NAMA : KELAS : SEKOLAH : Pembelajaran Interaktif Melalui Internet www.zoom-a.com LEMBU KURUS DAN LEMBU GEMUK
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet www.zoom-a.com 1 Seorang petani ada memelihara dua ekor lembu.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet www.zoom-a.com 2 Seekor ialah lembu kurus. Seekor lagi lembu gemuk.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet www.zoom-a.com 3 Lembu kurus selalu dibawa ke sawah. Lembu kurus terpaksa bekerja.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet www.zoom-a.com 4 Banyaklah kerja yang selalu dilakukan oleh lembu kurus.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet www.zoom-a.com 5 Lembu kurus terpaksa membajak sawah. Lembu kurus juga terpaksa menenggala sawah. Namun, lembu kurus tetap rajin bekerja.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet www.zoom-a.com 6 Pada suatu hari, lembu kurus diejek-ejek oleh lembu gemuk.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet www.zoom-a.com 7 “Aku tidak perlu bekerja. Aku boleh berehat sepanjang masa. Badan aku gemuk. Badan engkau kurus macam papan,” lembu gemuk itu mengejek.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet www.zoom-a.com 8 Lembu kurus berdiam diri sahaja. Lembu kurus tidak mempedulikan ejekan itu.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet www.zoom-a.com 9 Pada suatu hari, petani itu berkata kepada isterinya, “Esok saya akan sembelih lembu gemuk. Dagingnya banyak. Saya akan jual dagingnya. Kita boleh dapat banyak wang.”
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet www.zoom-a.com 10 Terkejutlah lembu gemuk mendengar kata-kata itu. Lembu gemuk sangat takut.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet www.zoom-a.com 11 “Mujurlah badan aku kurus! Aku terselamat,” ujar lembu kurus. Lembu gemuk berasa menyesal kerana pernah mengejek lembu kurus.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet www.zoom-a.com 12 “Oh, alangkah baiknya kalau badan aku kurus!” kata lembu gemuk dalam hatinya. Namun, menyesal kemudian tidak berguna lagi.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet www.zoom-a.com Keesokan harinya, matilah lembu gemuk itu kena sembelih. 13