The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by muhammadazrai452, 2021-06-17 11:03:06

masalah pergaulan bebas antara pelajar lelaki dan perempuan di politeknik malaysia

green bordered plants simple church program (2)

POLITEKNIK NILAI

MPU23012 PENGAJIAN ISLAM

E-MAJALAH: MASALAH PEREGAULAN
BEBAS ANTAR PELAJAR LELAKI DAN
PEREMPUAN DI POLITEKNIK MALAYSIA

NAMA

KUMPULAN 3
1. F1026 MUHAMMAD AZRAI BIN

MOHD ZAIRI
2. F1034 MUHAMMAD NAQIB BIN

KHARI
3. F1058 MUHAMMAD HAZIL AKMAL

BIN HADZI
4. F1074 MUHAMMAD ARIF ASYRAF

BIN MOHD FADZIL
F1078 MUHAMMAD AIMAN BIN

NGTIRAN

ISI KANDUNGAN

1.Penghargaan
2.Pengenalan
3.Faktor-faktor berlakunya
pergaulan bebas
4.kesan-kesan pergaulan bebas
5.cara-cara mengatasi masalah
pergaulan bebas
6.kesimpulan

PERHARGAAN

Selamat sejahtera dan bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah
rahmatnya dapat kami menyelesaikan tugasan kerja kursus ini dengan
penuh jayanya. Kami menjulang sepenuh penghargaan kepada Ustaz
Jamalizamani Bin Jamaluddin, Pensyarah Pengajian Islam (MPU23012), di
atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada kami. Beliau juga
banyak membantu kami sepanjang proses pembentukan tugasan ini
berlaku. Selain itu, Tidak lupa juga penghargaan buat ibu bapa kami
yang memberi sokongan dan dorongan dari segi fizikal dan mental
sepanjang penghasilan tugasan ini. Akhir kata, kami juga mengucapkan
ribuan teima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu kami
secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan
tugasan ini berjalan. Pelbagai ilmu yang dapat kami rungkai sepanjang
kami menyiapkan tugasan ini. Sikap kerjasama yang di tunjukkan oleh
rakan-rakan teryata membuahkan hasil dengan kejayaan kami
menyiapkan tugasan yang diberi ini. Tanpa bantuan dari semua pihak,
tidak mungkin kami dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan
sempurna.

PENGENALAN

Dewasa ini, isu keruntuhan moral dalam kalangan
pelajar Politeknik Malaysia atau pelajar IPT sering
meniti dari bibir ke bibir masyarakat dan sering
terpampang dalam akhbar tempatan. Memang tidak
dapat dinafikan bahawa isu gejala sosial dalam
kalangan pelajar Politeknik telah mencapai satu tahap
kritikal. Keruntuhan moral dalam kalangan mereka
menunjukkan ketidaksantunan remaja kita pada hari
ini. Pengertian pergaulan bebas menurut hukum
islam merupakan suatu bentuk pergaulan secara
bebas yang melibatkan lelaki dan perempuan yang
ajnabi samaada di tempat yang sunyi ataupun
terbuka Pergaulan bebas ini merupakan ciri
pergaulan masyarakat jahiliyyah dan juga berasaskan
kepada nilai-nilai dan sistem hidup masyarakat
jahiliyyah. Bentuk pergaulan ini telah ditolak oleh
Islam sejak munculnya kedatangan Rasulullah SAW
yang membawa sistem dan nilai hidup yang
berpandukan oleh Al-Quran dan Sunnah.

PENGENALAN

Pergaulan bebas meliputi pelbagai perkara bukan
sahaja antara lelaki dan perempuan yang akhirnya
terjerumas dengan salah laku seks ataupun zina.
Malah, pergaulan bebas sering dikonotasikan dengan
sesuatu yang negatif seperti seks bebas, narkoba,
kehidupan malam, dan sebagainya. Istilah ini
diadaptasi daripada budaya barat, iaitu kebebasan
melakukan sesuatu tanpa takut menyalahi norma-
norma masyarakat.

Allah SWT telah berfirman ;

‫َو َﻗ ْﺮ َن ِﻓﻲ ﺑُ ُﻴﻮﺗِﻜُ ﱠﻦ َو َﻻ ﺗَ َﺒﺮﱠ ْﺟ َﻦ ﺗَ َﺒﺮﱡ َج ا ْﻟﺠَﺎ ِﻫ ِﻠ ﱠﻴ ِﺔ ا ْﻷُو َﱃ‬

Yang bermaksud : “ Dan hendaklah kamu tetap di
rumahmu, dan janganlah kamu berhias dan
bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah yang
dahulu” (QS al-Ahzaab:33).

PENGENALAN

Dalam ayat di atas, Allah telah memerintah para isteri Rasulullah
SAW yang suci lagi bersih dan baik untuk tetap tinggal di rumah
dan perintah ini juga umum untuk setiap wanita muslimah.
Mereka telah dilarang keluar dari rumah kecuali untuk suatu
keperluan maka bagaimanakah mereka untuk melakukan ikhtilath
atau pergaulan bebas.Malangnya sekarang, ramai mahasiswi
politeknik telah menjadi rosak kerana pergaulan bebas. Mereka
tidak segan silu membuka aurat, berhias dan mempamerkan
keindahan bentuk tubuh kepada lelaki yang bukan mahram
baginya.

Pada masa kini, penyimpangan dan masalah seksual dalam
kalangan pelajar Politeknik semakin membimbangkan. Pelajar-
pelajar ini hilang sikap kesantunan yang patut ada pada jati diri
mereka. Hal ini bertambah buruk apabila seseorang remaja itu
tidak mengamalkan nilai harga diri, iaitu kesanggupan menjaga
maruah diri dalam kehidupan seharian. Penyimpangan seks, iaitu
zina sesuatu yang amat keji dan harus dihindari oleh setiap
mahasiswa dan mahasiswi. Hal ini memerlukan perhatian orang
ramai bagi menyelematkan remaja-remaja kita daripada terus
terjebak dalam isu ini

FAKTOR-FAKTOR
BERLAKUNYA

PERGAULAN BEBAS

FAKTOR PERGAULAN BEBAS

Antara faktor berlakunya pergaulan bebas ini ialah kerana ‘kejutan
budaya’ . Seperti mana yang kita tahu bahawa tidak semua pelajar dari
sekolah yang bercampur jantinanya .

Begitu ramai juga sebenarnya pelajar yang datang dari sekolah
lelaki dan dari sekolah perempuan . Mereka pasti akan ada keinginan
untuk mencuba perkara yang baharu iaitu bergaul antara sesama jantina
apabila masuk ke peringkat pengajian tinggi ini kerana mugkin sebelum
ini mereka sudah puas mempunyai persaudaraan antara sesama lelaki
atau antara sesama perempuan . Jadi , mereka pun mula mencari rakan-
rakan dari kaum hawa bagi lelaki manakala mencari kaum adam bagi
perempuan sebagai percubaan ke atas perkara yang baharu .

Selain itu , antara faktor pergaulan bebas yang kerap sekali kita
dengari ialah kurang perhatian dari keluarga dan masyarakat sekeliling .
Perkara ini juga punca ramai para remaja mempunyai tekanan dalam
hidup akibat rasa kurang kasih sayang daripada orang-orang sekeliling
mereka . Ada juga yang sanggup mengambil pendekatan untuk
membunuh diri . Oleh itu , segelintir para pelajar yang kebanyakannya
terdiri daripada golongan remaja ini mengambil keputusan mencari rakan
, tidak kira semacam jenis apa pun rakan yang dicarinya itu demi
menginginkan perhatian dan kasih sayang dari orang sekeliling . Jadi ,
disini juga merupakan titik permulaan bagi pergaulan bebas .

FAKTOR-FAKTOR
BERLAKUNYA

PERGAULAN BEBAS

Seterusnya , kurang dalam didikan agama juga merupakan salah
satu daripada berlakunya pergaulan bebas . Tetapi bagaimana ?

Tidak semua pelajar di institusi pengajian tinggi mempunyai
didikan agama yang kukuh . Mungkin dek kerana kelurganya yang
tidak menekankan prinsip keagamaan dalam kehidupan mereka
ataupun mungkin pengabaian mereka sendiri terhadap perkara
yang melibatkan kegamaan . Agama memainkan peranan yang amat
penting dalam keseluruhan aspek kehidupan kita . Tidak boleh kita
katakana bahawa agama itu hanya untuk sesetengah perkara sahaja
. Tidak ! ia tidak benar sesama sekali .

Jadi , untuk kategori pergaulan bebas ini , agama telah
mengajar kita untuk tidak berlebih-lebihan dalam sesuatu perkara .
Misalnya dalam isu pergaulan ini . Kita sudah di didik dari kecil lagi
tentang hukum-hakam dalam pergaulan antara jantina . Namun ,
masih ramai lagi yang terlepas daripada didikan agama sejak kecil .
Maka wujudlah golongan yang mengatakan tidak bersalah jika
mereka nak bergaul secara berlebih-lebihan .

Kesemuanya Ini merupakan alasan-alasan bagi berlakunya pergaulan bebas di kalangan para pelajar di institusi pengajian tinggi seperti Politeknik Malaysia .

KESAN-KESAN
PERGAULAN BEBAS

Sejak mutakhir ini, ramai remaja yang terlibat dalam pergaulan bebas.
Tambahanpula,dalam era serba moden ini pergaulan para remaja
semakin tidak terbatas. Mereka bebasberbuat apa sahaja tanpa
memikirkan masyarakat sekeliling.Pergaulan bebas dapatdidefinisikan
sebagai pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan
muhrim tanpabatasan.Namun begitu,pada masa ini pergaulan bebas
tidak terbatas antara lelaki danperempuan sahaja malah perhubungan
antara lelaki dengan lelaki dan perempuan denganperempuan juga
boleh mengundang terjadinya masalah sosial dalam masyarakat masa
ini.Terdapat banyak kesan yang akan berlaku jika remaja ini terlibat
dengan masalah sosial

Keruntuhan akhlak,Seks bebas menyebabkan keruntuhan akhlak kerana
pelaku seks bebas akan mengingkari ajaran agama. Mereka akan
mengamalkan budaya hendonisme iaitu budaya yang mementingkan
keseronokan semata- mata dan merekan tidak peduli akan ajaran-ajaran
agama serta mereka tidak takut akan dosa. Contohnya, salah seorang
Presiden Amerika Syarikat pernah mengeluarkan kenyataan akhbar pada
tahun 1962 yang menyatakan bahawa para pemuda di negaranya telah
rosak, tenggelam dalam kerosakkan. Di antara tujuh orang pemuda yang
ingin menyertai tentera, terdapat enam orang tidak layak disebabkan
mereka leka dalam keseronokan seks. Bagi pelajar yang kerap bersosial
dan sering keluar berpasangan tanpa sebarang ikatan yang sah, mereka
ini mudah terjerumus kepada perkara-perkara yang merosakkan akhlak,
tingkahlaku ini juga boleh menukarkan tumpuan utama pelajar kepada
pelajaran dan lebih leka kepada berseronok-seronok dan menghabiskan
masa dengan berpacaran dengan pasangan.

Kesemuanya Ini merupakan alasan-alasan bagi berlakunya pergaulan bebas di kalangan para pelajar di institusi pengajian tinggi seperti Politeknik Malaysia .

KESAN-KESAN
PERGAULAN BEBAS

Selain itu,menjejaskan imej negara, kegiatan seks banyak membawa implikasi
yang negatif antaranya adalah menjejaskan imej negara. Negara lain akan
memandang rendah terhadap kerajaan kita kera tidak berupaya menagani
masalah sosial. Negara kita akan dianggap sebagai negara yang lemah kerana
tidak mampu untuk menagani masalah sosial dan tanggapan bahawa
pemimpin negara kita tidak akan mengendalikan negara dengan baik.
Kegagalan tersebut menjadi buah mulut kepada pelancong negara jiran.
Media massa juga menhebohkan perkara tersebut maka imej negara terjejas.
Para pelabur dari luar negara juga akan runtuh kerana tiadanya pusingan
wang asing masuk ke dalam ekonomi negara kita.

Seterusnya, menjejaskan masa depan, pergaulan bebas juga menjejaskan
masa depan remaja. Masyarakat sukar menerima remaja sekiranya remaja
tersebut insaf. Ini menyebabkan masalah kesukaran mendapat pekerjaan.
Lebih buruk lagi mereka disisihkan atau dibuang keluarga kerana sukar
menerima perbuatan mereka dan telah menconteng arang maruah keluarga.
Kesannya mereka hidup dalam keadaan terumbang ambing akhirnya bunuh
diri kerana tertekan dan tiada tempat bergantung. Implikasi seterusnya adalah
peningkatan kes pembuangan dan pembunuhan bayi. Kehamilan luar nikah
menyebabkan mereka takut untuk memikul tanggungjawab yang berat lalu
mencari jalan singkat dengan penguguran bayi. Tambahan pula, mereke juga
berasa malu atas perbuatan mereka dan bimbang akan masa depan tercemar
dan memilih untuk pembuangan bayi kera mereka berfikiran bahawa jika
menggugurkan kandungan atau menbuang bayi, maka masalah mereka akan
selesai. Kehamilan luar nikah terutama dalam usia remaja akan menyukarkan
hidup remaja kerana mereka tiada sumber pendapatan tetapuntuk menyara
anak tersebut. Oleh itu, mereka memilih jalan singkat dengan menggugurkan
kandungan mahupun membuang bayi ke dalam lubang tandas, dalam tong
sampah dan di dalam longkang.

Kesemuanya Ini merupakan alasan-alasan bagi berlakunya pergaulan bebas di kalangan para pelajar di institusi pengajian tinggi seperti Politeknik Malaysia .

KESAN-KESAN
PERGAULAN BEBAS

Kesimpulannya, pergaulan bebas dalam kalangan remaja kini banyak
memberi keburukan berbanding kebaikan.Sebenarnya, usaha yang
komprehensif dan proaktif untuk membanteras pergaulan bebas ini
boleh direalisasikan seandainya ada pengemblengan tenaga dalam
kalangan ahli masyarakat.Oleh hal yang demikian, semua pihak
terutamanya ibu bapa, sekolah malah kerajaan sendiri perlulah
mengambil inisiatif yang bersesuaian bagi mengatasi masalah ini.Hal ini
demikian adalah untuk mengelakkan perkara mungkar daripada terus
berleluasa sehingga boleh mencemarkan imej sebagai sebuah negara
Islam yang terkemuka di dunia.

Kesemuanya Ini merupakan alasan-alasan bagi berlakunya pergaulan bebas di kalangan para pelajar di institusi pengajian tinggi seperti Politeknik Malaysia .

CARA-CARA MENGATASI MASALAH
PERGAULAN BEBAS ANTARA PELAJAR
LELAKI DAN PEREMPUAN DI POLITEKNIK

Dengan peningkatan kes atau aduan tentang pergaulan bebas lelaki dan perempuan
di intitusi politeknik. kita sebagai maryarakat sekeliling,hendaklah melakukan atau
mencari jalan bagi menyelesaikan masalah yang memberikan impak yang sangat
negatif ini.oleh itu, terdapat beberapa cara bagi mengatasi masalah pergaulan bebas
antara lelaki dan perempuan di politeknik Antaranya adalah;

1. Memperkuat pendidikan agama dalam diri:
2-Menjaga Tingkah laku
3. Mengisi masa lapang
4.Mengetatkan hubungan dengan ibu bapa
5-Memilih rakan sebaya

1. Memperkuat pendidikan agama dalam diri

Sebagai seorang muslim, setiap remaja atau pelajar Politeknik hendaklah berpegang
teguh terhadap ajaran agama islam yang sama sekali melarang pergaulan
bebas. Untuk mengelakkan diri dari terjerumus dalam lembah kemaksiatan, pelajar
harus lebih mendekatkan diri dengan Pendidikan agama, kerana jika agama atau
abidah yang dimiliki mampu mempertuatkan lagi iman di dalam diri untuk menahan
nafsu dan sekaligus mampu membuat tindakan yang bernas untuk menjahui
tindaka-tindakan yang akan terjerumus ke lembah kemaksiatan. Pendidikan agama
menjadi teras utama untuk membentuk akhlak yang terbaik bagi menjadi
penghalang bagi pelajar-pelajar memiliki keinginan melakukan perkara yang
dilarang. Seperti contoh, jika pelajar lelaki dan perempuan, ingin bertemu berdua-
duaan, tetapi dengan teguhnya pendidikan agama yang kuat, seperti sabda Nabi
Muhammad, yang berfirman "Allah telah menakdirkan anak Adam untuk melakukan
sebahagian dari zina. Zina kedua mata adalah melihat. Zina mulut adalah berkata
zina hati adalah berharap dan keinginan. Sedangkan alat kelamin itu membukting
atau mendustakannya" (H.R. Bukhari, Muslim, dan Abu Daud). Mereka mengetahui
larangan islam dan membatalkar hasrat untuk bertemu dengan kefahaman dalil ini
dalam Ketiap diri mereka.

Kesemuanya Ini merupakan alasan-alasan bagi berlakunya pergaulan bebas di kalangan para pelajar di institusi pengajian tinggi seperti Politeknik Malaysia .

CARA-CARA MENGATASI MASALAH
PERGAULAN BEBAS ANTARA PELAJAR
LELAKI DAN PEREMPUAN DI POLITEKNIK

2. Menjaga tingkah laku

Seterusnya, sebagai pelajar politeknik, sudah sedia maklum bahawa
pelajar telah berada di satu kelompok pelajar yang berasal dari pelbagai
negeri, pelbagai latar belakang dan pelbagai Pendapat. Oleh itu, setiap
pelajar hendaklah menjaga sikap serta tingkah laku yang baik. Apabila
bergaul, hendaklah bergaul dengan sikap yang besederhana, tera islam
juga menggalakkan umatnya untuk besederhana dari segala perbuatan.
Sebagai Pelajar, semestinya kita akan didatangi dengan pelbagai kerja,
sama ada membuat kerja sending atau berkumpulan. Apabila
melakukan kerja berkumpulan, kita perlu menunjuttan atau menjaga
tingkah laku dengan tidak bertanya tentang perkara-perkara peribadi
atau sensitif kepada ahli kumpulan yang lain, kerana dengan kata-kata
lah, ia mampu membaw a atau membuka jalan ke lembah maksiat.
Sebaliknya, dengan Penjagaan tingkah laku yang baik, setiap ahli
kumpulan akan menjadi lebih selesa untuk berbincang, dan dalam pada
masa yang sama akan menghormati dengan sikap yang kita tunjukkan
Dengan cara ini, ia mampu menghalang pemasalahar Pergaulan bebas
antara pelajar lelaki dan perempuan.

Kesemuanya Ini merupakan alasan-alasan bagi berlakunya pergaulan bebas di kalangan para pelajar di institusi pengajian tinggi seperti Politeknik Malaysia .

CARA-CARA MENGATASI MASALAH
PERGAULAN BEBAS ANTARA PELAJAR
LELAKI DAN PEREMPUAN DI POLITEKNIK

3. Mengisi masa lapang.

Mengisi masa lapang juga antara cara yang berkesan untuk untuk
mengurangkan masalah pergaulan bebar antara pelajar lelaki dan
perempuan. Pelajar seharusnya menggunakan mala lapang mereka dengan
melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah seperti bersukan, mengulang kaji
dan sebagainya. Apakah kesan jika pelajar tidak mengisi masa lapang mereka
dengan aktiviti yang berfaedah? Maka pelajar akan mula merasakan bosan
dan ingin melakukan sesuatu lain dari yang lain, yang membawa keburukan
seperti maksiat atau zina. Apabila Pelajar meluangkan masa lapang dengan
melakukan aktiviti yang baik, secara tidak langsung telah membuatkan pelajar
merasa diri mereka sibuk dan tidak terfikir untuk melakukan hal-hal yang
negatif sama sekali. Pelajar juga akan lebih aktif dan pelajar memiliki
pemikiran yang segar dan bernas untuk tidak melakukan sesuatu yang
diakhirnya akan membawa kerugian kepada diri mereka sendiri. Pelajar juga
hendaklah mengetahui bahawa, masa lapang bukanlah diisi dengan hal yang
negatif atau tidak baik, sebaliknya masa lapang ini adalah satu peluang di
mana pelajar mampu untuk menonjolkan diri bagi dijadikan sebagai pelajar
contoh di sesebuah institusi yang di diami.Hal ini kerana, dengan kesempatan
untuk mengulang kaji pelajaran, taraf pengetahuan pelajar akan meningkat
dan dalam pada masa yang sama mampu membantu meningkatkan markah
Penilaian berterusan (PB) atau peperiksaan akhir pada tahap yang lebih baik
dan cemerlang. Ia juga mampu membanggakan nama diri pelajar sendiri di
mata komuniti politeknik. Tidak Kurang juga, jika pelajar mengisi masa lapang
dengan aktiviti sukan, pelajar dapat mengasah bakat dan mampu mencari
pengalaman dalam bidang atlet sukan yang merupakan bidang yang terbaik
untuk menonjolkan diri di khalayak ramai.

Kesemuanya Ini merupakan alasan-alasan bagi berlakunya pergaulan bebas di kalangan para pelajar di institusi pengajian tinggi seperti Politeknik Malaysia .

CARA-CARA MENGATASI MASALAH
PERGAULAN BEBAS ANTARA PELAJAR
LELAKI DAN PEREMPUAN DI POLITEKNIK

4.Mengeratkan hubungan dengan ibu bapa

Sebagai anak terhadap ibu bapa, kita perla sentiasa mewujudkan
hubungan yang baik terhadap ibu bapa.Hal ini juga kerana ia mampu
mengurangkan masalah pergaulan bebas antara pelajar lelaki dan
perempuan di politeknik.Dengan pemberian kasih sayang dan didikan
yang diberikan oleh ibu bapa yang tak ternilai harganya, pelajar akan
sentiasa mengingati ibu bapa apabila ingin melakukan sesuatu yang
negatif seperti maksiat dan berzina.Dengan pendekatan atau rapatnya
hubungan antara, Pelajar dengan ibu bapa mereka, ibu bapa dapat
menyampaikan nasihat yang terbaik dan motivasi yang penting bagi
memastikan anaknya tidak silap langkah untuk terjerumus dalam
lembah kemaksiatan ini.Pelajar juga akan dapat berfikir dengan baik
lontaran kata-kata yang dikeluarkan oleh setiap mulut ibu bapa mereka
yang mampu menjadikan mereka pelajar yang berdisiplin dan cemerlang
di dalam akedemik atau sebaliknya.

Kesemuanya Ini merupakan alasan-alasan bagi berlakunya pergaulan bebas di kalangan para pelajar di institusi pengajian tinggi seperti Politeknik Malaysia .

CARA-CARA MENGATASI MASALAH
PERGAULAN BEBAS ANTARA PELAJAR
LELAKI DAN PEREMPUAN DI POLITEKNIK

5- Memilih rakan sebaya

Pemilihan rakan sebaya amatlah penting bagi setiap Pelajar di politeknik
supaya dapat mengelakkan diri atau mengurangkan masalah pergaulan
bebas diantara pelajar lelaki dan perempuan di politeknik.Sebagai
pelajar, kita sewajarnya memilih rakan sebaya yang memiliki sifat atau
akhlak yang positif. Hal ini supaya,kita akan sentiasa merasakan
persekitaran yang aman dan baik apabila terdapatnya rakan yang
sentiasa memberi pesanan atau mengajak melakukan sesuatu yang baik
untuk memastikan kita tidak terjerumus dalam masalah pergaulan
bebas yang kini semakin menjadi-jadi. Rakan sebaya merupakan
pengaruh yang paling dekat bagi pelajar Pelajar di Politeknik, jika baik
pengaruh tersebut, maka baik dan selamatlah diri pelajar tersebut dan
sebaliknya Bagi pemilihan rakan sebaya yang bersifat negatif, ia mampu
mendatangkan atau mendekatkan lagi diri kita kepada perkara-perkara
yang buruk seperti pergaulan bebas ini.Pemilihan pengaruh atau rakan
sebaya yang negatif akan mendatangkan kerugian kepada diri kita, dan
jika kita memiliki rakan sebaya tersebut, kita sebagai pelajar haruslah
bersiap sedia serta memerlukan tahap disiplin yang tinggi agar tidak
mudah terpengaruh.

Kesemuanya Ini merupakan alasan-alasan bagi berlakunya pergaulan bebas di kalangan para pelajar di institusi pengajian tinggi seperti Politeknik Malaysia .

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, golongan dikenali sebagai remaja ini merupakan
seseorang yang berada dalam lingkungan umur 12 hingga 21 tahun yang
sedang berada di dalam fasa peralihan dimana berlakunya perubahan
menuju kematangan. Dipetik juga daripada teori psikososial yang
diperkenalkan oleh Erikson yang menyatakan bahawa peringkat
manusia yang berada dalam lingkungan umur berkenaan adalah
peringkat yang akan menentukan diri seseorang dan peringkat yang
paling kritikal. Hal ini dapat dikaitkan juga dengan remaja zaman kini
yang sudah tidak sama dengan remaja dahulu. Remaja kini sudah
banyak dan sudah terlalu didedahkan dengan perkara-perkara yang
tidak baik yang dianggap ‘trend’ oleh mereka sementalah ia sebenarnya
perkara yang tidak patut dilakukan seperti budaya couple, budaya tiktok
dan banyak lagi yang sebenarnya mampu membawa pelajar IPT ke
peringkat pergaulan bebas.

Pergaulan bebas sebenarnya merupakan titik permulaan yang akan
menyebabkan berlakunya perkara-perkara lain seperti berzina. Statisitik
yang dikelurkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara(JPN) yang dipetik
daripada blog mStar Online menyatakan bahawa bilangan remaja bawah
umur 18 tahun yang melahirkan anak tidak saf taraf atau anak luar nikah
adalah sebanyak 4992 kanak-kanak pada tahun 2017. Masalah ini boleh
dibendung jika semua pihak termasuk agensi kerajaan atau bukan
kerajaan bersama-sama berganding bahu membanteras masalah ini.
pihak utama yang perlu mengesan perkara ini ialah ibu bapa meskipun
ibu bapa kini terlalu sibuk mencari nafkah untuk menampung keluarga,
mereka perlu memantau kegiatan anak-anak dan tahu dengan siapa
anak mereka berkawan supaya ia tidak berleluasa.

Kesemuanya Ini merupakan alasan-alasan bagi berlakunya pergaulan bebas di kalangan para pelajar di institusi pengajian tinggi seperti Politeknik Malaysia .

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, golongan dikenali sebagai remaja ini merupakan
seseorang yang berada dalam lingkungan umur 12 hingga 21 tahun yang
sedang berada di dalam fasa peralihan dimana berlakunya perubahan
menuju kematangan. Dipetik juga daripada teori psikososial yang
diperkenalkan oleh Erikson yang menyatakan bahawa peringkat
manusia yang berada dalam lingkungan umur berkenaan adalah
peringkat yang akan menentukan diri seseorang dan peringkat yang
paling kritikal. Hal ini dapat dikaitkan juga dengan remaja zaman kini
yang sudah tidak sama dengan remaja dahulu. Remaja kini sudah
banyak dan sudah terlalu didedahkan dengan perkara-perkara yang
tidak baik yang dianggap ‘trend’ oleh mereka sementalah ia sebenarnya
perkara yang tidak patut dilakukan seperti budaya couple, budaya tiktok
dan banyak lagi yang sebenarnya mampu membawa pelajar IPT ke
peringkat pergaulan bebas.

Pergaulan bebas sebenarnya merupakan titik permulaan yang akan
menyebabkan berlakunya perkara-perkara lain seperti berzina. Statisitik
yang dikelurkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara(JPN) yang dipetik
daripada blog mStar Online menyatakan bahawa bilangan remaja bawah
umur 18 tahun yang melahirkan anak tidak saf taraf atau anak luar nikah
adalah sebanyak 4992 kanak-kanak pada tahun 2017. Masalah ini boleh
dibendung jika semua pihak termasuk agensi kerajaan atau bukan
kerajaan bersama-sama berganding bahu membanteras masalah ini.
pihak utama yang perlu mengesan perkara ini ialah ibu bapa meskipun
ibu bapa kini terlalu sibuk mencari nafkah untuk menampung keluarga,
mereka perlu memantau kegiatan anak-anak dan tahu dengan siapa
anak mereka berkawan supaya ia tidak berleluasa.

Kesemuanya Ini merupakan alasan-alasan bagi berlakunya pergaulan bebas di kalangan para pelajar di institusi pengajian tinggi seperti Politeknik Malaysia .

RUJUKAN

https://penaungu.com/hadits-tentang-larangan-pergaulan-bebas/
http://kesantunanm.blogspot.com/2013/08/isu-gejala-sosial-
pergaulan-bebas-dalam.htm
https://www.tribunnews.com/ramadan/2010/08/03/menelaah-
kemuliaan-wanita-dalam-islam?page=2
https://core.ac.uk/download/pdf/236658164.pdf
https://www.merdeka.com/quran/ali-imran/ayat-104

Kesemuanya Ini merupakan alasan-alasan bagi berlakunya pergaulan bebas di kalangan para pelajar di institusi pengajian tinggi seperti Politeknik Malaysia .


Click to View FlipBook Version