BERMAIN MERIAM BULUH NAMA : KELAS : SEKOLAH : Pembelajaran Interaktif Melalui Internet www.zoom-a.com
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet www.zoom-a.com 1 Bulan puasa tinggal beberapa hari sahaja lagi. Hari Raya Aidilfitri sudah hampir menjelang.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet www.zoom-a.com 2 Aiman dan kawan-kawannya bercadang hendak membuat meriam buluh. Mereka hendak bermain meriam buluh pada malam hari raya.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet www.zoom-a.com 3 “Tentulah sangat seronok, jika kita dapat bermain meriam buluh,” kata Aiman.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet www.zoom-a.com 4 “Ya, memang sangat seronok! Bunyi meriam buluh sangat kuat,” kata salah seorang kawannya. Keesokan harinya, Aiman dan kawan-kawannyapergimenebangbuluh.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet www.zoom-a.com 5 Pada sebelah malamnya, ayah Aiman berpesan, “Aiman, jangan bermain meriam buluh! Jika ada orang bermain meriam buluh, jangan pergi ke tempat itu.”
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet www.zoom-a.com 6 “Meriam buluh sangat berbahaya. Meriam buluh mudah pecah. Jika pecah, kita akan tercedera. Ada orang putus tangan kerana bermain meriam buluh, ” pesan ayah lagi.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet www.zoom-a.com 7 Aiman tidak mempedulikan nasihat ayahnya. Pada malam hari, Aiman dan kawan-kawannya bermain meriam buluh.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet www.zoom-a.com 8 Malang memang tidak berbau! Meriam buluh itu pecah. Aiman tercedera. Dia meraung-raung kesakitan. Beberapa batang jarinya sudah terputus.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet www.zoom-a.com 9 Aiman dibawa ke hospital. Dia tidak dapat berhari raya bersama-sama dengan kawan-kawannya. Dia terlantar di hospital.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet www.zoom-a.com “Inilah akibatnya jika tidak mahu mendengar nasihat ibu bapa,” kata ayah Aiman. 10
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet www.zoom-a.com Aiman berasa sangat menyesal. Namun, sesal kemudian sudah tidak berguna lagi. Beberapa batang jarinya sudah kudung. 11
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet www.zoom-a.com Aiman menangis teresak-esak. Itulah akibatnya kerana tidak mempedulikan nasihat ibu bapa. 12