MPU23032
PENGAJIAN ISLAM
SEMESTER PENDEK
2021
Gejala Keruntuhan Akhlak :
Penyalahgunaan Bahan Terlarang Dalam Kalangan Pelajar IPT.
Nur Fakhira Syaqira Binti Rosli 21DDT19F2001 DDT3A
Noor Azmira Binti Mohd Khalid 21DDT19F2012 DDT3A
Fazilah Binti Mohd Yusoff 21DDT19F2013 DDT3B
Nur Aiena Nafiesa Binti Ahmad Razali 21DDT19F2020 DDT3B
PENGHARGAAN
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Syukur ke hadrat Ilahi dengan berkat keizinan dan kemudahan daripadaNya, kami dapat menyiapkan
tugasan E-Folio MPU23032 Pengajian Islam ini dengan jayanya. Disamping berusaha menyiapkan
tugasan ini sepenuhnya, kami juga mendapat pengalaman dan ilmu pengetahuan baru yang dapat
memberi manfaat kepada kami.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada para pensyarah MPU23032 Pengajian Islam Ustazah Nurul Adha
Binti Rajali, Ustazah Siti Nazilah Binti Hamzah dan Ustaz Mohd Azrul Bin Jaafar yang telah berusaha
sehabis baik menyampaikan ilmu dan membantu memberi tunjuk ajar mengenai tugasan ini bagi
memenuhi kriteria yang telah ditetapkan.
Sekalung penghargaan kepada ahli-ahli kumpulan, Noor Azmira Binti Mohd Khalid, Nur Fakhira Syaqira
Binti Rosli, Fazilah Binti Mohd Yusoff dan Nur Aiena Nafiesa Binti Ahmad Razali yang telah bertungkus
lumus menyiapkan tugasan ini dan saling membantu antara satu sama lain bagi menyiapkan tugasan ini
dengan lebih baik.
Akhir kata, terima kasih kepada yang terlibat secara langsung atau tidak dalam proses menyiapkan
tugasan ini. Bantuan anda amat dihargai dan tidak akan dilupakan.
ُ َس َّه َل اللُ لَه,َم ْن َس َل َك َط ِر ْيقًا َي ْلتَ ِم ُس فِ ْي ِه ِع ْل ًما
َر َواهُ ُم ْس ِلم. َط ِر ْيقًا ِإ َلى ال َجنَّ ِة
Maksudnya:
"Barang siapa menempuh satu jalan (cara) untuk
mendapatkan ilmu, maka Allah pasti mudahkan
baginya jalan menuju surga." (HR. Muslim)
— sabda Rasulullah SAW
ISI – ISI MAKLUMAT
01 02 03 04
Pengenalan Objektif Definisi Faktor - faktor
Kajian
05 07
06
Kesan Cara Kesimpulan
Mengatasi
PENGENALAN
Peribahasa “ Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang
Negara” cukup untuk menggambarkan kepentingan
anak muda masa kini kerana merekalah yang bakal
mewarisi tampuk kepimpinan negara pada masa
akan datang. Namun malangnya mutakhir ini,
terpampang di dada-dada akhbar isu
penyalahgunaan barang-barang terlarang yang juga
melibatkan anak muda. Dalam arus modenisasi ini,
pemuda sama ada yang menuntut di Institusi
Pengajian Tinggi (IPT) ataupun tidak sering tewas
dan dibicarakan dalam isu penyalahgunaan barang –
barang terlarang. Isu ini tidak asing lagi bagi rakyat
Malaysia kerana anak muda telah lama dibelenggu
masalah ini bahkan sebelum pandemik COVID-19
melanda negara kita. Pelbagai usaha telah dilakukan
oleh pihak kerajaan , universiti , keluarga dan juga
masyarakat setempat untuk mengurangkan kes-kes
ini tetapi kesan pengurangannya amatlah sedikit.
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini dilakukan bagi mengenalpasti penyalahgunaan bahan terlarang
dalam kalangan pelajar IPT dengan lebih spesifik dan seimbang.
Mengenal definisi sebenar penyalahgunaan bahan terlarang, jenis
dan cabang bahan-bahan terlarang.
Mengenalpasti faktor-faKtor penyalahgunaan bahan terlarang
dalam kalangan pelajar IPT
Mengenalpasti kesan-kesan penyalahgunaan bahan terlarang dalam
kalangan pelajar IPT
Mengenalpasti cara-cara mengatasi penyalahgunaan bahan
terlarang dalam kalangan pelajar IPT
DEFINISI PENYALAHGUNAAN BAHAN TERLARANG
DALAM KALANGAN PELAJAR IPT
Penyalahgunaan bahan terlarang sering dikaitkan dengan remaja terutamanya pelajar IPT. Hal
ini berlaku oleh kerana beberapa faktor yang menyebabkan golongan remaja dan pelajar IPT
terjerumus dalam penyalahgunaan bahan-bahan terlarang. Bahan-bahan terlarang ini
menyebabkan ketagihan kepada penggunanya dan sekaligus memudaratkan kesihatan dan
keupayaan seseorang.
Penyalahgunaan bahan terlarang akan mempengaruhi fizikal,mental,emosi dan psikologi
seseorang. Jadi tidak hairanlah kenapa ia amat berbahaya. Pada era ini, bahan-bahan
terlarang amat mudah didapati oleh kerana banyak sindiket yang dijalankan di serata
tempat termasuklah di dalam IPT. Sesetengah bahan terlarang dijual dengan harga yang
murah dan mampu dibeli oleh pelajar.
Selain itu, sesetengah bahan digunakan untuk tujuan perubatan dan ia disalahgunakan oleh
sesetengah pihak dengan mengambilnya secara berlebihan dan seterusnya menyebabkan
mereka menjadi khayal.
Antara contoh-contoh penyalahgunaan bahan terlarang ialah dadah,rokok,daun ketum,
gam/aerosol, arak dan ubat batuk.
CONTOH-CONTOH PENYALAHGUNAAN BAHAN TERLARANG
DADAH
Penyalahgunaan dadah berlaku apabila seseorang mengambil bahan kimia perubatan
bertentangan dengan kepentingan rawatannya.
Dadah boleh diambil dengan pelbagai cara antaranya melalui penyedutan, suntikan,
merokok, penyerapan pada kulit, supositori iaitu memasukkan ke dalam dubur, atau
melarutkan di bawah lidah.
Contoh-contoh dadah yang popular dalam kalangan pelajar IPT
Marijuana / Ganja Ecstasy
Methamphetamine Syabu / Ais
Pil Kuda Kokain
CONTOH-CONTOH PENYALAHGUNAAN BAHAN TERLARANG
ROKOK
Kajian mendapati bahawa 50% daripada golongan remaja dan pelajar IPT terlibat dalam
kegiatan merokok.
Merokok adalah penggunaan bahan terlarang yang paling senang dipengaruhi dalam
kalangan remaja.
Rokok diperbuat daripada bahan-bahan berbahaya dan beracun seperti lilin, pembersih
lantai, penghapus cat, bahan bakar, bahan plastic PVC dan sebagainya.
Rokok akan menyebabkan ketagihan dan memudaratkan kesihatan oleh kerana perokok
akan menghidapi penyakit seperti penyakit jantung, kanser, strok dan tekanan darah
tinggi.
CONTOH-CONTOH PENYALAHGUNAAN BAHAN TERLARANG
DAUN KETUM
Daun ketum ialah sejenis daun herba yang digunakan secara tradisional untuk merawat
penyakit, tetapi ia telah disalahgunakan oleh sesetengah pihak.
Daun ketum disalahgunakan apabila ia dicampur dengan bahan seperti tembakau, alcohol,
kafein, pil khayal, ubat nyamuk, ubat demam, ubat tahan sakit dan ubat batuk.
Campuran bahan-bahan kedalam air ketum ini akan menyebabkan orang yang
meminumnya menjadi khayal, otak menjadi perlahan dan berhalusinasi.
CONTOH-CONTOH PENYALAHGUNAAN BAHAN TERLARANG
GAM / AEROSOL
Gam ialah sebahagian daripada dadah jenis inhalan atau pelarut.
Aerosol ialah penyembur yang digunakan untuk membunuh serangga.
Kedua-dua bahan ini mempunyai bau yang amat kuat dan mengkhayalkan.
Menghidu gam dan aerosol boleh menyebabkan seseorang itu menjadi resah, fikiran
bercelaru, terhoyong hayang dan sebagainya.
CONTOH-CONTOH PENYALAHGUNAAN BAHAN TERLARANG
ARAK
Arak diperbuat daripada perapan buah-buahan dan dicampurkan dengan alcohol.
Alkohol yang terkandung dalam arak ini akan menyebabkan orang yang meminumnya
mabuk, berada dalam keadaan tidak sedar dan hilang kawalan.
Individu yang kerap meminum arak akan menghidapi penyakit seperti barah hati.
Arak mudah didapati di mana-mana termasuklah di pasar raya dan kedai-kedai kecil.
Meminum arak adalah salah di sisi undang-undang negara dan akan dikenakan hukuman.
Di sisi agama juga arak diharamkan dan akan mendapat dosa jika meminumnya
walaupun setitik.
CONTOH-CONTOH PENYALAHGUNAAN BAHAN TERLARANG
UBAT BATUK
Ubat batuk mengandungi bahan jenis kodein iaitu sejenis dadah. Oleh itu , jika
pengambilan ubat batuk secara berlebihan akan memberi kesan narkotik.
Ubat batuk mudah didapati dengan harga yang murah.
Dadah ini sukar dibezakan dengan warna minuman lain seperti kpi. Jadi, ia sukar untuk
mengenalpasti jika seseorang itu terlibat dengan pengambilan ubat batuk secara
berlebihan. Ubat batuk yang diambil secara haram (tanpa nasihat doktor) akan diletakkan
di dalam bungkusan minuman biasa atau botol minuman bikarbonat.
Ketagihan pengambilan ubat batuk secara berlebihan akan mempengaruhi mental, berasa
mengantuk dan pening.
FAKTOR – FAKTOR GEJALA INI BERLELUASA
Diri sendiri Pengaruh rakan
Pelajar yang sedang Rakan mengambil alih tanggungjawab ibu
melalui perkembangan fizikal dan bapa semasa di luar rumah kerana mereka
emosi inginkan kebebasan dan hak
untuk membuat keputusan sendiri ialah orang yang paling rapat dengan pelajar
kerana tidak mahu dikonkong . Pelajar merasakan rakan adalah orang yang
paling memahami situasinya kerana berkongsi
Pelajar mempunyai daya ingin tahu masalah yang sama
yang tinggi terutamanya tentang
keadaan sekeliling atau ‘ trend ’ Pemilihan rakan yang salah akan
semasa. menyebabkan pelajar terjeremus dalam isu ini
Di usia muda mereka mementingkan kerana pelajar akan mengikut apa yang
hiburan dan suka mencabar diri dengan dilakukan oleh rakan untuk memperoleh
kepercayaannya dan menambah kawan baru
mencuba perkara baharu
FAKTOR – FAKTOR GEJALA INI BERLELUASA
Pengaruh media massa Kurang didikan agama
Dalam dunia teknologi kini , pelbagai Ibu bapa berperanan besar dalam
maklumat boleh diakses di hujung jari membentuk keperibadian seseorang pelajar
sahaja dengan ilmu agama dan nilai murni terpuji
Terdapat banyak paparan yang negatif Tanpa bimbingan ibubapa, pelajar tidak
di internet seperti filem berunsurkan dapat membezakan mana yang baik dan
dadah yang sering tular sebagai video ‘
trending ‘ di Tiktok dan aplikasi lain buruk sebelum membuat sesuatu keputusan
Golongan pelajar mudah meniru dan Kebanyakkan pelajar yang terlibat dalam
mengikut aksi yang dilihat di sekeliling gejala ini , kurang perhatian dari keluarga
yang menyebabkan mereka berasa tersisih.
Keluarga mengamalkan budaya hidup Barat
KESAN PENYALAHGUNAAN BAHAN TERLARANG
DALAM KALANGAN PELAJAR IPT
Dadah boleh menyebabkan mahasiswa Mahasiswa atau Mahasiswi yang ketagihan bahan
mahupun mahasiswi mengalami terlarang menunjukkan perubahan emosi yang sangat
jelas,sama ada menjadi terlalu gembira, asyik ketawa
perubahan tekanandarah,berpeluh, , berperangai buruk atau menjadi pendiam dan tidak
muntah,kehilangan berat badan,sakit dada dan
berkemungkinan akan diserang sakit jantung yang mahu melakukan aktiviti.
boleh menyebabkan kematian. Apabila mengambil dadah,mereka berasa lebih yakin
dan gembira,sebaliknya menjadi murung dan gelisah
Rokok juga boleh meyebabkan perokok mudah jika tidak mendapat bahan tersebut.Apabila keinginan
mendapat penyakit jantung , barah paru-paru
dan masalah saluran pernafasan yang teruk. untuk mendapatkan dadah tidak dapat dipenuhi,akan
berlaku gangguan dan ketidaktenteram jiwa dan juga
Minuman alkohol boleh merosakkan sel-sel hati, mungkin akan bertindak agresif untuk menghilangkan
mengurangkan pengeluaran hempedu,
menyebabkan sirosis hati dan hepatitis. ketagihan dadah yang sedang dialami
Melambatkan kadar penghantaran impuls saraf Penyalahgunaan dadah seperti ganja memberi impak
dan memberi kesan kepada sistem saraf pusat. yang kuat kepada otak sehingga menyebabkan
TERHADAP FIZIKAL penagih mengalami psikosis iaitu sakit mental yang
PELAJAR IPT teruk dan boleh berlakunya pembunuhan.
TERHADAP EMOSI
PELAJAR IPT
KESAN PENYALAHGUNAAN BAHAN TERLARANG
DALAM KALANGAN PELAJAR IPT
Pelajar IPT yang terjebak dengan penyalahgunaan
dadah mereka akan mula menjauhkan diri daripada
keluarga dan rakan-rakannya.Kebanyakkan
mahsiswa mahupun mahasiswi akan hilang minat
dan tidak memperdulikan tanggungjawab terhadap
dirinya sendiri,keluarga dan masyarakat
Mendorong pelajar melakukan jenayah seperti
merompak,mencuri dan jenayah yang boleh
menjejaskan ketenteraman masyarakat justeru
memyebabkan mereka lupa matlamat mereka di
institusi tinggi. Ianya juga mengakibatkan pelajar
hilang kawalan dalam pergaulan sosial dan
cenderung untuk melakukan seks.
Boleh menyebabkan pelajar di IPT tersebut
bertindak ganas dan berkemungkinan terlibat dalam
pergaduhan
TERHADAP SOSIAL
PELAJAR IPT
CARA MENGATASI PENYALAHGUNAAN BAHAN TERLARANG DALAM KALANGAN
PELAJAR IPT
MELALUI PIHAK IPT
Mengadakan kempen kesedaran diri tentang bahayanya pengambilan bahan terlarang di kampus-
kampus dan melaksanakan pendidikan untuk mencegah dari penyalahgunaan dadah.Hal ini bertujuan
untuk memberi informasi, pengetahuan serta kefahaman kepada masyarakat terutama golongan remaja
tentang bahaya dadah dan kesedaran mereka
Mengadakan aktiviti ko-kurikulum seperti perkhemahan motivasi supaya dapat mewujudkan kerjasama
di antara pelajar. Hal ini bertujuan supaya sentiasa berganding bahu bagi sama-sama membanteras isu
penyalahgunaan dadah yang semakin berleluasa terutama di kalangan golongan remaja.
MELALUI PERANAN IBU BAPA
Sentiasa memantau segala aktiviti anak-anak dan mengetahui dengan siapa anak mereka berkawan
dan ibubapa juga perlu sentiasa menanyakan tentang masalah anak yang mereka hadapi dan sentiasa
memberi nasihat supaya mereka tidak membuat perkara yang negative.
Mendidik anak-anak dengan didikan agama yang secukupnya supaya tidak mudah terpesong dan
terpengaruh dengan segala masalah sosial yang berlaku kepada pelajar-pelajar
Ibu bapa perlulah mewujudkan satu suasana harmoni dalam institusi kekeluargaan dan mengambil tahu
hal-hal peribadi anak-anak walaupun mereka berjauhan bagi membantu mencegah peningkatan
masalah penyalahgunaan bahan terlarang dalam kalangan pelajar IPT.
CARA MENGATASI PENYALAHGUNAAN BAHAN TERLARANG DALAM KALANGAN
PELAJAR IPT
MELALUI TANGGUNGJAWAB DIRI SENDIRI
Setiap pelajar IPT perlu bijak mengawal diri dan perlu memantapkan diri mereka dengan jati diri yang
kukuh bagi menghadapi arus rintangan supaya dapat membina identiti dan personaliti diri mereka.
Perhatian dan sokongan daripada pihak penting dapat membentuk keyakinan dan kekuatan diri mereka
dalam menempuh kehidupan yang penuh cabaran,
Pelajar harus mengawal diri sendiri dan harus memilih rakan sebaya yang baik kerana rakan sebaya
mempunyai pengaruh yang besar dalam pembentukkan akhlak
MELALUI MEDIA MASSA
Media massa harus memperbayakkan penyiaran berita-berita dan cerita-cerita yang lebih membawa
keinsafan dan iktibar kepada masyarakat mengenai kesan-kesan bahan terlarang terhadap kehidupan
seharian.
Pihak media massa boleh menganjurkan kempen-kempen kesedaran kepada orang ramai seperti
program-program yang dapat menarik minat para belia untuk mengisi masa terluang bagi
mengelakkan mereka terjebak dengan masalah dadah.
CARA MENGATASI PENYALAHGUNAAN BAHAN TERLARANG DALAM KALANGAN
PELAJAR IPT
MELALUI PERLAKSANAAN UNDANG - UNDANG
Tindakan undang-undang hendaklah diperketatkan dengan mengenakan hukuman yang lebih berat
kepada pengedar dan penagih dadah
Mengenakan hukuman gantung sampai mati kepada pengedar dadah kerana tanpa pengedar dadah ini
sudah tentu penagih akan sukar memperolehi bekalan dadah.
Mengenakan hukuman minima bagi penagih dadah jenis syabu adalah 20 tahun penjara dan 15 kali
sebatan dan jika melebihi daripada 50 gram akan dikenakan hukuman gantung sampai mati manakala
kesalahan bagi memakan dadah Syabu boleh dijatuhkan hukuman maksima 10 tahun penjara atau
RM20,000.00 atau kedua-duanya sekali
KESIMPULAN
Kesimpulannya, isu penyalahgunaan bahan terlarang dalam kalangan pelajar
IPT banyak memberi impak negatif pada individu itu sendiri dan masyarakat. Para
remaja seharusnya bijak menggunakan peluang yang ada pada hari ini untuk tujuan
kebaikan dan bukannya menyalahgunakan kemudahan tersebut. Oleh itu, ibubapa perlu
memainkan peranan penting yang utama untuk mendidik anak-anak sejak kecil lagi
tentang bahayanya barang-barang terlarang seperti rokok, dadah, alkohol dan
sebagainya.Rakan juga perlu mengambil inisiatif dalam mendorong rakan yang lain untuk
tidak melibatkan diri dalam isu penyalahgunaan barang-barang terlarang ini. Pada zaman
ini remaja mudah terpengaruh dan terikut-ikut dengan budaya barat yang sering
mengamalkan unsur negatif dalam penggunaan bahan terlarang ini. Hal ini mendorong
remaja sekarang mudah terikut-ikut walaupun mereka tahu kesan sampingan bahan
tersebut yang boleh menyebabkan kematian.Oleh itu, bahan ini lebih banyak memberi
kesan yang negatif berbanding positif oleh masyarakat.Akhir sekali, pihak IPT wajar
mengadakan kempen kesedaran kepada para pelajar agar dapat menjauhi diri daripada
bahan-bahan terlarang yang boleh memakan diri serta mengenakan tindakan kepada
mereka yang masih berdegil dan melanggar peraturan pihak IPT.
RUJUKAN
https://antidadahsedunia.blogspot.com/
https://ms.wikipedia.org/wiki/Dadah
https://www.mmgazette.com/merokok-di-kalangan-pelajar-sekolah-realiti-depan-mata-
smokefreemy-dr-rashidi-mohamed/
http://www.myhealth.gov.my/cabaran-dalam-menangani-masalah-pergaulan-bebas-di-kalangan-
remaja-sekolah/
LAMPIRAN
Jenis-jenis dadah yang popular dalam Bahan-bahan berbahaya dan
kalangan pelajar beracun di dalam rokok
Daun ketum yang diproses menjadi air Menghidu gam
LAMPIRAN
Meminum arak akan menyebabkan individu Ubat batuk yang dicampurkan dengan bahan-
tersebut berada dalam keadaan tidak sedar bahan lain yang menkhayalkan
TTEERRIIMMAA
KKAASSIIHH !!