BUKU LOG PANDU PUTERI KADET
Nama : Annie Lam Xin Bei No Kad Pengenalan : 030623-13-0088 Alamat Tetap :Lot 3582, 2/F, Block 26, 37, Jalan Tanjung Kidurong, Columbia Commercial Centre, 97000 Bintulu, Sarawak. No Telefon : 016-2520419 Alamat Email : [email protected] Ambilan : PISMP ambilan Jun 2021/2026 Pengkhususan : Bahasa Cina Tahun dan Semester : Tahun 2 Semester 2 Nama dan Alamat IPGK : Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, Jalan College, 93200 Kuching, Sarawak BIODATA
1.0 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PASUKAN
1.1 PENDAFTARAN AHLI a) Lengkapkan borang-borang pendaftran berikut: Borang Pendaftaran 1 - Pendaftaran Baru - Semula Pasukan Borang Pendaftaran 2 - Borang Senarai Nama Ahli Dewasa - Pemimpin Borang Pendaftaran 3 - Borang Senari Nama Ahli Pasukan Catatan: Borang-borang tersebut boleh dimuat turunkan atau diperoleh daripada Pesuruhjaya Daerah / Ketua Pesuruhjaya Cawangan atau Ibu Pejabat Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Sertakan salinan Sijil Pendaftaran Pasukan / Guild (Untuk Pendaftaran Semula dan Pemberian Nama Baru Pasukan/Guild). Jelaskan pembayaran yuran yang berkenaan berpandukan butiran pembayaran berikut. b) Yuran Pendaftaran Kebangsaan untuk Pasukan / Guild RM 5.00 Dibayar sekali sahaja semasa pendaftaran baru. Bayaran boleh dibuat dengan cara yang berikut: Bayaran secara tunai, wang pos atau cek berpalang atas nama"PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA" di Ibu Pejabat Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
Bayaran dimasukkan terus ke akaun Persatuan Pandu Puteri Malaysia. -Bank : CIMB -Nama Akaun : Persatuan Pandu Puteri Malaysia -Nombor Akaun : 1403-0030238-007 Resit dikeluarkan oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia untuk setiap pembayaran. Sila rujuk Lampiran "B" untuk kategori Pasukan / Guild dan jumlah keahlian untuk setiap Pasukan / Guild. c) Yuran Keahlian Kebangsaan Tahunan RM 2.00 seorang setiap tahun (untuk ahli Pandu Puteri Tunas / Remaja / Renjer) RM 5.00 seorang setiap tahun (untuk setiap ahli Pandu Puteri Kadet / Siswi / Dewasa / Pemimpin / Guild Trefoil) Dibayar setiap tahun semasa pendaftaran semula Sebelum 31 Mac setiap tahun. Yuran ini adalah dibayar kepada Persatuan Pandu Puteri Malaysia untuk bayaran kuota kepada Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS).
Bayaran boleh dibuat dengan cara yang berikut: Bayaran melalui Pesuruhjaya Daerah / Ketua Pesuruhjaya Cawangan atau dibayar terus kepada Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Bayaran secara tunai, wang pos atau cek berpalang atas nama"PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA" di Ibu Pejabat Persatuan Pandu Puteri Malaysia Bayaran dimasukkan terus ke akaun Persatuan Pandu Puteri Malaysia. -Bank : CIMB -Nama Akaun : Persatuan Pandu Puteri Malaysia -Nombor Akaun : 1426-0006320-004 (Fak/pos/emailkan salinan transaksi bank ke Persatuan Pandu Puteri Malaysia) Sila dapatkan resit daripada pihak yang menerima bayaran yuran sebagai bukti pembayaran. d) Ahli Seumur Hidup RM 250.00 sekali bayar Untuk ahli berumur 35 tahun ke atas sahaja
Buku Log merupakan sebuah rekod catatan ba ahli Pandu Puteri Kadet. Ia merupakan sebuah laporan kemajuan, pencapaian dan aktiviti . Buku Log harus mengandungi catatan rekod yang diharapkan boleh dijadikan panduan dan pengesahan terhadap penglibatan seseorang ahli Pandu Puteri Kadet. Ia juga merupakan rakaman peristiwa yang berlaku dan catatan harian bagi sesuatu aktiviti Pandu Puteri. Ahli Pandu Puteri Kadet dapat mengasah kemahiran meneliti dan menghalusi pemahaman terhadap persekitarannya serta mampu menlahirkannya dalam bentuk penulisan, lakaran grafik atau bantuan visual. 1.2 BUKU LOG
Jenis-jenis Buku Log a) Buku Log Peribadi Buku Log ini mengandungi: Biodata pemilik dan rekod jawatan Pandu Puteri yang disandang di sekolah, daerah, negeri atau kebangsaan. Rekod penglibatan diri dalam aktiviti Pandu Puteri (semua peringkat) Acara Pandu Puteri yang dihadiri (semua peringkat) b) Buku Log Kemajuan Buku Log ini mengandungi: Semua laporan kemajuan Program Pandu Puteri Tunas Laporan Lencana kecekapan c) Buku Log Acara Buku log ini mengandungi: laporan setiap acara yang disertai Contoh acara adalah seperti: Perkhemahan/Cuti pasukan Khidmat Lain-lain projek
Buku Log mengandungi rekod atau catatan maklumat hasil daripada pengalaman yang dilalui. Pastikan: (a) Bahan-bahan disusun kemas (b) Rekod disimpan berterusan, tersusun dan berperingkat (c) Maklumat dikumpul menunjukkan perkembangan dan kemajuan (d) Melampirkan sijil atau surat perakuan atau bukti penyertaan (e) Keaslian dan kreativiti amat digalakkan (f) Hasil kerja boleh dizahirkan dalam bentuk tulisan tangan atau bercetak KECUALI biodata / profil diri Ciri-ciri Buku Log
Kandungan Buku Log (a) Biodata/ Profil Diri Biodata atau profil diri secara ringkas bagi memudahkan pembaca mengetahui siapa penulisnya. Nama No. Mykad / No Mykid / No surat beranak gambar Tarikh lahir Alamat rumah No tel rumah / No tel bimbit Alamat e-mail Nama & alamat sekolah No tel sekolah Nama pasukan Nama Kumpulan Berenam (b) Penglibatan Dalam Kegiatan Pandu Puteri Jawatan yang dipegang Pencapaian dalam Pandu Puteri &enarai acara Pandu Puteri yang disertai
Tarikh, tempoh, aktiviti atau program yang dihadiri Laporan atau penerangan mengenai aktiviti yang dilakukan Renungan - ceritakan dengan ringkas pengalaman baharu yang diperoleh semasa menyertai acara Sertakan lampiran seperti: (i) Bahan asal atau salinan bercetak (ii) gambar-gambar acara (iii) salinan sijil penyertaan/ pencapaian/ penghargaan Perakuan bahawa pengisian adalah hasil peribadi atau individu Tandatangan pemimpin atau penilai yang menyemak pengisian buku log tersebut Kandungan Laporan Aktiviti
1.3 PEMBENTUKAN JAWATANKUASA Pasukan Pandu Puteri Kadet dikendalikan oleh Jawatankuasa Pasukan Pandu Puteri Kadet yang terdiri daripada: Ketua Pasukan Setiausaha Bendahari Ahli Jawatankuasa Pasukan Pandu Puteri Kadet dipimpin oleh seorang Pemimpin Berwaran, Pesuruhjaya atau Jurulatih Bilangan ahli yang minimum dalam satu Pasukan Pandu Puteri Kadet ialah lapan orang dan maksimum 50 orang. Sesebuah Institut Pendidikan Guru (IPG) bolehmempunyai lebih daripada satu Pasukan Pandu Puteri Kadet
1.4 PAKAIAN SERAGAM Ahli Persatuan Pandu Puteri perlu mengutamakan kebersihan diri dan pakaian seragam mereka. Gaya rambut perlu kemas seperti yang panjang perlu didandan ataupun diikat supaya tidak terurai terutama semasa memakai topi, kep ataupun tudung. Pakaian seragam perlu sentiasa berada dalam keadaan kemas dan bersih, termasuk kasut yang dipakai dan lencana-lencana perlu bergilap supaya berkilat. Hanya lencana dan kepanduan yang sah sahaja dibenarkan pakai bersama-sama pakaian seragam. Setiap ahli perlu mematuhi peraturan pakaian yang ditetapkan oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia termasuk stail atau potongan.
1. Ahli Kadet memakai skaf berwarna 'royal blue' yang dilipat selebar 3 jari sebanyak 5 kali. 2. Lencana pelantikan untuk kadet berwarna putih. 3. Blaus berlogo yang mempunyai 2 poket dan berpotongan 'princess cut'. 4. 'Shoulder flashes' dijahit rapat pada kelim bahu kanan dan kiri. 5. Lencana dunia dipakai disebelah kanan dada 6. Seluar berwarna biru gelap yang berpotongan lurus dan tidak ketat. 7. Kasut bertutup, berwarna hitam dan bertumit rendah. 8. Jika bertudung, tudung berwarna hitam kosong tanpa sebarang hiasan dan dimasukkan ke dalam baju.
1.5 TAKWIM DAN PERANCANGAN AKTIVITI PASUKAN
1.5 TAKWIM DAN PERANCANGAN AKTIVITI PASUKAN
1.5 TAKWIM DAN PERANCANGAN AKTIVITI PASUKAN
1.6 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN Membentuk pasukan Membentuk jawatankuasa Mengetuai perjumapaan Mendaftar pasukan dengan Pasukan Pandu Puteri Malaysia Merujuk Pesuruhjaya Daerah/ Negeri mendapatkan nasihat Bekerjasama dalam pengendalian dengan pemimpin di dalam dan luar daerah/negeri.
1.7 PENGURUSAN BADAN BERUNIFORM SECARA SISTEMATIK DAN TERANCANG Badan beruniform diurus untuk meningkatkan disiplin dan daya kepimpinan bagi pemantapan pembangunan perwatakan murid. Badan beruniform diurus secara sistematik dan terancang. Merancang dan melaksanakan aktiviti badan beruniform, merekod dan menganalisis data serta mengambil tindakan susulan dengan mematuhi arahanyang berkuat kuasa/kurikulum (modul), mengikut keperluan dan kesesuaian, secara menyeluruh, tepat, dan dari semasa ke semasa. Mengurus badan beruniform dengan: Merancang aktivitiberteraskan ilmu pengetahuan, kemahiran dan kreativiti/inovasi 1. 2.Melaksanakan aktiviti yang dirancang 3.Merekodkan data dan maklumat 4.Menganalisis data dan maklumat 5.Mengambil tindakan susulan
2.0 PRINSIP ASAS PANDU PUTERI
2.1 DASAR PERTUBUHAN DAN UNDANGUNDANG AM DAN PEMIMPIN Bertujuan mendidik, melatih dan mengembangkanpotensi smua ahli Persatuan Pandu Puteri Malaysia ini supaya menjadi warga yang peka, berwibawa,berketerampilan dan berdisiplin. Harapan Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalahuntuk menghasilkan insan yang taat dan setia,berguna, cekap dan amanah, bertimbang rasa,mempunyai inisiatif, berdaya kreatif dan selalu sediamemberi khidmat untuk membantu orang lain. Pendidikan dan latihan melalui Program Kepanduan mengutamakan Sistem Kumpulan(Patrol System) yang menjadi ciri utama dalam PergerakanKepanduan seluruh dunia.
2.1 DASAR PERTUBUHAN DAN UNDANGUNDANG AM DAN PEMIMPIN Bertujuan mendidik, melatih dan mengembangkanpotensi smua ahli Persatuan Pandu Puteri Malaysia ini supaya menjadi warga yang peka, berwibawa,berketerampilan dan berdisiplin. Harapan Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalahuntuk menghasilkan insan yang taat dan setia,berguna, cekap dan amanah, bertimbang rasa,mempunyai inisiatif, berdaya kreatif dan selalu sedia memberi khidmat untuk membantu orang lain. Pendidikan dan latihan melalui Program Kepanduan mengutamakan Sistem Kumpulan(Patrol System) yang menjadi ciri utama dalam PergerakanKepanduan seluruh dunia.
VISI MISI "Persatuan Pandu Puteri Malaysia bertujuan menjadi sebuah organisasi yang dinamik dan efektif untuk wanita, remaja, dan dewasa." "Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai komitmen melahirkan golongan wanita, remaja dan dewasa yang berkaliber melalui penerapan ilmu, kemahiran dan nilai Pandu Puteri demi kepentingan nusa, bangsa dan antarabangsa."
Pemimpin Baru Seorang dewasa yang pernah mengikut Program Pandu Puteri Kadet yang akan diberi tugas oleh pihak tertentu untuk mengendalikan Pek Tunas Puteri, Pasukan Pandu Puteri atau Unit Renjer Puteri. Seorang bekas Pandu Puteri Kadet tidak diperlukanmenghadiri Kursus Pemimpin Baru dan boleh dilantik sebagai Pemimpin Tidah Berwaran olehPesuruhjaya Daerah atau Ketua Pesuruhjaya Negeri. Pemimpin Tidak Berwaran Pemimpin Baru yang telah dilantik oleh Pesuruhjaya untukmengendalikan Pek Tunas Puteri, Pasukan Pasukan Pandu Puteri, Unit Renjer Puteri, Kelab Renjer Pandu Puteri atau Kelab Pandu Puteri. Telah mengikuti Program Kadet Pandu Puteri dan dikehendaki mengikuti Kursus Pra Waran dan melafazkan atau membaharui Persetiaan Kepanduan.Pemimpin Tidak Berwaran yang telah diseliakan olehPesuruhjaya Daerra akan dilantik sebagaiPemimpin Berwaran.
Pemimpin Berwaran Pemimpin tidak Berwaran yang telah mengikuti Kursus Pra Waran,diselia dan dibantu oleh Pesuruhjaya Daerah selama tiga bulan setelah tamat menghadiri KursusPra Waran. Pesruhjaya seterusnya mencadangkan Pemimpin Tidak Berwaran yang diselia untukdiberi Waran Pemimpin.Pemimpin Berwaran yang telah lulus Ujian Kelas Dua boleh menguji Pandu puteri atau Renjer Puteri sehingga Kelas Dua. Pemimpin Berwaran digalakkan mengikuti Kursus Lanjutan supaya lulus Kelas Satu dan bolehmenguji Pandu Puteri atau Renjer Puteri Kelas Satu sehingga ke peringkat Pandu Puteri Raja. Pemmpin Berwaran seterusnya boleh melayakkan diri dan memperoleh Mutiara I, Mutiara II danMutiara III.
2.2 PERSETIAAN DAN UNDANGUNDANG PANDU PUTERI Lafaz Persetiaan Pandu Puteri “Bahawa dengan sesungguhnya saya berjanji dan bersetia dengan sedaya upayamenunaikan kewajipan saya kepada Tuhan , Raja dan Negara saya Malaysia,menolong orang setiap masa dan mematuhi undang-undang pandu puteri.”
1) Seorang Pandu Puteri boleh dipercayai. 2) Seorang Pandu Puteri sentiasa taat setia. 3) Seorang Pandu Puteri suka menolong orang lain. 4) Seorang Pandu Puteri bersahabat dengan semua orang dan Pandu Puteri yang lain. 5) Seorang Pandu Puteri sentiasa bersopan-santun. 6) Seorang Pandu Puteri melindungi haiwan dan memelihara alam sekitar. 7) Seorang Pandu Puteri sentiasa menurut perintah. 8) Seorang Pandu Puteri bersemangat dan bergembira walaupun dalam masa kesulitan. 9) Seorang Pandu Puteri sentiasa berjimat-cermat. 10) Seorang Pandu Puteri suci dalam pemikiran, perkataan dan perbuatan. Undang–undang Pandu Puteri
2.3 COGAN KATA DAN LAMBANG Selalu Bersedia Be Prepared Cogan Kata
Lencana Pandu PuteriMalaysia mempunyai sedikit perbezaan dengan lencanaPandu Puteri Dunia Ia terdiri daripada tigarangkaian daun ataucantuman daun yang terdapat bintang pecah 14 ditengahnya, serta perkataanpandu puteri dibawahnya Tiga rangkaian daun lebar itu melambangkan tigapersetiaan iaitu: 1. Taat kepada Tuhan, Rajadan Negara, 2. Menolong orang setiap masa 3.mematuhi undang-undangkepanduan. Cantuman 3 daun ini melambangkan persaudaraan kepanduan di negara kita. 2.3 COGAN KATA DAN LAMBANG
Hormat atau tabik Pandu Puteri adalah perlakuan menerusi isyarat yang dilakukan oleh Pandu Puteri kepada pegawaipegawai Pandu Puteri seperti Pemimpin, Ketua, dan juga sesama ahli kumpulan. Ia juga diberikan kepadaketua negara,ketua negeri,pembesar dan tetamu kehormat dalam upacara rasmi. Umumnya, Hormat Pandu Puteri hendaklah digunakan oleh Pandu Puteri sebagai tanda menghormatiseseorang di dalam acara atau hal-hal yang membabitkan kepanduan. Hormat Pandu Puteri diberikan untuk keadaanberikut: 1. Perjumpaan dengan Pemimpin, Ketuadan orang-orang kenamaan di dalam upacara yang kepanduan. 2. Upacara penerimaan hadiah ataukurniaan. 3. Upacara mengibarkan bendera. 2.4 ISYARAT DAN HORMAT PANDU PUTERI
2.4 ISYARAT DAN HORMAT PANDU PUTERI Cara memberikan hormat adalah seperti berikut: 1. Tiga jari tangan kanan ditegakkan. 2. Ibu jari diletakkan di atas jari kelengkeng yang dibengkokkan. 3. Tangan di angkat sehingga sama tinggidengan dahi. 4. Sebaik sahaja dapat hormat balas, tangan dijatuhkan dan pandu puteri bolehlah bergerak dari situ.
Berjabat tangan adalah tanda persahabatan bagi Pandu Puteri. Ia juga manjadi amalan tradisi Pandu Puteri dunia. Pandu Puteri Malaysia menggunakan kedua-dua belah tangan apabila berjabat tangan dengam orang kenamaan dan orang yang tidak berpakaian seragam, bersesuaian dengan budaya kita. Pandu Puteri berjabat tangan menggunakan tangan kiri dengan ahli berpakaian seragam yang lain. Semua Pandu Puteri yang berpakaian seragam berjabat tangan menggunakan tangan kiri. Salam menerusi berjabat tangan adalah tanda hormat yang lebih mesra bagi Pandu Puteri sejak dahulu lagi. Ia juga sebagai tanda untuk bertegur sapa sesama ahli dan antara ahli dengan pamimpin. 2.5 BERJABAT TANGAN DAN KHIDMAT PANDU PUTERI
2.6 ISYARAT WISEL SERTA ISYARAT TANGAN ISYARAT WISEL 1.Isyarat wisel digunakan sebagai satu arahan. 2.Semasa mengadakan perkhemahan, isyarat wisel akan digunakan bagi memberikan arahan-arahan tertentu tanpa perlu menjerit. 3.Selain wisel, terdapat isyarat lain bagi arahan seperti isyarat tangan. 4.Isyarat wisel sesuai digunakan bagi pasukan yang memiliki ahli yang ramai Berikut merupakan isyarat wisel yang digunakan bagi Pasukan Pandu Puteri:
ISYARAT TANGAN
2.7 LAGU PANDU PUTERI (Versi Bahasa Melayu) Arah kita jelas ke depan, Bendera berkibar; Tidak berlipat di dunia Harapan abadi; Bersatu untuk kebenaran, Persahabatan kukuh; Selagi dunia masih ada Akan nyanyi lagu ini. Yang cintakan kebenaran, Menetapkan janji; Dengan rela berjasa, setia abadi; Kebebasan kita tepati, Bersedia sama; Untuk semua miskin kaya, kita beri, yang terdaya. (Versi Bahasa Inggeris) Our way is clear as we march on And see our flag on high Is never furled throughout the world For hope shall never die We must unite for what is right In friendship true and strong Until the earth in its rebirth Shall sing our song. Shall sing our song. All those who loved the true and good Whose promises we were kept With humble minds whose acts were kind Whose honour never slept Those were the free and we must be Prepared like them to live To give to all, both great and small All we can give All we can give. Lagu Dunia
2.8 BENDERA MALAYSIA, BENDERA PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA(PPPM) DAN BENDERA DUNIA Tiga rangkaian daun lebar melambangkan tiga Persetiaan Pandu Puteri. Bintang pecah melambangkan 13 buah negeri serta Wilayah Persekutuan di Malaysia. Lencana Pandu Puteri Malaysia di tengah latar biru membawa maksud matahari menyinari setiap kanak-kanak di dunia Tiga blok atau petak jingga menyerong sederet di bahagian kanan bawah melambangkan 3bahagian Persetiaan. Bahagian putih di penjuru melambangkan komitmen semua ahli Pandu Puteri danPengakap Puteri Sedunia terhadap keamanan. Trefoil dunia dalam latar biru melambangkan matahari menyinari kanak-kanak di dunia. Bendera Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) Bendera Dunia
3.0 SEJARAH PERKEMBANGAN DAN STRUKTUR ORGANISASI
3.1 SEJARAH PERKEMBANGAN Sejarah Pandu Puteri Dunia Di satu perhimpunan pengakap di Crystal Palace pada tahun 1909, muncul sekumpulan remaja wanita yang meminta untuk menyertai perhimpunan ini. Ini dibuktikan sebagai pemangkin untuk pergerakan Pandu Puteri pada hari ini. Sejarah tidak mencatat berapa orang "pengakap perempuan" yang berada dalam kumpulan itu, tetapi mereka telah menarik perhatian pengasas pergerakan Pengakap, Lord Robert Baden-Powell, dandalam masa beberapa bulan, kumpulan perempuan ini telah mempunyai nama dan programnya sendiri. Baden-Powell memilih nama "Girl Guides" dengan rujukan kepada Guides Corps di India. Girl Guidesatau Pandu Puteri tidak mengambil masa yang lama untuk membawa impak. Pada tahun 1910, adik Baden-Powell iaitu Agnes, mengadaptasikan buku "Scouting for Boys"untuk kegunaan Pandu Puteridan seterusnya, pergerakan Pandu Puteri dilahirkan.
Pada tahun yang sama, Sir Robert yang baru bersara mula bergerak secara sepenuh masa dalam Pengakap dan Pandu Puteri. Semasa satu lawatan promosi untuk Pengakap dan Pandu Puteri, beliau berjumpa dengan Olave Soames dan seterusnya berkahwin dengannya. Mereka merupakan pasangan yang mengagumkan. Pada tahun 1918, Olave dilantik sebagai Ketua Pandu Puteri United Kingdom dan pasangan ini meneruskan usaha mereka dalam mengembangkan Pandu Puteri di seluruh dunia. 3.1 SEJARAH PERKEMBANGAN Sejarah Pandu Puteri Dunia
Di serata dunia Walaupun pergerakan Pandu Puteri dilahirkan di Britain, tetapi perkembangannya ke tempat lain amat pantas. Sebelum persatuan ini ditubuhkan, telah wujud beberapa kumpulan. Pada tahun 1912, Pandu Puteri telah bertapak di 10 negara. Kumpulan-kumpulan ini mempunyai pakaian seragam, lencana, peraturan dan nama yang berbeza tetapi mereka berkongsi prinsip dan cita-cita yang sama. Perang Dunia Pertama tidak menghalang perkembangan Pergerakan ini. Banyak kumpulan yang menawarkan diri sebagai sukarelawan dan menjelang tahun 1930, 15 lagi negara yang memperkenalkan kumpulan Pandu Puteri, termasuklah Brazil, China dan Estonia. Pertumbuhan pesat ini adalah disebabkan oleh usaha ramai wanita yang bersemangat, mempunyai sumber dan berpandangan jauh. Mereka semua melihat ini sebagai peluang yang baik untuk pendidikan remaja wanita. Nama seperti Juliette Low (pengasas Pengakap Puteri di AmerikaSyarikat), Olga Malkowska (pengasas di Poland) dan Antoinette Butte (pengasas di Perancis)membantu membentuk pergerakan yang kita kenali hari ini.
Perkembangan Sementara itu, Pergerakan ini terus berkembang dengan pesat. Pada tahun 1931, keahlian persatuan ini melebihi satu juta dan pada tahun 1932, Pusat Dunia yang pertama dibuka. Pada tahun 1939,Perkhemahan Sedunia Pandu Puteri / Pengakap Puteri diadakan di Hungary. Setelah tergendalasementara disebabkan oleh peperangan, pergerakan ini dihidupkan semula pada tahun 1945 dan terus berkembang. Walau bagaimanapun, Lord Baden-Powell telah meninggal dunia pada masa itu. Walaupun bersedih atas pemergian suaminya, Olave meneruskan kerja beliau dalam Pandu Puteri.Tahun 1957 menyaksikan pembukaan Our Cabaña dan ini diikuti dengan pembukaan Sangam padatahun 1966. Olave Baden-Powell meninggal dunia pada Jun 1977. Bagi mengingati beliau, WAGGGS memulakanProjek Pusat Olave (Olave Centre Project) dan meletakkan semula Biro Dunia (urusetia WAGGGS)bersama Pusat Dunia London (Pax Lodge)
Di satu perhimpunan pengakap di Crystal Palace pada tahun 1909, muncul sekumpulanremaja wanita yang meminta untuk menyertai perhimpunan ini. Ini dibuktikan sebagaipemangkin untuk pergerakan Pandu Puteri pada hari ini. Sejarah tidak mencatat berapa orang "pengakap perempuan" yang berada dalamkumpulan itu, tetapi mereka telah menarik perhatian pengasas pergerakan Pengakap, LordRobert Baden-Powell, dan dalam masa beberapa bulan, kumpulan perempuan ini telahmempunyai nama dan programnya sendiri. Riwayat Hidup Pengasas Robert Stephenson Smyth Baden-Powel Olave St.Clair Soames Lady Baden Powell
Baden-Powell memilih nama "Girl Guides" dengan rujukan kepada Guides Corps diIndia. Girl Guides atau Pandu Puteri tidak mengambil masa yang lama untuk membawa impak. Pada tahun 1910, adik Baden-Powell iaitu Agnes, mengadaptasikan buku "Scouting for Boys" untuk kegunaan Pandu Puteri dan seterusnya, pergerakan Pandu Puteri dilahirkan. Pada tahun yang sama, Sir Robert yang baru bersara mula bergerak secara sepenuhmasa dalam Pengakap dan Pandu Puteri. Semasa satu lawatan promosi untuk Pengakapdan Pandu Puteri, beliau berjumpa dengan Olave Soames dan seterusnya berkahwin dengannya.Pada tahun 1918, Olave dilantik sebagai Ketua Pandu Puteri United Kingdom danpasangan ini meneruskan usaha mereka dalam mengembangkan Pandu Puteri di seluruhdunia Riwayat Hidup Pengasas
Lord Baden-Powell ialah seorang askar Inggeris yang berpangkat Leftenan Jeneralpada tahun 1907. Beliau dilahirkan pada 22 Februari 1857 di sebuah rumah yangberhampiran dengan Hyde Park, London. Nama penuh beliau ialah Lord Robert StephensonSmyth Baden Powell dan bapanya bernama Reverend H.G. Baden Powell, seorang profesordalam bidang sains di Universiti Oxford. Ibunya, anak kepada seorang Laksamana Britishyang bernama W.T. Smyth. Beliau mempunyai tujuh orang adik beradik.Bapa Baden Powellmeninggal dunia semasa beliau berumur tiga tahun. Semasa kecil beliau sudah berminathidup di luar rumah. Beliau pernah berjalan dan berkhemah di beberapa tempat di Englandbersama dengan abangnya. Pengalaman ini dapat memberi pengajaran kepadanya supayabekerjasama dan sentiasa taat pada perintah. Lord Baden-Powell menubuhkan Pandu Puteri sebagai versi kepada pengakapwanita dan diselenggarakan oleh saudara perempuannya Agnes Baden-Powell. Sementara Agnes memainkan peranan utama sehingga kematiannya, Lady Olave Baden-Powell, isteriLord Baden Powell menjadi Ketua Pandu Chief Guide England pada tahun 1918, dan KetuaPandu Sedunia pada tahun 1930. Riwayat Hidup Pengasas
Olave St.Clair Soames atau lebih dikenal sebagai Lady-Baden Powell iaitu beliauadalah isteri kepada Robert Stephenson Smyth Baden-Powell telah mengetuai pertubuhan"Girl Guides" dengan bantuan adiknya, Agnes Baden Powell pada tahun 1910 yangsebelumnya dikenali sebagai "Girl Scouts". Pada tahun1916,beliau telah dilantik sebagaiKetua Pesuruhjaya Pandu Puteri atau "Girl Guides". Kemudian pada tahun1918, beliau telah dilantik menjadi Ketua Pandu Puteri atau "Chief Guide". Beliau telah diberi gelaran"World Chief Guide" pada tahun1930. Beliau hidup sehingga 25 Jun 1977 pada umur 88 tahun. Riwayat Hidup Pengasas
Australia Bangladesh Brunei Darussalam Cambodia Cook Islands Fiji Hong Kong India Japan Kiribati Korea Malaysia Maldives Mongolia Nepal New Zealand Pakistan Papua New Guinea Philippines Singapore Solomon Islands Sri Lanka Taiwan Thailand Tonga Negara Ahli di Rantau Asia Pasifk
World Association Girls Guides and Girls Scouts(WAGGGS) Oleh sebab Pergerakan ini terus berkembang, satu badan rasmi diperlukan untuk menyatukan semua ahli dan pada tahun 1919, Olave Baden-Powell membentuk Majlis Antarabangsa (International Council), perintis kepada WAGGGS. Majlis ini sangat berjaya, dan setahun kemudian, Persidangan Antarabangsa yang pertama telah diadakan. Persidangan ini merupakan satu peristiwa yang bersejarah dan memberi peluang kepada dunia Pandu Puteri dan Pengakap Puteri untuk berjumpa dan bertukar fikiran dan pengalaman.. Buat kali pertamanya, kumpulan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri mula merancang lawatan ke luar negara. Pada tahun 1924, Perkhemahan Sedunia yang pertama diadakan dan pada tahun berikutnya, Buletin Dunia dikeluarkan.
Sementara itu, pasangan Baden-Powell meneruskan usaha mereka dalam mempromosikan Pengakap dan Pandu Puteri / Pengakap Puteri di seluruh dunia. Pada tahun 1919, Robert Baden-Powell dilantik sebagai Ketua Pengakap Sedunia manakala pada tahun 1930, Olave Baden-Powell dilantik sebagai Ketua Pandu Puteri Sedunia. Sebelum Persidangan Antarabangsa Kelima di Hungary pada tahun 1928, Baden-Powell mendapatkan pendapat semua pertubuhan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri yang terkenal dan meminta mereka mempertimbangkan perkara ini secara serius. Akhirnya, perwakilan persidangan dari 26 negara membuat keputusan untuk membentuk Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia. Biro Dunia (World Bureau) Persatuan ini akan bertempat di London dan berfungsi sebagai urusetia. Selepas itu, keputusan diambil untuk pemilihan satu Jawatan kuasa Dunia. Lord dan Lady Baden-Powell serta Pengarah Biro Dunia akan menjadi ahli ex-officio kepada Jawatan kuasa ini. Satu draf perlembagaan telah disetujui dan Pandu Puteri menjadi satu persatuan yang berpusat.
Hari Peringatan Sedunia Hari Peringatan Pandu Puteri Sedunia jatuh pada 22 Februari pada setiap tahun dan tibalah masa untuk keluarga kepanduan menyambut hari peringatan ini. Hari peringatandisambut untuk mengingati jasa Pengasas Pandu Puteri iaitu isteri kepada Lord Baden-Powell, pengasas pasukan Pengakap. Sejarah sambutan Hari Peringatan ini bermula sejak tahun 1932 di Poland. Dan padasetiap tahun kita menyambut dan meraikan hari ini mengikut tema yang telah ditetapkan oleh WAGGGS (World Association of Girl Guides and Girl Scouts) iatu Persatuan Pandu Puteri Pengakap Puteri Sedunia.
Hari Peringatan Sedunia Setiap tahun WAGGGS akan menetapkan tema untuk dijadikan panduan kepada aktiviti aktiviti yangakan di jalankan oleh ahli-ahli WAGGGS: 2007- "Kenali Potensi Anda dengan mengambil peluang memimpin,mengembangkan persahabatan dan berani bersuara" 2008-"Fikirkan Tentang Air" 2009 -“ Kita boleh mencegah AIDS, malaria dan penyakit lain daripada berleluasa”. 2010 -“Bersama kita membasmi Kemiskinan dan Kelaparan." 2011 -"Meningkatkan Kesaksamaan Gender dan Memperkasakan Wanita"