TOK JANGGUT @ HAJI MAT HASSAN
(i) Latar belakang
Nama sebenar Haji Mat Hassan bin Munas
Dikenali sebagai Tok Janggut kerana beliau menyimpan janggut hingga ke
paras dada
Dilahirkan tahun 1853 di Kampung Jeram, Pasir Puteh, Kelantan
Mendapat pendidikan pondok di Kelantan dan Makkah
Mahir dalam ilmu persilatan
Menetap di Kampung Nering, Kelantan
Bekerja sebagai petani dan peniaga
(ii) Pengenalan
Haji Mat Hassan ialah anak kepada panglima Munah iaitu panglima kesayangan engku
Seri Maharaja Jeram. Beliau lahir pada 1853 di Kampung Jeram. Sejak kecil beliau telah
dihantar mengaji di sebuah pondok di Kelantan. Beliau mempelajari seni silat dari
PERJUANGAN TOK JANGGUT seorang Minangkabau. Setelah
tamat pengajian, Nik Hassan
Perjuangan tokoh yang nama sebenarnya, Mat berkhidmat sebagai panglima
kepada Engku Seri Maharaja
Hassan Panglima Munas itu cuba dinafikan, Jeram. Beliau kemudiannya
menunaikan haji di Mekah.
malah perkataan ‘jihad’ yang dilancarkan Tok Sekembalinya dari Mekah, Nik
Hassan digelar Tok Janggut
Janggut diganti dengan perkataan kerana janggutnya yang
panjang. Beliau tinggal di
‘pemberontakan’ dan ‘penderhakaan’. Kampung Nering dan
berkahwin dengan Siti Hajar,
Inggeris benar-benar mahu memburukkan nama namun tidak mempunyai anak.
Pekerjaan Janggut ketika itu
baik pejuang kebebasan itu berikutan kesan dan ialah bertani dan mengajar seni
silat. Pada waktu lapang, Tok
pengaruh Tok Janggut yang bukan kecil. Pada Janggut suka berlaga ayam dan
bermain gasing. Menurut Nik
mereka jika tindakan Tok Janggut tidak disekat, Anuar Nik Mahmud, dengan
keberanian dan kebengisan
maruah sebagai kuasa dunia dan bangsa yang Tok Janggut beliau telah
dianggap oleh orang kampung
‘pintar’ akan terjejas. sebagai ketua mereka. Beliau
sangat dihormati. Menurut Nik
Mereka mengambil keputusan membunuh Tok Anuar Nik Mahmud (1999: 32)
orang kampung menghormati
Janggut. Apabila tokoh yang juga ulama itu Tok Janggut kerana beliau
cepat tersinggung dan kadang-
meninggal, mereka sedar ‘aura perjuangan’ Mat kadang membawa kepada
pertikaman dan juga
Hassan juga perlu dihapuskan bagi mengelakkan pembunuhan orang dalam
diam-diam.
peristiwa itu berulang.
Seterusnya mereka melancarkan perang saraf
memburukkan Tok Janggut dan pengikutnya,
dengan harapan generasi mendatang
menganggap lelaki itu dan kumpulannya
penderhaka dan pengkhianat bangsa dan negara.
Umpama menyelimuti gajah dengan sapu tangan,
usaha itu tidak berhasil kerana masyarakat
masih menyanjung sumbangan Tok Janggut
berserta sahabat dan pengikutnya terhadap
negara.
Walaupun usahanya menentang dan mengusir
penjajah dari bumi Melayu tidak kesampaian,
semangat cintakan agama, bangsa dan tanah air
yang tertanam kukuh di jiwa tokoh itu masih
kekal disanjung sehingga kini.
Kesedaran Mat Hassan terhadap agama, bangsa dan
tanah air dipupuk sejak kecil. Beliau dilahirkan di
Kampung Saring, daerah Jeram, Kelantan pada 1850.
Berikutan ayahandanya berkhidmat sebagai panglima
istana, dia turut dibesarkan dalam istana Tengku Seri
Maharaja Jeram.
.
:: TOK JANGGUT PEJUANG JIHAT
Perjuangan Tok Janggut ini cuba
dinafikan, malah perkataan ‘jihad’ yang
dilancarkan Tok Janggut diganti dengan
perkataan ‘pemberontakan’ dan
‘penderhakaan’.
Inggeris benar-benar mahu
memburukkan nama baik pejuang
kebebasan itu berikutan kesan dan
pengaruh Tok Janggut yang bukan kecil.
Pada mereka jika tindakan Tok Janggut
tidak disekat, maruah sebagai kuasa
dunia dan bangsa yang ‘pintar’ akan
terjejas.
Mereka mengambil keputusan
membunuh Tok Janggut. Apabila tokoh
yang juga ulama itu meninggal, mereka
sedar ‘aura perjuangan’ Mat Hassan juga
perlu dihapuskan bagi mengelakkan
peristiwa itu berulang.
Seterusnya mereka melancarkan perang
saraf memburukkan Tok Janggut dan
pengikutnya, dengan harapan generasi
mendatang menganggap lelaki itu dan
kumpulannya penderhaka dan
pengkhianat bangsa dan negara.
Walaupun usahanya menentang dan Umpama menyelimuti gajah dengan
mengusir penjajah dari bumi Melayu tidak sapu tangan, usaha itu tidak berhasil
kesampaian, semangat cintakan agama, kerana masyarakat masih menyanjung
bangsa dan tanah air yang tertanam kukuh sumbangan Tok Janggut berserta
di jiwa tokoh itu masih kekal disanjung sahabat dan pengikutnya terhadap
sehingga kini. negara.
Kesedaran Mat Hassan terhadap agama, bangsa dan tanah air dipupuk sejak
kecil. Beliau dilahirkan di Kampung Saring, daerah Jeram, Kelantan pada 1850.
Berikutan ayahandanya berkhidmat sebagai panglima istana, dia turut
dibesarkan dalam istana Tengku Seri Maharaja Jeram.
Beliau belajar ilmu agama di Makkah. Ketika berusia 52 tahun dan masih di
Makkah, Patani dikuasai Siam. Gurunya, Syeikh Ahmad memberi amanat supaya
muridnya berikhtiar membebaskan jajahan dikenali sebagai Serambi Makkah itu.
Ketika itu, Inggeris mula melebarkan penjajahan ke negeri Melayu di Utara dan
Timur Semenanjung selepas berjaya menguasai negeri di pantai Barat
Semenanjung.
Perjanjian Bangkok yang dimeterai antara Inggeris dan Siam menyebabkan
Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis diletakkan di bawah kuasa Inggeris
manakala Patani, Menara, Jalor dan Setol di bawah Siam.
Kehadiran Inggeris di Kelantan tidak direstui
orang Melayu dan perubahan pentadbiran yang
diperkenalkan penjajah ternyata menindas
penduduk watan.
Mat Hassan pulang ke Kelantan tatkala Sultan
dan pembesar Melayu di Kota Bharu tidak
terdaya melawan Inggeris. Beliau menawarkan
diri kepada Ungku Besar Jeram untuk
menubuhkan barisan menentang penjajah itu.
Mat Hassan juga berhubung rapat dengan
pejuang Melayu Pahang seperti Tok Gajah, Mat
Kilau dan Datuk Bahaman.
Sentimen anti-Inggeris semakin meningkat
apabila tercetusnya Perang Dunia Pertama pada
Ogos 1914. Kerajaan Kelantan yang berada
dalam keadaan tersepit akibat perjanjian
Inggeris-Kelantan 1910 dipaksa menyatakan
bahawa mereka menyebelahi England dalam
peperangan itu.
Keputusan Kelantan memihak kepada British
dan bukan Turki Uthmaniah dalam Perang
Dunia Pertama mengecewakan Tok Janggut
kerana bertentangan dengan fatwa Syaikhul
Islam, Khayri Effendi, yang mewajibkan umat
Islam berjihad menentang British dan
sekutunya.
Penindasan menerusi kutipan cukai yang tinggi
menyemarakkan lagi kemarahan orang Melayu. Pada
mulanya Tok Janggut dan pengikut turut membayar cukai
walaupun tidak berpuas hati.
Kekacauan bermula apabila pejabat jajahan mengambil
masa tiga hari untuk mengutip hasil kerana hanya ada
seorang petugas hingga menyukarkan orang kampung.
Berikutan itu, Mat Hassan memutuskan tidak membayar
cukai dan memulakan kempen penentangan.
Disebabkan tidak sanggup menahan derita, ramai
penduduk menyebelahi Tok Janggut dan kesedaran
membela agama, bangsa dan tanah air itulah menjadi
prolog kisah perjuangannya.
Pada 29 April 1915, Mat Hassan bermesyuarat dengan
pengikutnya di rumah Tok Nik Bas di Kampung Tok Akib
mengenai strategi menentang Inggeris dan memutuskan
mengambil alih pemerintahan di Pasir Puteh dan
mengisytiharkan jajahan itu merdeka.
Bagaimanapun mesyuarat sulit itu diketahui Pegawai Jajahan Pasir Puteh yang
berasal dari Singapura iaitu Latiff, yang kemudian mengeluarkan waran kepada
Ketua Balai Polis, Sarjan Che Wan Sulaiman, untuk menangkap Mat Hassan.
Sarjan Che Wan yang diiringi beberapa anggotanya bertolak ke Kampung Tok
Akib pada pagi 29 April bagi memaksa Mat Hassan menyerah diri. Ketika tiba di
kampung itu, Mat Hassan sedang berucap di hadapan kira-kira 1,000 penduduk
yang kebanyakannya bersenjata.
Tok Janggut bersetuju mengikut polis ke pejabat jajahan untuk memberi
penjelasan mengenai tindakannya. Layanan polis terhadapnya ketika itu
menyebabkan timbul persengketaan. Beliau tidak setuju polis berjalan di
belakangnya kerana kelihatan seolah-olah mereka mengawal tindakannya
daripada melarikan diri dan mahu polis berjalan seiring atau di hadapannya.
Bagaimanapun polis tetap berkeras menyebabkan Mat Hassan menikam Sarjan
Che Wan dengan kerisnya sehingga mati. Itulah permulaan peperangan antara
Tok Janggut dengan Inggeris.
Tok janggut dan pengikutnya bergerak ke Pasir Puteh menyebabkan pegawai
Inggeris di jajahan itu melarikan diri menggunakan bot ke Kota Bharu. Tok
Janggut berjaya menawan Pasir Puteh dan menubuhkan pentadbiran sendiri dan
beliau diisytihar Ketua Menteri dan Ungku Besar Jeram sebagai Raja.
Perkembangan di Pasir Puteh membimbangkan pihak istana di Kota Bharu
kerana sebelum ini sultan sudah memberi jaminan bertulis kepada Inggeris akan
memastikan kekacauan tidak berlaku di Kelantan.
Sejurus selepas berunding dengan
Langham-Carter, Sultan Muhammad ke-
IV mengarahkan Datuk Menteri Mohd
Hassan Ismail dan Datuk Bentara Setia
Nik Mahmud Ismail bertolak ke Pasir
Puteh untuk berunding dan mereka
meminta bantuan Datuk Imam Lebai
Kadir.
Ungku Besar dan Tok Janggut
menjelaskan kepada Datuk Imam Lebai
Kadir bahawa beliau dan pengikutnya
tidak berniat menderhaka tetapi
bertujuan menghalau Latiff yang
dianggap sebagai penindas.
Atas cadangan Penasihat British dan
sokongan Datuk Bentara Setia dan Datuk Menteri, Sultan Muhammad ke-IV
memutuskan menangkap Tok Janggut dan pengikutnya atas kesalahan
menderhaka.
Malah, satu tawaran turut dihebahkan kepada masyarakat bahawa sesiapa yang
berjaya menangkap Tok Janggut dan 21 pengikut kanannya akan menerima
ganjaran.
Langham-Carter tidak yakin dengan kemampuan Sultan menghadapi
kebangkitan Tok Janggut, selain mengesyaki baginda dan beberapa pembesar
seperti Tengku Chik Penambang bersimpati dengan Tok Janggut.
Beliau meminta Gabenor menghantar bantuan tentera ke Kelantan dan seramai
239 askar Inggeris dihantar ke negeri itu pada 3 Mei 1915. Bagaimanapun
pengikut Tok Janggut mengambil keputusan bijak dengan tidak berdepan
pasukan Inggeris yang mempunyai kelengkapan senjata itu. Sebaliknya, mereka
bersembunyi dan selepas seminggu, tentera Inggeris terpaksa kembali ke
Singapura.
Selepas mendapat tahu kumpulan Tok Janggut akan kembali menguasai Pasir
Puteh, Inggeris kembali membawa masuk tentera Sikh untuk membakar rumah
penduduk kampung. Tindakan itu mencetuskan kemarahan Tok Janggut dan
menyerang khemah tentera di Pasir Puteh pada jam 3 pagi, 24 Mei 1915.
Langham-Carter, Pepys, AG Maxwell dan beberapa pegawai Inggeris pula
memimpin pasukan Malay State Guides memburu kumpulan Tok Janggut dan
menggeledah rumah Khatib Abu Bakar di Kampung Merbol kerana
mengesyakinya bersembunyi di situ.
Khatib Abu Bakar cuba menghalang askar Sikh daripada mencerobohi rumahnya
dan akibatnya beliau ditikam mati.
Pasukan Tok Janggut dan tentera Inggeris bertembung di Kampung Dalam
Pupoh tidak jauh dari Kampung Merbol dan dengan laungan “Allahu akbar!”,
Tok Janggut dan pasukannya bertempur hebat. Bagaimanapun, Tok Janggut
terbunuh bersama ramai pengikutnya.
Mayatnya kemudian diarak sekitar Pasir Puteh sebelum dibawa ke Kota Bharu
dan digantung dengan kaki ke atas, kepala ke bawah di Padang Merdeka sebelum
dikebumikan di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan
Tok Janggut dan Gerakan Anti-British, 1904-
1914
Dalam sejarah kebangkitan rakyat Kelantan menentang
pentadbiran kolonial pada tahun 1915, Tok Janggut
memainkan peranan penting sekali di dalam
kebangkitan itu. Sebenarnya, kesan-kesan perubahan
kepada rakyat Kelantan yang membawa kepada
kebangkitan pada tahun 1915 berpunca dari pembukaan
bandar Pasir Puteh pada tahun 1904 dan pelantikan
ketua jajahan iaitu incheYim.
Di setiap daerah pula dilantik Tok Kweng atau
Penggawa untuk mengurus dan membantu ketua
jajahan menjalankan pentadbiran. Di daerah Jeram, Tok
Kwengnya ialah Engku Muda manakala Engku Besar
Tuan Ahmad anak kepada Engku Pandak telah diangkat
menjadi Tok Kweng muda sahaja.
Tanggungjawab Tok Kweng ialah menjaga keamanan di
dalam daerahnya dan memungut hasil mahsul serta
menjalankan urusan-urusan tentang tanah,
penyembelihan lembu, kerbau dan lain-lain. Di bawah
Tok Kweng dilantik pula Tok Nebeng (penghulu) yang
bertanggungjawab kepada Tok Kweng.
Tok Nebeng bertanggungjawab mengutip hasil dan menjaga keamanan kampung.
Struktur pentadbiran ini menunjukkan bahawa satu sistem pentadbiran moden telah
diwujudkan di Pasir Puteh.
Menurut tulisan Nik Anuar Nik Mahmud pada awal kurun ke-20 kebanyakan
penduduk di jajahan ini tinggal di daerah Jeram iaitu Jeram, kampung Saring,
kampung Nering, kampung Raja dan PengkalanLimbongan.
Ramai daripada penduduk tinggal di daerah Jeram kerana ia merupaka pusat
pentadbiran raja wilayah semenjak Long Ghafar lagi. Pasir Puteh juga terkenal
sebagai pusat perniagaan yang menghubungkan daerah-daerah lain seperti Bachok
atau Tumpat, Kota Bharu dan Kuala Terengganu melalui sungai Semerak.
Pembukaan bandar Pasir Puteh dan
pelantikan ketua jajahan telah memberi yang
amat mendalam Engku Besar Tun Ahmad.
Perubahan tersebut bermakna kekuasaan
tradisi terhadap daerah Jeram semenjak Long
Ghafar lagi mulai merosot dan kehilangan
kuasa.
Kedudukannya hanya sebagai Tok Kweng
muda membimbangkan Engku Besar Tun
Ahmad kerana posisi tersebut bererti Engku
Besar berada di bawah ketua jajahan.
Engku Besar Tun Ahmad enggan menerima
perubahan ini kerana akan merendahkan
kedudukannya sebelum ini yang berlatar
belakangkan sejarah keturunan beliau dari
long Ghafar dan diberi kuasa autonomi untuk
mentadbir Jeram. Ketidakpuasan hati ini juga
disebabkan oleh ketua jajahan itu bukan anak
tempatan tetapi anak Singapura.
Perasaan tidak puas hati Engku Besar ini
mendapat simpati Tok Janggut iaitu bekas
panglima kepada almarhum Engku Seri
Maharaja Jeram. Beliau juga turut mendapat
simpati dari penghulu Adam, Haji Said
Merbol dan incheIshak.
Kesimpulan
Setelah berhadapan dengan berhadapan dengan kebangkitan Tok Janggut menentang
pelaksanaan Peraturan Tanah Baru, pihak pentadbir mengambil langkah lebih berhati-
hati. Walaupun kebangkitan ini ditumpaskan dan Tok Janggut terkorban, akan tetapi
penasihat British yang menggantikan W. Langham-Carter terpaksa lebih menumpukan
perhatian kepada pemodenan yang lebih umum. Hal ini kerana kegiatan huru-hara seperti
itu walaupun kecil telah menimbulkan kesulitan kepada kerajaan dan sedikit sebanyak
menjejaskan imej pentadbir-pentadbir mereka. Justeru, untuk mengelak daripada
timbulnya perasaan tidak puas hati dan penentangan rakyat, langkah-langkah
pembaharuan dalam melaksanakan pentadbiran tanah yang lebih berkesan dan telah
diambil. Pihak British juga berharap agar langkah pembaharuan ini dapat
memperkukuhkan lagi kedudukan mereka di Kelantan. Dengan itu akan melancarkan
perjalanan sistem pentadbiran tanah. Kelantan juga cuba ditadbir secara longgar dan
dibiarkan dengan lenggoknya sendiri. Maknanya corak pentadbiran lebih cenderung
mempertahankan ciri ketradisionalan negeri itu.
Bagaimanapun tidak dapat dinafikan bahawa apabila British masuk, perkara pertama
yang dilakukan adalah membuat perubahan ke atas sistem yang sedia ada. Perubahan ini
tentunya mengundang reaksi dari masyarakat, misalnya kebangkitan Tok Janggut.
Justeru, pihak penjajah British mulai sedar betapa perlunya sikap berhati-hati serta
kerjasama golongan elit tradisional demi menjayakan dasarnya di negeri-negeri Melayu.
Maknanya apabila British masuk mereka sudahpun merancang untuk membuat
pembaharuan terutama dalam pentadbiran tanah. Jadi, kebangkitan Tok Janggut
menentang peraturan baru itu menjadi pemangkin yang mempercepatkan lagi hasrat
British untuk melaksanakan apa yang telah dirancangkan.