The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by DIGITAL LIBRARY, 2023-03-19 07:12:18

Kumpulan Cerpen

Kumpulan Cerpen

h ORANG TUA DI DALAM BAKUL DAN CERITA-CERITA LAIN NEGARA ASIA DI SEDIAKAN OLEH HANISAH SYARAFANA BINTI MUHAMMAD KELAS : 6 UM TAHAP : 2 TAHUN : 2021


1/SKBT4 TWU ORANG TUA DI DALAM BAKUL (NEPAL) BERUANG HITAM DAN KUCING HUTAN (LAOS) SIAPA YANG LEBIH TUA? (MONGOLIA) KELDAI DENGAN HARIMAU (NEGERI CHINA)


2/SKBT4 TWU


3/SKBT4 TWU Pada zaman dahulu, tinggal sekeluarga petani di sebuah kampung. Petani mempunyai bapa yang telah tua dan seorang anak. Setiap hari isteri petani menenun kain untuk menambah pendapatan keluarga. Mereka hidup susah tetapi Bahagia. Beberapa tahun berlalu, bapa petani semakin tua dan lemah. Semasa muda, dia bekerja dengan gigih. Sekarang dia tidak dapat melakukan apa-apa pekerjaan lagi. Petani menganggap bapanya sebagai satu beban. Isterinya juga begitu. Oleh itu mereka tidak memperdulikan orang tua itu lagi seperti dahulu. Orang tua diberi sisa makanan dan pakaian yang koyak sahaja. Kadangkala tanpa pengetahuan ibu bapanya, anak petani memberi makanan yang baik kepada datuknya. Apabila perbuatannya diketahui , ibu dan bapanya memarahinya. Orang tua semakin susah hati. Dia sentiasa mengeluh mengenangkan nasibnya yang malang. Petani dan isterinya semakin tidak sabar. Mereka cuba mengusir orang tua itu. Petani bercadang untuk membeli sebuah bakul yang besar. Dia akan memasukkan bapanya ke dalam bakul tersebut. Dia akan menghantarnya ke tempat yang jauh dan membiarkannya tinggal di situ. “ Bagaimanakah sekiranya jiran-jiran mengetahui orang tua hilang ?” tanya isterinya yang berasa bimbang. “ Beritahu mereka yang dia tinggal di tempat yang suci untuk menghabiskan sisa-sisa hidupnya, “ jawab petani itu. Petani dan isterinya tidak sedar percakapan mereka terdengar oleh anak mereka. Pada keesokan paginya petani keluar untuk membeli bakul tersebut. Setelah melihat bapanya keluar, anak petani bertanya kepada ibunya, “Mengapakah mahu menghalau datuk ?” “ Oh, tidak !” jawab ibunya yang ingin menyembunyikan hal yang sebenar. “ Kami hanya membawa datuk ke tempat yang lebih baik kerana kita tidak ada masa untuk menjaganya.” “Ke manakah datuk hendak dibawa ?” tanya anaknya lagi. “ Jangan bertanya kamu masih budak-budak,” kata ibunya. “ Lagipun tempat tersebut selamat.” Pada petang itu, petani pulang dengan membawa sebuah bakul yang besar. Sebaik sahaja menjelang senja, petani pun memasukkan bapanya ke dalam bakul tersebut. ” Apakah yang kamu cuba lakukan ?” tanya orang tua yang berasa sangat bimbang. “Ke manakah kamu ingin membawa aku ?” “Ayah, kami tidak boleh menjaga


4/SKBT4 TWU ayah tetapi kami ingin membawa ayah ke tempat yang selamat, “ kata petani sambal memikul bakul besar tersebut. “ Di sana ayah akan dijaga dengan baik. Anak petani terlihat kejadian yang berlaku, tetapi dia masih tidak memahami perkara itu. Petani pun berjalan pergi dengan Langkah yang berat. Sebelum bayang-bayang petani hilang daripada penglihatan, anak petani menjerit,”Ayah, jangan lupa bawa balik bakul itu semula. !” Petani kehairanan. Dia berhenti sambil berkata, “Mengapa?” Anak petani berlari mendapatkan ayahnya. “Ayah,” kata anak petani dengan termengah-mengah, “Apabila ayah tua kelak, saya akan gunakan bakul itu untuk memikul ayah.” Kaki petani menggigil dan tidak boleh bergerak. Dia terdiam sebentar kemudian tunduk. Selepas beberapa Ketika dia pun berkata kepada anaknya, “ Marilah kita pulang.” Petani membawa bapanya pula semula ke rumah. Anaknya mengikutnya. Moral : Ibu bapa menjadi contoh yang baik atau buruk kepada anak-anak.


5/SKBT4 TWU


6/SKBT4 TWU Pada suatu hari, seekor kucing hutan keluar mencari makanan. Ia berjaya menangkap makanan. Ia Berjaya menangkap seekor ayam lalu pulang. Ketika itu hari sudah senja, tetapi rumahnya masih jauh lagi. Kucing hutan merancang hendak bermalam di rumah sahabatnya, beruang hitam. Beruang hitam tinggal berhampiran Kawasan tersebut. Setiba di rumah beruang hitam, kucing hutan bertanya, “Bolehkah saya bermalam di rumah awak mala mini ?” Pada mulanya, beruang hitam tidak mahu membenarkan kucing hutan bermalam di rumahnya. Kucing hutan merayu-rayu kepada beruang hitam. Akhirnya beruang hitam bersetuju. Kucing hutan mendapati ada bebearapa ekor ayam di dalam reban beruang hitam. Ayam-ayam itu sangat gemuk. Apabila larut malam, kucing hutan bangun daripada tidur lalu makan ayam yang dibawanya. Kemudian ia menyorokkan bulu- bulu ayam tersebut. “Enak sungguh daging ayam itu!” kata kucing hutan. Pada keesokan paginya, kucing hutan meminta diri untuk pulang ke rumah. Sebelum pulang, ia berpura-pura hendak pergi mengambil ayamnya. Kemudian ia berpura-pura terkejut apabila mendapati ayamnya tiada lagi. “Ayam aku telah hilang , “ kata kucing hutan kepada beruang hitam. Beruang hitam berasa kasihan kepada kucing hutan lalu berkata, “Ayam itu hilang di rumah saya. Saya akan gantikan ayam tersebut.” Kucing hutan berasa gembira kerana mendapat ayam beruang hitam. Pada petang esok, kucing hutan lalu lagi di hadapan rumah beruang hitam. Ia membawa seekor ayam juga. Ia bertanya kepada beruang hita,, “Bolehkah saya bermalam di rumah awak ?” Pada mulanya, beruang hitam tidak mahu melayan kucing hutan seperti malam sebelumnya. Akan tetapi kucing hutan merayu-rayu. Akhirnya beruang hitam bersetuju dengan permintaan kucing hutan. Apabila larut malam, kucing hutan bangun dari tidur dan makan ayam yang di bawanya. Pada keesokan paginya, kucing hutan berpura-pura terperanjat lagi kerana ayamnya telah hilang. Kucing hutan memberitahu beruang hitan yang ayamnya telah hilang. Beruang hitam menggantikan ayamnya yang hilang itu. Pada petang esok, kucing hutan datang lagi ke rumah beruang hitam dengan membawa seekor ayam. Kali ini ia terus di jemput masuk ke rumah. Apabila tengah malam, beruang hitam bangun dari tidur dan meninjau melalui tingkap. Ia mendapati kucing hutan sedang makan ayam.


7/SKBT4 TWU Pada keesokan paginya, kucing hutan berpura-pura terkejut apabila mendapati ayamnya telah hilang. Beruang berkata, “Baguslah, pergi dan pilih ayam yang ada di dalam raban saya itu. “Terima kasih, kata kucing hutan. Ia berasa gembira kerana dapat mengambil ayam yang paling besar. Kucing hutan pun pergi menangkap ayam. Tiba-tiba beruang hitam menangkap kucing hutan lalu berkata, “Sekarang saya hendak berikan kamu ayam yang paling besar.” Kucing hutan sangat takut. “ Habislah aku kali ini, “ katanya. Kemudian beruang hitam melempar kucing hutan keluar dari rumahnya. Kucing hutan terjatuh lalu pengsan. Moral : Jangan sekali-kali menipu sahabat.


8/SKBT4 TWU


9/SKBT4 TWU Serigala dan rubah keluar mencari makanan. Tidak berapa lama kemudian, mereka menjumpai seketul daging. “Hei, mari kita makan daging itu !” kata serigala. “Tidak boleh,” jawab rubah. “Lihat orang lalu-lalang di sini. Tentu kita akan dibunuh mereka. Biarlah kita lapar asalkan selamat. “Jadi kita biarkan daging itu di situ?” kata serigala. “Bukan begitu. Kita bawa daging itu ke tempat yang lebih selamat,” jawab rubah. “Kita boleh makan daging itu sepuas-puasnya.” Rubah menggigit daging itu lalu berlari ke puncak bukit. Ia diikuti serigala. “Marilah kita bahagi dua daging ini, “ kata serigala. “Tak usah, daging ini terlalu kecil untuk dibahagi dua, “kata rubah. “Salah seekor daripada kita sahaja yang dapat makan daging ini. “ Kalau begitu berilah kepada aku, “ Kata serigala. “ Tunggu dahulu,” kata rubah sambil mencari helah. “Siapa yang lebih tua akan makan daging ini.” “ Aku yang lebih tua daripada kamu,” kata serigala. “ Apakah bukti yang kamu lebih tua?” tanya rubah. “Sebenarnya aku sangat tua,” serigala memulakan ceritanya. “Ketika aku dilahirkan bukit ini lebih rendah daripada tanah paya dan lautan pula lebih kecil daripada kolam.” Rubah mendengar cerita itu. Tiba-tiba ia menangis kerana terpedaya dengan tipu helahnya. “Mengapakah kamu menangis?” tanya serigala kepada rubah. “Mengapakah tiba-tiba kamu bersedih?” “ Aku bersedih mendengar cerita kamu, “ kata rubah. “ Cerita kamu ini mengingatkan aku kepada anak sulungku yang telah meninggal. I asana tua dengan kamu kerana lahir pada tahun yang sama dengan kamu. Selepas berkata demikian, rubah mengambil daging itu lalu makan dengan gelojoh. Serigala baru menyedari yang ia tertipu oleh rubah. Ia melihat sahaja rubah makan daging itu. Ia berasa kecewa lalu pergi dari situ. Moral : Jika kamu fikir kamu yang bijak, ada lagi orang yang lebih bijak.


10/SKBT4 TWU


11/SKBT4 TWU Pada zaman dahulu, tidak ada seekor keldai pun di Guizhou. Pada suatu hari, seorang penduduk membawa pulang seekor keladai di Guizhou. Dia melepaskan keldainya untuk meragut rumput di lereng gunung. “ Tinggallah kamu di sini, “ kata orang itu. “ Aku harap kamu suka akan tempat ini.” Keldai mula tinggal di tempat yang baharu. Ia berasa selesa tinggal di situ. Pada suatu hari, seekor harimau terlihat keldai yang sedang meragut rumput itu. Selama ini harimau yang tinggal di Kawasan pergunungan itu tidak pernah melihat keldai. Harimau bersembunyi di dalam hutan sambil mengintip keldai dari jauh. “Binatang apakah ini?” kata harimau dengan perasaan takut. Tiba-tiba keldai melenguh. Bunyi itu menakutkan harimau. Harimau fikir keldai akan datang menangkap dan makannya. Ia pun melarikan diri. “Nasib baik aku berada jauh darinya, “ Kata harimau. “Jika tidak pasti aku ditangkapnya.” Setelah berlari seketika, harimau menoleh ke belakang. Ia mendapati keldai tidak pula mengejarnya. Ia pun pergi semula ke tempat keldai tetapi dengan berhati-hati. “Aku mahu lihat apa sebenarnya, “ kata harimau. Harimau pergi semakin hamper dengan keldai. Keldai sedang meragut rumput. Harimau mula berfikir keldai tidak begitu berbahaya. Ia pun memberanikan diri lalu menghampiri keldai lagi. Harimau sampai ke tempat keldai. Ia cuba menghantuk kepalanya pada keldai. Tangannya menepuk badan keldai. Keldai berasa marah dengan perbuatan harimau. Ia terus menendang harimau tetapi tidak mengenainya. Kemudian keldai meragut rumput semula. Tidak ada tanda-tanda yang ia berasa marah. “Eh, itu sahaja yang dapat dilakukan oleh binatang ini !” kata harimau. “ Aku ingat ia sangat kuat. Aku telah tertipu dengan rupanya.” Harimau pun menerkam keldai . Ia membunuh keldai lalu makan dengan gelojoh. Moral : Jika sanggup membuat kajian atas sesuatu perkara, kamu akan mendapat banyak pengetahuan tentang perkara itu.


12/SKBT4 TWU


Click to View FlipBook Version