The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Buku Online Cikgu Haslinda Bakeri, 2022-08-30 19:43:08

Pejuang keMERDEKAan

Pejuang keMERDEKAan

Pahang Sabah
TOK GAJAH ANTANOM

Pahang
MAT KILAU

Pahlawan Negeri Kedah

❑ Tengku Dziauddin Ibni Almarhum Sultan Zainal

Abidin Halim Shah atau lebih dikenali sebagai

Tengku Kudin Tengku Kudin adalah seorang TENGKU KUDIN

putera Kesultanan Kedah, dilahirkan di Pulau

Pinang, pada tahun 1821.

❑ Beliau pernah dilantik sebagai Raja Muda Kedah semasa pemerintahan

Sultan Ahmad Tajuddin III tetapi telah dilucutkan jawatan kerana terlibat

dengan Perang Saudara Selangor.

❑ Tengku Kudin menawan Kuala Selangor setelah berjaya menewaskan
Raja Mahadi dan menawan Kuala Selangor, kubu pertahanan Raja
Mahadi. Peristiwa ini berlaku semasa Perang Saudara di Selangor antara
tahun 1867-1874. Kejayaan Tengku Kudin di Kuala Selangor ini
merupakan peristiwa penting yang menjadi titik-tolak membawa kepada
campur tangan Inggeris di negeri Selangor.

Pahlawan Negeri Perak

❑ Nama asal Dato Maharajalela ialah Pandak Lam bin
Maharaja Lela Maulud

❑ Berketurunan Daeng Selili (Hj Besar) yang DATO
merupakan putera kepada Raja Bugis yang berasal MAHARAJALELA
dari Daerah Luwuk di Sulawesi.

❑ Seorang penghulu di Pasir Salak, pembesar Berlapan di Perak dan
memegang gelaran Orang Kaya-kaya Maharaja Tun Jana Putra

❑ Penentangan dibuat setelah residennya memungkiri Perjanjian Pangkor
1874.

❑ Beliau merupakan tokoh utama dalam pembunuhan J.W.W. Birch melalui
keputusan mesyuarat Durian Sebatang pada 21 Julai 1875 yang
dipengerusikan oleh Sultan Abdullah

❑ Dato Maharajalela orang bertanggungjawab mengarahkan Sepuntum
untuk membunuh J.W.W. Birch di Sungai Perak, Pasir Salak.

Pahlawan Negeri Selangor

❑ Nama sebenar ialah Raja Mahadi bin Raja Sulaiman

❑ Raja Mahadi menentang campur tangan British RAJA MAHADI
dalam pentadbiran Klang dan perusahaan bijih
timah.

❑ Beliau juga tidak berpuas hati dengan perlantikan Tengku Kudin sebagai
Yam Tuan Selangor oleh British.

❑ Raja Mahadi telah mengambil tindakan untuk menyerang Yap Ah Loy di
Kuala Lumpur kerana telah bekerjasama dengan Tengku Kudin.

❑ Perang Klang atau Perang Saudara Selangor berlaku di negeri Melayu
Selangor dan satu siri konflik yang berlangsung dari 1867 hingga 1874.
Ia pada mulanya berlaku antara Raja Abdullah bin Raja Jaafar, pentadbir
Klang, dan Raja Mahadi bin Raja Sulaiman . Ia disertai oleh Tengku Kudin
(Tengku Dhiauddin, juga dieja Ziauddin), serta kumpulan-kumpulan
saingan Cina.

Pahlawan Negeri Sembilan

❑ Nama asal Dol Said adalah Abdul Said, dilahirkan DOL SAID
dalam tahun 1773 dan berasal daripada suku
Semelenggang

❑ Dilantik menjadi Penghulu Naning ke Sembilan pada tahun 1799

❑ Beliau mula belajar seni silat sejak berusia enam tahun dan sentiasa
dihormati oleh orang ramai

❑ Tidak bersetuju Naning diletakkan di bawah wilayah British yang menjadi
takluknya

❑ Penentangan berpunca apabila pihak British meminta Naning memberi
satu per sepuluh daripada hasil pertanian

❑ Beliau dan pengikut-pengikutnya dikalahkan oleh british dan dibawa ke
Melaka. Dari sudut sejarah penentangan ini merupakan penentangan
yang paling awal di Tanah Melayu berlaku dalam tahun 1831.

Pahlawan Negeri Kelantan

❑ Nama sebenar Tok Janggut adalah Hj. Mohd TOK JANGGUT
Hassan bin Panglima Mat Munas yang berasal dari
Kelantan

❑ Perjuangan Tok Janggut juga dikenali sebagai
“Kebangkitan Pasir Putih 1915”

❑ Tok Janggut bekerja sebagai petani dan peniaga

❑ Beliau memperjuangkan hak dan ketuanan Melayu susulan campur
tangan British di Kelantan menerusi Perjanjian Bangkok pada 1909

❑ Penentangan terhadap kadar cukai baru cukai tanah tanaman yang
dikenakan ke atas penduduk Kelantan yang dianggap tidak munasabah
dan membebankan penduduk

❑ Beliau juga adalah seorang tokoh agama Islam yang Berjaya menarik
sokongan banyak pengikut di Kelantan.

Pahlawan Negeri Terangganu

❑ Nama sebenar Hj. Abdul Rahman Limbong adalah

Abdul Rahman bin Haji Abdul Hamid dilahirkan

pada 1868M / 1285H ABDUL RAHMAN
❑ Dikenali Haji Abdul Rahman Limbong kerana beliau LIMBONG

sering ke Limbong, Kemaman Untuk Mengajar

agama

❑ Beliau mendapat pendidikan asas ilmu-ilmu Islam sejak kecil di Mekah

❑ Beliau telah mengetuai penduduk kampung membersihkan tanah di
Kuala Telemong tanpa menghiraukan peraturan tanah British

❑ Beliau Berjaya menyatukan masyarakat tani yang terkenal dengan
semangat kedaerahan demi menentang ancaman luar. Perpaduan ini
Berjaya membangkitkan semangat jihad dikalangan mereka bagi
menuntut keadilan setelah dizalimi oleh kerajaan British

❑ Hj. Abdul Rahman Limbong bertindak sebagai peguam

Pahlawan Negeri Pahang

❑ Nama sebenar Dato' Bahaman ialah Abdul Rahman

Bin Tuanku Imam Nuh berasal dari Bangkinang,

Indonesia. DATO’ BAHAMAN
❑ Beliau mahir dalam seni pertahankan diri sehingga

diberi gelaran Seman Tahan kerana dapat menyelesaikan masalah secara

fizikal dan intelektual.

❑ Dato' Bahaman ketika bangkit mengetuai penentangan terhadap British
di negeri Pahang pada tahun 1892. Tanpa gentar dan takut Dato'
Bahaman menentang pelaksanaan Undang-Undang barat yang telah
mengetepikan adat resam orang Melayu, pada usianya 24 tahun

❑ Sejarah penentangan Dato' Bahaman berpunca daripada tindakan
provokasi C.E.B Desborough(Pemangku Pemungut Hasil Semantan) yang
telah menangkap anak buah Dato' Bahaman atas tuduhan mengumpul
hasil hutan tanpa kebenaran dan tidak membayar cukai.

Pahlawan Negeri Pahang

❑ Tok Gajah atau sebenar beliau Imam Rasu bin
Shahrum (bapa Kepada Mat Kilau)

❑ Dikenali sebagai Khatib Rasu dan Imam Perang TOK GAJAH
Rasu ialah Orang Besar Raja Pahang dengan
gelaran Orang Kaya Indera Gajah Pahang.

❑ Beliau merupakan penasihat utama Sultan Ahmad Muazzam Shah, Sultan
Pahang

❑ Beliau bertindak menghalau penjajah Inggeris dengan segala tipu helah

❑ Tok Gajah mempunyai semangat perjuangan gigih serta sanggup
berdepan dengan askar-askar Inggeris yang lengkap bersenjata

❑ Pernah menjadi ketua pasukan perang Sultan Ahmad dalam menentang
penjajah Inggeris

❑ Beliau pernah diutuskan ke Singapura bagi mendapatkan khidmat
peguam sebagai penasihat Sultan Ahmad

Pahlawan Negeri Pahang

❑ Mat Kilau bin Imam Rasu @ Tok Gajah

❑ Lahir tahun 1865 / 1866 MAT KILAU

❑ Banyak menuntut ilmu daripada ayahnya, Tok Gajah

❑ Mahir di dalam ilmu kebatinan, persilatan san bermain senjata

❑ Mempunyai sifat kepimpinan

❑ Mempunyai pemikiran matang (pada Oktober 1888, Hug Clifford,
Residen British di Pahang telah dating ke Pulau Tawar untuk berunding
dengannya

❑ Bersekutu berganding bahu Bersama Dato Bahaman dan Tok Janggut
memulakan pemberontakan ke atas pihak British atas dasar keangkuhan
dan pungutan cukai yang menindas

Pahlawan Negeri Sabah

❑ Datu Paduka Mohammad Salleh bin Datu Balu, lebih
dikenali dengan mudah sebagai Mat Salleh

❑ Datu Paduka Mohammad Salleh bin Datu Balu MAT SALLEH
dilahirkan di Inanam, Sabah dan berketurunan Suluk
[Suluk].

❑ Beliau memang terkenal dengan sifat kepahlawanan dan keberanian
berperang. Beliau dikatakan pernah dilantik menjadi Wakil Kesultanan
Sulu di Sungai Sugut dan daerah Tambunan ialah sebahagian daripada
daerah di bawah kekuasaannya.

❑ Mat Salleh bangkit menentang perubahan yang dibawa oleh Syarikat
Berpiagam Borneo Utara British ke atas penduduk tempatan di Sabah
kerana sistem cukai yang tinggi. Sebelum kedatangan pemerintah
asing, wakil kesultanan Brunei dan kesultanan Sulu juga mengutip
cukai penduduk tempatan di Sabah. Apabila kedatangan pihak asing,
pemimpin tempatan kehilangan kuasa untuk mengutip cukai.

Pahlawan Negeri Sabah

❑ Antanom (nama penuh Ontoros bin Endoi @
Antanom) (1885 – 1915) ialah pahlawan Murut,

dari Borneo Utara ANTANOM

❑ Ketika usia 30 tahun, Antanom telah memimpin
orang Murut untuk menentang Syarikat Borneo Utara British (SBUB)

❑ Ontoros Antanom hilang sabar. Di bawah pentadbiran Syarikat Borneo

Utara British (British Chartered North Borneo Company, BCNBC), selain

mengenakan pelbagai cukai yang tidak pernah didengari oleh penduduk
tempatan, pihak British turut memaksa setiap pasangan Murut yang
memiliki dua orang anak untuk menyerahkan seorang daripada mereka
sebagai buruh syarikat.

❑ Antanom dan pengikutnya kemudian menyerang dengan membakar
bangunan kerajaan dan kejayaannya itu telah membakar semangat orang
Murut yang lain. Pengikut Antanom bertambah seramai 900 orang dan
berlakunya pertempuran selama 6 minggu antara mereka dan pihak
British.


Click to View FlipBook Version