BUKU LOG BSMM NAMA : MUHAMAD SAIFULLAH BIN NAZAHARUDIN UNIT : BAHASA MELAYU 1 ANGKA GILIRAN : 2021102340237 INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS SULTAN MIZAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 22200 BESUT TERENGGANU DARUL IMAN 2024
NAMA: MUHAMAD SAIFULLAH BIN NAZAHARUDIN KAD PENGENALAN: 030513-06-0277 KURSUS: BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH AMBILAN: JUN 2021 KELAS: BAHASA MELAYU 1 MENTOR: DR. MOHD ZANI BIN HASSAN TARIKH LAHIR: 13 MEI 2003 ALAMAT: NO.10, TAMAN PERMAI SEJAHTERA, 27200, KUALA LIPIS, PAHANG. NO TEL: 011-17973420
Logo Rasmi BSMM Maksud dan Keterangan Bulan Sabit Merah - Berasal dari lambang palang merah yang telah diiktiraf oleh Persidangan Palang Merah Antarabangsa tahun 1929 Digunakan oleh pasukan penyelamat dan kakitangan perubatan untuk mengelakkan mereka diserang ketika peperangan
Lagu Rasmi BSMM Bulan Sabit Merah Di Malaysia Giat Berjasa Untuk Negara Tidak Kira Kaum Dan Agama Waktu Aman Atau Bahaya Di Mana Jua Adanya Sengsara Di Sana Ada Kita Di Darat Dan Laut Kita Bersedia Walaupun Diancam Bahaya Bulan Sabit Merah Gerakan Sedunia Membantu Semua Yang Menderita Badan Sukarela Berkhidmat Dengan Tabah Dan Bersemangat
PRISIP-PRINSIP ASAS PERTUBUHAN Memberikan pertolongan tanpa diskriminasi kepada mereka yang tercedera di medan peperangan. o Mencegah dan meredakan kesengsaraan. o Melindungi nyawa dan kesihatan. o Memupuk kesefahaman, kerjasama,hormat-menghormati dan kedamaian sesama manusia.
1. KESAKSAMAAN (Impartility) Palang Merah atau Bulan Sabit Merah Malaysia tidak membezakan kaum, agama, darjat atau pun fahaman politik dalam kegiatannya. Pada asasnya meringankan kesengsaraan individu dalam kes kecemasan. 2. KEBERKECUALIAN (Neutrality) Tidak menyebelahi pihak-pihak yang bermusuhan. Tidak menyertai pertikaian yang bercorak politik, perkauman, agama dan ideologi.
3. KEBEBASAN ( Independence) Palang Merah atau Bulan Sabit Merah Malaysia bertindak mengikut prinsip pergerakannya walaupun pertubuhan ini merupakan badan sokongan kepada pihak berkuasa awam. 4. KHIDMAT SUKARELA ( Voluntary Service) Palang Merah atau Bulan Sabit Merah Malaysia merupakan badan sukarela yang tidak didorong oleh sebarang tujuan mencari keuntungan.
5. KETUNGGALAN ( Unity) Hanya satu Pertubuhan Palang Merah dan Persatuan Bulan Sabit Merah di sesebuah negara. Pertubuhan ini terbuka kepada semua pihak Aktivitinya meliputi seluruh negara 6. KESEJAGATAN (Universality) Pertubuhan Palang Merah dan Persatuan Bulan Sabit Merah Antarabangsa meliputi seluruh dunia. Mempunyai tanggungjawab bersama. Saling bantu membantu di antara satu dengan lain antara negara.
Objektif Perlembagaan Dibawah peruntukan Akta Perbadanan, Objektif BSMM “Dalam masa aman atau peperangan, memberi bantuan sukarela kepada orang sakit dan cedera samada dari angkatan tentera atau pihak yang tidak berperang, kepada orang tawanan perang, dan orang awam yang menderita akibat peperangan, mengikut semangat dan waadwaad Konvensyen Geneva dan menjalankan segala kewajipan ke atas sesuatu Persatuan Kebangsaan oleh tiap-tiap Negara yang telah menjadi suatu pihak kepada Konvensyen Geneva.”
Objektif Perlembagaan Subperaturan 5(1) (a) dalam persatuan-persatuan pendidikan (Persatuan sekolah) 1998. Akta pendidikan 1996 seperti dalam warta Kerajaan Malaysia jilid 42, No. 11 Tambahan No. 41, Perundangan (A):P.U.(A) 196 bertarikh 1998 berikut merupakan peraturan-peraturan (perlembagaan) Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia: Peraturan 1: Nama dan alamat Peraturan 2: Matlamat Peraturan 3: Objektif Peraturan 4: Keahlian Peraturan 5: Guru Penasihat Peraturan 6: Ahli jawatankuasa Peraturan7: Tugas dan tanggungjawab jawatankuasa Peraturan 8 : Kewangan Peraturan 9 : Penyertaan Peraturan 10 : Aktiviti Peraturan 11 : Peraturan-peraturan Peraturan 12 : Pindaan perlembagaan Peraturan 13 : Perbubaran persatuan Peraturan 14 : Tindakan disiplin Peraturan 15 : Hal-hal lain
Lambang Lambang Palang Merah dipilih sebagai satu penghargaan kepadaa Switzerland (Palang Merah yang berlatar belakang putih seperti mana warna bendera Kebangsaan Swiss yang diterbalikkan). Ia wujud untuk menentukan perlindungan bagi mereka yang tercerdera di masa perang dan anggota yang menjaga dan merawat mereka.
Lambang Pada November 1876, Turki yang sedang berperang dengan Russia mengumumkan kepada Majlis Persekutuan Swiss, sebagai penjaga Konvensyen Geneva, bahawa lambang Palang Merah menghina kepercayaan agama anggota tenteranya dan mereka menggunakan lambang Bulan Sabit Merah untuk perkhidmatan ambulans mereka. Langkah tersebut diikuti oleh banyak negara Arab dan negara yang banyak penduduk muslim. Sebanyak 29 buah negara sekarang menggunakan lambang Bulan Sabit Merah untukmenandakan orang dan barang yang dilindungi oleh Konvensyen Geneva.
Lambang Negara yang menandatangani Konvensyen Geneva mestilah mengawal penggunaan lambang tersebut. Hanya boleh dipamerkan di atas kenderaan, kapal terbang, kapal laut, bangunan, pembinaan dan juga orang yang ditugaskan untuk menjaga mengangkut mereka yang tercedera akibat perang. Dilarang menggunakan lambang bagi tujuan peperangan, perniagaan dan publisiti Kegunaan Lambang Kegunaan lambang yang asal adalah untuk perlindungan terutamanya terpakai semasa peperangan. Kegunaan sewaktu aman ialah untuk pengenalan, iaitu sesiapa yang memakai lambang tersebut dikenali mempunyai hubungan dengan Pergerakan Palang Merah atau Bulan Sabit Merah.
Cogan Kata BSMM “Cergas pada masa aman dan perang”
Bendera BSMM
Ikrar BSMM Bahawa kami ahli Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia berikrar taat setia kepada Duli Yang Maha Mulia Sri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung dan pemerintah-pemerintah di negara kami. Bahawa kami berikrar akan sentiasa patuh pada perlembagaan dan undang-undang serta arahan persatuan walau di mana kami berada. Bahawa kami berikrar akan sentiasa memberi khidmat sukarela kami kepada mereka yang sakit dan menderita di waktu aman atau bencana berdasarkan prinsip Bulan Sabit Merah seperti berikut: 1. Kemanusiaan 2. Kesaksamaan 3. Keberkecualian 4. Kebebasan 5. Khidmat Sukarela 6. Ketunggalan 7. Kesejagatan
Sejarah BSMM Pengasas Persatuan Palang Merah ialah seorang ahli perniagaan bernama Jean Henry Dunant (1828-1910) • Idea penubuhan organisasi ini lahir daripada perasaan sedih melihat mangsa perang antara Perancis dan Itali dengan tentera Austria di Solferino ,Itali utara pada 24 Jun 1959. • Dalam perang tersebut, Lebih 40,000 tentera dan orang awal cedera dan terkorban. Atas kesedaran ini, beliau telah menulis sebuah buku kenangan yang berkisar kepada pengalamannya semasa membantu mangsa perang. • Tajuk buku tersebut ialah: ‘A Memory of Solferino' . Buku tersebut telah dicetak dan dihadiahkan kepada semua ketua-ketua negara di Eropah. • Hasilnya pada 1864 Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) dibentuk.
Sejarah BSMM Konvensyen Geneva Konvensyen Geneva Pertama dan Kedua Anggota tentera yang sakit dan cedera (yang tidak bersenjata) tidak boleh diserang. Mereka hendaklah dilayan dengan baik. Jika ditawan, mereka hendaklah dijaga dengan baik seperti pihak musuh menjaga anggota mereka sendiri yang cedera. Pihak-pihak yang bersengketa hendaklah mengambil tindakan seberapa daya yang boleh mencari dan mengumpul mereka yang cedera dan sakit serta melindungi mereka daripada dianiaya. Jika boleh, mereka yang mati hendaklah dikumpul dan dikebumikan atau dibakar dengan penuh penghormatan. Butir-butir diri mereka hendaklah diberi kepada agensi-agensi yang berkenaan supaya saudara mara mereka boleh dihubungi. Barang kepunyaan mereka tidak boleh dicuri.
Sejarah BSMM Konvensyen Geneva Konvensyen Geneva Pertama dan Kedua Anggota-anggota perubatan, sama ada berkhidmat dengan tentera, Palang Merah, atau mana-mana organisasi bantuan yang lain, tidak dianggap sebagai kombatan. Mereka tidak boleh diserang. Mereka dibenarkan merawat orang-orang yang sakit atau cedera tanpa gangguan. Pasukan tentera boleh menahan anggota perubatan tentera dan guru agama tentera supaya mereka boleh digunakan untuk memberi rawatan perubatan atau keperluan agama tawanan perang. Mereka tidak dianggap sebagai tawanan perang, dan hendaklah dibebaskan bila khidmat mereka tidak diperlukan lagi.
Sejarah BSMM Konvensyen Geneva Konvensyen Geneva Pertama dan Kedua Semua bangunan dan unit perubatan seperti hospital, ambulans dan kapal hospital hendaklah menggunakan lambang Palang Merah atau Bulan Sabit Merah supaya dikenalpasti. Mereka tidak boleh diserang, dimusnah atau dihalang daripada menjalankan operasi mereka. Salah guna lambang Palang Merah atau Bulan Sabit Merah adalah salah dari segi undang-undang.
Sejarah BSMM Konvensyen Geneva Konvensyen Geneva Ketiga Semua tawanan hendaklah memberi nama, pangkat, tarikh lahir dan nombor pengenalan. Maklumat ini hendaklah dihantar kepada pihak-pihak berkuasa yang berkenaan supaya mereka dapat dikesan oleh kerajaan mereka. Tawanan perang tidak boleh diseksa untuk mendapatkan maklumat. Mereka tidak boleh diancam (seperti dikurung, tidak diberi makanan) untuk mendapatkan maklumat. Tawanan perang hendaklah sentiasa diberi layanan yang baik. Mereka tidak boleh didera atau digunakan dalam eskperimen perubatan atau sains.
Sejarah BSMM Konvensyen Geneva Konvensyen Geneva Ketiga Tawanan perang tidak boleh dihantar atau ditempatkan dalam kawasan yang terdedah kepada pertempuran. Keadaan hidup mereka (seperti makanan, perlindungan, pakaian) hendaklah sama baiknya dengan anggota-anggota tentera pihak musuh. Pakaian, makanan dan peraturan kesihatan hendaklah dijaga dengan baik supaya tawan perang berada dalam keadaan yang selesa. Tawanan perang hendaklah dibenar mengamalkan suruhan agama mereka. Tawanan perang hendaklah dibenarkan beriadah, membaca dan bersukan.
Sejarah BSMM Konvensyen Geneva Konvensyen Geneva Ketiga Tawanan perang yang sihat boleh ditugaskan membuat kerja yang ringan dan tidak merbahaya serta tidak mempunyai tujuan ketenteraan. Mereka hendaklah dibayar dengan bayaran berpatutan atas tugas yang mereka lakukan. Tawanan perang hendaklah dibenar menerima dan mengirim surat dan juga menerima bungkusan barang (seperti makanan, pakaian, buku dll).
Sejarah BSMM Konvensyen Geneva Konvensyen Geneva Ketiga Tawanan perang hendaklah dibenar membuat aduan mengenai keadaan hidup mereka atau hal-hal lain kepada wakil ICRC. Ini hendaklah dilakukan tanpa saksi, dan oleh seorang wakil yang dipilih oleh tawanan-tawanan perang. Tawanan perang yang tidak berdaya, sakit tenat atau sakit jiwa hendaklah dihantar pulang. Tawanan perang hendaklah dihantar pulang selepas tamat peperangan
Sejarah BSMM Konvensyen Geneva Konvensyen Geneva Keempat Mereka yang cedera, orang tua, kanak-kanak dan ibu mengandung hendaklah dipindahkan dari kawasan pertempuran. Hospital awam dan anggotanya hendaklah dilindungi daripada serangan dan dibenarkan menjalankan tugas mereka tanpa gangguan. Laluan bebas hendaklah diberikan kepada peralatan dan bekalan perubatan dan juga keperluan bagi tujuan keagamaan.
Sejarah BSMM Konvensyen Geneva Konvensyen Geneva Keempat Tindakan harus diambil oleh pihak bermusuhan untuk menentukan bahawa kanak-kanak yatim berusia 15 tahun ke bawah atau mereka dengan keluarga akibat peperangan diberi makanan, pelajaran, tempat tinggal dan pendidikan. Orang awam mestilah diberi layanan yang baik. Agama, adat dan kepercayaan mereka hendaklah dihormati. Wanita tidak boleh dirogol, diserang atau dipaksa menjadi pelacur. Adalah dilarang menggunakan paksaan terhadap orang awam untuk mendapatkan maklumat. Mencuri harta awam atau mengambil tebusan adalah dilarang. Orang awam yang membuat kesalahan hendaklah dibicarakan di mahkamah.
Sejarah BSMM di Malaysia Kelahiran Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) mempunyai urutan sejarah sebelum merdeka. Palang Merah telah pun wujud di Persekutuan Tanah Melayu di bawah penjajahan British sebagai "a branch of the British Red Cross". Peperangan Dunia Kedua dan waktu pemerintahan Jepun telah memusnahkan beberapa kawasan di dalam negara kita dan ramai rakyatnya hidup dalam kemiskinan dan penderitaan.
Sejarah BSMM di Malaysia • Laporan tahunan Persatuan Palang Merah British bagi tahun 1945 dalam perenggan penutup dan mencatatkan: " Kerana akibat peperangan, Borneo Utara adalah kawasan yang teruk dilanda kemusnahan di Tenggara Asia dan penduduknya menanggung derita yang amat sangat semasa pemerintahan Jepun. Oleh yang demikian,peluang bagi aktiviti-aktiviti palang Merah adalah banyak dan sekarang oleh kerana asasnya telah diwujudkan,adalah diharapkan bahawa ianya akan berkembang dalam tahun-tahun akan datang ".
Sejarah BSMM di Malaysia Cawangan Sabah • Bukti-bukti dokumen yang ada dalam arkib Persatuan Palang Merah British menunjukkan bahawa cawangan pertama Palang Merah adalah di Sabah iaitu ditubuhkan pada bulan April 1948. Cawangan Sarawak • Palang Merah pertama ditubuhkan dalam bulan April / Mei tahun 1948,walaupun mengikut rekod satu permohonan rasmi mewujudkan cawangan Palang Merah di Sarawak ialah dibuat lebih awal iaitu pada bulan Februari 1948. Cawangan Semenanjung Malaysia • Unit Palang Merah yang pertama ditubuhkan di Pulau Pinang dalam tahun 1950,yang kemudiannya menjadi satu cawangan.dalam bulan Februari 1951,Cawangan Persekutuan Tanah Melayu telah ditubuhkan dengan bantuan Miss Jordan dan Miss Johnson serta dua orang pegawai medan Palang Merah British. Manakala Palang Merah Pahang telah ditubuhkan pada tahun 1952.
Tujuan BSMM ditubuhkan Pertubuhan terbuka tanpa membezakan agama, bangsa atau politik kepada semua orang untuk melakukan segala hal yang ditakrifkan oleh pertubuhan atau majlisnya berfaedah untuk mencapai tujuan tersebut Menjalankan usaha memperbaiki taraf kesihatan, mencegah penyakit dan meringankan penderitaanpenderitaan di seluruh dunia dalam masa aman atau perang Memberikan bantuan sukarela kepada orang cedera sama ada daripada angkatan tentera atau pihak yang menderita akibat peperangan
Tujuan BSMM ditubuhkan Menjalankan segala kewajipan yang dipertanggungjawabkan ke atas sesuatu persatuan kebangsaan oleh tiap-tiap negara yang telah satu pihak kepada konvensyen tersebut Mengesan perkembangan dan penguasaan ahli-ahli secara menyeluruh dalam aspek-aspek pengetahuan intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak dan sosial selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Antarabangsa NEGARA-NEGARA MENANDATANGANI KONVENSYEN GENEVA ICRC JAWATANKUASA PALANG MERAH ANTARABANGSA GENEVA 1853 IFRC PERSEKUTUAN ANTARABANGSA PALANG MERAH DAN BULAN SABIT MERAH GENEVA 1919 PERSIDANGAN PALANG MERAH DAN BULAN SABIT MERAH ANTARABANGSA SURUHANJAYA TETAP MAJLIS DELEGASI PERSATUAN-PERSATUAN PALANG MERAH DAN BULAN SABIT MERAH PERGERAKAN PALANG MERAH DAN BULAN SABIT MERAH ANTARABANGSA
Institut Pendidikan Guru (IPG) PENAUNG (PENGARAH) PENGERUSI (KETUA JABATAN) GURU PENASIHAT PENGERUSI (PELAJAR) NAIB PENGERUSI (PELAJAR) SETIAUSAHA PENOLONG SETIAUSAHA BENDAHARI PENOLONG BENDAHARI KOMANDER KUARTER - MASTER KETUA PATROL / BIRO
SEKOLAH GURU BESAR GURU PENASIHAT (PKK) PENGERUSI (MURID) NAIB PENGERUSI (MURID) SETIAUSAHA PENOLONG SETIAUSAHA BENDAHARI PENOLONG BENDAHARI AJK
PENDAFTARAN AHLI DAN KUMPULAN Keahlian terbuka kepada semua tanpa mengira bangsa, agama, jantina dan politik. Ahli dan sukarelawan datang daripada pelbagai golongan, memberi sumbangan perkhidmatan bagi mewujudkan hasrat dan prinsip persatuan. Komposisi Keahlian adalah seperti berikut; Ahli Kanak-kanak (9-12 tahun) Ahli Belia (13-18 tahun) Ahli Belia Terbuka (13-17 tahun) Ahli Bantuan Sukarela (18 tahun ke atas) Berpakaian Seragam/Tidak Berpakaian Seragam Ahli Seumur Hidup Ahli Kehormat Seumur Hidup (Anugerah kepada individu yang memberi sumbangan)
Ahli Belia Permohonan untuk menjadi ahli yang diluluskan oleh jawatankuasa cawangan terbahagi kepada; Tidak melebihi 12 tahun dan berdaftar di bahagian unit sebagai Bulan Sabit Kanak-kanak Tidak melebihi 18 tahun dan berdaftar di unit Bulan Sabit Muda Tidak melebihi 25 tahun dan berdaftar di unit Pasukan Sukarela Ahli Seumur Hidup Permohonan adalah di atas budi bicara dan kelulusan kewanan Yuran RM500 Ahli Biasa Yuran tahunan RM2 Bayaran dibuat kepada setiausaha cawangan atau cabang Resit pembayaran akan dikeluarkan oleh setiausaha cawangan atau cabang Ahli Kehormat Seumur Hidup Ahli kenamaan yang dilantik oleh Jawatankuasa Anugerah Kebangsaan Anugerah Ahli Kehormat Seumur Hidup tidak lebih 4 orang setiap tahun Pasukan Bantuan Sukarela Yuran RM2 setahun tetapi digalakkan bayar yuran sekaligus untuk 5 tahun
Pendaftaran Ahli Pendaftaran ahli BSMM disimpan dalam sistem database di Ibu Pejabat Kebangsaan Setiap Cabang Cawangan dan Unit akan menyimpan rekod keahlian masing-masing Bagi cawangan yang tiada unit di bawah pentadbiran rekod boleh disimpan oleh Jawatankuasa Eksekutif Cawangan Penyelarasan Pendaftaran Keahlian Kad keahlian telah diberi nombor bersiri dan diperoleh dari Ibu Pejabat Kebangsaan melalui Cawangan Pengeluaran kad kepada ahli perlu didaftarkan Kad yang lama perlu digantikan dengan yang baru melalui Sekretariat
Cawangan atau Cabang Borang keahlian haruslah lengkap dengan gambar Apabila permohonan telah diluluskan oleh pihak Cawangan maka borang berkenaan hendaklah diserahkan kepada; 1.Salinan asal kepada Ibu Pejabat Kebangsaan 2.Salinan kedua disimpan oleh Cawangan Salinan ketiga diserahkan kembali kepada Cabang atau Unit 3. Kad Keahlian kepada ahli biasa atau ahli seumur hidup 4. Pendaftaran Kumpulan Pasukan Kanak-kanak Pasukan Belia Pasukan Belia Terbuka Pasukan Bantuan Sukarela Berpakaian Seragam Pasukan Bantuan Sukarela Tidak Berpakaian Seragam Pasukan Bantuan Sukarela IPT
Pendaftaran bagi Pasukan Kanak-kanak/Belia Setiap sekolah hanya menubuhkan 1 pasukan BSMM Setiap pasukan minimum 15 orang ahli Pihak sekolah menghantar borang pendaftaran kepada Setiausaha Cabang dan disemak oleh pihak Cabang barulah permohonan dimajukan kepada Setiausaha Cawangan Pendaftaran Pasukan Belia Terbuka Ditubuhkan di kawasan yang diluluskan oleh belia cabang sahaja Ahli minimum 15 orang ahli Hantar borang pendaftaran kepada Cabang sebelum dihantar ke IPK untuk disemak dan dikeluarkan sijil pendaftaran pasukan
Pendaftaran Pasukan Bantuan Sukarela Boleh ditubuhkan di kawasan yang disyorkan oleh Cabang Ahli minimum 15 orang ahli Langkah pendaftaran adalah sama seperti pendaftaran belia dan kanak-kanak Kuasa Penganjur Tanggungjawab kuasa penganjur Meluluskan permohonan untuk aktiviti luaran (seperti rombongan, kembara, perkhemahan dan sebagainya) untuk ahli Mengesahkan sebarang persuratan rasmi yang berkaitan dengan unit BSMM di mana perlu Menyelia dan mengawal kemajuan unit BSMM di sekolahnya
Struktur Unit Kanak-kanak (Link) Belia (Youth) Ahli-ahli Link dan Youth membentuk sekurang-kurangnya 80% ahli BSMM Setiap unit mempunyai pegawai masing-masing Pegawai bagi unit Kanak-kanak ialah guru penasihat BSMM yang dilantik oleh Guru Besar Pegawai bagi Unit Belia ialah guru penasihat BSMM yang dilantik oleh Pengetua
PAKAIAN SERAGAM BSMM
PAKAIAN SERAGAM BSMM
PAKAIAN SERAGAM BSMM
PAKAIAN SERAGAM BSMM
PAKAIAN SERAGAM BSMM
PAKAIAN SERAGAM BSMM
PAKAIAN SERAGAM BSMM
PAKAIAN SERAGAM BSMM
PAKAIAN SERAGAM BSMM