The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by , 2018-03-12 11:36:16

Document3

Document3

BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAH
BORANG KEHAKIMAN

Kertas Konsep
Bicara Berirama
Sekolah Menengah

131

BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAH
BORANG KEHAKIMAN

KERTAS KONSEP
BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAH

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

1.0 PENDAHULUAN

Bicara Berirama diperkenalkan sebagai satu pertandingan atau persembahan bahasa puisi/prosa dalam bentuk
berkumpulan. Pasukan akan membentuk satu paduan suara tematik yang menghayati hasrat atau tema untuk
diperdengarkan kepada audiens. Kesepaduan dan keseragaman bersuara ini akan dikawal oleh seorang peserta
yang bertindak sebagai konduktor.
Aktiviti ini melibatkan pelbagai bentuk suara individu yang disatukan untuk menyampaikan mesej pasukan atau
kumpulan. Dalam kumpulan/pasukan itu akan ditonjolkan pelbagai intonasi suara seperti suara-suara halus dan
garau, lembut dan kasar, lelaki atau perempuan, seruan dan laungan yang nyaring serta berbagai-bagai lagi. Suara
individu boleh digunakan sebagai suara solo.

2.0 PENGENALAN
Bicara Berirama adalah pertandingan yang dianjurkan oleh Subunit Bahasa Melayu, Bahagian Kokurikulum dan
Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia. Diharapkan dengan pertandingan ini akan dapat menggalakkan dan
meningkatkan penguasaan serta penggunaan bahasa Melayu Baku dan bahasa Melayu yang indah dalam
kalangan murid-murid sekolah menengah khasnya.

132

BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAH
BORANG KEHAKIMAN

3.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

3.1 Sasaran
Pertandingan ini terbuka untuk murid menengah rendah (Tingkatan Peralihan, 1,2 dan 3) saja. Setiap
kumpulan/pasukan mestilah dari sekolah yang sama. Digalakkan penyertaan berbilang kaum.

3.2 Masa
Persembahan hanya dihadkan selama 12 hingga 15 minit.

3.3 Kumpulan seorang konduktor ).
Setiap kumpulan/pasukan mestilah berjumlah antara 27 hingga 30 orang termasuk

Setiap kumpulan/pasukan mestilah diiringi oleh 3 orang guru pengiring.

3.4 Teks/Skrip
Skrip adalah bertema sama ada dalam puisi atau prosa. Skrip mestilah dikarang/reka sendiri dan autentik.

Setiap pasukan TIDAK DIBENARKAN membaca atau merujuk nota/teks/bahan bercetak dan bertulis semasa
membuat persembahan. Skrip yang dikarang/reka mestilah tidak menyentuh isu-isu sensitif seperti agama,

kaum, budaya dan peribadi seseorang. Skrip yang dikarang hendaklah dihantar kepada penganjur

selewat-lewatnya satu (1) minggu sebelum pertandingan.

3.5 Pakaian
Semua peserta diwajibkan memakai pakaian seragam sekolah (pakaian pengawas/pengawas pusat

sumber/uniform asrama dibenarkan) kecuali sekiranya pertandingan ini dianjurkan oleh badan-badan berkanun,

institusi, organisasi lain.Kostum bergantung kepada pihak penganjur. Hanya konduktor dibenarkan memakai

sarung tangan putih.

3.6 Alatan
Penggunaan mikrofon adalah dibenarkan. Mikrofon tersebut hendaklah diletakkan dua (2) meter daripada

peserta.

133

BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAH
BORANG KEHAKIMAN

3.7 Sokongan
Sebarang alatan/sokongan seperti nyanyian, lakonan, berdrama, prop, bahan latar yang bertujuan untuk
membantu persembahan, latar bunyi sama ada dalam bentuk elektronik, bercetak atau bertulis tidak
dibenarkan. Rakaman muzik ‘minus one’ sahaja dibenarkan pada segmen permulaan dan penutup
persembahan.

3.8 Pentas
Susunan pasukan di pentas adalah bebas mengikut kreativiti pasukan masing-masing. Susunan yang
dbenarkan tidak melebihi tiga baris. (Peraturan pergerakan masih kekal seperti di atas).

4.0 LARANGAN

Peniruan bunyi dan suara dibenarkan tetapi tidak menyentuh sensitiviti kaum, agama dan budaya masyarakat
Malaysia secara langsung

5.0 KRITERIA PENGHAKIMAN

5.1 Persembahan Ujaran (30 markah)
Kejelasan, ketepatan dan keseragaman kata, frasa atau ungkapan dengan intonasi, rima dan irama yang sesuai

5.2 Keseragaman persembahan (15 markah)
Formasi berbentuk objek dan pergerakan setempat

5.3 Kreativiti (10 markah)
Kesesuaian ,kepelbagaian dan keselarasan suara dan gerak yang bermakna serta rakaman muzik ‘minus one’
yang sesuai

5.4 Kesan bunyi (5 markah)
Bunyi gerakan fizikal seperti tepuk tangan, petikan jari, hentakan kaki dan lain-lain lagi

134

BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAH
BORANG KEHAKIMAN

5.5 Penghayatan (10 markah)
Ekspresi mimik muka dan bahasa tubuh

5.6 Tempo dan ritma (10 markah)
Sela masa yang tetap dan dalam bentuk kumpulan, jeda antara segmen, ad-lib (sahut-menyahut) antara SUARA
SOLO dan SUARA RAMAI

5.7 Konduktor (20 markah)
Keselarasan gerak tangan, mimik muka, tempo dan kepimpinan

5.8 Penalti (tolak 10 markah)
Sekiranya menyentuh isi-isu yang dinyatakan dalam syarat-syarat
pertandingan, membawa dan menggunakan bahan sokongan, melebihi had masa atau kurang 5 minit dan
persembahan yang keterlaluan.

5.9 Skrip

5.9.1 Tema/Mesej (10 markah)
Isi yang bernas, sesuai dan jelas mengikut tema dan mencapai kehendak audiens.

5.9.2 Bahasa ( 40 markah)
Baku dan gramatis. Penggunaan kata, frasa dan ungkapan. Bahasa percakapan (dialog) yang digunakan
sesuai. Penggunaan bahasa bombastik dan dialek tidak digalakkan

5.9.3 Cerita (30 markah)
Ada kesinambungan cerita . Jalan cerita jelas dan menampakkan keaslian (originality). Arahan dalam skrip
dinyatakan dengan jelas dan difahami

5.9.4 Watak (10 markah)
Mempunyai watak SUARA SOLO dan SUARA RAMAI. Kesesuaian penampilan watak dengan ujaran

135

BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAH
BORANG KEHAKIMAN

5.9.5 Kreativiti (5 markah)
Mempunyai unsur kecindan untuk melengkapkan jalan cerita ,
Menggunakan frasa ujaran tertentu yang biasa didengar khalayak dan sesuai dengan tema

5.9.6 Markah Bonus (5 markah)
Memperaga dan mempersembahkan skrip untuk memperlihat
kesungguhan pasukan
Menyediakan sinopsis atau kandungan dalam skrip

6.0 KEPUTUSAN HAKIM ADALAH MUKTAMAD

7.0 HAL-HAL LAIN
Bagi perkara-perkara yang tidak dinyatakan dalam syarat pertandingan pihak Jawatankuasa Pengelola
Pertandingan berhak untuk membuat keputusan dan setiap keputusan adalah muktamad.

9.0 AM
Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan
Malaysia.

136

BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAH
BORANG KEHAKIMAN

BORANG MARKAH PERSEMBAHAN
BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAH

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Pasukan Ujaran Keseragaman Kreativiti Tempo dan Penghayatan Kesan Konduktor Penalti Jumlah Masa
Nombor (30 Persembahan (10 markah) bunyi (20 (-10
(15 markah) (10 markah) Rima (5 markah) Markah Persembahan
markah) markah) markah)
(10 markah)

Ujaran: Idea cerita, kejelasan, ketepatan dan keseragaman kata, frasa atau ungkapan dengan intonasi, rima dan irama yang sesuai.

Nama Hakim ________________________________Tandatangan ____________________
Tarikh :_______________

137

BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAH
BORANG KEHAKIMAN

BORANG MARKAH SKRIP
BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAH

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Pasukan Gagasan Bahasa Cerita Watak Kreativiti Markah Jumlah
Nombor Idea/Tema/Mesej (40 markah) (30 markah) Bonus Markah
(10 markah) (5 markah) (5 markah)
(10 markah)

Nama Hakim : ___________________________________ Tandatangan : ________________ Tarikh : _____________
138

BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAH
BORANG KEHAKIMAN

CATATAN MASA
BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAH

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KUMPULAN : _____________________________

PASUKAN MASA DIAMBIL

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16

NAMA PENJAGA MASA : ____________________TARIKH : _____________
TANDATANGAN :________________________

139

BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAH
BORANG KEHAKIMAN

KIRAAN KEDUDUKAN
BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAH

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PERINGKAT : ________________

KEDUDUKAN MASA HAKIM HAKIM HAKIM HAKIM HAKIM KEDUDUKAN
1 1 2 3 4 5 TEMPAT
2
3
4

5

NAMA KETUA HAKIM : _________________________________

TANDATANGAN : _________________________________

NAMA DAN TANDATANGAN HAKIM
HAKIM 1 : __________________________ TANDATANGAN : _________
HAKIM 2 : __________________________ TANDATANGAN : _________
HAKIM 3 : __________________________ TANDATANGAN : _________
HAKIM 4 : __________________________ TANDATANGAN : _________
TARIKH : ________________

140

BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAH
BORANG KEHAKIMAN

KONDUKTOR TERBAIK
BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAH

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Panduan Pemarkahan

Markah Sangat Lemah Sederhana Baik Cemerlang
Penuh Lemah 5- 8 9- 12 13 - 16 17 - 20

20 1- 4

BORANG MARKAH

Nombor Keselarasan Mimik Kawalan Kepimpinan Jumlah
Pasukan Gerak Muka Tempo (5 markah)
Tangan (5 markah) (5 markah)

(5 markah)

Nama Hakim : _____________________________ Tandatangan : _________
141

BIL BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAH
3.1 Konsep BORANG KEHAKIMAN
3.2 Cerita/Skrip
BICARA BERIRAMA
3.3 Melodi
SUKATAN PEMBELAJARAN
 Tema cerita

- Isu semasa, persekitaran, kemasyarakatan, sains,
dll

 Unsur bahasa / seni yang digabungkan
- Berdialog, menyusun kata/frasa, bertutur dengan
betul, menyampaikan mesej dan menghafal skrip
- Seni bercerita, seni muzik, seni suara, seni
peniruan suara, seni lakon, seni dramatisasi
(dramatik), seni pergerakan kreatif

 Kerangka cerita / jalan cerita /masa
- Mengingati cerita/jalan cerita

 Kesinambungan / pertautan idea
- Jalinan antara idea mengikut segmen

 Ketepatan dialog / bermakna
- Berdasarkan tema, suara solo dan suara
beramai-ramai

 Bahasa (ringkas, padat, bermesej)

 Tema yang jelas

 Kesesuaian
- Pelbagai jenis nada dalam penceritaan dan
penyampaian

 Suara / suara latar
- Kawalan suara, lontaran suara, kejelasan sebutan,
suara dalam atau suara luaran

 Sebutan / nada / intonasi (BERIRAMA)

 Korus = sekumpulan peserta yang ‘menyanyi’
bersama-sama dalam sesuatu persembahan
- ditekankan keseragaman persembahan

 ‘ad lib’ (sahut-menyahut) – suara solo (soloist)
- nada suara yang lantang

 Kepelbagaian irama
- Tempo muzik berentak perlahan atau cepat

142

3.4 Teknik Penyampaian BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAH
3.5 Gerak Kreatif BORANG KEHAKIMAN

- Kata dan frasa yang puitis

 Tempo / jeda
- Berdasarkan ujaran kata atau dialog serta ekspresi
emosi

 Susunan cerita
- Berplot (pengenalan, perkembangan, klimaks dan
kesudahan cerita)

 Kesatuan dan harmoni
- Keseragaman korus, melodi dan irama

 Keseragaman keseluruhan
- Suara ramai, suara solo dan konduktor

 Kreativiti
- Bahasa badan dan bergantung pada arahan
konduktor

 Ekspresi
- Mimik muka terhad kepada ujaran kata atau frasa
- Sorotan mata dan lirikan mata
- Suara tinggi, rendah dan lantang
- Bunyi selingan muzik atau kesan bunyi
- Penghayatan watak

 Unsur kecindanan (kata-kata atau perlakuan yang
berunsur jenaka yang tidak keterlaluan)
- Rujuk situasi dalam cerita, dialek, peniruan bunyi
atau suara watak tertentu

 Kesesuaian gerak
- Disiplin bahasa badan (dari paras pinggang ke
kepala)

 Gerak yang bermakna (fungsi)
- Memberi kesan kepada mesej menggunakan kata
dan frasa

 Keseragaman gerak
- Arahan daripada konduktor menggunakan isyarat
tangan dan mimik muka

 Bentuk-bentuk gerak (formasi)
- Gerakan statik, gerakan memukau, gerakan
bermakna serta kreatif

 Kesinambungan dan keselarasan

143

3.6 Teknikal BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAH
BORANG KEHAKIMAN

- Menyesuaikan lirik

 Peserta
- Suara solo dan suara beramai-ramai

 Muzik
- Muzik latar

 Kesan bunyi
- Terhad dan disesuaikan mengikut situasi yang
diwujudkan

 Alat / props
- CD, DVD, buku rujukan, rakaman video, dll

 Pencahayaan
- Lampu sorot dan lampu limpah jika diadakan di
dalam dewan

 Konduktor
- Memahami kerangka cerita
- Mencipta gerak tangan dan mimik muka mengikut
situasi serta segmen
- Mengawal tempo, ‘ad lib’, melodi dan ujaran
frasa
- Berdiri tegak di hadapan kumpulan

144

BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAH
BORANG KEHAKIMAN

KERANGKA CERITA/ISI SKRIP BICARA BERIRAMA
Memilih bahan berdasarkan tema persembahan Bicara Berirama
- Pastikan tema untuk bahan sesuai berdasarkan khalayak
- Contoh isu dasar-dasar negara; alam sekitar, cerita binatang; dll
Menyaring isi melalui pemetaan cerita
- Melakar plot cerita berdasarkan pengenalan, perkembangan (isi) cerita,
klimaks dan kesudahan (isi) cerita
- Menentukan plot cerita berdasarkan sub isi (SB)
- Menulis ujaran kata, frasa dan ayat berserta watak
- Penentuan watak individu (solo) dan suara ramai
Menentukan isi berdasarkan segmen
- Menetapkan tempoh masa penyampaian isi
- Menentukan aksi, pergerakan badan (gesture), mimik muka
- Memasukkan kesan visual, elemen nyanyian berirama dan selingan muzik
Mengedit isi
- Menentukan istilah, kata seru
- Pemilihan ayat mudah, ringkas dan bermakna
- Pemilihan frasa dan ungkapan yang menarik
- Memetik ujaran tertentu yang biasa didengar oleh khalayak
Menghafal skrip
- Menghafal berdasarkan segmen skrip, nombor ujaran/arahan
cerita/pergerakan tubuh

145

BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAH
BORANG KEHAKIMAN

CONTOH PEMETAAN CERITA MENGGUNAKAN TEKNIK PETA MINDA

TEMA : PERPADUAN RAKYAT MALYSIA

Langkah 1 : Memastikan bahan dan isi yang sesuai daripada tema

2 3
4
1 S2: Memperkasa aktiviti
muhibah antara kaum 5 S7: Berpegang pada paksi
Perlembagaan dan prinsip
Rukun Negara

S3: Menjadikan Jalur Gemilang PERPADUAN
sebagai lambang penyatuan rakyat RAKYAT
Malaysia
MALAYSIA S1
S6: Menjunjung konsep
gagasan 1Malaysia

S4: Mengamalkan nilai S5:Mendaulatkan
toleransi dan semangat bahasa kebangsaan
setia kawan iaitu Bahasa Melayu

Langkah 2 : Menentukan plot cerita berdasarkan sub isi (SB)

Pengenalan : S1 (Sub Isi 1-4)) 1 Salam pembukaan 2 Latar

belakang negara Malaysia
3 Teras/Dasar Perpaduan Negara 4 Slogan/Ungkapan perpaduan

Perkembangan Cerita : S2 (Sub Isi 1-5) Memperkasa aktiviti muhibah antara kaum

Tujuan aktiviti muhibah Aktiviti rukun tetangga
2 3
1 Aktiviti rumah Aktiviti sukan /sukaneka 5 Aktiviti
terbuka perayaan kaum 4

gotong-royong

146

BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAH
BORANG KEHAKIMAN

Langkah 3 : Menulis ujaran kata, frasa dan ayat berserta watak

SEGMEN 1 SB1. (Memberi hormat dalam bentuk pergerakan kreatif)
SB1 (SUARA RAMAI) Salam 1Malaysia
SB1 (SOLO)Dengar sini semua! (simbol telapak tangan di

belakang cuping telinga )

SB2 (SOLO) Cerita rakyat sebuah negara bernama Malaysia
SB2 (SOLO) Rakyat berbilang kaum
SB2 (SUARA RAMAI) Hidup harmoni, sengketa dimusyawarahkan,

musuh disanggah
SB2 (SOLO) Melayu
SB2 (SOLO) Cina
SB2 (SOLO) India
SB2 (SOLO) Lain-lain bangsa.
SB3 (SUARA RAMAI) Toleransi, muafakat, kerjasama,

faham-memahami
SB3 (SOLO) Apa resipinya?
SB4 (SUARA RAMAI) Bulat air kerana pembetung, bulat kata

kerana muafakat

SEGMEN 2 SB1 (SUARA RAMAI) Nyanyian lagu patriotik “Muhibah”/ Muzik
latar lagu patriotik “Muhibah”

SB1 (SUARA RAMAI) Seterusnya ,memperkasa aktiviti muhibah
SB2 (SOLO) Untuk apa?
SB1 (SUARA RAMAI) Masyarakat berpadu, negara maju.
SB1 (SUARA RAMAI) Negara yang maju, aman sentosa,

kemesraan rakyat terjaga. Itulah Muhibah namanya!
SB1 (SOLO) Ha, saya tahu! Muhibah... Muhibah…Muhibah…

Itulah amalan kita semua (memelodikan lirik lagu
“Muhibah”)

SB2 (SOLO) Bagaimana caranya?
SB2 (SUARA RAMAI)Keamanan tempat tinggal diawasi bersama,

dengan cara amalan Rukun Tetangga
SB2 (SOLO) Slogannya “Muafakat Membawa Berkat”
SB3 (SUARA RAMAI)Apabila musim perayaan agama, jemputlah

berkunjung ke rumah terbuka tetangga
SB3 (SUARA RAMAI)Ukhuwah dipanjangkan, silaturahim

dirapatkan
SB4 (SOLO)Ada lagi!...
SB4 (SUARA RAMAI) Untuk menjaga kesihatan tubuh, anjurkan

aktiviti sukan
SB5 (SOLO) Ha,Bukan itu sahaja! Sukaneka memeriahkan

suasana, mengeratkan persaudaraan
SB5 (SUARA RAMAI) Detik ini, hubungan antara kaum kita julang
SB5 (SUARA RAMAI) Bagai aur dengan tebing, kita teruskan

tradisi bergotong royong

147

BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAH
BORANG KEHAKIMAN

SB5 (SOLO) Susah payah nenek moyang kita, mencipta rumah
muafakat

SB5 (SUARA RAMAI) Hasilnya… Lihatlah… apa yang terbentang,
kita warisi

SB5 (SOLO) Malaysiaku Cemerlang, Gemilang dan Terbilang

148

BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAH
BORANG KEHAKIMAN

SKRIP BICARA BERIRAMA
Bahasa Penyatu Bangsa (Mendukung Transformasi 1Malaysia)

SEGMEN 1 1. (Murid masuk dengan iringan back up lagu rakyat Embun Sok Sek dalam jangka
masa 40 saat ). Pergerakan santai dengan lengkok hanyunan tangan, kaki dan
badan.

2. (SR) Ring, ring...Ring, ring...Ring,ring
3. (SRP)Hello! Apa Khabar? Nak cakap dengan siapa
4. (SRP) Ha, tengok ni!
5. (SRP) I Phone.
6. (SRL) I… I apa?
7. (SRP) I Phone lah pakcik
8. (SRL) I Phone tu... mata telefon ke?
9. (SRP) Tak. Dengar ni (Murid menunjukkan menari riang sambil menyanyikan

lagu ikut tempo)
10. (SR) Kacak luar, kacak dalam.Kacak dengar sini. Kalau saya senyum, awak bising

sekali (irama minus one tanpa muzik)
11. (SRP) Hebatkan!
12. (SRL) Nak tengok ,boleh?
13. (SRP) Boleh.
14. (SRL) Nak pinjam?
15. (SRP) Tak boleh!
16. (SOLO) Emm…, itulah bahasa!
17. (SRP) Bila dengar , banyak makna!
18. (SRL) ! Kadang-kadang kena fikir dulu sebelum berkata-kata

(SRP) Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruh padahnya!
SEGMEN 2 19. (SR) Salam sejahtera dan Salam 1Malaysia.

(SR) Hari ini kami nak mengimbas penggunaan bahasa di Malaysia.
20. (SR) Bahasa Melayu sudah sebati dalam jiwa rakyat negara ini. Masa zaman

nenek moyang lagi, bahasa Melayu berkembang menjadi lingua franca. .
21. (SOLO) Lingua franca? (suara rasa ingin tahu)
22. (SR) Ya.. Lingua franca bermaksud bahasa perantaraan untuk berhubung.

Ramai pedagang menggunakanya.
23 (SOLO)Hebat!
24 (SR)Lepas merdeka, slogan Bahasa Jiwa Bangsa dihidupkan. Bahasa Melayu

diangkat sebagai bahasa kebangsaan. Bergema di segenap pelusuk negara, tak
kira tua , muda, di desa atau di kota
24. (SRP) Gunakanlah bahasa kebangsaan kita…Marilah amalkan ramai-ramai…
Bahasalah menyatukan kita semua… Yakinlah Bahasa Jiwa Bangsa (irama lagu
Bahasa Jiwa Bangsa)
25. (SR) Di gedung, di pasar bahkan di mana-mana, semua bercakap bahasa Melayu
26. (SRP) Tapi, pada masa tu…bahasa pasar diutamakan
27. (SOLO) Bahasa pasar tu apa?
28. (SRL) Bahasa yang digunakan tanpa mementingkan nahu. Macam…
29. (SOLO P) Haiya… apek mau pigi mana? .(lenggok laras bahasa mengikut nada
orang Melayu bercakap menggunakan nada orang Cina berbahasa Melayu )
30. (SOLO L) Adik cantik ha! Gua mau jalan-jalan. Lu mau ikut gua ka? .(lenggok

149

BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAH
BORANG KEHAKIMAN

laras bahasa mengikut nada orang Cina bercakap bahasa Melayu)
31. (SOLO L) Ayo..yo…yo. Ini macam ka. Orang banyak cantik, mau jalan sama apek

tua ka. Saya kalu lagi suka sama awak adik manis . Ikut saya naik api kereta.
(lenggok laras bahasa mengikut nada orang India bercakap bahasa Melayu)
(SR)Ha.. Itu contoh bahasa pasar
32. (SRL) Sekarang… Bahasa Melayu diterima oleh semua rakyat Malaysia
33. (SRP) Tak kira tua atau muda.. kecil atau besar , semuanya tahu berbahasa
Melayu.
34. (SRL)Malangnya… timbul pula bahasa cacamarba
35. (SR)Cuba dengar ni…
36. (SOLO P)I kan nak pergi gather. Jomlah we go… Boringlah duduk sorang-sorang.
37. (SR) Inilah bahasa rojak … macam buat sambal belacan.
38. (SR)Masuk lada…, Masuk bawang… masuk belacan Blennnd… (bunyi mesin
kisar).
39. (SRP) Lepas tu makan. Rasa… Huh…huh…huh.
40. (SRP) Pedasnya
41. (SRL) Ha…Siapa makan cili, terasa pedasnya! (suara menyindir)
42. (SRP) Tapi…Sambal belacan kan sedap, sudah makan pedas. Lepas tu… Nak
lagi…Nak lagi…Nak lagi…macam tu juga bahasa rojak.
43. (SRP)Makin digunakan makin sedap , sampai terlupa kita ini orang Malaysia.
44. (Lagu instrumental Joget Serampang Laut dalam jangka masa 25 saat)
SEGMEN 3 45. (SOLO)Nah ! Tu, dia…, Bahasa Identiti Bangsa
46. (SR) Macam dulu-dulu… Nenek moyang kita kaya dengan budi bahasa
47. (SRP) Kat selatan, puak Baba dan Nyonya berpantun. Di Johor, kita ada ghazal
48. (SRP) Kat utara, kaum Bori berlagu boria
49. (SRL) Kalau ada duit boleh belanja, nanti kita makan bersama-sama, Hidup
rakyat kita jangan dimanja, nanti bila susah badan merana.
50. (SR) Kat tengah pula, ada orang Minang
(SRP) Luruihlah jalan payakumbuah, Babelok jalan kayu jati, Dima hati den
indak karusoh, Ayam den lapeh ei, ei... Ayam den lapeh
Pagaruyuang batusangka, Tampek bajalan urang baso. Duduok tamanuong tiok
sabanta, Oi takanang juo oi oi, Ayam den lapeh
51. Kat timur pula, ada ore… Kelate.
52. Dengar ye. Demo lo ni tak supa mulo, tak beghani hambo nak tegor, demo
kherling ujung mato, nyo maghi angin , sekat demo kayo…
53. (SR) Sekarang ni..Budi Bahasa Amalan Kita. Jayakan Kempen Budi Bahasa
Amalan Mulia. Lahirkan masyarakat berbudi bahasa. Barulah terjamin
kedaulatan bangsa. Macam lagu ni…
54. (SR)Bangsa Malaysia berhemah tinggi, Ramah dan mesra elok pekerti, Yang
tiada dibantu, yang lemah dilindungi, Bertimbang rasa hormat-menghormati ,
Budi bahasa…budaya kita…a..a…a…a
SEGMEN 4 55. (SOLO) Ha.. bahasa penyatu bangsa. Kalau dalam sukan kita jerit ramai-ramai .
56. (SOLO L)Satu, dua, tiga .
57. (SR) Goooooool (gerakan pegang tangan beramai-ramai dan membuat
gelombang)
58. (SOLO) Satu, dua, tiga .
59. (nyanyi ikut irama lagu) Ole..ole…ole Kita menang … kitalah juara. (2x)

150

BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAH
BORANG KEHAKIMAN

60. (SRP) Bersatu teguh, bercerai roboh. Bagai aur dengan tebing. Kita ungkapkan
bahasa tanpa rasa curiga

61. (SR) Di sekolah, kami belajar bahasa ikut nahu. Tapi kadang kala…
62. (SOLO P) Sorong papan tarik papan, buah keranji dalam perahu; Suruh makan

dia makan, suruh mengaji dia tak mahu. (gaya pengucapan pantun)
63. (SRL) Ingat! Bahasa lambang perpaduan Bangsa, rosak bahasa, binasalah akar

bangsa.
63. (SRP)Yang merah itu saga, Yang kurik itu kundi; Yang indah itu bahasa, Yang

cantik itu budi.
64. Hidup bahasa! Negara Sejahtera! Rakyat Bahagia!
65. (SOLO) Skuad! Luruskan barisan! (suara tegas)
66. (Kumpulan murid berkawat menerima arahan untuk meluruskan barisan. Muzik

back up drum roll)
67. (SR) Jadi! (tangan diangkat separas bahu untuk bacaan ikrar)
68. (SR) Kami, anak-anak transformasi, 1Malaysia, berjanji
69. (SR) Mengekalkan tradisi bahasa, bangsa Malaysia ,

(SR) Bahasa Dijulang, Warisan dipertahan, Warga Terbilang
70. Lagu 1Malaysia nyayian Faizal Tahirdalam jangka masa 1 minit 32 saat.

(Pergerakan mengikut irama lagu dengan tepuk tangan berirama sambil
menyanyikan lagu verse ke 2 )
71. (SOLO) 1Bahasa
72. (SOLO) 1Bangsa
73. (SOLO) 1Malaysia
74. (Pergerakan hayunan langkah serta tepukan berirama sambil menyanyi verse
ke 4 dengan mengikut lirik lagu dan melangkah masuk )
Catatan Petunjuk :
 SOLO – Suara Solo ( 9 orang)
 SR – Suara Ramai
 SRL – Suara Ramai Lelaki
 SRP – Suara Ramai Perempuan

151

BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAH
BORANG KEHAKIMAN

SKRIP BICARA BERIRAMA : PENDIDIKAN MENJANA TRANSFORMASI

SEGMEN 1 1. (Murid sedang santai dan berbuat bising di dalam kelas)
SEGMEN 2 2. (SOLO) Kawan-kawan hendak pinjam kerja rumah

matematik, boleh tak? Saya tak datanglah semalam.
3. (SOLO)Eh, cikgu sudah sampai!!! Hisssh… (simbol jari

telunjuk di atas daun bibir mulut)

4. (SOLO) Selamat pagi, kelas.
5. (SR) Selamat pagi, cikgu.
6. (SOLO) Anda semua sudah bersedia?
7. (SOLO) Ya, cikgu
8. (SOLO) Baiklah. Hari ini kita akan belajar sejarah… sejarah

pendidikan negara.
9. (SOLO) Dari dahulu hingga merdeka, banyak dasar telah

digubal. (Murid menunjukkan reaksi kurang bersemangat)
10. (SOLO) Salah satunya Dasar Pendidikan Negara.
11. (SOLO) Apa laporan yang terdapat di dalamnya?
12. (SOLO) Siapa tahu?
13. (SOLO) Cikgu, saya tahu jawapannya.
14. (SOLO) Apa dia, Yusri.
15. (SOLO) Laporan Barnes.
16. (SOLO) Cikgu, saya.
17. (SOLO) Laporan Fenn Wu.
18. (SOLO) Laporan Razak.
19. (SOLO) Ha, eer… Laporan Rahman Talib
20. (SOLO) Ya, betul, kamu membaca sebelum diajar.
21. (SR) Salam 1Malaysia
22. (SR) Dunia pendidikan negara mengalami pelbagai

transformasi
23. (SR) Dari DPN ke PIPP dan sekarang NKRA
24. Apa itu NKRA?
25. (SR) Bidang Keberhasilan Utama Negara
26. (SRP) NKRA mempunyai 6 dasar
27. (SRL) Ya, segalanya bermula dengan teknologi.
28. (SOLO) Ilmu, maklumat ditransformasikan, terhasillah

e-pembelajaran (suara robot lelaki)
29. (SOLO) Apa faedahnya?
30. (SRP) Banyak
31. (SOLO) Satu
32. (SRL) Lahirnya rakyat berdaya maju
33. (SRP) Ooooh…
34. (SOLO) Kedua
35. (SRL) Masyarakat berprestasi tinggi
36. (SRP) Uuuuu…
37. (SOLO) Ketiga
38. (SRL) Wujudkan kecemerlangan negara bangsa
39. (SRP) Aaaaa…

152

SEGMEN 3 BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAH
BORANG KEHAKIMAN
SEGEMEN 4
SEGMEN 5 40. (SRP) Wah, bagusnya!
41. (SOLO) Tapi… Bagaimana caranya?
42. (SR) Modal insan terbaik bermula daripada pendidikan awal
43. (SR) Belajar sambil bermain
44. (SR) Itulah PERMATA
45. (SOLO) Eh, awak emak kita kata, sahsiah diri, jati diri boleh

memupuk apa tu…
46. (SRL) Perpaduan rakyat kita
47. (SOLO) Mari kita rujuk buku
48. (SRP) Dulu ‘a’ bunyinya [ a ]
49. (SRP) Cikgu, betul tak?
50. (SOLO) Ya, tepat sekali
51. (SRP) Sekarang ‘a’ untuk angklung…
52. (SRP) Jom… kita main angklung
53. (SR) Klong, klang, klung,klung,klung…
54. (SRL) Seterusnya, memperkasakan sukan
55. (SRL) Satu Murid Satu Sukan
56. (SOLO) Ek…Eleh
57. (SRL) Nak jadi atlit ke…! (menyindir)
58. (SRP) Tak semestinya…!
59. (SOLO) Siti, tukar baju sekarang!
60. (SOLO) Murid sekarang mesti bijak lagi cergas.
61. (SOLO) Jelas semua
62. (SRL) Huh,huh,huh,huuuh…
63. (SOLO) Hah, itu akibatnya tidak cergas, kalau tidak bersukan!
64. (SR) Gol, gol, gol, gooooool…
65. (SRL) Arumugam
66. (SRP) Tangkas
67. (SRL) Mokhtar Dahari
68. (SRP) Lincah
69. (SRL) Marina Chin
70. (SRP) Pantas
71. (SRP) Kalau boleh, kita mahu, ramai lagi macam mereka
72. (SR) Selamat Hari Guru
73. (SR) Guru Pembina Negara Bangsa
74. (SRL) Patuhi standard
75. (SRP) Iyaaa, Guruku mendidik tanpa jemu. Lagi-lagi kalau

muridnya panjang akal seperti kami…
76. (SRP) Hi,hi,hi,hi…
77. (SOLO) Ayuh, kita semua ke pautan pelayaran Internet
78. (SOLO) Tut, tut, tut… Tut,tut… Tutut,Tutut,tut..
79. (SR) Dunia di hujung jari kita
80. (SRL) Macam-macam ada
81. (SRP) Yahoo, hoo..
82. (SRL) Goggle
83. (SRP) MSN
84. (SRP) Twit,twit,Twitter…

153

BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAH
BORANG KEHAKIMAN

SEGMEN 6 85. (SRL) SKMM
SEGMEN 7 86. (SOLO) Streamyx… pendidikan berjalur lebar berprestasi

tinggi
87. (SOLO) http : www.moe.gov.my
88. (SR) Itulah Dasar Jalur Lebar Negara
89. (SR) Semuanya cukup dan nampak mudah
90. (SR) Itu kelebihan anak kota
91. (SRL) Tapi, bagaimana dengan anak desa?
92. (SOLO) Penoreh getah?
93. (SOLO) Bagaimana keluarga miskin?
94. (SOLO) Nelayan pula macam mana?
95. (SRP) Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul
96. (SOLO) Tanggungjawab siapa?
97. (SOLO) Siapa pula yang mendukungnya?
98. (SOLO) MARA!
99. (SOLO) RISDA!
100. (SOLO) FELDA!
101. (SOLO) Dan YAYASAN PENDIDIKAN
102. (SRL) Sama menyokong, meningkatkan taraf pendidikan

negara
103. (SRP) Barulah kita hidup sama rasa, sama kata…
104. (SR) Hebat, bertenaga dan berkualiti
105. (SR) Kita mampu menjadikan pendidikan bertaraf dunia.
106. (SRP) Bak kata orang-orang tualah, kalau hendak seribu daya,

tak hendak seribu dalih
107. (SR) Mari kita bersama-sama menggembleng tenaga, jayakan

NKRA.
108. (SR) Tiada yang mustahil, semua dirintis
109. (SR) Kerana kita
110. (SR) Satu Malaysia : Transformasi Pendidikan

Catatan Petunjuk :

 SOLO – Suara Solo
 SR – Suara Ramai

 SRP – Suara Ramai Perempuan

 SRL – Suara Ramai Lelaki

154

BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAH
BORANG KEHAKIMAN

SKRIP BICARA BERIRAMA
Bahasa Penyatu Bangsa (Mendukung Transformasi 1Malaysia)

SEGMEN 1 1. (Murid masuk dengan iringan back up lagu rakyat Embun Sok Sek dalam jangka
masa 40 saat ). Pergerakan santai dengan lengkok hanyunan tangan, kaki dan
badan.

2. (SR) Ring, ring...Ring, ring...Ring,ring
3. (SRP)Hello! Apa Khabar? Nak cakap dengan siapa
4. (SRP) Ha, tengok ni!
5. (SRP) I Phone.
6. (SRL) I… I apa?
7. (SRP) I Phone lah pakcik
8. (SRL) I Phone tu... mata telefon ke?
9. (SRP) Tak. Dengar ni (Murid menunjukkan menari riang sambil menyanyikan

lagu ikut tempo)
10. (SRP) Senyum, Tak perlu kata apa-apa (3x)
11. (SR) Kacak luar, kacak dalam.Kacak dengar sini. Kalau saya senyum, awak bising

sekali (irama minus one tanpa muzik)
12. (SRP) Hebatkan!
13. (SRL) Nak tengok ,boleh?
14. (SRP) Boleh.
15. (SRL) Nak pinjam?
16. (SRP) Tak boleh!
17. (SOLO) Emm…, itulah bahasa!
18. (SRP) Bila dengar , banyak makna!
19. (SRL) ! Kadang-kadang kena fikir dulu sebelum berkata-kata

(SRP) Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruh padahnya!
SEGMEN 2 20. (SR) Salam sejahtera dan Salam 1Malaysia.

(SR) Hari ini kami nak mengimbas penggunaan bahasa di Malaysia.
20. (SR) Bahasa Melayu sudah sebati dalam jiwa rakyat negara ini. Masa zaman

nenek moyang lagi, bahasa Melayu berkembang menjadi lingua franca. .
21. (SOLO) Lingua franca? (suara rasa ingin tahu)
22. (SR) Ya.. Lingua franca bermaksud bahasa perantaraan untuk berhubung.

Ramai pedagang menggunakanya.
23 (SOLO)Hebat!
24 (SR)Lepas merdeka, slogan Bahasa Jiwa Bangsa dihidupkan. Bahasa Melayu

diangkat sebagai bahasa kebangsaan. Bergema di segenap pelusuk negara, tak
kira tua , muda, di desa atau di kota
25. (SR) Di gedung, di pasar bahkan di mana-mana, semua bercakap bahasa Melayu
26. (SRP) Tapi, pada masa tu…bahasa pasar diutamakan
27. (SOLO) Bahasa pasar tu apa?
28. (SRL) Bahasa yang digunakan tanpa mementingkan nahu. Macam…
29. (SOLO P) Haiya… apek mau pigi mana? .(lenggok laras bahasa mengikut nada
orang Melayu bercakap menggunakan nada orang Cina berbahasa Melayu )
30. (SOLO L) Adik cantik ha! Gua mau jalan-jalan. Lu mau ikut gua ka? .(lenggok
laras bahasa mengikut nada orang Cina bercakap bahasa Melayu)
31. (SOLO L) Ayo..yo…yo. Ini macam ka. Orang banyak cantik, mau jalan sama apek

155

BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAH
BORANG KEHAKIMAN

tua ka. Saya kalu lagi suka sama awak adik manis . Ikut saya naik api kereta.
(lenggok laras bahasa mengikut nada orang India bercakap bahasa Melayu)
(SR)Ha.. Itu contoh bahasa pasar
32. (SRL) Sekarang… Bahasa Melayu diterima oleh semua rakyat Malaysia
33. (SRP) Tak kira tua atau muda.. kecil atau besar , semuanya tahu berbahasa
Melayu.
34. (SRL)Malangnya… timbul pula bahasa cacamarba
35. (SR)Cuba dengar ni…
36. (SOLO P)I kan nak pergi gather. Jomlah we go… Boringlah duduk sorang-sorang.
37. (SR) Inilah bahasa rojak … macam buat sambal belacan.
38. (SR)Masuk lada…, Masuk bawang… masuk belacan Blennnd… (bunyi mesin
kisar).
39. (SRP) Lepas tu makan. Rasa… Huh…huh…huh.
40. (SRP) Pedasnya
41. (SRL) Ha…Siapa makan cili, terasa pedasnya! (suara menyindir)
42. (SRP) Tapi…Sambal belacan kan sedap, sudah makan pedas. Lepas tu… Nak
lagi…Nak lagi…Nak lagi…macam tu juga bahasa rojak.
43. (SRP)Makin digunakan makin sedap , sampai terlupa kita ini orang Malaysia.
SEGMEN 3 44. (SOLO)Nah ! Tu, dia…, Bahasa Identiti Bangsa
45. (SR) Macam dulu-dulu… Nenek moyang kita kaya dengan budi bahasa
46. (SRP) Kat selatan, puak Baba dan Nyonya berpantun. Di Johor, kita ada ghazal
47. (SRP) Kat utara, kaum Bori berlagu boria
48. (SRL) Kalau ada duit boleh belanja, nanti kita makan bersama-sama, Hidup
rakyat kita jangan dimanja, nanti bila susah badan merana.
49. (SR) Kat tengah pula, ada orang Minang
50. (SRP) Kat timur pula, ada ore… Kelate.
51. (SR) Sekarang ni..Budi Bahasa Amalan Kita. Jayakan Kempen Budi Bahasa
Amalan Mulia. Lahirkan masyarakat berbudi bahasa. Barulah terjamin
52. kedaulatan bangsa.
SEGMEN 4 53. (SOLO) Ha.. bahasa penyatu bangsa. Kalau dalam sukan kita jerit ramai-ramai .
54. (SRP) Bersatu teguh, bercerai roboh. Bagai aur dengan tebing. Kita ungkapkan
bahasa tanpa rasa curiga
55. (SR) Di sekolah, kami belajar bahasa ikut nahu. Tapi kadang kala…
56. (SOLO P) Sorong papan tarik papan, buah keranji dalam perahu; Suruh makan
dia makan, suruh mengaji dia tak mahu. (gaya pengucapan pantun)
57. (SRL) Ingat! Bahasa lambang perpaduan Bangsa, rosak bahasa, binasalah akar
bangsa.
58. (SRP)Yang merah itu saga, Yang kurik itu kundi; Yang indah itu bahasa, Yang
cantik itu budi.
59. Hidup bahasa! Negara Sejahtera! Rakyat Bahagia!
60. (SOLO) Skuad! Luruskan barisan! (suara tegas)
61. (Kumpulan murid berkawat menerima arahan untuk meluruskan barisan. Muzik
back up drum roll)
62. (SR) Jadi! (tangan diangkat separas bahu untuk bacaan ikrar)
63. (SR) Kami, anak-anak transformasi, 1Malaysia, berjanji
64. (SR) Mengekalkan tradisi bahasa, bangsa Malaysia ,
(SR) Bahasa Dijulang, Warisan dipertahan, Warga Terbilang

156

BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAH
BORANG KEHAKIMAN

65. Lagu 1Malaysia nyanyian Faizal Tahir dalam jangka masa 1 minit 32 saat.
(Pergerakan mengikut irama lagu dengan tepuk tangan berirama sambil
menyanyikan lagu verse ke 2 )

66. (SOLO) 1Bahasa
67. (SOLO) 1Bangsa
68. (SOLO) 1Malaysia
69. (Pergerakan hayunan langkah serta tepukan berirama sambil menyanyi verse

ke 4 dengan mengikut lirik lagu dan melangkah masuk )
Catatan Petunjuk :

 SOLO – Suara Solo ( 9 orang)
 SR – Suara Ramai
 SRL – Suara Ramai Lelaki
 SRP – Suara Ramai Perempuan
Skrip disediakan oleh :
Abd Razak b. Abd. Malek

157


Click to View FlipBook Version