Pada zaman dahulu, di dalam sebuah hutan rimba yang
tebal, dihuni oleh pelbagai jenis binatang liar. Namun,
terdapat seekor binatang yang sangat terkenal dalam
kalangan binatang tersebut dengan kebijaksanaannya.
Dialah Sang Kancil yang
bijak bestari.
Pada suatu hari, Sang Kancil sedang bersiar – siar di tebing sungai sambil
menikmati pemandangan di kawasan hutan dan bertegur sapa dengan
kesemua binatang yang dia jumpa. ‘Amannya dunia.’ hati kecil Sang Kancil
berkata dengan perasaan yang sangat tenang. Sehingga dia ternampak
sepohon pokok yang besar di seberang sungai.
“Eh, pokok buah jambu!” Kebetulan pada Ketika itu
juga Sang Kancil berasa lapar dan ingin memakan buah
jambu itu. Namun, dia tidak tahu bagaimana hendak
pergi ke seberang sungai. Sehingga dia mendapat satu
akal.
Sang Kancil mula memanggil buaya –
buaya di dalam sungai itu, “Buaya, oh
buaya. Keluarlah, aku nak sampaikan
pesanan dari Nabi Sulaiman ni.”
Seekor demi seekor buaya mula menimbulkan diri.
Sang Kancil menjadi takut setelah melihat 6 ekor
buaya yang besar berada di hadapannya. “Kami
dah keluar!” kata buaya – buaya itu.
“Ah! Kau nak apa Kancil? Kau nak kena makan oleh
kami?” kata buaya. Sang Kancil terkedu dan berasa takut
setelah mendengar ayat amaran dari buaya itu. “Tak.
Bukan macam tu” Kancil berasa takut apabila buaya itu
mendekatinya dan berkata, “habis tu….?”
Sang Kancil dengan beraninya berkata, “wahai buaya – buaya semua, ini
merupakan pesanan dari Nabi Sulaiman. Dia nak aku kira berapa ekor buaya
yang ada pada masa ini kerana dia nak jemput untuk datang ke majlis
santapan baginda nanti.” Buaya – buaya itu bertambah gembira lagi apabila
Kancil memberitahu jenis juadah yang ada pada majlis itu.
Tanpa berfikir panjang, buaya – buaya
itu terus mengikuti arahan Sang
Kancil yang bijak itu. Sang Kancil apa
lagi, terus menjalankan misinya.
Sang kancil melompat dan mengira sambil
menyanyi, “satu dua tiga lekuk, jantan betina aku
ketuk”. Kesemua kepala buaya itu diketuk oleh
Sang Kancil menggunakan kakinya.
Setelah kancil sudah sampai ke sebarang sungai, buaya bertanya,
“bilakah majlis santapan Nabi Sulaiman itu diadakan?” begitu
juga dengan buaya – buaya yang lain. Mereka langsung tidak
sabar setelah mengetahui akan adanya majlis santapan itu.
Sang Kancil dengan beraninya berkata, “sebenarnya, Nabi
Sulaiman tak cakap apa – apa pun dekat aku. Aku cuma nak
makan buah jambu ini saja. Jadi, aku nak ucapkan ribuan
terima kasih atas bantuan yang awak semua bagi. Selamat
tinggal buaya – buaya ku!
Sang Kancil terus melarikan diri sebelum dikejar
oleh buaya – buaya itu. ‘Kena juga buaya – buaya
tu oleh aku. Padan muka’ kata Sang kancil di
dalam hati dengan gembiranya.
Buaya - buaya berasa tidak puas hati terhadap
tindakan Kancil yang menipunya dan akan
cuba mencari jalan untuk membalas dendam
terhadap Sang Kancil. “Kau tunggu Kancil!”
Sang Kancil dengan seleranya memakan buah
jambu. Setelah selesai, dia mula terasa haus dan
terus pergi ke tebing sungai untuk meminum air.
Namun, bak kata pepatah, air yang tenang jangan disangka
tiada buaya. Sedang asyik meminum air, tiba – tiba kaki
Kancil telah digigit oleh buaya. “Akhirnya, aku dapat juga
balas dendam. Ini akibatnya jika kau menipu aku dan anak -
anak buah aku.”
Sang Kancil berasa takut kerana nyawa Kancil bagai
telur di hujung tanduk. Dia cuba mencari jalan untuk
melepaskan diri dari dimakan buaya itu.
Tiba – tiba, “aduhai, buaya! Awak ni macam tak
ada benda lain lagi ke awak nak makan selain
kayu?” Kancil mencuba lagi untuk menipu buaya.
“ka…kayu?” buaya terkejut
dengan kata – kata Sang
Kancil.
“Ya, kayu. Yang ini baru kaki aku. Alahai, buaya! Pendek
sangat akal kau. Tahu nak makan saja.” Kancil terus-terusan
menghina buaya. Buaya, apa lagi, tanpa berfikir panjang
terus menggigit kaki kancil yang sebenarnya itu adalah kayu.
Sang Kancil berjaya melarikan diri sekali lagi selepas buaya tersebut
melepaskan kakinya. “Selamat tinggal, buaya ku.” Buaya berasa sangat
marah dan tidak puas hati. Dia segera Kembali ke sungai dengan
harapan dapat membalas dendam terhadap tindakan Kancil. “Kau
cuma terlepas kali ini sahaja, Kancil. Lain kali kau tak akan terlepas!”
Buaya berkata dengan nada yang marah.
Moral dari cerita ini adalah:
❖Kita hendaklah sentiasa berhati – hati terhadap bahaya yang
boleh berlaku bila – bila masa.
❖Jangan sesekali suka menipu kerana pasti akan membawa
padah yang buruk.
❖Kita hendaklah cuba untuk mencari jalan untuk
menyelamatkan diri dari perkara buruk.
❖Pencipta buku ini merupakan seorang pelajar dari kelas
Sastera Blok 3.
❖Panggil sahaja pencipta buku ini dengan panggilan
manjanya, Siti.
❖Terima Kasih kerana sudi membaca E-book ini.