The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

smkde terkini 2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mercyalmeida66, 2022-05-08 21:50:54

ATMA 1

smkde terkini 2022

ATMA

SUMBER TAKRIF ATMA
KAMUS DEWAN EDISI KEEMPAT
(1) JIWA
(2) NYAWA

BATIN SINONIM ATMA
SUKMA JIWA
NYAWA ROH
SPIRIT

SEKAPUR SIRIH

YANG DIPERTUA PIBG SMK DARUL EHSAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T atas limpah kurnia-Nya diberi ruang kepada saya untuk menyampaikan
sepatah dua kata dalam ruangan ini.

Saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada pihak jawatankuasa penerbitan Majalah Sekolah pada
tahun ini. Sesungguhnya , penerbitan majalah sekolah setiap tahun mencerminkan satu kejayaan pihak sekolah
dalam mengembleng tenaga dalam bidang penerbitan. Dengan adanya semangat kerjasama yang utuh serta budaya
kerja berpasukan, saya yakin segala perancangan dapat direalisasikan dengan jayanya. Ianya juga berjaya
mendokumentasikan pelbagai maklumat tentang aktiviti, kejayaan dan pencapaian pelajar di SMK Darul Ehsan
sebagai memori indah di sekolah ini.

Kecemerlangan sesebuah sekolah bukan sahaja bergantung kepada hebatnya guru yang mengajar, efisiennya pihak
pentadbir sekolah malahan perlu seiring dengan komitmen padu para ibu bapa dengan komuniti setempat.
Kerjasama semua pihak khususnya PIBG, haruslah memainkan peranan yang lebih efektif untuk kecemerlangan para
pelajar.

Justeru saya menyeru agar para pelajar supaya sentiasa berusaha membaiki pencapaian diri untuk mengapai impian
yang diimpikan. Para pelajar perlu mempersiapkan diri untuk menghadapi cabaran yang lebih besar di luar sana.

Akhirkata, sekali lagi saya selaku Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Darul Ehsan mewakili semua ahli
jawatankuasa PIBG akan sentiasa menyokong usaha pihak sekolah dalam merancang aktiviti untuk memajukan
pendidikan pelajar. Semoga warga SMK Darul Ehsan terus maju dengan cemerlang.

Sekian , terima kasih

PENGETUA SMK DARUL EHSAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Salam Sejahtera,

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan inayat-Nya kita dianugerahkan
kekuatan dan keyakinan untuk menerbitkan majalah digital yang begitu istimewa ini.
Sekalung tahniah dan penghargaan diucapkan kepada sidang redaksi majalah sekolah sesi 2021/2022 kerana telah
menunjukkan komitmen yang tinggi sehingga terhasilnya majalah digital ini seiring dengan perkembangan pesat
teknologi pada masa kini. Kejayaan menerbitkan majalah digital ini mencerminkan kesungguhan , sikap positif,
inovatif dan bermotivasi tinggi dalam kalangan warga DESS yang terlibat semasa pandemik COVID-19 yang
mencabar ini.

Sesungguhnya majalah sekolah ini merupakan suatu dokumentasi yang sangat berharga dan memiliki nilai
sentimental yang tinggi. Di samping itu, dengan adanya majalah ini segala aktiviti kecemerlangan murid dan sekolah
yang dilaksanakan telah dapat diterjemahkan dalam bentuk gambar kenangan yang sangat bererti untuk diabadikan
sebagai memori indah pada suatu masa kelak. Mudah-mudahan majalah yang diterbitkan ini berupaya menjadi
wadah dalam merealisasikan visi dan misi DESS menjadi sebuah sekolah yang cemerlang.

Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak sekolah dalam mengukir kejayaan sama ada dalam bidang akademik,
kokurikulum mahupun sahsiah murid. Warga DESS sentiasa diseru supaya mendukung visi dan misi Kementerian
Pendidikan Malaysia untuk melahirkan modal insan yang berketerampilan dalam pelbagai bidang kerana mereka
merupakan aset yang amat berharga dalam memacu masa depan negara. Kejayaan yang digapai bukanlah sesuatu
yang datang bergolek tetapi merupakan hasil daripada perancangan, kepimpinan, organisasi yang sistematik dan
pemantauan berterusan. Jelaslah bahawa kegemilangan organisasi DESS menagih banyak pengorbanan,
kesungguhan dan keprihatinan semua warganya.

Akhir kata penutup bicara, marilah kita bersama-sama berdoa, terus berganding bahu dan melangkah seiring seia
sekatasehati senadi dalam mengharungi cabaran-cabaran baharu dunia pendidikan ini. Saya yakin bahawa semua
warga pendidik dan murid akan dapat bersama-sama terus meningkatkan kecemerlangan dan kegemilangan DESS.

Sekian, terima kasih.

DESS THE BEST

PENOLONG KANAN KOKURIKULUM SMK DARUL EHSAN

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera.

Sejambak terima kasih diucapkan atas kesempatan yang diberikan kepada saya untuk mengukir kata
dalam wadah teristimewa majalah sekolah pada kali ini.

Sekalung tahniah diucapkan kepada Sidang Redaksi atas kejayaan menzahirkan majalah digital
sekolah yang sungguh istimewa ini. Segala peristiwa dan kenangan sepanjang tahun 2020 dan 2021
telah dirakamkan dan boleh dijadikan sumber rujukan pada masa hadapan. Alhamdulillah, segala
kesyukuran dipanjatkan kepada Allah SWT kerana atas hasil usaha gigih dan komitmen yang
tinggi serta kerjasama padu daripada semua pihak maka lahirlah ATMA, majalah digital sekolah
yang kita tatapi sekarang. Majalah digital sekolah seumpamanya yang julung-julung kali diterbitkan
oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Darul Ehsan.

Sesungguhnya, warga DESS hebat! Dalam keterbatasan dan kekangan akibat pandemik Covid-19
yang melanda dunia, perjuangan menggarap aspirasi negara untuk mencapai matlamat pendidikan
tetap diteruskan yang serba-serbinya perlu diadaptasi dalam persekitaran normal baharu. Kehebatan
ini sedikit sebanyak terakam kukuh dalam ATMA wadah nukilan warga DESS. Semoga segala
kenangan yang telah kita cipta bersama ini terpatri dalam helaian sejarah indah keluarga besar
DESS. Besar harapan saya agar ATMA terus cemerlang, DESS terus gemilang.

Akhir kata, syabas dan terima kasih.

~DESS THE BEST~

PENYELARAS MAJALAH ATMA SMK DARUL EHSAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana diberikan kesihatan dan
kesempatan untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam ruangan ini.

Sekalung syabas dan tahniah diucapkan kepada rakan-rakan guru dan pihak yang terlibat dalam
penerbitan majalah sekolah yang istimewa ini. Tanpa idea bernas guru-guru, tidak mungkin malajah digital
ini mampu dijadikan suatu kenyataan. Walau kita berhadapan dengan masalah COVID-19, banyak aktiviti
sekolah tidak dapat dilaksanakan. Namun, apa-apa yang ada perlu kita rakamkan untuk dijadikan
kenangan. Berkat kerjasama semua AJK terhasillah ATMA yang mengumpul kenangan dan pencapaian
sepanjang tahun lalu dan tahun ini untuk dijadikan tatapan dan rujukan pada masa akan datang.

Akhir sekali terimalah kata-kata ini untuk renungan kita bersama. "Adalah sesuatu yang luar biasa
melakukan yang biasa dalam hidup, tetapi biasakanlah melakukan yang luar biasa dalam hidup"

Sekian, Terima kasih

“DESS THE BEST”

KETUA MURID SMK DARUL EHSAN

Bismillahirahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatuallahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Sidang Redaksi 2021 kerana telah memberi peluang
kepada saya untuk mencoretkan pengalaman dan harapan saya sebagai seorang Ketua Pengawas di SMK Darul Ehsan.

Sejujurnya, julung kali saya melangkahkan kaki saya ke sekolah ini pada tahun 2017, saya tidak pernah menyangka bahawa saya
akan dilantik sebagai seorang Ketua Pengawas. Betapa cepatnya masa berlalu di mana saya bermula hanya sebagai seorang
murid biasa yang pendiam pada tahun 2017 dan dipilih untuk menggalas jawatan ini pada tahun terakhir saya di sekolah ini.
Tidak dapat saya nafikan bahawa tugas sebagai Ketua Pengawas tidak semudah yang disangkakan. Tugasan ini mempunyai
amanah, tanggungjawab dan komitmen yang amat tinggi. Terdapat banyak dugaan dan cabaran yang perlu saya tempuhi lebih-
lebih lagi pada musim pandemik ini. Namun, pengalaman ini telah memberi impak yang amat besar dalam hidup saya dan
membantu saya untuk menjadi lebih matang serta lebih bersedia untuk menempuh lebih banyak cabaran hidup pada masa yang
akan datang.

Sebagai seorang murid juga, kita mempunyai amanah untuk menimba ilmu. Kejayaan seseorang bukanlah berdasarkan
akademiknya sahaja, malah perlulah diseimbangkan dengan bidang kokurikulum dan penglibatan dalam segala aktiviti sekolah
serta mempunyai disiplin yang baik. Hal ini demikian kerana, kejayaan yang sempurna memerlukan pencapaian yang seimbang
dari segi emosi, rohani dan jasmani.

Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengetua SMK Darul Ehsan, Pn. Hjh. Norlia
Binti Abu Bakar, barisan pentadir, guru-guru disiplin, semua guru dan rakan-rakan yang telah memberi kepercayaan kepada
saya untuk menggalas tanggungjawab ini. Tidak lupa juga kepada Guru Penyelaras Lembaga Pengawas SMK Darul Ehsan, Pn.
Zunaidah Bt Abdullah dan Ahli Jawatankuasa Tertinggi Lembaga Pengawas 2021 dan semua pengawas sekolah kerana telah
banyak membantu, memberi dorongan serta telah memberi komitmen yang baik sepanjang tahun ini. Semua kenangan ini akan
saya sematkan dalam hati dan ingatan saya sampai bila-bila.

Sebelum saya mengakhiri coretan ini, saya ingin memohon ampun dan maaf andai kata terdapat sebarang salah laku sepanjang
saya berada di sekolah ini. Harapan saya agar disiplin SMK Darul Ehsan akan tetap berada dalam keadaan yang baik. Semoga
guru-guru SMK Darul Ehsan sentiasa dikurniakan dengan tubuh yang sihat agar dapat terus mengajar generasi yang akan
datang.

Sekian, terima kasih.

DESS THE BEST



Sekolah Menengah Kebangsaan Darul Ehsan atau dahulunya dikenali sebagai Sekolah Menengah
Kebangsaan Selayang Baru (2), merupakan sebuah sekolah menengah yang terletak di Jalan 29, Selayang
Baru. Sekolah ini dibina pada tahun 1995. Sekolah ini telah didirikan untuk menampung lebihan pelajar dari
Sekolah Menengah Kebangsaan Selayang Baru.

Sejak penubuhannya sehingga sekarang, sekolah ini telah ditadbir oleh Puan Zainah binti Mohd Zain, Encik
Abdul Latif bin Idris, Puan Hadaima binti Halil, Puan Yang Azmah binti Mukhtar, Puan Siti Aishah binti Ismail
Puan Noraizan binti Brahim dan Puan Norlia binti Abu Bakar.
Bangunan sekolah ini asalnya terdiri daripada tiga blok 4 tingkat, 1 blok Sains Pertanian, 1 blok Bengkel
Kemahiran Hidup, sebuah kantin dan sebuah dewan. Pada tahun 2002, Blok E dibina bagi penempatan
pelajar-pelajar tingkatan enam. Pada awal tahun 2014, dewan sekolah telah diberi nama Dewan Seri
Samarlingga oleh pengetua pada masa itu, Puan Siti Aishah bt. Ismail.

Pada tahun 1995, bilangan murid sekolah ini hanyalah seramai 81 orang yang terdiri daripada murid-murid
tingkatan 1 dan tingkatan 2, dengan 84 orang guru dan 5 orang kakitangan pejabat dan pembantu am. Pada
tahun 1997, sekolah ini telah menampung seramai 1922 murid-murid dari peralihan hingga tingkatan 4. Pada
Mei 2001, tingkatan 6 diwujudkan.
Pada 13 Januari 1999, nama SMK Selayang Baru (2) ditukar kepada SMK Darul Ehsan setelah mendapat
perkenan DYMM Sultan Selangor. Tahun 2021, sekolah ini telah mempunyai jumlah murid seramai 2030
orang, dengan 146 orang guru, iaitu 10 orang pentadbir, dan 136 orang guru, serta 12 orang kakitangan
pejabat dan pembantu makmal.

VISI KPM

PENDIDIKAN BERKUALITI
INSAN TERDIDIK NEGARA

SEJAHTERA

MISI KPM

MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG
BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN
POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI
ASPIRASI NEGARA

PIAGAM PELANGGAN

KAMI BERJANJI DAN BERUSAHA UNTUK:

• Memastikan setiap murid mendapat tempat belajar dan Pendidikan berkualiti berteraskan budaya ilmu dan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

• Menentukan setiap guru berkhidmat di sekolah dan dapat melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan

• Memastikan urusan perkhidmatan dan kewangan semua guru dan staf sokongan dapat diselesaikan
mengikut masa yang ditetapkan.

• Memastikan segala pengurusan peperiksaan, penilaian dan pentaksiran dilaksanakan dengan efisien
sempurna dan selamat

• Memastikan bayaran kepada pembekal dijelaskan dalam tempoh 14 hari selepas invois diterima.

• Memberikan penerangan dan maklumat yang tepat dan jitu berdasarkan maklumat terkini.

• Meningkatkan pembentukan akhlak dan nilai-nilai murni dalam kalangan murid dan seluruh warga sekolah.

pentadbiran
smk darul
Ehsan

BARISAN PENTADBIR SMK DARUL EHSAN

PENGETUA PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

NORLIA BINTI ABU BAKAR JAMILAH BINTI OTHMAN

PENOLONG KANAN PENOLONG KANAN
HAL EHWAL MURID KOKURIKULUM

NORAZLEN BIN OTHMAN ZANARIAH BINTI HUSSEIN

PENOLONG KANAN PETANG PENOLONG KANAN TINGKATAN 6

MOHAMAD KHALID BIN. SHARIFAH BINTI HASSAN
MUSTAFFA

Nadi Penggerak
SMK Darul Ehsan

Anggota Kumpulan Pelaksana (aKP)

En.Badrulsam, Pn. Rahti, Pn.Sarawathy, Barisan Belakang : Pn.Thanam, Pn.Parames
Pn. Noor Rizan( tiada dalam gambar) En.Khairul Hanif, En. Mohd Syukur,
En.Muhammad Khairunnas

Barisan Hadapan :
Pn. Fajariah, Pn.Siti Aisyah, Pn.NoorAshlina,
Pn.Norhayu, Pn.Nurul Adila, Pn.Siti Amirah,
Pn.Siti Norma, Pn. Zaleha
.

PANITIA BAHASA MELAYU

PROGRAM/AKTIVITI

Puan Yauszaimah bt. Mohd Yusof (Ketua Panitia ) Puan Norlia bt Abu Bakar Puan Zanariah binti Hussein Puan Rozinah bt. Ramli
Puan Nazrina bt. Abdullah
Puan Norasni bt.Sanusi Puan Maznah bt. Hassan Puan Wan Nazira Encik Zahari bin Hassan
En. Anas Syazwan bin Sauli Puan Nor Haslinda Encik Muhd Fauzi bin Harun
Puan Hazwani bt. Mohd Kasri Puan Nur Amirah Puan Fitriah Hasnaa
Encik Mohamed Rapi Bin Zuhri Cik Nur Shahirah binti Saad Puan Nuraishah bt. Mohd Sabri (pindah)

PANITIA BAHASA MELAYU

PLC TAPAK RPH BAHASA MELAYU
10 Januari 2020

Pn. Haslinda dan Pn. Hazwani Pn. Nuramirah menunjuk cara penulisan
menunjukkan tapak RPH BM yang RPH PKJR dalam PdPc Bahasa Melayu
baharu kepada ahli-ahli panitia berpandukan Modul PKJR Ting 1 dan 2

PANITIA BAHASA MELAYU

UJIAN MENDENGAR SPMC 2021

17 NOVEMBER 2021

PANITIA BAHASA inggeris

Moving forward towards an excellence pedagogy

Pn. Saratha. Pn. Norini,
Pn. Illyana, En.Khalid,

En. Zhafran &
Pn.Nganambegai

Pn. Marini, Pn. Shamirah,
Pn. Ghandi,
En. Norazlen,

Pn. Farah,Pn Hazreeni
Pn. Suzita, Cik Pravita &

Pn. Mercy

PANITIA BAHASA inggeris

ENGLISH LANGUAGE ACTIVITIES

PEER SHARING CEFR- LISTENING CEFR- SPEAKING

PANITIA BAHASA inggeris

ENGLISH LANGUAGE ACTIVITIES

Highly Immersive LEARN A WORD A DAY Highly Immersive
Programme Programme

PANITIA sains

Barisan hadapan dari kiri: Pn.Ashila, Pn.Nur Diana, Cik Marsita, Pn. Juliana,
Pn. Sapura & Pn.Azliza,

Baris belakang dari kiri : En. Mirza & En. Hasbullah

PANITIA sains

AKTIVITI PANITIA

BENGKEL STAR HUNTING TEKNIK MENJAWAB SAINS SPM KERTAS 2 (1511/2) ANJURAN PANITIA
SAINS 16 OKTOBER 2021 SABTU 2.15-4.15 PETANG

BENGKEL STAR HUNTING GILAPAN BINTANG JARINGAN MERENTAS MAYA PENGUKUHAN &
PENGAYAAN TEKNIK MENJAWAB SAINS SPM 13 NOVEMBER 2021 SABTU 9.00 – 11.30 PAGI

PANITIA sains

AKTIVITI PANITIA

PROGRAMME STAR HUNTING –

SCIENCE REACH OUT ACTIVITY

INKUIRI EKSPERIMEN SAINS DI

MAKMAL SAINS SEPANJANG

SESI PERSEKOLAHAN
BERSEMUKA 2021 –
SAINS ITU MUDAH…WOW..!!

PANITIA sains tulen

PN. SUNTHARI PN. SAFURA PN. ASHILA PN. KHUZAIMAH PN. DIANA PN.HASLINDA

BIOLOGI BIOLOGI KIMIA KIMIA FIZIK FIZIK

Pn.Fazlida, Pn.Nurul Ezzah, Pn. Rojaramani,
Pn.Suganeswari, Pn. Norhasnida, Pn. Norshahirah
Pn.Zuraidah, Pn.Jamilah,
En. Razman
Pn.Rozila

PANITIA SEJARAH

PANITIA SEJARAH

PANITIA PENDIDIKAN
seni visual

PENDIDIKAN SENI VISUAL

DIARI STUDIO 2020/2021

DUDUK DARI KIRI: CIK NURUL HUDA, PN. NORHASHIMAH, PN. KHAIRONIDA, PN. CHONG, PN. ZAINAB
BERDIRI DARI KIRI: PN. NOR SHUHADA, PN. NURADILAH, PN. HAZWANI

PANITIA seni visual

DIARI STUDIO 2020/2021

HASIL KARYA SENI SEBAHAGIAN PELAJAR
SESI PETANG.
GURU SENI SENTIASA BERKONGSI HASIL
KERJA MURID MASING-MASING.

PANITIA PENDIDIKAN
seni visual

DIARI STUDIO 2020/2021

BERSAMA
SEBAHAGIAN
CALON SPM 2021
DAN HASIL KERJA
KURSUS SENI

MEREKA

PANITIA matematik

Cik Marsita, Pn.Lim Ping Ping, Pn. Safura,
Pn.Noorzehan, Pn. Nur Qurratuaini, Cik
Khuzaimah, Pn. Rabiah Hanani, Pn.
NurulHuda, Pn Zarina, Pn. Norazizan,
Pn. Haslinda Wahi, Pn. Zulaidah & Pn.Afiqah

PANITIA matematik

PANITIA Pendidikan islam way of life

Pn. Hamdalah

PANITIA Pendidikan AKTIVITI
islam PROGRAM

TADARUS AL-QURAN IHYA’
RAMADAN

SOLAT DHUHA

DAIE MUDA

HADIAH MELUKIS POSTER PEMBERIAN SUMBANGAN
HARI RAYA

PANITIA Pendidikan
islam

PANITIA REKA BENTUK DAN
TEKNOLOGI

PANITIA REKA BENTUK DAN
TEKNOLOGI

PANITIA pendidikan
MORAL

PANITIA pendidikan MORAL

AKTIVITI PANITIA PENDIDIKAN MORAL

PANITIA MULTIMEDIA

Puan Norhashimah Bt Matulidi Puan Siti Hajar Bt Mohd Ghazali
Guru PMM Tingkatan 5 Guru PMM Tingkatan 4

Guru Produksi Multimedia 2021

PANITIA MULTIMEDIA

PLC Guru 2021 Produksi Multimedia

PANITIA MULTIMEDIA

Teknik Menjawab SPM 2021 Produksi Multimedia

PANITIA Pendidikan jasmani
dan kesihatan

Dari kiri - belakang: En Rapi, En. Mirza, En. Nasruddin, En. Zulkarnain, En. Fadhli, En. Farizul
Dari kiri - hadapan: Pn. Hidayah, Pn. Norini, Cik Alyani, Pn. Nuradilah, Pn. Hasnita, Pn. Mazzira, Pn. Nadia, Cik Amalina

PANITIA Pendidikan
jasmani dan kesihatan

UJIAN SEGAK


Click to View FlipBook Version