The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by DIGITAL LIBRARY, 2023-07-26 22:52:47

15 Kelebihan Memelihara Solat

15 Kelebihan Memelihara Solat

15 Kelebihan Mendirikan Solat 1


15 Kelebihan Mendirikan Solat 2 ISI KANDUNGAN Bahagian A : Dalil Al-Quran dan Assunnah M/S 1. Solat Adalah Tanda Mengingati Allah 5 2. Solat Tanda Pengabdian Dan Syukur 6 3. Solat Menghapus Dosa Dan Meninggikan Darjat 8 4. Solat Mencegah Perbuatan Keji Dan Mungkar 9 5. Terlepas Daripada Api Neraka Dan Dari Menjadi Orang Munafik 10 6. Mendapat Kelebihan Yang Besar 11 7. Dapat Bertemu Allah Dalam Keadaan Muslim & Mukmin 12 8. Menghilangkan Kegelisahan Di Dalam Hati Manusia 13 9. Mendekatkan Diri Kepada Allah 14 10. Perkara Pertama Disoal Dan Dihisab Di Hari Pengadilan 15 11. Mengampunkan Dosa Dan Sifat Mazmumah Dalam Diri Seseorang 16 12. Dijanjikan Allah Untuk Masuk Ke Dalam Syurga 18 13. Solat Adalah Warisan Para Nabi 19 14. Ibadah Yang Diterima Secara Langsung Nabi Saw Daripada Allah 21 15. Orang Yang Meninggalkan Solat Sama Hina Dengan Syaitan Dan Iblis 22 Bahagian B : Sudut Kesihatan 16. Menguatkan Otot Manusia 23 17. Mengaktifkan Isyarat Otak 24 18. Menstabilkan Komposisi Tubuh 26 Bahagian C : Hikmah Di Sebalik Pergerakan 19. Kedudukan Tangan Semasa Membaca Al-Fatihah 29 20. Ketika Rukuk 29 21. Semasa Sujud 30 22. Ketika Duduk Di Antara Dua Sujud 31


15 Kelebihan Mendirikan Solat 3 Pendahuluan Oleh Che Mat Bismillahirahmanirahim. Terima kasih dan tahniah pada semua ibu bapa yang telah mendapatkan E-book 15 Kelebihan Mendirikan Solat ini kemudian menghadiahkannya buat anak-anak. Buku ini saya tulis untuk bacaan anak-anak. Tujuannya supaya anakanak boleh meningkatkan motivasinya untuk terus istiqamah mendirikan solat. Selain itu, ia juga boleh dijadikan bahan usrah keluarga. Selepas solat, ayah atau ibu boleh bacakan satu topik dari bab ini, kemudian bincangkan bersama anak-anak. Anak-anak juga boleh menyampaikan tazkirah dalam keluarga menggunakan e-book ini. Insyallah boleh melatih sifat keyakinan diri. Oleh sebab itu, siapa yang mendapatkan ebook ni, saya harap anda boleh print sendiri. Pegang dan baca. Saya yakin ia lebih puas dan lebih bermanfaat. Gunakan pen atau highlighter untuk menggariskan isi penting. Jangan biarkan buku ini kosong. Gunakan sebaiknya e-book ini sebagai panduan motivasi solat kita bersama insyallah. Semoga ada keberkatan dalam ebook ini. Amin Ya rabbal Alamin. Yang Benar Che Mat


15 Kelebihan Mendirikan Solat 4 Ebook 15 Kelebihan Mendirikan Solat ini saya hadiahkan kepada :


15 Kelebihan Mendirikan Solat 5 1) Solat Adalah Tanda Ingat Pada Allah S.W.T. Ya adik-adik, inilah sebab pertama mengapa kita harus memelihara solat kerana solat adalah tanda kita ingat pada Allah. Tiada cara lain yang lebih hebat untuk mengingati Allah melainkan dengan mendirikan solat. Benar kalua kita kata dengan ibadah lain pun ingat Allah juga, namun dalam banyak-banyak ibadah, solatlah ibadah yang paling Allah suka. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: “Sungguh Aku ini adalah Allah, tidak ada tuhan selain Aku dan dirikanlah solat itu semata-mata untuk mengingati Daku” (Surah Thaha: 14). Imam Ahmad pernah meriwayatkan hadis bagi menguatkan tafsirannya tentang ayat ini iaitu hadis dari Rasulullah Shalallahu alaihi wasallam bersabda : “Apabila seseorang antara kalian tertidur sehingga meninggalkan solat atau lupa kepada solatnya, hendaklah dia mengerjakannya di saat dia mengingatinya” Tapi Che Mat, ada kelebihan ke jika kita mengingati Allah? Ya pasti ada adik-adik. Siapa ingat pada Allah, hatinya akan menjadi tenang. Sebab dia tahu Allah itu Tuhan yang Maha Adil. Allah itu Tuhan pemberi rezeki. Allah boleh izinkan apa sahaja berlaku. Allah juga boleh halang sesuatu daripada berlaku. Jika kita percaya akan ini, pasti jiwa tenang. Anda ambil Al-Quran sekarang, cuba semak surah Ar-Ra’du ayat 28. Firman Allah S.W.T : “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” Apa kelebihan lagi jika mengingati Allah? Jawapannya, Allah pasti akan inat kepada kita. Lagi banyak kita ingat Allah, lagi banyak Allah ingat kita. Firman Allah Taala yang bermaksud: "Maka ingatlah kepadaKu, Aku pun akan ingat kepadamu."(Ayat 152 : Surah al-Baqarah).


15 Kelebihan Mendirikan Solat 6 2) Solat Itu Tanda Pengabdian Dan Syukur Adik-adik, sebenarnya Allah telah bagi pada kita terlalu banyak nikmat. Setuju? Kalau setuju angguk kepala. Ya, terima kasih. Oleh sebab banyak sangat nikmat itu, maka kita mesti membalasnya kerana orang cemerlang adalah orang yang suka berterima kasih. Orang cemerlang bukan suka menerima, tapi suka memberi. Jika sesama manusia, apabila berterima kasih kita akan balas kebaikan seseorang tersebut. Kita akan ucapkan terima kasih dalam bahasa yang baik, kemudian kita hadiahkan semula pada pemberi. Namun dalam konteks hubungan dengan Allah bagaimana? Jawapannya kena jaga solat adik-adik. Sebab solat merupakan tanda pengabdian dan syukur seorang hamba kepada Allah S.W.T. Firman Allah yang bermaksud : “Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberimu (Muhammad) nikmat yang banyak. Maka laksanakan solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah (sebagai ibadah untuk mendekatkan diri kepada Allah)”. (Surah Al-Kautsar: 1-2). Nampak? Apa Allah sebut dalam surah di atas? Allah kata Nabi Muhammad adalah manusia paling banyak dapat nikmat dari Allah. Oleh sebab dah terima banyak nikmat, Nabi Muhammad kena buat apa? Jawapannya, Allah perintahkan Nabi Muhammad mendirikan solat dan melakukan ibadah korban. Begitu juga kita. Kita dah terima banyak sangat nikmat dari Allah. Darah, udara, badan yang sihat, tulang belulang yang ada dalam badan, mata, telinga, lidah, tangan, kaki, muka yang baik, rambut.. ehhh banyaklah. Tak tersenarai kan? Semua nikmat tu Allah bukan sahaja bagi, bahkan tolong jaga sekali. Contohnya udara yang masuk dalam badan kita, siapa yang jaga dan arahkan oksigen mengalir ke seluruh anggota badan? Kita tak arahkan sendiri bukan? Alah yang tolong aturkan. Adik-adik, sekiranya seorang muslim tidak melaksanakan solat, bagaimana cara dia nak mengucapkan syukur kepada Allah Taala? Adakah cukup sekadar mengungkap ucapan Alhamdulillah atau terima kasih Allah tanpa solat. Tak cukup adik-adik.


15 Kelebihan Mendirikan Solat 7 Sebelum saya tamatkan bab ini, saya nak sebut satu perkara lagi. Ini amaran dari Allah dan RasulNya. Sesungguhnya orang yang melalaikan solat akan dihumban masuk ke dalam api neraka. "Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar? Orang-orang yang bersalah itu menjawab: "Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan sembahyang; Surah Al-Muddassir Ayat 42-43 Ingat, kalau kita solat bermakna kita mengingati Allah. Maka ada peluang untuk masuk syurga. Namun, kalau kita tinggalkan solat, bermakna kita telah menutup peluang masuk syurga, bahkan kita sendiri memasukkan diri ke dalam neraka Allah.


15 Kelebihan Mendirikan Solat 8 3) Menghapuskan Dosa Dan Ditinggikan Darjat Adik-adik, hidup kita setiap hari pasti berbuat dosa. Tiada siapa boleh lari dari dosa. Kita ni manusia biasa. Bukannya Nabi yang maksum. Bahkan Nabi yang maksum pun setiap hari minta ampun dan solat, maka apatah lagi kita. Walaupun setiap hari buat dosa, Allah itu Maha Penyayang dan Pengampun. Dia tak biarkan kita terkapai-kapai. Dia masih bagi peluang pada kita. Maka Dia suruh kita solat, maka dosa-dosa kita akan diampnkan. Sabda Nabi S.A.W. yang bermaksud : “Solat lima waktu dan solat Jumaat hingga Jumaat berikutnya adalah penebus dosa antara jarak waktu solat-solat itu, selama dijauhinya dosadosa besar”. (HR Muslim). Dosa yang dimaksudkan di sini adalah dosa-dosa kecil. Sebagai manusia biasa kita tidak akan terlepas dan bebas dari melakukan dosa. Mata kita mungkin telah terlihat perkara mungkar, lidah kita mungkin pernah berkata sesuatu yang tidak baik, begitu juga anggota-anggota yang lain. Pasti pernah melakukan kemungkaran. Tapi adik-adik, jangan sedih, kerana sentiasa ada berita gembira buat kita. Jagalah solat. Bergembiralah dan seronoklah adik-adik bila nak mendirikan solat sebab sabda Nabi Muhammad S.A.W lagi : "Tidakkah aku tunjukkan kamu sesuatu yang Allah menghapuskan dosa dan mengangkat darjat? Para sahabat menjawab, “Ya, wahai Rasulullah”, sabda Baginda: “Banyak langkah ke masjid dan menunggu satu sembahyang selepas satu sembahyang. Itu adalah ikatan”. Maka melalui solat ini tadi dengan izin dan rahmat Allah, kita dapat meminta keampunan dan memadamkan dosa-dosa lalu. Sesungguhnya orang yang tidak mengerjakan solat adalah golongan yang tidak bimbang dan takut dengan azab dan api neraka Allah. Siapa yang tinggalkan solat darjat hidupnya takkan berubah. Masa depannya tak kan berubah. Markah peperiksaannya juga takkan berubah.


15 Kelebihan Mendirikan Solat 9 4) Mencegah Perbuatan Keji dan Mungkar Allahuakbar. Adik-adik, inilah pelindung ummat akhir zaman iaitu jaga solat. Solat boleh mencegah kita daripada melakukan benda keji dan mungkar. Solat itu ibarat perisai, tetapi tak kelihatan. Walaupun tak nampak, tapi ia perisai yang ampuh, tanpa kita sedari rupa-rupanya hidup kita akan sentiasa dalam peliharaan Allah S.W.T. Inilah janji Allah di dalam Al-Quran. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud : “Dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan kemungkaran”. (Surah Al-Ankabuut: 45). Inilah kesan kebaikan kepada orang yang benar-benar taat mendirikan solat yang ikhlas semata-mata kerana Allah Ta’ala. Kita mesti yakin bahawa solat yang ikhlas dan diterima Allah Taala itu mampu menjadi benteng diri dari perbuatan keji, jahat, maksiat dan kemungkaran. Adik-adik, pakar dan doktor di UKM ada membuat kajian berkaitan Sains Solat, mereka mendapati manusia akan menjadi sangat tenang selepas mendirikan solat. Apa kesannya bila manusia tenang? Kesannya manusia akan membuat keputusan yang waras dalam hidup. Keputusankeputusan yang waras inilah yang mncegah dari melakukan perbuatan keji dan mungkar. Orang Islam yang tidak menunaikan solat amat mudah diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsu untuk melakukan perkara keji dan mungkar. Sepatutnya, jika kita mengamati waktu-waktu solat yang telah diwajibkan kepada kita iaitu Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak, pasti akan menyebabkan kita merasakan tidak ada ruang untuk membuat kemungkaran kerana hampir setiap masa dan ketika kita mendekati Allah. Wallahuaklam.


15 Kelebihan Mendirikan Solat 10 5) Terlepas Daripada Api Neraka Dan Menjadi Orang Munafik Selepas mati, manusia semua akan dimasukkan ke alam barzakh. Seterusnya kita akan masuk ke alam mahsyar. Selepas ditimbangtimbang amalam kita, akhirnya manusia hanya ada dua destinasi. Pertama syurga. Kedua neraka. Kalau banyak amal soleh kita lakukan, insyallah kita bakal masuk ke dalam syurga. Namun jika timbangan dosa itu lebih berat, maka destinasi akhir manusia adalah api neraka. Api neraka itu dahsyat seksaannya. Manusia dipanggang hidup-hidup. Kulit kita dibakar. Belakang badan kita dipukul tanpa belas kasihan. Subhanallah. Baik sekarang, Che Mat nak tanya, siapa mahu selamatkan dirinya dari azab api neraka? Kalau nak angkat tangan sekarang, dan jawab saya! Bagus, kalau nak, jom dengar apa kata Nabi kita. Sabda Nabi Muhammad S.A.W. yang bermaksud: "Sesiapa yang sembahyang kerana Allah selama 40 hari dengan berjemaah dan mendapat takbir yang pertama. Ditulis bagi orang itu dua pelepasan, pelepasan daripada neraka, dan pelepasan daripada menjadi orang munafik". Nampak? Subhanallah. Baik sangat Allah. Dalam hadis ini, Rasulullah S.A.W menjelaskan bahawa orang yang dapat berjemaah bersama-sama imam dari takbir pertama hingga akhir sembahyang selama 40 hari dilakukan semata-mata kerana Allah dia terselamat daripada dua perkara iaitu terselamat daripada neraka dan terselamat daripada menjadi munafik. Allahuakbar. Jom kita berjanji. Mulai hari ini kita berazam nak jaga solat dan amalkan solat berjemaah. Insyallah. Marilah kita berusaha untuk mendapatkan kelebihan ini.


15 Kelebihan Mendirikan Solat 11 6) Mendapat Kelebihan Yang Amat Besar Adik-adik, solat adalah salah satu dari rahsia Allah. Kadang-kadang kalau kita fikir dengan logik, untuk apa kita bangun, rukuk, sujud, tunggang tonggek kan? Apalah kebaikan semua ini? Adik-adik, Che Mat nak pesan satu benda, tetapkanlah iman dalam hati. Percaya pada Allah. Percayalah pada perintah Nabi. Teruskan buat perintah Tuhan walaupun kita tak tahu apa hikmahnya dalam hidup kita. Nabi Muhammad sendiri sebut, kalau kita tahu kelebihan solat, azan, saf pertama pasti kita berebut sehingga sanggup ambil undi. Allahuakbar. Tapi tulah, kita tak tahu apa kelebihannya. Jadi, jangan fikir banyak, fokus sahaja jaga solat. Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud: "Kalaulah manusia mengetahui apa yang terdapat dalam seruan azan dan saf yang pertama, kemudian mereka tidak mendapatinya kecuali dengan cara undian nescaya mereka akan melakukannya. Kalau manusia mengetahui kelebihan pergi awal untuk menunaikan sembahyang nescaya mereka akan bersegera, dan sekiranya manusia mengetahui apa yang ada pada sembahyang isyak dan subuh berjemaah nescaya mereka akan menghadirinya walau dengan mengengsot." Nabi Muhammad S.A.W sendiri seperti menggambarkan kepada kita bahawa kebaikan solat itu besar. Sebesar apa? Sebanyak mana? Wallahuaklam. Maka, jom jaga solat ya.


15 Kelebihan Mendirikan Solat 12 7) Dapat Bertemu Allah Dalam Keadaan Muslim & Mukmin Adik-adik, tahukah anda ada satu nikmat super besar yang disediakan oleh Allah untuk manusia yang beriman dan bertaqwa. Nikmat itu lebih besar dari nikmat syurga. Bahkan penghuni syurga pun merasa kehairanan, apakah ada nikmat yang lebih besar berbanding syurga? Siapa nak tahu? Angkat tangan dan jawab saya! Ya, bagus sebab anda angkat tangan dan nak tahu. Jawapannya adalah kita dibukakan hijab untuk menyaksikan Allah S.W.T secara lansung. Tuhan yang kita sembah setiap hari, yang kita mohon doa waktu susah, akhirnya dapat kita lihat. Dialah yang menciptakan dunia, Dia jugalah yang menciptakan syurga. Maka kita bakal menyaksikan Tuhan yang mencipta segala nikmat syurga. Sudah pasti itulah nikmat yang maha teragung. Nikmat yang paling besar yang diimpikan semua orang beriman iaitu apa dia? Dapat bertemu dan melihat Allah di akhirat nanti. Sabda Nabi Shalallahu 'alaihi wasallam : "Barangsiapa suka bertemu Allah SWT dalam keadaan Muslim, hendaklah ia menjaga shalat lima waktu." (HR.Ibnu Majah)


15 Kelebihan Mendirikan Solat 13 8) Menghilangkan Segala Masalah Dan Kegelisahan Di Dalam Hati Manusia Adik-adik, manusia itu sememangnya diciptakan dengn perasaan gelisah. Sewaktu kita dilahirkan lagi, ia memang mendebarkan perasaan. Ibu ayah gelisah, datuk dan nenek pun gelisah. Manusia sentiasa ada masalah. Selepas selesai satu masalah, datang satu lagi masalah. Sebagai remaja apa masalah yang selalu anda hadapi? Susah nak belajar? Kerja rumah tak siap? Nak pilih jurusan apa? Nak jadi pengawas ke tak nak? Kena marah dengan cikgu? Kena marah dengan mak ayah? Kena pulau dengan kawan? Duit belanja hilang? Exam dah dekat tapi study tak habis lagi? Ada lelaki mengorat bagaimana nak kata tak sudi? ehhh banyak sangatlah masalah. Ingat, yang mendatangkan masalah adalah Allah. Dan yang ada jalan penyelesaian juga adalah Allah. Maka kembalilah pada Allah. Ambil wudhuk dengan tenang, bentangkan sejadah, kemudian dirikanlah solat kerana Allah S.W.T Liha satu hadis Nabi Muhammad S.A.W ini : "Rasulullah S.A.W. bila menghadapi suatu dilema (situasi yang sukar dan membingungkan) baginda shalat (Sunnah)." (HR Ahmad) Adik-adik, solat adalah satu rahmat besar anugerah dari ALLAH S.W.T. Maka bersolatlah, pada ketika menghadapi sesuatu kesusahan dan kesukaran. Dengan solat, kita seumpama sedang bersegera mencari rahmat ALLAH s.w.t dan apabila rahmat ALLAH itu tiba, pasti akan membuka kesulitan-kesulitan sehingga kita rasa hidup ini benar-benar mudah seperti tiada masalah, Amin. Huzaifah r.a berkata apabila Rasulullah tersua dengan sesuatu kesulitan, lantas Baginda bersolat. Allahuakbar. Jom, kita jaga solat kita, kita perbanyakkan solat sunat ya!


15 Kelebihan Mendirikan Solat 14 9) Mendekatkan Diri Kepada Allah Adik-adik, hidup kita sehari ada berapa jam? Ya benar kita ada 24 jam. Ok, soalan seterusnya, dalam masa 24 jam tersebut, waktu bilakah kita paling dekat dengan Allah? Ya, jawapannya adalah solat. Tepat sekali. Sekarang jawab lagi, dalam kita sedang mendirikan solat tersebut, bilakah waktunya kita paling hampir pada Allah? Ya, jawapannya adalah sujud. Tepat sekali. Bagus! Sebab itu kita kena pelihara solat, supaya kita sentiasa dekat dengan Allah. Ehhhh kenapa nak kena dekat dengan Allah? Siapa dekat dengan Allah, maka dia dekat dengan kebaikan. Siapa dekat dengan Allah, maka dia jauh dari syaitan. Haaaa begitu. Ini Che Mat kongsikan satu hadi Nabi Muhammad S.A.W : "Sesungguhnya saat yang paling dekat antara seorang hamba dengan Tuhannya adalah ketika ia sedang bersujud." (HR Muslim) Ketahuilah adik-adik yang dikasihi sekalian, ketika mana kita bersujud kepada Allah, di saat itu juga kita sedang memperakui bahawa kita adalah seorang hamba hina yang serba kekurangan. Yang memerlukan pertolongan semata daripada Allah. Menjadikan kita sentiasa merendah diri dalam segala tindakan. Bila kita banyak merendah diri pada Allah, di saat itulah Allah akan kirimkan bantuan. Sebab itu dengan Allah jangan sombong, jangan berlagak. Dengar sahaja seruan azan, bersiap terus, kita bersedia untuk solat!


15 Kelebihan Mendirikan Solat 15 10) Perkara Pertama Disoal Dan Dihisab Di Hari Pengadilan Tahniah kerana anda telah sampai ke sini. Semoga e-book ini membantu anda memelihara solat lima waktu. Ayuh, kita teruskan bacaan kita. Adik-adik, pada hari kiamat nanti, kita semua akan dihitung amalan. Che Mat, anda, ibu bapa, guru-guru, kawan-kawan, jiran tetangga, semua akan dihitung amalan masing-masing. Tiada siapa pun terlepas. Subhanallah. Sebab itu dari sekarang kita mesti meningkatkan amal ibadah, supaya kita melepasi ujian ketika timbangan mizan. Ketika ditimbang amalan kita, pada fikiran anda apakah amalan yang mula-mula akan dihitung? Ya, benar. Kamu semua tahu. Perkara pertama yang akan dihitung oleh Allah adalah solat. Ini menunjukkan apa? Ini menunjukkan betapa besarnya kedudukan ibadah solat di sisi Allah S.W.T. Siapa yang memelihara solatnya dengan betul dan ikhlas, maka Allah akan menerimanya. Amal solehnya yang lain-lain pun akan di terima oleh Allah. Namun, jika amalan solatnya cacat tak sempurna, dibimbangi amalan kita yang lain akan turut ditolak oleh Allah. Sabda Nabi Shalallahu 'alaihi wasallam yang bermaksud : "Sesungguhnya yang pertama kali akan dihisab atas seorang hamba pada hari kiamat adalah perkara solat. Jika solatnya baik, maka baik pula seluruh amalan ibadah lainnya, kemudian semua amalannya akan dihitung atas hal itu." (HR. An Nasa'i) Adik-adik, dengar sini, Che Mat nak ulang, Che Mat selalu sebut, solat itu adalah tiang agama. Tiang mesti baik, barulah rumah terbina dengan baik. Bermula saat ini, jangan persiakan solat kita. Jangan runtuhkan tiang ini. Jika solat kita baik, insya Allah amalan yang lain akan baik juga. Semua amal soleh yang lain adalah cerminan daripada solat kita. Kalau bab solat kita bersungguh, insyallah, kerja lain pasti bersungguh.


15 Kelebihan Mendirikan Solat 16 11) Solat Boleh Menghapuskan Dosa Dan Sifat-Sifat Mazmumah Dalam Diri Allahuakbar. Saya selalu jumpa ramai pelajar mengaku mahu mengubah sikap dari negatif kepada positif. Subhanallah bagus sekali. Adik-adik sikap negatif itu apa? Sikap negatif juga disebut sebagai sifat mazmumah. Iaitu sifat-sifat tercela dan buruk. Contohnya malas, sambil lewa, suka tidur, banyak main, sombong, riyak, dengki dan banyak lagi. Kalau dapat buang kan bagus? Lagi cepat kita berjaya bukan? Tapi ramai tak tahu, solat merupakan formula terbaik untuk membuang sifat mazmumah. Tolong ya adik-adik, tiada siapa dapat bantu kita. Kita yang kena tolong diri sendiri. Kalau benar impikan kejayaan, jangan tinggalkan solat. Sebab solat menghapuskan dosa dan membuang sifat buruk. Firman Allah S.W.T dalam Surah Hud ayat 114 : "Dirikanlah solat pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam, sesungguhnya perbuatan yang baik itu menghapuskan perbuatan-perbuatan yang buruk (dosa); itulah peringatan bagi orang-orang yang mahu ingat" Nah, ambik. Jadi bagus ke tak bagus solat ni? Penting ke tidak? Abu Zar r.a meriwayatkan bahawa ada sekali Rasulullah Shalallahu 'alaihi wasallam keluar dari rumahnya. Pada masa itu ialah musim daundaun gugur. Baginda ambil ranting sebatang pohon yang daun-daunnya mulai gugur dengan lebatnya, seraya Baginda bersabda : "Ya Abu Zar! Apabila seorang Islam menunaikan solatnya kerana ALLAH, dosanya gugur seperti daun-daun ini gugur dari pohon ini". Bukan itu sahaja, diriwayatkan daripada Abu Hurairah ra katanya, “Saya telah mendengar Rasulullah saw bersabda : “Jika sebatang anak sungai mengalir di hadapan pintu rumah salah seorang daripada kamu dan dia mandi dalam sungai itu sebanyak 5 kali sehari.. Pada pendapat kamu, masih adakah lagi kekotoran (pada badannya)?” Para sahabat ra menjawab, “Tidak akan tertinggal sedikit pun kotoran.”


15 Kelebihan Mendirikan Solat 17 Rasulullah saw bersabda, “Maka demikianlah juga solat lima waktu, melalui solat Allah S.W.T akan mengampunkan dosa.” (Hadith Riwayat Imam Bukhari dan Muslim) Allahuakbar. Nampakkan, betapa besarnya rahmat Allah bagi pada mereka yang memelihara solat. Biasanya di musim daun-daun gugur, lebatlah daundaun gugur dari pohonnya sehingga pada setengah-setengah pohon tak ada sehelai daun pun yang tinggal. Begitulah juga kesannya solat yang dilaksanakan dengan penuh khusyuk dan tawaduk. Segala dosa akan dihapuskan. Tetapi, Che Mat nak sebut, semua dosa terampun. Kena ingat, menurut pandangan alim ulama, hanya dosadosa kecil saja yang terampun dengan solat. Manakala dosa-dosa besar bagaimana? Ia tidak akan terampun. Mesti melalui jalan taubat nasuha.


15 Kelebihan Mendirikan Solat 18 12) Dijanjikan Allah Untuk Masuk Ke Dalam Syurga Adik-adik, percayalah, solat itu memang berat. Melaksanakannya penuh dengan ujian. Penuh kepayahan. Kita akan dihalang oleh hawa nafsu dan godaan syaitan. Namun, ketahuilah, di sebalik kepayahan ini, Allah menjanjikan kita syurga. Ya, Allah janjikan syurga adik adik. Memang berbaloi melawan nafsu dan syaitan. Abu Qatasah r.a menceritakan bahawa Rasulullah Shalallahu 'alaihi wasallam bersabda : "Allah berfirman, "Hai Muhammad! Aku telah mewajibkan lima kali solat sehari semalam bagi ummatmu. Aku telah berjanji dengan diriKu barangsiapa mengerjakan solatnya pada ketika masuk waktunya, maka dia akan dimasukkan ke dalam syurga. Ummatmu yang tidak menjaga solatnya tidak termasuk dalam perjanjian ini." Tak cukup dengan itu, ada juga diriwayatkan di dalam sepotong hadis lagi bahawa Allah S.W.T telah mewajibkan solat lima waktu dan barang siapa menjaga solatnya dengan berwudhuk dengan sempurna dan solat pada ketika masuk waktunya dengan ikhlas dan khusyuk, Allah S.W.T menjamin iaitu dia akan memasuki syurga. Barang siapa tidak menjaga solatnya maka tidak ada jaminan ini baginya, dia mungkin diampun atau tidak. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Adik-adik, jangan sia-siakan perjanjian ini. Dia yang wajibkan kita solat. Pasti Dia takkan sia-siakan kita. Insyallah.


15 Kelebihan Mendirikan Solat 19 13) Solat Adalah Warisan Para Nabi Solat bukan satu ibadah yang baru adik-adik. Ia bukan dibuat-buat. Ia telah ada sejak zaman Nabi-nabi yang terdahulu. Pada zaman dahulu, ummat sebelum kita, mereka diperintahkan mendirikan solat sebanyak 50 waktu, namun hari ini kita telah dimuliakan Allah, hanya perlu buat 5 waktu sahaja. Namun Allah maha baik, siapa mendirikan solat lima waktu bersamaan telah mendirikan solat sebanyak 50 waktu. Jom kita lihat di bawah, solat telah dimulakan lama dahulu : 1. Zaman Nabi Ibrahim A.S. Buktinya pada Firman Allah : (Ibrahim berdoa) "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian dari zuriat keturunanku di sebuah lembah (Tanah Suci Makkah) yang tiada tanaman padanya, di sisi rumahMu yang diharamkan mencerobohinya. Wahai Tuhan kami, (mereka ditempatkan di situ) supaya mereka mendirikan sembahyang (dan memakmurkannya dengan ibadat). Oleh itu, jadikanlah hati sebahagian dari manusia tertarik gemar kepada mereka, (supaya datang beramai-ramai ke situ), dan kurniakanlah rezeki kepada mereka dari berbagai jenis buah-buahan dan hasil tanaman, semoga mereka bersyukur". (Surah Ibrahim : 37) Ulasan : Ibn 'Abbas berkata, sekiranya Nabi Ibrahim berkata, jadikanlah hati manusia tertarik padanya (Mekah), sudah pasti Mekah akan menjadi rebutan dan rinduan semua bangsa di dunia (Rom, Parsi dan sebagainya) tanpa mengira agama (Tafsir Ibn Kathir). Firman Allah lagi : (Ibrahim berdoa) "Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku". ( Surah Ibrahim : 40) 2. Zaman Nabi Isa A.S. Firman Allah : Dia (Nabi Isa yang masih bayi) menjawab : "Sesungguhnya aku ini hamba Allah; Dia(Allah) telah memberikan kepadaku Kitab (Injil), dan Ia telah menjadikan daku seorang Nabi. Dan Dia (Allah) menjadikan daku


15 Kelebihan Mendirikan Solat 20 seorang yang berkat di mana sahaja aku berada, dan diperintahkan daku mengerjakan solat dan memberi zakat selagi aku hidup". (Surah Maryam : 30-31) 3. Dan sudah pastinya pada zaman Nabi Muhammad S.A.W. Firman Allah : Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam Kitab (Al-Quran) ini perihal Nabi Ismail; Sesungguhnya ia adalah benar menepati janji dan adalah ia seorang Rasul, lagi berpangkat Nabi. Dan dia menyuruh keluarganya mengerjakan solat dan memberi zakat, dan ia pula adalah seorang yang diredhai di sisi Tuhannya!(Surah Maryam : 54-55)


15 Kelebihan Mendirikan Solat 21 14) Satu-Satunya Ibadah Yang Diterima Secara Langsung Dari Allah Allahuakbar. Ini satu lagi adik-adik keadaan yang menceritakan kelebihan solat. Solat adalah satu-satunya amalan yang diterima lansung dari Allah. Tiada perantaran wahyu. Bukan melalui Malaikat Jibril. Ia diterima terus oleh Nabi Muhammad. Keadaan ini sahaja sebenarnya sudah cukup membuktikan kepada kita solat adalah satu amalan paling utama dalam Islam. Sedangkan amalan lain diberitahu kepada Nabi Muhammad melalui Jibril. Kita semua tahu, dalam peristiwa Isra' Mi'raj Nabi SAW menerima kewajipan solat 50 waktu sehari semalam dan dikurangkan sehingga 5 waktu sehari semalam tanpa perantaraan malaikat. Oleh sebab itulah, solat dianggap ibadah paling utama dan pertama dihisab di hari kiamat nanti. Jangan sambal lewa lagi. Jangan malasmalas lagi. Bila dengar seruan azan, ayuh bangkit! Ia adalah amalan paling hebat dan paling mulia.


15 Kelebihan Mendirikan Solat 22 15) Orang Yang Tidak Menunaikan Solat Sama Hina Dengan Syaitan Dan Iblis Subhanallah. Inilah yang kita nak jauhkan ya adik-adik. Orang yang mendirikan adalah orang yang tunduk patuh pada Allah. Mereka mencontohi peribadi Malaikat. Namun, jika kita enggan solat bagaimana pula? Sudah pasti kita sedang mencontohi sikap syaitan dan iblis. Merekalah yang sombong pada perintah Allah. Sombong angkuh. Merasa diri besar. Tidak boleh tunduk pada Adam A.S Firman Allah : "Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat : "Sujudlah kamu kepada Adam" lalu mereka sujud melainkan iblis, ia adalah berasal dari golongan jin, lalu ia menderhaka terhadap perintah TuhanNya. Oleh itu, patutkah kamu hendak menjadikan iblis dan keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib yang menjadi pemimpin selain daripadaku? Sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu. Amatlah buruknya bagi orang-orang yang zalim : pengganti yang mereka pilih itu (Al-Kahfi : 50)". Kata ulama’ : Iblis hanya enggan bersujud (hormat) kepada Adam, tetapi tidak pernah engkar tentang ketuhanan Allah. Mereka tetap percaya pada Allah. Oleh itu, orang yang tidak bersolat sebenarnya enggan tunduk kepada ketuhanan Allah dan jauh lebih teruk dan hina daripada Iblis. Allahuakbar. Ya Allah jauhkan kami dari sikap buruk ini.


15 Kelebihan Mendirikan Solat 23 BAHAGIAN B : Kelebihan Solat Sudut Kesihatan 1) Menguatkan Otot Manusia Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas, pakar yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan. Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan. “Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh,” katanya. Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh. Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenal pasti otot yang aktif ketika solat.


15 Kelebihan Mendirikan Solat 24 2) Mengaktifkan Isyarat Otak Ng Siew Chok berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik. “Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang,” katanya walaupun bukan beragama Islam. Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur. “Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah thoma'ninah,” katanya. Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang.


15 Kelebihan Mendirikan Solat 25 Siew Chok juga berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak. Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.


15 Kelebihan Mendirikan Solat 26 3) Menstabilkan Komposisi Tubuh Dr Fatimah Ibrahim berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak. Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah. “Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain,” katanya. Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahiyat akhir. Dr. Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik. Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.


15 Kelebihan Mendirikan Solat 27 “Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh. “Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif,” katanya. Katanya lagi, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang. Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan. Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah. Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat. Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot. Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 91 darjah, sakit pinggangnya berkurangan. “Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang” Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring. “Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus,” katanya. Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat


15 Kelebihan Mendirikan Solat 28 sakit jantung. Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.


15 Kelebihan Mendirikan Solat 29 BAHAGIAN C : Hikmah Solat Di Sebalik Pergerakan 1) Kedudukan Tangan Semasa Membaca Fatihah Apabila membaca al-Fatihah , maka telapak tangan akan mengenggam pergelangan tangan kiri di pusat. Dari segi kesihatan, teknik ini merupakan salah satu cara istirehat yang paling sempurna kerana kedua-dua tangan mempunyai sendi pergelangan tangan , kedua-dua otot ini berada dalam keadaan yang paling rehat sekali di waktu ini. Perjalanan darah terutama yang mengalir kembali ke jantung menyebabkan sendi tersebut berjalan balik di mana ia akan melancarkan pergerakkan kedua-dua tangan . Kaedah ini boleh menghindarkan sakit sendi (rheumatik) . 2) Ketika Rukuk Ketika rukuk, kedua-dua tapak tangan diletakkan di atas kepala lutut di mana punggung dan kepala berada di dalam keadaan selari. Teknik rukuk ini dapat menghilangkan banyak penyakit terutamanya sakit tulang


15 Kelebihan Mendirikan Solat 30 belakang seperti sakit rusa tulang punggung, ruas tulang tengkuk dan kekejangan otot. 3) Semasa Sujud Semasa sujud, kepala dan jari tangan berada di dalam keadaan sama. Keadaan jari-jari tangan pada ketika itu boleh menyebabkan semua otot bergabung di antara satu sama lain lantas menjadi besar dan kuat. Disamping itu, urat-urat pembuluh darah serta limpa akan menjadi teratur menghasilkan kelancaran perjalanan darah ke seluruh anggota badan terutama pada bahagian jantung dan menghindarkan berlakunya pengecutan di pembuluh darah. Semasa sujud juga otot-otot akan menghasilkan tenaga haba yang sangat diperlukan di dalam proses zat-zat makanan seperti zat besi, kalsium, kapur dan banyak lagi. Ketegangan otot akan mempercepatkan aliran darah dimana ia seterusnya membuang sisa-sisa kotoran yang asalnya dari zat makanan. Sujud ini juga akan menghasilkan otot-otot yang besar dan kuat terutama otot dada. Bagi ibu-ibu yang menyusukan anak pada ketika ini kelenjar susu akan berkembang dan menghasilkan air susu yang banyak. Selain dari itu juga otot perut dapat berkembang dengan baik dimana ia akan menjadi lurus dan memanjang. Otot ini akan membentuk dinding-dinding perut dan bila ia berinteraksi, maka tekanan dalam rongga perut dapat dibesarkan. Kaedah ini sangat penting untuk melawaskan pembuangan najis. Bagi ibu-ibu yang hamil pula ia membantu memudahkan proses kelahiran bayi.


15 Kelebihan Mendirikan Solat 31 Sewaktu sujud ini juga kepala berada pada situasi yang paling rendah. Berlakulah pengaliran darah ke kepala, dalam situasi ini juga anggota kepala akan menerima zat-zat yang diperlukan berbanding dengan keadaan biasa. 4) Ketika Duduk Di Antara Dua Sujud Semasa duduk antara dua sujud otot pangkal paha yang mengandungi saraf yang besar terletak di atas kedua-dua tumit kaki. Tumit ini turut dilapisi otot yang berfungsi sebagai bantal. Semasa duduk tahiyat , tumit kita menekan pangkal paha . Kaedah simbolik ini menyebabkan secara automatik saraf pangkal paha terurut atau terpicit dengan sendirinya. Oleh itu, ia boleh menghindarkan dan menyembuhkan penyakit ischias (tidak dapat berjalan). Begitu besarnya keagungan Allah kerana setiap apa yang diperintahkan ke atas kita terkandung hikmah yang cukup tinggi. Dengan bersolat sahaja pelbagai penyakit dapat dihindarkan. Sebab itulah para sahabat dan orang soleh jarang sekali terkena penyakit yang pelik-pelik sepertimana di zaman moden ini. Mereka mengisi masa yang terluang dengan memperbanyakkan ibadah sunat kepada Allah. Hasilnya mereka berjaya memperolehi kekuatan zahir dan batin berkat selalu bertaqarub kepada Allah S.W.T Sekian.


Click to View FlipBook Version