The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MODUL 6.1: MERANCANG PdP – KmR

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Buku Online Cikgu Haslinda Bakeri, 2023-01-27 21:58:42

Tool Kit _ MODUL 6.1

MODUL 6.1: MERANCANG PdP – KmR

1 Page 1 MODUL 6.1: MERANCANG PdP – KmR AKTIVITI 2 : MEMINDAHKAN MAKLUMAT KE DALAM TEMPLAT PERANCANGAN PdP – PBL - KmR PERINGKAT 1 : HASIL DIHARAPKAN (DESIRED RESULT) Hasil Pembelajaran Goal (G) Sejarah Tahun 6 Standard Kandungan : 11.1 Kaum di Malaysia Standard Pembelajaran : 11.1.3 Menyenaraikan alat muzik dan tarian tradisional di Malaysia. Hasil Pembelajaran : Murid boleh menyatakan bagaimana dapat mengeratkan perpaduan antara kaum melalui alat muzik dan tarian tradisional di Malaysia. Kriteria Kejayaan : Murid dapat Murid Asas – Menjelaskan dan menyuai padan alat muzik serta tarian mengikut kaum. Murid Sederhana – Mencirikan dan menilai kepentingan alat muzik dan tarian mengikut kaum melalui peta buih. Murid Cemerlang – Menyatakan idea bagi mengeratkan perpaduan antara kaum melalui peta buih. Tahap Penguasaan 6 : Menjana idea untuk mengeratkan perpaduan antara kaum. PSV Tahun 6 Standard Kandungan : 3.1 Penghasilan karya seni visual Standard Pembelajaran : 3.2.1 menghasil produk gabungan bidang berdasarkan aspek : i) tema dan tajuk ii) fungsi iii) reka bentuk/rupa bentuk/komposisi iv) media, teknik dan proses v) kekemasan Hasil Pembelajaran : Murid dapat menghasilkan karya seni visual yang membentuk dan membuat binaan diorama dengan reka bentuk, media, teknik, proses dan kekemasan. Kriteria Kejayaan : Murid dapat menghasilkan diorama yang menggabungkan elemen perpaduaan melalui alat muzik dan alat tarian tradisional pelbagai kaum. SEKOLAH KEBANGSAAN SERI KEPAYANG Fair Park, 31400, Ipoh Perak Darul Ridzuan. ABA2012


2 Page 2 Tahap Penguasaan 6 : Menzahirkan idea kreatif dan inovatif dalam aktiviti penghasilan karya atau produk iaitu diorama. Bahasa Melayu Tahun 6 Standard Kandungan : 1.3 Bercerita dan menceritakan perkara yang didengar, ditonton dan dibaca dengan sebutan dan intonasi yang betul. 3.2 Menulis perkataan, frasa dan ayat yang bermakna Standard Pembelajaran : 1.3.2 Menceritakan sesuatu perkara yang didengar, ditonton dan dibaca dengan sebutan yang betul, intonasi, gaya dan ekspresi yang sesuai. 3.2.1 Membina dan menulis perenggan untuk menyatakan pendapat yang kritis dan kreatif daripada sesuatu bahan multimedia. Hasil Pembelajaran : Murid dapat : menceritakan sesuatu perkara yang dengar, ditonton dan dibaca dengan sebutan yang betul, intonasi, gaya dan ekspresi yang sesuai. membina dan menulis perenggan untuk menyatakan pendapat yang kritis dan kreatif daripada sesuatu bahan multimedia. Kriteria Kejayaan : Murid dapat membentangkan diorama dengan sebutan yang betul, intonasi, gaya dan ekspresi yang sesuai. Murid dapat membina karangan berperenggan dengan isi yang kritis dan kreatif. Tahap Penguasaan 6 : Mendengar, menyebut dan memberikan respon melalui pertuturan untuk menyatakan rumusan, ramalan, disamping berhujah dengan kritis dan kreatif untuk bersoal jawab dan bercerita tentang sesuatu perkara secara bertatasusila pada tahap sangat terperinci, konsisten dan menjadi model teladan.


3 Page 3 THE BIG IDEA DIORAMA : SENI TARI & ALAT MUZIK MENYATUKAN KITA Enduring Understanding (U) Kefahaman Essential Question (Q) Soalan Pencetus Idea Murid akan memahami kepentingan mengeratkan perpaduan antara kaum melalui alat muzik dan tarian tradisonal di Malaysia. DIORAMA : SENI TARI & ALAT MUZIK MENYATUKAN KITA SEJARAH : Apa nama alat muzik ini? Kaum apa yang menggunakan alat muzik ini? Waktu bila alat muzik ini dimainkan? Tarian tradisonal apa yang menggunakan alat ini? Apakah ciri-ciri atau keunikan alat muzik dan tarian tradisional mengikut kaum? Bagaimanakah caranya kita mengeratkan perpaduan melalui alat muzik dan tarian tradisional yang berbeza antara kaum di Malaysia? PSV : Apakah diorama ? Fungsi diorama ? Ciri-ciri diorama ? Cadangan alat muzik dan tarian tradisional yang akan dihasilkan untuk diorama tersebut? Apakah elemen perpaduan yang boleh digabungkan dalam diorama tersebut? BAHASA MELAYU : Apakah jenis alat muzik yang dimainkan oleh kaum tertentu? Di mana kamu sering melihat tarian tradisional mengikut kaum ditunjukkan ? Bagaimana sesuatu kaum menggunakan alat muzik dan seni tari untuk mengalakkan perpaduan antara kaum? Apakah pandang kamu tentang perpaduan melalui alat muzik dan tarian tradisional?


4 Page 4 Knowledge (K) Pengetahuan Skill (S) Kemahiran Murid dapat mengetahui : SEJARAH : Murid dapat mengetahui kepelbagaian alat muzik dan tarian tradisional mengikut kaum. Murid dapat mengetahui kepentingan toleransi dan menghargai keunikan alat muzik serta tarian tradisional pelbagai kaum. Murid dapat mengetahui peranannya dalam mengeratkan perpaduan melalui seni tari dan alat muzik di Malaysia. PSV : Murid dapat mengetahui cara untuk membina diorama yang menggambarkan perpaduan melalui alat muzik dan tarian tradisional pelbagai kaum di Malaysia. BAHASA MELAYU : Murid dapat mengetahui cara membina karangan berperenggan menggunaka n peta minda. Murid dapat mengetahui cara untuk membuat pembentangan dengan sebutan yang betul, intonasi, gaya dan ekspresi yang sesuai. Murid boleh membuat/melakukan : SEJARAH : Murid boleh mencari dan mencatat maklumat tentang alat muzik dan tarian tradisional pelbagai kaum. Murid dapat membina peta buih bagi menjana idea untuk mengeratkan perpaduan antara kaum di Malaysia. PSV : Murid dapat membina model alat muzik dan alat yang digunakan dalam tarian tradisional sesuatu kaum untuk diorama. Murid dapat mengecat, melukis, mewarna, menggunting, mereka bentuk, mencantum dan menghias diorama. BAHASA MELAYU : Murid dapat mengaplikasi kemahiran membina karangan berperenggan dengan bertatasusila. Murid dapat kemahiran membentangkan dan menceritakan diorama dengan sebutan yang betul, intonasi, gaya dan ekspresi yang sesuai.


5 Page 5 PERINGKAT 2 : BUKTI PENTAKSIRAN (ASSESSMENT EVIDENCE) Perfomance Task( T ) Tugasan Pembelajaran & Kaedah Pentaksiran Evidence ( E ) Pengumpulan Eviden & Instrumen Pentaksiran SEJARAH Tugasan : Pemilihan tajuk sejarah Mencari dan mencatat maklumat tentang alat muzik & tarian tradisional. Melengkapkan peta buih tentang perpaduan melalui alat muzik dan tarian tradisional. Memadankan gambar dengan alat muzik & tarian tradisional mengikut kaum. Kaedah Pentaksiran : Lisan : Soal jawab tentang alat muzik & tarian tradisional pelbagai kaum. Penjelasan dan pandangan murid tentang perpaduan dapat diterapkan melalui alat muzik & tarian tradisional. Tulisan : Murid melengkapkan peta buih. Murid memadankan gambar dengan alat muzik & tarian tradisional mengikut kaum Murid mencatat maklumat tentang alat muzik dan tarian tradisional pelbagai kaum. Pemerhatian ; Pencarian maklumat dalam kumpulan di bilik akses. Eviden : Peta buih murid Gambar aktiviti murid Instrument Pentaksiran : Catatan PBD dalam Borang Perkembangan Murid topik tersebut.


6 Page 6 PENDIDIKAN SENI VISUAL Tugasan : Memilih standard kandungan, standard pembelajaran dan standard prestasi yang sesuai. Membina model dengan memilih alat muzik dan tarian tradisional yang sesuai untuk diorama. Membina tapak diorama dan lukisan lataran yang sesuai untuk diorama tersebut. Kaedah Pentaksiran : Pemerhatian : Proses murid pembinaan model diorama. Kreativiti murid menghias diorama. Kerjasama murid dalam membina diorama secara berkumpulan. Lisan : Pembentangan murid tentang element karya kreatif dalam penghasilan diorama kumpulan masing-masing. Eviden : Model diorama alat muzik dan alat yang digunakan dalam tarian tradisional Gambar aktiviti Instrument Pentaksiran : Rubrik Diorama Catatan PBD dalam Borang Perkembangan Murid topik tersebut.


7 Page 7 BAHASA MELAYU Tugasan : Memilih standard kandungan, standard pembelajaran dan standard prestasi yang sesuai untuk mata pelajaran Bahasa Melayu. Mencari dan mencatat maklumat tentang alat muzik & tarian tradisional. Murid menulis perkataan, frasa dan ayat untuk membina peta minda. Murid membentangkan dengan menceritakan tentang seni tari dan alat muzik menyatukan kaum di Malaysia. Kaedah Pentaksiran Lisan : Pandangan rakan lain tentang hasil pembentangan kumpulan yang terlibat. Menilai sebutan dan intonasi pembentang dalam kumpulan. Pemerhatian : Menilai gaya & ekspresi serta kreativiti pembentangan murid. Melihat kesungguhan murid mencari maklumat dan informasi melalui tmk. Tulisan : Borang Student Voice – 2 star 1 wish Borang Teacher Voice – plus, minus, interesting Rubrik pemarkahan pembentangan kumpulan. Eviden : Bahan penulisan karangan. Peta minda Video pembentangan Gambar pencarian maklumat. Instrument Pentaksiran : Rubrik Pembentangan Borang Teacher’s voice Borang Student’s voice


8 Page 8 PERINGKAT 3 : PELAN PEMBELAJARAN (LEARNING PLAN) DIRANCANG MENGGUNAKAN PRINSIP WHERETO Mata Pelajaran Aktiviti Pembelajaran Learning (L) WHERETO SEJARAH 1. Murid menonton video youtube tarian tradisional dengan alat muzik Cina. Hook 2. Guru memberi penerangan tentang alat muzik, tarian tradisional pelbagai kaum. Where 3. Murid berbincang bersama rakan kumpulan bagi mendapatkan maklumat tentang alat muzik dan tarian tradisional pelbagai kaum. Equip 4. Guru memaparkan ”slide” alat muzik kaum yang dimainkan oleh kaum yang berbeza serta tarian tradisional kaum yang ditarikan oleh kaum yang berbeza. Tailored 5. Murid dalam kumpulan melengkapkan peta buih berbeza mengikut aras. Guru membimbing kumpulan murid yang lemah. Rethink 6. Murid diberikan tempoh masa untuk berbincang dan menyiapkan peta buih yang diberi. Organized 7. Murid diberi peluang untuk membentangkan hasil dapatan peta buiih kumpulan masing-masing. Evaluate Mata Pelajaran Aktiviti Pembelajaran Learning (L) WHERETO PSV 1. Murid menonton youtube contoh membina diorama dan contoh diorama yang berkaitan alat muzik dan tarian tradisional. Hook 2. Guru menjelaskan kepada murid ciri-ciri diorama dan proses kerja menyiapkan diorama. Where 3. Murid berbincang bersama rakan sekumpulan untukmemilih alat muzik dan alat tarian tradisional pelbagai kaum untuk dibina bagi diorama. Equip 4. Guru menyediakan bahan-bahan untuk membina diorama supaya tiada keciciran bahan semasa aktiviti dijalankan. Tailored 5. Murid sentiasa berhubung dengan guru untuk mendapatkan bimbingan bagi menghasilkan model diorama supaya murid dapat memastikan penghasilan model yang betul dan sesuai saiznya. Rethink 6. Murid diberi tempoh masa untuk menjalankan dan menyiapkan model alat muzik dan alat tarian tradional serta tapak diorama dengan bimbingan guru. Organized 7. Murid diberi peluang untuk membentangkan diorama yang telah disiapkan. Evaluate


9 Page 9 Mata Pelajaran Aktiviti Pembelajaran Learning (L) WHERETO BAHASA MELAYU 1. Murid dipaparkan slide gambar beberapa alat muzik dan alat yang digunakan untuk tarian tradisional pelbagai kaum. Hook 2. Murid diberi penjelasan tentang bagaimana perpaduan boleh diwujudkan melalui alat muzik dan seni tari tradisional pelbagai kaum. Where 3. Murid duduk di dalam kumpulan untuk mencari maklumat melalui ict tentang bagaimana perpaduaan dapat diwujudkan melalui alat muzik dan seni tari tradisional pelbagai kaum. Equip 4. Guru memberikan borang peta minda untuk setiap kumpulan daripada maklumat yang didapati. Tailored 5. Guru membimbing murid untuk menggarap idea rakan untuk dijadikan isi bagi menghasilkan karangan. Rethink 6. Murid diberikan tempoh masa untuk menyiapkan karangan secara individu berasaskan peta minda yang dibina. Organized 7. Murid diberi peluang untuk membentangkan hasil karangan yang telah siap serta dinilai oleh rakan dan guru. Evaluate


Click to View FlipBook Version