TUGASAN 1
E-PORTFOLIO
PSVK 3213
PENSYARAH: PN FAZIDAH
MOHD GANI
SITI NUR SYAUHANA BINTI MASLIDIN@MUHAMMAD
DI SEDIAKAN OLEH:
NAMA PELAJAR : SITI NUR SYAUHANA BINTI MASLIDIN@MUHAMMAD
ANGKA GILIRAN : 2021072340179
NO.KAD MATRIKS : P07205174
KUMPULAN : REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI
AMBILAN : JUN 2021
SEMESTER/SESI : 3/FEB-MEI 2022
KOD DAN NAMA KURSUS : PSVK 3213 ASAS MENGGAMBAR DAN
MEMBUAT CORAK DAN REKAAN
NO. TEL BIMBIT : 017-8395572
ALAMAT E-MEL : [email protected]
NAMA PENSYARAH KURSUS : PN FAZIDAH MOHD GANI
TARIKH HANTAR : 26 MAC 2022
PENGENALAN
Dalam tugasan 1 PSVK 3213 , kami dikehendaki untuk menyediakan E-Portfolio
yang bertemakan Kebudayaan Tempatan. Untuk menyempurnakan E-Portfolio ini,
guru pelatih perlu menghasilkan karya yang menggabungkan bidang menggambar
dan membuat corak dan rekaan. Justeru, guru pelatih hendaklah menyiapkan
tugasan 1 ini dengan mengaplikasikan kedua-dua bidang mengikut tema yang
telah ditetapkan.
PENGENALAN KEPADA BIDANG MENGGAMBAR
Bidang menggambar merupakan satu bidang yang memberi penegasan
terhadap perkembangan persepsi serta kemahiran seseorang individu
dengan melihat kebolehan individu tersebut terhadap aspek melukis dan
kegiatan mereka dalam membuat gambar menggunakan pelbagai media
dan teknik. Selain itu, menggambar adalah suatu representasi visual
sesuatu objek ataupun imej yang dihasilkan di atas permukaan yang
rata. Bukan itu sahaja, bidang ini juga mengandungi komposisi artistik
yang dihasilkan melalui pengaplikasian warna di atas permukaan rata.
PENGENALAN KEPADA BIDANG Membuat corak dan rekaan
Bidang Membuat Corak dan Rekaan merupakan bidang yang
dapat memberikan peluang kepada murid untuk memahami
pelbagai kaedah dalam menghasilkan corak dan
mengaplikasikannya menjadi satu rekaan yang lain. Di sini, corak
bermaksud struktur susunan ulangan berpandukan kepada motif
yang dilakukan secara tertentu mahupun bebas. Terdapat 2 jenis
corak iaitu corak terancang dan tidak terancang.
Kebudayaan tempatan
linangkit DUSUN
PENGENALAN KEPADA linangkit DUSUN
Linangkit merupakan sulaman kepada motif geometri yang telah
dihasilkan berasaskan kepada teknik sulaman. Linangkit secara
asli adalah menggunakan kain yang dijahit dengan pengeras
kain di sebelah kiri dan kanan serta sehelai kain nipis sebagai
dasar bagi memulakan sulaman yang dijahit. Linangkit ini dibuat
oleh golongan wanita bagi mengisi masa lapang di samping
mereka menghasilkan linangkit adalah untuk kegunaan harian
yang seterusnya menjadi budaya dalam kehidupan seharian
mereka. Tambahan lagi, linangkit dihasilkan bagi tujuan hiasan
dan alas pada pakaian kaum lelaki dan perempuan.
PENGENALAN KEPADA linangkit DUSUN
WARNA
Warna yang seringkali digunakan adalah warna hitam. Hal ini
demikian kerana pada masa dahulu, penduduk asli negeri Sabah
hanya bergantung kepada beberapa jenis tanaman serta sayuran
bagi dijadikan sebagai cecair pencelup kain. Selain daripada itu,
warna hitam juga melambangkan kekuasaan atau warna
ketuhanan yang dapat melindungi daripada makhluk halus yang
jahat.
PENGENALAN KEPADA linangkit DUSUN
corak
Dalam penghasilan linangkit, unsur flora merupakan unsur yang
amat dominan dipakai dalam menghasilkannya. Hal ini kerana
golongan wanita kaum Dusun begitu kreatif dalam mengolah
unsur-unsur flora yang berada di sekeliling mereka.
KANDUNGAN E-PORTFOLIO
01 02 03
SUMBER ILHAM LAKARAN SUMBER PERKEMBANGAN IDEA
ILHAM
04 05
KAJIAN KOMPOSISI KAJIAN WARNA
KANDUNGAN E-PORTFOLIO
06 07 08
KARYA AKHIR RUJUKAN refleksi
Sumber ilham
Lakaran sumber ilham
Perkembangan idea
01 02
03 04
05
Kajian komposisi
01
Kajian
komposisi yang
02 dipilh
03
Kajian warna
01
02
Kajian warna
yang dipilh
03
Hasil karya akhir
● Linangkit bercirikan Teknik capan
Corak terancang
rupa bentuk geometri
yang didominasikan
dengan bentuk segi
tiga dan segi empat.
● Penggunaan
warna-warna terang
seperti warna merah,
hitam, hijau,kuning,
putih, biru digunakan
untuk mengisi setiap
bentuk geometri yang
dibentuk sehingga
menjadi corak yang
pelbagai.
● Corak dibentuk secara
berulang-ulang
bersaiz kecil dan besar
rujukan
Aziz, A. (2019). Keunikan Penghasilan Sulaman Linangkit Dusun Lotud di Sabah.
https://www.academia.edu/39137290/Keunikan_Penghasilan_Sulaman_Linangkit_Dusun_Lotud_d
i_Sabah
Jusilin, H., & Kindoyop, S. (2016). Reka bentuk dan hiasan linangkit pada pakaian tradisional Dusun
Lotud di Tuaran. Jurnal Gendang Alam (GA). https://doi.org/10.51200/ga.v5i.16
Nilai Moral Pada Sulaman Linangkit | PDF. (n.d.). Scribd.
https://www.scribd.com/document/517771827/Nilai-Moral-Pada-Sulaman-Linangkit
refleksi
Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih
kepada pensyarah kursus PSVK 3213 iaitu Pn Fazidah binti Mohd Gani kerana telah
memberikan banyak bimbingan dalam membantu saya menyempurnakan tugasan 1
E-Portfolio ini.
Untuk penghasilan tugasan E-Portfolio ini, guru pelatih diminta untuk
menghasilkan karya gabungan bidang menggambar dan bidang membuat corak dan
rekaan bertemakan kebudayaan tempatan. Oleh itu, setelah membuat pelbagai carian
dan rujukan, saya telah memilih linangkit Dusun dan beberapa motif yang berasal
dari Sabah bagi menyiapkan tugasan ini.
Sepanjang penghasilan tugasan ini, terdapat beberapa cabaran yang telah saya alami.
Antaranya ialah saya sukar memahami kehendak soalan kerana tugasan ini memerlukan
pengetahuan yang tinggi dalam bidang menggambar dan bidang mencorak dan rekaan.
Seterusnya, sukar menghasilkan tugasan yang melibatkan kerja mewarna seperti kajian warna.
Ini kerana saya kurang berbakat dalam bidang seni visual. Berdasarkan Teori Kecerdasan
Pelbagai yang dipelopori oleh Gardner (1983) yang menyatakan bahawa individu mempunyai
kecerdasan yang berbeza antara satu sama lain di mana terdapat lapan jenis kecerdasan.
Antara jenis kecerdasan tersebut adalah visual-ruang di mana individu ini berkebolehan dalam
membentuk gambaran dalam minda mereka dan melukisnya. Namun begitu, saya sedar bahawa
kecerdasan saya dalam visual-ruang amat lemah. Bukan itu sahaja, saya juga mengalami
masalah di mana kurang mahir dalam melukis secara realistik. Oleh hal yang demikian, karya
yang saya hasilkan kelihatan kurang kemas dan menarik.
Seterusnya, cabaran yang dihadapi telah saya analisis dan terdapat beberapa
cadangan penambahbaikan bagi mengatasi cabaran tersebut. Antaranya ialah saya
perlu lebih meneroka mengenai penggunaan media dan teknik dalam menghasilkan
karya kedua-dua gabungan bidang ini. Seterusnya, melakukan praktis terlebih dahulu
pada waktu lapang bagi menyesuaikan diri menggunakan alatan dan warna-warna
tersebut sebelum mengaplikasikannya dalam kajian warna dan karya akhir.
Seterusnya, saya seharusnya mencari maklumat mengenai sumber ilham yang
bertemakan kebudayaan tempatan dengan lebih awal kerana proses ini amat penting
dan mengambil masa agak lama dan pengolahan perkembangan idea seharusnya
perkara yang asli datang daripada kreativiti serta kemahiran kita sendiri.
Secara ringkasnya, sepanjang saya menyempurnakan tugasan ini, saya dapat
meningkatkan pengetahuan serta kemahiran dalam menghasilkan karya gabungan
dua bidang iaitu bidang menggambar dan bidang membuat corak dan rekaan.
Walaupun terdapat beberapa kelemahan dalam menyiapkan tugasan ini tetapi
dengan bantuan pensyarah serta rakan-rakan, saya mampu untuk menyiapkan satu
portfolio yang lengkap dan boleh digunakan sebagai rujukan untuk tugasan yang
seterusnya. Oleh itu, sebagai seorang bakal guru, kita haruslah sentiasa berusaha dan
mempunyai semangat yang tinggi untuk buat sesuatu yang terbaik walaupun
menghadapi pelbagai kesukaran.