UCAPAN PENGETUA
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kita bertemu secara maya permulaan persekolahan dalam minggu Orientasi Tingkatan 1 tahun 2022. Program Orientasi kali ini sangat berlainan dan begitu bermakna dan bermanfaat ketika semua murid tingkatan 1 mengikuti pengajaran dan pembelajaran dari rumah.
Saya dan seluruh warga SMK Tasek Permai mengucapkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada murid- murid baru tingkatan 1 yang telah mendaftar menjadi murid SMK Tasek Permai untuk belajar sehingga Tingkatan 5. Harapan saya anak-anak Tingkatan 1 yang diterima masuk ke sekolah ini akan meneruskan pembelajaran mereka di peringkat menengah rendah dan menengah atas di sini dengan azam dan semangat yang tinggi bagi melahirkan murid yang TERBAIK dan holistik berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan asas 3A iaitu Agama, Akhlak dan Akademik.
Akhir kata, selamat menjalankan program orientasi dan semoga semua murid Tingkatan 1 dapat belajar dengan tekun dan sayangilah sekolah kita.
Tuan Haji Mashudi Khailani Pengetua SMKTP
ORGANISASI SMKTP
PENGETUA
Tuan Haji Mashudi bin Khailani
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN Puan Salina
binti Ibrahim
PENOLONG KANAN HEM
Puan Jamilah binti Ishak
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM Puan Norhayati binti Mohamed
GKMP BAHASA
Cik Noor Azlina binti Md Lajis
En. Sazali bin Abdul Jamil
GKMP TEKNIK DAN VOKASIONAL Pn. Nora binti Misgon
GKMP SAINS DAN MATEMATIK
En. Ahmad Nazrin bin Mohd Rosli
GKMP KEMANUSIAAN
Guru Kelas Tingkatan Satu
En. Zairol Aduka Azim bin Pn. Siti Mariam bt Pn. Nur Nabilah binti En. Kamarul Zaman bin Zainol Abidin Muhamad Sayuti Shahrul Nizam Sulaiman
Tingkatan
Guru Tingkatan
1 Akasia
En. Zairol Aduka Azim bin Zainol Abidin
1 Alamanda
Pn. Siti Mariam bt Muhamad Sayuti
1 Anggerik
Pn. Nur Nabilah binti Shahrul Nizam
1 Angsana
En. Kamarul Zaman bin Sulaiman
Lagu Sekolah SMKTP
Langkah kami bermula Bersama terbit suria Untuk mencapai cita Azam penuh di dada Sekolah yang tercinta Permai indah dan ceria Citra semurni minda Kami tak lupa jasa Dalam era oh IT Bangunkan peribadi Kami ingin berbakti Jadi insan berbudi Kami anak wawasan Sedia sambung warisan Tekad kami teguhkan Jaya kami jayakan
Kenali Sekolah
Nama sekolah ini dipilih berdasarkan nama kampung di mana sekolah ini didirikan. Sekolah ini mula dirancang dan dibina pada tahun 1992 dan berjaya disiap pada 01 November 1994 dan mula beroperasi pada 01 Disember 1994.
Sekolah ini dibina di atas cerun bukit yang telah diratakan di kawasan kampung Tasek Permai, Mukim Ampang, Selangor. Kontraktor pembinaan utama ialah Syarikat Pembinaan Tenompok Sdn. Bhd. Pihak berkuasa yang menyelia pembinaan sekolah ini ialah Jabatan Kerja Raya (JKR) Kajang. Tarikh penyerahan bangunan sekolah ialah pada 20 November 1994 dari JKR kepada Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat. Wakil PPD Hulu Langat pada ketika itu ialah Tn. Haji Hatim bin Mohd Arshad. Bilangan murid pada permulaan sesi pertama persekolahan pada 01 Disember 1994 ialah seramai 802 orang. Bilangan guru pula
ialah seramai 39 orang, manakala bilangan kakitangan sokongan seramai 2 orang (seorang pembantu tadbir dan seorang lagi pembantu am rendah).
Bilangan kelas pada ketika itu ialah sebanyak 7 buah kelas untuk Tingkatan Peralihan (dan sekolah-sekolah ‘Feeder’). 8 kelas untuk Tingkatan 1 dan 6 kelas untuk Tingkatan 2. Murid Tingkatan 1 dan 2 dipindah masuk daripada SMK Taman Kosas. Kemudahan seperti kantin dan kedai buku juga beroperasi buat pertama kalinya pada hari tersebut.
Tarikh penubuhan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) ialah pada 02 April 1995. Peperiksan PMR pertama ialah pada tahun 1997, manakala Peperiksaan SPM pertama ialah pada tahun 1998. Pengetua pertama sekolah ini ialah En. Lee Yoke Kum dan telah bersara pada 23 Mei 2001. Pengetua kedua ialah En. Ismail bin Musa dan telah
melapor diri pada 01 Julai 2001 dan jumlah guru ketika itu ialah seramai 92 orang dan kakitangan sokongan pula seramai 11 orang. Jumlah murid pula adalah 1, 785 orang.
Sekolah ini telah dinaikkan gred menjadi sekolah Gred A pada 01 Jun 2002. Pada tahun 2005, En. Ismail Musa dinaikkan pangkat sebagai Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Langat. Seterusnya diganti pula oleh Puan Zaini binti Mohamad Zain sehingga 2006. Selepas Puan Zaini berpindah ke sekolah lain, Puan Ainah binti Baharom telah menggantikannya sehingga 2009.
Pada tahun 2009, Puan Ainah berpindah ke SMK Pandan Indah dan digantikan dengan Puan Rohaya binti Sharifin. Peneraju kepimpinan diganti Rabiya binti Mohammed Sultan dan kini tapuk kepimpinan sekolah diterajui oleh Tuan Haji Mahsudi Bin Khailani.
AGRO / KELULUT / KOLAM
PAM BOMBA
BOSS
B BM GURU
BILIK TS 25
5 Meranti 3Anggerik
BILIK KETUA BIDANG
1 Akasia
3 Akasia
BILIK WUDU’ (L)
TANDAS MURID(P)
ARKIB
BILIK PROFIL
BILIK MORAL
Bilik Agama 3Alamanda
BILIK PEPERIKSAAN / BILIK RISO
1 Angsana
Tingkatan Bilangan Kelas
14 2 4 35 46 54
Jumlah 23
Menengah Rendah
Nama Lama Nama Baharu Nama
Lama
Nama Baharu
Maple Medang Melunak Meranti Merbau Mahogani
PADANG SEKOLAH
TEMPAT LETAK KENDERAAN
DATARAN
TEMPAT LETAK KENDERAAN
KANTIN GURU
////
MAKMAL KOMPUTER PUSAT SUMBER
BILIK DISIPLIN
4 Melunak 4Mahogani
BALAI BACAAN
BILIK JAHITAN
MAKMAL III
MAKMAL BIO
STOR/ BILIK SUIS
PENGURUSAN KEDIAMAN
MAKMAL PERSEDIAAN
MAKMAL PERSEDIAAN N
BILIK MASAKAN
MAKMAL II
MAKMAL FIZIK
BILIK PEND. SENI VISUAL
MAKMAL PERSEDIAAN
MAKMAL PERSEDIAAN
Bilik BBM PSV
MAKMAL I
MAKMAL KIMIA
4 Meranti 4Merbau
4 Medang 3Azalea
4 Maple 3Angsana
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TASEK PERMAI, AMPANG PELAN KEDUDUKAN KELAS SESI PERSEKOLAHAN 2022/2023
PERMAI 2
DATARAN PERMAI
PENTAS DATARAN PERMAI
BENGKEL RBT
BENGKEL PVMA
Menengah Atas
A Akasia A B Alamanda B C Anggerik C D Angsana D E Azalea E
2 Akasia 1Anggerik
STOR SUKAN
2 Alamanda 1Alamanda
GIMNASIUM
GELANGGANG TAKRAW
PVMA
BILIK BAHASA
KAUNSELING
STOR KOKU
PINTU MASUK UTAMA
KAFE PERMAI
PEJABAT
BIL IK WAWASAN DEWAN PERMAI
2 Anggerik
5 Melunak
BILIK GURU PSS
BILIK GURU KOPERASI
5 Medang
APD
BILIK RAWAT AN
5 Maple
2 Angsana SURAU
ANJUNG PERMAI
BENGKEL PERTANIAN
TEMPAT LETAK KENDERAAN
Peraturan Sekolah
BARANG YANG DILARANG DIBAWA KE SEKOLAH
• Telefon bimbit
• Majalah hiburan
• Barang kemas
• Benda tajam
• Rokok
• Liquick paper
• Marker
• Kanta lekap
• Alat solek
• Dan barang-barang
lain yang merbahaya
Pakaian Sekolah & PJPK
KASUT
• Jenis kain yang berwarna hitam atau putih. Kasut berwarna hitam juga untuk PRS, Pengawas, Pengawas Koperasi dan Pengawas Pusat Sumber.
• Kasut kulit, kasut getah, kasut sukan adalah tidak dibenarkan
KUKU
• Kuku mestilah pendek dan bersih • Sila jaga kebersihan
RAMBUT
• Rambut murid lelaki mestilah pendek dan kemas. Bahagian belakang tidak bersentuhan dengan kolar baju dan tidak seperti punk.
• Murid perempuan Islam mestilah memakai anak tudung untuk mengelakan rambut dari terkeluar dari tudung.
• Murid perempuan bukan Islam mesti mengikat atau guna pin rambut dengan kemas dan menampakkan dahi.
MATA PELAJARAN
• BAHASA MELAYU
• BAHASA INGGERIS
• MATEMATIK
• SAINS
• PENDIDIKAN ISLAM / MORAL • SEJARAH
• GEOGRAFI
• ASAS SAINS KOMPUTER / REKA BENTUK TEKNOLOGI
• PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
• PENDIDIKAN SENI VISUAL
UNIT KOKURIKULUM
BIL
KELAB / PERSATUAN
SUKAN/PERMAINAN
BADAN BERUNIFORM
1
Persatuan Pelajar Islam
Bola Sepak
Silat Cekak Ustaz Hanafi
2
Persatuan Bahasa Melayu
Badminton
Puteri Islam
3
Persatuan Bahasa Inggeris
Bola Keranjang
Pandu Puteri
4
Kelab Pencegahan Jenayah
Bola Jaring
Kadet Remaja Sekolah
5
Kelab Kerjaya
Bola Baling
Pengakap
6
Persatuan Sejarah
Bola Tampar
Persatuan Bulan Sabit Malaysia
7
Persatuan Sains dan Matematik
Kadet Pertahanan Awam Malaysia
8
Persatuan SPBT
Kadet Bomba dan Penyelamat
9
Kelab Koperasi
Kadet Polis
10
Kelab Komputer
11
Kelab Kebudayaan
RUMAH ZAMRUD HIJAU
RUMAH DELIMA
RUMAH NILAM BIRU
RUMAH TOPAZ
RUMAH SUKAN
RUMAH DELIMA
MERAH
MERAH
RUMAH TOPAZ
KUNING
KUNING
Sekian Terima Kasih
Disediakan oleh :
Unit Bimbingan Dan Kaunseling SMK Tasek Permai