The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by DIGITAL LIBRARY, 2023-03-16 10:22:02

Seram Hospital

Seram Hospital

96 BILIK KAD (Ummi Abibah) 8: 55 malam. Lepas solat isyak saya bergegas pakai tudung dan gerak ke klinik kerana dapat panggilan telefon katanya dah ada pesakit tunggu di klinik. Saya intai dari beranda, tak nampak pun kemunculan pesakit. Saya telefon semula, rupanya dia orang di tandas belakang. Beritahu untuk jumpa dekat bilik kecemasan. Saya buka pintu dan jeriji gelangsar luas-luas. Tunggu hampir 5 minit, tapi batang hidung seorang pun tak nampak. Sementara tunggu, sajalah ronda-ronda di bilik kad dan bilik MA. Lampu bilik-bilik tu tak dibuka, malas. Satu... Dua… Tiga… Empat.. Lima saat... Kaki melangkah keluar dari bilik kad, tiba-tiba dapat panggilan daripada klinik. Seriuslah!


97 Telefon klinik yang membuat panggilan ni ada bilik kad, dan aku berdiri menghadap bilik tu. Aku lihat dalam bilik tu tak ada sesiapa! Telefon pintar saya masih berdering. Tertera di skrin telefon, nombor telefon klinik yang di dalam bilik kad masih memanggil. “Hello!” saya jawab panggilan itu. Tak ada orang balas, dan panggilan dimatikan. Sampai sekarang saya tak faham apa yang berlaku pada malam itu.


98 NEONATAL INTENSIVE CARE UNIT Che Maria Afida Saya staff nurse(SN) yang bertugas malam kejadian. Lebih kurang pukul 2-3 pagi, saya tengah buat laporan pesakit di kaunter berdepan dengan premature room(bilik menempatkan bayi pramatang). Saya jaga SCN(special care and nursing) di sebelah NICU. Nak jadi cerita, tengah syok buat laporan pesakit, ada kes masuk dari dewan bedah ke NICU lalu di belakang saya. Saya hai sahajalah pada SN n JM(jururawat masyarakat) yang bawa bayi tu. Saya perasan MO(doktor) yang bertugas di NICU mengiringi dia orang. Lepas tu, SN NICU panggil saya, dia tanya ada nampak MO NICU atau tak. Saya cakap “eh tadi kan doktor ikut kau orang.” Dia orang pelik sebab dia orang tak ada terima arahan untuk terima bayi dari doktor. Masa tu saya pun baru terfikir, biasanya MO tu akan tegur saya atau saya akan tegur dia. Tapi tadi kenapa saya dan dia tak bertegur sapa?


99 JM dan SN dewan bedah pula kata tak ada doktor yang mengiringi dia orang pun tadi. Alamak! Jadi, untuk kepastian, dia orang telefon doktor NICU yang terbabit tu. Cuba teka, dia dekat mana? Baik punya kawan tu tengah syok tidur dalam bilik oncall dekat NICU. Setelah hubungi dewan bersalin, dia orang cakap memang MO tu yang suruh hantar baby ke NICU. Lepas dia suruh tu, dia pergi ke tandas. Sebelum hantar baby tu ke NICU, dia orang tunggu MO tu keluar dari tandas, tapi tak ada orang keluar. Bila di periksa, tandas tu kosong. Jadi, mereka hantar baby tu jugalah. Kita orang dekat NICU dah tak tahu nak cakap apa. MO NICU ni pula, lepas dia bangun dan diberitahu situasi yang berlaku, dia kata nak buat macam mana, baby dah sampai NICU, jadi terima sahajalah untuk masuk NICU. Entah siapa sebenarnya MO satu lagi tu!


100 SAMPEL FORENSIK (Azni Md Ismail) Ahmad(bukan nama sebenar) kerja petang di makmal mikrob. Dalam banyak-banyak piring mikrob yang dia kena proses tu, ada satu sampel yang dia kena Gram's stain semula dari botol Bactec yang positif. Ahmad amati sampel yang dia kena Gram's stain semula tu, rupanya itu sampel forensik. Jadi dia simpan untuk buat akhir nanti. Masa tu hari masih cerah. Di luar tingkap, cahaya jingga matahari masih memancar. Setelah selesai piringpiring kultur diproses, dia pergi ke meja blood C&S (pengkulturan dan pewarnaan bakteria dari sampel darah) untuk mengambil botol Bactec berkenaan. Semasa Ahmad buka penutup botol tu, semerbak bau kurang enak keluar. Ahmad buat tak endah sahaja, sebab itu perkara normal. Kadang kala aktiviti bakteria dalam tu menyebabkan bau busuk terhasil. Ahmad pun buat lah Gram's stain dan meninggalkan slaid basah untuk kering sebentar di atas plat pemanas. Sambil-sambil tu dia pergi simpan piring petri yang dia dah proses dalam inkubator. Setelah itu Ahmad


101 pergi balik ke meja kerja untuk tengok slaid yang dah siap kering. Dia rasa pelik! Bau tadi masih ada dan makin pekat. Ahmad tak tunggu lama. Dia ambil slaid tu dan cepat-cepat dia tolak troli oncall ke integrasi sambil-sambil mengomel-ngomel "Kau nak main-main dengan aku ya? Aku nak kerjalah woi!" Sampai pukul 9 malam Ahmad tak masuk mikrob tanpa berteman.


102 Botol Bactec


103 TABUNG DARAH (Azni Md Ismail) Kak Zana(bukan nama sebenar) ni staf baru tabung darah dan akan mula oncall mulai bulan ini. Sebelum ni, dia berkhidmat di negeri lain dan bekerja di pusat kesihatan primer. Untuk ke kaunter tabung darah, tempat letak sampel dan penyerahan beg darah, perlu melalui satu lorong pendek ke satu ruang kecil. Selalunya waktu oncall hanya lampu ruang kecil tu dinyalakan... Lampu di lorong pendek tu tidak dinyalakan. Polisi jimat elektrik katanya. Malam tu suasana agak santai. Seusai ujian dibuat, beliau duduk di depan komputer dan membuka perisian LIS(laboratory information system) untuk memasukkan data. Komputer tu menghadap ke arah lorong itu. Dari lirikan mata kanan Kak Zana, dia nampak bayangan hitam berlari laju masuk ke lorong berkenaan. Sertamerta merecik peluh sejuknya dan spontan dia berlari keluar ke unit hematologi


104 Sepanjang malam tu staf hematologi terpaksa menemani Kak Z setiap kali dia masuk ke tabung darah.


105 BILIK ISOLASI ICU (Nur Fatin Fatihah) Malam itu terasa seperti agak sejuk daripada biasa. Walaupun pendingin hawa telah dimatikan, tapi sejuk masih terasa mencengkam. Fina dan rakanrakannya berkumpul bersama-sama di kaunter untuk membuat laporan pesakit. Tiba-tiba, loceng panggilan di bilik isolasi berbunyi. Fina bangun untuk masuk ke bilik desolasi itu kerana itu pesakit di bawah jagaannya. "Pakcik, kenapa ya?" tanya Fina. "Tuu, tuuu, tengok kat dalam TV tu, dik. Ada perempuan rambut panjang, dik. Dia asyik tengok pakcik ja. Boleh adik tolong suruh dia tengok ke arah lain?” kata pakcik itu. Perempuan? Dalam TV? Masalahnya TV tidak terpasang. Fina dah rasa lain macam, dia memang tak berani pandang ke belakang sebab TV tu betul-betul dekat belakang Fina je. Fina senyum pada pakcik tu, dan nasihatkan supaya pakcik tu tidur semula. Kemudian perlahan-lahan


106 Fina keluar dari bilik isolasi tanpa memandang ke arah TV itu. Bulu roma Fina memang dah mula meremang. Keluar saja dari bilik isolasi, semua rakanrakannya menegur kenapa muka Fina pucat. Fina menceritakan apa yang berlaku. Mereka hanya memberitahu Fina bahawa bilik isolasi ICU ni memang "keras". Bukan keras sebab dibina daripada batu bata, tapi "keras" sebab sudah ramai yang menghembuskan nafas terakhir di dalam bilik berkenaan.


107 PESAKIT SEBELAH. (Dr Abdul Hazim) Sesekali, nak juga berangan jadi pesakit. Maklumlah asyik jaga pesakit sahaja. Kebetulan malam tu oncall, wad agak sunyi. Kubikel belakang kosong disebabkan tiada kemasukan pesakit baharu, maka diri ini pun berbaringlah di atas katil pesakit yang kosong tu. Sedang mata ni nak terlena, terdengar suara memanggil "bang, boleh tolong tak, bang?" Aku hairan, rasanya tiada siapa di kubikel ni. "Siapa tu?" sapaku. "Pesakit sebelah," sahut suara itu. Aku lantas menoleh ke katil sebelah. Kelihatan satu susuk tubuh yang hanya ada sebelah badan sahaja. Aku beristighfar dan terus menuju ke kaunter. Aku pun dengan selamba mula berborak dengan jururawat seperti tiada apa-apa yang berlaku, tapi dalam hati ini hanya Tuhan yang tahu.


108 WAD PEMBEDAHAN PEREMPUAN (Nur Elyna Misdar) Cerita 4 tahun lepas, aku kerja syif pagi, bertugas di kubikel belakang. Ada seorang pesakit ni (aunty Cina), katil 25, nak buat CT scan, jadi dia puasa dari 12 tengah malam semalam. Pesakit tu dah dihantar ke bilik imbasan CT. Aku pun macam biasa, buat rondaan tengok pesakit dekat belakang. Sampai di katil 25, aku tengok aunty tu tengah tengok aku sambil tersenyum. Eh aunty dah balik wad lah. Aku pun pergi ke kaunter depan untuk cari BHT(bedhead ticket / fail pesakit) aunty tu. Nak laporan sama ada doktor dah benarkan dia makan atau belum. Yalah kasihan daripada malam puasa. Cari BHT aunty tu tak ada. Tanya staff nurse (jururawat) lain dan doktor, dia orang pun tak tahu. Aku tak puas hati sebab BHT tak jumpa, jadi telefonlah kawan yang hantar aunty ni pergi bilik imbasan CT tadi. "Hello, kak (senior aku)! Mana BHT pesakit katil 25 ni? Nak tanya, pesakit dah dibenarkan makan ke belum?" soal aku.


109 "Eh, kau dah kenapa? Beriya-iya sangat. Pesakit ni ada dengan akak lagi ni .Belum buat pun lagi scannya". "Eh ya ke, kak? Orang tengok aunty tu ada kat katil tadi. Jap eh, Kak! Orang pergi tengok jap" balas saya sambil lari ke belakang untuk dapatkan kepastian. "Eh ha’ah lah, Kak. Tak ada sapa pun dekat katil 25 tu!" Aku pun terdiam sekejap. Habis, siapa yang aku tengok tu? Cara dia tengok aku. Senyuman dia. Seram!


110 LIF HOSPITAL (Cik Puan Intan) Seorang Sister / KJ (Ketua Jururawat) yang bertugas malam, sedang membuat lawatan dari wad ke wad seorang diri. Dia menekan butang lif. Tinggg! Pintu lif terbuka. Dia pun masuk lalu menekan butang untuk menutup pintu. Dia kemudian berdiri menghadap pintu. Sedang lif itu naik ke atas, tiba-tiba ada suara menyapanya dari belakang "tengah buat lawatan malam ke, sister?" Tanpa menoleh ke belakang, dia menjawab dengan endah tak endah "Ya!" Sekali lagi suara itu bertanya soalan yang sama, KJ itu menjawab dengan nada sedikit geram "Yaaaa!!" dan untuk ketiga kalinya suara itu bertanya lagi soalan yang sama. Oleh kerana agak marah ditanya berulang kali, KJ itu menoleh ke belakang dan menjawab "YAAAA!!!!" Ketika itu baru dia perasan, lif itu hanya ada dirinya. Tak ada orang lain.


111 Tak lama selepas itu, KJ berkenaan ditemui pengsan di dalam lif oleh pengawal keselamatan. Siapa atau apa yang menyapanya ketika di dalam lif, tidak diketahui.


112 PENEMAN PESAKIT (Maria Hanis) Setakat ini, alhamdulillah selama menjaga arwah bonda selama 7 bulan di hospital, belum pernah mengalami pengalaman seram, atau mungkin saya jenis orang yang tak ambil pusing apa yang berlaku di sekeliling saya ketika itu. Faktor usia masih muda pun boleh jadi juga, kan? Tapi, yang saya masih ingat sampai sekarang, ada satu malam arwah bonda mengejutkan saya. Disuruhnya saya peluk kerana dia kesejukan sedangkan dia berpeluh. Kemudian, ada satu ketika bila saya ke tandas pada waktu malam, dimarahinya saya kerana tinggalkan dia keseorangan. Pernah juga saya ditegur olehnya untuk pastikan siapa di pintu masuk wad di waktu malam. Pada mata saya ketika itu, tiada sesiapa. Namun, arwah pernah beritahu bahawa dia selalu dikunjungi lembaga berupa salah satu watak wayang kulit jawa. Waallahualam.


113 UNIT KEBAKARAN (Juvina Dennis) Tak sampai seminggu lepas, ada seorang pesakit meninggal di wad unit kebakaran. COD(cause of death / sebab kematian) adalah sepsis(jangkitan dalam peredaran darah). Kemudian hari ke-4 selepas pesakit tu meninggal, aku kerja syif malam. Tengah nak tukar IVD pada seorang pesakit, pintu unit kebakaran ni terbuka. Pintu kat unit ini jenis automatik. Bila lalu sahaja di depannya, ia akan terbuka sendiri. 4 bilik, semua pintu macam tu. Aku jeling pada pintu yang terbuka tu. Tak ada orang di situ. Kemudian, nampak macam pintu nak tutup, namun macam ada sesuatu yang halang ia daripada tertutup. Pintu tu tutup separuh jalan, kemudian terbuka balik. Tiga kali macam tu. Aku tengok dekat pintu kemudian cakap, "Ha! Dah kalau nak masuk tu, masuklah. Tak nak masuk, jangan berdiri dekat pintu tu. Karang pintu tu rosak terbuka tutup macam tu."


114 Sudahnya, pintu tu terus tertutup. Masalahnya dia beredar pergi atau dia dah masuk ke dalam unit kebakaran ni? Alamak!


115 PUSAT SARINGAN BERSALIN (PAC) Dr Hana Hadzrami Seorang misi memimpin seorang ibu muda yang dalam kesakitan bersalin masuk ke pusat saringan bersalin (PAC). Sambil menghulurkan nota pesakit sempat, misi berbisik ke telinga saya; "Single mom ni, unmarried and unbooked! Dia mati-mati tak mengaku buat. Dia cakap itu buatan jin!" Saya hanya tersenyum sinis. Mengandung akibat buatan jin memang alasan popular gadis yang belum bernikah. Setelah mendapatkan maklumat perubatan, lalu saya lakukan pemeriksaan abdomen dan jalan keluar bersalin. Sewaktu saya memasukkan jari untuk periksa bukaan rahim, saya dapati bukaan dah 8cm. Saya dapat merasakan muka bayi di bukaan rahim dan bukannya verteks(bahagian atas) kepala. Face presentation! Biasanya bayi lahir akan keluar bahagian atas kepala dahulu, tetapi bayi ini akan keluar bahagian muka dahulu. Wah tak senang ni! Lantas saya lalukan jari untuk pastikan sekali lagi. Tiba-tiba jari saya terasa seperti disedut dan digigit. Adoi sakitnya!


116 Pantas saya keluarkan jari. Darah menitik! Bukan saja sarung tangan terkoyak malah jari saya juga berlubang. Bagaimana boleh terluka? "Kan saya dah cakap doktor, ni anak jin dalam perut saya. Bukan manusia!" Lemah si ibu memberitahu saya sambil menahan sakit gesa bersalin. Mengarut! Saya tinggalkan ibu tadi bersama rakan saya untuk mencuci jari yang luka. Tak lama kemudian saya dengar ibu tadi mulai meneran. Kelam kabut rakan saya menekan bahagian perineum ibu agar tak terkoyak. Kami tak sangka ibu tadi bukan saja terberanak di bilik saringan malah berjaya bersalin normal bayi dengan presentasi muka. Dari belakang saya lihat kawan saya menyambut bayi seraya jatuh terjelepuk. Segera saya menerpa dan mengambil bayi dari ribaan rakan saya. Berderau darah saya. Tubuh bayi itu berbulu hitam lebat. Bayi itu menangis. Lalu terserlah matanya yang merah, lidahnya hijau panjang menjalar dan gigi kecilnya yang tajam bersusun! Lemah longlai kaki saya...


117 PELAJAR KEJURURAWATAN (Alaris Dyna) Pelajar kejururawatan wajib jalani kerja malam selama 3 malam semasa semester ke-4 pengajian. Kami bertujuh ditugaskan kerja malam di wad perubatan 3B. Malam tu 3 orang SN(staff nurse/jururawat terlatih), 7 orang pelajar kejururawatan, tetapi hanya ada 5 orang pesakit. Heaven sangat Selesai semua kerja lebih kurang jam 11.00 malam, SN suruh kami balut kotak-kotak untuk letak barang supaya cantik. Wad tu ada 3 kubikel. Kami duduk 4 orang di kubikel tengah. Ada seorang kawan saya duduk di kubikel belakang seorang diri. Dia duduk bergayut di telefon dengan pakwe. Yang lain duduk dekat kaunter di kubikel depan bersama dengan SN. Tiba-tiba SN tanya siapa yang tekan butang loceng panggilan dekat katil di kubikel belakang tu. Kami tanya kawan yang sedang bergayut di belakang tu. Terus dia lari lintang-pukang sebabnya dia duduk selang sebuah sahaja dengan katil yang tekan loceng tu. Masalahnya, mana ada pesakit di kubikel belakang. Kami yang duduk di kubikel tengah pun terus lari duduk ke kaunter jururawat. Selang sejam loceng


118 panggilan berbunyi lagi. Terpapar nombor katil yang sama buat panggilan tadi. Bukan dua kali ia berbunyi, tapi banyak kali dengan selang masa sejam sekali. Setelah jam 3.00 pagi, KJ(ketua jururawat) rondaan wad, barulah gangguan itu berhenti. Mungkin benda tu takut pada KJ kot. Hihihi! Jam 6.00 pagi SN ajak aku pergi periksa tandas dekat kubikel tengah sebab dalam pukul 5 pagi, dia ada dengar bunyi air dekat tandas. Dia ingat ada pesakit masuk tandas, tapi bila dia tunggu, tak ada pula pesakit yang keluar. Yang tambah peliknya, kubikel tu ada tandas di kiri dan kanan, pesakit di kubikel tengah tu pula semuanya berada di kiri. Buat apa pesakit nak pergi di tandas belah kanan? SN tu tak berani nak masuk untuk periksa dan ambil keputusan untuk tunggu sehingga pagi sikit. Dia fikir mungkin paip bocor. Sebelum dia nak hubungi bahagian penyelenggaraan, dia nak tengok dulu tandas tu, maka dia ajak saya. Kami pun pergilah tengok tandas tu. Sekali, tandas tu kering-kontang tak ada air pun atas lantai atau dekat singki. Tak mungkin dalam masa sejam, air boleh kering. Jeng… jeng… jeng…


119 SN cakap, sebelum ni tak ada pun kejadian macam tu dekat wad tersebut. Mungkin nak ucap selamat datang dekat kami kot. Hihi. Yang saya dengar kawan aku cakap bawah wad tu rupanya rumah mayat. Aku pun tak pernah nak periksa betul ke tak apa dia cakap tu.


120 INSPEKTOR KESIHATAN AWAM (IK Logic) Minggu tu aku oncall, asal aku oncall memang suey sikit. Mesti terima kes mati. Malam tu kebetulan malam Jumaat. Bagi aku yang bujang ni, sama sahaja malam Jumaat dengan malam-malam yang lain. Tak taula pada yang dah kahwin, kan? Pukul 2.30 pagi, aku dapat panggilan telefon dari wad ICU hospital. "Ni PHI(public health inspector) oncall ke? Kami nak buat satu notifikasi kes kematian RVD." *RVD = retroviral disease. Pada aku, terima notifikasi kes sahaja pun dah seram. Kalau kes kematian penyakit berjangkit ni memang kami akan pergi pantau dan dapatkan secepat mungkin. Sampai forensik, mayat tak turun lagi tapi dah seram sejuk. Tak lama lepas tu, mayat pun sampai. Staf yang bawa turun tu terus pergi mana entah, tinggal aku seorang diri. Tu lah yang seramnya. Lain-lain tak ada. Hehe.


121 PSIKIATRI (Afzal Mohd) Dah sampai masa untuk kau balik dan tiba-tiba kau diseru oleh pesakit dengan ayat: "Haaaa hati-hati jalan balik tu. Tadi yang mak dia duduk dekat buaian depan tu. Anak-anak dia pula main lari-lari dekat tiang tu. Dekat pintu depan pula cakap dia nak duduk sekejap sahaja dekat situ. Jarang nampak yang tu datang sini. Saja nak tengok-tengok orang barulah kot. Haaaa.. tuu tuu main terbang-terbang pula dia kat situ." Kemudian, diiringi bunyi anjing menyalak mendayu dayuuuu uuu uuuuuuu... Haih, nak kena melepasi 4-5 ekor jenis juga malam ni. Nasiblah, wad pun sayup di belakang ni.


122 FARMASI KECEMASAN (Luqmanul Hakim Hudzri / Shuhaidah Md Razali) Waktu hujung-hujung syif di Farmasi Jabatan Kecemasan, ada inden(pesan) ubat yang kena pergi ambil di Farmasi Pesakit Dalam. Jadi pergilah sana ambil ubat. Dah siap ambil, kunci pintu jeriji, kemudian Su telefon beritahu kena ambil ubat IV Acyclovir. Aisehmen! Jadi kena buka balik pintu jeriji untuk masuk semula. BIla dah ada dalam Farmasi Pesakit Dalam, tiba-tiba pintu TDM(therapeutic drug monitoring) terbuka macam ada orang tolak kuat-kuat. Dalam hati fikir mungkin ada orang tengah buat TDM lah tu. Lepas tu saya tegurlah, "Hello, siapa tu?" Tak ada yang menyahut. Senyap sekejap. Saya pun ambil langkah nak tengok siapa masuk TDM tu. Tibatiba, pintu tu terbuka lagi macam ditolak dengan kuat. Masa tu baru terfikir "Eh, saya seorang saja ada kunci ni. Mana orang lain boleh masuk." Saya pusing balik keluar dan telefon Su, "Su, aku rasa macam kena kacau je". "OK nanti aku datang," balas Su.


123 Saya pun Su tunggulah depan TPN tu. Kemudian seorang lagi kawan pula yang datang dengan panik bertanya "Kenapa ni? Ada apa?" Saya pun cakap "tak apa, tak apa, dah settle nanti baru cerita. Kita ambil dulu ubat." Kami pun masuklah semula dalam Farmasi Pesakit Dalam tu. Sengaja lalu depan TDM untuk tinjautinjau siapa yang menolak pintu tu. Tiba-tiba kawan saya tarik saya dan kata "Cepat-cepat ambil!" Bila dan balik semula ke Farmasi Kecemasan kawan saya pun cerita, dekat pintu tu ada “mak cik” tengah memerhati.


124 BEG DARAH (Natashafitri binti Mohd Noor) Masa saya masih lagi jururawat pelatih MNC tahun 2000, kami dibenarkan ambil darah dari tabung darah. Kerja malam di wad perubatan C3 (blok lama). Jam 2.30 pagi, kami berjalan keluar wad untuk pergi ambil darah seperti yang diarahkan oleh SN(staff nurse / jururawat). Turun lif pun, kejap naik, kejap turun lif ni. Bila dah sampai bawah kami pun jalan cepat-cepat untuk sampai ke tabung darah di tingkat 1 di blok baru. Kami periksa nama pada borang dan tag adalah sama, kumpulan darah sama, tarikh tamat tempoh pun belum sampai masanya. Setelah siap periksa, kami masukkan pek darah ke dalam "jumbo box". Box tu kawan saya tawar diri nak bawa. Kami berjalan sambil pegang tangan sebab takut. Tapi lama kelamaan kawan saya ni makin lama makin kuat dia genggam lengan saya. Setelah sampai di wad kami serahkan pek darah pada SN yang bertugas.


125 Pada keesokan hari baru kawan saya cerita sebab apa dia genggam lengan saya tu. Dia kata, box darah yang dia bawa tu semakin berat. Entah apa yang tumpang dalam box tu agaknya. Saya tak tahulah, darah yang ditranfus kepada pesakit tu cukup ke tidak. Tapi yang kami tahu, pesakit yang terima darah tu telah meninggal pada petang keesokannya.


126 MAKMAL SITOLOGI (Azni Md Ismail) Al-kisah si Aminah(bukan nama sebenar), seorang staf mikrob ni, masuk kerja petang selepas kerja malam pada hari sebelum tu. Selepas pukul 5.00 petang, staf-staf mikrob yang lain pun beransur pergi, dan tinggallah Aminah seorang diri. Kebetulan petang tu Aminah lambat habis memproses semua kultur. Selepas dia siap proses sampel, dia pun susun dan simpan piring kultur dalam inkubator. Kemudian dia mula mengemas alatan ke atas troli untuk ditolak ke integrasi. Sewaktu Aminah hendak ke bilik unit parasit untuk ambil staining Giemsa dan kit kombo denggi, jantungnya berdegup kencang, tapi dia gagahkan juga dirinya untuk ke situ. Masa dia keluar dari bilik tu, entah gatal matanya melirik ke arah pintu sitologi. Seriau dia jadinya. Rupanya di situ ada lembaga hitam yang tengah duduk perhatikan dia dari tadi.. Aminah tak ada tunggu lagi dah. Troli tu dah jadi kereta F1. esoknya dia ambil cuti kecemasan. Demam.


127 BILIK X-RAY (Nurazia Mat Saat) Pesakit dari wad ditolak masuk ke dalam bilik Xray. Tiba-tiba pesakit tu cakap "Nak, makcik takut. Jangan tinggalkan makcik." "Makcik takut apa?" aku tanya. "Tu! Dia suka kacau makcik, selalu ikut makcik." kata makcik itu sambil tunjuk pada pintu bilik X-ray. Aku tengok tak ada apa-apa pun. "Tu, dia dah lari ke situ." kantanya lagi sambil tunjuk penjuru siling pula. "Haa... tu dia sebelah anak tu!" Ahh sudah... meremang bulu roma aku. "Dia tu siapa makcik?" Aku beranikan diri untuk bertanya. "Makcik tak tahu, tapi rambut dia panjang… mata dia merah... gigi dia tajam. Dia selalu ikut makcik, dari kat wad lagi."


128 Makin seram aku dibuatnya. Nasib baiklah ada PPK(Pembantu Perawatan Kesihatan / atendan) yang teman aku buat kerja.


129 BILIK ISOLASI (Anwari Hamzah) Cerita ni pendek dan ringkas sahaja. Yang duduk seorang diri tu, baik jangan baca. Serius! Alkisahnya, masa tu aku kena jaga pesakit SLE(systemic lupus etythematosus) dekat bilik isolasi. Biasalah, dah nama pun bilik isolasi, kedudukannya pastilah terasing dan jauh dari kubikel biasa di wad. Bagi yang tak tahu, bilik isloasi ni adalah bilik kuarantin untuk pesakit yang ada penyakit yang mudah berjangkit atau pesakit yang mudah dijangkiti. Bilik isolasi wad aku ni unik sikit. Kejadian mistik memang kerap terjadi dekat bilik tu. Kadang-kadang bunyi pintu tertutup sendiri. Kadang-kadang tong sampah jatuh sendiri. Kadang-kadang bunyi ada orang ketuk pintu tapi tak ada kelibat pun. Masa hari aku jaga pesakit SLE tu, seram sejuk rasanya. Sejuk dia lain macam. Sedangkan bilik tu pendingin hawa dia dah 2 bulan rosak, tak berfungsi. SLE tu satu penyakit bila antibodi kita serang badan kita sendiri. Tapi, bila teringat balik, orang dulu-


130 dulu kata SLE tu kalau bahasa kampungnya, penyakit kena santau. Santau? Fuhhh.. Makin seram sejuklah aku rasa. Meremang bulu roma. Jadi, syif aku pun berjalan seperti biasa walaupun dalam keadaan seram sejuk. Semasa aku sedang asyik menaip komputer membelakangkan pintu masuk bilik isolasi tu, tiba-tiba aku terasa macam ada sesuatu tengah intai-intai aku. Aku pun intai di sebalik cermin kaca yang ada pada pintu tu. Aku pun terdiam. Jari-jemari kaku terhenti dari menaip papan kekunci. Peluh menitis di sisi dahi. Mata aku cuba untuk meleret ke sisi, cuba mengintai bayangan tu, tapi tak berjaya. Aku dapat rasa lembaga tu hanya berdiri kaku di belakang aku. Dia berbisik perlahan. Aura marahnya dapat aku rasa. "Anwari..", suaranya memanggil kasar. "Ahhh, santau ni mai hospital cari pesakit ni pula ke? Kenapa dia panggil aku?" bisik hati kecil aku ketakutan. "Anwari..." Aku terdiam. Habis semua ayat-ayat suci aku baca. Pucat lesu muka aku. Berderu darah turun ke kaki.


131 Beberapa saat kemudian, skrin komputer terpadam, akibat terlalu lama aku biarkan ia terbiar. Skrin layar berwarna hitam itu jelas memancarkan refleksi lembaga di belakang aku. Besar. Gelap. Semakin ia dekat. Semakin jelas aku terdengar suara garaunya. Ah sudah. Tatkala hampir aku melangkah kaki untuk lakukan pecutan ke arah pintu sambil memejamkan mata, tiba-tiba aku disapa oleh lembaga tersebut dengan jeritan maha dahsyat! "ANWARI!!" Aku buka mata seluas-luasnya akibat dari terkejut, lalu terpacul satu jeritan dari mulut aku yang terketar-ketar: "Ye Matron!" NOTA: Matron adalah gelaran kepada jawatan Ketua Penyelia Jururawat. Semua jururawat takut pada Matron.


132 HOSPITAL SWASTA (Atilla Makarim) Waktu tu syif malam. Hanya ada 3 orang jururawat sahaja yang bekerja. Saya jaga wad geriatrik(warga emas). Masa tu pukul 3.00 pagi. Tengah duduk dekat kaunter, tiba-tiba terdengar bunyi orang guna kerusi roda. Saya dan kawan saling berpandangan. Kemudian muncul seorang pesakit tua datag ke kaunter. Punya kami terkejut sampai terbagun dari kerusi.. “Uncle macam mana you naik kerusi roda? Siapa angkat?” tanya saya. “Itu misi” jawabnya sambil menunjuk ke arah bilik dia. Allah berderau jantung bila ingat balik sebab pesakit tu strok, lumpuh setengah badan. Kami memberanikan diri menghantar balik pesakit tu ke biliknya. Tak ada “misi” yang dimaksudkan dalam bilik dia tu.


133 WAD POSTNATAL (Hazirah Ajirah) Masa ni saya baru lepas bersalin anak pertama. Keluar dewan bersalin dah pukul 8.00 malam. Lepas siap-siap suami uruskan, dah pukul 10 malam. Tengok anak dah tidur, jadi emaknya pun mula mata mengantuk. Tepat pukul 12.00 malam, terdengar salakan anjing secara berulang-ulang. Tak lama lepas tu, seorang demi seorang bayi dalam wad menangis macam ketakutan. Berjangkit-jangkit dari katil hujung sampai ke katil saya. Masa tu takut sangat. Bulu roma habis meremang. Terasa ada “benda” dalam wad. Semua jururawat kelamkabut bantu ibu-ibu tenangkan anak masing-masing.


134 BILIK PEMANTAUAN DI JABATAN KECEMASAN Thaivanai Aripitri Staf yang mengandung biasanya ditugaskan di observation room(bilik pemantauan) sebab kerja tak lasak. Jadi, senja tu saya duduk seorang diri dekat bilik tu untuk kira sensus, kerana tiada pesakit di bilik berkenaan. Tiba-tiba loceng panggilan di bilik air perempuan berbunyi. Saya ketuk pintu tak ada menyahut. Tertekan kot. Saya matikan bunyi loceng itu. Kemudian bunyi lagi, saya ketuk pintu takut ada budak yang main. Kali ketiga ia berbunyi, saya marah dan buka pintu. Tak ada orang. Saya sambung balik kerja tapi ia tetap bunyi lagi. Saya matikan lagi dan cakap kuat-kuat "Jangan mainlah. Orang buat kerja ni". Lepas tu tak ada bunyi sampai saya tinggalkan bilik tu. Lama-lama dah biasa dengan bunyi tu. Bila cakap jangan kacau, 'dia' takkan kacau.


135 ICU TERBAKAR (Fadlie Ariffin Abeliey) "Betul ke Matron, ICU terbakar sebab cas telefon?" "Bukan, Lie. Bukan sebab tu. ICU tu memang berhantu sejak dari dulu lagi. Takkan dia orang nak masukkan dalam berita benda-benda halus macam ni,” kata Matron. "Tak baik Matron oyak gitu. Syirik tu matron" "ICU tu, kalau kau kerja sana, barulah kau tahu macam mana. Gallipot dengan gunting boleh melayang masa buat prosedur, macam ada orang baling." balas Matron. "Kadang-kadang ada bau busuk macam bangkai. Kadang-kadang bau hangit macam benda terbakar. Bila pergi periksa, tak ada benda pun. Dulu-dulu masa saya jadi sister(ketua jururawat) dekat sana, pernah hilang 30 pint beg darah.".\ sambungnya lagi. "Heh? Jolo ko, matron? Kuat bual teh."


136 "Betul Lie. Dah puas kita orang cari tak jumpajumpa. Akhirnya kita orang pergi buat laporan dekat balai polis." "Yakk bokte, oloh gitumo nah. Pahtu lagu mano?" "Naik marah saya masa tu sebab polis boleh gelakkan kita orang, Lie. Dia orang cakap selalunya yang datang lapor dekat balai tentang barang emas hilang, tapi ni darah pun nak lapor juga ke?" "Pahtu, Matron wak kiro lagu mana polis tu? Tok buwi napa kapit sebutir?" "Kita orang terpaksa buat juga, ikut SOP. Kalau nak diikutkan, siapa yang nak mencuri darah, Lie? Boleh jual ke darah tu? Ada orang yang nak ke?" "Erk………" Aku senyap. Terdiam sebab orang tua jarang menipu. Lagipun antara matron-matron yang aku kenal, dialah yang paling baik dan selalu back up staf. Dia tak pernah menipu.


137 DEWAN BEDAH (Fatin Rose) Mengimbas kembali, ibu aku seorang jururawat di bahagian OT(operation theatre/dewan bedah). Apa yang aku tak boleh lupa , masa itu adik bongsu aku baru saja beberapa bulan. Ibu aku kerja malam, dan bawa aku serta adik bongsu aku ke surau OT untuk baring di situ. Lepas ibu aku menyusukan adik bongsu aku, ibu aku berpesan supaya jangan tinggalkan adik aku seorang diri walaupun aku nak ke tandas. Aku pun tertidur selepas ibu aku keluar untuk memeriksa setiap dewan OT bersama beberapa orang kawan ibu aku. Kebetulan pada malam tu, tak ada apa apa kes kata ibu aku. Aku terjaga bila terdengar adik aku bergerak dan mahu mula menangis. Dalam keadaan mamai, aku duduk dan pangku untuk mendodoikan adik aku, masa itu pulalah aku terasa nak ke tandas. Dalam keadaan samar-samar, hanya cahaya lampu berhampiran bahagian wuduk sahaja yang terpasang, aku ternampak ibu aku berdiri di hujung pintu berhampiran pintu tandas dan melihat ke arah aku dan adik bongsu aku.


138 Waktu itu tak terlintas apa apa di fikiran aku kecuali rasa pelik tengok keadaan ibu sebab leher ibu aku kelihatan sedikit panjang dari biasa. Nak sahaja aku tanya ibu aku waktu itu, kenapa leher ibu lain sikit malam tu. Tersalah pakai produk ke, ke itu cara untuk orang lepas habis pantang ? Lagi kuat pula adik aku menangis waktu tu, tibatiba pintu laluan dari pintu masuk sebelum nak ke surau OT dikuak dan ibu aku berjalan pantas ke arah aku. Aku terkejut melihat ibu aku masuk, habis siapa pula yang menyerupai ibu aku tadi?


139 WAD TINGKAT 2 (NurSyuhada Anisya Azlan) Malam tu aku teman arwah mak dekat hospital. Jam pukul 12 lebih tengah malam, perut aku lapar. Walaupun dah makan biskut pun, perut masih berkeroncong. Kebetulan dekat kawasan wad kecemasan, ada lagi orang jual makanan. Aku beranikan diri turun seorang diri. Nak turun tu kebetulan ada pula jururawat sedang tolak pengusung mayat dari Wad A tingkat 2. Aku dari tingkat 4. Aku pun cuba positif, layan telefon tanpa fikir sebelah aku ni pengusung yang ada orang mati di atasnya. Bila lIf sampai bawah, aku pun cepat-cepat keluar. Aku cepat-cepat beli makanan dan naik semula ke wad. Esok pagi-pagi, ketika turun beli sarapan, sempat bersembang dengan pengawal keselamatan. . "Wad A tingkat 2 ada orang meninggal ke semalam?" tanya aku.


140 Pengawal keselamatan tu cakap, " Eh tak lah. Kan semua wad tingkat 2 tutup untuk renovate." “Hah? Ya ke?”


141 KLINIK KESIHATAN (Shazree Atan) Kes baru berlaku 2 minggu lepas. Aku MA(Medical Assistant / Penolong Pegawai Perubatan) dekat sebuah klinik di utara Perak. Pada kebiasaan, lepas waktu pejabat kena oncall. Jadi malam tu aku kena oncall. Memang setiap malam aku tidur lewat kot-kot ada orang panggil, atau MECC(Medical Emergency Coordinating Centre) panggil, tak ada lah tercengang sangat, kan? Jadi dalam pukul 2.00 pagi masih tenang dan mata mula mengantuk. Perlahan-perlahan aku pejamkan mata. Dalam pukul 3.45 pagi, PPK (Pembantu Perawatan Kesihatan) aku panggil di rumah, katanya ada kes SOB(shortness of breath / sesak nafas). Jadi aku hanya basuh muka, terus lari ke klinik sebab dengar macam teruk. Sebelum sampai ke klinik dari kuarters tempat aku tinggal, aku kena lalu garaj ambulans, dan di situ ada tandas untuk pasukan BAKAS(Unit Bekalan Air Dan Kebersihan Alam Sekeliling). Aku dengar ada orang pam tandas tu. Aku tengok seseorang keluar dari tandas tu. Aku pun amati, nampak macam pemandu aku, En Rizal nama


142 dia. Dia memang selalu pergi tandas dekat situ sebab dekat dengan ambulans. Aku pun terus menyapa, tapi aku tak nampak sangat muka sebab lampu di garaj malam tu tak buka seperti hari biasa. "En Rizal, ada kes dalam klinik, macam nak kena refer hospital". Aku nampak dia mcm memahami apa aku cakap. Aku pun terus pergi ke klinik dan bagi rawatan dekat seorang pakcik yang sedang penat. Nak dijadikan cerita, kes tersebut memang perlu dihantar ke hospital berdekatan. Aku pun menyuruh PPK aku panggil En Rizal yang berada di garaj. Tapi muka PPK tu berubah jadi pelik. Dia cakap En Rizal balik rumah isteri dia di kawasan yang tak berapa jauh dari klinik. Aku mula pelik, baru sahaja jumpa dan dah pesan pun. Jadi bagi kepastian, PPK tu terus telefon En Rizal. Aku pun dengar, dengan suara yang mengantuk En Rizal cakap lagi 10 minit dia sampai di klinik. Terus meremang bulu roma aku. Sekian


143 WAD KANAK-KANAK (Fatin Rose) Oleh kerana aku muntah dan cirit-birit teruk pada hari itu, aku dikejarkan ke hospital dan dimasukkan ke wad selama 5 hari. Boleh dikatakan selama 5 hari di wad itu, tidur aku tidak nyenyak dan sering diganggu. Pada malam pertama aku di wad, aku terbaring lemah dek tiada selera makan. Selepas solat isyak, jururawat bertugas telah memberikan aku ubat dan memeriksa keadaan aku seperti biasa, selepas itu aku tertidur. Boleh dikatakan setiap 2 jam ada jururawat yang datang untuk memeriksa. Dalam keadaan mamai, aku cuba membuka mata untuk melihat bila aku merasa tangan aku disentuh. Tapi kali ini, tangan yang menyentuh itu aku itu kaku. Dalam lemah itu aku cuba membuka kelopak mata untuk melihat. Terkejut aku bila melihat hanya tangan sahaja yang kelihatan. Seolah-olah tangan manusia dari bawah katil aku. Kalau difikirkan sekarang, mahu saja aku menjenguk ke bawah katil untuk melihat, tapi aku fikir


144 balik, waktu itu aku budak lagi, takut tercirit sebab terperanjat. Kursemangat...


145 WAD MEDIKAL PEREMPUAN (Umikhaziah Khalid) Nak kongsi cerita aku terkena badi mayat orang India. Seram sangat-sangat. Waktu tu aku baru sebulan kerja dekat Hospital Selayang setelah aku habis kolej. Aku bertugas dekat wad medikal perempuan. Aku kena buat L.O(last office / pengurusan mayat) mayat perempuan India yang sebatang kara. Aku dah lupa dengan siapa aku uruskan L.O ni, tapi terdetik dalam hati, simpati kat mendiang sebab tak ada saudara mara pun. Balik kerja, sementara tunggu budak CSSD(unit bekalan steril) mandi, aku baring sekejap untuk tunggu giliran. Maklumlah, duduk hostel ni kena berkongsi tandas. Baring punya baring, sekali terlelap. Sedar-sedar ada orang ketuk pintu bilik. Tengok jam dah pukul 3.pp pagi. Aku pun buka pintu. Mak aiiiiii, sekali tengok rupanya roh pesakit India tu ikut aku sampai hostel.


Click to View FlipBook Version