BUKU SKRAP
TOKOH PEMIMPIN
JOHOR
TUN HUSSEIN BIN ONN
PERdaNa MENTERI MalaysIa KE - 3
Mewarisi legasi Negeri…
…mewarnai persada negara
MaKlUMaT dIRI
Nama : Ilavanan a/l Pragash
Kelas : 5 Roja
Umur : 11 Tahun
Email : [email protected]
Nama Sekolah : SJKT Ladang Kulai Oil Palm
Alamat sekolah : No. 1 Jalan Kenangan,
81300 Kelapa Sawit, Kulai,
Johor.
2
KANDUNGAN
1. Pendahuluan
2. Biodata tokoh pemimpin
3. Pendidikan tokoh yang dipilih
4. Kerjaya tokoh
5. Sumbangan tokoh
6. Nilai kepimpinan yang boleh dicontohi oleh generasi sekarang
7. Penutup/kesimpulan
8. Sumber rujukan
1. PENDAHULUAN
Negeri Johor mewarisi pelbagai khazanah tradisi dari sejak turun-temurun. Tradisi tersebut bukan sahaja dari segi
kesenian, kebudayaan, alam semula jadi, malah dari aspek kepimpinan jua. Negeri bertuah ini yang dikenali ‘jauhar ‘ iaitu
permata, juga melahirkan ramai “permata” iaitu tokoh pemimpin yang terkenal dalam pelbagai bidang. Di antara mereka
yang ternama ialah Tun Hussein Onn, yang pernah menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia ketiga. Beliau yang
merupakan anak watan Johor , berasal dari keluarga bangsawan yang terkenal. Datuknya merupakan menteri besar Johor
yang pertama. Manakala Jasa beliau dalam bidang pentadbiran di negeri Johor dan Malaysia adalah sangat besar. Maka,
tidak hairanlah beliau telah mewarisi legasi negeri ini dan mewarnai persada negara sehingga digelar
“Bapa Perpaduan”.
2. BIODATA TOKOH PEMIMPIN
• Nama Penuh : Tun Hussein Bin Onn
• Gelaran : Bapa Perpaduan
• Tarikh Lahir : 12 Feb 1922
• Nama Bapa : Dato' Onn Jaafar
• Nama Ibu : Datin Halimah Hussein
• Rumahtangga : Berkahwin dengan Toh Puan Suhaila binti Tan Sri Haji Mohd Noah
• Bilangan Anak : Dikurniakan 6 orang anak (2 anak lelaki, 4 anak perempuan)
• Tempoh Menjawat Jawatan Perdana Menteri: 1976-1981
• Meninggal dunia : 29 Mei 1990 (akibat serangan jantung)
3. PENDIDIKAN
• Pendidikan Rendah : Sekolah Rendah Telok Kurau (Telok Kurau Primary School), Singapura
• Pendidikan Menengah : Maktab Sultan Abu Bakar (English College), Johor Bahru
• Pendidikan Lepas Menengah: Pasukan Tentera Johor (Kadet) — Maktab Tentera Sandhurst, Dehradun, India
→ Regimen Hyderabad ke-19 (Timur Tengah) → Pusat Perekrutan dan Latihan
Polis Malaya (Rawalpindi, Pakistan)
1946 4. KERJAYA
1949
1950 Masuk Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu UMNO bersama ayahnya
1951
1951 Menjadi Ketua Pemuda (UMNO) yang pertama
1958
Setiausaha Agung UMNO.
Menjadi Ahli Majlis UndanganNegeri Johor dan Majlis Undangan Persekutuan
keluar dari UMNO dan menubuhkan Independent of Malaya Party (IMP) bersama
bapanya.
1953 - Keluar dari IMP dan menyertai Parti Negara
Meninggalkan politik dan melanjutkan pelajaran (Lincoln's Inn, England)
1964 5. KERJAYA
1969
1970 kembali menyertai UMNO
1972 AJK UMNO (kini Majlis Kerja Tertinggi UMNO)
1973 Menteri Pelajaran
1976 Timbalan Presiden UMNO
1981
Timbalan Perdana Menteri
Dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia Ketiga
Meletakkan jawatansebagai Perdana Menteri Malaysia. Bersara dan menarik diri dari
politik.
6. SUMBANGAN TUN HUSSEIN ONN
• Memajukan Kementerian Pelajaran (semasa menjadi Menteri Pelajaran) → 1970
• Menekankan konsep Rukun Tetangga → 1974
• Mempermodenkan dan memperbesarkan Angkatan bersenjata Malaysia → 1975
• Menubuhkan PEMADAM → 1976
• Meneruskan agenda pembangunan Tun Abdul Razak (Dasar Ekonomi Baru) → 1978
• Melancarkan Rancangan Malaysia Keempat → 1981
• Melancarkan Skim Amanah Saham Nasional (ASN) – 1981
• Menjadi pengerusi Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) dan penasihatmPetronas → 1983
• Menubuhkan Hospital Mata Tun Hussein Onn → 1986
7. NILAI KEPIMPINAN YANG BOLEH DICONTOHI OLEH GENERASI SEKARANG
Tun Hussein Onn memiliki sifat ketegasan dan kepimpinan yang semulajadi. Ketegasannya terserlah dalam
memerangi rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Beliau memberikan sepenuh kebebasan kepada Badan Pencegah
Rasuah menyiasat sesiapa haja yang terlibat dengn rasuah. Sifat tersebut patut dicontohi oleh generasi sekarang.
Kebijaksanaan Hussein memilih golongan pelapis untuk mengisi jawatan-jawatan penting dalam kerajaan dan
politik. Beliau menerajui pucuk pimpinan negara dengan menerapkan nilai murni yang diperlukan untuk membina
sebuah negara yang teguh dan tidak terdedah kepada sebarang anasir yang boleh menggugat kedudukannya. Nilai
kebijaksanaan beliau boleh dijadikan teladan oleh generasi sekarang.
Beliau amat tegas bersikap adil dalam menangani sesuatu masalah. Beliau percaya kepada kadaulatan undang-
undang dan mahkamah.untuk memberi keadilan dan menjauhkan gangguan politik terhadap proses undang-undang'
Hal ini amat jelas dalam tindak tanduknya memerangi rasuah, pecah amanah dan penyalahgnaan kuasa. Nilai
keadilan inilah yang harus dicontohi oleh generasi sekarang.
PENUTUP / KESIMPULAN
Kesimpulannya, sumbangan Tun Hussein Onn kepada negeri Johor dan negara Malaysia adalah amat besar. Beliau berusaha
untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum. Atas usaha dan kesungguhan beliau menjayakan agenda perpaduan di kalangan
masyarakat , beliau di beri gelaran "Bapa Perpaduan ”
Bermain memasak di tepi perigi
Telur diperam menjadikannya masin
Pemimpin akan silih berganti
Tidak semua seperti Tun Hussein
TUN HUSSEIN ONN… DALAM KENANGAN….
Sumber: Laman web / internet
• Flickr. (2014). Tun Hussein bin Dato' Onn. [online] https://www.flickr.com/photos/pixelbrainz/14495838992
• Hussein Onn. (2018, September 10). Wikipedia, Ensiklopedia Bebas.
https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Hussein_Onn&oldid=4430110
• Maruwiah.com. (2010). Tun Hussein Onn. [online] Available at: https://maruwiah.com/tag/tun-hussein-onn
• Tanwir. (2017). TUN HUSSEIN ONN. [online] Available at: http://tanwir.my/tun-hussein-onn/
TERIMA KASIH