The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by DIGITAL LIBRARY, 2023-03-16 00:44:37

Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia

Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia

4 7 1. Krim antihistamin untuk melegakan rasa gatal 2. Sebatian antiseptik (untuk membersihkan luka-luka kecil) 3. Tablet parasetamol atau aspirin untuk sakit kepala, demam dan melegakan kesakitan ringan (aspirin tidak harus diberikan kepada kanak-kanak di bawah umur 16 tahun) 4. Pembalut luka (bandage) 5. Plaster (sepeket) 6. Pita bergam untuk membalut 7. Crepe bandage (untuk rawatan terseliuh) 8. Pembalut elastik 9. Pembalut tiga segi 10. Losyen Calamine untuk ruam yang gatal 11. Kapas steril (1 gulung) 12. Pembalut luka atau dressing 13. Gauze parafin (untuk luka terbakar) 14. Gauze steril - kain jaring halus 15. Dressing untuk luka (2 saiz) 16. Basuhan mata 17. Lampu suluh 18. Selimut (untuk mengekalkan kepanasan ketika kesejukan) 19. Hidrogen peroksida ataupun alkohol untuk disapu 20. Putik kapas (untuk meletakkan ubat) 21. Pin (untuk menetapkan bandage) 22. Gunting yang tajam tetapi mempunyai hujung yang tumpul (untuk kegunaan pertolongan cemas sahaja) 23. Penyepit tajam di hujung (untuk membuang selumbar)


4 8 PENGENALAN CPR adalah singkatan kepada CardioPulmonary Resuscitation. Cardio bermaksud jantung, pulmonary bermaksud paru-paru dan resuscitation bermakna pemulihan. Dalam bahasa Melayu ia boleh diterjemahkan sebagai Pemulihan Jantung dan Paru-paru. CPR merupakan teknik menyelamatkan nyawa yang digunakan sewaktu kecemasan apabila mangsa tidak bernafas dan nadi mangsa sudah tidak berdenyut. Ia merupakan kombinasi bantuan pernafasan dan penekanan dada di bahagian luar. Dengan bernafas untuk mangsa dan memastikan darah mangsa masih lagi dibekalkan ke seluruh tubuh, penyelamat boleh mengekalkan mangsa yang terhenti jantungnya untuk terus hidup sehingga bantuan perubatan tiba. Jika CPR tidak dilaksanakan, peluang mangsa untuk terus hidup akan menurun dengan banyaknya selepas lima minit pertama. SIAPAKAH YANG BOLEH MEMBERIKAN BANTUAN CPR? Anda perlu latihan yang formal untuk membolehkan anda memberikan bantuan CPR dengan berkesan. Walau bagaimanapun, jika nyawa mangsa bergantung kepada CPR, dan tiada orang lain yang lebih berkelayakan, anda perlu memberi bantuan tersebut. CPR membantu mangsa dengan bernafas untuknya. CPR adalah singkatan kepada ‘Cardio-Pulmonary Resuscitation’.


4 9 MENGAPA KITA PERLU TAHU MENGENAI CPR? Menurut Persatuan Palang Merah Amerika (American Red Cross), terdapat lebih kurang 1.5 juta manusia dirawat setiap tahun kerana serangan jantung ataupun jantung terhenti. Keadaan jantung terhenti bukan hanya disebabkan oleh serangan jantung, tetapi oleh kemalangan seperti lemas atau kejutan elektrik. Di Malaysia, 30% daripada kematian yang disahkan di hospital-hospital kerajaan adalah disebabkan oleh penyakit kardiovaskular. Daripada kematian ini, terdapat juga yang berlaku di luar hospital, biasanya dalam masa dua jam pertama selepas wujudnya gejala-gejala sakit jantung. Oleh itu CPR amat penting dan mudah untuk dipelajari. Untuk maklumat lanjut mangenai pembelajaran CPR, hubungi Persatuan St. John Ambulans ataupun Persatuan Bulan Sabit Merah yang berdekatan. Pelajarilah kemahiran yang boleh menyelamatkan nyawa mereka yang anda sayangi. KAEDAH CPR 1. Tentukan kesedaran mangsa: Goncangkan bahu mangsa perlahan-lahan. 2. Sebutkan dengan kuat adakah anda O.K? Hubungi bantuan (hubungi 999) CPR PERINGKAT AWAL SALURAN UDARA 1. Baringkan mangsa. 2. Buka saluran udaranya (dongakkan kepala mangsa). 3. Tolak dagunya ke atas dengan menggunakan satu tangan dan tolak dahi mangsa ke bawah dengan menggunakan tangan yang lagi satu. Antara teknik yang terdapat dalam CPR.


5 0 PERNAFASAN Pastikan sama ada mangsa masih bernafas atau tidak: Pastikan sama ada mangsa masih bernafas atau tidak: 1. Lihat pergerakan dada mangsa. 2. Dengar bunyi pernafasan. 3. Rasa nafas mangsa dengan menggunakan pipi anda. Jika mangsa masih bernafas dan tiada bukti-bukti kecederaan berlaku: Jika mangsa masih bernafas dan tiada bukti-bukti kecederaan berlaku: 1. Letakkan mangsa pada kedudukan pemulihan. 2. Letakkan mangsa mengiring. Gunakan tangan dan kaki mangsa untuk menstabilkannya. Jika mangsa tidak bernafas: Jika mangsa tidak bernafas: 1. Berikan dua hembusan (1 hingga 2 saat bagi setiap pernafasan). 2. Picit hidung mangsa sehingga tertutup sepenuhnya. 3. Lekapkan mulut anda ke mulut mangsa. 4. Lakukan resusitasi mulut-ke-mulut. 5. Lihat kenaikan dada. 6. Biarkan paru-paru mengempis di antara dua hembusan. EDARAN DARAH Tentukan kehadiran nadi: entukan kehadiran nadi: 1. Letakkan satu atau dua jari pada halkum (peti suara) mangsa. 2. Gerakkan jari anda ke lekukan di antara halkum dan otot. 3. Rasai nadi untuk 5-10 saat. Jika nadi mangsa masih hadir: Jika nadi mangsa masih hadir: 1. Lakukan bantuan pernafasan (mulut-ke-mulut) sahaja. 2. Berikan lebih kurang 12 pernafasan dalam seminit (satu nafas dalam setiap 5 saat). Jika nadi mangsa sudah tiada: Jika nadi mangsa sudah tiada: 1. Lakukan pusingan pertama pernafasan dan penekanan dada. 2. Dapatkan kedudukan di bahagian ketiga di bawah sternum (tulang dada). 3. Tekan menggunakan kedua-dua belah tangan (lurus dengan mengunci pergerakan siku) dan berat badan ditujukan tegak ke bawah. 4. Kira dengan ritma (irama) yang tetap - Satu dan dua dan tiga. 5. Tekan sternum sebanyak 1 sehingga 2 inci pada kadar 80 hingga 100 tekanan dalam seminit.


5 1 Untuk CPR, setiap 15 tekanan, berikan 2 hembusan (pernafasan bantuan). Lakukan dalam 4 kitar, kemudian periksa nadi dan pernafasan. Jika tiada nadi, teruskan CPR, bermula dengan tekanan dada. Jika ada nadi tanpa pernafasan, berikan satu pernafasan setiap 5 saat. GARIS PANDUAN BAHARU UNTUK CPR Pakar perubatan percaya bahawa mereka yang melakukan CPR pada waktu kecemasan perlu meninggalkan prosedur pengambilan nadi pesakit yang mengalami serangan jantung kerana mereka selalu mendapatkan nadi dengan cara yang salah. Mereka menyarankan supaya tekanan ke dada untuk membersihkan saluran udara mangsa yang tercekik yang tidak sedarkan diri dilakukan. Perubahan-perubahan ini telah dimasukkan di dalam set garis panduan CPR yang baharu yang diumumkan oleh Persatuan Jantung Amerika dalam usaha mereka untuk mempercepatkan bantuan kepada mangsa serangan jantung. Sesiapa yang ingin membantu mangsa ini perlu memeriksa tandatanda edaran yang lain seperti pernafasan, batuk atau sebarang pergerakan sebelum membuat keputusan untuk melakukan CPR. Untuk merawat pesakit tercekik (dewasa) yang tidak sedarkan diri, penyelamat yang bukan tergolong daripada ahli perubatan profesional boleh memulakan CPR yang standard dengan tekanan pada dada berpandukan garis panduan yang baharu, dan bukannya mengenakan tekanan pada abdomen ataupun menggunakan jari untuk membersihkan saluran udara. Menggunakan tekanan yang kuat pada abdomen atau lebih dikenali sebagai Heim-LichManeuver - akan tetap digunakan untuk mangsa yang masih sedar. Lakukan CPR mengikut cara yang betul. Latihan CPR amat membantu anda apabila berlaku kecemasan.


5 2 Perubahan-perubahan lain berdasarkan garis panduan baharu ini termasuklah: Penyelamat yang memberi CPR perlu memberikan 15 tekanan pada dada, berselang-seli dengan dua bantuan pernafasan. Garis panduan lama mempunyai nisbah pernafasan yang berbeza dan penekanan pada dada berdasarkan pada bilangan pam bantu yang ada ketika itu. Pelaksanaan CPR untuk bayi, kaedah dua ibu jari dengan tangan membulat di kawasan dada adalah lebih berkesan berbanding dengan kaedah lama yang disarankan, iaitu menggunakan dua jari. Penggunaan dadah penghalang sumbatan yang baharu adalah disarankan apabila bantuan perubatan profesional telah tiba, termasuklah saranan mengenai dadah mana yang patut digunakan. CPR UNTUK KANAK-KANAK KECIL (UMUR 1-8 TAHUN) Jika anda berseorangan dan bantuan ambulans lambat, berikan CPR kepada mangsa dengan segera selama seminit, kemudian cubalah buat panggilan telefon untuk bantuan. 1. Gunakan sebelah tangan sahaja untuk menekan dadanya. 2. Tekan dada mangsa (victim's sternum - tulang dada) ke bawah sebanyak 1 atau 1.5 inci. 3. Berikan 1 hembusan nafas dan 5 tekanan dada. Bantuan pernafasan CPR - lebih terperinci, untuk siapa patut bantuan CPR diberikan? Mangsa yang terputus pernafasan akibat: 1. Lemas di air 2. Serangan sakit jantung (heart attack) 3. Terkena kejutan elektrik lalu pengsan dan nafas terhenti 4. Terkena alahan atau keracunan Latihan CPR dan bantuan kecemasan (first aid) boleh dijalani bersama pihak hospital, Bulan Sabit Merah, atau pengendali kursus CPR bertauliah.


5 3 PENGENALAN Asfiksia adalah satu keadaan di mana sistem pernafasan terhenti disebabkan oleh kekurangan oksigen di dalam darah dan tisu-tisu badan tidak dapat menerima bekalan oksigen yang mencukupi. PUNCA-PUNCA ASFIKSIA • Lemas • Keracunan gas dan asap yang berbahaya. • Tersekat saluran udara - tergantung dan tercekik oleh makanan atau benda-benda asing lain. • Tersumbat saluran nafas oleh bantal, karung plastik, lidah tersentak ke dalam ketika tidak sedarkan diri. • Disambar petir atau kilat. • Terhimpit dada - runtuhan tanah. • Serangan penyakit. • Termakan racun. TANDA-TANDA ASFIKSIA • Pernafasan adalah pendek-pendek tetapi cepat, susah bernafas dan akhirnya terhenti. • Bahagian bibir, jari-jari, muka dan telinga menjadi kebiru-biruan. • Kebanyakannya menyebabkan tidak sedarkan diri. PERATURAN AM MEMULIHKAN ASFIKSIA A - Airways (saluran Pernafasan) • Terbuka atau tersekat • Keluarkan bendasing seperti gigi palsu, rumput, tanah, bahan mentah dari mulut jika ada. Asfiksia adalah suatu keadaan di mana oksigen kurang di dalam darah.


5 4 B - Breathings (pernafasan) • Boleh bernafas atau tidak • Jika pernafasan terhenti, beri bantuan pemulihan pernafasan dengan segera. C - Circulation (peredaran darah) • Pastikan ada denyutan nadi atau tidak • Jika tiada, lakukan pemulihan CPR (Cardio-pulmonary Resuscitation) (pemulihan pernafasan dan pemulihan jantung dari luar) Jenis-jenis Pemulihan Pernafasan • Pemulihan pernafasan mulut ke mulut • Pemulihan pernafasan Holgen Nielson • Pemulihan pernafasan mulut ke hidung • Pemulihan jantung dari luar atau tekanan dada (External cardiac compression) • Pemulihan kardio-palmonari (Cardio-Pulmonary Risuscitation) - CPR Lemas di dalam air Tindakan untuk menyelamat: • Jaga keselamatan diri • Usahakan menarik mangsa ke darat dengan tali/kayu • Lemparkan sesuatu objek yang boleh terapung seperti pelampung kepada mangsa yang masih sedarkan diri, kemudian tarik mangsa ke darat dengan menggunakan tali yang terikat kepada objek itu. • Anda boleh juga menyelamat dengan berenang sekiranya anda seorang perenang yang baik. Rawatan • Keluarkan air dari perut atau paru-paru • Bersihkan mulut mangsa daripada benda-benda yang mungkin menghalang pernafasan • Mulakan bantuan pernafasan • Periksa pernafasan dan denyutan nadi • Jaga suhu badan mangsa supaya tidak mengalami hipotermia • Apabila bernafas semula, baringkan mangsa ke kedudukan pemulihan, pastikan ia dapat terus bernafas dengan sempurna. Hantar ke hospital secepat mungkin jika keadaannya tidak memuaskan.


5 5 PENGENALAN Pendarahan ialah keluar darah daripada saluran darah yang tercedera. Ia boleh berlaku di bahagian luar atau dalam tubuh. JENIS-JENIS PENDARAHAN • Pendarahan boleh dikatakan berpunca daripada arteri, vena kapilari. • Arteri memancut merah terang. • Kapilari menitis merah. • Vena meleleh perlahan merah tua SEBAB-SEBAB LUKA • Luka terhiris Luka ini disebabkan oleh objek bermata tajam seperti pisau, parang dan dan lain-lain. Luka yang terjadi adalah dalam satu garisan dan biasanya darah keluar dengan banyak. Luka ini mudah dihentikan pendarahan dan mudah dijahit. • Luka terkoyak Luka ini terjadi akibat oleh pelbagai sebab seperti tersangkut pada dawai berduri, digigit kucing atau anjing. Ia mempunyai lebih daripada satu garisan yang tidak jelas. Kulit mungkin bergerigi dan biasanya ada bendasing. Pendarahan luka ini susah dihentikan dan sukar dijahit. Risiko jangkitan kuman amat tinggi dalam luka ini. • Lula tergesel/melelas Luka ini terjadi apabila kulit bergesel dengan permukaan yang kasar, contohnya permukaan jalan raya. Jika bergesel dengan teruk, ia mungkin akan mendedahkan bahagian daging atau tulang. Luka ini mempunyai risiko jangkitan yang tinggi. Pendarahan yang berlaku di luar tubuh.


5 6 • Luka tusukan Luka yang disebabkan oleh objek runcing dan tajam seperti paku, jarum dan sebagainya. Diameter luka adalah kecil tetapi dalam. Jika terkena salur darah besar, risiko pendarahan adalah tinggi. • Luka tembakan Luka akibat peluru senjata api. Jarang dilihat di negara kita. • Lebam Lebam tidaklah menepati takrifan luka dengan tepat kerana dalam lebam lapisan kulit tidak terputus. Salur darah di bawah kulit pecah dan darah berkumpul di bawah kulit menampakkan warna kehitaman. TANDA-TANDA DAN GEJALA-GEJALA Apabila seseorang kehilangan darah yang banyak sama ada di bahagian luar atau dalam tubuh, ada beberapa tanda atau gejala dapat dikesan: • Denyutan nadi bertambah cepat serta lemah. • Kulit sejuk, lembab, pucat dan berpeluh. • Muka dan bibir kelihatan pucat. • Pernafasan cepat, pendek dan tercungap-cungap. • Mangsa berasa pening, pitam dan pengsan. • Mangsa mungkin berasa dahaga. • Berasa resah dan gelisah. • Pendarahan banyak dan mungkin menyebabkan rejatan Antara gejala-gejala apabila seseorang itu kehilangan darah.


5 7 PERATURAN AM BAGI MERAWAT LUKA YANG BANYAK BERDARAH Angkat tinggi bahagian yang berdarah untuk melambatkan pengaliran darah dan menolong mengurangkan darah mengalir keluar daripada tubuhnya. CARA-CARA MENGHENTIKAN PENDARAHAN • Hentikan Pendarahan Secara Langsung (Direct Pressure) Bahagian ibu jari/jari-jari tekan dengan kuat di bahagian yang cedera ke atas pelapik atau kain kasa (gauze) selama 10 minit. Kemudian tutuplah pelapik dengan lapisan kapas dan ikat dengan pembalut yang ketat. Ia biasanya akan menahan darah itu daripada mengalir keluar. Jika pendarahan berjalan terus, jangan cabut pelapik tetapi letakkan pelapik tambahan dan balut sekali lagi. • Hentikan Pendarahan Secara Tidak Langsung (Indirect Pressure) Jika pendarahan tidak dapat dikawal dengan tekanan secara langsung ke atas luka atau dalam keadaan di mana tekanan secara langsung tidak boleh digunakan, anda boleh gunakan tekanan secara tidak langsung pada titik tekanan (pressure point). Titik tekanan adalah satu tempat di mana saluran darah arteri boleh ditekan ke tulang dengan rapat untuk menghalang pengaliran darah di kawasan itu.


5 8 PENGENALAN Renjatan dalam skop ini adalah merujuk kepada kekurangan bekalan darah ke organ-organ vital, iaitu otak, jantung dan paru-paru sehingga menyebabkan sistem badan mangsa terhenti. Renjatan ialah satu daripada situasi kecemasan yang kritikal. SEBAB-SEBAB BERLAKU RENJATAN Darah tidak cukup dalam edaran Ini selalunya disebabkan oleh kehilangan darah yang banyak. Tubuh manusia dewasa mengandungi 5-7 liter darah dan kita boleh kehilangan hingga 1 liter darah tanpa membawa bahaya. Tetapi, jika kita kehilangan darah sehingga 2-3 liter, ini boleh membawa kepada renjatan. Kehilangan darah ini selalunya disebabkan oleh luka yang besar atau patah tulang yang besar. Kadangkala berlaku pendarahan dalaman yang tidak disedari. Kehilangan cecair badan juga boleh menyebabkan isi padu darah tidak cukup untuk peredaran. Kehilangan cecair badan boleh disebabkan oleh muntah, cirit-birit yang teruk atau kecederaan terbakar yang besar kerana plasma boleh keluar dengan banyak. Renjatan ini dikenali sebagai renjatan hipovolemik. Darah cukup dalam edaran, tetapi tidak sampai ke organ-organ vital Hal ini boleh berlaku apabila jantung tidak dapat mengepam darah dengan cukup (keadaan ini dinamakan renjatan kardiogenik) atau jika salur-salur darah mengecut akibat tindak balas (renjatan neurogenik) atau akibat jangkitan yang merebak ke seluruh badan (renjatan septisemik). Renjatan boleh mengakibatkan seseorang itu tidak sedarkan diri.


5 9 TANDA-TANDA RENJATAN • Mangsa kelihatan pucat, bibir atau jarinya biru. • Berpeluh, bulu roma meremang • Tahap kesedaran menurun • Mangsa kelihatan keliru • Meracau • Tidak sedarkan diri • Pernafasan pantas • Jari-jari terasa sejuk • Nadi lemah GEJALA-GEJALA RENJATAN • Terasa pening • Loya dan ingin muntah • Haus dan mahu minum BAGAIMANAKAH CARANYA UNTUK MERAWAT RENJATAN? 1. Dalam situasi pertolongan cemas, rawatan bagi renjatan mestilah dilakukan dengan segera sebaik sahaja selepas disahkan keadaan renjatan itu dan setelah punca kemalangan dialihkan. 2. Baringkan mangsa dengan telentang serta angkat kaki mangsa untuk meningkatkan aliran darah ke otak. 3. Pastikan tubuh mangsa diselimuti untuk mengelakkan kesejukan ataupun kehilangan haba. 4. Longgarkan pakaian yang ketat dan tali pinggang untuk mengurangkan jerutan di kawasan leher, dada ataupun pinggang. 5. Jangan berikan sebarang cecair kerana ia tidak dapat diserap dengan mudah jika diberi melalui mulut. 6. Hubungi ambulans dan bawa mangsa ke hospital secepat mungkin. Mangsa-mangsa renjatan elektrik perlulah dibawa ke hospital dengan segera untuk mendapatkan rawatan. Tanda-tanda seseorang terkena renjatan elektrik.


6 0 PENGENALAN Tidak sedar diistilah sebagai seseorang yang mengalami tahap kesedaran yang rendah dan tidak bertindak balas terhadap rangsangan di sekelilingnya sama ada rangsangan suara atau sentuhan. Pitam ialah keadaan tidak sedar sementara yang disebabkan kurangnya pengaliran darah ke otak. Koma pula adalah keadaan tidak sedar yang lama sama ada minggu, bulan atau tahun. Dan ia memerlukan bantuan pernafasan untuk terus hidup. SEBAB-SEBAB PENGSAN • Kekurangan glukosa dalam darah (hipoglisemia). • Berlebihan glukosa dalam darah (hipergisemia) seperti kencing manis yang tidak terkawal. • Keracunan. • Kesakitan yang amat sangat. • Renjatan elektrik. • Suhu sekitar terlalu tinggi. • Suhu sekitar terlalu rendah. • Kecederaan pada kepala. SEBAB-SEBAB PITAM • Berdiri terlalu lama. • Emosi keterlaluan. Koma pula boleh terjadi akibat kepala terhentak terlalu kuat arau barah. TANDA-TANDA TIDAK SEDAR Tanda-tanda orang yang mengalami tidak sedar adalah mereka jatuh atau terbaring dan tidak bergerak-gerak. Mereka juga tidak akan sedar walau dipanggil, ditepuk atau digoncang. Tidak sedar boleh diakibatkan oleh pelbagai sebab.


6 1 APAKAH YANG PERLU DILAKUKAN? 1. Mula-mula lakukan DRABC sebagai melaksanakan objektif pertama, iaitu menyelamatkan nyawa. 2. Pastikan tiada bahaya di sekelilingnya dan cuba rangsang mangsa untuk menentukan tahap kesedarannya. 3. Panggil mangsa dengan kuat atau cuit dan goncang badannya. 4. Jika tiada respon, buka saluran udara pernafasannya, periksa pernafasannya (jika tiada, lakukan pernafasan bantuan) dan periksa nadinya (jika tiada, buat tekanan dada) 5. Objektif kedua, baringkan mangsa dan lapik kepalanya dengan sesuatu yang lembut. 6. Jika anda tidak dapat menentukan apakah sebabnya, uruskan membawa mangsa ke hospital dengan segera. 7. Objektif ketiga ialah buatlah apa-apa pada mangsa agar dia berasa selesa. Contohnya, kipas badannya atau letakkan kain lembab di dahinya.


6 2 PENGENALAN Rangka tubuh terdiri daripada susunan tulang yang memberikan bentuk dan sokongan kepada tubuh. Terdapat 206 ruas tulang dan dibahagi kepada empat jenis:- Tulang panjang - lengan/paha Tulang pendek - pergelangan tangan Tulang leper - bahu/punggung Tulang pelbagai bentuk - tulang belakang Patah tulang bermaksud terputusnya kesinambungan sel-sel tulang, sama ada sepenuhnya atau sebahagian sahaja. Oleh kerana tulang terletak di dalam tubuh badan, agak sukar untuk kita mengenal pasti secara tepat keadaan patah tulang. SEBAB-SEBAB PATAH • Hentaman langsung – Tulang patah/retak di bahagian di mana tekanan berlaku. • Hentaman tidak langsung – Tulang patah/retak di bahagian tempat yang jauh dari tempat tekanan berlaku. • Penyakit tibi yang mengakibatkan tulang menjadi rapuh. • Tarikan otot yang kuat seperti patah pada tempurung lutut disebabkan oleh tarikan mengejut otot-otot. • Usia BAHAGIAN PATAH Patah tulang boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Patah terbuka Tulang yang patah keluar menembusi kulit dan menyebabkan luka dan pendarahan. Patah tertutup Tulang yang patah tidak keluar dan boleh menyebabkan pendarahan dalaman.


6 3 TANDA-TANDA Patah tulang hanya dapat disahkan dengan tepat melalui x-ray, tetapi dalam pertolongan cemas patah tulang boleh disyaki sekiranya terdapat tandatanda berikut:- • Rasa sakit pada bahagian yang cedera. • Lebam • Bengkak hanya pada tempat yang cedera. • Berubah bentuk • Penggeseran tulang apabila digerakkan. • Hilang upaya • Nampak tulang jika patah terbuka. • Ada tanda renjatan BANTUAN KECEMASAN Tindakan utama D - DON'T MOVE R - REST I - IMMBOLIZE TINDAKAN LAIN 1. Buat penilaian keadaan mangsa dan pastikan tahap kecederaan. 2. Pulihkan pernafasan jika perlu. 3. Hentikan pendarahan jika terdapat luka atau patah terbuka. 4. Pastikan pergerakan yang paling MINIMUM. 5. Tenangkan pesakit. 6. Jika pesakit mengalami renjatan, beri rawatan renjatan. 7. Hantar ke hospital. PATAH TULANG BELAKANG Kecederaan pada tulang belakang boleh mengakibatkan saraf tunjang (spinal cord) yang terdapat di dalamnya tercedera. Kecederaan ini adalah serius dan perlu diberikan perhatian dan rawatan yang teliti untuk mengelakkan kecederaan menjadi bertambah buruk yang boleh mengakibatkan lumpuh atau mati. Kecederaan tulang belakang biasanya berlaku disebabkan oleh trauma (kemalangan) sama ada kemalangan jalan raya, jatuh dari tempat tinggi dan sebagainya. Tanda-tanda 1. Pergerakan anggota badan tertentu akan menjadi lemah atau langsung tidak dapat digerakkan. 2. Deria rasa pada kulit berkurangan atau langsung tiada. 3. Tidak dapat mengawal kencing dan berak. 4. Sesak nafas dan sakit di bahagian dada. 5. Tidak sedarkan diri.


6 4 PENGENALAN Otot-otot adalah tisu yang membantu dalam melakukan pergerakan tubuh badan. Tindak balas luar biasa otot-otot atau penggunaan yang berlebihan boleh menyebabkan berlaku kecederaan. JENIS KECEDERAAN OTOT 1. Kekejangan (cramp) Kesakitan yang mendadak disebabkan oleh pengecutan otot-otot secara tiba-tiba. Tanda-tanda: anda-tanda: • Sakit • Hilang upaya • Otot menjadi kejang dan keras 2. Keregangan (strain) Kecederaan kepada otot-otot disebabkan bebanan atau regangan yang berlebihan. Tanda-tanda • Sakit • Bengkak • Bertambah sakit apabila bergerak. Rawatan R - Rest - rehatkan mangsa I - Ice - tuaman ais C - Compression - balutan tekanan E - Elevate - tinggikan anggota yang cedera Ahli-ahli sukan seringkali mengalami kekejangan otot.


6 5 Tindakan untuk kekejangan otot Tindakan untuk kekejangan otot 1. Rehatkan mangsa. 2. Beri tuaman sejuk pada bahagian tersebut. 3. Jika kejang berlaku pada betis atau paha, ampu kaki, tolak hujung jari-jari kaki ke arah mukanya secara perlahan-lahan. KECEDERAAN SENDI Sendi ialah tempat pertemuan antara dua tulang atau lebih. Pergerakan yang melebihi had biasa pada sendi boleh mengakibatkan kecederaan pada ligamen (tisu penyambungan antara tulang). Ligamen sama ada boleh meregang dengan berlebihan, terkoyak atau terputus. JENIS-JENIS SENDI 1. Sendi lesung (Ball and socket) 2. Sendi engsel (hinge joint) 3. Sendi gelungsur (slightly movable joint) 4. Sendi tetap (fixed joint) JENIS KECEDERAAN SENDI 1. Terkehel (dislocation) Pergerakan sendi yang melebihi had menyebabkan tulang beralih dari kedudukan asal dan menjejaskan struktur ligamen. Tanda-tanda 1. Sakit (bergantung pada tahap kecederaan) 2. Bengkak 3. Sendi berubah rupa 4. Bertambah sakit bila bergerak atau hilang upaya 5. Kemungkinan berasa kebas 2. Terseliuh (sprain) Pergerakan sendi yang melebihi had dan menjejaskan ligamen tetapi tulang tidak beralih dari kedudukan asal. Tanda-tanda 1. Sakit 2. Bengkak 3. Bertambah sakit apabila bergerak 4. Pergerakan yang terhad Ligamen yang cedera mengakibatkan sakit sendi.


6 6 PENGENALAN Kecederaan terbakar boleh ditakrifkan sebagai kecederaan yang terjadi akibat haba, elektrik, bahan kimia atau sinaran radioaktif ke atas kulit dan struktur di bawahnya. SEBAB-SEBAB Selain terkena api, sebarang objek panas seperti seterika panas, cerek panas, bara, dan sebagainya yang terkena badan boleh menyebabkan kecederaan terbakar. Ini dinamakan kecederaan terbakar kering atau selaran. Kecederaan terbakar selain itu adalah disebabkan oleh cecair seperti air panas, minyak panas dan lain-lain. Kecederaan ini dinamakan kecederaan terbakar basah atau melecur. Renjatan elektrik dan sambaran kilat juga boleh menyebabkan kecederaan terbakar. KLASIFIKASI TERBAKAR 1. First Degree - di permukaan kulit sahaja a. Kemerah-merahan atau hilang warna. b. Bengkak sedikit dan rasa sakit. c. Cepat sembuh. 2. Second Degree - melibatkan hujung-hujung saraf - melibatkan hujung-hujung saraf a. Merah b. Ada tanda-tanda gelembung (blisters). c. Bengkak yang nyata (beberapa hari). d. Kulit basah akibat lelehan plasma yang keluar dari lapisan kulit yang rosak. 3. Third Degree a. Kerosakan tisu lebih dalam. b. Kemusnahan pada lapisan kulit luar. c. Tisu-tisu dalam dapat dilihat. Kecederaan terbakar adalah diakibatkan oleh sesuatu yang panas.


6 7 Orang dewasa yang 15% permukaan badan dan kanak-kanak 10% permukaan badan terbakar perlu dimasukkan ke hospital. RAWATAN 1. Sejukkan serta-merta dengan air sejuk. 2. Tutup bahagian yang terbakar dengan air bersih. 3. Baringkan mangsa. 4. Jangan gerakkan bahagian yang terbakar. 5. Beri sedikit minuman kepada mangsa yang sedar. 6. Hantar mangsa segera ke hospital. BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MERAWAT LUKA TERBAKAR? 1. Dalam kes terbakar yang teruk, minta bantuan perubatan dengan segera. 2. Buangkan semua aksesori dan pakaian yang mengecut dari kawasan yang terlibat. 3. Rendamkan kawasan yang terlibat ke dalam air sejuk dengan segera ataupun kenakan tuala yang basah dan lembab di kawasan tersebut. Anda juga boleh menuangkan air ke bahagian yang terbakar itu atau letak di bawah air sejuk yang mengalir. Teruskan rawatan ini selagi kesakitan masih dirasai. 4. Untuk luka terbakar yang disebabkan oleh bahan kimia, tuangkan air di atas kulit atau letakkan di bawah air yang mengalir. Kemudian tutupkan kawasan tersebut dengan kain yang bersih untuk mengelakkan gangguan oleh udara. 5. Jika luka terbakar tersebut besar, tenangkan mangsa dan lakukan rawatan untuk renjatan. INGAT!!! 1. Bertindak dengan segera, setiap saat boleh membawa perubahan. 2. Jangan gerakkan mangsa yang mengalami kecederaan leher atau belakang kecuali dalam keadaan yang sangat diperlukan. 3. Dapatkan seseorang untuk menghubungi ambulans dan doktor sewaktu anda sedang memberikan pertolongan cemas. 4. Jangan tarik pakaian mangsa luka terbakar. 5. Bertenang dan tenangkan mangsa. 6. Jangan paksa mangsa yang tidak sedarkan diri untuk mengambil sebarang cecair.


6 8 GLOSARI 1. kemanusiaan - sifat-sifat manusia yang mulia. 2. diplomatik - hubungan antarabangsa. 3. ceraian - bahagian atau fasal kecil dalam undang-undang, perjanjian dan sebagainya. 4. depoh - gudang atau tempat penyimpanan barang-barang. 5. persendirian - tidak bergantung kepada pihak-pihak lain. 6. waad - janji. 7. entiti - sesuatu yang mempunyai kewujudannya yang tersendiri. 8. rekrut - mewujudkan bilangan ahli. 9. akreditasi - pengiktirafan rasmi terhadap sesuatu kursus, pengajian dan lain-lain. 10. orientasi - berasaskan sesuatu. SOALAN PEMAHAMAN 1. Siapakah pengasas persatuan Palang Merah Antarabangsa (ICRC)? 2. Senaraikan lima ahli jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa. 3. Apakah nama buku yang ditulis dan dicetak oleh Henry Dunant tentang pertempuran di Solferino? 4. Apakah tujuh prinsip asas Palang Merah dan Bulan Sabit Merah? 5. Pada tahun berapakah Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) ditubuhkan? 6. Nyatakan dua anugerah yang pernah dicapai sepanjang perkhidmatan PBSMM. 7. Apakah empat program khusus yang melibatkan ahli-ahli belia? 8. Apakah yang dimaksudkan dengan pertolongan cemas? 9. Bilakah pertolongan cemas diperlukan? 10. Apakah yang dimaksudkan dengan teknik SAFE ?


Click to View FlipBook Version