pembinaan
tersebut.

8. Menyediakan Pejabat Gerakan PPPSW bagi tujuan operasi persatuan lebih sistematik.
Maklum balas : Pihak PPPSW akan menyediakan maklum balas persetujuan penduduk
dan menghantar surat kepada pihak COB dan YB

9. Mohon menyediakan kemudahan basuh kereta di kawasan ppangsapuri sri wira .
Maklum balas : Pihak PPPSW akan menyediakan kawasan tersebut untuk tujuan cuci
kereta. Caj juga akan dikenakan berikutan penggunaan air dan elektrik.

10. Mohon pihak PPPSW mengambil alih tadbir urus parking berbayar berikutan JMB
tidak kurang bertindak dalam masalah urusan parking.
Maklum balas : Pihak PPPSW akan mengusulkan perkara ini semasa mesyuarat agung
JMB akan datang bagi mendapatkan persetujuan penduduk.

LAIN-LAIN ISU
1. Pn Ija ( Blok A)
- Diharapkan semua pihak iaitu PPPSW/JMB/SURAU perlu memberitahu penduduk
sebarang kerja-kerja pembinaan atau progress aktiviti-aktiviti selenggaraan.
- Mohon cadangan dari penduduk secara atas talian atau secara bersemuka untuk
apa-apa cadangan kerja yang hendak dijalankan.
- Pemberitahuan juga dibuat menggunakan signboard dimana-mana kawasan di
dalam pangsapuri ini.
- Mohon carta organisasi persatuan disebar luar untuk pengetahuan penduduk.
- Isu keselamatan pembinaan surau perlu diambil berat. Perlu pasang penghadang
kawasan untuk keselamatan penduduk.
Maklum balas: Akan dipanjangkan pada pengerusi pembinaan Surau Azzunnur

2. En. Hafiz ( Blok B)
- Adakah perbincangan pembinaan surau bersama PPPSW?
Maklum balas En. Mahadir : Ada dibuat dan diinfak oleh individu sebanyak
RM270 000
Maklumbalas n Mahadi : Ada dibuat tetapi kurang perhatian dari penduduk

3. En. Saiful ( Blok A)
- Mohon laporkan kewangan PPPSW, Surau dan JMB setap bulan.
Maklum balas En Fazlan : PPPSW akan membentangkan laporan kewangan setiap 3
bulan kerana statement bank agak sukar diperolehi dengan segera.JMB dan Surau
juga perlu mengikut langkah yang sama.

4. En. Rizal (Blok A)
- Bagaimana urusan operasi penstrukturan parking dilaksanakan?
Maklum balas En. Fadly : Penstrukturan parking telah berbincang dengan pihak JMB.
Persetujuan penduduk diperoleh melalui google form. Persetujuan dibuat 40 : 60
bagi hasil kutipan sewaan parking.Pihak PPPSW menguruskan khidmat
pengoperasian manakala JMB menguruskan kewangan.Pihak PPPSW boleh
mengambil alih urusan tersebut berikutan mendapat mandat dari penduduk.

5. Pn. Alia (Blok C)
- Pagar kecil di hujung Blok D mohondibuka mengikut waktu bekerja. Memudahkan
pengguna pejalan kaki yang pulang dari bekerja.
Maklum balas En. Fadly : Ditutup berikutan PKPdan orang luar masuk.PPPSW
mencadangkan mengugunakan akses kad untuk pengguna.Akan dipanjangkan juga
pada JMB untuk tindakan lanjut.

6. Pn. Fitri (Blok D)
- Mencadangkan membuat gelanggang futsal dan gelanggang bola jarring.
- Mencadangkan meletakkan peti cadangan bagi setiap blok.
- Mencadangkan agar melantik ketua blok.

7. En. Bob ( Blok A)
- Pembinaan pejabat tidak mesra pengguna. Tutup toilet menyusahkan
penduduk.Mohon persetujuan penduduk untuk pembinaan yang melibatkan duit
penduduk.
Maklum balas En. Fadly : akan dipanjangkan kepada JMB untuk tindakan lanjut.

8. En. Rizal (Blok C)
- Parking di beberapa petak agak sempit dan menyukarkan keluar masuk kenderaan.
- Culvet Longkang perlu dibuka perangkap bagi elakkan sampah berkumpul dan
menyebabkan banjir
Maklum balas En. Fadly : akan dipanjangkan kepada JMB untuk tindakan lanjut.

9. En. Nazri (Blok C)
- Perbelanjaan membina tambahan pejabat JMB menggunakan sumber kewangan
yang mana? Perlu maklum kepada penduduk sebarang urusan pembinaan yang
menggunakan wang maintainance.
Maklum balas En. Fadly : akan dipanjangkan kepada JMB untuk tindakan lanjut.

10. En. Razak ( Blok D)
- Berkaitan air diblok C, adakah blok C mempunyai simpanan air yang banyak.
Maklum balas En. Fadly : Masalah untuk seimbangkan kemasukan air ke dalam
setiap tangka. Pihak PPPSW telah mencuba bagi menjadikannya seimbang.

11. En. Sufian (Blok A)
- Tepi rumah sampah Blok A ada tanah jerlus. Sampah basah juga dibuang diluar
rumah sampah. Bau busuk dan mencacatkan pemandangan dan mengundang
penyakit.Perlu SOP ketat untuk tatacara pembuangan sampah.
Maklum balas En. Fadly : akan dipanjangkan kepada JMB untuk tindakan lanjut.

12. En. Ameer ( Blok C)
- Kemusyikilan tentang cara pemotongan pokok di depan Blok C. Mencantas dahan
tidak memadai kerana pokok tersebut membahayakan kepada kenderaan dan
penduduk. Kerja dan perbelanjaan tidak sekata.Siapa yang akan tanggung
kerosakan kenderaan. Potong seperti di depan Blok A.
Maklum balas E. Fadly : Akan dipanjangkan kepada JMB untuk tindakan lanjut.

PIHAK PERSATUAN PENDUDUK AKAN MENYELESAIKAN SEGALA ISU DAN USUL YANG
DINYATAKAN. SEGALA ISU DAN USUL YANG PERLU DIJAWAB OLEH PIHAK JMB AKAN
DIPANJANGKAN UNTUK TINDAKAN LANJUT. TERIMA KASIH ATAS SEMUA PENDUDUK
YANG MENGEMUKAKAN USUL DAN ISU UNTUK KEBAIKAN DAN PENAMBAHBAIKAN
BERSAMA.

Tarikh : 24 Mac 2022 Di sahkan oleh:

Disediakan Oleh : ……………………………
(Mahadi Bin Hamzah)
…………………….. Pengerusi
(Mohd Fadly Bin Abu Bakar) Persatuan Penduduk
Setiausaha Pangsapuri Sri Wira 2021
Persatuan Penduduk
Pangsapuri Sri Wira 2021

SIJIL PENDAFTARAN
PENUBUHAN PERSATUAN

JPPM PPM-019-10-11032021

MALAYSIA

AKTA PERTUBUHAN 1966

PERATURAN-PERATURAN PERTUBUHAN 1984

BORANG 3
(Peraturan 5)

SIJIL PENDAFTARAN

Adalah diperakui bahawa

PERSATUAN PENDUDUK PANGSAPURI SRI WIRA,TAMAN UKAY PERDANA 2, AMPANG,
SELANGOR(2021)

PEJABAT PENGURUSAN PANGSAPURI SRI WIRA PANGSAPURI SRI WIRA JALAN UKAY PERDANA 2
68000 AMPANG
SELANGOR

hari ini didaftarkan sebagai suatu pertubuhan di bawah Seksyen 7
Akta Pertubuhan 1966 dan bahawa nombor pendaftarannya ialah

PPM-019-10-11032021

Diperbuat dengan ditandatangani oleh saya pada
11 haribulan Mac 2021

(JASRI BIN KASIM)
Pendaftar Pertubuhan,

Malaysia

PERLEMBAGAAN PERSATUAN

PERLEMBAGAAN BAGI
PERSATUAN PENDUDUK PANGSAPURI SRI WIRA,TAMAN UKAY PERDANA 2, AMPANG,

SELANGOR(2021)
(PPM-019-10-11032021)

FASAL 1 NAMA

1. Pertubuhan ini dikenali dengan nama
PERSATUAN PENDUDUK PANGSAPURI SRI WIRA,TAMAN UKAY PERDANA
2, AMPANG, SELANGOR(2021)

Selepas ini disebut pertubuhan.
2. Takrif Nama : PERSATUAN PENDUDUK PANGSAPURI SRI WIRA TAMAN

UKAY PERDANA 2 AMPANG SELANGOR
3. Bertaraf : Negeri

FASAL 2 TEMPAT URUSAN

1. Alamat berdaftar dan tempat urusan pertubuhan ialah
PEJABAT PENGURUSAN PANGSAPURI SRI WIRA PANGSAPURI SRI WIRA
JALAN UKAY PERDANA 2
68000 AMPANG
SELANGOR

dan alamat untuk surat-menyurat adalah
PEJABAT PENGURUSAN PANGSAPURI SRI WIRA PANGSAPURI SRI WIRA
JALAN UKAY PERDANA 2
68000 AMPANG
SELANGOR

atau di tempat lain atau tempat-tempat yang akan ditetapkan dari semasa ke
semasa oleh Jawatankuasa;
2. Tempat urusan berdaftar dan alamat surat menyurat Pertubuhan tidak boleh diubah
tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.

FASAL 3 MATLAMAT

1. Menganjurkan aktiviti-aktiviti yang berasakan pendidikan,kebudayaan, sosial,

1

akhlak, kebajikan dan moral untuk penduduk setempat
2. Mempertingkatkan kesedaran di kalangan penduduk tentang pentingnya

peranan mereka dalam mencegah kegiatan tidak sihat seperti jenayah, gejala
sosial serta memupuk memupuk sifat-sifat tanggungjawab dan displin di
kalangan mereka
3. Mengembangkan persefahaman dan pergaulan di antara masyarakat
berbilang kaum
4. Membolehkan penduduk kenal antara satu sama lain serta memupuk
semangat kejiranan dan persahabatan
5. Menjadi pengantara di antara penduduk dengan pemaju dan pihak yang
berkuasa mengenai masalah penduduk
6. Mengwujudkan perpaduan di antara penduduk yang terdiri daripada pelbagai
kaum, agama dan bangsa
FASAL 4 KEAHLIAN
1. Kriteria keahlian pertubuhan adalah seperti berikut

2

A. Ahli Biasa

i. Kewarganegaraan : Malaysia
ii. Umur Minima : 20 tahun
iii. Kawasan/Negeri Tempat Tinggal Ahli : Selangor
iv. Keturunan/Bangsa : Semua
v. Jantina : Semua
vi. Agama : Semua
vii. Kriteria Keahlian Yang Lain : Terbuka Kepada Semua Penduduk

Pangsapuri Sri Wira Jalan Ukay Perdana 2 Ampang Selangor

B. Ahli Bersekutu
Tiada

C. Ahli Kehormat
Tiada

D. Ahli Seumur Hidup
TIADA

E. Ahli Remaja
Tiada

2. Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh ahli
dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu
dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk dipertimbangkan.
Jawatankuasa boleh mengikut budi bicaranya menolak sebarang permohonan
tanpa memberi sebab.

3. Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut di
atas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran pertama seperti yang
ditetapkan hendaklah diterima menjadi ahli Pertubuhan dan hendaklah ia sebagai
ahli.

FASAL 5 PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI

1. Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan hendaklah memberi
kenyataan bertulis 2 minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha dan menjelaskan
segala hutangnya.

2. Mana-mana ahli yang gagal mematuhi perlembagaan Pertubuhan atau bertindak
dengan cara yang akan mencemarkan nama baik Pertubuhan boleh dipecat atau

3

digantung keahliannya bagi suatu tempoh masa yang difikirkan munasabah oleh
Jawatankuasa. Sebelum Jawatankuasa memecat atau menggantung keahlian ahli
tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau
penggantungannya secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang
untuk memberi penjelasan dan membela dirinya. Pemecatan atau penggantungan
itu hendaklah dilaksanakan melainkan mesyuarat agung menunda atau
membatalkan keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut.

FASAL 6 SUMBER KEWANGAN

Sumber kewangan pertubuhan ini adalah daripada:

1. Bayaran masuk :
RM 5 (Ringgit Malaysia Lima Ringgit Sahaja)

2. Yuran :
RM 30 (Ringgit Malaysia Tiga Puluh Ringgit Sahaja)

a. Yuran tahunan hendaklah dijelaskan kepada bendahari terlebih dahulu dalam
tempoh 7 hari dari awal tiap-tiap tahunan

b. Yuran seumur hidup ( perlu dijelaskan semasa permohonan ahli )
RM Tidak Berkenaan

c. Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada dua ( 2 ) tahun akan
menerima surat peringatan yang ditandatangan oleh atau wakil Setiausaha,
dan hilanglah hak-hak keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutangnya
telah dijelaskan.

d. Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih dari jumlah yuran bagi tiga (
3 ) tahun dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan dan
Jawatankuasa boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil
terhadapnya dengan syarat mereka berpuashati yang ahli itu telah menerima
kenyataan berkenaan hutangnya terlebih dahulu.

e. Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi
sesiapa yang telah membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang.

f. Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu
boleh dipungut dengan persetujuan mesyuarat agung ahli-ahli. Sekiranya ada
ahli yang mungkir membayar wang yuran tersebut dalam tempoh yang telah
ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang yuran tahun.

3. Sumbangan
Pertubuhan ini dibenarkan untuk menerima sumbangan dalam bentuk wang
dan barangan. Sumbangan berbentuk wang hendaklah diisytiharkan dengan
jelas dan tepat dalam Penyata Tahunan pertubuhan.

4. Kegiatan Ekonomi
Pertubuhan ini boleh menjalankan kegiatan ekonomi seperti menjual,
membeli, melabur, menyewa, memiliki harta alih dan tak alih serta lain-lain
kegiatan ekonomi.

4

FASAL 7 MESYUARAT AGUNG

1. Pengelolaan Pertubuhan ini terserah kepada mesyuarat agung ahli-ahli. Sekurang-
kurangnya satu perdua (1/2) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi atau dua
kali jumlah ahli Jawatankuasa, mengikut mana yang kurang, hendaklah hadir di
dalam mesyuarat agung bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi
korum untuk mesyuarat.

2. Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan
untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh
(tidak lebih daripada 30 hari) yang ditetapkan oleh Jawatankuasa; dan jika korum
tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk
mesyuarat yang telah ditangguhkan itu, maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir
menjalankan mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa meminda perlembagaan
pertubuhan.

3. Mesyuarat Agung Tahunan bagi Pertubuhan hendaklah diadakan dalam tempoh
dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh Mesyuarat Agung Tahunan terakhir pada
tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa. Agenda Mesyuarat
Agung Tahunan adalah:

a. mempertimbangkan laporan Jawatankuasa berkenaan aktiviti pertubuhan
yang lalu;

b. mempertimbangkan laporan Bendahari dan penyata kewangan yang telah
diaudit;

c. memilih ahli-ahli Jawatankuasa dan melantik Juruaudit (jika berkenaan)

d. menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan di dalam mesyuarat itu.

4. Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli sekurang-kurangnya 30
hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan diadakan satu agenda mesyuarat
termasuk salinan minit mesyuarat dan laporan aktiviti tahunan serta penyata kira-
kira Pertubuhan bagi tahun lalu yang telah diaudit. Salinan dokumen-dokumen ini
juga hendaklah dibekalkan untuk dibaca oleh ahli-ahli di alamat tempat urusan
Pertubuhan.

5. Mesyuarat Agung Khas bagi pertubuhan ini boleh diadakan:

a. bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa; atau

b. atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis oleh tidak kurang dari satu
perlima 1/5 dari jumlah ahli yang berhak mengundi dengan menerangkan
tujuan dan sebab mengadakannya. Permintaan ini hendaklah dihantar kepada
Setiausaha Pertubuhan.

6. Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu
tarikh di dalam tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu.

7. Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Agung Khas itu hendaklah diedarkan
oleh Setiausaha kepada semua ahli-ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum
tarikh yang telah ditetapkan untuk bermesyuarat.

5

8. Fasal 7(1) dan 7(2) di dalam perlembagaan ini berkenaan korum dan penangguhan
Mesyuarat Agung Tahunan terpakai untuk Mesyuarat Agung Khas, tetapi dengan
syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang telah
ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli itu, maka
mesyuarat tersebut hendaklah dibatalkan dan dalam masa 6 bulan dari tarikh ini,
Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidaklah
boleh diadakan.

9. Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli satu salinan minit
Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Khas dalam tempoh 3 bulan
setelah selesainya mesyuarat itu.

FASAL 8 JAWATANKUASA

1. Satu Jawatankuasa seperti berikut yang dinamakan Pegawai Pertubuhan
hendaklah dipilih setiap tahun di dalam Mesyuarat Agung Tahunan:

Seorang Pengerusi
Seorang Naib Pengerusi
Seorang Setiausaha
Seorang Penolong Setiausaha
Seorang Bendahari

2 orang Ahli Jawatankuasa Biasa

2. Pemegang-pemegang jawatan Pertubuhan ini dan tiap-tiap pegawai yang
menjalankan tugas eksekutif dalam Pertubuhan ini hendaklah terdiri dari
Warganegara Malaysia.

3. Nama-nama untuk jawatan-jawatan di atas hendaklah dicadangkan serta disokong
dan pemilihan akan dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli di dalam
Mesyuarat Agung Tahunan. Semua pegawai boleh dipilih semula setiap tahun.

4. Fungsi Jawatankuasa ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian
Pertubuhan dan membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan
Pertubuhan mengikut dasar am yang telah ditetapkan oleh mesyuarat agung.
Jawatankuasa seharusnya tidaklah boleh mengambil tindakan yang bertentangan
dengan mesyuarat agung dengan tidak terlebih dahulu berhubung dengannya dan
Jawatankuasa mestilah sentiasa mematuhi keputusan mesyuarat agung.
Jawatankuasa hendaklah mengemukakan laporan berkenaan kegiatannya dalam
tahun yang lalu kepada tiap-tiap Mesyuarat Agung.

5. Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya 8 kali dalam setahun.
Notis bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli Jawatankuasa 7
hari terlebih dahulu. Pengerusi dengan bersendirian atau tidak kurang daripada 4
orang ahli Jawatankuasa bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan
mesyuarat Jawatankuasa pada bila-bila masa. Sekurang-kurangnya setengah (1/2)
daripada bilangan ahli Jawatankuasa hendaklah hadir bagi mengesahkan
perjalanan dan mencukupkan korum mesyuarat

6. Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan Jawatankuasa dan

6

mesyuarat Jawatankuasa tidak dapat diadakan, maka Setiausaha bolehlah
mendapatkan kelulusan dari ahli-ahli Jawatankuasa secara pengedaran surat
pekeliling. Syarat-syarat mengenainya seperti berikut mestilah disempurnakan
sebelum keputusan Jawatankuasa:

a. Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang di dalam
surat pekeliling yang diedarkan kepada tiap-tiap ahli Jawatankuasa;

b. Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli Jawatankuasa mestilah
menyatakan persetujuan atau bantahan mereka terhadap itu; dan

c. Keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak. Sebarang keputusan
yang didapati melalui surat pekeliling hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha
kepada mesyuarat Jawatankuasa berikutnya untuk disahkan dan dicatitkan
dalam minit.

7. Ahli Jawatankuasa yang mungkir menghadiri mesyuarat Jawatankuasa tiga kali
berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai telah
meletakkan jawatan.

8. Jika seorang ahli Jawatankuasa meninggal dunia atau meletakkan jawatan, calon
yang kedua mendapat undi terbanyak di dalam pemilihan yang lalu hendaklah
dipanggil untuk memenuhkan kekosongan itu. Jika calon yang sedemikian tidak
ada atau menolak jawatan itu, maka berkuasalah Jawatankuasa melantik ahli yang
lain memenuhkan kekosongan itu sehingga Mesyuarat Agung Tahunan diadakan.

9. Jawatankuasa boleh memberi arahan kepada Setiausaha dan pegawai-pegawai
lain untuk menjalankan urusan Pertubuhan, dan melantik pengurus dan kakitangan
yang difikirkan mustahak. Ia boleh menggantungkan atau melucutkan jawatan
sebarang pengurus atau kakitangan kerana cuai di dalam pekerjaan, curang, tidak
cekap, engkar menjalankan keputusan Jawatankuasa, atau kerana sebab-sebab
yang difikirkan boleh merosakkan kepentingan Pertubuhan.

10. Jawatankuasa boleh menubuhkan Jawatankuasa Kecil jika difikirkan mustahak dan
memberikan kewajipan khas kepada sebarang ahli Jawatankuasa.

11. Jawatankuasa yang lama hendaklah menyerahkan semua dokumen Pertubuhan
seperti sijil pendaftaran, perlembagaan berdaftar, salinan Penyata Tahunan, surat-
surat maklumbalas, buku-buku akaun, buku bank, cek dan resit, geran-geran tanah,
senarai aset dan sebagainya kepada Jawatankuasa baru.

FASAL 9 KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI

1. Pengerusi, dalam tempoh menyandang jawatannya, hendaklah menjadi Pengerusi
semua mesyuarat agung dan semua mesyuarat Jawatankuasa dan
bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. Ia
mempunyai undi pemutus dan hendaklah ia menandatangani minit mesyuarat bila
ia diluluskan.

2. Timbalan Pengerusi hendaklah memangku jawatan Pengerusi semasa
ketiadaannya.

7

3. Setiausaha hendaklah menjalankan kerja pentadbiran Pertubuhan mengikut
perlembagaan dan hendaklah ia menjalankan semua perintah mesyuarat agung
dan jawatankuasa. Ia bertanggungjawab mengendalikan urusan surat menyurat
dan menyimpan semua rekod dan dokumen Pertubuhan, kecuali buku-buku akaun
dan dokumen kewangan. Setiausaha hendaklah menyimpan buku daftar ahli yang
mengandungi maklumat terperinci ahli mengikut kategori seperti nama, tempat dan
tarikh lahir, nombor kad pengenalan, pekerjaan, nama dan alamat majikan dan
alamat rumah kediaman tiap-tiap ahli. Ia hendaklah hadir dalam semua mesyuarat
dan membuat catatan mesyuarat.

4. Penolong Setiausaha hendaklah menolong Setiausaha menjalankan kerja-kerjanya
dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan Setiausaha.

5. Bendahari adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Pertubuhan.
Dia hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya atas ketepatan penyata kewangan
pertubuhan yang terdiri daripada penyata penerimaan dan perbelanjaan serta kunci
kira-kira.

6. Ahli Jawatankuasa Biasa hendaklah membantu Jawatankuasa dalam menjalankan
tugas yang diarahkan olehnya.

FASAL 10 KEWANGAN

1. Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan berikut dalam perlembagaan ini wang
Pertubuhan ini boleh digunakan untuk perkara-perkara yang berfaedah bagi
menjalankan tujuan-tujuan Pertubuhan, termasuklah belanja pentadbiran, bayaran
gaji, biayaan dan perbelanjaan pegawai-pegawai dan kakitangan yang bergaji serta
upah juruaudit.

2. Bendahari dibenarkan menyimpan wang tunai tidak lebih daripada RM 500 (Ringgit
Malaysia Lima Ratus Ringgit Sahaja) pada sesuatu masa. Wang yang lebih dari
jumlah itu mestilah dalam tempoh 7 hari dimasukkan ke dalam akaun bank atas
nama Pertubuhan.

3. Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang dari akaun Pertubuhan hendaklah
ditandatangani bersama oleh Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari.
Walaubagaimanapun, Jawatankuasa berhak melantik sesiapa antara mereka
sebagai pengganti untuk menandatangani cek atau pengeluaran wang Pertubuhan
semasa ketiadaan mana-mana penandatangan tersebut.

4. Perbelanjaan yang lebih daripada RM 1000 (Ringgit Malaysia Seribu Ringgit
Sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih
dahulu oleh Jawatankuasa, dan perbelanjaan yang lebih daripada RM 50000
(Ringgit Malaysia Lima Puluh Ribu Ringgit Sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh
dilakukan tanpa mendapat kebenaran mesyuarat agung terlebih dahulu.
Perbelanjaan RM 1000 (Ringgit Malaysia Seribu Ringgit Sahaja) dan ke bawah
bagi sesuatu masa boleh diluluskan bersama oleh Pengerusi, Setiausaha dan
Bendahari.

5. Penyata kewangan bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari dan

8

diperiksa oleh Juruaudit yang dilantik di bawah Fasal 11 perlembagaan ini dengan
seberapa segera setelah tamatnya tahun kewangan. Penyata kewangan yang telah
diaudit itu hendaklah diedarkan untuk makluman ahli-ahli dan dikemukakan untuk
diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan yang berikut. Setiap salinan tersebut
hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli di tempat urusan Pertubuhan.
6. Tahun kewangan Pertubuhan ini hendaklah bagi tempoh 12 bulan iaitu bermula dari
1 April .

FASAL 11 JURUAUDIT

1. Seorang yang bukannya pegawai Pertubuhan hendaklah dilantik di dalam
Mesyuarat Agung Tahunan sebagai Juruaudit. Mereka yang memegang jawatan
selama dua tahun boleh dilantik semula.

2. Juruaudit adalah dikehendaki memeriksa penyata kewangan Pertubuhan bagi
setiap tahun. Juruaudit hendaklah membuat perakuan dan menandatangi penyata
kewangan tersebut untuk pertimbangan Mesyuarat Agung Tahunan. Mereka juga
dikehendaki pada bila-bila masa oleh Pengerusi mengaudit penyata kewangan
Pertubuhan pada bila-bila masa di dalam tempoh perkhidmatan mereka dan
membuat laporan kepada Jawatankuasa.

FASAL 12 PENTADBIR HARTA

1. Segala harta tidak alih Pertubuhan hendaklah didaftarkan atas nama Pertubuhan
dan segala surat cara pelaksanaan berkaitan dengan harta ini dianggap sah dan
berkuatkuasa seolah-olah ianya telah dilaksanakan oleh seorang tuan punya
berdaftar dengan syarat surat cara itu disempurnakan oleh 3 orang pemegang
jawatan pertubuhan pada masa itu yang mana perlantikan mereka disahkan melalui
sijil perakuan yang dikeluarkan oleh Pendaftar Pertubuhan dan dimeteri dengan
meteri Pertubuhan.

2. Harta tidak alih Pertubuhan tidak boleh dijual, digadai, ditarik balik atau ditukar milik
tanpa persetujuan Mesyuarat Agung.

FASAL 13 TAFSIRAN PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN

1. Dalam tempoh diantara dua Mesyuarat Agung, Jawatankuasa boleh memberikan
tafsirannya kepada perlembagaan ini dan Jawatankuasa, jika perlu, boleh
memutuskan perkara-perkara yang kurang jelas di dalam perlembangaan ini.

2. Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang
telah dibuat dalam mesyuarat agung, keputusan Jawatankuasa terhadap ahli-ahli
adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan Mesyuarat Agung.

9

FASAL 14 PENASIHAT/PENAUNG

1. Jawatankuasa boleh, jika difikirkan perlu, melantik orang-orang yang layak menjadi
Penasihat/Penaung bagi Pertubuhan ini dengan syarat orang yang dilantik itu
menyatakan persetujuannya secara bertulis terlebih dahulu.

FASAL 15 LARANGAN

1. Sebarang bentuk perjudian seperti yang ditafsirkan dalam Akta Rumah Judi
Terbuka, 1953 adalah dilarang di permis pertubuhan.

2. Pertubuhan atau ahli-ahlinya tidak harus cuba menghalang atau dengan apa cara
juga mengganggu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan
di dalam gerakan kesatuan pekerja seperti definisi di dalam Akta Kesatuan Pekerja
1959.

3. Pertubuhan ini tidak boleh menjalankan loteri sama ada dikhaskan kepada ahli-ahli
atau tidak, atas nama Pertubuhan atau pegawai-pegawai atau Jawatankuasa atau
ahli, tanpa kelulusan dari pihak berkuasa yang berkenaan.

4. "Faedah" seperti yang diterangkan di bawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966,
tidaklah boleh diberikan oleh Pertubuhan kepada mana-mana ahlinya.

5. Semua wang dan keuntungan yang didapati oleh Pertubuhan ini hasil dari
penyertaannya dalam kegiatan ekonomi hendaklah disalurkan kembali kepada
pertubuhan bagi mencapai matlamat pertubuhan ini dan tidak boleh digunakan
untuk membayar faedah, keuntungan atau bonus kepada mana-mana ahli
Pertubuhan. Sungguhpun begitu peruntukan ini tidak menghalang sebarang
pembayaran gaji atau perbelanjaan pentadbiran atau kedua-duanya kepada mana-
mana ahli atau pekerja Pertubuhan.

FASAL 16 PINDAAN PERLEMBAGAAN

1. Perlembagaan ini tidak boleh dipinda kecuali dengan keputusan Mesyuarat Agung.
Permohonan untuk pindaan perlembagaan hendaklah dikemukakan kepada
Pendaftar Pertubuhan dalam masa 60 hari dari tarikh keputusan Mesyuarat Agung
yang meluluskan pindaan itu dan hanya boleh dikuatkuasakan mulai daripada tarikh
pindaan itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.

FASAL 17 PEMBUBARAN

1. Pertubuhan ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang
daripada tiga perlima (3/5) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi dalam suatu
mesyuarat agung yang dipanggil khas kerananya.

2. Sekiranya Pertubuhan hendak dibubarkan secara yang disebutkan di atas, maka
segala hutang dan tanggungan Pertubuhan yang sah mengikut perlembagaan
10

hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut
cara yang dipersetujui dalam mesyuarat agung berkenaan.
3. Permohonan pembubaran ini hendaklah disampaikan kepada Pendaftar
Pertubuhan dalam masa 14 hari dari tarikh keputusan pembubaran itu.
FASAL 18 BENDERA, LAMBANG DAN LENCANA
1. Bendera
-
Keterangan
-
2. Lambang
-
Keterangan
-
3. Lencana
-
Keterangan
-

11


Click to View FlipBook Version