HARI PENDAFTARAN PELAJAR
TINGKATAN 1 MRSM LANGKAWI
TAHUN 2022
ISNIN 11 APRIL 2022
TENTATIF HARI PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU
TINGKATAN 1 MRSM LANGKAWI
8:30 pagi ISNIN 11 APRIL 2022
10:30 pagi - Ketibaan pelajar baharu bersama waris.
11:30 pagi - Pendaftaran di Dewan Besar.
12:30 t/hari - Pembelian barangan di koperasi.
- Menghantar barang ke asrama
- Taklimat bersama Pengetua MRSM
Langkawi di Dewan Besar.
- Taklimat bersama Guru Homeroom dan
serahan dokumen di Dewan Besar.
- Waris meninggalkan MRSM Langkawi
CARTA ALIR PROSES PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU
TINGKATAN 1 MRSM LANGKAWI
ISNIN 11 APRIL 2022
1. SARINGAN KESIHATAN DI PONDOK PENGAWAL :
• Imbas MySejahtera dan Pengesahan Kehadiran
• Serahan Borang Deklarasi Kesihatan
• Paparkan keputusan Self Test Kit C-19
(Pelajar dan mereka yang turut berada dalam satu
kenderaan)
Makluman :
• Pintu pagar MRSM Langkawi akan mula di buka pada jam 8:00 pagi.
• Patuhi setiap arahan pengawal keselamatan.
..
CARTA ALIR PROSES PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU
TINGKATAN 1 MRSM LANGKAWI
ISNIN 11 APRIL 2022
2. PENDAFTARAN PELAJAR DI DEWAN BESAR (DB):
• Pelajar diberikan tag nama, Homeroom dan Nombor bilik.
• Pelajar dan seorang waris sahaja dibenarkan masuk ke Dewan
. Besar untuk urusan pendaftaran
Makluman :
• Tempoh masa yang diperuntukkan adalah diantara jam 8:30 pagi
sehingga 10:30 pagi sahaja dan perlu scan QR Qode pendaftaran.
• Hanya seorang waris dan pelajar sahaja dibenarkan turun untuk
pendafftaran di Dewan Besar.
• Pelajar akan dibantu oleh Buddies untuk urusan pendaftaran.
• Pelajar yang selesai mendaftar akan bergerak ke khemah drop off di
asrama untuk urusan kemasukan ke asrama.
Pematuhan SOP amatlah ditekankan sepanjang urusan dijalankan.
CARTA ALIR PROSES PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU
TINGKATAN 1 MRSM LANGKAWI
ISNIN 11 APRIL 2022
3. PENGHANTARAN PELAJAR KE ASRAMA
• Setelah selesai mendaftar, waris dan pelajar akan begerak ke asrama
menggunakan kereta.
• Kereta akan berhenti di ‘drop off point’ asrama lelaki/perempuan
untuk menurunkkan pelajar dan barangan.
• Hanya seorang waris dibenarkan untuk turun bersama pelajar untuk
masuk ke asrama
• Helpers akan membantu pelajar untuk mengangkat barang ke
asrama.
• Waris dan pelajar dibenarkan masuk ke bilik untuk meletakkan
barang-barang selama 20 minit sahaja.
• Setelah selesai, waris dan pelajar akan bergerak ke Dewan Besar
ditemani buddies untuk sesi taklimat bersama pengetua dan
homeroom.
CARTA ALIR PROSES PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU
TINGKATAN 1 MRSM LANGKAWI
ISNIN 11 APRIL 2022
4. URUSAN DI KOPERASI MRSM LANGKAWI :
• Pelajar dan seorang waris sahaja dibenarkan berurusan di
koperasi (sekiranya perlu sahaja).
Makluman :
• Tempoh masa yang diperuntukkan adalah diantara jam 8:30 pagi
sehingga 10:30 pagi sahaja.
• Jika tidak ada keperluan untuk membeli barang di koperasi,
pelajar dan seorang waris boleh terus ke Dewan Besar
untuk sesi taklimat bersama Pengetua.
• Pematuhan SOP amatlah ditekankan sepanjang urusan dijalankan.
CARTA ALIR PROSES PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU
TINGKATAN 1 MRSM LANGKAWI
ISNIN 11 APRIL 2022
5. TAKLIMAT PENGETUA DI DEWAN BESAR (DB)
• Pelajar dan seorang waris sahaja dibenarkan masuk ke
Dewan Besar untuk sesi Taklimat bersama Pengetua
MRSM Langkawi.
Makluman :
• Pelajar dan seorang waris perlu berada di Dewan Besar tepat pada
jam 11.00 pagi.
• Hanya 1 orang waris sahaja dibenarkan masuk untuk sesi taklimat
berkenaan.
• Pematuhan SOP amatlah ditekankan sepanjang urusan dijalankan.
CARTA ALIR PROSES PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU
TINGKATAN 1 MRSM LANGKAWI
ISNIN 11 APRIL 2022
6. SESI BERSAMA PENASIHAT HOMEROOM DAN
SERAHAN DOKUMEN DI DEWAN BESAR :
• Pelajar dan seorang waris dibenarkan untuk sertai sesi
bersama Penasihat Homeroom.
Makluman :
• Sesi akan dijalankan di Dewan Besar setelah selesai sesi taklimat Bersama
Pengetua.
• Pematuhan SOP amatlah ditekankan sepanjang urusan dijalankan.
• Waris akan meninggalkan MRSM Langkawi setelah Taklimat
bersama Penasihat Homeroom selesai dijalankan.
CARTA ALIR PERGERAKAN TRAFIK
PROSES PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU
TINGKATAN 1 MRSM LANGKAWI
ISNIN 11 APRIL 2022
SOALAN LAZIM
HARI PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 1 MRSM LANGKAWI
1. Bilakah sesi pendaftaran pelajar baharu tingkatan 1 MRSM LANGKAWI
dijalankan?
• Hari Isnin bertarikh 11 April 2022.
2. Adakah terdapat ketetapan waktu untuk mendaftar?
• Ya. Waktu mendaftar bermula pada jam 8:30 pagi sehingga 10:30 pagi
meliputi tempoh daftar di Dewan Besar , pengurusan asrama dan pembelian
barangan di koperasi. Pelajar digalakkan untuk hadir awal. Sesi diteruskan
dengan Taklimat bersama Pengetua MRSM Langkawi pada jam 10:30 pagi dan
Taklimat bersama Guru Homeroom pada jam 11:30 pagi sehingga 12:30 pm
3. Adakah ibu bapa/ penjaga boleh menemani pelajar sepanjang hari pertama di
MRSM Langkawi?
• Hanya seorang waris sahaja dibenarkan untuk berurusan bersama pelajar
semasa hari pendaftaran sehinggan jam 12:30 tengahari iaitu selepas sesi
Taklimat bersama Penasihat Homeroom.
SOALAN LAZIM
HARI PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 1 TAHUN 2022
MRSM LANGKAWI
4. Borang deklarasi kesihatan perlu diserahkan kepada siapa?
• Borang deklarasi kesihatan diserahkan kepada petugas di pondok pengawal.
Keluarga dan pelajar juga perlu imbas My Sejahtera yang disediakan.
Sekiranya status My Sejahtera pelajar atau salah seorang ahli keluarganya
berwarna kuning atau merah, maka pelajar dikehendaki pulang dan menangguhkan
sesi pendaftaran. Begitu juga dengan mereka yang bergejala
5. Bagaimanakah urusan pendaftaran pelajar di asrama?
• Hanya seorang waris dan pelajar yang akan turunkan barang di khemah ‘drop off’
dibantu oleh ‘helpers’ untuk membawa barangan ke dalam asrama. Kenderaan
yang telah melakukan drop off barangan, perlu terus beredar dari Kawasan asrama.
• Pemandu kenderaan dan waris lain digalakkan menikmati keindahan Pulau Langkawi
dan datang semula ke maktab setelah selesai proses pendataran.
6. Adakah terdapat kemudahan pembelian barangan di koperasi?
• Ya. Koperasi MRSM Langkawi akan dibuka sewaktu sesi pendaftaran
dijalankan.
SOALAN LAZIM
HARI PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 1 TAHUN 2022
MRSM LANGKAWI
7. Adakah urusan pembelian di koperasi hanya dijalankan sewaktu
hari pendaftaran sahaja?
• Bagi mengelakkan kesesakan sewaktu hari pendaftaran, urusan pembelian di
8. Berapakah bayaran pendaftaran pelajar baharu tingkatan 1 Tahun 2022?
• Bayaran pendaftaran berjumlah RM161. Perincian bayaran pendaftaran boleh
dirujuk pada Dokumen Panduan Pendaftaran Pelajar Baharu MRSM Tahun
2022. Untuk senarai bayaran wajib seperti saham koperasi, dobi, dan lain-lain
boleh dilakukan secara ansuran.
9. Untuk sementara waktu, bolehkah anak saya memakai uniform sekolah lama?
• Boleh. Pembelian baju uniform rasmi maktab boleh dilakukan secara
berperingkat bagi mengelakkan beban perbelanjaan.
10. Adakah sesi orientasi akan dijalankan terhadap pelajar baharu?
• Sesi orientasi akan dijalankan selama 3 hari bermula pada 11 April 2022 sehingga
13 April 2022.
SOALAN LAZIM
HARI PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 1 TAHUN 2022
MRSM LANGKAWI
11. Apakah maksud Homeroom?
• Sekumpulan pelajar sebaya menjalani hidup bersama dalam suasana
persaudaraan dengan seorang guru penasihat yang berfungsi sebagai
pembimbing dan penjaga.
12. Apakah fungsi sebuah Homeroom?
• Sebagai satu unit keluarga yang berperanan dalam mewujudkan kehidupan
yang harmonis, kesefahaman, perkongsian isu dan masalah, mengembangkan
potensi dan bakat, sentiasa mewujudkan suasana kekeluargaan yang
mengamalkan nilai kerjasama dan ukhwah yang tinggi.
13. Siapakah penasihat Homeroom?
• Penasihat Homeroom ialah guru yang dilantik untuk menjaga ahli homeroom
dan berperanan sebagai penjaga sementara pelajar. Penasihat homeroom
bertanggungjawab untuk menjaga kebajikan dan mengembangkan potensi diri
pelajar sepanjang keberadaan di maktab.
14. Berapakah jumlah ahli dalam sesebuah Homeroom?
• Jumlah ahli adalah seramai 12 -15 orang pelajar (lelaki & perempuan) dalam
tingkatan yang sama.